Panduan Lengkap Cara Isi eFiling Bagi Pengiraan Cukai Pendapatan

cara isi efilingBagi mereka yang baru bekerja atau baru mula nak bayar cukai pendapatan, mesti masih belum tahu cara isi eFiling bagi pengiraan cukai pendapatan, bukan?

Jangan risau, dalam artikel ini, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara isi eFiling dengan betul.

Sebelum itu, jika inginkan maklumat umum berkenaan cukai pendapatan individu, boleh baca artikel ini terlebih dahulu: 10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan

Untuk makluman, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai badan pemungut cukai negara (selain GST) telah mewajibkan semua individu untuk menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem eFiling.

Melalui sistem eFiling ini, setiap individu akan mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Sistem kemudiannya akan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Kalau dulu, borang taksiran dihantar dan pengiraan cukai pendapatan dilakukan secara manual, tetapi sekarang semuanya mudah dilakukan menggunakan sistem eFiling.

Boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa, asalkan sahaja ada sambungan internet dan dilakukan bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup.

Dan kalau pergi ke pejabat LHDN pun, pegawai mereka akan menyediakan komputer dan anda masih tetap perlu menghantar borang taksiran melalui eFiling.

Baiklah, untuk panduan lengkap cara isi eFiling, boleh lihat infografik ini terlebih dahulu:

cara isi efiling cukai pendapatan

Baca juga:  5 Kesalahan Cukai Pendapatan Yang Mesti Dielakkan

Cara Daftar eFiling

Bagi yang baru pertama kali nak hantar borang taksiran cukai pendapatan, perlu daftar dahulu di eDaftar untuk dapatkan nombor permohonan dan cipta Fail Cukai Pendapatan.

Golongan yang perlu daftar melalui eDaftar adalah:

  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai (bermula tahun 2015 hingga sekarang, gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34,000 setahun / RM 2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP)
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Individu yang menjalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada
    pendapatan dividen

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1 Isi borang permohonan di eDaftar

Pergi ke laman web eDaftar di http://edaftar.hasil.gov.my/ kemudian pilih pendaftaran individu dan klik pada borang pendaftaran online.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #2 Catat nombor permohonan

Selepas anda isi borang permohonan dan sahkan maklumat, nombor permohonan akan diberi.

Nombor ini akan digunakan untuk menyemak status permohonan kelak; jadi, catat nombor tersebut.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #3 Muat naik dokumen yang diperlukan

Bagi pemegang kad pengenalan MyKad Malaysia, tidak perlu muat naik salinan MyKad, tetapi jika ada jalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan, maka salinan dokumen perniagaan perlu dimuat naik.

Jika bukan warganegara, perlu muat naik salinan passport dan dokumen perniagaan jika ada jalankan perniagaan sendiri.

Langkah #4 Semak status permohonan

Selepas beberapa hari, anda boleh semak status permohonan anda di sini: http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

cara isi efiling cukai pendapatan

Cara Isi eFiling Untuk Serah Borang Taksiran & Pengiraan Cukai Pendapatan

Untuk cara isi eFiling yang betul, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1 Login di ez-HASiL

Pergi ke laman web eFiling atau ezHASiL di https://ez.hasil.gov.my/CI/

Bagi yang baru pertama kali, perlu klik pada Login Kali Pertama, isikan nombor PIN yang telah diberikan dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.

Selepas dapat sijil digital dan bagi indicidu yang dah ada akaun dengan eFiling, boleh terus masukkan nombor MyKad dan password yang didaftarkan.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #2 Pilih eBorang yang betul

Selepas login, anda akan dibawa ke paparan senarai perkhidmatan dalam eFiling.

Sila klik pada eBorang, dan anda akan dipaparkan dengan senarai borang-borang cukai pendapatan.

cara isi efiling cukai pendapatan

  • e-E: Majikan
  • e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • e-P: Perniagaan perkongsian
  • e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

Jadi, bagi individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE, dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran cukai untuk tahun 2017 dilakukan pada tahun 2018)

cara isi efiling 2018

Baca juga:  Apakah Maksud Sebenar Harta Milik Sendiri?

Langkah #3 Semak maklumat diri

Pada paparan pertama iaitu Maklumat Diri, sila semak semua maklumat yand dinyatakan dan pastikan betul.

Jika anda ingin pastikan lebihan bayaran cukai dimasukkan terus ke akaun bank anda, sila isi nama bank dan nombor akaun dengan betul.

Jika nombor akaun tidak diberikan, lebihan bayaran akan diberikan secara baucar.

cara isi efiling 2018 cukai pendapatan

Langkah #4 Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan

Pada ruangan kedua, anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran, termasuklah pendapatan penggajian, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.

cara isi efiling 2018 cukai pendapatan

Anda juga boleh nyatakan jumlah derma atau hadiah yang diluluskan, yang telah diberi kepada organisasi yang diiktiraf LHDN sebagai penolakan cukai.

Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk anda, boleh semak di ruangan ini; pastikan betul sepertimana dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.

Jika ada pendapatan tahun-tahun lepas yang patut kena cukai tetapi tidak diisytiharkan, boleh diisytiharkan semula pada ruang Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.

Langkah #5 Isi berkenaan pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai

Pada ruangan ketiga, anda boleh mengisi perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai.

Pastikan segala perbelanjaan yang diisytiharkan adalah betul, dilakukan pada tahun taksiran dan resit-resit atau bukti-bukti pembayaran disimpan dengan baik.

cara isi efiling 2018 cukai pendapatan

Boleh klik di sini untuk senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 untuk eFiling 2018

Langkah #6 Semak jumlah cukai perlu bayar atau lebihan cukai

Selepas semua maklumat diisi, pada ruangan Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.

cara isi efiling cukai pendapatan

Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut.

Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda.

Langkah #7 Sahkan borang taksiran

Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.

cara isi efiling cukai pendapatan

Anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar.

Jika masih ada apa-apa perubahan, jangan klik butang Tandatangan & Hantar, sebaliknya klik pada butang Kembali untuk lakukan sebarang pembetulan maklumat.

Tahniah, sekarang anda dah selesai jalankan tanggungjawab anda berkenaan cukai pendapatan individu!

Itulah sahaja cara isi eFiling untuk pengiraan cukai pendapatan.

Mudah, bukan?

Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jom share supaya lebih ramai orang yang nak tahu berkenaan cara isi eFiling boleh turut sama belajar.

Baca juga:  Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 Untuk e-Filing 2018

26 Comments

  1. wan

    thanks bos…terbaik

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Terima kasih kembali 🙂

      Reply
  2. Bob

    Salam tuan, kalau sya baru isytihar pendapatan tahun-tahun lepas dan ada lebihan, bagaimana nak.dpt balik wang trsebut? Sehingga sekarang tak dapat lagi..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tuan perlu berhubung dengan pihak LHDN tentang hal ini. Saya tidak boleh berikan jawapan yang pasti.

      Reply
  3. Loo

    Salam. Saya diberikan pampasan pemberhentian kerja sebanyak RM9000 pada 2017, dengan perkhidmatan 1tahun 6bulan, perlukah saya masukkan nilai pampasan pada e-fling? Jika perlu, di ruangan mana?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Setahu saya, pampasan seperti ini adalah pendapatan dikecualikan cukai. Boleh rujuk di sini: Pengecualian Cukai. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh tanya kepada LHDN.

      Reply
  4. nasharudin mohammad

    Salam,apa yg dimaksudkan layak menuntut insentif dibwh seksyen 127,apa pula maksud perenggan2 yg diberi. Terimakasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ini yang dinyatakan dalam Seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967:

      33. Any exemption from any previous tax or from any provision of a repealed law shall, if it was made under a repealed law and was effective on 31 December 1967, be deemed to have been made by an order under section 127 in relation to tax imposed by this Act or in relation to the corresponding provision of this Act, as the case may be:
      Provided that this paragraph shall not apply in relation to—
      (a) any such exemption for which provision is made, with or without modification, in this Act; or
      (b) subsection 44(3) of the Sarawak Ordinance.

      Senang kata, kalau ada dapat pengecualian di bawah Seksyen ini, contohnya dapat surat daripada LHDN, maka bolehlah dipilih ‘YA’ di ruangan ini. Jika tidak ada, pilih sahaja ‘TIDAK BERKENAAN’

      Reply
  5. Sis Hana

    Salam, Apa maksud layak menuntut insentif di bawah sekyen 127 tu?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ini yang dinyatakan dalam Seksyen 127 Akta Cukai Pendapatan 1967:

      33. Any exemption from any previous tax or from any provision of a repealed law shall, if it was made under a repealed law and was effective on 31 December 1967, be deemed to have been made by an order under section 127 in relation to tax imposed by this Act or in relation to the corresponding provision of this Act, as the case may be:
      Provided that this paragraph shall not apply in relation to—
      (a) any such exemption for which provision is made, with or without modification, in this Act; or
      (b) subsection 44(3) of the Sarawak Ordinance.

      Senang kata, kalau ada dapat pengecualian di bawah Seksyen ini, contohnya dapat surat daripada LHDN, maka bolehlah dipilih ‘YA’ di ruangan ini. Jika tidak ada, pilih sahaja ‘TIDAK BERKENAAN’

      Reply
  6. ifa

    klu sy pertma kli registr e pin bole dpt trus la tnpq pergi ke kaunter lhdn

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Perlu ke kaunter LHDN.

      Reply
  7. Izma

    Lapau saya nak buat utk tahun 2016 boleh ke

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Untuk buat yang tahun-tahun lepas, saya sarankan dapatkan bantuan daripada pihak LHDN.

      Reply
  8. Kalsom

    Salam, kalau bayaran belum boleh guna (negative) tapi lebihan bayaran/baki cukai positive. Maknanya saya ada akan dapat refund atau kena bayar?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya tak faham soalan. Mungkin boleh ditanya kepada LHDN.

      Reply
  9. Syidah

    As Salam..
    Saya nak tanya berkaitan bahagian F dalam borang EA ( JUMLAH ELAUN / PERKUISIT /PEMBERIAN /MANFAAT YANG DIKECUALIKAN CUKAI)

    Perlu ke masuk kan di dalam efiling?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak perlu.

      Reply
  10. Questioner

    Langkah #1 Login di ez-HASiL

    Pergi ke laman web eFiling atau ezHASiL di https://ez.hasil.gov.my/CI/

    Bagi yang baru pertama kali, perlu klik pada Login Kali Pertama, isikan nombor PIN yang telah diberikan dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.

    Where can i get the PIN Number? How the pin number looks like. I have registered and get a ref number like SGxxxxxxxx.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bagi yang baru pertama kali, kena daftar di pejabat LHDN dulu untuk dapatkan nombor PIN. Selepas dapat nombor PIN baru boleh login ke eFiling.

      Reply
  11. shamir hamzah

    Berapa trmpoh masa bayaran lhdn kepada kte?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sekitar 2 ke 3 minggu jika tiada apa-apa masalah.

      Reply
  12. EZ

    Kalau gaji saya tak cecah minimum kelayakan untuk bayar cukai pendapatan, tapi saya tak pernah declare sebelum2 ni (2 tahun). Kena denda jugak ke?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau tak cecah minimum gaji, tak perlu declare.

      Reply
  13. Nurul

    Kalau saya dh register tp tak buat borang b lg macam mana ye?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh rujuk kepada LHDN.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini