Artikel Terkini

Pembiayaan ASB Masih Untung Ke?

pembiayaan asb masih untungMungkin ramai juga yang tertanya-tanya, pembiayaan ASB masih untung ke?

Sebelum ini saya banyak tulis tentang pembiayaan ASB.

Malah, bukan saya sahaja, ramai juga yang menulis dan bercerita tentang pembiayaan ASB yang lebih memberikan keuntungan berbanding simpan secara biasa.

Tetapi, kalau perasan, kebanyakan yang disampaikan sebelum ini menggunakan kadar dividen ASB lebih 7% setahun.

Memang untung, sebab kadar dividen ASB tinggi.

Malangnya, dengan keadaan ekonomi, politik dan situasi semasa yang mencabar, kadar dividen ASB agak menurun sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Untuk tahun 2019, kadar dividen dan bonus ASB 5.5% sahaja.

Untuk tahun 2020, belum tentu lagi.

Dengan penangan COVID-19, tak pasti sama ada kadar dividen bonus ASB 2020 akan lebih baik atau menurun berbanding 2019.

Maka menjadi persoalan, masih berbaloi ke nak buat pembiayaan ASB sekarang?

Mari kita buat beberapa kira-kira untuk jawab persoalan ini.

Bank mana yang tawarkan pembiayaan ASB sekarang?

Kalau dulu, hanya beberapa buah bank sahaja yang ada tawarkan pembiayaan ASB, tetapi sekarang semakin bertambah.

Antara bank yang ada sediakan kemudahan ini adalah Maybank, CIMB, RHB, BSN, Hong Leong, Affin, Alliance, Ambank, Bank Muamalat dan Bank Islam.

Setiap bank mungkin berbeza dari segi kadar keuntungan pembiayaan yang dikenakan, had tempoh dan umur serta syarat-syarat lain seperti tempoh lock-in, kaedah bayaran dan keperluan ambil takaful atau tidak.

Sebagai contoh, dari segi tempoh bayaran, semasa artikel ini ditulis, Maybank, RHB dan BSN hadkan tempoh pembiayaan hingga 30 tahun sahaja.

CIMB pula boleh sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun (yang mana terdahulu)

Begitu juga Hong Leong Bank, turut benarkan sehingga 35 tahun.

Dalam erti kata lain, setiap bank punyai tawaran yang berbeza untuk produk pembiayaan ASB mereka.

Bagi yang berminat nak buat pembiayaan ASB, dinasihatkan untuk menilai tawaran-tawaran yang diberikan setiap bank supaya dapat pilih yang paling sesuai dengan kemampuan kewangan dan objektif masing-masing.

Ada juga bank yang tawarkan pinjaman ASB (tidak patuh syariah), jadi hati-hati jika nak mohon.

Bagi umat Islam, wajib ambil pembiayaan ASB yang patuh syariah.

Berapa bayaran bulanan pembiayaan ASB?

Agak susah sebenarnya nak dapatkan jadual pembayaran ASB yang terkini bagi setiap bank.

Cara yang mudah, pergi ke setiap bank atau jumpa ejen-ejen untuk dapatkan jadual bayaran bulanan tersebut.

Untuk tujuan artikel ini, saya ada dapatkan anggaran bayaran bulanan pembiayaan ASB terkini melalui carian di internet.

Untuk pembiayaan ASB daripada Maybank, ini yang saya dapat daripada laman web mereka:

jadual bayaran pembiayaan asb maybank

Daripada jadual di atas, bayaran bulanan untuk jumlah pembiayaan RM 200,000 bagi tempoh 30 tahun adalah RM 927

Ini pula yang saya dapat daripada laman web LoanStreet:

jadual bayaran pembiayaan asb masih untung

Dapat dilihat tawaran daripada BSN adalah yang paling rendah, iaitu RM 893 bagi pembiayaan RM 200,000 tempoh 30 tahun.

Ini pula yang saya dapat daripada laman web Hong Leong Bank:

jadual bayaran pembiayaan asb hing leong

Untuk jumlah pembiayaan RM 200,000 selama tempoh 35 tahun dan kadar keuntungan efektif 3.60%, bayaran bulanan adalah RM 838

(Perhatian: Ini adalah hasil carian di internet sahaja, Untuk jumlah dan jadual bayaran pembiayaan ASB sebenar, sila dapatkan info daripada bank)

Senang cerita, semakin rendah kadar keuntungan bank, semakin rendah bayaran bulanan.

Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin rendah juga bayaran bulanan.

Pembiayaan ASB masih untung ke?

Jom kita buat kira-kira dengan bandingkan simpan secara biasa dan bayaran pembiayaan ASB.

Contoh: J buat pembiayaan ASB RM 200,000 dengan bayaran bulanan RM 850 selama tempoh 35 tahun. Setiap bulan, J bayar pembiayaan tersebut dengan duitnya dan mengekalkan dividen bonus ASB  yang diperoleh, tidak dikeluarkan. Dengan anggaran dividen bonus ASB adalah 5.5% setiap tahun, adakah pembiayaan ASB masih untung untuk J?

Jom kita kira berapa hasil akhir pembiayaan ASB RM 200,000 dengan bayaran RM 850 setiap bulan selama 35 tahun:

pembiayaan asb masih untung

Berdasarkan kepada calculator yang ditunjukkan di atas, jika J kekalkan bayaran selama 35 tahun, pada akhir tempoh tersebut, J akan mendapat RM 1.3 juta

Jom kita lihat pula jika J buat simpanan sendiri RM 850 sebulan ke dalam ASB selama 35 tahun:

pembiayaan asb rolling dividen

Berdasarkan kepada kiraan di atas, jika J tidak buat pembiayaan ASB, sebaliknya simpan sendiri di dalam ASB RM 850 sebulan, selepas tempoh 35 tahun beliau akan dapat RM 1.05 juta

Jadi, pembiayaan ASB ‘menang’ dengan beza RM RM 250,000

Bagaimana pula kalau J buat bayaran tahun pertama sahaja, kemudian bayaran tahun-tahun seterusnya menggunakan dividen bonus ASB yang diperoleh (rolling hasil dividen bonus)?

Jom kita buat kira-kira.

  • Bayaran bulanan selama 1 tahun: RM 850 x 12 bulan = RM 10,200
  • Dividen bonus ASB tahunan 5.5% x RM 200,000 = RM 11,000

Oleh kerana jumlah dividen bonus tahunan lebih tinggi daripada jumlah bayaran bulanan selama setahun, maka J tidak perlu keluarkan bayaran tambahan untuk menampung bayaran bulanan tersebut.

Dengan anggapan J keluarkan dividen bonus RM 11,000 setiap tahun daripada ASB beliau, maka pada akhir tempoh 35 tahun, J akan dapat RM 200,000 daripada pembiayaan ASB beliau.

Jika J tidak buat pembiayaan ASB tetapi menyimpan sahaja RM 850 sebulan selama 1 tahun ke dalam ASB, kemudian biarkan tanpa tambahan simpanan dan dividen ASB tidak dikeluarkan, maka selepas 35 tahun beliau akan dapat RM 66,441

Dalam erti kata lain, dengan modal RM 10,200, J akan dapat RM 200,000 selepas 35 tahun dengan pembiayaan ASB dan dapat RM 66,441 jika duit tersebut di simpan sendiri kemudian dibiarkan sahaja di dalam ASB.

Jadi, pembiayaan ASB ‘menang’ lagi.

Kesimpulannya, berdasarkan kedua-dua situasi di atas, pembiayaan ASB masih untung berbanding buat simpanan sendiri ke dalam ASB.

Tapi, bagaimana kalau J buat pembiayaan seperti di atas, tetapi surrender awal contohnya seperti selepas 5 tahun atau 6 tahun?

Jawapannya, ya pembiayaan ASB masih untung jika buat bayaran sendiri setiap bulan.

Jika buat bayaran dengan rolling hasil dividen bonus, masih untung jika dividen bonus melebihi jumlah bayaran tahunan.

Jika hasil dividen bonus kurang, kena buat kiraan semula.

Saya tak nak tunjukkan kira-kiranya, anda boleh cuba-cuba buat kiraan sendiri berdasarkan kiraan di atas dan juga bantuan financial calculator.

Cumanya, perlu tahu berapa jumlah terkumpul dalam ASB dan juga baki pembiayaan ASB semasa surrender tersebut.

Boleh juga belajar daripada artikel saya yang terdahulu: Masih Relevankah Teknik Financing ASB?

Bagaimana pula bagi yang dah ambil pembiayaan ASB dan masih bayar lagi bayaran bulanan? Pembiayaan ASB masih untung ke untuk mereka?

Untuk yang ini, saya sukar nak jawab secara umum.

Kena lihat case by case.

Sebab kena tahu berapa jumlah pembiayaan yang diambil, berapa jumlah bayaran bulanan, berapa tempoh pembiayaan, adakah bayar sendiri atau guna hasil dividen, berapa baki pembiayaan terkini dan beberapa perkara lain lagi.

Jadi, amat sukar nak jawab secara umum.

Walaubagaimanapun, menjadi tanggungjawab masing-masing untuk membuat kiraan sendiri sama ada pembiayaan diambil menguntungkan atau tidak.

Nasihat untuk mereka yang baru nak buat pembiayaan ASB

Nasihat #1 – Belajar cara pengiraan

Pembiayaan ASB adalah salah satu alat kewangan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan individu.

Sebagai seorang yang celik kewangan, perlu ada ilmu yang mencukupi sebelum menggunakan apa-apa alatan kewangan.

Jadi, untuk pembiayaan ASB, kenalah belajar dan fahamkan tentang cara pengiraan berkaitannya, seperti cara kira kadar keuntungan, bayaran bulanan dan nilai surrender.

Di samping itu, belajar juga cara kira dividen bonus ASB, pulangan pelaburan dan yang berkaitan.

Sebagai rujukan, boleh belajar daripada Combo ASB Genius.

set combo asb genius

Nasihat #2 – Ambil ikut kemampuan

Dinasihatkan supaya buat penilaian kewangan sendiri terlebih dahulu sebelum ambil pembiayaan ASB.

Pastikan anda mampu bayar sendiri bayaran bulanan pembiayaan tersebut setiap bulan.

Ini adalah cara yang lebih baik berbanding menggunakan hasil dividen bonus untuk menampung bayaran bulanan.

Perlu diingat, kadar keuntungan dikenakan bank boleh sentiasa berubah-ubah, maka bayaran bulanan juga akan berubah.

Kadar dividen bonus ASB juga sentiasa berubah, maka hasilnya juga tidak tetap.

Jadi, lebih selamat dan kurang berisiko jika menggunakan kaedah bayar sendiri berbanding rolling hasil dividen bonus.

Nasihat #3 – Buat perbandingan tawaran bank

Sebelum buat pembiayaan ASB, dapatkan info tawaran daripada bank-bank yang berbeza.

Nilaikan tawaran mereka dari segi kadar keuntungan, bayaran bulanan dan syarat-syarat lain.

Usah mudah cair dengan pujuk rayu ejen atau pegawai bank.

Pastikan kita buat penilaian yang adil, analisa yang mendalam dan keputusan yang bijak.

Nasihat #4 – Catat perjalanan pembiayaan ASB

Setiap bulan, setiap tahun, catatkan perjalanan pembiayaan ASB anda.

Simpan juga dokumen-dokumen yang berkaitan.

Ini akan memudahkan anda untuk membuat penilaian semula kelak.

Contohnya, pada asalnya anda buat pembiayaan ASB untuk 30 tahun, tetapi selepas 10 tahun nak berhenti kerana nak fokus kepada pelaburan lain.

Maka, pada waktu ini, semua catatan dan dokumen tadi amatlah berharga untuk anda membuat penilaian sama ada pembiayaan ASB yang dibuat selama ini berbaloi atau tidak.

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga bermanfaat.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

9 Cara Kawal Belanja Apabila Pendapatan Terjejas

cara kawal belanjaApabila pendapatan yang diterima setiap bulan terjejas, amat penting untuk tahu cara kawal belanja agar dapat gunakan wang yang ada dengan lebih baik demi meneruskan kehidupan harian.

Contohnya, macam sekarang.

Akibat penangan COVID-19, ramai yang terjejas pendapatan mereka.

Ada yang dikurangkan gaji, diminta cuti tanpa gaji malah diberhentikan kerja.

Yang buat bisnes pula, ada yang keuntungan semakin berkurangan, pada masa sama kos operasi semakin tinggi sehingga menyebabkan ada bisnes yang terpaksa ditutup.

Jadi, amat penting untuk strukturkan kembali penggunaan pendapatan sekarang agar duit yang ada diuruskan untuk perkara yang lebih penting.

Malah, waktu gawat ini pun belum tahu bila akan berkahir.

Pendapatan juga belum diketahui bila akan kembali seperti dulu.

Jadi, lebih baik buat persediaan awal.

Jom saya kongsikan beberapa cara kawal belanja yang boleh dilakukan apabila pendapatan terjejas.

Cara kawal belanja #1 – Ubahsuai bajet peribadi

Bagi yang belum pernah ada bajet peribadi, kena mula buat bajet sekarang.

Bagi yang dah ada bajet, boleh ubahsuai serba sedikit untuk disesuaikan dengan keadaan sekarang.

Kenalpasti semula ke mana pendapatan yang diperoleh digunakan setiap bulan, minggu dan hari.

Kalau boleh, senaraikan semuanya.

Daripada senarai tersebut, kategorikan penggunaan duit tersebut mengikut kategori, contohnya simpanan, perbelanjaan, pelaburan, perlindungan dan penyucian.

Untuk setiap kategori, kenalpasti mana-mana kegunaan yang boleh dikurangkan pada bulan-bulan seterusnya.

Contohnya, kalau sebelum ini banyak keluar belanja untuk makan, mungkin boleh kurangkan peruntukan makan.

Kalau banyak keluar peruntukan untuk perlindungan takaful, mungkin boleh bincang balik dengan ejen untuk ubah kepada pelan yang lebih murah dengan jumlah perlindungan hampir setara.

Kalau boleh, cuba supaya dapat kurangkan banyak peruntukan untuk perbelanjaan berbanding kategori-kategori lain.

Kemudian, strukturkan balik bajet mengikut formula urus duit gaji yang sesuai dengan pendapatan sekarang.

Dan paling penting, disiplinkan diri untuk ikut bajet yang telah ditetapkan.

Cara kawal belanja #2 – Strukturkan kembali pinjaman dan pembiayaan

Apabila pendapatan terjejas, ramai yang terkesan nak lunaskan komitmen bayaran pinjaman atau pembiayaan yang diambil.

Contohnya seperti pembiayaan rumah, kereta, peribadi dan loan ASB.

Mujurlah ada tempoh moratorium sehingga 30 September 2020, sekurang-kurangnya ringan sedikit beban yang dipikul.

Tetapi, apa akan jadi apabila moratorium tamat nanti?

Nasib baik kerajaan ada menyediakan moratorium bersasar untuk mereka yang memerlukan.

Kalau anda rasa masih terbeban untuk membayar komitmen sedia ada, inilah masanya untuk strukturkan kembali.

Boleh berjumpa dengan pihak peminjam untuk berbincang.

Pihak peminjam mungkin boleh menawarkan bayaran faedah sahaja, memanjangkan tempoh pinjaman/pembiayaan atau pun pelepasan-pelepasan lain.

Yang penting, anda berjumpa dan berbincang dengan pihak peminjam, bukan larikan diri.

Cara kawal belanja #3 – Hentikan langganan pakej mahal

Berdasarkan point #1 di atas, cuba lihat kembali snearai perbelanjaan yang dilakukan.

Ada tak bayaran komitmen untuk langganan seperti internet, saluran televisyen atau portal online?

Kalau ada, mungkin boleh dipertimbangkan kembali untuk sama ada hentikan terus langganan atau bertukar kepada pakej yang lebih murah.

Sebagai contoh, langganan saluran televisyen.

Kalau sebelum ini melanggan pakej berbayar, walhal kurang masa pun untuk tonton televisyen, mungkin boleh dihentikan terus dan bertukar kepada pakej percuma.

Begitu juga pakej internet rumah atau data telefon.

Mungkin boleh ditukar kepada pakej yang lebih murah tetapi padan dengan penggunaan.

Dengan cara sebegini, dapat kurangkan belanja untuk bayar komitmen bulanan.

Cara kawal belanja #4 – Kurangkan penggunaan elektrik

Baru-baru ini heboh apabila ramai rakyat marah sebab dikenakan bil elektrik yang tinggi.

Ya, sudahlah sumber pendapatan terjejas, dipaksa pula duduk di rumah menyebabkan penggunaan elektrik tinggi.

Tiba-tiba, dikenakan bil yang agak tak masuk akal.

Siapa yang tidak marah, bukan?

Mujurlah akhirnya pihak kerajaan dan penyedia bekalan elektrik sediakan juga diskaun dan potongan untuk kurangkan beban bil.

Daripada kejadian ini, kita boleh ambil sedikit iktibar.

Selepas ini bolehlah menggunakan elektrik dengan lebih bijak dan jimat.

Antara cara jimat elektrik yang boleh dilakukan adalah:

  • Hadkan masa penggunaan pendingin hawa, televisyen dan komputer
  • Tetapkan suhu pendingin hawa pada tetapan yang lebih sesuai (sekitar 23-25 C pun sudah memadai)
  • Optimumkan penggunaan mesin basuh, kurangkan basuh jumlah kecil banyak kali
  • Tutup lampu dan kipas di ruang yang tidak digunakan atau tiada penghuni

Untuk lebih banyak idea cara jimat elektrik, boleh rujuk artikel sebelum ini di sini:

Cara kawal belanja #5 – Banyakkan masak dan makan di rumah

Tanpa dapat dinafikan, perbelanjaan untuk membeli makanan dan makan di luar adalah lebih mahal berbanding memasak sendiri dan makan di rumah.

Jika sebelum ini anda adalah seorang yang gemar makan di luar, sekarang adalah masa terbaik untuk mengubah tabiat tersebut.

Bagi yang belum pandai memasak, boleh mula belajar memasak.

Bagi yang dah pandai memasak, boleh asah kemahiran dan bakat memasak dengan lebih baik.

Ada banyak buku-buku masakan yang boleh dijadikan panduan.

Malah di internet pun banyak blog dan video yang mengajar cara memasak, percuma sahaja.

Memasak bukan sahaja untuk dimakan di rumah, malah boleh dibawa bekal ke tempat kerja atau untuk anak-anak bawa ke sekolah.

Lebih mengujakan lagi, boleh buat bisnes kecil-kecilan pula untuk tambah pendapatan.

Tetapi, kalau nak jual makanan itu, pastikan jaga kebersihan dan keselamatan makanan tersebut.

cara kawal belanja

Cara kawal belanja #6 – Kongsi sewa atau pindah tempat sewa murah

Bagi yang tinggal menyewa seorang diri sebuah rumah, selepas ini boleh cari teman serumah untuk berkongsi sewa.

Bagi yang tinggal menyewa bersama-sama keluarga, boleh difikirkan untuk berpindah ke tempat lain yang sewaannya lebih murah.

Langkah ini tidaklah sesuai untuk semua orang.

Bukan senang nak cari teman serumah yang baik.

Nak berkongsi privasi yang selama ini dinikmati.

Bukan mudah juga nak mencari tempat sewa yang memenuhi citarasa dengan bayaran murah.

Saya cadangkan ini hanya untuk yang betul-betul terkesan sumber pendapatan dan terdesak untuk kurangkan komitmen.

Cara kawal belanja #7 – Lepaskan komitmen tidak perlu

Anda ada lebih daripada sebuah kereta?

Mungkin boleh jual dan tinggalkan sebuah sahaja yang dirasakan betul-betul perlu.

Ini bukan sahaja boleh kurangkan bayaran bulanan kereta tersebut, malah kurangkan komitmen untuk bayaran minyak, tol, parking, servis dan road tax.

Anda ada lebih daripada sebuah rumah?

Kalau rumah yang tidak diduduki tersebut lebih mendatangkan kerugian berbanding keuntungan, lebih baik dilepaskan sahaja.

Anda ada bisnes atau cawangan yang kurang produktif tetapi kos tinggi?

Boleh tutup sahaja dan fokus kepada bisnes atau cawangan yang lebih produktif supaya lebih banyak hasil.

Cara kawal belanja #8 – Normal baru apabila membeli-belah

Bagi yang suka berbelanja dan sukar nak buang tabiat tersebut, masih tidak salah untuk teruskan selagi mampu.

Namun, apabila pendapatan terjejas, bukanlah masa yang sesuai untuk mengekalkan tabiat tersebut.

Jika teringin sangat nak membeli-belah, mungkin boleh kurangkan dari segi kekerapannya.

Kalau sebelum ini setiap minggu, sekarang boleh kurangkan kepada dua atau satu kali sebulan sahaja.

Hadkan jumlah perbelanjaan yang akan dilakukan apabila pergi membeli-belah dan jangan sekali-kali melepasi had tersebut.

Apabila membeli barang seperti pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya, utamakan kualiti berbanding jenama.

Kualiti tidak semestinya pada jenama, barang murah tidak semestinya tidak berkualiti.

Amalan sebegini bukan sahaja ketika membeli barang, malah apabila membeli makanan juga.

Kopi di kedai mewah yang berharga mahal mungkin sama sahaja dengan kopi di kedai biasa dengan harga lebih murah.

Nak lebih banyak tips jimat belanja apabila keluar membeli-belah, boleh baca di sini: Cara Jimat Belanja

Cara kawal belanja #9 – Guna semula barang-barang terpakai

Cuba pergi buka balik stor atau lihat ke dalam almari yang menyimpan pakaian-pakaian lama.

Cuba cari, ada tak barang-barang atau pakaian yang masih berkeadaan baik dan boleh digunakan.

Jika ada, gunakan sahaja.

Kalau ada yang rosak, cuba pula untuk baik pulih.

Jimat belanja tak perlu beli yang baru.

Tak perlu malu untuk guna semula barang-barang terpakai.

Guna dahulu selagi boleh guna.

Nanti apabila pendapatan dah bertambah baik, bolehlah difikirkan untuk beli yang baru pula.

Penutup

Itulah sahaja cadangan yang doleh diberikan untuk membantu golongan yang terjejas pendapatannya untuk kurangkan belanja.

Apabila belanja dapat dikurangkan, kuranglah sikit beban yang ditanggung.

Semoga pendapatan yang masih ada mampu untuk menampung kehidupan harian.

Ingatlah, langit tidak selalunya cerah.

Akan ada hari yang kelam, hujan dan ribut.

Namun akhirnya, hari akan kembali cerah semula, insyaAllah.

Begitulah juga kehidupan kita.

Jika ada di kalangan anda yang sekarang sedang menempuh tempoh sukar dari segi kewangan, semoga anda tabah dan diringankan beban suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

5 Platform Buat Duit USD Online Untuk Jana Pendapatan

buat duit usd online

Untung sebenarnya kalau tahu cara buat duit USD online.

Ya lah, sebab sekarang USD 1 bersamaan lebih kurang RM 4.

Jadi, kalau berjaya buat duit dalam USD, boleh jana pendapatan 4 kali ganda dalam RM.

Contoh, kalau berjaya jana USD 100 setiap bulan, maka dah dapat pendapatan lebih kurang RM 400.

Best, kan?

Lebih-lebih lagi kalau buat sebagai pendapatan sampingan.

Lagipun, apabila nak jana pendapatan dalam USD ini, pasarannya lebih luas.

Boleh meliputi pasaran seluruh dunia.

Tapi, walaupun pasarannya luas, persaingan juga tinggi.

Sebab semua orang di seluruh dunia boleh lakukan perkara yang sama.

Walaubagaimanapun, bukan semua cara buat duit USD online perlukan kita target seluruh dunia.

Boleh sahaja target pasaran di Malaysia, tapi pada masa yang sama jana pendapatan dalam USD.

Baiklah, tanpa perlu buang masa, jom saya tunjukkan 5 platform terbaik untuk mula buat duit USD online.

Platform #1 – Buat duit USD online dengan Adsense

Google Adsense, atau lebih mudah dikenali sebagai Adsense, adalah platform jana pendapatan yang dimiliki oleh Google Inc.

Ya, syarikat yang merupakan pemilik laman carian paling popular, Google.

Melalui Adsense, anda boleh buka akaun, dapatkan kod iklan, paparkan iklan-iklan daripada Google dan jana pendapatan daripadanya.

Anda akan diberi pendapatan melalui 2 cara utama.

Cara pertama adalah melalui jumlah paparan iklan yang dipaparkan; semakin banyak dan lama tempoh iklan dipaparkan, semakin banyak pendapatan akan diperoleh.

Cara kedua, jika ada orang yang klik pada iklan yang dipaparkan; semakin banyak yang klik, semakin tinggi pendapatan yang dijana.

Bagaimana nak buat duit dengan Adsense?

Biasanya, orang buat melalui blog, laman web, video Youtube dan juga aplikasi telefon.

Macam saya sendiri, buat duit dengan Adsense menggunakan laman web JomUrusDuit.com ini.

Kalau anda kenal Youtuber-Youtuber di Malaysia seperti Syahmi Sazli dan Allief Irfan, mereka gunakan Youtube dan banyak jana pendapatan melalui Adsense.

Malah kalau anda perasan banyak aplikasi telefon percuma yang anda gunakan, ada dipaparkan iklan-iklan daripada Google.

Dengan Adsense, anda boleh target kepada seluruh dunia atau Malaysia sahaja.

Kalau target seluruh dunia, memanglah pendapatannya lebih lumayan, tetapi persaingan lebih tinggi.

Kalau target Malaysia sahaja, persaingan lebih rendah dan pendapatan yng bakal diperoleh boleh jadi lumayan juga.

Untuk yang berminat nak buat duit USD dengan Adsense, saya cadangkan 2 panduan ini:

Panduan buat duit USD online dengan Adsense #1 – Panduan Raja Adsense Revive

buat duit usd online adsenseBagi yang nak jana pendapatan dengan Adsense menggunakan blog atau laman web, ini adalah panduan yang disarankan.

Saya sendiri belajar daripada panduan ini semasa mula-mula buat blog ini dahulu.

Secara peribadi, saya memang syorkan panduan ini sebab lengkap dan mudah difahami kerana ditulis dalam Bahasa Malaysia.

Memang susah nak jumpa panduan buat duit dengan Adsense dalam Bahasa Malaysia.

Panduan ini dalam bentuk ebook format pdf dan mula diterbitkan pada tahun 2006.

Kemudian, kontennya dikemaskini pada tahun 2016 dan masih lagi relevan sehingga hari ini.

Ini adalah senarai konten panduan ini:

  • Pengenalan Google Adsense
  • Pemilihan niche dan topik
  • Pembangunan blog dan penulisan artikel
  • Search engine optimization
  • Teknik pemasaran pantas
  • Cara daftar akaun Google Adsense
  • Cara tambah pendapatan daripada blog
  • Akaun Adsense hosted
  • Isu-isu dan tip-tip penting

Harganya boleh dikatakan berbaloi, RM 80 sahaja!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang panduan ini, boleh klik di sini: Panduan Raja Adsense Revive

Untuk tahun 2020, panduan ini ditambah dengan Modul Adsense Youtube (dengan tambahan harga).

buat duit online dengan adsense youtube

Modul ini merupakan panduan dalam bentuk video yang menunjukkan cara-cara jana pendapatan dengan Adsense melalui Youtube.

Bagi yang belum tahu, kelebihan buat duit dengan Adsense melalui Youtube adalah akaun lebih senang di’approved’ berbanding menggunakan blog atau laman web.

Modul Adsense Youtube ini boleh didapati secara berasingan pada harga RM 40.

Tetapi, kalau berminat nak dapatkan Panduan Raja Adsense Revive + Modul Adsense Youtube sekaligus, boleh dapat dengan harga RM 100 sahaja (jimat RM 20!)

Jadi, boleh belajar cara buat duit dengan Adsense menggunakan blog dan juga Youtube daripada satu panduan sahaja.

Untuk dapatkan panduan hebat ini, boleh klik di sini: Panduan Raja Adsense Revive + Modul Adsense Youtube

Panduan buat duit USD online dengan Adsense #2 – Jom Jadi Youtuber

buat duit online dengan youtubeBagi yang tak mahu buat blog atau laman web, tapi nak fokus buat video di Youtube sahaja, boleh dapatkan panduan ini.

Panduan terkini tahun 2020 ini memang fokus berkenaan hal-hal jana pendapatan melalui Youtube, terutamanya melalui Adsense.

Anda boleh teliti sendiri antara isi kandungan panduan ini di bawah ini:

buat duit online dengan youtube

Lengkap dan berbaloi untuk dimiliki.

Harga panduan ini pada mulanya RM 50 sahaja semasa tempoh promosi, tetapi kemudian dikembalikan ke harga asal iaitu RM 100

Mungkin selepas ini harganya boleh meningkat lagi jika dikemaskini dengan konten-konten baru.

Kalau berminat, boleh terus klik di sini: Jom Jadi Youtuber

Platform #2 – Buat duit USD online dengan eBay

eBay adalah laman web jualan yang popular di peringkat antarabangsa.

Malah, Malaysia juga ada laman web eBay di ebay.com.my, tetapi tidak popular seperti Shopee, Lazada dan Lelong.

Kalau di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, eBay memang popular.

Melalui eBay, anda boleh jual barang bukan sahaja kepada pasaran di Amerika Syarikat, malah negara-negara lain juga yang ada eBay.

Di Malaysia, sebenarnya ramai seller eBay yang berjaya buat jualan dan jana pendapatan lumayan melalui eBay.

Yang lebih menarik lagi, ramai di kalangan mereka yang jual barang-barang buatan Malaysia yang mudah dan murah sahaja didapati di sini.

Contohnya seperti makanan ringan, serbuk kopi, teh malah ada yang jual daun kering sahaja!

Dan mereka jual kepada pasaran antarabangsa pada harga yang menguntungkan kerana permintaan sangat tinggi.

Kalau kena caranya, memang boleh buat duit USD lumayan melalui eBay.

Tetapi, peringatan ya.

Kalau nak berniaga di eBay, pastikan anda banyak bersabar dan sentiasa patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh eBay.

Jangan cuba nak guna trik atau helah.

Dan juga, perlu sediakan modal sebab hasil jualan di eBay lambat dilepaskan kepada penjual terutamanya eBay seller yang baru.

Jadi, sebagai penjual baru, anda perlu banyak gunakan duit sendiri terlebih dahulu untuk dapatkan barang jualan dan tanggung kos penghantaran sebelum terima hasil jualan.

Dalam erti kata lain, nak berniaga di eBay ini, hati mesti cekal dan lebih penting, tahu caranya.

Panduan buat duit USD online dengan eBay – Panduan eBay Intelligence

ebay intelligence buat duit dengan ebay 2018Panduan ini adalah daripada Tuan Zul, beliau adalah salah seorang eBay seller Malaysia yang berjaya.

Hasil pengalaman beliau, beliau terbitkan Panduan eBay Intelligence yang mana terdapat dalam bentuk ebook pdf, video dan juga bengkel (bergantung kepada pakej).

Panduan ini diterbitkan pada tahun 2017, namun masih relevan sehingga kini kerana penulisnya sentiasa kemaskini kandungannya dari semasa ke semasa.

Saya sendiri pun promosikan panduan ini sejak tahun 2017 dan sehingga kini, masih ramai yang dapatkan panduan ini.

Boleh baca ulasan saya tentang panduan ini di sini: Ulasan Panduan eBay Intelligence

Harga panduan ini masih sama seperti di awal penerbitannya dulu.

Kalau berminat, boleh terus klik di sini: Panduan eBay Intelligence

Platform #3 – Buat duit USD online dengan Clickbank

Clickbank adalah platform yang menyediakan peluang untuk jana pendapatan dengan affiliate.

Di sini, terdapat banyak produk digital yang majoritinya dalam bentuk ebook dan video yang boleh dipromosikan oleh ahli berdaftar.

Malah, produk-produk di sini juga meliputi pelbagai kategori seperti panduan buat duit, urus wang, kemahiran hidup dan kesihatan.

Pendaftaran adalah percuma dan sesiapa sahaja boleh promosikan produk-produk yang terdapat di laman web ini.

Yang penting, kena buat promosi secara beretika dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Selepas mendaftar, ahli boleh mendapatkan link khas untuk mempromosikan produk-produk yang dirasakan sesuai.

Apabila ada pembeli membuat pembelian melalui link tersebut, maka ahli akan mendapat komisen.

Clickbank telah lama wujud dan lama menjadi pilihan oleh mereka yang buat duit dengan affiliate dalam nilai USD.

Antara faktor penting dalam menentukan kejayaan menjana pendapatan melalui Clickbank adalah pemilihan produk yang betul yang mendapat permintaan tinggi dan teknik menarik trafik supaya ramai prospek dapat melihat promosi yang dilakukan.

Panduan buat duit USD online dengan Clickbank – CB Method & CB Method Zero

buat duit usd online clickbank

Untuk yang berminat nak belajar bagaimana nak buat duit di Clickbank, disarankan untuk dapatkan sama ada salah satu atau pun kedua-dua panduan ini.

Kedua-dua panduan ini disediakan oleh orang yang sama iaitu Tuan Abdul Malek yang mana beliau merupakan seorang yang pakar menjana pendapatan di Clickbank.

Kedua-duanya adalah dalam bentuk video, jadi pembeli akan ditunjukkan langkah demi langkah secara jelas.

Secara ringkasnya, panduan CB Method akan menunjukkan bagaimana untuk mendaftar di Clickbank, memilih produk yang mendapat permintaan tinggi, setup laman web promosi yang lengkap serta yang paling penting, bagaimana nak buat promosi untuk tarik prospek pembeli.

Ini adalah antara konten CB Method:

  • Cara daftar akaun
  • Cara withdraw payment
  • Kajian keywords dan produk
  • Setup domain, hosting dan landing page
  • Cara tulis dan struktur artikel
  • Setup Magic Script
  • 3 teknik promosi efektif

Untuk tahu lebih lanjut tentang CB Method, boleh klik di sini: CB Method

Berbeza pula dengan panduan CB Method Zero, asasnya sama iaitu pendaftaran Clickbank, pemilihan produk dan setup promosi, cumanya promosi dijalankan tanpa perlu bina laman web tetapi perlukan lebih modal.

Untuk tahu lebih lanjut tentang CB Method Zero, boleh klik di sini: CB Method Zero

Boleh dikatakan kedua-dua panduan ini adalah berbaloi untuk dimiliki bagi yang nak beleajar buat duit dalam USD dengan affiliate di Clickbank.

Harga CB Method adalah RM 297 manakala CB Method Zero pula hanya RM 70

Untuk tempoh terhad, kedua-dua panduan ini boleh didapati pada harga RM 250 sahaja (jimat RM 117!)

Kalau berminat nak dapatkan pada harga istimewa, boleh dapatkan di sini: CB Method Combo

Platform #4 – Buat duit USD online dengan Shopify

Shopify adalah laman web yang membolehkan pengguna untuk membina laman web ecommerce.

Dengan laman ecommerce yang dibina, pengguna boleh jual produk kepada pasaran antarabangsa.

Boleh juga jual produk secara dropship, jadi tak perlu simpan stok.

Hanya perlu dapatkan order dari pelanggan, kemudian buat tempahan dengan pembekal dan barang akan dihantar terus kepada pelanggan.

Kiranya, jadi macam orang tengah sahaja.

Panduan buat duit USD online dengan Shopify – Rahsia Shopify

Sekarang ada satu panduan yang baru diterbitkan yang tunjukkan cara buat duit dengan Shopify dengan cara dropship.

Panduan tersebut adalah Rahsia Shopify

buat duit usd online shopifyPanduan ini adalah dalam bentuk video langkah demi langkah yang lengkap daripada pemilihan produk,  setup laman ecommerce Shopify, buat promosi untuk tarik pelanggan dan seterusnya urus tempahan.

Cumanya, jika nak buat duit dalam USD dengan Shopify, perlukan kemahiran teknikal untuk setup laman ecommerce.

Modal juga diperlukan untuk menampung kos Shopify yang dilanggan.

Apabila dah dapat jualan dan keuntungan, semua kos ini boleh ditampung oleh hasil jualan yang dibuat.

Jangan risau, kalau belajar melalui panduan Rahsia Shopify, semua perkara ini akan diterangkan selengkapnya.

Kalau berminat nak dapatkan panduan ini, boleh klik di sini: Rahsia Shopify

Platform #5 – Buat duit USD online USD dengan Fiverr

Fiverr adalah laman web yang menyediakan peluang untuk ahlinya menawarkan pelbagai jenis servis dan perkhidmatan.

Servis dan perkhidmatan yang dipaparkan di Fiverr dikenali sebagai gig.

Contohnya seperti pembinaan laman web, pemasaran, penulisan, penghasilan video, terjemahan dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang, gig yang simple dan macam mengarut pun ada ditawarkan di Fiverr.

Namun, masih tetap mendapat permintaan tinggi.

Setiap satu gig yang ditempah pelanggan akan dibayar USD 5 dan boleh dapat lebih keuntungan jika ada tawarkan gig tambahan ke atas gig asal.

Pendaftaran di Fiverr adalah percuma dan ahli bermula tanpa keluarkan sebarang modal.

Yang penting, ada kemahiran untuk tawarkan servis atau gig yang mendapat permintaan ramai.

Panduan buat duit USD online dengan Fiverr – Panduan Fiverr

buat duit usd online dengan fiverrPanduan ini pertama kali diterbitkan pada 2016 dan sentiasa dikemaskini.

Sekarang, edisi ke 5 yang dikemaskini pada tahun 2020 dan selepas ini akan dikeluarkan lagi edisi ke 6.

Boleh dikatakan, panduan ini lengkap dan berbaloi untuk mereka yang baru nak belajar jana pendapatan di Fiverr.

Harganya pun murah sahaja, RM 50 sahaja!

Melalui panduan ini, pembaca akan belajar cara untuk daftar, menjual, menggunakan dan mendapatkan jualan di Fiverr.

Malah turut diberi idea gig berserta tutorial supaya boleh terus tawarkan servis di Fiverr.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut tentang panduan ini, boleh klik di sini: Panduan Fiverr

Penutup

Seperti yang saya katakan di awal artikel ini, jana pendapatan dalam USD kalau kena caranya, memang boleh menjadi sumber kewangan yang lumayan.

Yang penting, ada kesungguhan dan minat, tak mudah berputus asa dan tahu teknik yang betul.

Kalau anda berminat nak buat duit dengan USD, saya sarankan pilih salah satu dahulu daripada platform-platform di atas.

Pilih yang anda rasakan paling sesuai dengan minat, kemahiran dan modal anda.

Dapatkan panduan yang berkaitan, belajar bersungguh-sungguh kemudian cuba buat sampai jadi.

Apabila dan mahir dengan satu platform, boleh cuba dengan platform yang lain pula.

Jangan terburu-buru dan tamak untuk cuba kesemua platform.

Fokus satu-satu terlebih dahulu.

Semoha nanti kejayaan akan digapai.

Sekian.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.