Panduan Lengkap Cara Isi eFiling Bagi Pengiraan Cukai Pendapatan

cara isi efilingBagi mereka yang baru bekerja atau baru mula nak bayar cukai pendapatan, mesti masih belum tahu cara isi eFiling bagi pengiraan cukai pendapatan, bukan?

Jangan risau, dalam artikel ini, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana cara isi eFiling dengan betul.

Sebelum itu, jika inginkan maklumat umum berkenaan cukai pendapatan individu, boleh baca artikel ini terlebih dahulu: 10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan

Untuk makluman, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai badan pemungut cukai negara (selain GST) telah mewajibkan semua individu untuk menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem eFiling.

Melalui sistem eFiling ini, setiap individu akan mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Sistem kemudiannya akan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Kalau dulu, borang taksiran dihantar dan pengiraan cukai pendapatan dilakukan secara manual, tetapi sekarang semuanya mudah dilakukan menggunakan sistem eFiling.

Boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa, asalkan sahaja ada sambungan internet dan dilakukan bermula 1 Mac sehingga tarikh tutup.

Dan kalau pergi ke pejabat LHDN pun, pegawai mereka akan menyediakan komputer dan anda masih tetap perlu menghantar borang taksiran melalui eFiling.

Baiklah, untuk panduan lengkap cara isi eFiling, boleh lihat infografik ini terlebih dahulu:

cara isi efiling cukai pendapatan

Baca juga:  Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2016 Untuk e-Filing 2017

Cara Daftar eFiling

Bagi yang baru pertama kali nak hantar borang taksiran cukai pendapatan, perlu daftar dahulu di eDaftar untuk dapatkan nombor permohonan dan cipta Fail Cukai Pendapatan.

Golongan yang perlu daftar melalui eDaftar adalah:

  • Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai (bermula tahun 2015 hingga sekarang, gaji minimum yang dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34,000 setahun / RM 2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP)
  • Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Individu yang menjalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan
  • Syarikat yang baru memulakan perniagaan
  • Individu/syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada
    pendapatan dividen

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1 Isi borang permohonan di eDaftar

Pergi ke laman web eDaftar di http://edaftar.hasil.gov.my/ kemudian pilih pendaftaran individu dan klik pada borang pendaftaran online.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #2 Catat nombor permohonan

Selepas anda isi borang permohonan dan sahkan maklumat, nombor permohonan akan diberi.

Nombor ini akan digunakan untuk menyemak status permohonan kelak; jadi, catat nombor tersebut.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #3 Muat naik dokumen yang diperlukan

Bagi pemegang kad pengenalan MyKad Malaysia, tidak perlu muat naik salinan MyKad, tetapi jika ada jalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan, maka salinan dokumen perniagaan perlu dimuat naik.

Jika bukan warganegara, perlu muat naik salinan passport dan dokumen perniagaan jika ada jalankan perniagaan sendiri.

Langkah #4 Semak status permohonan

Selepas beberapa hari, anda boleh semak status permohonan anda di sini: http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

cara isi efiling cukai pendapatan

Cara Isi eFiling Untuk Serah Borang Taksiran & Pengiraan Cukai Pendapatan

Untuk cara isi eFiling yang betul, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1 Login di ez-HASiL

Pergi ke laman web eFiling atau ezHASiL di https://ez.hasil.gov.my/CI/

Bagi yang baru pertama kali, perlu klik pada Login Kali Pertama, isikan nombor PIN yang telah diberikan dan ikuti langkah-langkah yang seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.

Selepas dapat sijil digital dan bagi indicidu yang dah ada akaun dengan eFiling, boleh terus masukkan nombor MyKad dan password yang didaftarkan.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #2 Pilih eBorang yang betul

Selepas login, anda akan dibawa ke paparan senarai perkhidmatan dalam eFiling.

Sila klik pada eBorang, dan anda akan dipaparkan dengan senarai borang-borang cukai pendapatan.

cara isi efiling cukai pendapatan

  • e-E: Majikan
  • e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
  • e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
  • e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
  • e-P: Perniagaan perkongsian
  • e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
  • e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia

Jadi, bagi individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE, dan pilih tahun taksiran semasa (taksiran cukai untuk tahun 2016 dilakukan pada tahun 2017)

cara isi efiling cukai pendapatan

Baca juga:  Kadar Zakat Fitrah 2017 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

Langkah #3 Semak maklumat diri

Pada paparan pertama iaitu Maklumat Diri, sila semak semua maklumat yand dinyatakan dan pastikan betul.

Jika anda ingin pastikan lebihan bayaran cukai dimasukkan terus ke akaun bank anda, sila isi nama bank dan nombor akaun dengan betul.

Jika nombor akaun tidak diberikan, lebihan bayaran akan diberikan secara baucar.

cara isi efiling cukai pendapatan

Langkah #4 Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan

Pada ruangan kedua, anda perlu isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran, termasuklah pendapatan penggajian, dividen, sewa, faedah, diskaun, royalti, premium, pencen, anuiti, bayaran berkala lain dan apa-apa perolehan dan keuntungan lain.

cara isi efiling cukai pendapatan

Anda juga boleh nyatakan jumlah derma atau hadiah yang diluluskan, yang telah diberi kepada organisasi yang diiktiraf LHDN sebagai penolakan cukai.

Jika majikan ada membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk anda, boleh semak di ruangan ini; pastikan betul sepertimana dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.

Jika ada pendapatan tahun-tahun lepas yang patut kena cukai tetapi tidak diisytiharkan, boleh diisytiharkan semula pada ruang Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.

Langkah #5 Isi berkenaan pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai

Pada ruangan ketiga, anda boleh mengisi perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan, pengecualian dan rebat cukai.

Pastikan segala perbelanjaan yang diisytiharkan adalah betul, dilakukan pada tahun taksiran dan resit-resit atau bukti-bukti pembayaran disimpan dengan baik.

cara isi efiling cukai pendapatan

Boleh klik di sini untuk senarai pelepasan cukai pendapatan 2016 untuk eFiling 2017

Langkah #6 Semak jumlah cukai perlu bayar atau lebihan cukai

Selepas semua maklumat diisi, pada ruangan Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik.

cara isi efiling cukai pendapatan

Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut.

Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda.

Langkah #7 Sahkan borang taksiran

Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.

cara isi efiling cukai pendapatan

Anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar.

Jika masih ada apa-apa perubahan, jangan klik butang Tandatangan & Hantar, sebaliknya klik pada butang Kembali untuk lakukan sebarang pembetulan maklumat.

Tahniah, sekarang anda dah selesai jalankan tanggungjawab anda berkenaan cukai pendapatan individu!

Itulah sahaja cara isi eFiling untuk pengiraan cukai pendapatan.

Mudah, bukan?

Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jom share supaya lebih ramai orang yang nak tahu berkenaan cara isi eFiling boleh turut sama belajar.

Baca juga:  10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini