Tag Archive: urus duit

6 Persediaan Sebelum Mulakan Pelaburan

persediaan pelaburanKalau dilihat kepada fasa pengurusan kewangan, aktiviti pelaburan berada pada fasa ke lima iaitu selepas menjana pendapatan, menyimpan sebahagian pendapatan, mengawal perbelanjaan dan mengambil perlindungan secukupnya.

Pelaburan merupakan aktiviti untuk mengembangkan lagi duit yang ada supaya bertambah dengan lebih cepat.

Jika hanya menyimpan sahaja, duit tersebut tidak berkembang dan lebih buruk lagi boleh terhakis nilainya kerana inflasi.

Tambahan lagi, dengan aktiviti pelaburan, matlamat kewangan boleh dicapai dengan lebih cepat kerana kita memanfaatkan kuasa compound interest.

Sebelum memulakan aktiviti pelaburan, sebaik-baiknya buat beberapa persedian pelaburan ini terlebih dahulu:

1. Pastikan aliran tunai positif

Aliran tunai positif terhasil jika (pendapatan + simpanan) melebihi perbelanjaan.

Jika aliran tunai masih belum berkeadaan positif, jangan mulakan pelaburan.

Jana pendapatan tambahan dan kawal nafsu untuk kurangkan perbelanjaan terlebih dahulu.

Boleh baca artikel-artikel berikut untuk panduan:

1. 6 Langkah Kawal Belanja Supaya Lebih Terurus

2. 4 Strategi Mudah Capai Matlamat Kewangan Lebih Cepat 

Jika pengurusan aliran tunai pun masih teruk, jangan mimpi nak berjaya uruskan pelaburan dengan baik.

Lagipun, objektif utama pelaburan adalah untuk mengembangkan duit sedia ada dalam tempoh masa tertentu, bukan untuk menambah aliran pendapatan secara tetap seperti dapat gaji setiap bulan.

Sebab itulah jika terjumpa tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, perlu berhati-hati.

Takut nanti bukan pelaburan, tetapi peleburan.

2. Konsisten menyimpan

“Simpan duit pendapatan, laburkan duit simpanan”

Untuk melabur, sebaik-baiknya gunakan duit lebihan simpanan.

Bukannya duit yang dipinjam, kecuali jika punyai ilmu yang cukup dan tahu teknik yang sepatutnya digunakan.

Jadi, sebaik-baiknya mulakan pelaburan dengan lebihan duit simpanan, bukan duit pinjaman.

Jika masih tidak mempunyai tabungan yang cukup, jangan mulakan pelaburan.

Orang yang masih gagal untuk konsisten dalam menyimpan, akan gagal juga untuk melabur nanti.

Untuk panduan tentang cara menyimpan duit bagi persediaan pelaburan, boleh baca artikel-artikel berikut:

1. Tips Simpan Duit: Berapa Banyak Nak Simpan? Simpan Kat Mana?

2. 5 Cara Menyimpan Duit Pasti Jadi

3. Urus hutang dengan baik

Ada penasihat kewangan mengatakan hutang boleh dikategorikan kepada dua iaitu hutang baik dan hutang jahat.

Hutang baik disandarkan kepada aset seperti tanah dan rumah, manakala hutang tidak baik tidak disandarkan kepada aset atau digunakan untuk perbelanjaan hangus, contohnya pinjaman peribadi dan kad kredit.

Walau apa pun kategori hutang tersebut, hutang tetap hutang.

Sebagai persediaan pelaburan, jika masih mempunyai hutang samaada dengan individu atau institusi kewangan, sebaik-baiknya selesaikan terlebih dahulu.

Jika tidak dapat selesaikan, paling kurang pun mestilah diuruskan dengan baik.

persediaan pelaburanMaksudnya, tidak pernah gagal untuk membayar ansuran bulanan dan mempunyai sasaran waktu untuk selesaikan semua hutang.

Jika hutang tidak diuruskan dengan baik, nanti nama dalam CCRIS dan CTOS mungkin disenaraihitamkan.

Silap haribulan, boleh diisytiharkan bankrap atau muflis.

Akhirnya, terpaksa mencairkan pelaburan yang dibuat dalam masa singkat untuk bayar semua hutang.

Ingat, aktiviti pelaburan untuk tempoh jangka masa panjang, sekurang-kurangnya tiga ke lima tahun.

Kalau dicairkan dalam masa yang singkat, dibimbangi akan kerugian pula kerana perlu membayar caj-caj tersembunyi.

4. Sediakan dana kecemasan secukupnya

Dana kecemasan penting untuk waktu-waktu kecemasan dan musibah, dan wajib disediakan sebagai persediaan pelaburan.

Apabila ditimpa musibah seperti bencana dan kemalangan, sekurang-kurangnya ada sumber untuk dapatkan duit bagi memperbaiki apa-apa yang perlu.

Tidaklah terpaksa mencairkan aset pelaburan yang dibuat, sayang matlamat pelaburan sudah terjejas.

Kalau pelaburan tersebut baru saja dimulakan, takut rugi pula.

Lagipun, proses mencairkan pelaburan mungkin mengambil masa yang lama, jadi tidak bolehlah nak dapatkan duit secara segera.

5. Ambil perlindungan insurans/takaful secukupnya

Sama seperti dana kecemasan, perlindungan insurans/takaful juga sangat penting untuk pengurusan risiko menghadapi situasi-situasi malang tidak berbau.

Dan juga sangat penting sebagai persedian pelaburan.

Boleh baca artikel-artikel berikut:

1. 7 Sebab Utama Wajib Ada Insurans/Takaful Sebagai Perlindungan

2. 4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful

Jadi, ambillah perlindungan secukupnya untuk empat perkara utama itu terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pelaburan.

6. Ilmu yang mencukupi

Nak melabur, jangan main redah sahaja.

Perlu ada ilmu yang betul supaya dapat urus risiko dan jana keuntungan yang baik.

Lagipun terdapat banyak peluang pelaburan yang sah, dan setiap satunya memerlukan cara dan teknik yang berbeza.

Ilmu boleh didapati daripada buku-buku, seminar-seminar dan juga secara terus dengan berguru dengan mentor-mentor pelaburan.

Hanya perlu berusaha dan rajin mencari.

Ingat, pelaburan terbaik adalah pelaburan dalam ilmu!

4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful

perlindungan insurans takafulSusulan daripada artikel sebelum ini, 7 Sebab Utama Perlu Ada Insurans/Takaful Sebagai Perlindungan, ada yang bertanya, apakah perkara-perkara utama yang perlu dilindungi?

Kalau dibaca dalam artikel yang dinyatakan tadi, sebenarnya saya telah pun menyentuh secara ringkas perkara-perkara utama yang perlu dilindungi, iaitu kematian, kelumpuhan/kecacatan, penyakit (3D; death, disability, disease) dan juga aset/harta.

1. Kematian

Mati itu pasti, cuma masanya sahaja yang kita tidak tahu.

Oleh kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana akan mati, jadi kenalah buat persediaan secukupnya.

Bagi diri-sendiri, mestilah perlu lengkapkan dengan iman yang mantap dan amal yang ikhlas supaya bahagia di alam seterusnya nanti.

Selain persiapan untuk diri-sendiri, perlu juga buat persiapan untuk waris yang ditinggalkan.

Selain persiapan rohani, perlu juga buat persiapan jasmani untuk waris-waris.

Persiapan jasmani termasuklah tempat untuk mereka tinggal dan juga sumber kewangan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Perlindungan insurans/takaful tidak melindungi kita daripada kematian, sebaliknya membantu kita membuat persiapan kewangan untuk waris.

Bagi seorang suami atau ayah yang mempunyai tanggungan, jika berlaku kematian, beban tanggungan kini akan dipikul oleh isteri sahaja.

Walaupun isteri turut bekerja, sedikit sebanyak akan terjejas kerana beban yang dulunya dipikul bersama-sama kini dipikul seorang diri.

Lebih teruk lagi jika isteri tidak bekerja dan tidak mampu, pastinya sukar untuk meneruskan hidup.

Nak diharapkan ihsan daripada orang lain, mungkin tidak mampu berpanjangan.

Jadi, jika ada pampasan daripada insurans/takaful, sekurang-kurangnya nasib waris terbela.

Dicadangkan supaya jumlah perlindungan yang diambil adalah menyamai/melebihi 10 kali ganda jumlah keperluan kewangan tahunan.

Contohnya, jika keperluan keluarga adalah RM 36,000/tahun (RM 3,000/bulan), maka jumlah perlindungan yang dicadangkan adalah RM 360,000.

Dengan jumlah sebanyak ini, waris mampu bertahan sehingga 10 tahun dari segi kewangan, satu jangka masa yang panjang sebelum mereka dapat berusaha mencari sumber kewangan sendiri.

2. Kelumpuhan/kecacatan

Secara peribadi, kelumpuhan/kecacatan merupakan musibah kewangan yang lebih besar berbanding kematian (ditekankan sekali lagi, saya maksudkan dari segi kewangan sahaja)

Kenapa?

perlindungan insurans takafulKerana apabila ditimpa keadaan ini, lebih-lebih lagi jika kelumpuhan teruk, sumber pendapatan boleh terjejas sepenuhnya sedangkan kita masih memerlukan wang bukan sahaja untuk meneruskan hidup, malah untuk menampung kos rawatan.

Dalam erti kata lain, jika kematian, hanya perlu tinggalkan sumber kewangan untuk waris meneruskan hidup, tetapi jika kelumpuhan/kecacatan, perlu meninggalkan sumber kewangan untuk meneruskan hidup sendiri dan waris, dan pada masa yang sama menampung kos rawatan.

Kelumpuhan/kecacatan bukan sahaja boleh terjadi disebabkan kemalangan, malahan boleh juga disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu.

Jadi, perlulah juga disediakan perlindungan sebagai persediaan menghadapi keadaan ini.

Jumlah perlindungan yang disarankan?

Sama seperti perlindungan kematian, jumlahnya sekurang-kurangnya 10 kali ganda jumlah keperluan kewangan tahunan.

Lebih baik lagi jika jumlah perlindungan itu dapat menjana pendapatan pasif dengan mendapat dividen, bolehlah digunakan untuk menampung keperluan hidup.

Contohnya, jika jumlah perlindungan RM 500,000, setelah diperoleh pampasan ini, simpan di tempat yang yang memberikan dividen yang stabil seperti di Tabung Haji atau ASB.

Dengan anggaran kadar dividen antara 5% ke 8% setahun, jumlah dividen yang diperoleh adalah sebanyak RM 25,000 ke RM 40,000 setahun.

Ini bersamaan antara RM 2,000 ke RM 3,500 sebulan; satu jumlah pendapatan pasif yang boleh membantu menampung keperluan hidup nanti.

3. Penyakit kritikal

Antara penyakit-penyakit kritikal yang sering dialami rakyat Malaysia adalah sakit jantung, kanser, strok, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.

Dengan pengamalan gaya hidup dan corak pemakanan yang tidak sihat, kadar penyakit kritikal di Malaysia semakin tinggi dari tahun ke tahun.

Apabila diserang penyakit kritikal,  dua perkara yang boleh merunsingkan iaitu pendapatan yang terjejas dan kos rawatan yang tinggi.

Walaupun masih mampu bekerja dan mencari pendapatan, sedikit sebanyak pendapatan akan terjejas jika selalu cuti sakit atau dimasukkan ke dalam hospital untuk rawatan.

Tambahan lagi, sedikit sebanyak prestasi dan keupayaan melakukan kerja akan berkurang dan ini boleh menyebabkan perasaan kurang senang kepada majikan.

Silap haribulan, dipecat oleh majikan pula.

Penyakit yang ada pula masih perlu dirawat.

Oleh kerana nak jimatkan kos rawatan, boleh cuba rawatan di hospital kerajaan, tetapi mungkin perlu menunggu masa yang lama.

Nak dapatkan rawatan di hospital swasta, kos rawatan pula terlalu mahal.

Sebab itulah perlukan perlindungan insurans/takaful untuk atasi masalah ini.

Cadangannya, ambil skim perlindungan yang memberikan pampasan apabila diserang penyakit kritikal.

Pampasan ini boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang terjejas tadi.

Di samping itu, perlu juga mengambil kad perubatan, untuk menampung bil hospital dan kos rawatan.

4. Aset/harta

perlindungan insurans takafulSetiap aset yang bernilai perlu dilindungi.

Aset ini termasuklan kereta, rumah dan perniagaan.

Jika ada lagi aset-aset yang dirasakan bernilai, ambillah perlindungan sewajarnya.

Dengan adanya perlindungan ini, sekurang-kurangnya dapat pampasan jika berlaku sebarang musibah yang mana boleh mengurangkan beban dan mengelakkan kerugian besar.

Sebagai contoh, rumah.

Andai ditimpa kebakaran atau musibah banjir, boleh menuntut pampasan untuk memperbaiki keadaan rumah.

Skim perlindungan juga penting untuk aset-aset yang masih punyai hutang.

Sekurang-kurangnya jika pendapatan terputus akibat kematian atau kelumpuhan, baki hutang akan diselesaikan oleh skim perlindungan yang diambil.

Jadi, tidaklah dibebankan ke atas waris.

Itulah sahaja empat perkara utama yang perlu dilindungi oleh insurans/takaful.

Secara peribadi, sebaik-baiknya, pastikan semua perkara ini dilindungi secukupnya sebelum mengambil skim-skim perlindungan yang lain.

Skim perlindungan untuk persaraan?

Skim perlindungan untuk pendidikan anak-anak?

Tangguhkan dulu jika perlindungan untuk empat perkara di atas belum dipenuhi.

Mengambil perlindungan yang berlebihan dan tidak perlu hanya akan membebankan diri akibat komitmen yang tinggi.

Sedangkan komitmen tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting seperti simpanan dan pelaburan.

Apa-apa pun, buatlah keputusan yang bijak.

Tips Jimat Duit Belanja Beli-belah Dengan Shopback

tips jimat duit belanjaSalah satu daripada strategi mudah untuk capai matlamat kewangan seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, 4 Strategi Mudah Capai Matlamat Kewangan Lebih Cepat, adalah dengan mengurangkan perbelanjaan.

Ya, bagi seorang yang ingin berjaya dalam pengurusan kewangan, mengurangkan dan mengawal nafsu untuk berbelanja amatlah penting.

Belanja pada keperluan sahaja, sentiasa dapatkan harga terbaik dan pentingkan kualiti berbanding jenama.

Jika ini dijadikan prinsip, banyak wang dapat dijimatkan.

Tetapi, tahukah anda ada cara lain lagi yang membolehkan kita jimatkan banyak duit jika berbelanja?

Caranya adalah dengan mendapatkan harga diskaun dan juga pulangan tunai (cashback), dan ini boleh diperoleh dengan mudah jika membeli-belah secara atas talian (online).

Secara peribadi, saya suka membeli barang-barang tertentu secara online, terutamanya di laman web e-commerce seperti Lazada, Zalora dan Lelong.

Sebabnya, selain mudah dan cepat, laman-laman web e-commerce sentiasa memberikan diskaun yang menarik, menyebabkan harga barang-barang tertentu lebih murah berbanding dibeli di kedai atau pasaraya.

Lihat sahaja di Lazada, kebanyakan itemnya ditanda dengan potongan harga diskaun.

Ataupun di Groupon, memang diskaun yang diberikan sangat baik untuk penjimatan duit belanja.

Lebih menarik lagi, selain diskaun-diskaun yang ditawarkan, kita berpeluang mendapatkan semula pulangan tunai selepas pembelian dibuat.

Contohnya, jika membeli sesuatu barang sebanyak RM 100, selepas bayaran diterima, selepas beberapa hari, kita akan diberikan semula pulangan tunai yang mana terus dimasukkan ke akaun bank.

Menarik, bukan?

Harga diskaun digabungkan dengan pulangan tunai, memang menjimatkan.

Dan ini boleh dilakukan jika kita membeli belah melalui laman web ShopBack.

Apa itu ShopBack?

Boleh terus klik di sini untuk lihat apakah dia laman web ShopBack dan keistimewaannya. tips jimat duit belanja

ShopBack adalah sebuah laman web yang menyediakan peluang untuk kita mendapatkan pulangan tunai selepas membeli belah secara online di laman-laman web terpilih.

Contoh laman web e-commerce popular di Malaysia yang terpilih adalah Lazada, Zalora, Groupon dan Qoo10.

Bukan setakat itu sahaja, bagi yang sering melancong pula, laman web popular seperti Agoda, Booking.com, Expedia dan Hotels.com turut terpilih.

Sebenarnya, dianggarkan beratus-ratus laman web terpilih berada di bawah program ShopBack, samaada di Malaysia ataupun antarabangsa.

Klik di sini untuk lihat senarai laman web e-commerce terpilih.

Jadi, bagi mereka yang selalu membeli-belah atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan secara online, memang wajar mendaftar dengan ShopBack untuk mendapatkan pulangan tunai setiap kali berbelanja.

Bagaimana mendapatkan pulangan tunai dengan ShopBack?

Mudah sahaja, hanya dengan mengikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1. Daftar masuk atau bina akaun dengan ShopBack; boleh klik di sini untuk pendaftaran

1-sign-up-shopback

2. Cari laman web e-commerce pilihan anda di ShopBack, klik pada nama atau icon dan anda akan dibawa ke laman web tersebut

3. Selepas klik pada laman web pilihan, satu skrin kecil yang mengandungi terma dan syarat akan muncul; cuma perlu baca dan ikuti syarat yang dinyatakan supaya layak untuk mendapatkan pulangan tunai

4. Beli-belah seperti biasa dan selesaikan bayaran pesanan; cuma perlu pastikan semuanya dilakukan dalam skrin/paparan yang sama supaya ShopBack dapat menjejaki pesanan anda

5. Selepas beberapa hari, periksa akaun ShopBack anda untuk melihat pulangan tunai yang diperoleh

6. Ulang semua langkah untuk pembelian-pembelian seterusnya, kumpul jumlah pulangan tunai sehingga nilai minimum RM 10 sebelum boleh dipindahkan ke akaun bank anda

Mudah, bukan?

Ini adalah contoh jumlah cashback yang saya peroleh hasil menggunakan ShopBack:

pulangan tunai shopback

Nak dapat cashback setiap kali membeli-belah online?

Boleh sahaja dengan ShopBack, yang penting, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

Bagaimana ShopBack berfungsi?

tips jimat duit belanjaMesti anda terfikir, bagaimana ShopBack boleh memberikan pulangan tunai kepada pembelian anda, bukan?

Dari mana mereka mendapatkan wang untuk dibayar kepada pembeli?

Sebenarnya, model perniagaan ShopBack adalah berteraskan affiliate.

Apabila anda membeli-belah di laman web pilihan menerusi ShopBack, mereka akan diberikan komisen oleh penjual.

Komisen yang diperoleh, akan diberikan juga kepada pembeli sebagai pulangan tunai.

Contohnya, anda berbelanja RM 100 di Lazada menerusi ShopBack, jadi Lazada mungkin memberikan komisen 10% (RM 10) kepada ShopBack kerana membawa pelanggan kepada Lazada, dan ShopBack memberikan pulangan tunai 5% (RM 5) kepada anda kerana membeli-belah melalui mereka.

Kiranya, win-win situation.

Lazada gembira kerana mendapat pelanggan, ShopBack gembira kerana mendapat komisen, dan anda sebagai pembeli gembira kerana mendapat pulangan tunai.

Berapa banyak boleh dapat pulangan tunai?

Tiada had. No limit.

Semakin banyak anda membeli-belah menerusi ShopBack, semakin banyak pulangan tunai yang boleh diperoleh.

Contohnya seperti gambar di bawah, memang jumlah pulangan tunai yang agak banyak.

tips jimat duit belanjaDalam gambar yang diberikan ini, andaikan anda berbelanja sekitar RM 4,300 setahun melalui laman-laman web e-commerce pilihan ShopBack, anda boleh dapat pulangan tunai sehingga RM 232!

Penjimatan yang banyak, bukan?

Jadi, ShopBack amatlah sesuai bagi mereka yang merupakan pembeli online tegar.

Bukan sahaja boleh dapat diskaun, tetapi turut dapat pulangan tunai.

Penjimatan berganda.

TAWARAN ISTIMEWA: Daftar akaun Shopback sekarang, dan dapatkan RM 10!

Untuk tempoh terhad, ShopBack menawarkan tunai RM 10 yang akan dimasukkan ke akaun anda jika mendaftar dengan ShopBack sekarang.

cara daftar shopback

Syaratnya, perlu ikuti 3 langkah mudah ini:

1. Daftar akaun ShopBack dengan klik di link ini: ShopBack.com

2. Masukkan emel mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) di ruangan “Referred by” (jika diminta)

Selepas 2 langkah ini, RM 5 akan terus dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda.

3. Buat pembelian minimum RM 25 di mana-mana laman web pilihan menerusi Shopback, dan tambahan RM 5 lagi akan dimasukkan ke dalam akaun anda selepas beberapa hari.

Sehingga artikel ini ditulis, pendaftaran dengan ShopBack masih percuma.

Akhir kata, dengan ShopBack, anda boleh mendapatkan dua kali penjimatan jika membeli-belah secara online; penjimatan pertama kerana diskaun yang sememangnya diberikan oleh penjual manakala penjimatan kedua kerana mendapat pulangan tunai daripada ShopBack.

Duit yang dijimatkan boleh ditambah ke dalam tabung simpanan untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini.

Jadi, jom daftar dengan ShopBack sekarang!

..