Cara Pengiraan Dividen ASB 2017

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khasOleh kerana ada permintaan daripada pembaca blog ini untuk saya menulis tentang cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas, maka saya gagahkan juga untuk tulis berkenaan perkara ini.

Sebenarnya, dah ada penulis blog lain yang tulis tentang cara pengiraan ini.

Malah, saya rasa ketinggalan juga sebab agihan pendapatan ASB (Amanah Saham Bumiputera) telah diumumkan minggu lepas, jadi topik ini dah pun ‘sejuk’.

Boleh baca berita pengumuman tersebut di sini.

Tetapi, tidak mengapalah.

Tidak salah juga untuk saya turut masukkan topik ini dalam senarai artikel di blog ini.

Agihan pendapatan ASB 2017

Baiklah, sebelum pergi lebih lanjut, jom kita imbau balik agihan pendapatan ASB 2017 yang diumumkan baru-baru ini.

Berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, agihan pendapatan ASB 2017 kali ini terdiri daripada 3 komponen, iaitu:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

  • Dividen sebanyak 7.00 sen sunit
  • Bonus sebanyak 0.25 sen seunit
  • Bonus khas sebanyak 1.00 sen seunit terhad bagi pegangan 10,000 unit pertama sahaja

Agihan dividen dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pelabur pada 02 Januari 2018, manakala bonus khas pula pada 01 Mac 2018

Bonus khas ini pertama kali diberikan kepada pelabur, dan diberi sempena sambutan ulang tahun ke-40 Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat induk kepada Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) yang merupakan pengurus dana bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Baca juga:  [VIDEO] 5 Cara Simpan Duit Untuk Yang Sering Gagal Menyimpan

Formula & cara pengiraan dividen ASB 2017, bonus & bonus khas

Selain daripada pengumuman 3 komponen agihan pendapatan di atas, ada satu lagi perbezaan berkenaan agihan pendapatan ASB 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perbezaan tersebut adalah berkenaan formula dan cara pengiraan agihan pendapatan ASB 2017, terutama bagi pengiraan bonus.

Untuk tahun 2017, pengiraan agihan pendapatan bagi dividen, bonus dan bonus khas adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan (BMB) 12-Bulan daripada Januari 2017 sehingga Disember 2017.

Formula pengiraan agihan pendapatan ASB 2017 adalah seperti berikut:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Cara pengiraan agihan pendapatan ASB 2017 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  • BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  • Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh

Ini bermaksud, bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM 825

Manakala bagi purata BMB 12-Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.

Ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, yang mana pengiraan agihan pendapatan bagi dividen adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, manakala agihan pendapatan bonus adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 10-Tahun

Sebagai contoh, lihat formula pengiraan agihan pendapatan ASB 2016 yang lepas:

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Ada perbezaan, bukan?

Tak faham cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas?

Jom kita lihat contoh situasi-situasi pengiraan untuk memudahkan pemahaman.

Baca juga:  Cara Daftar Portal MyASNB Untuk Semak Baki & Penyata Online

Contoh-contoh cara pengiraan dividen ASB 2017, bonus & bonus khas

Situasi #1 – Jumlah pelaburan tetap sepanjang tahun, kurang RM 10,000

Faizal mempunyai baki pelaburan ASB sebanyak RM 7,000 pada awal tahun 2017 dan tidak melakukan apa-apa tambahan atau pengeluaran pun. Berapa agihan pendapatan ASB 2017 yang Faizal bakal dapat?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Daripada pengiraan di atas, anggaran jumlah agihan pendapatan yang bakal diterima Faizal adalah RM 577.50

Situasi #2 – Jumlah pelaburan tetap sepanjang tahun, lebih RM 10,000

Pada awal tahun 2017, baki pelaburan ASB yang dipunyai Wani adalah RM 15,000. Wani tidak melakukan apa-apa pengeluaran dan tambahan pelaburan sepanjang tahun 2017. Berapakah anggaran agihan pendapatan ASB 2017 yang bakal diperoleh Wani?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Anggaran jumlah agihan pendapatan ASB 2017 yang bakal diterima Wani adalah RM 1,187.50

Situasi #3 – Jumlah pelaburan tidak tetap sepanjang tahun, kurang RM 10,000

Pada awal tahun 2017, Farah mempunyai baki pelaburan ASB sebanyak RM 3,000. Farah membuat potongan gaji sebanyak RM 300 ke akaun ASB beliau setiap bulan, dan beberapa kali juga membuat pengeluaran seperti di dalam gambar. Berapa anggaran agihan pendapatan ASB yang Farah peroleh?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Farah dianggarkan akan mendapat pulangan sebanyak RM 341.69 daripada pelaburan ASB beliau.

Situasi #4 – Jumlah pelaburan tidak tetap sepanjang tahun, lebih RM 10,000

Baki pelaburan ASB Syakir pada awal 2017 adalah sebanyak RM 13,000. Setiap bulan, beliau membuat tambahan pelaburan sebanyak RM 300 dan juga beberapa kali membuat pengeluaran. Berapa anggaran agihan pendapatan ASB yang akan diperoleh Syakir?

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

Dianggarkan Syakir akan memperoleh agihan pendapatan ASB 2017 sebanyak RM 1,107.75

Penutup

Itulah kaedah dan cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Sebenarnya, tak perlu pun kita bersusah payah nak membuat semua pengiraan di atas.

Nanti, pihak ASNB akan kirakan untuk kita dan mengagihkan pendapatan tersebut ke akaun ASB masing-masing.

Hanya perlu semak sahaja.

Bagaimana nak semak?

Boleh pergi ke mana-mana cawangan ASNB untuk dapatkan penyata baki pelaburan.

Lebih mudah lagi, gunakan sahaja portal MyASNB untuk semak baki dan penyata ASB secara online.

Itu sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk semua.

p/s: Jangan lupa untuk KONGSIKAN artikel ini, ya! Terima kasih.

cara pengiraan dividen asb 2017 bonus khas

..

Baca juga:  Pembiayaan ASB Masih Untung Ke?

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

54 Comments

  1. Zalila

    Kurang pasti jika situasi #1 perlu dikira bonus khas (1%) jika purata baki bulanan kurang dari RM10,000? Macamana pula pengiraan dividen + bonus + bonus khas jika pencarum miliki purata baki bulanan RM200,000? Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bonus khas diberi kepada semua pelabur, tetapi terhad kepada purata baki bulanan 10,000 unit pertama. Maksudnya, bagi pelabur dengan purata baki bulanan kurang RM 10,000, maka bonus khas diberi sehingga baki yang ada sahajalah. Contoh seperti situasi #1 di atas.

      Bagi yang mempunyai purata baki bulanan melebihi RM 10,000, maka bonus khas diberi sehingga RM 10,000 sahaja, bersamaan RM 100.

      Bagi yang mempunyai purata baki bulanan RM 200,000, maka anggaran dividen = RM 14,000; bonus = RM 500; bonus khas = RM 100

      Reply
  2. saiful

    saya ada kemusyukilan…bagaimana pula baki terendah bulan jan 2017..adakah telah dicampur divedin dan bonus 2016

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Dalam contoh-contoh di atas, untuk memudahkan pengiraan, di andaikan baru mula pelaburan pada Januari 2017. Kalau sudah lama melabur, sudah semestinya baki bulan Januari perlu ditambah dengan dividen dan bonus tahun terdahulu.

      Reply
  3. pelabur

    adakah ini bermaksud pulangan lebih bagus jika tidak buat pengeluaran langsung?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, betul.

      Reply
  4. Farhan

    Camner kiraan tahun 2016? Mana lagi untung? Per 12 bulan ke per 120bulan (utk kiraan bonus?)

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tiada jawapan spesifik, bergantung kepada purata mana yang lebih tinggi bagi setiap pelabur. Kalau purata 12 bulan lebih tinggi berbanding 120 bulan, maka kiraan 12 bulan lebih untung. Kalau purata 120 bulan lebih tinggi berbanding purata 12 bulan, maka kiraan 120 bulan lebih untung.

      Reply
      1. Farhan

        Sebab.. kalo org tu melabur, tapi xpernah keluarkan lgsg… kalo ikot kiraan 120bulan, mesti akan rugi…
        Sebab awal ² labur sedikit je.. so, puratanye akan jd kecil… banding kalo kiraan 12 bulan, BMT utk tahun tuh, xbnyk sgt jurangnye…

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Ya. Sebab itulah saya kata tak ada jawapan spesifik, bergantung kepada pelaburan masing-masing. Contoh, ada pelabur melabur modal awal RM 100k, selama 9 tahun tak pernah keluarkan modal tersebut, tetapi pada tahun ke-10, keluarkan separuh daripadanya. Kalau ikut kiraan bagi pelabur ini, purata 120 bulan adalah lebih tinggi berbanding purata 12 bulan.

          Reply
    2. Farhan

      Cara Kiraan bonus 2016 ke cara kiraan bonus 2017 yg lebey untungkan pelabur?

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Tiada jawapan spesifik, bergantung kepada purata mana yang lebih tinggi bagi setiap pelabur. Kalau purata 12 bulan lebih tinggi berbanding 120 bulan, maka kiraan 12 bulan lebih untung. Kalau purata 120 bulan lebih tinggi berbanding purata 12 bulan, maka kiraan 120 bulan lebih untung.

        Reply
  5. Jali

    Salam n slmt pagi.
    Soalan saya simple saja,
    Saya bru mula dlm asb ni..
    Sy telah myimpan rm1000 dlm bln6 thun 2018..
    Jd brpakah jumlah yg akn sy dpt pd thun 2018 ni..??

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tuan mula pada Jun, ada 7 bulan sehingga Disember. Jadi, akhir tahun nanti Tuan akan ada lebih kurang RM 7,000 dalam akaun ASB Tuan. Untuk tahu dividen dan bonus yang diperoleh, kena tunggu pengumuman kadar yang diberikan ASNB dulu.

      Reply
  6. huda rahman

    assalam tuan,
    saya belum ada akaun asb..boleh beri pencerahan jika saya ada cash 15000 utk pelaburan 200k…

    Reply
    1. huda rahman

      assalam tuan,
      saya belum ada akaun asb..jika saya ada cash 15000, bolekah saya buat pelaburan utk 200k…tlg beri nasihat dan pencerahan. saya kurg faham.
      tq tuan

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Wasalam. Cik boleh buat loan ASB 200k, bayaran bulanan lebih kurang RM 1100 atau RM 13200 setahun. Jadi, untuk tahun pertama, boleh gunakan RM 15k yang Cik ada untuk bayaran bulanan tersebut. Untuk bayaran tahun-tahun selepasnya, boleh gunakan hasil dividen. Untuk lebih faham tentang cara pengiraannya, Cik boleh rujuk artikel-artikel saya tentang teknik loan ASB. Lebih baik lagi, Cik boleh dapatkan set Combo ASB Genius untuk lebih penerangan. Terima kasih.

        Reply
  7. syahidah

    Kalau ikut di situasi #1, pelabur dapat rm577.50. Adakah pelabur betul2 dapat bersih rm577.50 tu ataupon kena tolak dgn cas2 tertentu (contohnya cas perkhidmatan) ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tiada apa-apa caj perkhidmatan untuk bayaran dividen.

      Reply
  8. Farihin

    Salam. Saya nak tanya. Bagi situasi 2 tu purata simpanan sebanyak rm15000. Bukankah nilai hasil tambah dgn dividen harus ditolak dengan 2.5% zakat simpanan asb?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ya, pengiraan yang lebih tepat seharusnya ditolak zakat (bagi pelabur bumiputera beragama Islam). Tetapi, dalam contoh di atas, untuk memudahkan penjelasan, saya tak masukkan pengiraan selepas ditolak zakat. Jadi, bagi pelabur Muslim, kena buat pengiraan sendiri selepas ditolak zakat. Berapa zakat yang perlu dikeluarkan? Boleh rujuk di sini: Zakat Simpanan ASB

      Reply
  9. Farihin

    Salam. Saya nak tanya. Saya baru melabur rm15000 pada bulan april 2018. Bagaimana ingin kira purata minumum bulanan kerana saya tidak bermula dari januari?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Secara mudahnya, purata minimum bulanan untuk Cik adalah: RM 15000 x 8 bulan (April-Disember) / 12 bulan = RM 10,000
      Andai dividen ASB adalah 7%, maka anggaran Cik dapat adalah RM 700

      Reply
  10. Afiyah

    salam saya nak tanya,bilakah tarikh yg sesuai utk kita letak duit dalam asb?ada yg beritahu awal bulan,dan ada yg kata akhir bulan 29/30hb

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Pada awal bulan sebelum 2hb. Supaya baki pada bulan tersebut dikira.

      Reply
  11. donna

    saya nak tanya,saya melabur rm30k pada bulan december 2017.bagaimana saya mau tambah pelaburan saya untuk 2019.masih dapat kha tambah jumlah pelaburan ke yg lebih tinggi lagi?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau nak tambah pelaburan ASB, mudah sahaja. Hanya perlu ke kaunter cawangan atau ejen ASNB seperti Maybank, CIMB, BSN. Nak buat melalui online pun boleh. Boleh guna Maybank2u, CIMB Clicks malah melalui portal MyASNB pun boleh.

      Reply
  12. Syek

    Salam..
    Berdasarkan cara pengiraan baru utk Bonus ASB ni. Ada 2 jenis pelabur yg akan terkesan
    yg dah melabur 10 tahun ke atas mungkin tak terasa sgt sbb dah dpt balik Bonus 1/10 selama 10 taun pelaburan. (kirenya dah dpt lebih kurang mcm kiraan bonus terbaru la)
    margin untung ke tak untung perbandingan kiraan bonus lame ke baru tu nipis je utk pelabur 10taun ke atas.
    Tp yg pelabur yg tempoh pelaburannye kurang 10 taun yg paling terkesan sbb selame ni hny dpt 1/10 dari Bonus.
    Yg plg untung pelabur baru lah. lepas 1 taun melabur trus dpt full dari Bonus yg declare.

    Contoh:~
    Purata baki min RM200,000
    Bonus declare 0.5%

    Cara kira lama,
    Bonus ÷ 10 = 0.5% ÷ 10 = 0.05%
    200000 × 0.05% = RM100

    Cara kira baru
    Bonus ÷ 1 = 0.5% ÷ 1 = 0.5%
    200000 × 0.5% = RM1000

    Perbezaan = RM1000 – RM100 = RM900 #

    Dipendekkan cerita..
    Pengiraan baru Bonus lagi menguntungkan semua pihak sekiranya diperkenalkan dari awal.
    Terutamanye pelabur yg tempoh pelaburan kurang 10 taun mcm sy ni.. 🙂

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak mengapalah. Pengiraan untuk bonus ini memang boleh berubah-ubah. Boleh jadi, pada tahun mendatang, cara pengiraannya boleh berubah lagi. Mungkin juga tidak diisytiharkan bonus, hanya dividen sahaja.

      Reply
  13. liyana

    salam … nak tanya.. jadi buat loan asb lagi menguntungkan dr simpan sendiri kan. kalau loan cth rm 150000… purata dividen still base on 150000 kan… walaupun kita ad keluarkan dividen

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ya, betul. Sebab loan tersebut memang tak boleh dikeluarkan. Hanya dividen sahaja boleh dikeluarkan.

      Reply
  14. Hijau

    Salam..Nak tanya..sekiranya saya buat simpanan jenis sijil (Loan asb) . contohnya saya loan RM200,000 . jadi purata bulanan asb saya RM200,00 dan saya ambil contoh tahun lalu punya dividen 7% . Jadi dividen saya setiap tahun ialah 7%(200000) = RM14000. Persoalannya, adakah saya layak dapat bonus (0.25%) dan bonus khas (<10,000)(1%) ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, sepatutnya dapat.

      Reply
  15. Faizal Tahi

    Saye suka lah ASB nie. Alah sukerrrrr sangat .. Yang belon melabo cepat la melabo nanti kamu gak dapat untung ha gitu …

    Reply
  16. Sitibainun

    Saya ade ttunggak loan asb selama 2bln,adakah sy layak utk mendapat full dividen atau sebaliknya..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tunggakan bayaran loan ASB tidak menjejaskan jumlah dividen yang diperoleh. Tapi, mungkin bank akan kenakan denda atas kelewatan bayaran tersebut.

      Reply
  17. Masmeliyyna

    Sy baru sje masuk asb, sy ingin tahu. Adakah dividen asb masuk acc personal kita macam maybank ke apa ke atau masuk ke dlm duit pelaburan kita

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Akan ditambah ke akaun pelaburan ASB sendiri.

      Reply
  18. JERRY JUSTIN

    sy membuat loan asb RM200K dan dapat dividen RM14K setahun. Persoalannya adakah dividen ini boleh dicompound semula sedangkan Had jum pelaburan ASB hanya RM200K? Berapakah had jumlah pelaburan tambahan yang boleh ditambah lagi? tq

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh. Untuk ASB, jumlah pelaburan maksimum sendiri adalah RM 200k. Hasil dividen, walaupun melebihi RM200k, akan ditambah kepada pelaburan sedia ada.

      Reply
  19. Norhaniza

    Assalamualaikum..maaf ingin bertanya,jika baki pelaburan tahun sebelumnya tidak digunakan,kenapa bila update penyata asb tidak kelihatan didalam acc asb jumlah baki pelaburan tahun sebelumnya..yang ada hanyalah baki pelaburan 2018 sahaja..saya call pnb tetapi tiada jawapan

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Bukankah baki pelaburan 2018 termasuk juga dengan baki pelaburan 2017?

      Reply
  20. Muzz

    Assalammualaikum..saya ada buat loan 100k , 540 sebulan.. berapa dividen yang akan saya dapat

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Jumlah dividen bergantung kepada jumlah loan, kadar dividen yang diumumkan dan berapa lama/bila mula buat loan tersebut. Tuan boleh belajar cara pengiraan di sini: Cara Kira Dividen & Bonus ASB

      Reply
  21. Siti

    Salam..maaf soalan saya sedikit lari drpd topic perbincangan. Saya ada membuat loan asbf 100k, sudah 3 tahun, dan sekarang saya mampu memberi komitmen lebih besar. Adakah lebih bagus saya ambil sijil baru asbf 200k atau tambah sijil 100k?
    Soalan kedua, sekiranya saya membuat asbf 100k dan ada mengeluarkan dividen setiap tahun, tetapi saya berniat untuk topup balik account asb sebab ada lebihan saving pada hujung tahun, bila paling sesuai untuk saya masukkan duit?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Soalan #1 – Pendapat peribadi saya, tambah sijil 100k

      Soalan #2 – Sebelum 2hb setiap bulan.

      Reply
  22. Angeloo

    Hai saya ada soalan simple sahaja,
    Saya nak melabur rm10k dan tidak akan usik sampai hujung tahun 2019.apakah nasihat yang patut encik bagi? Contoh: mula melabur berapa hb? Sebelum berapa haribulan? Dan berapa yang akan dividen sy dapat jika bonus dividen tahun nie 7%? Contoh sahaja…terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sebaik-baiknya sebelum 2hb setiap bulan. Jika mula melabur sekarang, dividen akan dikira bermula Ogos. Jadi, boleh dapat lebih kurang RM 290 (anggaran sahaja).

      Reply
  23. SS

    Hai saya ada soalan; kalau pelaburan sudah max 200k…kiraan dividen adalah berdasarkan 200k atau baki semasa (>200k)?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Berdasarkan baki semasa.

      Reply
  24. Marvie

    Helo.. sy nk tny nii.. sy bru sja buka akaun ASNB bln lps.. jumlh y sy smpn tu rm200.. bole ka sy ingin mmbuat pnjman mlalui bank.. cth : affinbnk.. sbb sy prlukan kwngan skg utk urus prmslhan sy.. skian trima ksih.. hrp dpt bntu

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Loan ASB tidak sama seperti personal loan. Duit loan tersebut tidak boleh digunakan untuk kegunaan sendiri, tetapi akan disimpan dalam akaun ASB khas.

      Reply
  25. Vikina

    Selamat petang…saya nak tnye nii..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Selamat petang. Silakan.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini