Artikel Terkini

4 Fakta Menarik Tentang Pelaburan Hartanah MRT 1

pelaburan hartanah mrt 1Kalau anda berminat nak melabur dalam hartanah dan tak nak terlepas peluang keemasan, wajib ambil tahu tentang pelaburan hartanah MRT 1 yang dikongsikan oleh pihak HartaBumi.com ini.

Memang rugi kalau tak baca.

4 fakta menarik anda wajib tahu mengenai pelaburan hartanah MRT 1

Rasanya seluruh warga Lembah Klang khususnya pengguna tegar pengangkutan awam telah sedia maklum akan projek MRT Fasa 1 sepanjang 51KM dari Sungai Buloh ke Kajang.

Projek infrastruktur pengangkutan awam terbesar yang pernah dijalankan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ini telah menelan belanja RM 21 Bilion bukan sahaja memberi impak positif kepada pengguna pengangkutan awam bahkan nilai hartanah sepanjang jejaran MRT 1.

pelaburan hartanah mrt 1

Peluang pelaburan hartanah MRT 1

Lokasi, lokasi, lokasi.

Bila mana kita bercakap tentang pelaburan hartanah, apa yang penting adalah lokasi hartanah tersebut.

90% potensi pelaburan hartanah terletak pada lokasi hartanah tersebut.

Dengan kewujudan MRT, maka ada baiknya jika anda melabur di hartanah sepanjang jejaran laluan MRT.

Kenapa?

Kerana ada 4 fakta menarik ini tentang pelaburan hartanah MRT 1:

Fakta #1 – Harga

Harga hartanah di kawasan sepanjang jejaran MRT akan terus meningkat saban tahun dan jika anda lihat statistik kenaikan harga rumah di Malaysia, harga rumah di Malaysia akan meningkat sekitar 6% setahun.

Ini bermaksud, rumah teres satu tingkat di Kajang yang berharga RM180,000 pada tahun 2018 tidak akan kekal pada harga tersebut pada tahun 2019 dan seterusnya.

Lagi lama anda tunggu, maka harga rumah di kawasan tersebut akan terus naik mendadak.

Ingatlah bahawa harga rumah tidak akan pernah turun dan tidak mungkin menunggu anda!

pelaburan hartanah mrt 1

Fakta #2 – Sewa

Sewa rumah adalah salah satu cara paling efektif untuk membuat pelaburan hartanah. Anda boleh sewakan secara individu, secara berkumpulan (keluarga atau student) mahupun secara harian menerusi Airbnb.

Dapatkan tips dekorasi rumah daripada Decoguru.my mahupun Hias.my dan rumah anda kini sedia untuk disewakan kepada orang dan bersedialah untuk hujanan wang.

pelaburan hartanah mrt 1

Fakta #3 – Booster hartanah

Biasanya, sebelum membeli hartanah, pembeli akan melihat fasiliti asas di kawasan tersebut merangkumi tempat ibadat, pusat beli belah, bank, stesen bus, sekolah, padang rekreasi dan juga restoran makanan segera.

Apa yang menarik tentang hartanah di sepanjang jejaran MRT ialah, terdapat pelbagai fasiliti yang lengkap dan menjadikan ‘booster hartanah’ dalam radius kawasan 2 km dari stesen MRT itu sebagai tarikan utama untuk para penyewa.

Penyewa pasti mahukan rumah sewa yang berdekatan dengan pengangkutan awam, kedai, bank, masjid dan sebagainya.

pelaburan hartanah mrt 1

 

Fakta #4 – Laluan feeder bus

Hampir ¼ daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama mereka ke tempat kerja.

Dengan adanya feeder bus MRT di kawasan perumahan sekitar MRT, memudahkan para pengguna MRT untuk bergerak.

Dengan adanya bus feeder ke MRT ini, mereka kini tidak lagi perlu menunggu lama untuk mendapatkan teksi dan Grab.

Hanya perlu bayar RM1!

pelaburan hartanah mrt 1

Fakta #5 – Potensi untuk pelaburan

Potensi untuk pelaburan hartanah di kawasan MRT tidak dinafikan adalah sangat positif dan baik.

Jelas sekali MRT ini bukan sahaja berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, tetapi juga sebagai satu rahmat kepada para pelabur hartanah di Lembah Klang.

Dengan segala potensi yang ada, memang sangat rugi kalau tidak ambil peluang untuk buat pelaburan hartanah di kawasan sekitar MRT.

Jika anda berminat nak merebut peluang meraih faedah dengan pelaburan hartanah di sekitar MRT, dan ingin mendapatkan lebih banyak tips dan strategi pelaburan hartanah MRT 1, boleh dapatkan Kitab Hartanah Hotspot MRT sekarang!

pelaburan hartanah mrt 1*Artikel ini adalah sumbangan daripada HartaBumi.com. Laman ini merupakan sebuah portal carian hartanah yang mengumpulkan kesemua hartanah berstatus bumiputera daripada pemaju, ejen hartanah dan juga bank.

HartaBumi.com diwujudkan dengan mensasarkan hartanah segmen bumiputera dengan tujuan menangani masalah penjualan dan pembelian hartanah bumiputera di antara pemaju, ejen hartanah dan pembeli.

Di samping itu, HartaBumi.com juga ingin mendidik masyarakat tentang pemilikan dan pelaburan hartanah menerusi artikel-artikel dan juga buletin yang disediakan.

Klik di sini untuk baca perkongsian daripada HartaBumi.com

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya. Terima kasih.

..

5 Salah Faham Urus Duit Yang Mesti Diperbetulkan

salah faham urus duitSetelah lama tak update blog ini, tiba-tiba rasa nak ‘membebel’ tentang topik salah faham urus duit yang masih berakar di kalangan minda masyarakat kita sekarang.

Akibat beberapa salah faham ini, menyebabkan masih ramai yang malas mengambil inisiatif untuk mula menguruskan duit dan kewangan mereka dengan baik.

Akibatnya, kedudukan kewangan mereka sendiri menjadi lemah, pelbagai masalah kewangan juga turut menimpa.

Apabila ini berlaku, mereka mula menyalahkan pihak lain; kerajaan, majikan, peniaga, pelabur, keluarga, rakan, serta mendakwa pihak-pihak inilah yang bertanggungjawab atas kegagalan mereka mengukuhkan kedudukan kewangan masing-masing.

Walhal, kalau mereka perbetulkan kefahaman, dan mula bertindak untuk mengurus kewangan sendiri dengan lebih baik, insyaAllah, mereka tidak akan mengalami masalah kewangan yang teruk.

Jom kita lihat satu per satu salah faham urus duit yang sering berlaku:

Salah faham urus duit #1 – “Gaji tinggi, hidup selesa”

Itulah yang ditanam dalam minda masyarakat kita, sejak daripada kecil lagi.

Kononnya jika dapat jumlah pendapatan yang tinggi, mesti dapat hidup dengan selesa.

Dapat beli apa sahaja, penuhi apa sahaja yang diingini.

Hakikatnya tidak begitu.

Jumlah gaji atau pendapatan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu bebas daripada sebarang masalah kewangan.

Mesti anda semua pernah dengar dengan pepatah “Semakin besar periuk, semakin besar keraknya”, bukan?

Dari konteks pengurusan kewangan peribadi, pepatah ini memberi gambaran tabiat kebanyakan orang yang suka menambah perbelanjaan apabila pendapatan bertambah.

Pantang gaji naik sedikit, terus mengidamkan kereta yang lebih mahal.

Dapat bonus, dihabiskan kepada shopping membeli pakaian-pakaian mahal dan barang-barang bukan keperluan.

Akibatnya, walau gaji bertambah besar, namun kehidupan masih tetap sama dibelenggu masalah kewangan.

Sebenarnya, apa yang penting bukanlah gaji yang tinggi, tetapi, ilmu pengurusan kewangan yang betul dan sikap sendiri terhadap wang yang dimiliki.

Apabila gaji bertambah, usahlah berasa terlalu teruja dan gelap mata.

Sepatutnya, sebahagian daripada gaji yang bertambah itu hendaklah ditambah kepada tabung simpanan, bukannya semua dihabiskan kepada perbelanjaan.

Setiap kali berbelanja, kena selalu bezakan antara keperluan dan kehendak.

Sentiasa buat perancangan dan bajet, dan patuh kepada bajet tersebut.

Berbelanja ikut kemampuan sendiri, dan sentiasa tanamkan rasa cukup dan syukur dengan rezeki yang diperoleh.

InsyaAllah, dengan sentiasa amalkan perkara-perkara ini, walau sebesar atau sekecil mana pun gaji yang diperoleh, kita akan sentiasa mendapat hidup yang selesa, tenang dan bebas daripada belenggu masalah kewangan.

Salah faham urus duit #2 – “Simpan duit apabila ada duit lebih sahaja”

salah faham urus duit“Dapat gaji, bolehlah beli itu-ini. Makan di sana-sini. Puaskan dulu kehendak diri. Kalau ada duit lebih, barulah simpan.”

“Penat-penat kerja, dapat gaji, mestilah nak belanja untuk kepuasan diri-sendiri dulu. Buat apa nak simpan duit.”

Masih ramai sebenarnya yang berpegang dengan kata-kata di atas.

Namun akibatnya, mereka masih gagal menyimpan.

Sudah tentulah, sebab nak harapkan ada duit lebih terlebih dahulu baru nak menyimpan, memang susah.

Duit, kalau dah mula dibelanjakan, memang susah nak berhenti.

Memang susah nak biarkan ada baki untuk disimpan.

Jadi, cara nak atasi masalah ini, kenalah tukar mindset.

Simpan dulu sebelum berbelanja.

Apabila dapat gaji, simpan dulu sebahagiannya, lupakan, dan yang selebihnya barulah dibelanjakan.

Kalau rasa susah nak mula menyimpan, boleh baca perkongsian ini: 5 Cara Simpan Duit

Prinsip penting dalam menyimpan; sanggup berkorban kesenangan hari ini untuk kesenangan hari esok.

Contohnya, yang bergaji RM 3,000 sebulan, disarankan untuk simpan terlebih dahulu dalam jumlah minimum RM 300.

Bayangkan, dengan RM 300, macam-macam perkara juga boleh dibeli untuk memenuhi kehendak yang membuak-buak.

Tetapi, demi membina tabung simpanan dan mengejar matlamat kewangan yang diingini, sanggup dikorbankan keseronokan membelanjakan duit tersebut demi disimpan ke dalam tabungan.

Jika konsisten, hasil tabungan nanti akan memberikan kesenangan pada masa hadapan.

Salah faham urus duit #3 – “Gaji sikit, susah nak menyimpan”

Ramai juga yang memberikan alasan pendapatan yang kecil menjadi penghalang untuk menyimpan secara konsisten.

Ya, tidak dinafikan, dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi sekarang, memang agak sukar bagi mereka yang berpendapatan kecil untuk menyimpan.

Tetapi, kalau boleh, janganlah sentiasa jadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak menyimpan.

Mulakan menyimpan dengan jumlah yang kecil dahulu, pastikan konsisten setiap bulan.

Ini penting untuk memupuk tabiat menabung terlebih dahulu.

Nanti apabila pendapatan semakin bertambah, akan lebih mudah dan seronok untuk menyimpan kerana telah terdidik pada ‘waktu susah’ dulu.

Pada masa sama, disarankan juga setiap kali mendapat duit tambahan seperti bonus, hadiah atau pun bantuan seperti bantuan BR1M, lebih baik duit tersebut disimpan jika tiada apa-apa keperluan mendesak pada waktu tersebut.

Ingatlah pepatah lama, “Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit”

Salah faham urus duit #4 – “Jimat-cermat pada waktu gawat sahaja”

salah faham urus duit“Waktu senang, bolehlah berbelanja lebih. Waktu susah, pandai-pandailah berjimat-cermat”

Mesti anda pun pernah dengar orang luahkan kata-kata di atas, bukan?

Masa banyak duit, bukan main seronok lagi berbelanja.

Apabila duit dah tinggal sedikit, barulah mula nak berjimat-cermat.

Hakikatnya, bukan begini yang sepatutnya diamalkan.

Perbelanjaan hendaklah dikawal bukan sahaja pada setiap masa, tak kira pada waktu senang, dan lebih-lebih lagi pada waktu susah.

Utamakan perbelanjaan-perbelanjaan keperluan berbanding kehendak, sentiasa ikut bajet yang dibuat dan kemampuan kewangan sendiri.

Kunci utamanya adalah bersederhana; jangan terlalu boros, dan jangan pula terlalu kedekut sehingga menyusahkan diri.

Ambillah iktibar daripada pengajaran surah Yusuf.

Dalam surah ini, diajarkan supaya berjimat-cermat dan banyakkan menyimpan pada waktu senang, supaya nanti apabila tiba waktu gawat, hasil simpanan tersebut dapat digunakan untuk menempuh waktu sukar tersebut.

Begitulah yang sepatutnya kita amalkan dalam pengurusan kewangan peribadi sendiri.

Salah faham urus duit #5 – “Duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk kubur”

Kata-kata di atas sering dilemparkan sebagai sindiran kepada golongan yang pandai urus duit.

Kononnya, sia-sia sahaja menguruskan duit dengan baik, simpan duit banyak-banyak, sebab tak boleh di bawa mati pun.

Ya, memang betul, duit yang banyak memang tidak boleh di bawa masuk kubur.

Tetapi, dengan duit yang banyaklah, dapat membantu untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan di alam sana.

Bagaimana?

Bukankah dengan duit yang banyak, akan membantu kita untuk menunaikan zakat, sedekah dan wakaf dengan lebih mudah?

Apabila kita bijak menguruskan kewangan, sudah tentu kita tidak akan meminggirkan amalan mengeluarkan zakat.

Sebahagian duit juga boleh disedekahkan secara konsisten kepada mereka yang memerlukan.

Apabila meninggal dunia, bukan sahaja boleh diwasiatkan harta kepada waris, malah boleh diwakafkan juga.

Boleh ambil iktibar daripada kisah harta wakaf sahabat Nabi s.a.w. di sini: Kisah Harta Wakaf Saidina Uthman ibn Affan

Zakat, sedekah, wakaf; insyaAllah semua ini jika dilakukan dengan ikhlas, akan menjadi ‘pelaburan’ yang berterusan memberikan hasil.

Semua ini boleh dicapai dengan pengurusan kewangan yang baik.

Penutup

Itulah sahaja beberapa salah faham urus duit yang masih membelenggu minda kebanyakan orang.

Harap-harap, dapatlah diperbetulkan mindset yang salah tersebut.

Dan sama-samalah kita memperbetulkan pengurusan kewangan sendiri ke arah lebih baik.

Sampai di sini sahaja, harap mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya. Terima kasih.

salah faham urus duit

..

ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

adam50Semasa pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I, ada mengumumkan tentang Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau lebih ringkas disebut sebagai ADAM50.

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau kurang jelas tentang dana ini.

Jangan bimbang, perkongsian kali ini akan menyediakan serba-sedikit fakta tentang insentif ini.

Maklumat umum ADAM50

Secara ringkasnya, ADAM50 adalah insentif yang diberikan kepada semua bayi warganegara Malaysia yang lahir bermula 01 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Insentif ini adalah dalam bentuk dana berjumlah RM 200 yang diberi secara percuma sebagai dana permulaan tabungan sama ada di dalam dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau dana Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Objektif utama insentif ini adalah untuk menggalakkan ibubapa memulakan dana tabungan untuk anak-anak mereka.

Insentif yang diberikan ini, berserta agihan pendapatan dividen atau bonus ke atasnya, tidak boleh dikeluarkan atau ditebus sehingga tempoh matang bayi berumur 18 tahun.

Jadi, memang sesuailah sebagai tabungan untuk anak-anak.

Kriteria kelayakan ADAM50

ADAM50 hanya layak diberikan kepada yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

  • Bayi lahir pada 01 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
  • Bayi merupakan warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar tidak diisytiharkan muflis semasa pendaftaran ADAM50 dibuat

adam50

Cara mohon ADAM50

Bagi yang memenuhi kriteria-kriteria di atas, maka boleh mulakan langkah untuk mohon ADAM50 bagi anak yang baru dilahirkan.

Tempoh permohonan adalah bermula daripada kelahiran abayi sehinggalah setahun daripada tarikh kelahiran bayi tersebut.

Sebagai contoh, jika bayi lahir pada 20 Januari 2018, maka tempoh kelayakan untuk mohon ADAM50 bagi bayi tersebut adalah sehingga 20 Januari 2019.

Selepas tempoh setahun tersebut, maka kelayakan untuk mendapatkan insentif percuma ADAM50 adalah terbatal.

Untuk mohon ADAM50, mudah sahaja.

Ibu atau bapa atau penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia hanya perlu datang ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara seperti Maybank, CIMB, Pos Malaysia, RHB, AmBank, Affin Bank dan Alliance Bank dan membawa dokumen-dokumen berkaitan.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  • Dokumen pengenalan diri (MyKad) ibu atau bapa atau penjaga berdaftar
  • Dokumen pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima)
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Isi borang pendaftaran dan serahkan dokumen-dokumen tersebut.

Jika semuanya memenuhi syarat, maka permohonan akan diluluskan.

Akaun untuk bayi akan diwujudkan dengan jumlah permulaan sebanyak RM 200 yang diberikan percuma.

 

Pelaburan tambahan

Selepas akaun tersebut diwujudkan, maka ibu atau bapa atau penjaga berdaftar boleh membuat pelaburan tambahan untuk bayi dari semasa ke semasa.

Contohnya, boleh buat pelaburan tambahan setiap bulan yang ditolak daripada gaji.

Setiap kali bayi mendapat hadiah wang seperti duit raya, bolehlah juga dimasukkan ke dalam akaun ini.

Dengan duit yang dimasukkan ini, berserta agihan pendapatan yang diberikan dalam bentuk dividen dan bonus, jumlah yang semakin bertambah ini boleh dijadikan dana untuk masa depan si anak, sama ada sebagai dana pendidikan atau modal memulakan bisnes kecil-kecilan nanti.

Bukankah ini sesuatu yang baik?

Jadi, kalau anda ada anak atau bayi di bawah jagaan yang dilahirkan pada tempoh 5 tahun bermula tahun 2018 ini, jangan lupa untuk dapatkan insentif ini ya.

Untuk lebih banyak maklumat berkaitan ADAM50, boleh rujuk di laman web ANSB dengan klik di sini.

Sampai di sini sahaja perkongsian ringkas kali ini.

Jumpa lagi!

p/s: Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk KONGSIKAN dengan yang lain, ya. Terima kasih.

..

adam50