Cara Sebenar Buat Bisnes Online di Facebook

buat bisnes online di facebookApabila saya buka Facebook saya, saya dapati memang ramai yang buat bisnes online di Facebook.

Pelbagai barang yang dijual; kosmetik, pakaian, makanan dan macam-macam lagi.

Bukan setakat barang-barang, tetapi ada juga yang jual perkhidmatan.

Contohnya ‘jual’ takaful, unit amanah, khidmat designing, upah menjahit dan lain-lain lagi.

Memang meriahlah Facebook dengan orang yang berniaga.

Mungkin disebabkan tekanan dan keperluan sara hidup yang tinggi pada masa sekarang, maka ramai orang mengambil peluang untuk jana pendapatan tambahan melalui Facebook.

Sambil bersosial di Facebook, sambil buat bisnes, sambil jana pendapatan tambahan.

Malah ada juga yang buat bisnes online di Facebook kerana memang minat berniaga lalu jadikannya sebagai kerjaya tetap.

Tetapi, ada yang kata bisnes online di Facebook sekarang sudah tidak relevan, kerana terlalu ramai yang buat perkara yang sama.

Persaingan terlalu sengit.

Pembeli pula semakin hilang kuasa membeli.

Susah nak jana pendapatan yang baik melalui bisnes online di Facebook.

Sebenarnya, bisnes online di Facebook masih lagi relevan.

Masih ramai yang berjaya jana pendapatan lumayan walaupun baru mula berniaga di Facebook.

Dan jika anda pun salah seorang orang baru (newbies) yang nak mula berniaga di Facebook, anda pun boleh jana pendapatan lumayan dengan syarat kena tahu cara yang betul.

Nak tahu cara yang betul buat bisnes online di Facebook?

Boleh ikuti langkah-langkah yang akan saya terangkan nanti.

Langkah-langkah ini sebenarnya saya peroleh daripada pengalaman sendiri berniaga di Facebook dan juga hasil pembelajaran daripada panduan-panduan yang pernah saya ikuti.

Dan panduan paling lengkap yang saya rasakan paling sesuai untuk newbies adalah ebook Pro Spy FB daripada Tuan Affiq Fadzil.

Langkah-langkah yang akan saya terangkan nanti pun sebahagian besarnya diambil daripada ebook Pro Spy FB.

buat bisnes online di facebookPro Spy FB adalah sebuah panduan lengkap dalam bentuk ebook yang menunjukkan langkah demi langkah menjalankan bisnes online di Facebook; mula daripada cari produk sehinggalah close sale (jual barang kepada pelanggan)

Pro Spy FB terdiri daripada dua pakej; pakej basic dan upgrade.

Kalau anda sedang berjinak-jinak nak mula jana pendapatan di Facebook dengan buat bisnes online, sangat digalakkan untuk dapatkan panduan ini.

Memang berbaloi-baloi!

Boleh lihat butiran lengkap berkenaan panduan ProSpy Fb di sini.

Tanpa buang masa, jom lihat langkah-langkah cara betul buat bisnes online di Facebook:

Langkah #1 – Product/service research

Perkara pertama yang perlu difikirkan apabila nak mula berniaga di Facebook adalah tentukan apa yang hendak dijual.

Paling mudah, jual produk-produk yang mendapat permintaan yang tinggi.

Produk-produk sebegini memang sedang dicari orang, maka memang mudah nak buat jualan.

Tetapi, bukan mudah nak kenal pasti produk-produk permintaan tinggi.

Dalam Pro Spy FB, ada dua modul khas yang tunjukkan langkah-langkah untuk buat product research bagi kenal pasti produk hot atau produk permintaan tinggi.

Boleh ikut langkah-langkah yang ditunjukkan untuk tentukan produk yang sesuai untuk anda jual.

Lebih menarik lagi, kalau ambil pakej upgrade Pro Spy FB, pembeli akan diberikan 50 senarai produk hot yang mendapat permintaan tinggi di Facebook.

Dengan adanya senarai ini, tak perlulah lagi bersusah-payah membuat carian, sebaliknya jual sahaja produk-produk yang disenaraikan.

Selain daripada jual produk, boleh juga jual perkhidmatan di Facebook.

Jika anda mempunyai kemahiran tertentu seperti menulis artikel, graphic designing, membaiki peralatan elektronik atau apa jua jenis kemahiran, anda sebenarnya boleh jual kemahiran tersebut.

Pasti ada yang perlukan kemahiran anda tersebut, cuma perlu buat kajian jenis kemahiran atau servis apa yang mendapat permintaan tinggi di Facebook.

Di samping itu, kalau anda ada minat atau hobi yang unik, boleh juga jadikannya sebagai bisnes di Facebook.

Contohnya, jika anda mempunyai minat mengumpul wang lama, mengembara, membaca buku, membela kucing atau menanam pokok, anda boleh tukarkan minat dan hobi tersebut kepada sebuah perniagaan.

Pengetahuan anda yang mendalam berkenaan hobi yang anda minati tersebut pastinya memudahkan urusan bisnes anda nanti.

Sekarang, anda dah tahu nak jual apa?

Untuk langkah pertama ini, senaraikan dahulu beberapa produk atau perkhidmatan yang anda rasa boleh dijual di Facebook.

Untuk langkah seterusnya, kita akan lihat bagaimana untuk pilih yang terbaik.

Baca juga:  Skim KWSP vs Skim Pencen: Yang Mana Lebih Baik? II

Langkah #2 – Validasi

buat bisnes online di facebookSelepas dah buat senarai produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk anda buat bisnes online di Facebook, kena buat satu langkah penting untuk tentukan produk/perkhidmatan yang terbaik dan paling sesuai.

Langkah tersebut dikenali sebagai proses validasi atau market testing.

Langkah ini penting untuk tentukan sama ada produk/perkhidmatan yang ingin dijual masih mendapat permintaan yang tinggi atau tidak.

Dengan lakukan proses ini juga, dapat elakkan kerugian yang besar akibat produk tidak laku.

Bayangkan, selepas dah buat product research dan anda kenal pasti produk yang hendak dijual, tanpa jalankan proses validasi, anda terus beli produk tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Kononnya, anda yakin dengan research yang telah dibuat dan produk tersebut akan laris dijual.

Malangnya, selepas mula dijual, rupa-rupanya produk tersebut tidak mendapat sambutan seperti mana yang disangkakan.

Lebih malang lagi jika produk tersebut tidak dapat dijual dan menyebabkan kerugian.

Sebab itulah penting untuk lakukan proses validasi.

Dalam proses ini, bukan sahaja nak test sama ada produk/perkhidmatan tersebut masih mendapat permintaan tinggi atau tidak, malah membantu untuk tentukan harga, ayat iklan dan gambar produk yang paling sesuai bagi melariskan jualan nanti.

Proses ini juga akan bantu anda untuk tentukan sasaran pelanggan yang tepat; jantina, umur, lokasi, pekerjaan, sikap dan minat.

Jika promosikan produk/servis hot kepada sasaran yang tepat, memang mudah nak hasilkan jualan.

Bagaimana nak jalankan proses validasi?

Dalam ebook Pro Spy FB, dalam modul #3 iaitu Product Market Test, diterangkan 3 langkah utama proses validasi iaitu pilih produk dan brainstorm, rangka ayat dan posting, dan akhir sekali kumpul jawapan dan analisis.

Malah diberikan contoh ayat atau skrip dan juga tempat yang sesuai untuk melakukan proses validasi.

Kalau nak belajar lebih lanjut tentang proses validasi, sila baca ebook Pro Spy FB.

Langkah #3 – Cari supplier

Selepas dah kenal pasti produk/servis yang paling sesuai untuk dijual, tiba masa untuk cari supplier atau pembekal.

Tak kisahlah nak guna model bisnes yang mana, sama ada dropship, consignment, arbitrage atau borong, tetap perlu cari supplier yang baik.

Saya masih ingat semasa buat bisnes kain cotton di Facebook dulu.

Pada mulanya bisnes berjalan baik, tetapi apabila supplier mula bermasalah untuk membekalkan kain cotton yang cantik secara berterusan, bisnes saya mula bermasalah.

Sebab itulah sangat penting untuk cari supplier yang baik untuk pastikan bisnes di Facebook dapat berjalan baik.

Buat bisnes di Facebook bukan untuk seminggu dua, tetapi biarlah berterusan hingga jadi sumber pendapatan yang lumayan.

Untuk cari supplier, anda boleh cari supplier offline atau pun online.

Kalau dapat supplier yang dekat dengan rumah, memang best sebab senang nak top-up stok atau tukar produk jika ada sebarang masalah.

Lebih best lagi kalau supplier jenis full-support dan sanggup beri tunjuk ajar untuk anda bangunkan bisnes anda nanti.

Dalam ebook Pro Spy FB, Tuan Affiq Fadzil ada tunjukkan 5 cara untuk cari supplier bagi produk-produk hot di Facebook.

Beliau juga ada senaraikan beberapa tempat atau lubuk untuk cari supplier dan beliau berikan tips-tips penting bagi meneroka lubuk-lubuk tersebut.

Kalau baca pakej upgrade ebook Pro Spy FB, anda akan diberikan 40 senarai supplier yang Tuan Affiq sendiri dah tapis; kiranya semua supplier yang disenaraikan tersebut adalah supplier yang baik dan boleh dipercayai.

Tak perlu susah-susah cari supplier, boleh jimat banyak masa!

Langkah #4 – Setup kedai

Dah ada produk/servis untuk dijual, dah jumpa supplier terbaik, sekarang dah tiba masa untuk setup kedai.

Untuk buat bisnes online di Facebook, anda boleh setup kedai melalui 3 medium iaitu Facebook Profile, Facebook Group dan Facebook Page.

Ramai orang yang menggunakan FB Profile mereka untuk mula menjual di Facebook.

Tak salah untuk gunakan FB Profile sendiri, lagi pun lebih murah nak mulakan bisnes sebab tak perlu keluar kos iklan dan lebih mudah sebab boleh menjual kepada rakan-rakan yang dikenali.

Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan, boleh add friend bakal pelanggan, tapi ingat, kena add sikit-sikit ya.

Peraturan Facebook dah makin ketat, mereka tak benarkan untuk add friend secara mendadak dan beramai-ramai, nanti FB Profile anda boleh disekat.

Kekurangan menggunakan FB Profile adalah bilangan friend dihadkan kepada 5000 orang sahaja; maknanya kalau anda dah ‘berkawan’ dengan 5000 pelanggan, anda dah tak boleh nak tambah pelanggan baru.

Walaubagaimanapun,  anda boleh tambah followers tanpa had, tetapi kenalah bagi sesuatu yang menarik untuk buatkan prospek follow anda.

Untuk berniaga di FB Profile, pastikan anda banyakkan menjual menggunakan teknik soft-selling atau story-telling.

Sebabnya kalau gunakan teknik hard-selling, rakan-rakan anda mungkin boleh rasa menyampah.

Selain FB Profile, boleh juga setup kedai anda menggunakan Facebook Group.

Anda boleh setup FB Group sendiri dan add bakal pelanggan, atau terus saja menjual di FB Group lain yang banyak terdapat di Facebook.

Tetapi, pastikan FB Group yang anda pilih tersebut adalah berkualiti, responsif dan membenarkan anda membuat iklan di dalam group tersebut.

Ingat, jangan suka-suka hati membuat iklan promosi di FB Group orang lain tanpa keizinan; perbuatan ini dipanggil sebagai spamming.

Cara paling efektif untuk buat bisnes online di Facebook adalah melalui Facebook Page.

FB Page ada banyak kelebihan; nampak lebih profesional, ada banyak functions, boleh setup iklan FB Ads dan tarik pelanggan tanpa had.

Kalau anda betul-betul serius nak berniaga di Facebook, disarankan supaya gunakan FB Page sebagai medium utama untuk setup kedai anda.

Kalau tak tahu cara untuk setup kedai di FB Page, boleh baca panduan Pro Spy FB.

Ada modul khas yang menunjukkan step by step bagaimana setup FB Page untuk promosikan produk/servis anda, ditambah dengan beberapa setting yang perlu diikuti untuk hasilkan FB Page yang disukai bakal pelanggan.

Baca juga:  4 Kuadran Sumber Pendapatan-Anda Yang Mana Satu?

Langkah #5 – Promosi

buat bisnes online di facebookSelepas dah setup kedai, kenalah letak barang-barang untuk dijual.

Begitu juga kalau buat bisnes online di Facebook.

Jadi sekarang, anda kenalah paparkan apa yang dijual di Facebook, sama ada gunakan profile, group atau page.

Buat bisnes online, oleh kerana pelanggan tidak dapat melihat produk di depan mata, maka ayat promosi dan gambar memainkan peranan yang sangat penting.

Apabila tulis ayat promosi, pastikan ayat tersebut mampu memukau bakal pelanggan dan menjentik emosi mereka untuk mendapatkan produk/servis yang anda tawarkan.

Secara ringkasnya, struktur ayat promosi terdiri daripada headline, content dan call to action; jadi pastikan anda tahu cara untuk tulis ayat promosi yang betul.

Boleh gunakan banyak teknik untuk hasilkan ayat promosi; hard-selling, soft-selling, story-telling atau content-sharing.

Selain ayat promosi, gambar juga memainkan peranan yang penting.

Boleh letak gambar produk, gambar hasil servis yang dibuat, gambar tengah buat kerja dan gambar testimoni.

Dalam pakej upgrade ProSpy FB, ada diberikan contoh ayat-ayat promosi dan gambar-gambar yang boleh digunakan untuk menarik bakal pelanggan di Facebook.

Nak lebih advance, boleh juga buat video atau gunakan function Facebook Live untuk dipaparkan di kedai Facebook anda.

Video yang menarik mudah menjadi viral dan menarik ramai bakal pelanggan, tetapi janganlah pula buat video yang menampakkan kebodohan diri-sendiri (maaf, terpaksa kasar sikit) dan menimbulkan kontroversi.

Langkah #6 – Tarik pelanggan

Tiada gunanya kalau ada produk/servis yang hot, setup kedai cantik-cantik, tetapi tiada siapa yang datang atau tahu tentang kewujudan kedai tersebut.

Begitu juga jika anda buat bisnes online di Facebook; trafik berkualiti adalah sangat penting.

Tak kisah nak gunakan teknik percuma atau berbayar, yang penting dapatkan trafik berkualiti secara konsisten.

Kalau anda setup kedai gunakan FB Profile, boleh add bakal pelanggan sebagai friend.

Tapi, pastikan dibuat secara berkala dan sedikit demi sedikit, jika terlalu mendadak profile tersebut boleh disekat.

Jika berniaga di FB Group pula, pilih waktu yang sesuai untuk pos iklan anda supaya ramai ahli group tersebut dapat melihat iklan yang anda poskan.

Dengan FB Page pula, anda boleh setup FB Ads untuk tarik pelanggan ke kedai online anda.

Yang best dengan FB Ads adalah anda boleh dapatkan pelanggan yang berkualiti sebab boleh target umur, jantina, lokasi, status, pekerjaan, perlakuan dan minat prospek yang sesuai dengan produk/servis yang ditawarkan.

Contohnya, kalau jual barang-barang keperluan bayi, boleh paparkan iklan kepada wanita berkahwin berumur 23 hingga 35 tahun, mempunyai anak dan meminati page-page berkaitan keibubapaan dan penjagaan bayi.

Contoh yang lain, kalau anda menjual aksesori kereta, anda boleh target lelaki berumur 23 hingga 35 tahun, bekerjaya dan meminati page-page berkaitan kereta.

Kalau anda pandai buat iklan FB Ads, memang boleh dapat trafik berkualiti pada harga yang murah, dan hasilnya jualan anda boleh meningkat berkali-ganda.

FB Ads adalah rahsia utama bagaimana orang lain berjaya menjana pendapatan lumayan dengan buat bisnes online di Facebook.

Kalau tak percaya, boleh baca kisah-kisah mereka yang berjaya buat jualan lumayan dengan Fb Ads.

Tak tahu cara nak setup FB Ads?

Jangan risau, dalam panduan Pro Spy FB ada ditunjukkan cara buat FB Ads dari awal hingga akhir.

Langkah #7 – Close sale & follow up

Biasa tak anda lihat dalam Facebook, kalau ada post jual barang, mesti ramai yang komen minta “PM”

Orang yang komen “PM” sebenarnya adalah mereka yang berminat dengan produk tersebut.

Ada juga yang akan terus menghubungi penjual untuk beli produk yang dipromosikan.

Jadi, sebagai penjual, kena ada skill dan tahu cara untuk layan prospek yang berminat ini supaya akhirnya mereka bertukar menjadi pembeli.

Skill untuk tukar prospek kepada pembeli dikenali sebagai skill close sale.

Kadang-kadang, ada juga sesetengah prospek menunjukkan minat nak beli, tetapi selepas diberi maklumat yang diminta, prospek itu senyap tanpa berita.

Ada juga yang berjanji nak bayar segera, tetapi senyap sehingga beberapa hari.

Sebagai peniaga, jangan pula cepat melenting, menyindir dan memarahi prospek yang senyap sebegitu.

Sebaliknya, follow up mereka baik-baik, mungkin mereka terlupa untuk beli atau bayar kerana sibuk dengan perkara-perkara lain.

Mungkin selepas anda ingatkan mereka, mereka akan terus bayar kepada anda.

Ini adalah skill follow up yang perlu ada bagi mereka yang nak buat bisnes online di Facebook.

Dalam ebook ProSpy FB ada diterangkan tentang kedua-dua skill penting ini, jadi jangan terlepas dapatkan panduan ini untuk belajar lebih lanjut, ya.

Baca juga:  5 Program Untuk Jana Pendapatan Dalam Bajet 2017

Langkah #8 – Kekalkan hubungan

buat bisnes online di facebookPelanggan adalah aset bagi seorang peniaga, dan lebih mudah untuk mendapat hasil daripada pelanggan sedia ada berbanding mencari pelanggan baru.

Oleh itu, untuk buat bisnes online di Facebook secara berterusan, pastikan anda jaga hubungan dengan pelanggan sedia ada.

Dapatkan dan simpan database mereka baik-baik seperti nama, nombor telefon dan alamat emel.

Sentiasa post perkara-perkara menarik atau content-content bermanfaat di ‘kedai Facebook’ anda.

Sentiasa berhubung dengan pelanggan sedia ada, jangan sombong.

Sediakan produk-produk baru, pakej istimewa, kupon diskaun atau harga menarik untuk pelanggan setia.

Dengan cara ini, mereka akan sentiasa setia dan gembira untuk hulurkan duit mereka kepada anda berulang-ulang kali.

Inilah rahsia besar bagaimana ramai peniaga berjaya menjana keuntungan lumayan melalui bisnes online di Facebook.

Langkah #9 – Kembangkan bisnes

Selepas dah berjaya buat bisnes online di Facebook, boleh kembangkan lagi bisnes anda menggunakan platform-platform yang lain.

Boleh buat bisnes online di media sosial lain seperti Instagram.

Boleh buat bisnes online di e-marketplace seperti Lelong, Lazada dan 11Street.

Boleh buat bisnes online di laman web sendiri.

Boleh juga kalau nak buka kedai offline.

Boleh recruit pekerja dan bangunkan sistem bisnes yang sistematik supaya akhirnya bisnes anda boleh berjalan secara automatik.

Boleh baca tentang kuadran pendapatan dalam artikel ini: 4 Kuadran Sumber Pendapatan

Kalau di peringkat awal buat bisnes online di Facebook anda berada dalam kuadran Self-business, selepas berjaya kembangkan bisnes, anda boleh bergerak ke kuadran Business-owner.

Itulah sahaja cara sebenar buat bisnes online di Facebook.

Tahniah kerana berjaya baca sampai ke penghujung artikel ini.

Diharapkan anda mendapat manfaat daripada artikel yang panjang ini.

Jadi, tunggu apa lagi, jom buat bisnes online di Facebook!

p/s: Jangan lupa untuk dapatkan Pro Spy FB, sebuah panduan lengkap untuk mereka yang nak belajar cara sebenar buat bisnes online di Facebook.

Buat masa sekarang, pakej basic cuma berharga RM 100, manakala pakej upgrade berharga RM 150 sahaja.

Memang berbaloi untuk dimiliki.

Klik di sini untuk dapatkan Pro Spy FB sekarang

buat bisnes online di facebook

Selain ProSpy FB, satu lagi panduan buat bisnes online di Facebook yang saya cadangkan adalah Pakej Video FB Assasin oleh Tuan Azian Osman. Panduan yang lengkap dan berbaloi dimiliki pada harga yang berpatutan. Boleh klik gambar di bawah untuk lebih details berkenaan Pakej Video FB Assasin ini.

pakej video fb assasin..

Baca juga:  4 Model Bisnes Mudah Tanpa Modal Besar Untuk Jana Pendapatan Tambahan

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini