Channel X Pro: Panduan Cara Jual Barang di Lazada, Shopee, 11Street & Lelong

channel x proBaru-baru ini saya berjaya beli satu pakej panduan yang sedang hangat di pasaran, iaitu Channel X Pro; sebuah pakej panduan komprehensif dan lengkap yang mengajar cara jual barang di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Ada sesiapa yang tak kenal laman web Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong?

Saya yakin hampir semua warga Malaysia pasti kenal keempat-empat laman web marketplace ini.

Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong adalah laman web marketplace paling popular di Malaysia yang menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah secara online.

Biasanya, kita hanya habiskan banyak duit membeli-belah di keempat-empat laman web ini.

Hanya menjadi pembeli sahaja.

Apa kata, kita ubah pula; kita jana pendapatan daripada Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Kita jadi penjual; jual barang dan jana pendapatan lumayan secara online.

Mungkin ramai yang beranggapan, susah untuk menjual barang di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong sebab dah dikuasai golongan peniaga-peniaga besar sahaja, malah ramai yang tidak tahu cara untuk bermula.

Jangan risau.

Sekarang ada pakej panduan Channel X Pro.

Dalam pakej panduan ini, ditunjukkan langkah demi langkah untuk mula menjual barang di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Lebih hebat lagi, ditunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan satu laman web khas, seseorang itu boleh menjual di keempat-empat marketplace popular ini secara serentak.

Tambah istimewa lagi, ditunjukkan juga cara menjual barang secara dropship dan pre-order, jadi penjual boleh bermula dengan modal yang rendah.

Apabila dah belajar dan faham isi kandungan pakej panduan Channel X Pro, saya yakin, semua orang akan dapat mula menjual barang di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Kenali penulis Channel X Pro

Bagi yang nak tahu, penulis Channel X Pro adalah seorang bekas kapten tentera, iaitu Tuan Zainol Rashid Burhan.

Boleh ikuti beliau di Facebook beliau sendiri: Tuan Zainol Rashid

Semasa masih bertugas sebagai anggota tentera 4 tahun yang lalu, beliau telah mula menjalankan menjual barang di salah satu laman web marketplace popular di Malaysia.

Bermula kecil-kecilan secara dropship, bisnes beliau semakin berkembang sehingga membolehkan beliau meletak jawatan sebagai anggota tentera supaya dapat berniaga sepenuh masa.

Ya lah, dah dapat jana pendapatan daripada Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong serentak, mesti dah dapat hasil yang lumayan sehingga boleh berhenti kerja.

Hasil daripada ilmu dan pengalaman beliau, beliau ajarkan kepada orang ramai melalui ceramah, seminar dan bengkel yang beliau sendiri anjurkan atau dijemput pihak lain.

Dan yang terbaru, beliau hasilkan pula panduan Channel X Pro.

Channel X Pro

channel x pro

Sekarang, saya nak tunjukkan apa yang terdapat dalam pakej panduan Channel X Pro.

Pakej panduan ini sebenarnya terdiri daripada beberapa ebook, video dan bonus iaitu:

  • Ebook Teknik Listing & Dropship
  • Ebook Cara Jual Barang di Lazada
  • Ebook Cara Jual Barang di Shopee
  • Ebook Cara Jual Barang di 11Street
  • Ebook Cara Jual Barang di Lelong
  • Ebook Cara Guna Site X
  • Set Video Panduan Shopee
  • Bonus-bonus khas

Kalau diperhati kepada kandungan di atas pun, dah boleh nampak betapa padat dan lengkapnya pakej panduan Channel X Pro ini.

Sekarang, jom kita lihat satu per satu isi kandungan pakej panduan Channel X Pro.

#1 – Ebook Teknik Listing & Dropship

Ini adalah ebook pengenalan kepada keseluruhan topik dalam Channel X Pro.

Dalam ebook ini, Tuan Zainol pada mulanya menerangkan secara detail berkenaan konsep dropship dan pre-order di Shopee dan Lazada.

Dengan memahami konsep dropship dan pre-order ini, pembaca akan dapat belajar bagaimana untuk mula menjual barang dengan modal yang minimum dan risiko yang rendah.

Ada beberapa perkara penting yang perlu dipelajari jika nak buat dropship dan pre-order di Shopee dan Lazada, kalau tersilap langkah, boleh menyusahkan penjual apabila barang ditempah pembeli nanti.

Sebab itu perlu baca ebook ini dengan teliti.

Di samping itu, Tuan Zainol juga menunjukkan bagaimana membuat listing atau memasukkan item yang hendak dijual ke Shopee dan Lazada.

Ada 2perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa membuat listing; jika diabaikan 2 perkara ini, akan menyebabkan item sukar dijumpai bakal pembeli dan menyebabkan jualan tidak laris.

Kalau nak tahu tentang 2 perkara penting tersebut, kena dapatkan Channel X Pro.

#2 – Ebook Cara Jual Barang di Lazada

Ebook kedua ini fokus kepada Lazada sahaja, laman web marketplace paling popular di Malaysia.

Antara isi kandungan ebook kedua ini adalah:

Pengenalan – Ada 2 perkara penting yang pembaca perlu tahu jika nak mula jual barang di Lazada. Kalau tak tahu tentang 2 perkara ini, boleh menyebabkan kerugian kelak.

Pendaftaran – Penulis ebook terangkan keperluan-keperluan dan syarat-syarat untuk memohon menjadi penjual di Lazada. Kalau tak penuhi syarat-syarat ini, permohonan boleh ditolak. Di samping itu, ditunjukkan juga langkah demi langkah cara memohon menjadi penjual di Lazada.

Lazada Seller Centre – Pembaca akan diperkenalkan dengan Lazada Seller Centre yang mana merupakan tempat utama untuk penjual memeriksa status pesanan semasa, pembatalan pesanan, jualan keseluruhan dan juga penyenaraian item baru.

Panduan Listing – Pembaca akan ditunjukkan langkah demi langkah membuat listing produk yang ingin dijual di Lazada. Juga turut diberikan tips supaya item yang disenaraikan mudah dicari bakal pembeli dan menarik perhatian mereka untuk membeli.

Penghantaran – Dalam topik ini, pembaca akan ditunjukkan perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila item terjual atau pesanan diterima. Proses penghantaran barang, cara memasukkan maklumat penghantaran serta mencetak invois turut ditunjukkan langkah demi langkah.

Menghadapi Masalah di Lazada – Pembaca akan diberikan contoh-contoh masalah yang sering berlaku dan cara-cara mengatasinya. Jadi nanti, tidaklah panik jika turut menghadapi masalah yang sama.

Kewangan – Selepas jualan diterima dan pesanan dilengkapkan, tiba masa untuk mendapat bayaran daripada pihak Lazada. Bagaimana prosesnya? Ada ditunjukkan di dalam ebook ini.

Fungsi-fungsi Lain – Terdapat beberapa fungsi lain di Lazada yang tidak kurang pentingnya. Sebagai penjual di Lazada, kena tahu tentang fungsi-fungsi ini.

#3 – Ebook Cara Jual Barang di Shopee

Shopee adalah laman web marketplace kedua paling popular di Malaysia selepas Lazada.

Jumlah transaksi di Shopee semakin meningkat dari semasa ke semasa dan dijangka mengatasi Lazada suatu hari nanti.

Jadi, amat rugi kalau tidak ambil peluang untuk berniaga di Shopee.

Di dalam ebook ketiga dalam pakej panduan Channel X Pro ini, pembaca dapat belajar tentang cara jual barang di Shopee.

Antara isi kandungan ebook ini adalah:

Pendaftaran – Langkah demi langkah untuk membuat pendaftaran sebagai penjual di Shopee di tunjukkan dalam ebook ini. Beberapa ketetapan atau setting yang perlu dilakukan turut ditunjukkan untuk memudahkan proses sebagai penjual nanti.

Shopee Seller Centre – Pembaca diterangkan tentang penggunaan Shopee Seller Centre, pusat di mana penjual dapat melihat semua maklumat berkaitan produk yang dijual, status pesanan, hasil jualan, perbualan dengan bakal pelanggan dan rekod transaksi.

Product Listing – Cara untuk menyenaraikan produk yang ingin djual ditunjukkan dalam topik ini. Tips supaya produk lebih mudah dicarai dan dapat menarik perhatian pelanggan turut diberikan.

Penghantaran – Selepas pesanan diterima, produk yang dipesan perlu dihantar kepada pelanggan. Dalam topik ini, pembaca dapat belajar cara membuat penghantaran melalui kemudahan yang Shopee sediakan, atau membuat penghantaran sendiri.

Menghadapi Masalah di Shopee – Out of stock, extended guarantee, refund dan cancellation adalah masalah yang sering berlaku di Shopee. Jangan risau, ada cara mengatasi setiap masalah ini di dalam topik ini.

Kewangan – Dalam topik ini, pembaca ditunjukkan cara mendapatkan bayaran hasil jualan daripada pihak Shopee.

Fungsi Istimewa di Shopee – Ada 4 fungsi istimewa di Shopee yang boleh digunakan oleh penjual untuk menarik lebih perhatian daripada bakal pembeli. Jika dapat guna fungsi-fungsi ini, memang boleh meningkatkan jualan dengan banyaknya.

channel x pro

#4 – Ebook Cara Jual Barang di 11Street

11Street juga adalah salah satu laman web marketplace Malaysia yang menjadi tumpuan mereka yang suka membeli-belah online.

Tidak rugi jika turut senaraikan produk untuk dijual di laman web ini.

Ebook ketiga dalam pakej panduan Channel X Pro memfokuskan tentang cara jual barang di 11Street, dan antara isi kandungan ebook ini adalah:

Pendaftaran – Bagaimana nak daftar sebagai penjual di 11Street, di dalam ebook ini ditunjukkan langkah satu per satu.

Seller Office – Dalam topik ini, diterangkan fungsi-fungsi di dalam Seller Office 11Street. Di sini, penjual dapat melihat semua butiran berkenaan produk yang dijual dan pesanan yang diterima.

Product Listing – Tak tahu cara nak buat product listing di 11Street? Jangan risau, di dalam topik ini ada ditunjukkan caranya, siap dengan tips supaya barang dijual mudah dijumpai pelanggan.

Penghantaran – Setiap marketplace mempunyai proses penghantaran yang sedikit berbeza. Di dalam topik, ditunjukkan langkah-langkah membuat penghantaran barang selepas pesanan di terima di 11Street.

Kewangan – Di dalam topik Kewangan, pembaca akan ditunjukkan tentang caj yang dikenakan pihak 11Street. Ditunjukkan juga bagaimana nak tetapkan harga produk supaya dapat cover segala kos yanng terlibat.

Menghadapi Masalah di 11Street – Apa pula masalah yang sering berlaku di 11Street? Jangan risau, pembaca akan dapat tahu masalah dan cara mengatasinya di dalam topik ini.

#5 – Ebook Cara Jual Barang di Lelong

Lelong.my adalah salah satu marketplace terawal dan paling lama di Malaysia.

Walaupun dengan kehadiran banyak laman web marketplace yang lebih baru, namun Lelong masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Jadi, rugi juga kalau tak ambil peluang untuk jual barang di Lelong.

Apa topik-topik yang terdapat dalam Ebook Cara Jual Barang di Lelong?

Pendaftaran – Yuran, keperluan dan cara mendaftar sebagai penjual di Lelong ditunjukkan di dalam topik ini.

Seller Dashboard – Tempat di mana penjual boleh melihat segala transaksi, baki akaun dan juga produk yang dijual. Bagaimana rupa dan cara gunanya? Semuanya diterangkan dalam ebook ini.

Product Listing – Bagaimana pula nak buat product listing di Lelong? Di dalam topik ini, ada ditunjukkan.

Penghantaran – Proses penghantaran barang selepas pesanan di terima di Lelong adalah mudah sahaja. Nak tahu macam mana, kena baca topik ini.

Kewangan – Rekod untung rugi, pembayaran daripada Lelong dan juga caj yang dikenakan ditunjukkan ditunjukkan di dalam topik ini.

Menghadapi Masalah di Lelong – Topik ini cover tentang bagaimana cara nak atasi masalah-masalah yang sering berlaku di Lelong.

Fungsi-fungsi Lain di Lelong – Terdapat beberapa fungsi tambahan di Lelong, yang mana jika dimanfaatkan sebaiknya, dapat meningkatkan hasil jualan.

#6 – Cara Guna Site X

Penat juga kalau nak menjual di keempat-empat laman web Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong serentak.

Nak buat product listing, nak uruskan pesanan lagi, nak buat penghantaran barang.

Pada masa sama kena uruskan stok dan aliran tunai supaya semuanya dalam keadaan teratur.

Baca juga:  5 Program Untuk Jana Pendapatan Dalam Bajet 2017

Boleh pening juga.

Tersilap langkah, ada pelanggan yang tercicir, nanti dapat rating buruk pula.

Susah pula nak dapat kepercayaan daripada pelanggan lagi.

Tapi, jangan risau.

Dalam pakej panduan Channel X Pro, Tuan Zainol ada dedahkan satu laman web  X (maaf, saya tak dapat dedahkan nama lama web tersebut) yang beliau gunakan untuk uruskan bisnes di keempat-empat marketplace tadi secara serentak.

Dengan menggunakan laman web X ini, segala urusan stok dan buat listing dapat dilakukan secara serentak, hanya perlu integrasikan sahaja akaun anda di lamanw web X dengan akaun-akaun di marketplace yang lain.

Bagaimana nak integrasikan kesemua laman web ini?

Bagaimana nak guna laman web X?

Semuanya diterangkan dengan lengkap, langkah demi langkah dalam ebook kelima ini.

channel x pro

#7 – Set Video Panduan Shopee

Sebagai tambahan kepada Ebook Cara Jual Barang di Shopee, terdapat 3 Video Panduan Shopee diberikan di dalam pakej panduan Channel X Pro.

Topik-topik yang dibincangkan yang ditunjukkan di dalam video tersebut meliputi:

  • Konsep menjual di Shopee
  • Panduan mendaftar di Shopee
  • Panduan membuat listing di Shopee

Ebook, ditambah dengan penerangan melalui video, memang jadi lebih mudah untuk faham cara jual barang di Shopee dengan betul.

Jadi, boleh mula berniaga di Shopee dengan penuh keyakinan.

#8 – Bonus-bonus khas

Selain semua ebook dan video di atas, turut diberikan beberapa bonus khas untuk pembeli pakej panduan Channel X Pro.

Antaranya termasuklah:

Bonus #1 – Support group di Facebook

Semua pembeli pakej panduan Channel X Pro akan dimasukkan ke dalam sebuah support group khas di Facebook.

Support group ini dikendalikan sendiri oleh Tuan Zainol.

Jadi, pembeli boleh bertanya apa sahaja jika ada perkara yang tidak difahami di dalam ebook dan video.

Nanti apabila dah mula menjual di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong, jika ada apa-apa masalah, boleh ditanyakan menerusi support group ini.

Bukan sahaja Tuan Zainol, malah pembeli-pembeli lain yang tahu juga turut berkongsikan tips dan penyelesaian yang mereka buat.

Bonus #2 – Kemaskini percuma

Biasanya, dari semasa ke semasa, setiap marketplace memang akan berubah dari segi paparan, cara, syarat dan juga polisi.

Kadang-kadang, ada juga fungsi-fungsi baru ditambah untuk memudahkan lagi penjual.

Jadi, jika berkesempatan, Tuan Zainol akan kemaskini kandungan pakej panduan Channel X Pro dengan kandungan yang baru ini.

Istimenya, kemaskini ini diberikan percuma kepada semua pembeli Chanell X Pro tanpa sebarang kos tambahan.

Macam baru-baru ini, Tuan Zainol kemaskini ebook Cara Jual Barang di Lazada dan Cara Jual Barang di Shopee, dan semua pembeli dapat versi baru kedua-dua ebook ini secara percuma.

Bonus #3 – Join BEMICH dengan yuran minimum

Bagi pembeli pakej panduan Channel X Pro, Tuan Zainaol tawarkan untuk join BEMICH (Bengkel Marketplace + Import China) dengan yuran minimum sahaja serendah RM 80 sahaja.

Dalam bengkel nanti, boleh belajar praktikal secara face-to-face dengan Tuan Zainol, jadi boleh faham dengan lebih mudah.

Bonus #4 – Join dropshipper PAMAWA secara PERCUMA

PAMAWA adalah laman web yang disediakan pihak Tuan Zainol yang mana menyediakan lebih 300 produk yang boleh dijual di marketplace seperti Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Bukan sahaja produk, malah promotion tools seperti gambar dan video untuk setiap produk turut disediakan, jadi mudah untuk buat product listing nanti.

Untuk orang biasa, yuran untuk sertai laman dropship ini adalah RM 55.

Boleh tengok di sini: PAMAWA Dropship

Tetapi, khas untuk pembeli pakej panduan Channel X Pro, Tuan Zainol hapuskan yuran penyertaan sebagai dropshipper PAMAWA.

Maksudnya, pembeli boleh daftar sebagai dropshipper di laman web ini secara PERCUMA!

Dengan menjadi dropshipper di PAWAMA, boleh terus start jual barang di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Tak perlu pening-pening fikir nak jual apa.

Bagaimana nak dapatkan Channel X Pro?

Macam mana?

Rasa teruja nak dapatkan pakej panduan Channel X Pro?

Secara peribadi, saya rasakan pakej ini memang lengkap bagi sesiapa yang baru nak mula berniaga, atau pun yang dah lama berniaga.

Bagi yang sebelum ini dah berniaga di platform lain seperti di Facebook, Instagram, memang elok sangat kalau dapatkan pakej panduan ini.

Boleh kembangkan lagi bisnes ke marketplace Malaysia yang popular.

Memang rugi kalau tak berniaga di Lazada, Shopee, 11Street dan Lelong.

Trafik pelanggan ramai, kos murah, memang lebih mudah untuk jana pendapatan jika kena caranya.

Dah tak sabar nak dapatkan Channel X Pro?

Buat masa sekarang, pakej panduan Channel X Pro dijual pada harga RM 149.70 (tamat pada 31 Mei 2018) RM 155.90 SAHAJA (sah sehingga 30 Jun 2018 sahaja).

Harga yang berbaloi bagi sebuah pakej panduan yang lengkap.

Sebelum ini, saya dapatkan pada harga yang lebih murah lagi.

Tetapi sekarang apabila dah dapat sambutan, harga dah meningkat.

Mungkin selepas ini harga akan naik lagi kalau permintaan terlalu tinggi.

Jadi, kalau tak nak bayar lebih mahal, lebih baik dapatkan sekarang pada harga RM 149.70 (tamat pada 31 Mei 2018) RM 155.90 (sah sehingga 30 Jun 2018 sahaja)

Untuk dapatkan Channel X Pro, terus klik pada gambar di bawah dan ikut arahan seterusnya:

RM 149.70 (tamat pada 31 Mei 2018)

RM 155.90

channel x proPakej Channel X Pro + Rahsia Import China

Selain pakej panduan Channel X Pro dan SEMICH, Tuan Zainol turut menganjurkan program Rahsia Import China.

Program Rahsia Import China adalah sebuah program yang mengajar bagaimana untuk import barang dari China tanpa beli secara pukal.

Seperti yang diketahui, China adalah lubuk barang-barang yang sangat murah, yang mana jika dijual di marketplace Malaysia, boleh hasilkan margin keuntungan yang besar.

Sebab itulah penting untuk belajar bagaimana cara nak import barang dari China.

Lebih penting lagi untuk belajar bagaimana nak import tanpa beli secara pukal atau banyak, sebab kalau kena beli banyak, kena sediakan modal yang besar.

Kalau beli tanpa pukal, hanya perlu sediakan modal minimum sahaja.

Malah, dengan teknik beli tanpa pukal juga, boleh jual barang secara pre-order.

Jual barang dahulu, apabila ada pembeli, baru pesan daripada pembekal.

Memang best buat pre-order; boleh jimat duit modal dan tak perlu pegang stok barang.

Harga untuk program Rahsia Import China adalah RM 150 sahaja.

Tetapi, khas bagi yang berminat nak dapatkan Channel X Pro, boleh dapatkan secara pakej dengan program Rahsia Import China pada harga RM 250 (tamat pada 31 Mei 2018) RM 270 SAHAJA (sah sehingga 30 Jun 2018 sahaja).

JIMAT sehingga RM 30.90!

Kalau ada duit lebih, boleh terus dapatkan pakej ini.

Terus klik pada gambar di bawah untuk dapatkan pakej Channel X Pro + Rahsia Import China:

RM 250.00 (tamat pada 31 Mei 2018)

RM 270.00

channel x pro rahsia import chinaJika anda mempunyai sebarang soalan atau menghadapi masalah semasa membuat tempahan Channel X Pro, boleh hubungi saya melalui wasap ke 013-9798719 atau terus klik link ini http://panduancxpro.wasap.my/

……..

Baca juga:  4 Model Bisnes Mudah Tanpa Modal Besar Untuk Jana Pendapatan Tambahan

2 Comments

  1. Pingback: “Tak Sangka! Gadis Manis Ini Berjaya Jana Pendapatan Dengan Bisnes di Shopee Sehingga RM 110,758.50 Dalam Masa Lebih Kurang 6 Bulan Sahaja!” – MARKETPLACE METHOD

  2. Pingback: Tak Sangka! Gadis Manis Ini Berjaya Jana Pendapatan Dengan Bisnes di Shopee Sehingga RM 110,758.50 Dalam Masa Lebih Kurang 6 Bulan Sahaja! – MARKETPLACE METHOD

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini