Penulis blog merupakan seorang seorang penjawat awam yang bekerja dalam sektor kesihatan.
Walaupun tidak belajar secara formal berkenaan subjek pengurusan kewangan peribadi, namun minat yang mendalam menyebabkan penulis banyak menghabiskan masa mendapatkan ilmu berkenaan topik ini.
Ilmu yang diperoleh adalah daripada pembacaan buku-buku, artikel-artikel dan seminar-seminar yang disertai.
Juga daripada pengalaman dan pemerhatian penulis sendiri.
Banyak cabaran dan kesilapan yang telah penulis lalui dalam mencapai objektif atau matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
Walaupun masih bertatih untuk mencapai matlamat yang ditetapkan, namun ilmu dan pengalaman yang diperoleh telah banyak membantu untuk mencapainya.
Disebabkan minat yang mendalam berkenaan topik pengurusan kewangan peribadi, penulis menyediakan blog ini untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada.
Secara umumnya, blog ini menyediakan perkongsian berkaitan pengurusan kewangan peribadi dengan menekankan kepada 7 elemen utama iaitu pendapatan, simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.
Tips dan panduan yang diberikan adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman penulis.
Dan juga berdasarkan tips dan panduan daripada penasihat-penasihat kewangan profesional yang penulis sering ikuti.
Penulis bukanlah penasihat kewangan profesional, maka tips dan panduan yang diberikan mungkin sesuai/tidak sesuai dengan pembaca sekalian.
Sebarang cadangan, komen dan pandangan amatlah dialu-alukan.
Penulis boleh dihubungi melalui emel mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @)
Penulis juga boleh dihubungi melalui page FB https://www.facebook.com/jomurusduit/