Artikel Terkini

eSeminar BMW Bijak Merancang Wang Afyan Rawi

seminar bijak merancang wang afyan rawiMemperkenalkan sebuah panduan pengurusan kewangan terhangat tahun 2020 iaitu eSeminar BMW Bijak Merancang Wang oleh Tuan Afyan Mat Rawi.

Saya rasa, tak perlu saya perkenalkan lagi siapa Tuan Afyan Mat Rawi.

Beliau adalah salah seorang tokoh atau ikon yang terkenal dalam bidang berkaitan pengurusan kewangan peribadi di Malaysia.

Boleh sahaja terus ke FB beliau untuk kenali beliau dengan lebih rapat.

Sebagai peminat setia beliau, saya telah mendapatkan panduan ini pada hari pertama pelancarannya pada awal April 2020.

Dan secara peribadi, saya boleh katakan yang pembelian yang saya buat ini sangat berbaloi.

Sangat berpuas hati.

Kenapa?

Kerana ini adalah panduan pengurusan kewangan peribadi yang sangat lengkap bagi mereka yang nak belajar atau mengubah cara menguruskan wang ke arah lebih baik.

Dan saya sangat galakkan kepada para pembaca blog ini untuk turut dapatkan panduan ini dengan segera.

Kalau berminat, boleh terus klik di sini: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/jomurusduit

Apa ada dengan eSeminar BMW Bijak Merancang Wang?

eseminar bmw bijak merancang wang

Mungkin ada yang nak tahu dulu apa yang mereka akan dapat kalau beli panduan ini.

Baiklah, mari saya jelaskan.

Secara ringkasnya, komponen utama panduan ini mengandungi 17 video dan juga 1 ebook Bijak Merancang Wang.

Video dan ebook yang disediakan adalah dalam Bahasa Melayu, jadi jangan bimbang.

Mudah untuk difahami.

17 video yang disediakan merangkumi modul-modul penting berkenaan pengurusan kewangan peribadi, yang mana tajuk-tajuknya adalah seperti berikut:

eseminar bmw bijak merancang wang

Mari saya berikan penerangan ringkas tentang topik bagi setiap video:

  • Video #1 – Mindset Kewangan
  • Video #2 – 7 Modul INFAQ

Untuk dua video awal, dikira sebagai pengenalan untuk tajuk-tajuk seterusnya.

Dimulakan dengan membnetuk mindset yang betul tentang pengurusan kewangan kemudian diikuti dengan pengenalan modul-modul yang akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam video-video seterusnya.

  • Video #3 – Aliran Tunai & Pengurusan Aset (Cashflow & Networth)

Asas dalam pengurusan kewangan yang baik adalah aliran tunai yang positif dan juga pengurusan aset-liabiliti yang stabil.

Bagaimana nak capai, ada jawapannya di dalam video ketiga ini.

  • Video #4 – Pengiraan Membeli Kereta
  • Video #5 – Tips Beli Kereta

“Beli kereta tak salah, tapi ramai yang beli kereta yang salah”

Ungkapan ini digunakan untuk memberi gambaran bahawa pembelian kereta adalah satu perkara yang sangat penting dan dititik beratkan.

Sebabnya, kalau tersalah beli kereta yang salah, memang teruk akibatnya kepada pengurusan kewangan nanti.

Nak tahu lebih lanjut, kena tonton kedua-dua video di atas.

  • Video #6 – Simpanan (Saving)

Menyimpan secara konsisten adalah asas penting dalam menguruskan kewangan peribadi dengan baik.

Kalau gagal menyimpan, susah nak capai objektif kewangan yang diingini.

Dalam video ini, akan diterangkan tentang bagaimana nak konsisten menyimpan, berapa banyak simpanan perlu dibuat dan juga ciri-ciri tempat simpanan yang baik.

  • Video #7 – Perlindungan Takaful (Protection): Kematian & Lumpuh
  • Video #8 – Perlindungan Takaful (Protection): Sakit Kritikal
  • Video #9 – Perlindungan Takaful (Protection): Medical Card
  • Video #10 – Perlindungan Takaful (Protection): Polisi Takaful

Kesemua video di atas meliputi modul perlindungan takaful.

Selepas tonton video-video di atas, penonton akan faham tentang jenis perlindungan yang perlu diambil, berapa banyak jumlah yang perlu dilindungi, berapa peratus gaji perlu disumbangkan untuk caruman perlindungan takaful dan cara-cara memilih kad perubatan yang bersesuaian.

Selepas belajar ini, senanglah sikit nak berbincang apabila berjumpa dengan ejen-ejen takaful nanti.

  • Video #11 – Pelaburan (Investment): Kenapa Perlu & Inflasi
  • Video #12 – Pelaburan (Investment): Cara Hadapi Inflasi
  • Video #13 – Pelaburan (Investment): Kos & Risiko
  • Video #14 – Pelaburan (Investment): Bagaimana Pelaburan Boleh Mendatangkan Keuntungan

Semua orang berimpian nak tambah duit sebanyak-banyaknya.

Kalau boleh, nak goyang kaki tapi dapat duit berkepuk-kepuk.

Ya, boleh, kalau pandai melabur dengan cara yang betul ke dalam skim pelaburan yang sah.

Jadi, melalui video-video di atas, penonton akan belajar cara membuat pelaburan dengan betul supaya mendatangkan keuntungan di samping mengelak terjebak ke skim-skim pelaburan palsu.

  • Video #15 – Penyucian (Purification): Zakat
  • Video #16 – Penyucian (Purification): Cukai

Ingat, dalam harta yang kita ada, sebahagiannya adalah milik yang lain.

Maka, di sini pentingnya peranan zakat dan cukai.

Di dalam video di atas, akan diterangkan cara menunaikan zakat dan membayar cukai dengan betul.

  • Video #17 – Pengagihan (Distribution): Harta Pusaka

Apa yang kita ada di dunia, akan ditinggalkan apabila kita meninggal dunia nanti.

Harta pusaka yang ditinggalkan akan diwarisi waris-waris yang layak.

Demi mengelakkan pergaduhan, pertikaian dan penindasan ke atas waris-waris, alangkah baik jika pengagihannya diuruskan semasa masih hidup lagi.

Kalau dilihat kepada tajuk-tajuk di atas, memang merangkumi semua elemen penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

Dengan gaya penyampaian yang santai disertakan penerangan yang lengkap berserta contoh-contoh spesifik, penonton akan mudah untuk memahami setiap topik yang disediakan.

Memang rugi kalau tidak belajar daripada video-video ini.

Untuk ebook Bijak Merancang Wang pula, kontennya adalah seperti yang berikut:

ebook bijak merancang wang

Kalau diperhatikan, ebook ini mengandungi 30 tip praktikal perancangan kewangan yang disusun secara teratur mengikut elemen-elemen penting pengurusan kewangan peribadi.

Malah, terdapat topik yang tidak dibincangkan di dalam video tetapi diterangkan di dalam ebook ini.

Apabila digabungkan topik-topik daripada 17 video dan ebook ini, saya jamin, pembaca akan dapat belajar tentang pengurusan kewangan dengan lebih lengkap lagi.

Dan berita baiknya, sekarang Tuan Afyan sedang mengemaskini kandungan ebook ini.

Hasil akhir yang terkini nanti, akan diberikan percuma kepada semua yang telah mendapatkan panduan eSeminar BMW Bijak Merancang Wang ini.

Tambahan lagi, sekarang Tuan Afyan sedang menghasilkan ebook baru pula untuk dipakejkan ke dalam panduan ini.

Tak pasti ebook baru ini akan diberi percuma atau tidak, tetapi khas untuk pembeli sedia ada, sudah semestinya akan diberikan harga istimewa.

Bagi yang tak beli lagi, nanti panduan eSeminar BMW Bijak Merancang Wang ini akan dinaikkan harga apabila ebook baru ini dipakejkan sekali.

Selain daripada video dan ebook, pembeli juga boleh join group khas.

Di dalam group ini, peserta boleh berbincang dan belajar lebih lagi tentang pengurusan kewangan peribadi.

Kesimpulannya, dengan sekali pembelian, pembeli akan dapat:

  • 17 video modul pengurusan kewangan
  • 1 ebook Bijak Merancang Wang
  • Kemaskini konten video dan ebook
  • Tawaran istimewa untuk ebook-ebook baru (percuma atau harga istimewa)
  • Kumpulan diskusi khas

Memang berbaloi-baloi!

Awesome!

Betul ke eSeminar BMW Bijak Merancang Wang ini berbaloi untuk dimiliki?

Ya, memang sangat berbaloi.

Kalau tak percaya kata-kata saya, boleh lihat testimoni tokoh-tokoh hebat ini:

testimoni eseminar bmw

testimoni eseminar bmw

Boleh juga lihat testimoni daripada pembeli-pembeli lain:

testimoni eseminar bmw

testimoni eseminar bmw

testimoni eseminar bmw

Kalau nak lihat lebih banyak testimoni, boleh klik di sini: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/jomurusduit

Jadi, bagaimana?

Rasa berminat nak dapatkan panduan ini?

Berapa harga eSeminar BMW Bijak Merancang Wang ini?

Kalau diikutkan kepada nilai sebenar, harga panduan ini adalah sekitar RM 299!

Ya, harga yang tinggi untuk sebuah panduan lengkap berkualiti tinggi.

Tetapi, amatlah kejam jika panduan ini dijual pada harga tersebut.

Sudah tentu pihak penulis akan sediakan harga terbaik supaya panduan ini dapat dimanfaatkan oleh ramai orang.

Pada awal pelancarannya dahulu, saya dapatkan pada harga promosi RM 20 sahaja.

Kemudian, harga meningkat seiring dengan permintaan.

Pernah dijual pada harga RM 27, RM 37, RM 47, RM 57 dan RM 77.

Dan terkini, harga eSeminar BMW Bijak Merancang Wang adalah RM 97

Selepas ini harga akan dinaikkan lagi.

Bagi saya, harga ini masih murah dan berbaloi dengan nilai yang diberikan oleh ebook ini.

Dan, tiada jaminan harga akan dinaikkan lagi pada masa akan datang.

Kalau lihat gambar di atas, ramai yang setuju supaya harga panduan ini dinaikkan lagi sesuai dengan nilai kontennya yang berkualiti.

Jadi, lebih baik dapatkan cepat-cepat panduan hebat ini sebelum harga menjadi lebih tinggi.

Bagaimana nak dapatkan eSeminar BMW Bijak Merancang Wang?

Boleh terus klik pada gambar di bawah:

eseminar bmw bijak merancang wang

Atau terus klik di sini: https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/jomurusduit

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

Cara Buat Pengeluaran ASB Online Guna myASNB

pengeluaran asb online myasnbTahukah anda yang sekarang pelabur ASB dah boleh buat pengeluaran ASB online sahaja?

Tak perlu pergi ke kaunter cawangan ASNB.

Tak perlu pergi ke kaunter ejen ASNB seperti Pos Malaysia dan bank-bank tempatan.

Tak perlu keluar rumah, tak perlu bersesak-sesak atas jalan raya, tak perlu nak menunggu lama-lama.

Boleh buat di hujung jari sahaja.

Boleh guna komputer, laptop atau telefon pintar.

Yang penting, ada talian Internet.

Tak perlu buku pelaburan pun.

Yang paling penting, wajib ada akaun myASNB, iaitu portal online ASNB.

Kalau belum daftar, boleh rujuk di sini: Cara Daftar Portal myASNB

Berbalik semula kepada pengeluaran ASB online.

Perkhidmatan ini baharu sahaja dilancarkan oleh pihak ASNB bagi memudahkan para pelabur atau pemegang unit amanah mereka untuk menjual balik (dalam erti kata lain, membuat pengeluaran) unit-unit yang mereka pegang.

Ini bukan sahaja untuk pelabur skim ASB, bahkan juga untuk skim-skim ASNB yang lain seperti ASB2, ASB3-Didik, ASM, ASM2-Wawasan ASM3 dan lain-lain skim kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.

pengeluaran asb online myasnb

Hasil jualan balik unit atau wang yang dikeluarkan akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Berapa had pengeluaran ASB online?

Ini adalah apa yang dinyatakan oleh pihak ASNB:

  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100
  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja

Ada sebarang caj dikenakan?

Kemudahan pengeluaran ASB online dan juga mana-mana skim ASNB adalah percuma sahaja.

Tiada sebarang kos dikenakan.

Adakah pengeluaran ASB online boleh dilakukan setiap masa?

Tidak, hanya pada waktu urus niaga sahaja seperti yang berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*

(*kecuali cuti umum)

Bagaimana cara buat pengeluaran ASB online melalui myASNB?

Begini langkah-langkahnya:

*sumber gambar daripada Facebook Amanah Saham Nasional Berhad

Langkah #1 – Log masuk ke akaun myASNB di www.myasnb.com.my

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #2 – Klik Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang hendak dikeluarkan/jual balik, dan pilih Jualan Balik

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #3 – Pastikan maklumat bank adalah betul. Hanya akaun bank pemilik unit sahaja dibenarkan. Jika nak ubah maklumat akaun bank, boleh kemaskini di bahagian Maklumat Peribadi.

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #4 – Baca dan fahami Penafian dan Kriteria minimum yang dipaparkan.Tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #5 – Masukkan amaun yang hendak dikeluarkan. Minimum adalah RM 100 dan maksimum adalah RM 500. Tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #6 – Semak semula butiran bank. Jika berpuas hati, klik Teruskan.

pengeluaran asb online myasnb

Langkah #7 – Klik pada Permintaan TAC. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan di Maklumat Peribadi. Masukkan nombor TAC dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb online myasnb

Selesai, transaksi anda berjaya!

pengeluaran asb online myasnb

Bila wang akan dikreditkan ke akaun bank?

Wang akan dikreditkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja ke akaun bank yang didaftarkan.

Jika pengkreditan pembayaran tidak berjaya, cek akan dihantar ke alamat yang didaftarkan dengan ASNB.

Jadi, pastikan anda kemaskini maklumat yang terkini di Maklumat Peribadi.

Begitulah sahaja serba sedikit berkenaan pengeluaran ASB online menerusi myASNB.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di sini: Pengeluaran Secara Dalam Talian di myASNB

Ingat ya!

Walaupun pengeluaran ASB online mudah dilakukan, tetapi janganglah sampai buat pengeluaran setiap masa.

Nanti tak capai pula objektif nak kukuhkan kewangan dengan simpanan ASB.

Semoga bermanfaat!

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

Kadar Zakat Fitrah 2020 Bagi Setiap Negeri di Malaysia

kadar zakat fitrah 2020 1441 malaysiaBulan Ramadan akan menjelang tiba, begitu juga kewajipan zakat, maka wajib untuk tahu kadar zakat fitrah 2020 untuk memudahkan persediaan mengeluarkan bayaran nanti.

Walaupun sekarang sedang diselubungi kebimbangan wabak COVID-19, namun kewajipan menjalani ibadah puasa Ramadan tetap berjalan seperti biasa.

Begitu juga dengan kewajipan menunaikan zakat fitrah.

Malah tidak lengkap ibadah puasa jika tidak mengeluarkan zakat fitrah bagi mereka yang memenuhi syarat.

Sebelum kita pergi kepada kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia, jom kita ulangkaji serba sedikit tentang zakat fitrah.

Definisi zakat fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud menyucikan dan membersihkan diri, manakala dari segi istilah bermaksud mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu kepada golongan asnaf yang memerlukan mengikut ketetapan syariat Islam.

Zakat fitrah pula adalah zakat individu yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum zakat fitrah

Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas umat Islam (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Syarat #1 Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya berbanding keperluan tanggungannya (berkemampuan) pada malam dan pagi Aidilfitri
  • Syarat #2 Hidup/lahir sebelum matahari jatuh dan kekal hidup selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan (malam 1 Syawal)
  • Syarat #3 Kekal/memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Syarat #4 Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan (sempat bertemu akhir Ramadhan dan pertama Syawal)

Zakat fitrah dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya (suami keluarkan zakat fitrah untuk dirinya, isteri, anak-anak, ibubapa dan sesiapa sahaja di bawah tanggungannya)

Rukun-rukun zakat fitrah

  • Rukun #1 Niat ikhlas semata-mata kerana Allah
  • Rukun #2 Pemberi zakat
  • Rukun #3 Penerima/wakil penerima zakat (amil)
  • Rukun #4 Barang/item yang dizakatkan (duit, makanan asasi)
  • Rukun #5 Kadar zakat yang dikeluarkan

Kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia

Oleh kerana tanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, maka kadar zakat fitrah adalah ditentukan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing,

Seperti mana yang ditetapkan, kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg makanan ruji (di Malaysia, beras) atau senilai dengannya.

Majlis Agama Negeri kebiasaannya menentukan kadar zakat fitrah berdasarkan nilai dan gred beras yang banyak digunakan masyarakat negeri tersebut.

Sebagai contoh, jika kebanyakan rakyat negeri A makan beras gred tinggi manakala rakyat negeri B makan gred sederhana, maka kadar zakat fitrah negeri A akan lebih tinggi berbanding negeri B.

Atas sebab inilah kadar zakat fitrah 2020 bagi negeri-negeri di Malaysia, ada yang sama, ada yang berbeza, kerana mengikut nilai dan gred beras yang digunakan kebanyakan rakyat di setiap negeri.

Walaubagaimanapun, ada negeri yang mengeluarkan kadar zakat fitrah yang pelbagai sama ada mengikut jenis beras yang berbeza-beza atau kemampuan rakyatnya.

Maklumlah, bukan semua orang makan jenis beras yang sama.

Ada yang berkemampuan, makan beras yang lebih bernilai tinggi.

Ada pula yang makan beras jenis biasa sahaja.

Jadi, bagi negeri yang mempunyai pelbagai kadar, terpulang kepada pembayar untuk mengeluarkan zakat fitrah mengikut kemampuan masing-masing serta jenis beras yang sentiasa dimakan.

Jom kita lihat kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia.

Oh ya, saya letakkan juga kadar tahun 2019 untuk perbandingan.

Kadar zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri di Malaysia

kadar zakat fitrah 2020 1441 malaysia

Perlis

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Kedah

  • 2019: RM 7 / RM 14 / RM 21
  • 2020: RM 5 (kurang berkemampuan, tanggungan ramai) / RM 7 (beras tempatan kadar hancur 5%) / RM 14 (beras import) / RM 21 (beras basmathi)

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Pulau Pinang

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7 / RM 16 (bagi yang lebih berkemampuan)

Zakat Pulau Pinang

Perak

  • 2019: RM 7 / RM 14 / RM 21
  • 2020: RM 7 / RM 14 / RM 21

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAMP)

Selangor

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7 (beras tempatan biasa) / RM 14 (beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi) / RM 21 (beras basmathi/beras jepun/beras merah)

Lembaga Zakat Selangor

Wilayah Persekutuan

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 5 (kurang berkemampuan) / RM 7

Pusat Pungatan Zakat MAIWP

Negeri Sembilan

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan

Melaka

  • 2019: RM 7 / RM 14
  • 2020: RM 7 / RM 14

Pusat Zakat Melaka MAIM

Johor

  • 2019: RM 7 / RM 10
  • 2020: RM 7 (beras super tempatan biasa) / RM 10 (beras-beras lain)

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)

Pahang

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7

Pusat Kutipan Zakat MUIP

Terengganu

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7

Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu

Kelantan

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7 / RM 14 / RM 21 – mengikut harga beras yang biasa dimakan

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Sabah

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 6 (kurang berkemampuan) / RM 7.50

Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

Sarawak

  • 2019: RM 7
  • 2020: RM 7

Tabung Baitulmal Sarawak

Cara bayar zakat fitrah

Adalah digalakkan supaya bayaran zakat fitrah disalurkan kepada Majlis Agama Negeri melalui Pusat Pungutan Zakat atau amil-amil yang dilantik.

Boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Pusat Pungutan Zakat atau berjumpa amil-amil yang dilantik sama ada di masjid-masjid, bazar-bazar Ramadan atau di mana-mana sahaja mereka berada.

Malah, sempena PKP sekarang dan untuk mengurangkan wabak COVID-19, adalah digalakkan untuk buat bayaran zakat fitrah online sahaja.

Dengan membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, bayaran zakat tadi dapat disampaikan dengan lebih sistematik dan menyeluruh kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Tetapi, jika berniat untuk memberi terus kepada asnaf-asnaf, juga dibolehkan.

Namun, perlulah dipastikan orang yang diberi tersebut betul-betul merupakan golongan asnaf.

Jika orang yang menerima tersebut bukannya asnaf, dibimbangi amalan mengeluarkan zakat tadi tidak sah dan hanya menjadi sedekah/hadiah.

Sebab itulah lebih mudah membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, kerana mereka mempunyai cara dan prosedur yang baik untuk mengenalpasti asnaf-asnaf yang betul-betul sah dan layak.

Waktu-waktu untuk membayar zakat fitrah

  • Waktu wajib – Bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan sehingga terbit matahari pada hari pertama Syawal
  • Waktu paling afdhal – Sebelum solat sunat Aidilfitri
  • Waktu sunat – Sepanjang hari pada bulan Ramadhan
  • Waktu makruh – Selepas solat sunat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal
  • Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal

Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya dinasihatkan supaya menunaikan ibadat zakat fitrah seawal yang mungkin, iaitu sepanjang hari dalam bulan Ramadan.

Jika semua orang menunggu sehingga waktu wajib dan waktu paling afdhal untuk menunaikan zakat, dibimbangi berebut-rebut dan tidak sempat lalu menyebabkan ibadat zakat tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Oh ya, sebelum terlupa.

Selain daripada menunaikan kewajipan zakat fitrah, digalakkan juga untuk menyempurnakan kewajipan zakat harta dalam bulan Ramadan ini.

Maklumlah, zakat harta perlu dikeluarkan setiap tahun Hijrah, jadi mudahlah jika dikeluarkan dalam bulan Ramadan supaya senang untuk diingati.

Jadi, tunggu apa lagi, jom bayar zakat!

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.