Ada yang masih belum daftar portal MyASNB?
Kalau anda salah seorang yang masih belum daftar portal ini, digalakkan untuk daftar secepat mungkin.
Seperti yang kita sedia maklum, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang mana merupakan pengurus dana amanah terbesar di Malaysia, telah pun melancarkan portal MyASNB pada akhir bulan Jun 2017 lalu.
Portal ini adalah untuk digunakan oleh semua pelabur ASNB bagi urusan-urusan tertentu berkaitan 12 dana amanah yang dikendalikan ASNB, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan lain-lain dana yang dikendalikan.
Untuk senarai semua dana amanah yang diuruskan oleh ASNB, boleh rujuk di sini: Dana Amanah ASNB
Jadi, jika anda merupakan pelabur kepada salah satu dana amanah yang dikendalikan oleh ASNB, maka digalakkan untuk daftar portal MyASNB.
Lagipun, segala urusan berkaitan dana amanah ASNB selepas ini tidak lagi akan menggunakan buku akaun pelaburan seperti sekarang, sebaliknya akan menggunakan Kad Pengenalan MyKad sahaja (baca notis di sini)
Maksudnya, jika anda ingin melakukan transaksi pembelian atau penjualan unit pelaburan anda, sama ada di kaunter ASNB atau ejen-ejennya, buku akaun pelaburan tidak lagi akan digunakan, hanya perlu bawa MyKad sahaja.
Malah, mulai 2018, penyata agihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi semua dana di bawah ASNB tidak lagi akan dihantar secara fizikal, tetapi akan dihantar secara elektronik menerusi emel atau portal MyASNB (baca notis di sini)
Atas sebab itulah, amat penting untuk daftar portal MyASNB supaya dapat melihat penyata akaun pelaburan anda seperti baki, transaksi jual beli, agihan pendapatan, bonus dan maklumat peribadi.
Persediaan sebelum daftar portal MyASNB
Sebelum daftar dalam portal ini, perlu lakukan satu perkara penting terlebih dahulu iaitu mengemaskini maklumat peribadi seperti nama, alamat, emel dan yang paling penting, nombor telefon.
Kemaskini maklumat peribadi ini boleh dilakukan di mana-mana 30 cawangan ASNB di seluruh negara atau lebih 2,100 ejen ASNB iaitu Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank dan AmBank Islamic.
Anda boleh cari cawangan ASNB di sini: Cawangan & Ejen ASNB
Nombor telefon adalah yang paling penting perlu dikemaskini kerana akan digunakan untuk mendapatkan nombor Transaction Authorisation Code, TAC (Kod Pengesahan Transaksi) semasa daftar portal MyASNB nanti.
Apa yang perlu dilakukan, hanya kunjungi mana-mana cawangan atau ejen ASNB, dan beritahu petugas di situ yang anda datang untuk kemaskini maklumat peribadi.
Anda hanya perlu bawa MyKad sahaja; buku akaun pelaburan jika tidak dibawa pun tidak mengapa.
Petugas akan membantu anda untuk mengemaskini maklumat peribadi anda.
Selepas siap mengemaskini maklumat peribadi, maka bolehlah mula daftar portal MyASNB.
Kemaskini: Bagi yang sukar atau mempunyai masalah untuk berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB untuk mengemaskini maklumat peribadi dan nombor telefon, boleh lakukan perkara ini secara online menerusi emel.
Apa yang perlu dilakukan adalah emel sahaja maklumat peribadi dan nombor telefon anda berserta salinan MyKad yang disahkan ke emel MyASNB Portal Contact Centre di myasnb@pnb.com.my atau ASNB Care di asnbcare@pnb.com.my
Penting, pastikan anda hantar emel berserta salinan MyKad yang disahkan, sama ada oleh pegawai ASNB, pegawai dari ejen ASNB, ketua kampung, majikan dari bahagian sumber manusia atau pegawai kerajaan kumpulan pengurusan & professional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.
Maksudnya, anda perlu dapatkan tandatangan salah seorang daripada mereka terlebih dahulu di atas salinan MyKad anda, kemudian scan atau ambil gambar salinan MyKad tersebut untuk diemelkan ke ASNB Care.
Cara daftar portal MyASNB
Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan ada talian Internet.
Boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
Langkah #1 – Pergi ke laman portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my/, klik pada “Daftar di sini”
Langkah #2 – Sila baca nota yang diberikan, klik “TERUSKAN”
Langkah #3 – Klik pada kotak yang disediakan, klik “SETUJU”
Langkah #4 – Klik maklumat asas yang diperlukan seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik “SETERUSNYA”
Langkah #5 – Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada “PERMINTAAN TAC”. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik “SETERUSNYA”
Langkah #6 – Sekarang, masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat emel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Klik “TAMAT”
Langkah #7 – Sekarang anda dah berjaya daftar portal MyASNB. Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik “LOG MASUK”
Langkah #8 – Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik “TERUSKAN”
Langkah #9 – Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama. Masukkan password sementara yang diberikan. Klik “TERUSKAN”
Langkah #10 – Anda dikehendaki menukar password sementara yang diberi kepada password pilihan anda sendiri. Pastikan password tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan.
Selepas kemaskini password, anda dah siap daftar portal MyASNB.
Untuk mula guna portal MyASNB, bolehlah LOG MASUK menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
Portal MyASNB
Jom kita lihat apa yang boleh dilihat dan dilakukan menerusi portal MyASNB ini.
#1 – Maklumat portfolio pelaburan
Berikut adalah paparan pertama dalam portal selepas log masuk:
Pengguna dapat melihat maklumat portfolio pelaburan seperti jumlah keseluruhan pelaburan, bilangan dana yang dilabur, jenis dana yang dilabur berserta baki semasa unit dan jumlah pelaburan bagi setiap dana tersebut.
Dapat juga dilihat harga semasa setiap dana ASNB.
#2 – Rekod urusniaga MyASNB
Di sini anda dapat melihat rekod urusniaga bagi tempoh 7, 14, 30, 60 dan 90 hari yang lepas.
#3 – Penyata akaun
Di ruangan ini, pengguna akan dapat melihat penyata tahunan bagi dana yang dilabur.
Di sinilah nanti pengguna akan dapat melihat jumlah agihan pendapatan (dividen dan bonus) yang diperoleh.
Jadi, tak perlulah lagi pergi dan beratur di kaunter untuk kemaskini buku pelaburan kalau sekadar nak tengok berapa dividen dan bonus yang diperoleh.
#4 – Pelaburan tambahan
Menerusi portal MyASNB, pengguna boleh membuat pelaburan tambahan kepada dana-dana sedia ada.
Untuk menggunakan fungsi ini, boleh klik pada butang “PELABURAN TAMBAHAN”, kemudian ikut sahaja langkah-langkah yang diperlukan.
Untuk makluman, pelaburan tambahan menerusi portal ini boleh dilakukan pada waktu urusniaga atau operasi sahaja, iaitu:
- Unit amanah harga tetap: 7.00 pagi hingga 6.30 petang, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum
- Unit amanah harga berubah: 7.00 pagi hingga 4.00 petang, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum
Mungkin saya akan tulis artikel lain untuk tunjukkan langkah-langkah membuat pelaburan tambahan menerusi portal MyASNB.
#5 – Profil peribadi
Di sini pengguna boleh mengemaskini maklumat-maklumat peribadi seperti alamat surat-menyurat, nombor akaun bank, nombor telefon, kata laluan (password), soalan keselamatan dan frasa keselamatan.
Untuk setiap kemaskini, perlu dapatkan pengesahan nombor TAC.
Itu sahaja fungsi-fungsi yang boleh dilakukan menerusi portal MyASNB setakat artikel ini ditulis.
Buat masa sekarang, penjualan unit dana pelaburan masih belum boleh dilakukan menerusi portal ini; pelabur masih perlu ke kaunter untuk melakukan penjualan unit.
Begitu juga dengan pendaftaran baru dana, tuntutan harta pusaka, pengisytiharan amanah dan hibah amanah; masih perlu dilakukan menerusi kaunter.
Kemaskini: Pengeluran wang/penjualan unit boleh dilakukan secara online menerusi myASNB bermula 20 April 2020. Boleh baca di sini: Pengeluaran ASB Online. Pendaftaran baru dana-dana ASNB juga turut boleh dilakukan secara online menerusi myASNB.
Itu sahaja berkenaan cara daftar portal MyASNB.
Diharapkan anda mendapat manfaat daripada artikel kali ini.
Jangan lupa kongsikan artikel ini ya!
..
Baguslah kalu yg it savvy tapi kalu yg dok pendalaman dah mereka yg xpandai internet cmna?kadng benda mcm ni selallu off line..at least cara buku ada juga eviden. Cara ni mcm skim cepat kaya..kita xtau kalu duit kita digunakan cara maya..takut lah juga zaman sekrang
Walaupun buku tidak lagi digunakan, boleh sahaja meminta penyata akaun apabila berkunjung ke cawangan atau ejen ASNB. Boleh simpan sahaja penyata tersebut. Jadi, tiada masalah pun untuk mereka yang tak pandai internet. Selama ini pun, apabila nak kemaskini buku akaun, kena pergi ke cawangan atau ejen ASNB. Selepas ini, sama sahaja. Cuma bukan untuk kemaskini buku, tetapi dapatkan penyata.
Daripada semakan melalui internet pun, kita sendiri boleh cetak penyata. Boleh simpan sebagai eviden.
ASNB dan PNB adalah pengurus dana yang sah. Bukan skim cepat kaya. Bukan senang-senang nak salah guna duit pelabur. Ada pemegang amanah yang akan memastikan duit pelabur diuruskan dengan betul oleh ASNB dan PNB. Pelabur-pengurus dana-pemegang amanah, ketiga-tiga pihak inilah yang ‘membina’ unit amanah.
kalau ic penduduk sementara tiba tiba di persulit menukar ic penduduk sementara dan sy memegang resit mcm mn nk urus
Boleh hubungi pihak ASNB menerusi telefon, emel atau ke kaunter cawangan ASNB.
Kalau baru buat asb bulan 9 2017 boleh dapat ke dividen tahunan walaupun belum cukup setahun?
Boleh semak melalui portal MyASNB sama ada dapat atau tidak.
pilih penyata akaun, tapi tiada statement, cmna tuh?
Setahu saya, pihak ASNB masih belum keluarkan lagi Penyata Tahunan. Apa-apa aduan, boleh diajukan ke ASNB.
Klu sy blm daftaur myasnbi blh keluar diveden guna buku asb x
Boleh, tiada masalah untuk keluarkan dividen. Cuma, dah tak guna buku. Hanya perlu bawa MyKad dan isi borang.
sy nak tanye…sy da kemaskini no tel dan email..serta da dapat no ahlin yang baru ..tp biler sy na daftar kat portal dye xbley pulak..tulis at situ id hoder tiada……cm mne yerk
ID tu, adalah username Cik sendiri. Contoh; Ain88, MazlanIbrahim, Siti2018. Boleh letakkan apa-apa username, asalkan belum diguna oleh user lain dan memenuhi syarat yang ditetapkan MyASNB.
Saya pun da kemaskini no telefon di pejabat pos pd rabu minggu lepas. Tapi sampai skrg saya cuba daftar portal tu tak dapat sbb no telefon tak dikemaskini. Bila saya call pejabat pos tersebut, katanya data ambil masa 1-2 hari untuk appear dlm sistem. Sedangkan ini sudah masuk hari yang ke-5. Bagaimana saya nak rasa secure dengan ASB?saya pun ada online banking maybank & ocbc, xpernah pulak saya encounter kena tunggu 5 hari untuk sistem updated. Pelik bukan?
Saya tiada komen tentang security MyASNB sebab setakat ini saya tak hadapi apa-apa masalah. Lagi pun, portal ini setakat ini hanya lebih untuk view balance dan buat penambahan unit sahaja; pengeluaran tak boleh lagi.
Untuk masalah yang dihadapi, Cik boleh buat aduan kepada pihak ASNB di myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
Macammana cara buat pelaburan tambahan ya melalui portal myasnb?
Apabila login ke portal MyASNB, ada butang ‘Pelaburan Tambahan’ di sebelah baki unit amanah yang dimiliki. Boleh klik butang itu untuk buat pelaburan tambahan.
Tetapi, butang ini hanya timbul pada waktu dan hari urusniaga sahaja. Waktu luar urusniaga, akan tertulis ‘Masa Pelaburan Tamat’
Kalau guna butang pelaburan ni dia akan redirect ke online banking ya? Ada service charge x? Kalau macam maybank2u kena daftar dulu asnb punya account, then setiap transaction akan di charge rm1.06. jadi saya masih berkira2 lqgi untuk guna maybank2u atau tidak..atau butang pelaburan ni pun dia link dengan aplikasi asnb di maybank2u? Kalau macamtu saya kena daftar asnb acc di maybank2u dulu..
MyASNB menggunakan perkhidmatan FPX Perbankan Internet. Berkenaan servis caj, saya juga tak pasti sebab belum cuba lagi. Nanti jika saya ada peluang, saya cuba ya. Saya akan update di blog ini.
Baik tuan..terima kasih.
Sama-sama 🙂
Sy dah cuba guna butang pelaburan tambahan tu..tiada caj perkhidmatan dikenakan.
Terbaik!!! So, lepas ini boleh guna portal ini untuk buat pelaburan tambahan. Sebab tiada kos tambahan dikenakan 🙂
Boleh daftar ASNB ni dengan Maybank 2u ka cara online
Untuk daftar/buka akaun mana-mana dana di bawah ASNB, perlu ke cawangan/ejen ASNB. Tidak boleh buka akaun melalui online. Pelaburan tambahan sahaja boleh dilakukan secara online menerusi perbankan Internet seperti Maybank2u, CimbClick dan juga portal MyASNB.
Tumpang tanya,
Jumlah nilai pelaburan RMxxx tu bermaksud baki duit kita dalam akaun tersebut kan?
Ya.
Sy pun pengguna tegar online banking ni.mmg senang klu nak buat sbarang transaksi & pantau akaun sendiri. Cuma masalah sy skrg, sy cuma dpt view akaun ASB sendiri jer.mcmmane pula nak view joint akaun dgn anak2?dah email dgn pihak ASB tp sampai skrg xde reply. Payah nyer kalu xdpt view akaun ngan anak2 xtau brp jumlah terkini. Nak pi agent tdekat xde masa.Bantu sy…
Maaf, saya pun tak boleh nak bantu sebab saya bukan kakitangan ASNB. Cadangan saya, boleh ke cawangan ASNB atau ejen ASNB (bank-bank terpilih, pejabat Pos) dan minta penyata akaun anak-anak Puan. Saya sendiri pun berharap suatu hari nanti, pihak ASNB akan menambah baik portal ini supaya akaun ibubapa dapat dihubungkan dengan akaun anak-anak di bawah jagaan.
Cmna lau sy ada bt pgluaran wang..last sy kluarkn wang bln 6 2017…sy blh dpt dvdn x
Kalau ada baki sebelum dan selepas pengeluaran tersebut, maka boleh dapat dividen.
Mcm mna untuk daftar keahlian baru mcm utk anak yg bru 2thun adakah sama secara online ke?
Portal ini hanya untuk akaun dewasa.
saya nak tanya,saya dh daftar tadi.tp saya lupa nak save kata laluan sementara yang diberi.sekarang saya cuba nak log masuk,tp terlupa pula kata laluan.macm mana ye
Kata laluan sementara tersebut turut dihantar ke nombor telefon (menerusi SMS) dan emel yag didaftarkan. Jadi, boleh semak di kedua-dua tempat tersebut. Kalau tiada juga, boleh klik pada ‘Lupa Kata Laluan’
saya nak tanya, saya buat loan asb melalui RHB. potong dari akaun RHB setiap bulan. adakah saya perlu update apa-apa kepada RHB atau just update online asb sahaja?
Tak perlu.
Terima kasih encik..info ini sgt2 membantu.
Sama-sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini 🙂
salam..sbab apa dia naik msg ni bla sya nk daftar? Transaction declined. Unit Holder ID is invalid (Invalid UH ID- 019)
Wa’alaikummussalam. Maaf, saya tidak dapat membantu. Saya bukan kakitangan ASNB. Tuan boleh merujuk kepada ASNB sendiri. Boleh dapatkan bantuan dengan menghubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
Sorry nk tye sye dh daftar MyAsb,klu nk semak duit kte Guna Online mcmne yea,dh bt X blh,bt2 masuk Tpi asyik kuar Tukar Kata Kalin jer…blh sape2 Bantu mcmne nk bt
Kalau pertama kali login selepas daftar, memang kena tukar dulu password sementara yang diberikan. Tukar kepada password pilihan kita. Lepas selesai tukar, baru boleh teruskan untuk semak baki, penyata dan lain-lain.
Pada 18 .1. 2018 saya ada buat pengeluaran dan mendapat no akaun yang terbaharu dan kerani dikaunter minta daftar on line untuk kemudahan saya membuat semakan dan sebagainya untuk masa depan.tapi bagaimana cara nya ? Tolong bantu saya.
Ya, sekarang memang menggunakan nombor akaun baru. Untuk mula daftar portal MyASNB, Tuan perlu kemaskini nombor telefon terlebih dahulu. Kemudian, boleh ikut langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam artikel di atas. Kalau Tuan hadapi masalah, boleh ke cawangan ASNB dan dapatkan bantuan kakitangan di sana untuk daftar portal MyASNB.
Salam, nak tanya. Boleh ke saya simpan duit asb melalui pejabat pos. Sbb saya tak ada akaun bank mcm cimb, maybank ke utk transfer duit.
Wa’alaikummusalam. POS Malaysia juga merupakan salah satu ejen ASNB, selain daripada bank-bank seperti Maybank dan CIMB. Jadi, transaksi ASB seperti penambahan pelaburan (simpanan), pengeluaran, pembukaan akaun, penutupan akaun dan sebagainya, boleh dilakukan menerusi POS Malaysia.
salam..sbab apa dia naik msg ni bla sya nk daftar? Transaction declined. Unit Holder ID is invalid (Invalid UH ID- 019)
Boleh transfer dividen ke akaun bank personal ke mengunakan myasnb ni ?
Tak boleh. Sebarang penebusan unit atau pengeluaran dividen tidak boleh melalui portal MyASNB, sebaliknya mesti melalui kaunter cawangan atau ejen ASNB.
i want apply asnb 1malaysia. but cannot register due to show invalid id.
where i can get the asnb num ahli.
If want to apply or open ASBN 1 Malaysia (Amanah Saham 1 Malaysia) account, then you have to go to any ASNB branches or agents (Pos Malaysia, Maybank, CIMB etc).
NAK TANYA DAH REGISTER TP STILL X BOLEH SEMAK PENYATA.. SBB APA EK
Entahlah. Perlu ditanya kepada pihak ASNB sendiri.
dh daftar tpi bank kata kena rujuk pnb…pe maksudnya tu
Perlu hubungi pihak ASNB. Boleh ke laman web mereka.
SAYA DAH DAFTAR ON LINE MENGGUNKAN MAYBANK2U …. TAPI MASIH PENDING…BERAPA LAMA PENDING
Untuk makluman, saya bukan kakitangan ASNB atau pun Maybank. Jika Tuan menghadapi masalah berkenaan pembukaan akaun ASB melalui Maybank2u, bolehlah dirujuk kepada pihak ASNB atau Maybank.
Hai. Sy telah mendaftar dgn portal myASNB..sy nak tanya, mcm mana nak buat urusan bankin duit ke asnb guna online ni?? Sy masih tak faham . Nak guna no akaun yg mana?? Guna no. Ahli yg terdapat pada buku ASNB tu ke?? Ada tak tertera dlm portal myASNB no ahli terkini???
Apabila masuk ke dashboard MyASNB Cik, akan nampak butang ‘Pelaburan Tambahan’ (berwarna hijau). Butang ini hanya timbul pada waktu urusniaga sahaja (waktu bekerja). Klik pada butang tersebut, dan ikut langkah-langkah seterusnya. Pembayaran akan menggunakan FPX Online Payment, yang mana akan disambungkan ke online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks, Bank Islam IB, RHB Online Banking dan banyak lagi, bergantung kepada pilihan Cik.
InsyaAllah, saya akan sediakan tutorial cara tambah pelaburan menggunakan portal MyASNB suatu hari nanti.
Kalau orang lain (cth: Ayah Ka abg ka) nak transfer masuk asb Kita melalui ACC bank diorang mcm mana? Boleh Ka?
Boleh. Yang penting ada nombor akaun ASB yang nak dimasukkan itu. Boleh buat secara online melalui online banking atau menerusi kaunter.
Klu buku asb sy hilang dlm 4 tahun macam mne ekk…
Sekarang dah tak guna buku. Tuan boleh sahaja mengemaskini maklumat peribadi sama ada di cawangan atau ejen ASNB, atau pun menerusi emel.
hai..
sy try nak daftar MyASNB ni tp bila sampai peringkat nak login frasa keselamatan yg dipaparkan x sama dengan yang saya daftar..mcm mana tu ye ?
Kalau tak sama, lebih baik jangan login. Saya sarankan Tuan untuk ajukan masalah ini dengan menghubungi MyASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
salam 1 malaysia,
bagaimana hendak mengeluarkan dividen asb jika berada di luar negara? adakah cara alternatif untuk membantu saya kerana saya perlu wang kecemasan tapi berada di luar negara ketika ini..
Wsalam. Maaf, saya sendiri pun tidak pasti caranya.
Perlu difahami, bahawa akaun ASB adalah akaun pelaburan, bukan simpanan seperti bank. Untuk jualan balik unit yang dipegang atau pengeluaran,, mestilah melalui kaunter sama ada di cawangan-cawangan ASNB atau ejen-ejennya.
Saya tak pasti sama ada ejen-ejen ASNB di luar negara seperti Maybank atau CIMB ada menyediakan perkhidmatan pengeluaran ASB atau tidak. Kalau ada, mungkin Tuan boleh berurusan dengan mereka.
Salam Sejahtera,,saya baca artikel di atas mengatakan kalau susah sangat nak kemas kini maklumat peribadi serta no telefon dengan mengunjungi branches terdekat,,boleh saja pakai email dengan masukkan sekali salinan I/C yg telah disahkan. Soalan saya,,selepas kita buat semua tu dan telah hantar email,,berapa lama agaknya mereka akan reply?
Salam sejahtera. Tempoh mereka akan reply, saya sendiri pun tidak pasti. Sepatutnya tidak mengambil masa yang lama, dalam 2 ke 3 hari bekerja patut mereka dah reply. Kalau dah emel dan mereka tidak reply dalam tempoh yang lama, boleh hubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101
Dah ada nombor ic untuk apa salinan ic lagi.
Bank pun daftar online tak mintak salinan ic.
Menyusahkan pelanggazn saja.
Salinan IC yang disahkan hanya diperlukan bagi mereka yang nak kemaskini maklumat peribadi melalui emel. Ini untuk tujuan keselamatan dan mengelak penyalahgunaan. Kalau tak minta salinan, sesiapa sahaja boleh create account menggunakan nombor IC orang lain.
Bagi yang kemaskini maklumat peribadi melalui kaunter cawangan atau ejen ASNB, tidak perlukan salinan IC.
nak tanya saya ada transfer duiit dari maybank2u ke akaun asb minggu lepas, taoi bila saya check jumlah baki di asnb online masih tak ada kenape ye?
Perlu rujuk sama ada kepada Maybank atau ASNB. Mungkin ada delay dari segi pengesahan transaksi, itu yang menyebabkan baki tidak dikemaskini serta merta.
Penambahan pelaburan ada GST ke? Kalau nak tambah RM1000 kita dikenakan RM60 GST kan? Tolong confirmkan.
Setahu saya, kalau buat penambahan pelaburan melalui portal MyASNB, tiada sebarang caj. Kalau buat melalui online banking ejen seperti Maybank2u dan CIMBClick, ada caj transaksi RM 1 + GST RM 0.06 = RM 1.06. Kiraan GST bukan dikira atas jumlah penambahan pelaburan, tetapi atas caj transaksi RM 1.
saya mahu daftar untuk anak saya asb 2 untuk anak saya.tp kat situ dia tulis x blh .hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja.. blh tolong jelaskan tak?
Maaf, perlu dirujuk kepada pihak ASNB. Mungkin akaun ASB2 hanya dihadkan untuk 18 tahun ke atas sahaja.
maaf nak tanya,, sy ada buat transfer dari acc maybank2u ke asb. berapa lama masa untuk tunggu amount kita masuk dalam asb. sbb acc maybank2u sudah deduct tapi acc asb sy semak masih baki yang sama.
Setahu saya, pada hari urusniaga ASNB seterusnya. Jika tidak dikemaskini juga, bolh bertanya kepada ASNB.
Saya ada membuka akaun ASNB utk 3 orang anak saya. mrk semuanya bawah 18 tahun. dapatkah saya gunakan kemudahan di portal ini?
Setahu saya, buat masa sekarang, portal ini hanya untuk akaun sendiri. Mungkin selepas ini akan ditambah fungsi untuk menambah akaun anak-anak.
Salam… saya ada akaun asb tetapi tidak lg aktif sejak tahun 2010. Last baki wang yg ada hanya rm10… sehingga kini tidak pernah lg menambah ke akaun asb tu… adakah akaun saya tu masih boleh digunakan atau terpaksa buat akaun baru? Sbb ada org pernah bgtau akaun asb ni x kan terpadam walau dh lama tidak aktif dan dividen tetap dapat… betul ke? Maaf sekadar bertanya utk pencerahan…
Masih boleh guna akaun tersebut.
salam..saya lupa mana satu saya langgan produk asnb tu,,,kalau pilih je mane2 takpe ke? sbb saya baru nak dftar online
Wsalam. Tak boleh. Boleh rujuk kepada ASNB untuk produk yang Tuan langgan.
Assalamu’alaikum,
Bila saya buka portal myasnb menggunakan chrome,saya terima pesanan “NET ERR CERT AUTHORITY INVALID’.
Sebelum ni ok je.
Wa’alaikummussalam. Saya cuba buka portal MyASNB di Google Chrome, dan tiada apa-apa masalah. Mungkin masalah yang Tuan alami bersifat sementara sahaja. Tuan boleh cuba lagi dengan taip url http://www.myasnb.com.my
Hello boleh x klau nak suruh fmly kita sndiri utk ambil penyata asnb saja kat bank???
Hello. Setahu saya tak boleh. Hanya pemilik akaun sahaja boleh dapatkan penyata akaun sendiri. Ini berkait dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.
Assalamu’alaikum,
sy
ya ada 2 acc, asb 1 dan asb 2, macam mana nk check acc asb 2 sya? sbb paparan hanya keluar asb 1 shj..adakah sya perlu daftar asb online baru untuk asb 2 sya?
Wsalam. Sepatutnya terus keluar paparan untuk kedua-dua akaun. Tuan boleh adukan masalah ini kepada pihak ASNB dengan hubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
saya cuba berulangkali untuk daftar tapi gagal dan msg ini yg keluar
“Please select the registered fund you have subcribed to.” sedangkan apa yang saya pilih betul.
Cik boleh adukan masalah ini kepada myASNB Portal Contact Centre dengan menghubungi 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
Saya baru sahaja membuat transaksi dari maybank2u ke akaun asnb saya.. boleh saya tahu, berapa lama tempoh untuk transaksi tu dikemaskini ke dalam akaun asnb saya..?? Sebab apabila saya semak akaun asnb melalui portal tu, tiada berubahan/pertambahan jumlah..
Terima kasih..
Setahu saya, ambil masa 1-2 hari bekerja juga.
Pingback: The Ultimate Guide to 11 DIY Investment Options in Malaysia | mr-stingy
nak tanya,saya dah kemaskini no tel di pejabat pos,tapi bila hendak permintaan TAC nombor,tetapi keluar notis perlu kemaskini nombor telefon di cawangan asnb.
Tuan boleh adukan masalah kepada myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
assalam , saya pago tadi baru je first time buta akaun asm simpanan di pejabat pos , tp bila saya nak daftar secara online , sy dag tekan untuk no TAC tapi tak sampai ke telefon , kap ya?
Wsalam. Mungkin semasa daftar tidak masukkan nombor telefon, atau termasuk nombor telefon yang salah. Apa-apa pun, boleh hubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
Assalm. Tq utk entry. Sy dh dftar myasnb. Nk tnye’ jumlah nilai pelaburan ‘ tu mksudnya apa? Baki terkini ataupn selainnya. Sbb rasanya dah habis keluarkan dividen, tp check online dia tulis ad rm 1+++ utk jumlah nilai pelaburan .Mohon pencerahan .Sy confius 😂
Ya, kalau ikutkan kefahaman saya juga, jumlah nilai pelaburan bermaksud baki terkini. Apa-apa pun, Cik boleh semak semula dengan pihak ASNB sama ada berkunjung ke mana-mana cawangan atau agen ASNB.
saya sudah kemaskini no telefon di agen asnb, tapi masih belum boleh daftar, sudah buat aduan ke sykt telekomunikasi untuk unblock no 62000 untuk mendapatkan tac no. Sudah pergi ke cawangan asnb, mereka maklumkan masalah ini harus dirujuk ke sykt telekomunikasi yg saya langgani. Aduan kali kedua telah dibuat, namun masih belum boleh daftar. buat pengetahuan, saya menggunakan talian celcom.
harap dapat membantu.
Maaf, saya tak dapat membantu.
ON 62000 send sms to 1000
Baki semasa tu yang mana satu? Yang jumlah nilai pelaburan itu ke? Saya keliru sebab jauh sangat beza jumlah yang dalam buku dulu dengan yang dalam portal.
Ya. Kalau ada sebarang masalah, Cik boleh semak di mana-mana kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Boleh ke saya keluarkan duit asb tanpa guna kad pengenalan kerana kad pengenalan saya hilang dan hanya ada kad pengenalan sementara yang diberi oleh jabatan pendaftaran?
Saya tak pasti. Perlu berkunjung ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk kepastian.
Klau slah email mcm mna mo ubah ahh
Sebarang masalah boleh hubungi myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
bagaimana saya hendak tambah pelaburan ASB melalui transfer dari pada bank
Ini salah satu artikel yang baik https://mediamaklumat.com/cara-buat-simpanan-asb-melalui-m2u/
Aaasalam….
bagaimana ingin membuat penama waris secara online ? boleh beritahu saya di mana saya perlu kilk? Terima kasih.
Wsalam. Setahu saya tak boleh buat penama secara online menerusi MyASNB.
Sya nak tnya..sya skarang oversea kat asutralia..macam mna nak daftar myasnb ni..sebab nak semak acc
Boleh ikut steps yang saya terangkan dalam artikel di atas. Untuk kemaskini maklumat dan nombor telefon, boleh dibuat menerusi emel. Untuk dapatkan pengesahan atas salinan IC tu, boleh minta tolong kawan atau saudara mara di Malaysia. Bagi salinan softcopy kpd mereka, minta mereka dapatkan tandatangan pengesahan. Kemudian, minta mereka scan dan emelkan balik kepada Tuan.
Kata laluan Sementara (yg dapat pada h.p 62000 tu kea) / perlu cipta sendiri.
Kata Laluan Baru
Isi Semula Kata Laluan Baru
kenapa bila saya isi bahagian ini asik nyatakan kata laluan isi semula tidak tepat.boleh terangkan cara yang tepat?
Kata laluan sementara adalah yang dihantar oleh sistem kepada nombor telefon yang didaftarkan.
Kata Laluan Baru adalah kata laluan pilihan/dicipta pengguna sendiri. Perlu memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.
Isi Semula Kata Laluan Baru adalah perlu isi semula kata laluan pengguna yang dicipta tadi.
salam tuan, kalau nak update no fon melalui online tu, perlu salinan ic yg disahkan tu macam mana? snap pic ic tak boleh ke..
Wsalam. Perlu fotostat dulu IC kemudian dapatkan tandatangan dan cop orang yang berkenaan. Kemudian, baru boleh snap gambar salinan IC tersebut dan emelkan ke MyASNB.
Salam Tuan, Saya nak tanya. Saya ada akaun anak yang berumur bawah 18 tahun. macam mana nak tengok penyata akaun anak2 saya? Perlukan saya buka akaun online untuk semua anak saya yg bawah 18 tahun?
Wsalam. Tak perlu buka akaun online untuk anak-anak. Setahu saya, akaun anak-anak akan dihubungkan kepada akaun penjaga. Tetapi maaf, saya tak pasti bagaimana caranya. Tuan boleh bertanya kepada pihak ASNB sendiri.
Salam tuan, Saya telah mencuba beberapa kali untuk daftar online ASNB tetapi masih gagal lagi hingga hampir setahun lamanya. Masalahnya pada peringkat pertama untuk pengesahan no. telefon no. TAC tidak kunjung tiba walaupun sudah lama masa menunggu hingga time out. Untuk daftar online banking tiada masalah pula. Alamat email dan no. tel. telah pun saya daftarkan dengan agen ASNB di BSN. Saya juga pernah minta BSN semak semula no. telefon yang didaftarkan – tiada masalah sama dengan no. telefon yang saya berikan. Jadi di mana punca sangkutnya masalah berkenaan. TQ
Wsalam. Maaf, saya pun tidak dapat membantu. Mungkin Tuan perlu ke cawangan ASNB sendiri yang berdekatan untuk menyelesaikan masalah ini.
Salam tuan, bahagian mana nak tengok dividen dalam portal MyASNB? saya dah klik sana klik sini takde mention pun pasal dividen. mohon diberikan panduan. terima kasih
Wsalam. Biasanya boleh dilihat di bahagian penyata akaun.
bagaimana mau menukarkan no phone lama ke yang no phone baru
Boleh dapatkan bantuan myASNB Portal Contact Centre 03 – 8026 8101 atau emel ke myasnb@pnb.com.my
Slam boleh ka asnb on9 dgunakan utk transfer duit dividen ke akaun bank simpanan biasa.
Wsalam. Tak boleh. Hanya boleh buat penambahan unit/pelaburan masuk sahaja.
dalam panduan yg ditulis diatas, emel perlu dihantar ke asnbcare@pnb.com.my utk tukar no hp secara online, tetapi dlm portal tertulis myasnb@pnb.com.my…jadi mana satu yang betul?
Yang terkini ke myasnb@pnb.com.my
Saya pun dah betulkan dalam artikel di atas.
Terima kasih 🙂
Assalamu’alaikum Tuan,
macam mana nak semak sejarah harga unit-unit amanah(harga tidak tetap)yang dikendalikan olih PNB?
Wsalam. Saya tak pasti di mana boleh semak harga-harga yang lepas. Kalau harga yang terkini, boleh semak di laman web ASNB.
saya nak keluarkan duit dari asb didik mcm mana ye ? apa yang perlu saya bawak ?
Biasanya perlu bawa MyKad.
Saya nak batal kan akaun boleh tak
Boleh hubungi pihak ASNB. Boleh sahaja akaun ditutup.
Assalam,apa perlu/tujuan maklumat akaun bank pada borang kemaskini? TK
Wsalam. Maaf, saya tak pasti.
Sy pernah buka acc asb melalui maybank, tp lepas itu sy diberitahu acc sy dibekukan dlm jangkamasa yg tak pasti. Selepas lbh 10 tahun, sy ingin tahu status acc asb sy. Mcmana?
Perlu pergi ke Maybank atau ASNB.
slmt petang… nak buat transaksi online mesti dalam masa bekerja ke?
Ya, betul. Kerana pada masa tersebut sahaja jual-beli unit ASB dibenarkan.
saya tak boleh nak register, dia keluar account status – 107. kenapa ye?
Boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my
Assalammualaikum tuan, saya punya acc ASB transaksi terakhir adalah pada Nov 2009…slps itu mmg xpenah buat apa2 transaksi…dan sekarang saya mahu link kn ASb saya sec online dengan M2U….
1. Adakah sy perlu aktifkan ASB sy terlebih dahulu atau
2. teruskan daftarkan secara online dengan M2U
terima kasih atas pencerahan
Wsalam. Setahu saya, acc ASB tidak dibekukan walau tiada transaksi, dengan syarat baki minimum RM10 masih ada dalam akaun. Jadi, tidak perlu diaktifkan akaun ASB. Hanya perlu daftar online dengan M2U
Pingback: PNB Umum Dividen ASB 2019 = 5.00 + 0.5 sen seunit - Smart Kewangan
Pingback: The Ultimate Guide to 11 DIY Investment Options in Malaysia | WaveMaker
Pingback: ➤ Iniciar Sesion Asnb 【Iniciar Sesion】
Pingback: Myasnb Login - TalktoSonic
Pingback: Www Asnb Com My Create Account - logininfos.com