Cara Pengiraan Dividen ASB 2017

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khasOleh kerana ada permintaan daripada pembaca blog ini untuk saya menulis tentang cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas, maka saya gagahkan juga untuk tulis berkenaan perkara ini.

Sebenarnya, dah ada penulis blog lain yang tulis tentang cara pengiraan ini.

Malah, saya rasa ketinggalan juga sebab agihan pendapatan ASB (Amanah Saham Bumiputera) telah diumumkan minggu lepas, jadi topik ini dah pun ‘sejuk’.

Boleh baca berita pengumuman tersebut di sini.

Tetapi, tidak mengapalah.

Tidak salah juga untuk saya turut masukkan topik ini dalam senarai artikel di blog ini.

Agihan pendapatan ASB 2017

Baiklah, sebelum pergi lebih lanjut, jom kita imbau balik agihan pendapatan ASB 2017 yang diumumkan baru-baru ini.

Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, agihan pendapatan ASB 2017 kali ini terdiri daripada 3 komponen, iaitu:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

  • Dividen sebanyak 7.00 sen sunit
  • Bonus sebanyak 0.25 sen seunit
  • Bonus khas sebanyak 1.00 sen seunit terhad bagi pegangan 10,000 unit pertama sahaja

Agihan dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pelabur pada 02 Januari 2018, manakala bonus khas pula pada 01 Mac 2018

Bonus khas ini pertama kali diberikan kepada pelabur, dan diberi sempena sambutan ulang tahun ke-40 Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat induk kepada Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) yang merupakan pengurus dana bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Baca juga:  10 Sebab Digalakkan Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Formula & cara pengiraan dividen ASB 2017, bonus & bonus khas

Selain daripada pengumuman 3 komponen agihan pendapatan di atas, ada satu lagi perbezaan berkenaan agihan pendapatan ASB 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perbezaan tersebut adalah berkenaan formula dan cara pengiraan agihan pendapatan ASB 2017, terutama bagi pengiraan bonus.

Untuk tahun 2017, pengiraan agihan pendapatan bagi dividen, bonus dan bonus khas adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan (BMB) 12-Bulan daripada Januari 2017 sehingga Disember 2017.

Formula pengiraan agihan pendapatan ASB 2017 adalah seperti berikut:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Cara pengiraan agihan pendapatan ASB 2017 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  • BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  • Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh

Ini bermaksud, bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM 825

Manakala bagi purata BMB 12-Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.

Ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, yang mana pengiraan agihan pendapatan bagi dividen adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, manakala agihan pendapatan bonus adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 10-Tahun

Sebagai contoh, lihat formula pengiraan agihan pendapatan ASB 2016 yang lepas:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Ada perbezaan, bukan?

Tak faham cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas?

Jom kita lihat contoh situasi-situasi pengiraan untuk memudahkan pemahaman.

Baca juga:  Masih Relevankah Teknik Financing ASB?

Contoh-contoh cara pengiraan dividen ASB 2017, bonus & bonus khas

Situasi #1 – Jumlah pelaburan tetap sepanjang tahun, kurang RM 10,000

Faizal mempunyai baki pelaburan ASB sebanyak RM 7,000 pada awal tahun 2017 dan tidak melakukan apa-apa tambahan atau pengeluaran pun. Berapa agihan pendapatan ASB 2017 yang Faizal bakal dapat?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Daripada pengiraan di atas, anggaran jumlah agihan pendapatan yang bakal diterima Faizal adalah RM 577.50

Situasi #2 – Jumlah pelaburan tetap sepanjang tahun, lebih RM 10,000

Pada awal tahun 2017, baki pelaburan ASB yang dipunyai Wani adalah RM 15,000. Wani tidak melakukan apa-apa pengeluaran dan tambahan pelaburan sepanjang tahun 2017. Berapakah anggaran agihan pendapatan ASB 2017 yang bakal diperoleh Wani?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Anggaran jumlah agihan pendapatan ASB 2017 yang bakal diterima Wani adalah RM 1,187.50

Situasi #3 – Jumlah pelaburan tidak tetap sepanjang tahun, kurang RM 10,000

Pada awal tahun 2017, Farah mempunyai baki pelaburan ASB sebanyak RM 3,000. Farah membuat potongan gaji sebanyak RM 300 ke akaun ASB beliau setiap bulan, dan beberapa kali juga membuat pengeluaran seperti di dalam gambar. Berapa anggaran agihan pendapatan ASB yang Farah peroleh?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Farah dianggarkan akan mendapat pulangan sebanyak RM 341.69 daripada pelaburan ASB beliau.

Situasi #4 – Jumlah pelaburan tidak tetap sepanjang tahun, lebih RM 10,000

Baki pelaburan ASB Syakir pada awal 2017 adalah sebanyak RM 13,000. Setiap bulan, beliau membuat tambahan pelaburan sebanyak RM 300 dan juga beberapa kali membuat pengeluaran. Berapa anggaran agihan pendapatan ASB yang akan diperoleh Syakir?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Dianggarkan Syakir akan memperoleh agihan pendapatan ASB 2017 sebanyak RM 1,107.75

Penutup

Itulah kaedah dan cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Sebenarnya, tak perlu pun kita bersusah payah nak membuat semua pengiraan di atas.

Nanti, pihak ASNB akan kirakan untuk kita dan mengagihkan pendapatan tersebut ke akaun ASB masing-masing.

Hanya perlu semak sahaja.

Bagaimana nak semak?

Boleh pergi ke mana-mana cawangan ASNB untuk dapatkan penyata baki pelaburan.

Lebih mudah lagi, gunakan sahaja portal MyASNB untuk semak baki dan penyata ASB secara online.

Itu sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua.

p/s: Jangan lupa untuk KONGSIKAN artikel ini, ya! Terima kasih.

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

..

Baca juga:  5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian

12 Comments

  1. Zalila

    Kurang pasti jika situasi #1 perlu dikira bonus khas (1%) jika purata baki bulanan kurang dari RM10,000? Macamana pula pengiraan dividen + bonus + bonus khas jika pencarum miliki purata baki bulanan RM200,000? Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bonus khas diberi kepada semua pelabur, tetapi terhad kepada purata baki bulanan 10,000 unit pertama. Maksudnya, bagi pelabur dengan purata baki bulanan kurang RM 10,000, maka bonus khas diberi sehingga baki yang ada sahajalah. Contoh seperti situasi #1 di atas.

      Bagi yang mempunyai purata baki bulanan melebihi RM 10,000, maka bonus khas diberi sehingga RM 10,000 sahaja, bersamaan RM 100.

      Bagi yang mempunyai purata baki bulanan RM 200,000, maka anggaran dividen = RM 14,000; bonus = RM 500; bonus khas = RM 100

      Reply
  2. saiful

    saya ada kemusyukilan…bagaimana pula baki terendah bulan jan 2017..adakah telah dicampur divedin dan bonus 2016

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Dalam contoh-contoh di atas, untuk memudahkan pengiraan, di andaikan baru mula pelaburan pada Januari 2017. Kalau sudah lama melabur, sudah semestinya baki bulan Januari perlu ditambah dengan dividen dan bonus tahun terdahulu.

      Reply
  3. pelabur

    adakah ini bermaksud pulangan lebih bagus jika tidak buat pengeluaran langsung?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, betul.

      Reply
  4. Farhan

    Camner kiraan tahun 2016? Mana lagi untung? Per 12 bulan ke per 120bulan (utk kiraan bonus?)

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tiada jawapan spesifik, bergantung kepada purata mana yang lebih tinggi bagi setiap pelabur. Kalau purata 12 bulan lebih tinggi berbanding 120 bulan, maka kiraan 12 bulan lebih untung. Kalau purata 120 bulan lebih tinggi berbanding purata 12 bulan, maka kiraan 120 bulan lebih untung.

      Reply
      1. Farhan

        Sebab.. kalo org tu melabur, tapi xpernah keluarkan lgsg… kalo ikot kiraan 120bulan, mesti akan rugi…
        Sebab awal ² labur sedikit je.. so, puratanye akan jd kecil… banding kalo kiraan 12 bulan, BMT utk tahun tuh, xbnyk sgt jurangnye…

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Ya. Sebab itulah saya kata tak ada jawapan spesifik, bergantung kepada pelaburan masing-masing. Contoh, ada pelabur melabur modal awal RM 100k, selama 9 tahun tak pernah keluarkan modal tersebut, tetapi pada tahun ke-10, keluarkan separuh daripadanya. Kalau ikut kiraan bagi pelabur ini, purata 120 bulan adalah lebih tinggi berbanding purata 12 bulan.

          Reply
    2. Farhan

      Cara Kiraan bonus 2016 ke cara kiraan bonus 2017 yg lebey untungkan pelabur?

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Tiada jawapan spesifik, bergantung kepada purata mana yang lebih tinggi bagi setiap pelabur. Kalau purata 12 bulan lebih tinggi berbanding 120 bulan, maka kiraan 12 bulan lebih untung. Kalau purata 120 bulan lebih tinggi berbanding purata 12 bulan, maka kiraan 120 bulan lebih untung.

        Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini