Program Pengekalan Pekerjaan & Subsidi Upah PERKESO

program pengekalan pekerjaan subsidi upah perkesoBagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak COVID-19, kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan  Pakej Prihatin PKS yang mana memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program, ERP) dan juga Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP) yang mana akan dikendalikan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO.

Kedua-dua program ini adalah untuk membantu majikan, terutama dalam sektor perusahaan kecil sederhana PKS (small medium enterprise, SME) supaya mereka boleh terus beroperasi dan juga golongan pekerja supaya mereka terus mempunyai sumber pendapatan dan juga dikekalkan pekerjaan mereka.

Jadi, apa perbezaan kedua-dua program ini?

Bagaimana nak mohon?

Jom, kita dapatkan maklumat seterusnya.

Baca juga:  [REVIEW] Ebook Panduan eBay Intelligence: Rahsia Buat Duit Dengan eBay

Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)

Apakah itu Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?

ERP adalah bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) sebanyak RM 600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji.

Program ini adalah untuk membantu pekerja yang diberikan notis cuti tanpa gaji (CTG) oleh majikan mereka yang terpaksa mengurangkan kos operasi akibat perniagaan yang terjejas kerana COVID-19.

Program ini telah bermula pada 1 Mac 2020 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan oleh kerajaan/PERKESO kelak.

Tempoh bantuan yang diberikan adalah antara 1 hingga 6 bulan berdasarkan tempoh notis CTG daripada majikan.

Apakah syarat kelayakan menerima Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?

  • Semua pekerja sektor swasta yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP (Sistem Insurans Pekerjaan), termasuk pekerja sambilan
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji bulanan RM 4,000 dan ke bawah sahaja.
  • Majikan yang melaksanakan CTG (minimum 30 hari) bagi tempoh 1 hingga 6 bulan (notis yang telah dikeluarkan kepada pekerja bagi tempoh mulai 1 Mac 2020)

Bagaimana cara mohon Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)?

Permohonan hendaklah dikemukan oleh pihak majikan bagi pekerja mereka.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian menggunakan Borang Permohonan ERPC-19 yang boleh didapati melalui laman web PERKESO.

Borang ini, berserta surat notis CTG yang dikeluarkan bagi setiap pekerja hendaklah dihantar melalui emel ke erpc19@perkeso.gov.my atau melalui sistem online yang dibangunkan PERKESO (akan diumumkan kemudian jika ada)

Permohonan boleh dihantar bermula 20 Mac 2020

Bagaimana bayaran Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) akan dilakukan?

Selepas permohonan diluluskan, bayaran akan dikreditkan kepada akaun majikan secara bulanan.

Majikan pula, dalam tempoh 7 hari daripada bayaran diterima, wajib mengkreditkan bayaran kepada akaun pekerja yang disenaraikan.

Jika ada sebarang keraguan dan unsur penipuan, pekerja boleh membuat aduan terus kepada PERKESO.

Majikan yang mengemukakan apa-apa maklumat palsu, tidak benar atau mengelirukan kepada PERKESO atau majikan yang gagal untuk menyalurkan bayaran bulanan tersebut kepada pekerja, boleh menyebabkan permohonan berikutnya digantung dan tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas majikan.

Jadi, para pekerja tidak perlu risau walaupun permohonan dibuat oleh majikan dan bayaran diterima oleh majikan.

Itulah serba sedikit maklumat berkaitan Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP)

Maklumat secara ringkas ini lebih mudah difahami dengan merujuk infografik di bawah:

program pengekalan pekerjaan employment retention program perkeso

Kredit: PERKESO

program pengekalan pekerjaan employment retention program perkeso

Kredit: PERKESO

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk ke laman web PERKESO atau soalan lazim (FAQ) ini.

Baca juga:  Panduan Affiliate Method Rahman Basri: Buat Duit Dengan Affiliate

Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)

Apakah yang dimaksudkan dengan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)

Program ini adalah satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan ke atas setiap pekerja tempatan yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja (atau tertakluk kepada tempoh yang akan diumumkan kemudian jika ada)

Jumlah subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 bagi setiap pekerja bergantung kepada saiz perusahaan majikan.

Tujuan program ini adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan.

Bilakah Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP) mula berkuatkuasa dan bila ia berakhir?

Program ini mula berkuatkuasa pada 1 April 2020 dan tempohnya adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.

Contoh, jika permohonan mula dibuat pada bulan Jun 2020, maka subsidi akan diberikan bagi tempoh 3 bulan bermula Julai 2020 (atau Jun 2020 bergantung kepada bila permohonan diluluskan)

Tarikh akhir permohonan untuk program ini adalah pada 15 September 2020 atau tertakluk kepada baki dana yang diperuntukkan atau sebarang keputusan oleh Kerajaan.

Apakah syarat-syarat untuk memohon Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?

Secara ringkasnya, boleh dirujuk kepada jadual yang berikut:

program subsidi upah wage subsidy perkeso

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?

Dokumen yang diperlukan adalah:

  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan Penyata Bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank seperti di 5 (ii) di atas (sila rujuk pihak bank)
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / pihak berkuasa Perkhidmatan Profesional, Saintifik atau Teknikal / Lesen Perniagaan
  • Akuan Pengisytiharan PSU50
  • Dokumen sokongan seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen berkaitan (bagi perusahaan bersaiz SEDERHANA dan BESAR sahaja)

Bagaimana cara mohon Program Subsidi Gaji (Wage Subsidy Program, WSP)?

Permohonan boleh dilakukan bermula 9 April 2020 menerusi laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my

Permohonan hanya perlu dibuat sekali sehaja.

Bagi bulan-bulan seterusnya, majikan hanya perlu mengemaskini perubahan maklumat sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem.

Bagaimana bayaran Program Subsidi Gaji (Wage Subsidy Program, WSP) akan dilakukan?

Bayaran subsidi akan dikreditkan kepada akaun majikan dalam tempoh 7-14 hari dari tarikh kelulusan.

Majikan perlu membayar gaji pekerja yang terlibat seperti biasa.

Jika pekerja tidak menerima gaji walaupun majikan menerima subsidi, maka pekerja boleh membuat aduan kepada pihak PERKESO.

Itulah sahaja maklumat ringkas berkenaan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)

Untuk maklumat lebih ringkas, boleh rujuk di laman web PERKESO atau rujuk soalan lazim (FAQ) ini.

Apa beza antara Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) dan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?

Secara ringkas, boleh rujuk infografik di bawah:

program pengekalan pekerjaan subsidi upah gaji perkeso

Kredit: PERKESO

*Pembetulan bagi definisi Program Subsidi Upah: Subsidi adalah antara RM 600 hingga RM 1,200 sebulan bagi setiap pekerja (bergantung kepada saiz perusahaan)

Bolehkah majikan mohon kedua-dua Program Pengekalan Pekerjaan (Empoyment Retention Program, ERP) dan Program Subsidi Upah (Wage Subsidy Program, WSP)?

Mengikut jawapan yang diberikan PERKESO, majikan boleh memohon kedua-dua program ini.

ERP adalah bayaran bagi pekerja yang diberikan notis CTG manakala WSP adalah subsisi gaji bagi pekerja yang masih bekerja.

Apa-apa pun, untuk maklumat yang lebih jitu, tepat dan padat, bolehlah merujuk kepada pihak PERKESO.

Sampai di sini sahaja kali ini.

Semoga bermanfaat.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

Baca juga:  5 Program Untuk Jana Pendapatan Dalam Bajet 2017

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini