Saya rasa dah lama tidak menulis tentang topik berkaitan pewarisan harta (wealth distribution), jadi untuk artikel kali ini saya nak tulis sedikit berkenaan topik tersebut, dan saya pilih tajuk pengiraan asas pembahagian faraid dalam al-Quran.
Seperti yang pernah saya tulis, dan saya yakin ramai yang dah tahu, faraid merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang Islam.
Dalam pengurusan harta pusaka orang Islam, selepas digunakan untuk bayaran pengurusan jenazah, penyelesaian hutang, pembahagian harta sepencarian, menunaikan hibah, amanah dan wasiat, maka faraid akan digunakan untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada semua waris yang berhak.
Ramai yang tahu bahawa faraid sangat penting dalam pengurusan harta pusaka, tetapi ramai yang tidak berminat untuk belajar tentang faraid.
Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan timbul berkaitan faraid yang mana menyebabkan banyak masalah timbul dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.
Faraid adalah yang terbaik untuk pengurusan harta pusaka kerana mengambil kira semua aspek terutama keadilan kepada semua waris yang berhak, tetapi dek kerana kurangnya ilmu di kalangan masyarakat, banyak salah faham timbul berkaitan faraid.
Contohnya, apabila berbicara tentang faraid, ramai yang hanya tahu tentang hak, tetapi tidak ambil kisah tentang tanggungjawab.
Sebenarnya, faraid melibatkan kedua-dua aspek hak dan tanggungjawab.
Memang betul dalam pembahagian faraid ada dinyatakan hak setiap waris, tetapi perlulah ingat bahawa harta yang dibahagikan tersebut datang bersama-sama tanggungjawab.
Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat bahawa mereka turut bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak yang ditinggalkan si mati.
Sebab itulah, amat penting untuk kita belajar berkenaan pengurusan harta pusaka khususnya berkaitan pembahagian faraid supaya tidak lagi timbul salah faham dan kekeliruan berkenaan perkara tersebut.
Baiklah, sebagai permulaan, marilah kita belajar berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran.
Ya, pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa’
Mari kita renungi dahulu firman Allah S.W.T dalam ayat 11, surah an-Nisa’:
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Daripada ayat ini, beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
- Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibu serta adik-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik
Sekarang, mari kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:
“Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Dan jika si mati itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya adalah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:
- Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
- Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/6) (dibahagikan sama rata daripada 1/6 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai seorang saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
- Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)
Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.
Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.
Maka, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.
Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:
Itu sahaja untuk kali ini, mungkin di lain artikel saya akan tunjukkan pula contoh pengiraan pembahagian faraid mengikut situasi tertentu.
Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel kali ini.
Bagi yang nak buat perancangan harta pusaka, boleh hubungi saya.
Saya boleh sediakan khidmat penulisan wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah, wakaf dan khidmat nasihat serta bantuan pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat.
Rancang pusaka, tinggalkan legasi
Izzuddin Jaaffar
Perancang Harta Pusaka Islam
as-Salihin Trustee Berhad
013-9798719 / 010-4598719
facebook.com/jomurusduit
jomurusduit.com
wa.me/60139798719
Lokasi: Kelantan & Terengganu
Pingback: Harta Pusaka? Cara mudah menguruskannya!
Ya, betul Tuan. Saya pun ada tulis tentang hierarki pengurusan harta pusaka di artikel ini: 5 Aspek Pengurusan Harta Pusaka Sebelum Pembahagian Faraid
Asalamualaikum
Bapa mentua saya baru meninggal dunia bulan okt lepas. Arwah ada meninggalkan
1. Rumah pusaka
2. Wang Asb
3. Tanah pertanian
Arwah mempunyai 2org anak lelaki dan 9org perempuan dimane salah seorang anak perempuan telah diserakan pd org lain sebagai anak angkat.
Persoalan yg timbul sekarang
Pertama. Salah seorang anak perempuan mendakwa rumah pusaka menjadi miliknya kerana menjaga arwah semasa sakit. (arwah tiada mewasiatkan tentang hal itu), bagaimana hak anak2 lain
Kedua. Kedudukan anak perempuan yg diserahkan kpd org lain sebagai anak angkat, adakah dia layak mendapat bahagian, walau pun dari kecil sampai dewasa tak pernah ambil tahu pasal arwah.
Ketiga. Tanah pertanian tersebut tanpa perundingan dgn anak2 yg lain telah ditukar nama pada salah seorang anak perempuan kerana arwah meminjam wang utk membayar bil tal yg tertunggak bagi mengelakan arwah dikena tindakan mahkamah dan boleh kah adek beradek lain membuat tuntutan kapada tanah tersebut. Mohon sangat2 tuan bantu beri penjelasan, supaya masalah dpt di selesaikan dgn baik dan hubungan adek beradek tidak terputus dgn masalah ini.
Wsalam. Saya jawab sekadar yang saya faham daripada situasi yang diceritakan.
#1 – Jika tiada wasiat dan bukti, jadi semua waris ada hak ke atas rumah tersebut.
#2 – Ya, anak perempuan tersebut masih merupakan waris yang layak mendapat bahagian. Walaupun dijaga orang lain, pertalian darah anak-bapa masih sah.
#3 – Jika ditukar nama sebelum arwah mati dan secara sukarela, agak sukar untuk waris-waris lain buat tuntutan semula. Kerana tanah tersebut secara undang-undangnya adalah milik nama di atas geran.
Semoga keluarga Tuan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dengan baik dan mengekalkan keharmonian.
Wallahu’alam.
As Salam .
Mohon :Pencerahan .
1. Kawan saya mempunyai seorang bapa yang keuzuran tidak dapat berpuasa disebabkan punca rezeki beliau adalah berkebun dan bertani dan mengalami penyakit gasstri dan masih dan kini belia masih dikampong ?
Persolannya ,Boleh ker anak anaknya membayarkan fidyah beras menggantika puasa ayahnya yang tidak boleh berpuasa dikhuatiri mendatangkan kemudaratan pada ksesihatan beliau .
Berumur dalam Lingkungan 60 an ???
Adakah dikira fidyah atau sedkah sahaja .
Mohon pencerahan .
Wsalam. Saya rasa soalan ini perlu ditanyakan kepada pegawai agama atau ustaz yang berkelayakan.
assalammualaikum tuan,
suami saya meninggal dunia pada april 2018 pada usia kehamilan saya 7 minggu. kini usia kehamilan saya hampir 4 bulan..menurut doktor kandungan saya sepasang iaitu seorang lelaki dan seorg perempuan.suami mempunyai ibu dan seorang saudara lelaki dan dua saudara perempuan sebapa dan seibu…kini mereka mulai menghitung dan bertanya tentang harta arwah suami..apakah pandangan tuan pada situasi saya ini.berapakah bahagian yg perlu dibahagikan kepada mereka….adakah anak2 yang saya kandung ini punya bahagian? adakah pencen bulanan dan ganjaran juga termasuk dalam faraid?
Wa’alaikummusalam. Takziah atas kepergian suami Puan.
Mengikut beberapa pandangan, anak di dalam kandungan adalah dikira sebagai waris harta pusaka yang sah. Walaubagaimanapun, perlulah dipastikan dengan sebetulnya akan jantina anak tersebut. Andai betul kedua-dua anak Puan adalah seorang lelaki dan perempuan, maka waris yang sah adalah Puan, ibu dan kedua-dua anak sahaja. Tetapi, jika kedua-dua anak tersebut adalah perempuan, maka waris-waris juga akan berbeza. Oleh itu, menurut beberapa pandangan, dalam situasi seperti ini (waris masih di dalam kandungan), lebih baik ditangguhkan pembahagian harta pusaka sehingga anak tersebut dilahirkan supaya betul-betul disahkan jantinanya.
Pencen bulanan dan ganjaran tidak termasuk dalam faraid.
Sekadar yang saya tahu. Saya sarankan Puan untuk dapatkan nasihat daripada pihak-pihak berkelayakan untuk informasi yang lebih tepat dan berkredibiliti.
Wallahu’alam.
assalammualaikum tua, terimakasih atas jawapan…inshaaallah saya akan ikut nasihat tuan.dan akan meminta pandangan pihak yg berkelayakan.terima kasih tuan…..
Sama-sama. Semoga urusan Puan dipermudahkan.
Assalam…
Tuan,
Saya keliru mengenai bahagian isteri…. Perenggan ke 6 sebelum carta terakhir
Wsalam. Sebagai seorang isteri yang kematian suami, jika ada anak, dapat 1/8 bahagian. Jika tiada anak, dapat 1/4 bahagian.
Assalam tuan,boleh saya tau kalau semasa kematian suami dia mempunyai anak utk perkahwinan pertama.tetepi dengan saya tiada anak.pengiraan tetap sama ke.
Assalamualaikum/selamat sejahtera. Saya ingin tumpang tanya sikit tentang pembahagian harta pusaka ni.
Senarionya begini.
– Nenek belah mak saya dah meninggal dunia beberapa bulan lepas. jadi tanah hak miliknya hendak dijual oleh adik beradik arwah mak saya.
– Mak saya pula dah meninggal dunia disebabkan kanser 3 tahun lepas.
-Ayah dan mak saya dah bercerai. Jadi segala tanggungjawab adik2 saya yang uruskan.
Persoalan saya ialah,
-bagaimana pembahagian harta dilakukan untuk saya (anak) yang maknya telah meningal dunia?
-adakah saya perlu hadir dalam segala bicara kuasa harta pusaka nenek saya?
Kalau ikutkan situasi yang Tuan ceritakan, mak Tuan telah lama meninggal, manakala nenek baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas. Oleh itu, pewarisan telah pun ‘terputus’ antara si nenek dan adik-beradik Tuan. Jadi, Tuan tak terlibat dalam pembahagian harta pusaka nenek, kecuali jika nenek ada tinggalkan wasiat supaya sebahagian harta beliau diberikan kepada cucu-cucunya.
Tuan, saya ingin bertanya….Datuk saya telah meninggal dunia. Beliau ada 4 org anak dan 2 telah pun meninggal dunia dan sekarang tinggal anak perempuan beliau (iaitu mak saya) berumur 73 tahun dan adik lelaki (pakcik saya) berumur 61 tahun dan isteri beliau (iaitu nenek saya) yang berumur 89 tahun. Baru-baru ini pakcik saya telah meninggal dunia.
Datuk saya mempunyai dua bidang tanah di bawah nama datuk saya. Bagaimanakah pembahagian harta yang sepatutnya mak atau nenek saya terima. Selain daripada itu pakcik saya mempunyai simpanan tabung haji dan tidak meletakkan sebarang nama untuk waris. Siapakah yang berhak mewarisi simpanan tabung haji sekiranya dituntut.
Nenek saya mempunyai adik lelaki berumur 70an.. Bolehkan beliau dikira sebagai waris yang boleh menuntut hak harta pusaka datuk dan nenek saya.
Untuk harta datuk, waris yang layak adalah mak, pakcik dan nenek. Adik lelaki nenek tiada hak ke atas harta datuk. Untuk harta dan bahagian harta pakcik, kena lihat pula siapa waris-warisnya (anak, isteri). Waris yang layak buat tuntutan. Apa-apa pun, Tuan boleh dapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkelayakan.
assalamualaikum…
Mohon bantuan pendapat dan pandangan Tuan;
1. Saya dan arwah suami tidak mempunyai anak. Tetapi arwah hanya meninggalkan seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
Jika arwah masih mempunyai ibu dan ayah, apakah adik beradik kandung arwah samada lelaki atau perempuan berhak menerima faraid?
2. Mohon tuan kongsi bahagian untuk faraid di atas.
3. Sekiranya ibu dan bapa arwah meninggal dan tidak sempat menerima pembahagian faraid, adakah pembahagian faraid akan berubah?
4. Apakah pampasan insuran dari majikan termasuk dalam harta pusaka? (jika insuran adalah bukan dari islamik/takaful)
.
Ribuan terima kasih di atas bantuan dan pandangan Tuan.
Wsalam. Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.
#1 – Waris yang layak adalah isteri, anak perempuan, ibu dan ayah si mati.
#2 – Maaf, saya tak ada kepakaran untuk menyatakan bahagian setiap waris.
#3 – Bahagian untuk waris-waris asal yang lain masih sama. Bahagian untuk ibu dan bapa arwah, akan dibahagikan pula kepada waris-waris ibu dan bapa tersebut.
#4 – Sebaik-baiknya, tidak.
Apa-apa pun, Puan boleh dapatkan nasihat daripada pihak yang lebih berkelayakan seperti Amanah Raya, Majlis Agama, Pejabat Pusaka atau syarikat-syarikat trustee.
Terima kasih.
Pandangan tuan amat saya hargai..terima kasih🙂
Sama-sama. Harap dapat membantu walau sedikit 🙂
Assalamualaikum
Mohon pencerahan dari tuan
Suami saya meninggal pada Januari 2018 saya tidak mempunyai zuriat, tapi ada ambil anak angkat dua orang lelak dan arwah ada dua orang adik lelaki seibu sebapa. Arwah suami saya ada se lot tanah(nama suami), sebuah motosikal nama suami) dan sebuah rumah flat nama bersama saya dan suami, jadi macamana untuk pembahagian harta ini. Saya belum pergi lagi urus pasal harta ini..ke mana tempat/pejabat yang perlu saya tuju.
sekian terima kasih.
Wsalam. Takziah atas pemergian suami Puan.
Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.
Anak angkat adalah bukan waris faraid. Maka, tidak layak menerima bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Kecuali, jika arwah suami Puan ada tinggalkan wasiat rasmi yang didokumenkan untuk mereka.
Mengikut situasi sekarang, waris kepada arwah suami Puan adalah Puan (isteri), ibu dan ayah arwah (jika masih ada). Jika ibu dan ayah telah tiada, maka adik-adik lelaki arwah juga adalah waris yang layak.
Puan boleh ke Pejabat Pusaka Kecil, biasanya di Pejabat Tanah/Daerah untuk dapatkan bantuan bagi pengurusan harta pusaka arwah.
Wsalam. Takziah atas pemergian suami Puan.
Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.
Anak angkat adalah bukan waris faraid. Maka, tidak layak menerima bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Kecuali, jika arwah suami Puan ada tinggalkan wasiat rasmi yang didokumenkan untuk mereka.
Mengikut situasi sekarang, waris kepada arwah suami Puan adalah Puan (isteri), ibu dan ayah arwah (jika masih ada). Jika ibu dan ayah telah tiada, maka adik-adik lelaki arwah juga adalah waris yang layak.
Puan boleh ke Pejabat Pusaka Kecil, biasanya di Pejabat Tanah/Daerah untuk dapatkan bantuan bagi pengurusan harta pusaka arwah.
SATU USAHA YANG PATUT DIPUJI
KOMPAILKAN SETMUA SOALAN SERTA JAWAPAN
AMAT BERMANFAAT JIKA DISOKONG DENGAN HADIS
🙂
Salam..ayah sy dh 8 tahun meninggal dunia..baru skrg terlintas nak uruskan harta pusaka arwah ayah..sy ada 2 org adik beradik pmpuan..dan ada ayah saudara 2 org masih hidup dan 3 org mak saudara..sy xde adik beradik laki. Klu ikot al quran..mmg kne buat faraid kan.. persoalannya skrg..utk masuk permohonan faraidh di mahkamah syariah, mak saudara pun terlibat sekali atau ayah saudara sahaja? Ada yg kata kena libatkan mak sedara..ada yg kata xpayah sbb ayah saudara tu dh setuju xnk ambil bahagian dia dan nak bg pada kami adik beradik.. macam mana ye tu? Bole jelaskan tak? Sekian..
Wsalam. Ya, kena libatkan semua waris yang masih ada, termasuk mak saudara.
Salam..
Arwah abang kandung saya ada lagi ibu ,isteri dan anak2 ,saudara lelaki dan saudara perempuan mcm mana dgn pembahagaian wang kwsp.Tq
Wsalam. Wang KWSP adalah harta pusaka, jadi wajib dibahagi kepada semua waris mengikut faraid. Dalam kes abang tersebut, ibu, isteri dan anak-anak adalah waris yang sah. Jika ada anak lelaki, saudara lelaki dan perempuan tiada hak.
As salam ..
Nenek saya telah meninggal dunia dan suaminya juga telah lama meninggal,nenek saya tinggalkan 1anak lelaki,2ank perempuan.ank lelaki dia pun telah meninggal dunia dan dia juga masih ada 2 adik beradik lelaki yang masih hidup,pada siapa jatuh harta nenek saya ni…mohon pencerahan tuan..
Wsalam. Kalau anak lelaki nenek meninggal selepas nenek meninggal, maka waris untuk harta nenek adalah waris kepada anak lelaki (anak, isteri jika ada) dan 2 anak perempuan nenek.
Assalamulaikum..tuan
Arwah Pakcik sy yg sulong ada mewasiatkn harta pusaka nya kpd sy (ank saudara)& seorg ank angkat belau. Adik arwah pakcik sy tdk bersutuju dgn wasiat ter sebut. Jd pembahgian mcm mana yg tdk melanggar hukum dan betul
Wsalam. Dalam Islam, wasiat adalah untuk bukan waris dan 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Dan paling penting, wasiat tersebut didokumenkan supaya menjadi bukti kukuh jika dicabar sesiapa. Selebihnya, sebaik-baiknya dibahagikan mengikut pembahagian faraid kepada waris-waris yang layak.
Assalamualaikum tuan, saya berniat untuk membuat penamaan kwsp mengikut peratusan faraid. Waris terdekat saya adalah isteri(seorang), ayah, ibu dah saudara perempuan(seorang). Balehkan tuan bantu jelaskan siapa yg layak dan peratusannya.
Wa’alaikummussalam. Dalam situasi yang dinyatakan, hanya isteri, ayah dan ibu adalah waris.
Terima kasih atas jawapan Tuan. Bolehkah Tuan kongsikan pecahan untuk setiap waris.
assalamualaikum tuan, mohon pencerahan drpd kekeliruan kami,
bapa sy dh meninggal dunia, tahun 2003 dan harta telah dibahagikan 1. tanah rumah , 2. tanah pertanian, rumah teres (masih dlm hutang)
pembahagian dulu dibuat
tidak mengikut paraid sbb xtahu
pada tahun ini salah seorng adik beradik nk menutut hak faraid
jadi bgaimana cr nk buat ya
ahli keluarga yg ada
mak
anak lelaki 5
anak perempuan 2
Wsalam. Maaf, saya tak dapat membantu. Saya sarankan Tuan dapatkan bantuan daripada pihak yang berkelayakan atau Pejabat Pusaka Kecil (biasanya di Pejabat Tanah & Daerah)
Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya mengenai carta yang tuan nyatakan di atas. Adakah tuan mengambil contoh dari salah satu bank di Malaysia? Kelihatan seperti carta itu dari AmAssurance, adakah itu benar? Mengapa tuan ‘crop’ instead giving them credit?
Wsalam. Maaf Tuan, saya hanya google sahaja gambar tersebut. Gambar asal begitu, saya tidak crop. Jika benar dari AmAssurance, saya dah letakkan kredit pada gambar. Terima kasih atas teguran.
Assalammualaikum..
Bekas suami saya baru meninggal 2 bln, duit epf atas nama adik ipar sebagai pewaris.. Tetapi dia tidak menyerahkn bahagian anak tunggal lelaki saya yg berumur 7 tahun atas alasan dia simpan sampai umur 18tahun.. Saya nk Tanya apakah dia berhak buat sedemikian sedangkn saya adalah penjaga n ibu kepada anak saya.. Dan saya masih hidup lagi.. Dia cuma pemegang amanah atas pembahagian faraid waris2 arwah.. Saya baru bercerai 1 blan 1/2 sebelum arwah meninggal dunia.. ApA yg perlu n patut saya lakukan utk menu tut hak anak saya.. Dan bagaimana saya boleh buat..
Wsalam. Mengikut hukum, adik ipar tersebut adalah ‘penjaga’ kepada anak Puan dan beliau juga bertanggungjawab ke atas nafkaf dan saraan anak tersebut. Memang betul beliau bertanggungjawab menjaga bahagian anak tersebut sehingga berumur 18 tahun, tetapi sepatutnya jika beliau seorang yang bertanggungjawab, beliau boleh berikan bahagian tersebut sedikit demi sedikit secara bulanan untuk perbelanjaan si anak.
Maaf, saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat untuk masalah di atas. Dari apa yang saya tahu, Puan boleh dapatkan khidmat peguam untuk dapatkan perintah mahkamah bagi bahagian si anak tersebut.
Assalam, saya nak tanya soalan berdasarkan senario dibawah;
Ibu mertua merupakan ibu tunggal – telah meninggal dunia, mempunyai rumah pusaka (masih dalam ansuran SPNB), tanah kelapa sawit dan duit didalam beberapa akaun (TH, insurans dan personal account). Arwah ada anak kembar lelaki (no. 1 masih bujang, dan no.2 telah berkahwin dan ada dua orang anak lelaki) dan ibu yang sudah uzur. Saya ada lah isteri si kembar yang no.2
soalan saya,
1. ada kah bahagian anak kembar itu adalah sama rata?
2. adakah benar anak no. 1 mempunyai kuasa penuh utk mentadbir harta pusaka tanpa persetujuan bersama dengan adiknya?
3. Anak no. 1 mengatakan dia telah mempunyai janji dan amanah secara lisan dengan arwah ibunya utk menguruskan harta tetapi enggan memberi tahu kepada adiknya. Adakah amanah itu sah?
Saya kasihan dengan suami yang sering ditegah untuk mengambil tahu tentang harta pusaka ibu nya dan hanya berdiam diri demi pertalian saudara sedarah yang hanya tinggal seorang.
Wsalam. Saya menjawab sekadar yang saya tahu:
1. Sepatutnya bahagian kedua-duanya adalah sama.
2. Tanggungjawab pentadbir adalah untuk mengagihkan harta pusaka kepada semua waris yang layak mengikut bahagian masing-masing. Jika tidak, pentadbir dianggap tidak menjalankan tanggungjawab tersebut.
3. Sama ada sah atau tidak amanah lisan tersebut, hanya boleh ditentukan oleh mahkamah/pihak yang berkuasa. Apabila dibicarakan, akan diminta bukti atau saksi-saksi lain yang mendengar/mengetahui tentang amanah lisan tersebut.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimanakah sistem pembahagian harta sekiranya :-
1. ayah saya telah pun meninggal dunia pada 2018, Datuk sy telah lama meninggal, manakala nenek saya baru sahaja meninggal dunia pada 2019 dan nenek saya mempunyai anak seramai 5org lelaki, 4 org perempuan. Nenek saya juga mempunyai anak bersama suami kedua(telah meninggal) seramai 3 org anak lelaki.
adakah saya sebagai cucu perempuan mempunyai hak di atas harta pusaka nenek saya tersebut?
Wsalam. Oleh kerana ayah Cik telah meninggal sebelum nenek meninggal, maka ayah Cik bukan lagi pewaris kepada harta si nenek. Maka Cik juga bukan pewaris kepada harta nenek tersebut. Wallahu’alam.
kalau saya anak lelaki kepada ayah saya..adakah saya mempunya hak ke atas harta nenek saya.
Ya jika semasa nenek mati, nenek tidak mempunyai anak lelaki yang masih hidup. Tidak jika semasa nenek mati, masih ada anak lelaki nenek yang masih hidup.
Hamba Allah,
Assalamualaikum, saya ingin bertanya.
Ibu saya meninggal 2 tahun yang lepas. Arwah ada tinggalkan harta pusaka yg belum diwasiatkan. Saya maklum bahawa kami perlu mengikut undang2 faraid, Kami tiga adik beradik. Seorang lelaki dan 2 perempuan. situasi kami skarang ni adakah tuntutan faraid termasuk sekali dengan adik beradik arwah ibu saya atau hanya kami 3 beradik sahaja.
Wsalam. Setahu saya, oleh kerana ada waris anak lelaki, maka harta tersebut hanya untuk anak-anak (jika ibu dan bapa si ibu dah tiada). Apa-apa pun untuk pengesahan, boleh bertanya kepada pihak yang lebih arif.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum…minta pandangan tuan untuk pembahagian harta jika si mati meninggalkan 3 orang anak perempuan sahaja…adakah anak saudara si mati di kira sebagai waris dan adakah dia layak untuk membuat tuntutan faraid?
Wsalam. Anak saudara bukan waris. Kalau adik beradik si mati boleh jadi waris.
Assalamualaikum tuan. Sy ingin bertanya. Jika seorng isteri meninggal tanpa ad anak tetapi ibubapa dan adik beradik beliau masih ad. Mcm mne pembahagian pusaka?
Wsalam. Jika mengikut faraid, pewaris yang sah adalah suami, ibu dan bapa si mati.
Assalamualaikum.. Sy nk ty, pakcik sy meninggal dunia, dan aruah meninggalkn sejumlah wang dlm simpanan.. Aruah ad anak perempuan seorg, isteri yg telah lama bercerai, dan bapa yg masih hidup.. Ikut pembahagian faraid, siape yg layak trima wang tersebut.. Adakah adik beradik pakcik sy layak jg trima harta tersebut..? Mohon penjelasan dr tuan.. Trima kasih
Wsalam. Anak perempuan dan bapa si mati ada hak sebagai pewaris. Isteri yang telah lama bercerai bukan pewaris. Adik beradik pula, maaf, saya kurang pasti.
Assalamualaikum,
Saya berkahwin dan mempunyai 3 orang anak tiri – semua lelaki (anak suami) yg tinggal bersama saya dan suami serta seorang anak perempuan (anak saya dan suami). Rumah yg kami tinggal sekarang adalah rumah saya (saya beli sebelum saya berkahwin). Rumah itu adalah harta saya dan saya telah namakan kepada anak perempuan saya. Saya juga ada sejumlah duit simpanan dan juga wang KWSP.
Persoalan disini.
1. Sekiranya saya meninggal, bagaimana pembahagian duit simpanan saya dan juga wang KWSP.
2. Adalah salah saya meletakkan penama rumah yg kami tinggal sekarang kepada anak perempuan saya sahaja.
Terima kasih.
Wsalam. Saya jawab berdasarkan pengetahuan saya:
1 – Pembahagian adalah mengikut faraid. Waris Puan adalah suami, ibu bapa Puan (jika masih ada) dan juga anak Puan. Anak-anak tiri dari suami Puan bukanlah waris.
2 – Tidak salah. Rumah tersebut adalah harta Puan. Puan berhak untuk meletakkan nama sesiapa pun.
Wallahu’alam.
Assalamualaikum,
Mohon pencerahan dari Tuan
Saya ada 4 orang adik beradik yang berlainan Bapa,Abang dan kakak saya anak suami pertama (bercerai)
dan saya bersama adik perempuan saya,suami ke dua (bercerai)
Kedua Orang tua arwah ibu saya sudah meninggal (datuk dan nenek saya)
Arwah ibu saya ada sebuah rumah yg di tinggalkan dan rumah itu di duduki oleh abang saya dan keluarganya
semasa Arwah ibu minggal,Rumah itu belom habis di bayar,Dan pembayaran rumah itu di sambung bayaran
nya oleh Abang saya sehingga habis
Baru2 ni Abang saya ada membuat agihan bahagian adik beradik,Dia menbahagi sama rata setiap orang
Semasa Arwah ibu saya membeli rumah itu harga nya Rm25000,Dan sekarang nilai nya dalam angaran
Rm150000.Boleh Tuan nilaikan berapa yang sepatutnya setiap orang terima?
Wsalam. Bagi situasi saudara, maaf, saya tak boleh berikan nilai anggaran yang sepatutnya setiap seorang terima. Takut kerana anggaran yang saya beri nanti, akan menimbulkan masalah/ketidakpuasan hati di kalangan keluarga saudara nanti.
Kalau diikutkan faraid, sememangnya yang lelaki mendapat lebih bahagian berbanding perempuan. Tetapi, jika semua sepakat, tiada masalah pun untuk membahagikan sama rata. Lagipun, si abang ada membuat sambung bayar sehingga habis, maka sepatutnya bahagian yang beliau sumbangkan tersebut perlu dipulangkan balik kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Apa-apa pun, yang penting, kesepakatan dan keharmonian dalam pembahagian yang per;u lebih diutamakan.
Jika saudara tidak berpuas hati dengan jawapan saya, boleh berjumpa dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran berkenaan hal ini. Berjumpa secara face-to-face adalah lebih baik kerana lebih banyak maklumat boleh diberikan sebelum anggaran pembahagian dapat dilakukan.
Assalamualaikum
Datuk sy mnigal
Ada 4ank (3L 1p)mngal blake
Ank datuk :
1.mnigal – ada 1ank per
Assalamualikum
Datuk sy mniggal….ada 4ank (3L1p)mnigal semua.
1.Ank 1- L ada 9ank (2L7p)
***2 Ank ke2- L ada sorg ank per*(cucu datuk ) mnigal –
Ada 5ank(2L 3P)***cicit datuk
***3.Ank ke3- Per…..ada 2 ank L n Per
* (cucu datuk) mngal jg
Cucu L datuk tigal 1*** ISTERI cucu L n 6 ank (1 L 5P)*** CICIT datuk
Cucu Per datuk tigal 7 ank(3L n 4P)* CICIT datuk
4.Ank ke 4-L- ada 9 ank (4L 5P)
Soalan1
Adakah cucu,cicit n isteri kpd cucu L datuk dpt bhgian drp harta datuk ( sebidang tanah)
Soalan2:
Cara pmbhagian adakah sama byk @ siapa dpt byk n siape dpt cikit.
Harap dpt pencerahan
T.kasih
Che Zainab
Assalamualaikum tuan. Saya mempunyai seorang isteri dan 4 org anak..semua perempuan. Adik beradik saya 6 lelaki 5 perempuan..kedua dua IbuBapa saya masih ada..sekiranya saya meninggal bagaimana pembahagian harta saya mengikut faraid..terima kasih..
Wsalam. Waris yang layak adalah ibu bapa, isteri dan anak-anak perempuan.
Assalamualaikum tuan..abang saya baru meninggal dunia 22 april 2019..abg sy pernah bernikah di thailand tetapi tidak mendaftar nikah di malaysia..sebelum meninggal abg sy sakit kanser dijaga oleh ibu dan isterinya tetapi isterinya telah keluar dari rumah tanpa alasan yg kukuh dan abg sy telah menjatuhkan talak sekiranya isteri beliau tetap keluar dari rumah..adakah isterinya dianggap nusyuz? Perkahwinan mereka dikurniakan seorg anak lelaki..soalan sy adakah isteri yg nusyuz layak mendapat harta peninggalan suami seperti duit kwsp dll..Bagaimana pembahagian harta abg saya? Terimakasih tuan
Wsalam. Jika benar telah bercerai, maka si isteri bukan waris. Tetapi, beliau layak menuntut harta sepencarian. Dalam kes yang dinyatakan, jika betul tidak mendaftar nikah di Malaysia, agak sukar bagi pihak isteri untuk menuntut harta sepencarian.
Untuk mengesahkan status pernikahan dan penceraian, hanya pejabat agama/mahkamah yang boleh tentukan.
seorang bapa telah meninggal dunia dengan meninggalkan 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki.
Sebelum sempat pembahagian pusaka bapa, salah seorang anak perempuan telah meninggal dunia (meninggalkan suami & tiada anak)
Adakah suami kepada perempuan yang meninggal dunia tadi layak mewarisi pusaka bapa mertuanya (menuntut atas hak arwah isteri)?
Ya, layak. Si anak perempuan tersebut adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka si ayah. Si suami pula adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka isterinya. Jadi, kena selesaikan bahagian si anak perempuan, kemudian dikira pula bahagian untuk si suami tersebut daripada bahagian si anak perempuan.
Sebab itulah pembahagian harta pusaka sebaik-baiknya diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan perkara sebegini.
As salam tuan, Datuk saya meninggal dunia 15 thn lepas. Selepas 3tahun ibu saya pula meninggal dunia.Saya ada 4 org adik beradik. Selepas 2 tahun ayah saya berkahwin lain dan mempunyai anak.Baru2 ni saya dihubungi keluarga Datuk utk pembahagian harta dlm bentuk tanah 3ekar. Adakah ayah saya waris yg layak utk terima walaupun sudah berkahwin lain..mohon pencerahan.terima kasih.
Wsalam. Waris untuk arwah ibu Tuan adalah nenek (ibu kepada ibu jika masih ada), ayah (suami ibu) dan adik-beradik Tuan (anak-anak ibu).
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya mengenai perkara berikut:-
Seorang isteri telah kematian suaminya. Mereka tidak mempunyai anak. Ibu Bapa dan adik lelaki arwah suaminya telah meninggal dunia sebelum suaminya.
Si mati (arwah suami) mempunyai seorang adik perempuan. Adakah adik perempuannya berhak/boleh menuntut harta pusaka si mati?
Si mati hanya meninggalkan sebuah rumah.
Adakah rumah tersebut dianggap harta sepencarian dan isteri boleh menuntut keseluruhan bahagian rumah tersebut?
Sekian, terima kasih.
Wsalam.
Soalan #1 – Ya, adik perempuan arwah juga adalah waris si mati.
Soalan #2 – Ya, si isteri boleh menuntut separuh bahagian (atau nilai yang ditentukan oleh pihak mahkamah) rumah tersebut sebagai harta sepencarian. Separuh lagi yang bahagian arwah perlu diagihkan kepada waris-waris mengikut pembahagian sepatutnya.
Assalamualaikum Tuan,
Terima kasih di atas penjelasan Tuan mengenai perkara di atas.
Saya juga ingin bertanyakan mengenai perkara berikut:-
Seorang Isteri telah meninggal dunia (“Puan A”) dan meninggalkan sebuah rumah [sebahagian (1/2)].
Waris terdekat adalah suami dan seorang anak perempuan.
Arwah Puan A juga mempunyai abang dan adik lelaki (“saudara lelaki seibu sebapa”), adakah mereka boleh menuntut bahagian didalam rumah tersebut?
Adakah nama-nama saudara lelaki perlu dimasukkan dalam permohonan faraid / tuntutan pusaka?
Sekian, terima kasih.
Wsalam. Jika kedua-dua ibu dan bapa si isteri tersebut telah tiada, dan tiada anak lelaki, maka abang dan adik lelaki si siteri adalah sebahagian waris.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya mengenai perkara berikut:
Bapa dan ibu saya telah meninggal dunia dan meninggalkan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Wajibkah untuk membahagikan harta pusaka mengikut hukum faraid jika persetujuan diperolehi di antara semua adik beradik untuk bahagi sama rata? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Wsalam. Waris untuk ibu dan bapa adalah nenek dan datuk (kedua-dua belah, jika masih ada), anak lelaki dan perempuan. Jika semua setuju dan sepakat untuk bahagi secara sama rata, tiada masalah. Yang penting, kesepakatan semua waris.
Assalamualaikum
Ibu saya meninggal bulan lepas, beliau ada simpanan ASB..sedikit batang kemas dan duit simpanan, beliau meninggalkan anak oku 1 orang (perempuan) 7 org anak perempuan & 1 orang anak lelaki..mcm mana pergiraan utk harta beliau ye tuan?
Wsalam. Jika ayah telah tiada, maka waris untuk harta ibu adalah semua anak lelaki dan perempuan. Lelaki akan dapat 2 bahagian, dan perempuan 1 bahagian.
Assalamualaikum nk bertanya, sahabat sy baru meninggal..kami telah duduk.serumah sejak 13 tahun lalu…susah senang bersama semua yg berlaku dlm.hidup kami ibarat kami berdua tahu satu sama lain….sampailah satu hari sahabat sy kena serangan stoke.. Half body weak…masih duduk dgn sy..walaupun tak bekerja bagi sy kalau tingal dgn saya boleh kurangkan stress sakit beliau sy tiada masalah…apa yg sy mkn itu lah dia mkn..tak.pernah dia merungut…meskipun masih ada ibu n afik.beradik lain…dia selesa ngan sy…sebab tak.nak susahkan hati ibu yg telah tua…mahupun adik beradiknya..sy tiada masalah…sehinggalah Allah meminjamkan dia utk sy jaga selama setahun shj..sahabat sy meninggal…sempat sy mandikan jenazahmya buat.kali tetakhir…soalan sy…ketika arwah sakit kami pernah bincangkan soalan harta arwah…sebab mula dia sakit dia tiada pendapatan..jadi sulah kedepan…ke perkeso kwsp,zakat menolong dptkan wang belanjankwn sy ni…tp nk ditakdirkan…semuamya tak dpt..n tak sempat dirasai sahabat sy td…ralat n sedih sy… Kos ke hospital mahupun berurut semua dr poket sy..sebab dr itu arwah ada berjnji 4@5 bulan sebelum meninggal ika dpt wang kwsp dia. Dia nk tolong berikan sy 10k buat berniaga…tp hanya perbincangan kami berdua shj….dan telahpun sy sampaikan wasiat arwah ni pada keluarganya…jadi adakah wajar sy ambil…ikutkan hati tak nak tp sy pun bukanlah senang mn pun…selama arwah ngn sy..susah senang kami tak siapa pun tahu…tp sy usahakan jua. Utk sewa.mkn minum.kos ke hospital semua…jadi bagaimana tuan?wajar sy ambil terima.?dan bolehkah keluarganya menidakkan wasiat arwah itu td?sy pun tak nk.menipu sebab kenal 13 tahun…tak a da faedah sy menipu utk 10k…walaupun sy tahu harta arwah 100k…mohon penjelasan
Wsalam. Secara undang-undang, wasiat yang dinyatakan kawan Tuan agak sukar untuk dibuktikan dan disahkan kerana tiada apa-apa bukti mahupun saksi untuk menyokong wasiat tersebut. Untuk segala perbelanjaan yang Tuan keluarkan ke atas kawan tersebut, terpulang kepada niat Tuan. Jika Tuan niatkan sedekah, maka jadilah ia sedekah. Jika Tuan niatkan sebagai hutang, jadilah ia sebagai hutang dan Tuan berhak menuntuk semula bayarannya daripada waris-waris arwah.
Assalamualaikum. Saya mempunyai 5 orang adik beradik. Saya ingin bertanyakan soalan. Baru baru ini ayah saya ingin memberikan hartanya iaitu rumahnya dan ingin melakukan surat perjanjian mengenai perkara tersebut kepada isteri yang baru dinikahi iaitu ibu tiri saya yang tidak mempunyai anak bersama ayah saya, walhal rumah tersebut merupakan harta sepencarian ayah saya bersama isteri lamanya iaitu ibu saya. Adakah saya boleh menuntut harta tersebut?? Harap dapat menjawab soalan saya. Terima kasih
Wsalam. Jika Cik dapat buktikan//dapat pengesahan bahawa bahagian ibu terdapat pada rumah tersebut, maka Cik dan adik-beradik lain boleh menuntut bahagian ibu tersebut. Untuk bahagian ayah, jika beliau hibahkan kepada isteri muda, maka waris lain sukar untuk tuntut. Jika tidak hibah, masih boleh tuntut.
Assalamualaikum tuan. apa pendapat tuan di antara pembahagian harta dari segi faraid atau secara sukarela antara adikberadik yang mana lagi baik?
Wsalam. Kedua-duanya adalah terbaik.
Assalamualaikum tuan..Macamana pengiraan faraid kalau nilai nya Rm10, 000.
3 lelaki dan 2 perempuan .Berapakah nilai nyer dlm ringgit . Kalau mengikut faraid terima kasih tuan
Wsalam. Saya andaikan waris yang layak adalah anak-anak lelaki dan perempuan itu sahaja. Lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian. 2 bahagian x 3 lelaki = 6 bahagian. 1 bahagian x 2 perempuan = 2 bahagian. Jumlah semua adalah 8 bahagian. RM 10k/8 bahagian = RM 1250. Oleh itu, setiap anak lelaki dapat RM 2,500 manakala setiap anak perempuan dapat RM 1,250
Assalamualaikum tuan, saya hanya menantu. namun saya ingin bertanya bagi pihak suami. Bapa mertua meninggal dunia pada 23 mei 2019. semasa hayat bapa mertua ada menyebut mengizinkan kami sekeluarga duduk sahaja di rumah tersebut .Namun hanya kata-kata tanpa bukti hitam putih tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Baru-baru ini, abang ipar sulung menuntut rumah tersebut untuk dijual. Suami berkeras tidak mahu menjual kerana ianya satu harta peninggalan arwah dan merupakan rumah tempat suami dah adik beradik membesar…apa akan jadi terhadap rumah tersebut sekiranya suami sahaja tidak bersetuju untuk dijual manakala 4 orang adik beradik lelaki dan seorang adik perempuan bersetuju rumah tersebut dijual juga.
Wsalam. Secara undang-undang, oleh kerana tiada hitam-putih yang rumah tersebut diserahkan kepada si suami, maka semua adik-beradik yang lain juga mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Tidak adil juga untuk yang lain jika tidak mendapat manfaat daripada rumah tersebut. Apa yang akan terjadi kepada rumah tersebut, jika dibicarakan di hadapan pegawai bicara, bergantung kepada ketetapan pegawai bicara. Biasanya, rumah akan dinilaikan, dan jika si suami berkeras tidak mahu menjual rumah tersebut, maka si suami perlu membayar bahagian waris-waris yang lain.
Assalamualaikum. Saya mohon pencerahan atas situasi di bawah :
Seorang lelaki telah meninggal dunia dan mempunyai :
1) seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan yang masih hidup.
2) 4 orang cucu dari anak perempuan beliau yang telah meninggal lebih dahulu.
3) 6 orang adik-beradik sebapa (berlainan ibu)
Sebelum meninggal lelaki ini sedang menguruskan penukaran nama harta2nya dan telah menyerahkan kepada orang yg beliau percayai dokumen2 berkaitan untuk diteruskan sekiranya beliau meninggal dunia dan telah memaklumkan penama harta tersebut. Sayangnya walaupun dalam proses pengurusan, ia masih belum selesai. Walaupun orang yg diamanahkan tau siapa sepatutnya harta2 itu dinamakan, sayangnya ia tidak secara bertulis.
Bila beliau telah meninggal, anak lelaki beliau telah meminta semua harta peninggalan arwah yang dianggap harta pusaka difaraidkan. Dan menyatakan apa2 urusan arwah semasa hidup tidak terpakai.
Dalam situasi ini, apa perlu dibuat oleh orang yg diamanahkan meneruskan urusan harta tersebut?
Teruskan atau mengikut sahaja apa yg dikehendaki oleh anak lelaki arwah?
Bagaimana pula tentang isu berikut : harta pusaka tidak termasuk harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang telah dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
Dan sekiranya terdapat harta2 yg perlu difaraidkan selepas selesai urusan pembahagian harta yg lain, yg manakah 3 kategori yang saya sebutkan diawal tadi merupakan waris dan layak menerima bahagian harta yang difaraidkan.
Terima kasih atas bantuan.
Wsalam. Terima kasih kerana bertanya di sini. Tetapi, bagi saya, kes ini agak kompleks. Saya tidak mampu memberikan apa-apa komen, takut nanti tersilap beri cadangan. Banyak perkara yang perlu diteliti sebelum cadangan diberikan. Saya cuma boleh usulkan untuk pihak Puan dapatkan nasihat daripada profesional berkaitan secara berdepan agak penjelasan dapat diberikan dengan lebih jelas dan menyeluruh.
Assalamualakum tuan….
Saya mohon pencerahan daripada pihak tuan.
Situasi : saya ada beli sebuah rumah secara pinjaman bersama dengan bekas isteri. Kami bersetuju untuk menjual rumah tersebut… soalannya.. adakah saya layak untuk mendapat bahagian daripada jualan tersebut…. kalau layak, berapa peratus saya layak dapat? Rumah tu dijual dgn hargarm350k. Terima kasih…. mohon pencerahan drp pihak tuan.
Wsalam. Kalau cara mudah, bergantung kepada persetujuan bersama antara Tuan dan bekas isteri. Boleh 50-50, atau berdasarkan sumbangan masing-masing. Contohnya kalau selama ini Tuan bayar 60%, isteri bayar 40%, maka boleh sahaja dibahagikan hasil jualan seperti itu.
salam saya nak tanya
1. saya anak perempuan tunggal kepada arway ayah, hak saya 1/2 daripada harta peninggal arwah ayah. mana kala selebihnye adalah hak siapa? hak bapa dan mak saudara saya atau baitul mal?????
2. kalau nak tahu insurans ayah saya berada dengan insurans ape bagaimana saya nak cek balik? dan boleh kan saya selesaikan tanpa adenya peguam?
Wsalam.
#1 – Ya, hak mereka.
#2 – Untuk insurans, boleh dapatkan bantuan Bank Negara Malaysia untuk cek sama ada arwah ada sebarang polisi atau tidak. Tetapi mengikut hukum, duit insurans adalah tidak boleh difaraidkan kerana tidak patuh syariah.. Kalau duit takaful, boleh.
assalamualaikum tuan. saya ada persoalan yg ingin ditujukan.Mengenai faraid harta bapa saudaya seibu sebapa arwah ayah. ayah saya ada 4beradik, 2lelaki dan 2 perempuan. ayah saya meninggal 2004 dan mempunyai anak lelaki 4orang. dan bapa saudara meninggal 2018. tinggal ibu saudara 2orang . merekamenuntut hak faraid atas harta bapa saudara.
persoalan disini, ibu² saudara menyatakan kami adik berafdik (anak saudara simati) tidak layak untuk menuntut harta peninggalan bapa saudara krn ayah kami kami telah lama meninggal dunia.
bukan kami merebut harta, cuma sekadar ingjn tahu jawapan kepada kekeliruan ini untuk ketenangan hati kami adik beradik.
Wsalam. Setahu saya, dalam kes sebegini (si mati masih ada saudara kandung perempuan sahaja, tiada saudara kandung lelaki, tiada ibu/nenek, tiada bapa/datuk, tiada isteri, tiada anak), jika anak saudara lelaki, ada hak. Anak saudara perempuan tiada hak. Boleh tanya pihak yang lebih arif untuk lebih kepastian. Wallahu’alam.
Assalam tuan..
Mohon pencerahan dari pihak tuan
Ayah saya meninggal dunia, ada 1 isteri, 2 anak lelaki & 3 anak perempuan. Ibu si mati (nenek) juga telah meninggal dunia. Bapa si mati (datuk) berkahwin lain dan tidak mempunyai anak bersama isteri baru
Soalan:-
1- Adakah bapa si mati (datuk) ada hak dalam pembahagian harta? Jika ya (rujuk soalan 2 & 3)
2- Jika bapa si mati (datuk) menghalalkan / tidak mahu harta, adakah dikira masalah pembahagian harta selesai?
3- Jika dalam tempoh pengurusan harta, bapa si mati (datuk) meninggal dunia adakah si isteri (nenek tiri) ada hak dari harta bapa sy?
Terima kasih
#1 – Ya, ada hak kerana datuk adalah bapa si mati.
#2 – Ya, selesai. waris-waris yang tinggal adalah anak-anak sahaja.
#3 – Ya, ada hak ke atas harta yang sepatutnya diperoleh datuk tersebut kerana nenek tiri adalah waris kepada harta si datuk.
Assalamualaikum, tuan.
Mohon pencerahan tuan mengenai pembahagian harta yg ditinggalkan tokwan saya.
Tokwan sy ada 4 beradik, 3 lelaki 1 perempuan.
Ada sebidang tanah peninggalan tokwan, yg masih belum dibahagikan kpd anak2nya. Dlm 4 beradik ni, ayah st sj yg masih ada masa tu, yg lain telah tiada.. setelah dibncang dgn anak2 saudaranya itu, 3 bhg setuju dijual, 1 bhg tak dijual. Jadi setelah ditolak bhg yg tak dijual itu, baki tanah yg dijual itu bernilai 60k hendak dibahagikan kepada 3 bhg saja iaitu 2 lelaki 1 perempuan. Jadi pembahagian itu macam mana tuan, berapa jumlah yg sepatutnya dpt. Ayah sy yg menguruskan harta ni sj yg ada.
Minta bantuan tuan memperincikan masalah ini.
Terima kasih
Wsalam. Maaf, saya tak dapat nak tolong kerana kes ini agak complicated bagi saya. Diharapkan pihak tuan boleh dapatkan bantuan daripada pihak yang lebih pakar.
Salam, saya nak tanya. Bagaimana pula kalau ada anak angkat. Si suami mati tinggalkan isteri dan seorang anak lelaki angkat damn anak kandung perempuan. Pembahagian harta macam mana?
Wsalam. Anak angkat tidak dikira sebagai waris faraid. Jika nak diberikan harta pusaka, boleh diberikan secara wasiat dan maksimum 1/3 harta sahaja.
Assalammualaikum tuan..
Datuk saya telah meninggal dunia pada tahun Lepas. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki ( ayah Saya ) yang berlainan ibu. Dan semasa beliau meninggal . Beliau mempunyai 2anak perempuan & 1 anak lelaki bersama isteri nya. Soalan Saya
1) apakah bapa saya tergolong dalam hak pembahagian faraid?
2) Isteri baharu arwah telah mengatakan bahawa anak lelakinya yang seorang itu mempunyai hak kuat keatas tanah arwah.
Bapa saya merupakan anak pertama dari 4 beradik kalau di ikut kan sebapa . Adakah bapa saya atau anak lelaki arwah bersama isteri baru nya yang menjadi pewaris kuat?
Isteri arwah mengawal tanah arwah .
Mohon pencerahan tuan
Kami tidak mahu dibodohkan oleh isteri baru arwah
Terima kasih
Wsalam. Oleh kerana bapa Tuan adalah anak kandung si Datuk, maka bapa adalah waris faraid yang sah sama seperti anak-anak perempuan dan lelaki yang lain. Biasanya dalam masyarakat kita, orang sebut waris lelaki (anak lelaki) sebagau ‘waris kuat’. Maka, bapa Tuan dan adik tiri lelakinya adalah waris kuat.
Assalamualaikum….
sedikit kemuskilan. abg ipar baru sahaja meninggal dunia. bujang dan meninggalkan emak mertua yg dijaga sepanjang hayat. harta cuma sebuah motosikal, epf dansedikit simpanan. ang ipar mempunyai 2 kakak dan 2 adik perempuan. ayah mertua telah meninggal 5 tahun dahulu. adik beradik lain tidak mahu menuntut sebarang harta dr arwah abang dan berharap akan diwarisi oleh ibu mertua. persoalannya bagaimana untuk pemilikan motosikal. bolehkah ditukar kepada nama ibu mertua dan bagaimana caranya. adakah jabatan yg boleh dirujuk untuk masalah ini….terima kasih.
Untuk dapatkan semua harta si mati sama ada yang dalam bank atau harta fizikal, maka semua pewaris perlu bersetuju untuk melantik seorang pentadbir dan dapatkan surat kuasa daripada Pejabat Pusaka Kecil. Selepas dapat surat kuasa tersebut, barulah duit daripada bank dan EPF dapat dikeluarkan, dan penama motosikal dapat ditukar.
Salam, saya puan asmah (seremban) saya ingin bertanya berkenaan pembahagian harta pusaka ibu kandung saya yang telah meninggal dunia pada june 2019 yang lalu. Ibu saya meninggalkan seorang suami bersama 5 anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu saya .
Ibu saya ada memiliki sebidang tanah , wang simpanan tabung haji , barang emas (seutas rantai leher, 4 bentuk cincin, 1 rantai tangan, 7 gelang tangan.
soalan saya , bagaimana untuk saya membuat pembahagian harta pusaka tersebut untuk harta peninggalan ibu kandung saya ? mohon pencerahan.
Sekian terima kasih.
Puan Asmah Muhammad
Wsalam. Puan boleh rujuk di sini: Pengurusan Harta Pusaka
Assalam tuan..
Mohon pencerahan dari pihak tuan,
Bagaimana mengagihkan harta faraid,jika isteri meninggal dunia,suami mendapat berapa bahagian,anak lelaki seorang dan anak perempuan dua orang?
Terima kasih.
Wsalam. Suami 1/4, selebihnya untuk anak-anak. Anak lelaki 2 bahagian, anak perempuan 1 bahagian bahagi 2. Ini jika semasa mati, ibu dan ayah isteri telah tiada.
Salam tuan,
Kalau si mati (isteri) tinggalkan :
1. Suami ( dan 2 anak lelaki – bukan anak dari si mati)
2. Ibu dan bapa
3. Saudara perempuan (3 org)
4. Saudara lelaki
Bolehkan tuan jelaskan pembhagiannye?
Wsalam. Suami 3/6, bapa 2/6, ibu 1/6.
Assalamualaikum tuan. Mohon pencerahan dr pihak tuan. Nenek sy baru shj meninggal dunia, arwah hanya meninggalkan sedikit duit dan seutas gelang tangan. Duit semua adik beradik mak sy dh setuju utk buat sebagai bayaran upah haji. Isu nya skrg ni tentang seutas gelang tangan. Mak sy ada 4 adik beradik termasuk dirinya. Beliau anak sulung. No.2 perempuan. No.3 lelaki & no.4 perempuan. 2org adik perempuan mak sy telah melepaskan hak gelang yg jatuh atas mereka kpd mak sy sbb mereka jadikan itu sbgi ganjaran mak sy kerana menjaga nenek sy selama 30thn. Adik lelaki mak sy, tidak menyebut utk melepaskan haknya,,namun dia kata jikalau tiada siapa yg menginginkan gelang itu boleh lah serahkan kpd isterinya. Ayat nya menimbulkan kemarahan pd 2org adik beradik perempuan mak sy. Sy ingin mendapat kepastian dr tuan. Bolehkah si anak memberi harta pusaka itu kpd isterinya? Dan apakah penyelesaian terbaik yg boleh tuan cadangkan. Terima kasih
Wsalam. Walau 2 adik perempuan sudah melepaskan hak, namun hak mak dan adik lelaki masih ada hak pada gelang tersebut. Jika mak memang nakkan gelang tersebut, boleh bayar bahagian untuk adik lelaki. Andaikan gelang tersebut berharga RM 1000, maka buat bayaran lebih kurang RM 666.66 kepada adik lelaki. Jika adik lelaki nakkan gelang tersebut, beliau boleh bayar bahagian mak. Selepas beliau dapat gelang tersebut, terpulanglah kepada beliau untuk berikan kepada sesiapa. Penyelesaian yang terbaik adalah bersepakat antara semua waris.
Assalam, saya memerlukan sedikit info tentang situasi berikut. Sepasang suami isteri telah meninggal dunia akibat kemalangan dan meninggalkan anak perempuan seorang. Sebelah suami masih ada adik beradik, satu lelaki dan satu perempuan (ibu bapa sudah tiada) manakala sebelah isteri hanya ada seorang saja waris lelaki iaitu abang (juga tiada ibu bapa). nilai keseluruhan harta yang ditinggalkan oleh si suami adalah 850 ribu (pampasan dan aset). manakala sebelah isteri meninggalkan harta bernilai 500 ribu. soalan saya… berapakah nilai yang diterima oleh anak perempuan tersebut setelah ditolak bahagian bapa saudara masing-masing?
Wsalam. Dalam situasi sebegini, agak sukar kerana perlu ditentukan dahulu antara suami isteri tersebut, siapa yang meninggal terlebih dahulu, atau kematian serentak. Andaikan kematian serentak, anak perempuan tersebut akan dapat 1/2 harta pusaka si ayah dan juga 1/2 harta pusaka si ibu. Wallahu’alam.
Macam ada silap sikit tentang pembahagian kepada isteri bagi kes si mati (suami) tiada anak. Sepatutnya isteri dapat 1/4, bukannya 1/6.
Wallahu a’lam
Oh, maafkan saya. Saya dah betulkan. Terima kasih 🙂
Assalamualaikum. Ibu saya baru sahaja meninggal dunia. Kami 3 beradik ( dua perempuan dan 1 lelaki) tidak tahu membahagi harta pusaka arwah emak. Ayah saya masih ada lagi. Boleh bantu kami bahagikan harta pusaka? waris yang layak didahulukan
Wsalam. Jika ibu tiada ibubapa (nenek dan datuk), maka ayah dapat 4/16, anak lelaki 6/16 dan anak perempuan 6/16 dibahagikan sama rata kepada dua orang. Pembahagian akan jadi lain jika ibu masih ada ibubapa.
Salam.ayah sya bru meninggal dunia.kami mempunyai 11 org adek beradek.8 lelaki dan 3 perempuan.abg saya yg sulung meninggal dlu dlm 2 tahun kemudian baru bapa sya pula meninggal.persoalannye ada kah ank2 abg sya layak mendapat faraid dr harta atok nye?
Wsalam. Mengikut faraid, cucu tersebut bukanlah waris kepada datuk kerana terhalang dengan ibu dan bapa saudara yang masih hidup. Namun begitu, ada pendapat yang membenarkan wasiat wajibah berlaku secara automatik dalam situasi sebegini, membolehkan harta pusaka turut diwariskan kepada cucu yang mana waris asal (dalam situasi ini, ayah) meninggal dunia terlebih dahulu. Boleh rujuk fatwa negeri masing-masing sama ada fatwa ini diwartakan atau tidak.
Apa-apa pun, yang lebih baik untuk menjaga kebajikan cucu-cucu tersebut, tidaklah salah jika waris-waris yang masih ada turut bersepakat untuk memberikan sedikit harta yang ditinggalkan kepada cucu-cucu tersebut.
Assalamualaikum.. saya ada beberapa soalan..
1) Cara pembahagian harta pusaka bagi kematian isteri.. isteri meninggalkan suami, 4 org anak lelaki & 5 org anak perempuan..
2) Wasi / Pentadbir telah menggunakan duit yg diamanahkan tanpa pengetahuan waris² yg berhak.. Adakah hukumnya Haram?? Apakah tindakan yg patut diambil terhadap pentadbir tersebut??
3) Jika pentadbir menggunakan duit yg diamanahkan utk membeli keperluan harian, keperluan sekolah & kos baiki kereta untuk keluarga si mati, apakah hukumnya??
4) Hukum sekiranya Pentadbir merahsiakan jumlah harta pusaka yg telah ditinggalkan oleh simati..
Wsalam.
#1 Jika isteri tiada ibu bapa, maka suami 13/52, anak perempuan 15/52 bahagi 5 orang dan anak lelaki 24/52 bahagi 4 orang.
#2 Ya, salah. Lebih-lebih lagi jika digunakan dengan sewenang-wenangnya.
#3 Tiada masalah. Lebih baik jika diisytiharkan dan dicatat berapa jumlah yang digunakan.
#4 Tidaklah bersalah, tetapi lebih baik jika tidak dirahsiakan. Apa-apa pun, berbalik kepada niat asal mengapa perkara tersebut dirahsiakan. Mungkin pentadbir ada niat baik yang tersendiri.
Wallahu”alam
Assalamualaikum,,saya ada soalan kwn saya baru kematian suami, dan buntu bagaimana pembahagian faraid?
1. Arwah ada sorg isteri & 2 org anak lelaki belum baligh
2. Arwah masih ad kedua ibu bapa
3. Arwah tiada harta selain moto & wang kwsp
Wsalam. Ikut faraid, isteri 6/48, bapa 8/48, ibu 8/48, 2 anak lelaki 26/48 (13/48 setiap seorang). Harta waris yang belum baligh akan dijaga oleh pemegang amanah. Kalau ikutkan situasi sekarang, datuk adalah lebih layak sebagai pemegang amanah. Walaubagaimanapun, boleh mohon kepada mahkamah supaya isteri dilantik pemegang amanah harta anak-anak belum baligh. Wallahu’alam.
Assalamualaikum,
Jika letakkn peratusan utk penama kwsp, ade 2 org(istri&ibu) , setiap org dpt 50%. Adakah peratusan Itu perlu dibahagikn mengikut faraid juga? Jika ya, 2 org ini akan membahagikn mengikut faraid kpd pewaris yg layak?
Terima kasih atas jwpn yg akan diberikan.
Wsalam. Ya, betul. Isteri boleh keluarkan 50% dan bahagi kepada waris-waris ikut faraid. Ibu pun boleh dan perlu lakukan hal yang sama.
Terima kasih 😊 😊
Sama-sama 🙂
saya nak tanya… klau kakk sya mninggal brapa bhagian utk ayah saya.. dan adik bradk yg lain???
Maaf, soalan tak lengkap. Kena tahu sama ada kakak ada suami, anak, berapa adik beradik etc.
Ibu saya baru meninggal dunia, ade meninggal barang kemas, meninggalkan seorang suami, mak ibu saya, 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki, bagaimana pengiraan barang kemas tersebut yaa
Kena dapatkan nilai barang kemas tersebut. Kalau ikut faraid, ini bahagian yang perlu diagih:
Suami: 3/12
Ibu: 2/12
3 Anak Perempuan: 3/12 (setiap seorang 1/12)
2 Anak Lelaki: 4/12 (setiap seorang 2/12)
Assalamualaikum.. mohon pencerahan.. Ayah baru meninggal dunia. Ibu pun dah meninggal dunia (lagi awal dari ayah) dan meninggalkan 5 orang anak (2 lelaki & 3 perempuan). Ayah ada beberapa bidang tanah. Selepas segala hutang piutang ayah dilangsaikan, baki harta ayah tu masih berbaki beberapa bidang tanah. Boleh ke kalau sebahagian sahaja harta ayah tu yang difaraidkan, selebihnya lagi melalui permuafakan hasil persetujuan bersama anak2 ayah? Atau semua harta ayah tu perlu difaraidkan terus?
Wsalam. Kalau bermuafakat, tiada pertikaian dan penindasan ke atas mana-mana waris, boleh sahaja memilih mana-mana cara.
Assalamualaikum Tuan..saya ingin bertanya..
Saya ada ibu dan ayah, seorang abang, 3 adik lelaki, seorang kakak dan seorang adik perempuan. Saya telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Sekiranya saya meninggal dunia, adakah:
1. ayah saya layak mendapat bahagian?
2. bahagian suami (1/2) dikira dahulu sebelum bahagian ibu (1/6)?
3. kakak dan adik perempuan saya layak mendapat bahagian?
Terima kasih..
Wsalam. Dalam situasi ini, hanya suami (3/6), ibu (1/6) dan bapa (2/6) yang merupakan waris faraid kepada Puan. Adik-beradik tidak layak kerana ‘terhalang’ oleh ibu dan bapa yang masih hidup.
Assalamualaikum Tuan,
Saya arif ingin bertanya dan situasi saya ini berkait rapat dengan kehidupan saya, ayah saya telah berkahwin baru selepas beberapa bulan setelah kematian arwah ibu saya 15 tahun yang lalu dan telah dikurniakan 4 org anak iaitu 3 lelaki 1 perempuan hasil hubungan ayah dan ibu tiri manakala dari hasil hubungan ayah dan ibu kandung dikurniakan 2 org anak lelaki termasuk saya.. Jadi bagaimana ye pembahagian harta yang sepatutnya dilakukan ayah saya mengikut syarak? Mohon pencerahan dari tuan berkenaan dengan soalan/situasi saya ini. T.kasih
Wsalam. So, waris ayah sekarang adalah Tuan serta adik beradik, ibu tiri dan anak-anak ayah dengan ibu tiri. Kalau ibu bapa kepada ayah (datuk dan nenek) masih ada, mereka juga waris kepada ayah.
As Salam. Saya baru kematian Ibu. Arwah ibu mempunyai 6 orang anak terdiri 3 perempuan ( kak long sudah meninggal) dan 3 lelaki. Arwah mempunyai hanya simpanan wang tunai shj. Mohon nasihat berapakah kadar faraid bagi anak lelaki dan anak perrmpuan. Memandangkam Kak Long telah meninggal, apakah bahagian faraid arwah Kak Long termasuk dalam pembahagian faraid ini. Atau bolehkan bahagian faraid arwah kak long dihadiahkan kpd anak2 arwah iaitu cucu arwah ibu saya.
Mohon nasihat
T kasih
Ismail ithnin
Seremban
Wsalam. Kalau ikutkan situasi yang Tuan beri, waris untuk ibu adalah anak-anaknya sahaja. Cucu (anak Kak Long) bukan merupakan waris. Walaubagaimanapun, ada sesetengah negeri yang menfatwakan Wasiat Wajibah dalam situasi sebegini. Maksudnya, bahagian faraid untuk waris yang telah meninggal dunia terlebih dahulu akan diwariskan kepada anak-anak waris tersebut, dihadkan kepada 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Ini adalah untuk menjaga kebajikan cucu-cucu tersebut. Tuan boleh rujuk kepada Mahkamah Syariah negeri yang mana mereka akan tentukan waris-waris bagi harta pusaka ibu. Wallahu’alam.
Pingback: 3 Cara Tinggalkan Legasi & Pahala Yang Tetap Mengalir, Mudah Rupanya! - Nona
Pingback: Kaedah Pengiraan Dan Pembahagian Faraid Menurut Al-Quran - Majalah Labur
assalam, tumpang tanya bagaimana pula si mati meninggalkan seorang isteri, seorang ayah, seorang mak dua anak lelaki, 3 anak perempuan dan 3 adik beradik perempuan. contoh pula si mati meninggalkan duit sebanyak RM 500,000.