Artikel Terkini

Kisah Harta Wakaf Saidina Uthman ibn Affan

harta wakaf saidina uthman ibn affanUntuk artikel kali ini, sempena mengambil semangat bulan Ramadan pada ketika ini, saya nak berkongsi kisah berkenaan Saidina Uthman ibn Affan, salah seorang sahabat Nabi Muhammad dan juga Khulafa al-Rasyidin.

Bukan nak bercerita berkenaan kisah hidup atau riwayat beliau, sebaliknya saya ingin berkongsi tentang salah satu sifat beliau yang patut dicontohi umat Islam masa kini, iaitu sifat dermawan beliau yang banyak bersedekah dan mewakafkan hartanya.

Tahukah anda, terdapat satu akaun bank yang diwujudkan atas nama Saidina Uthman ibn Affan di sebuah bank di Arab Saudi, yang mana akaun tersebut masih lagi aktif sehingga kini dan jumlah duitnya masih bertambah dari hari ke hari.

Ya, akaun tersebut memang milik Saidina Uthman ibn Affan dan diwujudkan bagi menyimpan hasil daripada sedekah dan wakaf yang beliau lakukan dulu.

Malah, telah dibina sebuah hotel di kawasan strategik di kota Madinah yang mana hotel tersebut adalah atas nama Saidina Uthman ibn Affan; kiranya hotel tersebut adalah milik beliau.

Jom kita baca kisah dan sifat dermawan beliau yang membolehkan hasilnya terus subur sehingga kini.

Diriwayatkan, selepas pihak Muhajirin berhijrah ke Madinah, kota Madinah mengalami musim kemarau yang menyebabkan penduduk Madinah dan pihak Muhajirin mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih.

Salah satu punca bekalan air yang masih ada adalah daripada Telaga Rummah, tetapi telaga tersebut dimiliki oleh orang Yahudi.

Untuk mendapatkan bekalan air daripada telaga tersebut, para Sahabat dikenakan caj bayaran yang tinggi oleh pemilik telaga dan keadaan ini menambahkan lagi masalah yang sedang dihadapi.

Prihatin dengan masalah yang berlaku, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah” (HR Muslim)

Apabila perkara ini diketahui Saidina Uthman, beliau dengan segera bertindak untuk mendapatkan telaga tersebut bagi mendapat ganjaran yang dijanjikan Nabi Muhammad, iaitu syurga Allah.

Maka, Saidina Uthman berjumpa pemilik telaga tersebut dan menyatakan hasrat untuk membelinya dengan membuat tawaran harga yang tinggi, tetapi ditolak oleh pemilik telaga kerana bimbang sumber pendapatannya akan terjejas.

Setelah ditolak, Saidina Uthman kemudiannya menawarkan untuk membeli separuh pemilikan ke atas telaga tersebut.

Beranggapan bahawa dia akan mendapat lebih keuntungan jika berkongsi telaga dengan Saidina Uthman, maka pemilik Yahudi tersebut bersetuju untuk menjual separuh pemilikan telaga kepada Saidina Uthman.

Kedua-duanya bersetuju akan bergilir-gilir ‘memiliki’ telaga tersebut secara berselang hari; hari ini milik Saidina Uthman, esok milik si Yahudi, hari seterusnya milik Saidina Uthman dan berterusan secara bergilir-gilir.

harta wakaf saidina uthman ibn affanMaka, Saidina Uthman mengumumkan kepada semua penduduk bahawa beliau telah mewakafkan telaga tersebut dan semua orang boleh mengambil air secara percuma pada hari-hari miliknya, dan menasihati penduduk agar mengambil bekalan supaya cukup 2 hari sehingga ke hari gilirannya semula.

Akibatnya, pada hari giliran telaga tersebut milik si Yahudi, tiada orang yang datang mengambil air kerana penduduk boleh mendapatkan air tersebut secara percuma pada hari milikan Saidina Uthman.

Ternyata, sangkaan si Yahudi yang beranggapan bahawa dia bijak dan akan mendapat untung lebih adalah silap sama sekali, walhal Saidina Uthman ternyata lebih bijak.

Oleh kerana tidak dapat lagi menjana pendapatan daripada telaga tersebut, maka si Yahudi menjual keseluruhan pemilikan telaga tersebut kepada Saidina Uthman.

Selepas menjadi milik penuh beliau, Saidina Uthman terus mengumumkan bahawa beliau mewakafkan telaga tersebut dan semua penduduk, tanpa mengira bangsa dan agama, boleh mendapatkan bekalan air daripada telaga tersebut secara percuma.

Maka, telaga tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua orang dan sehingga kini, masih mengeluarkan hasilnya dan tidak kering.

Beberapa tahun berlalu, dengan izin Allah, disebabkan limpahan air daripada telaga tersebut, kawasan di sekitarnya menjadi sangat subur.

Di sekitar telaga tersebut, tumbuhlah pokok-pokok kurma yang hidup subur dan menghasilkan buah kurma yang berkualiti tinggi.

Pokok-pokok kurma tersebut terus membiak dengan subur dan dipelihara oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah sehinggalah sekarang.

Hasil jualan dan keuntungan daripada kurma-kurma tersebut sebahagiannya diinfaqkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim, dan sebahagian lagi disimpan dalam akaun bank yang diwujudkan atas nama Saidina Uthman ibn Affan.

Pihak kerajaan Saudi juga menggunakan wang simpanan daripada akaun tersebut untuk membeli tanah berhampiran masjid Nabawi dan membina sebuah hotel di Madinah; tanah dan hotel tersebut adalah atas nama Saidina Uthman dan diwakafkan.

Hasil daripada hotel itu juga diinfaqkan untuk orang miskin dan anak-anak yatim.

Dan sudah semestinya, pahala daripada infaq dan wakaf yang dilakukan ini akan berterusan mengalir kepada Saidina Uthman.

harta wakaf saidina uthman ibn affanItulah dia cerita bagaimana akaun bank dan harta Saidina Uthman masih kekal wujud dan berkembang sehingga kini, semuanya adalah hasil sedekah dan wakaf yang beliau lakukan.

Benarlah, bahawa sedekah dan wakaf adalah ‘pelaburan’ yang paling menguntungkan dan tidak akan rugi, malah akan semakin subur dan bertambah hasilnya; jika tidak di dunia, maka di akhirat nanti akan peroleh hasilnya.

Maka, mengambil iktibar daripada kisah Saidina Uthman ibn Affan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan sedekah dan wakaf.

Jika tidak mampu dengan jumlah yang besar, mulakan dulu dengan apa yang ada dan mampu.

Pada masa sama, sentiasa berusaha untuk menambah baik pengurusan kewangan peribadi agar nanti mampu mengeluarkan sedekah dan wakaf dalam jumlah yang besar pula.

Itulah azam yang patut ditanam dalam diri setiap Muslim; menjadi seorang yang kaya supaya dapat mengeluarkan zakat, sedekah, infaq dan wakaf dalam jumlah yang besar.

Sekian, selamat berpuasa.

Kadar Zakat Fitrah 2017 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

kadar zakat fitrah 2017 malaysiaBerapa kadar zakat fitrah 2017 bagi negeri-negeri di Malaysia?

Bulan Ramadan menjelang tiba, maka seluruh umat Islam mula bersiap-sedia menghadapi bulan yang mulia ini.

Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan.

Bulan yang mana kebanyakan orang berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Selain ibadat puasa, bulan Ramadan juga mengingatkan kita kepada satu lagi ibadat wajib yang mesti dilaksanakan, iaitu mengeluarkan zakat fitrah.

Mengeluarkan zakat, sama ada zakat fitrah dan zakat harta, adalah salah satu daripada rukun Islam, maka wajib bagi seluruh umat Islam untuk melaksanakan ibadat ini dengan sempurna.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, marilah kita bersama-sama mengulangkaji semula berkenaan zakat fitrah dan kadar zakat fitrah 2017.

Definisi zakat fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud menyucikan dan membersihkan diri, manakala dari segi istilah bermaksud mengeluarkan sebahagian harta pada kadar tertentu kepada golongan asnaf yang memerlukan mengikut ketetapan syariat Islam.

Zakat fitrah pula adalah zakat individu yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum zakat fitrah

Hukum zakat fitrah adalah wajib ke atas umat Islam (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Syarat #1 Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya berbanding keperluan tanggungannya (berkemampuan) pada malam dan pagi Aidilfitri
  • Syarat #2 Hidup/lahir sebelum matahari jatuh dan kekal hidup selepas terbenam matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan (malam 1 Syawal)
  • Syarat #3 Kekal/memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
  • Syarat #4 Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan (sempat bertemu akhir Ramadhan dan pertama Syawal)

Zakat fitrah dikeluarkan oleh ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya (suami keluarkan zakat fitrah untuk dirinya, isteri, anak-anak, ibubapa dan sesiapa sahaja di bawah tanggungannya)

Rukun-rukun zakat fitrah

  • Rukun #1 Niat ikhlas semata-mata kerana Allah
  • Rukun #2 Pemberi zakat
  • Rukun #3 Penerima/wakil penerima zakat (amil)
  • Rukun #4 Barang/item yang dizakatkan (duit, makanan asasi)
  • Rukun #5 Kadar zakat yang dikeluarkan

Kadar zakat fitrah 2017

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg makanan ruji (di Malaysia, beras) atau senilai dengannya.

Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, kadar zakat fitrah 2017 bagi negeri-negeri di Malaysia adalah ditentukan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing, kerana tanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Oleh itu, untuk tahu kadar zakat fitrah 2017, boleh rujuk dengan Majlis Agama Negeri di setiap negeri.

Untuk memudahkan pembaca, kadar zakat fitrah 2017 bagi setiap negeri di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya), Terengganu = RM 7.00
  • Melaka = RM 6.70
  • Negeri Sembilan = RM 6.50

kadar zakat fitrah 2017 malaysia

Majlis Agama Negeri kebiasaannya menentukan kadar zakat fitrah berdasarkan nilai dan gred beras yang banyak digunakan masyarakat negeri tersebut.

Sebagai contoh, jika kebanyakan rakyat negeri A makan beras gred tinggi manakala rakyat negeri B makan gred sederhana, maka kadar zakat fitrah negeri A akan lebih tinggi berbanding negeri B.

Atas sebab inilah kadar zakat fitrah 2017 bagi negeri-negeri di Malaysia, ada yang sama, ada yang berbeza, kerana mengikut nilai dan gred beras yang digunakan kebanyakan rakyat di setiap negeri.

Cara bayar zakat fitrah

Sebaik-baiknya, bayaran zakat fitrah disalurkan kepada Majlis Agama Negeri melalui Pusat Pungutan Zakat atau amil-amil yang dilantik.

Boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Pusat Pungutan Zakat atau berjumpa amil-amil yang dilantik sama ada di masjid-masjid, bazar-bazar Ramadan atau di mana-mana sahaja mereka berada.

Dengan membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, bayaran zakat tadi dapat disampaikan dengan lebih sistematik dan menyeluruh kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Tetapi, jika berniat untuk memberi terus kepada asnaf-asnaf, juga dibolehkan.

Namun, perlulah dipastikan orang yang diberi tersebut betul-betul merupakan golongan asnaf.

Jika orang yang menerima tersebut bukannya asnaf, dibimbangi amalan mengeluarkan zakat tadi tidak sah dan hanya menjadi sedekah/hadiah.

Sebab itulah lebih mudah membuat bayaran kepada Majlis Agama Negeri, kerana mereka mempunyai cara dan prosedur yang baik untuk mengenalpasti asnaf-asnaf yang betul-betul sah dan layak.

Waktu-waktu untuk membayar zakat fitrah

  • Waktu wajib – Bermula terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan sehingga terbit matahari pada hari pertama Syawal
  • Waktu paling afdhal – Sebelum solat sunat Aidilfitri
  • Waktu sunat – Sepanjang hari pada bulan Ramadhan
  • Waktu makruh – Selepas solat sunat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal
  • Waktu haram – Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal

Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya dinasihatkan supaya menunaikan ibadat zakat fitrah seawal yang mungkin, iaitu sepanjang hari dalam bulan Ramadan.

Jika semua orang menunggu sehingga waktu wajib dan waktu paling afdhal untuk menunaikan zakat, dibimbangi berebut-rebut dan tidak sempat lalu menyebabkan ibadat zakat tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Oh ya, sebelum terlupa.

Selain daripada menunaikan kewajipan zakat fitrah, digalakkan juga untuk menyempurnakan kewajipan zakat harta dalam bulan Ramadan ini.

Maklumlah, zakat harta perlu dikeluarkan setiap tahun Hijrah, jadi mudahlah jika dikeluarkan dalam bulan Ramadan supaya senang untuk diingati.

Jadim tunggu apa lagi, jom bayar zakat!

Panduan Affiliate Simple Tapi Power: Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate

panduan affiliate simple tapi powerBaru-baru ini saya ada mendapatkan salah satu pakej panduan buat duit dengan affiliate terkini yang terdapat di pasaran, iaitu Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Panduan ini disediakan oleh Tuan Oswald Justin, seorang bekas chef yang kini menumpukan sepenuh masa beliau kepada bisnes online.

Saya tidak kenal Tuan Oswald Justin secara peribadi, beliau pun tidak kenal saya, tetapi saya dah kenal nama beliau sejak beberapa tahun lepas lagi kerana beliau sering berada dalam senarai top rank bagi banyak program affiliate yang dijalankan oleh otai-otai internet marketer lain.

Beliau memang selalu berjaya buat jualan affiliate dengan banyak hingga sering berjaya mendapat tempat dalam senarai teratas program-program affiliate.

Lihat sahaja contoh dalam gambar di bawah, beliau berjaya buat jualan lebih RM 60,000 dan jana keuntungan lebih RM 20,000 daripada satu program affiliate:

Ada banyak lagi bukti beliau berjaya buat duit dengan affiliate secara lumayan, boleh lihat di sini: Panduan Affiliate Simple

Kiranya, Tuan Oswald Justin memang tahu cara nak jana pendapatan lumayan dan buat duit dengan affiliate.

Jadi, beliau memang layak untuk mengajar orang lain berkenaan cara sebenar buat duit dengan affiliate.

Oleh itu, beliau telah sediakan satu pakej panduan yang mendedahkan teknik-teknik yang beliau gunakan untuk jana pendapatan lumayan menerusi affiliate, dan panduan tersebut dikenali sebagai Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Apa itu buat duit dengan affiliate?

Sebelum saya buat review Panduan Affiliate Simple Tapi Power, saya terangkan sedikit berkenaan affiliate untuk beri pencerahan bagi mereka yang belum tahu.

Affiliate adalah salah satu model bisnes yang biasa digunakan untuk memudahkan perjalanan bisnes.

panduan affiliate simple tapi power

Kadang-kadang, program affiliate turut dikenali sebagai program referral.

Dalam model bisnes ini, pemilik produk akan menganjurkan program affiliate, di mana pemilik produk akan menyediakan satu sistem khas untuk membolehkan ejen-ejen mendaftar dalam sistem tersebut.

Selepas pendaftaran diluluskan, setiap ejen akan diberi link khas dan tools lain seperti gambar, preview produk dan ayat promosi.

Jadi, tugas ejen adalah buat promosi dan sebarkan link khas yang diberi, supaya ramai bakal prospek klik pada link khas tersebut.

Dan jika ada pembeli yang mendapatkan produk melalui link khas tersebut, maka ejen akan diberikan komisen.

Itulah proses buat duit dengan affiliate.

Kiranya, dalam model bisnes affiliate, tugas ejen adalah daftarkan diri, dapatkan link khas, buat promosi untuk tarik prospek berkualiti dan kadang-kadang perlu layan pertanyaan prospek agar berjaya close sale dengan sempurna.

Tugas penganjur program affiliate pula adalah sediakan produk, bangunkan sistem affiliate, tarik ejen, sediakan support dan uruskan penghantaran produk apabila pelanggan membeli.

Yang seronok jadi ejen affiliate adalah anda tak perlu bersusah payah sediakan dan uruskan produk, cuma fokus pada promosi dan close sale.

Malah, menerusi affiliate, boleh mula jana pendapatan tanpa modal besar pun, dan pulangannya adalah tanpa had jika kena caranya.

Saya sendiri pun banyak jana pendapatan daripada affiliate sejak dari 2013 lagi, tapi tidaklah sehebat Tuan Oswald Justin.

Memang best buat duit dengan afilliate.

Kalau nak tahu cara yang betul buat duit dengan affiliate, boleh belajar daripada Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Panduan Affiliate Simple Tapi Power

panduan affiliate simple tapi power(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Panduan Affiliate Simple)

Sekarang, kita pergi ke review Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Sebenarnya, saya terjumpa berkenaan panduan ini semasa sedang blog-walking di blog Tuan Hasrul Hassan yang mana beliau tunjukkan hasil pendapatan beliau daripada program affiliate, yang mana beliau gunakan teknik-teknik yang diajar Tuan Oswald Justin.

Pada mulanya, saya agak skeptikal dengan panduan ini sebab nampak harganya terlalu murah (pada masa tersebut, harga panduan ini RM 10 sahaja) dan tajuk isi kandungannya pun nampak ringkas.

Boleh lihat tajuk isi kandungan Panduan Affiliate Simple Tapi Power dalam gambar di bawah:

panduan affiliate simple tapi power

Nampak simple, kan?

Tetapi, rupa-rupanya saya tersilap, panduan ini simple tapi memang betul-betul powerful.

Isi kandungan dan modulnya memang lengkap bagi sesiapa yang nak belajar cara betul buat duit dengan affiliate.

Jom kita lihat perincian setiap modul dalam panduan ini:

Modul #1 – Apa Itu Affiliate?

Dalam modul #1 ini, Tuan Oswald Justin terangkan dengan lebih lanjut berkenaan bisnes affiliate.

Bagi mereka yang tak pernah tahu tentang affiliate, modul #1 ini akan bantu untuk dapat lebih maklumat berkenaan affiliate.

Tuan Oswald Justin turut terangkan tentang jenis-jenis affiliate dan istilah-istilah yang sering digunakan dalam bisnes affiliate.

Selepas baca modul #1, pembaca akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang bisnes affiliate.

Modul #2 – Di Mana Nak Cari Program Affiliate Yang Boleh Dipercayai

Kalau nak sertai program affiliate, kenalah tahu di mana nak cari dan daftar.

Dalam modul #2 ini, Tuan Oswald berikan laman-laman web yang boleh dilawati untuk mendaftar sebagai ejen affiliate.

Tetapi sayangnya, saya rasakan modul #2 ini terlalu ringkas dan kurang lengkap.

Tuan Oswald Justin hanya berikan 2 sahaja laman web, sedangkan sebenarnya ada banyak lagi laman web yang menyediakan program affiliate.

Beliau juga tidak tunjukkan secara terperinci bagaimana nak daftar sebagai ejen affiliate di setiap laman web yang ditunjukkan.

Walaubagaimanapun, hal ini bukanlah masalah besar pun.

Mudah sahaja nak cari laman-laman web yang menyediakan program affiliate, boleh cari melalui Google sahaja.

Hanya perlu taip keyword seperti “affiliate malaysia” dan “program affiliate malaysia”, akan disenaraikan banyak laman web yang menyediakan program affiliate yang boleh disertai.

Untuk cara daftar pula, biasanya setiap laman web program affiliate akan sediakan panduan cara untuk daftar, jadi hanya perlu ikuti panduan yang diberikan.

Jadi, walaupun modul #2 Panduan Affiliate Simple Tapi Power ringkas sahaja, namun hal ini bukanlah masalah yang besar.

Modul #3 – Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Nak Mula Promosi

Apabila kita nak lakukan sesuatu perkara, membuat perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting supaya perkara tersebut dapat dilakukan dengan jayanya.

Begitu juga apabila nak buat duit dengan affiliate, perancangan dan persediaan awal sangatlah penting.

Dalam modul #3, Tuan Oswald Justin terangkan 2 persediaan awal yang sangat penting yang perlu dilakukan sebelum mula buat duit dengan affiliate.

Nak tahu apakah 2 persediaan awal penting tersebut?

Kenalah baca Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Modul #4 – Bagaimana Nak Mula Promosi Supaya Pelawat Klik Iklan Anda

Modul ini adalah yang paling penting dalam panduan ini.

Dalam modul #4 ini, didedahkan teknik-teknik yang digunakan oleh Tuan Oswald Justin untuk jana pendapatan daripada program-program yang disertai beliau.

Antara teknik-teknik yang beliau kongsikan adalah:

  • Teknik promosi Facebook Profile
  • Teknik promosi Facebook Note
  • Teknik promosi Facebook Fanpage & Facebook Ads
  • Teknik promosi blog
  • Teknik promosi “PM”

Tuan Oswald Justin bukan sekadar beri penerangan ringkas, sebaliknya beliau berikan penerangan yang secukupnya berkenaan setiap teknik.

Lebih istimewa lagi, beliau turut sertakan contoh-contoh apa yang beliau buat bagi setiap teknik di atas, siap dengan screenshots lagi.

Daripada screenshots yang diberikan pun dah boleh belajar secara mendalam berkenaan teknik-teknik yang ditunjukkan.

Semua teknik yang ditunjukkan ini memang diakui berkesan untuk promosikan produk affiliate, jadi kalau anda betul-betul nak jana pendapatan dengan affiliate, sangat rugi kalau terlepas belajar semua teknik di atas.

Modul #5 – Bagaimana Nak Hasilkan Ayat Iklan Supaya Pelawat Klik Iklan Anda

Dalam bisnes affiliate, teknik promosi untuk tarik perhatian prospek adalah perkara paling penting.

Dan, untuk tarik perhatian prospek, mestilah kena pandai tulis ayat promosi atau ayat iklan yang menarik.

Bagaimana nak tulis ayat iklan yang menarik perhatian prospek?

Dalam modul #5 Panduan Affiliate Simple Tapi Power, ditunjukkan cara-cara dan contoh-contoh penulisan ayat iklan yang betul supaya dapat tarik perhatian prospek untuk klik.

Modul #6 – Bagaimana Nak Promosi Affiliate Produk “STRATEGI BERJAYA JANA RM36,380”

Dalam modul terakhir ini, Tuan Oswald Justin dedahkan satu teknik powerful bagaimana untuk jana pendapatan lebih 5-angka daripada program affiliate.

Teknik powerful ini adalah berlainan daripada teknik-teknik dalam modul #4, dan merupakan teknik yang sering digunakan oleh otai-otai untuk buat duit dengan affiliate.

Tuan Oswald Justin terangkan langkah-demi-langkah yang perlu dilakukan dalam teknik powerful ini.

Siap ditunjukkan satu case study yang beliau buat, yang mana daripada program affiliate tersebut, beliau berjaya jana pendapatan sehingga RM 36,380!

Rugi kalau tak belajar teknik powerful ini.

panduan affiliate simple tapi power

(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Panduan Affiliate Simple)

Bonus Panduan Affiliate Simple Tapi Powerful

Selain daripada modul-modul utama, turut diberikan beberapa bab bonus untuk melengkapkan lagi panduan ini sepertimana yang disenaraikan di bawah ini:

  • Kesilapan-kesilapan seorang affiliate
  • Tips-tips memilih program affiliate terbaik
  • Minda seorang super affiliate
  • Spamming, dosa besar seorang affiliate

Semua bab bonus ini disediakan sebagai motivasi untuk pembaca supaya dapat menjadi seorang super affiliate yang berjaya.

Video Teknik Promosi Retargetting

panduan affiliate simple tapi power

Baru-baru ini Tuan Oswald Justin telah menambah konten baru ke dalam pakej panduan ini, iaitu 6 video langkah-demi-langkah melakukan teknik promosi retargetting berserta 1 video case-study, menjadikan semuanya 7 buah video.

Ini adalah tajuk video-video yang diberikan:

  • Pengenalan retargetting
  • Cara insert pixel code
  • Cara create audience retargetting
  • Cara buat iklan kumpul data audience
  • Berapa size custom audience yang sesuai
  • Cara buat iklan menjual retargetting
  • Case study iklan success retargetting

Teknik retargetting merupakan antara teknik terbaru untuk buat duit dengan affiliate, dan antara teknik yang digemari ramai kerana success rate yang tinggi.

Bagi yang belum pernah tahu tentang teknik ini, boleh belajar daripada video-video yang diberikan bersama-sama ebook utama dalam pakej panduan ini.

Bagaimana nak dapatkan panduan ini?

Kalau berminat nak dapatkan panduan ini, boleh terus klik di sini.

Untuk makluman, harga sebenar pakej panduan ini adalah RM 47, tetapi sekarang boleh diperoleh pada harga istimewa RM 30 sahaja!

Ya, RM 30 sahaja!

Dengan RM 30, dapat sebuah ebook utama (53 muka surat), 7 video terbaru, support group di Facebook (Tuan Oswald sering berkongsi tips-tips affiliate di group ini) dan kemaskini percuma seumur hidup.

Sebelum ini harga panduan ini adalah RM 10, tetapi selepas penambahan video, harga dinaikkan ke harga terkini.

Mujur saya dapatkan panduan ini semasa harga RM 10, maka saya dapat kemaskini 7 video terbaru di atas secara percuma!

Bagi saya, harga RM 30 sekarang pun masih lagi murah, malah inilah antara panduan berkenaan cara buat duit dengan affiliate yang termurah yang terdapat di pasaran sekarang.

Manalah tahu, selepas ini Tuan Oswald Justin mungkin akan tambah konten baru lagi, jadi harga akan dinaikkan lagi.

Jadi, memang rugi kalau tak dapatkan sekarang.

Lagipun, panduan ini memang sangat sesuai bagi mereka yang baru nak belajar atau masih belum berjaya menjana pendapatan lumayan dengan affiliate.

Orang kata, nak berjaya, kenalah ikut orang yang dah berjaya.

Tunggu apa lagi, dapatkan Panduan Affiliate Simple Tapi Power sekarang!

[KEMASKINI]

Bagi yang belum tahu, Panduan Affiliate Simple Tapi Power sekarang telah dipakejkan bersama-sama beberapa lagi set panduan hebat sebagai Pakej Kejayaan Affiliate.

pakej kejayaan affiliate oswald justin

Apa yang ada dalam pakej ini?

Selain daripada Panduan Affiliate Simple Tapi Power, panduan-panduan yang lain adalah:

#1 – Panduan Funnel Bisnes: Formula Menghasilkan Sistem Mengumpul Hungry Buyer

Panduan ini menerangkan bagaimana cara nak kumpul data pelanggan yang berminat nak beli produk-produk yang anda jual  atau promosikan.

Kata orang, money is in the list.

Jadi, panduan ini akan ajar bagaimana nak dapatkan list prospect yang berkualiti, dan tukarkan mereka menjadi sumber wang kita.

Panduan ini sebelum ini dijual pada harga RM 70.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan panduan ini, boleh klik di sini: Funnel Bisnes

#2 – Tukar Like Jadi Pelanggan

Panduan ini mengandungi video-video tutorial yang menunjukkan cara-cara menghasilkan Facebook Page yang berkualiti dan mengumpul likes yang banyak daripada prospek.

Kemudian, daripada likes yang dikumpul ini, panduan ini akan menunjukkan bagaimana nak jadikan mereka sebagai pelanggan atau pembeli.

Hasilkan FB Page, kumpul likes, hasilkan duit.

Simple!

Panduan ini berharga RM 47.

Boleh klik di sini untuk info lanjut tentang panduan ini: Tukar Like Jadi Pelanggan

#3 – Squeeze Page Magic Pro

Ini bukan panduan, tetapi adalah software atau tool yang boleh membantu untuk bina squeeze page untuk mengumpul data pelanggan.

Hanya perlu upload dan setup software ini mengikut langkah-langkah yang diberikan, dan anda boleh bina squeeze page tanpa had bilangan dengan mudah.

Semudah A-B-C!

Bagi yang tahu betapa penting dan berkesannya squeeze page untuk mengumpul database prospek, mesti akan rasa sangat bertuah mendapatkan software ini.

Berapa harganya?

RM 97 sahaja.

Untuk info lanjut tentang tool ini, klik di sini: Squeeze Magic Pro

#4 – Formula Buat Duit Affiliate Niche Kerjaya

Ini adalah set panduan ebook dan video terbaru yang dihasilkan oleh Tuan Oswald Justin.

Dalam panduan ini, Tuan OSwald dedahkan semua yang beliau buat untuk mendapatkan jualan lebih RM 64 ribu hasil mempromosikan satu panduan dalam niche kerjaya.

Semua ditunjukkan; produk apa, contoh squeeze page, cara setup iklan termasuk interest prospek, bajet iklan, cara pujuk prospek dan juga follow up sehinggalah prospek menjadi pelanggan.

Anda cuma perlu tiruvasi sahaja apa yang ditunjukkan untuk turut sama hasilkan pendapatan seperti Tuan Oswald Justin.

Panduan ini dijual pada harga RM 50.

Info lanjut tentang panduan ini, boleh klik di sini: Formula Buat Duit Affiliate Niche Kerjaya

#5 – Koleksi Artikel Affiliate Marketing

Tuan Oswald Justin turut menyediakan 7 buah artikel berkenaan affiliate marketing.

Anda boleh olah dan guna artikel-artikel ini di dalam blog atau Facebook sendiri untuk mempromosikan panduan-panduan berkaitan affiliate.

#6 – Formula Buat Duit Affiliate Paling Simple

Dalam ebook ini, ditunjukkan cara menjana pendapatan secara affiliate daripada satu platform mencari kerja, iaitu MauKerja.com

Memang simple!

Berapa nilai semua panduan ini?

Kalau dikira bersekali dengan Panduan Affiliate Simple Tapi Power, semua ini bernilai RM 304

Khas untuk pembeli sedia ada Panduan Affiliate Simple Tapi Power, anda akan mendapat semua ini secara PERCUMA!

Bagi yang belum beli, anda boleh dapatkan semua ini pada harga RM 70 SAHAJA (sehingga 30 November 2017)

Tawaran harga ini hanya terhad sehingga 30 November 2017 sahaja, selepas tarikh tersebut harga akan dinaikka.

Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan semua ini!

(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Pakej Kejayaan Affiliate)

panduan affiliate simple


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah semasa membuat tempahan, boleh terus hubungi kami melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://api.whatsapp.com/send?phone=60139798719)

..