Tidak dinafikan, teknik loan ASB ataupun teknik financing ASB, jika dilakukan dengan betul, merupakan teknik yang powerful untuk mendapatkan jumlah simpanan yang besar dalam tempoh masa yang singkat.
Berbanding dengan menyimpan secara biasa, teknik loan ASB menggunakan kuasa leveraging (guna duit orang lain, iaitu bank) dan kuasa compounding (dividen dicampurkan dengan modal asal) untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.
Contohnya, jika menggunakan 3 teknik loan ASB paling popular, anda akan dapat:
- teknik 1: modal RM 14,500, hasil akhir RM 39,000
- teknik 2: modal RM 72,264, hasil akhir RM 109,000
- teknik 3: modal RM 86,717, hasil akhir RM 152,035
Dan oleh kerana teknik loan ASB boleh dikatakan sangat mudah dilakukan dengan syarat tahu caranya, maka teknik ini telah menjadi pilihan kebanyakan orang untuk membuat simpanan secara paksaan (force-saving)
Tambahan lagi, terdapat banyak panduan berkenaan teknik loan ASB yang dkongsikan oleh mereka yang pakar, contohnya Combo ASB Genius, dan ini memudahkan lagi orang ramai untuk belajar dan menggunakan teknik financing ASB sebagai jalan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.
Jika anda pun teringin untuk menggunakan teknik financing ASB, sebaik-baiknya ambil kira beberapa perkara penting ini terlebih dahulu:
1. Komitmen bayar hutang
Apabila menggunakan teknik loan ASB, sudah semestinya perlu meminjam dengan bank.
Apabila meminjam, perlulah ingat bahawa hutang adalah hutang, dan hutang wajib dibayar.
Setiap bulan, peminjam wajib menyelesaikan bayaran ansuran yang dikenakan oleh bank.
Kalau gagal buat bayaran ansuran, mungkin akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Contohnya, bank boleh force-surrender sijil loan ASB yang dibuat, menyebabkan matlamat asal membuat teknik loan ASB tidak tercapai.
Dan peminjam boleh disenaraihitamkan dalam CCRIS, yang mana boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain selepas ini.
Oleh itu, jika ingin aplikasikan teknik loan ASB, pastikan mampu dan berdisiplin membayar ansuran bulanan yang ditetapkan bank, dan mampu beri komitmen untuk jangka masa panjang.
Jangan pula selepas apply loan ASB, tiba-tiba dibuat perkara lain yang akan menjejaskan komitmen untuk membayar ansuran loan ASB yang dimohon.
2. DSR akan meningkat
Apabila bank menilai keupayaan seseorang untuk meminjam, bank akan mengira Debt-Service-Ratio (DSR) pemohon tersebut.
Contohnya, Abu berpendapatan bersih RM 3,000 dan hanya mempunyai hutang kereta sebanyak RM 450/bulan, maka DSR beliau adalah 15% (RM 450 / RM 3,000 x 100 = 15%)
Beberapa lama kemudian, Abu membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,200/bulan, maka DSR Abu sekarang adalah 55%.
Apa akan jadi jika DSR meningkat?
Kesannya, akan menjejaskan kuota atau peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan yang lain, contohnya pembiayaan rumah.
Andaikan bank menghadkan DSR 60% untuk jumlah hutang seseorang, maka Abu boleh dikatakan mustahil untuk mendapatkan pembiayaan rumah jika beliau ingin membeli rumah dalam masa terdekat.
Apa yang perlu dilakukan Abu adalah menaikkan pendapatan beliau dan buktikan kepada bank, atau melupuskan baki-baki hutang yang ada.
Ramai sebenarnya yang tidak dapat memohon pinjaman/pembiayaan rumah akibat terikat komitmen dengan ASB loan, dan perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang tidak merancang matlamat loan ASB mereka dengan baik.
Sepatutnya, rancang dan tetapkan gap masa antara 5 tahun atau lebih antara masa mula teknik loan ASB dengan masa untuk beli rumah.
Dalam erti kata lain, kalau dah merancang nak buat teknik loan ASB, pastikan dalam masa terdekat jangan merancang untuk buat loan lain, kecuali anda berpendapatan besar dan DSR masih sangat rendah.
3. Rekod dalam CCRIS
Apabila membuat loan ASB, nama peminjam akan disenaraikan dalam rekod CCRIS.
Rekod CCRIS adalah satu rekod bersepadu yang diselenggara oleh Bank Negara dan dapat diakses oleh semua bank untuk melihat rekod hutang setiap orang yang ada hutang.
Jika bayaran ansuran dibuat cantik, maka cantiklah rekod CCRIS.
Tetapi, jika ada bayaran yang tertunggak, maka rekod CCRIS akan menjadi tidak cantik.
Ini boleh menjejaskan peluang mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain pada masa akan datang.
Untuk loan ASB, peminjam akan direkodkan sebagai mempunyai hutang pinjaman/pembiayaan peribadi.
Maka, perlulah memastikan bayaran ansuran bulanan dilunaskan dengan baik agar dapat menjaga rekod CCRIS sendiri.
4. Kadar faedah pinjaman boleh berubah
Jika dilihat kepada produk ASB financing yang ada sekarang, semuanya dikira berdasarkan kadar faedah terapung yang bersandarkan kepada kadar asas (basal rate, BR)
Contohnya, CIMB ASB financing: BR + 1.30%, Maybank ASB financing: BR + 2.20%, BSN ASB financing: BR + 1.40%
Oleh kerana ASB financing ini berdasarkan kepada kadar faedah terapung, maka boleh sahaja bank menaikkan atau menurunkan kadar faedah mengikut kehendak mereka.
Jika kadar faedah naik, maka akan meningkatlah jumlah pinjaman dan seterusnya bertambahlah bayaran ansuran bulanan.
Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan jumlah keuntungan yang ingin dicapai melalui loan ASB.
5. Kadar dividen tahunan ASB boleh berubah
Untuk ASB, yang dijamin adalah modal pelaburan sahaja, tetapi bukan kadar keuntungan.
Maksudnya, jika anda melabur RM 100,000, maka nilai tersebut akan kekal dan tidak akan terjejas walaupun hakikatnya ASB itu sedang mengalami kerugian.
Tetapi, kadar dividen atau bonus yang diberikan setiap tahun adalah tidak dijamin jumlahnya; bergantung kepada prestasi dan keuntungan dana ASB sendiri.
Walaupun rekod menunjukkan bahawa kadar dividen ASB tidak pernah lebih rendah daripada 7%, tetapi dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak mustahil yang kadar dividen ASB akan lebih rendah daripada nilai tersebut.
Kenapa perkara ini penting bagi mereka yang buat teknik loan ASB?
Kerana kadar dividen ASB boleh mempengaruhi jumlah keuntungan yang ingin diperoleh melalui teknik yang dilakukan.
Malah, kebanyakan teknik financing/loan ASB yang diajar meletakkan nilai kadar dividen ASB 7.5% atau lebih dalam pengiraan yang ditunjukkan.
Untuk lebih faham, katakanlah Siti membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 selama 25 tahun dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,193/bulan (RM 14,316/tahun)
Siti merancang untuk menggunakan teknik penggubahan (baca di sini: 3 Teknik Loan ASB), maka untuk bayaran ansuran bagi tahun pertama, Siti gunakan duit simpanan beliau.
Untuk tahun kedua pula, Siti merancang untuk menggunakan hasil dividen yang diperoleh daripada sijil loan ASB beliau.
Tetapi, kadar dividen yang diisytiharkan adalah 7% sahaja (sijil loan ASB Siti tidak layak untuk bonus ASB kerana belum capai usia 10 tahun); ini bermakna Siti hanya mendapat RM 14,000 sahaja.
Jumlah ini tidak mencukupi untuk membayar ansuran untuk tahun kedua, malah Siti perlu tambah daripada duit sendiri pula.
Jika ini berterusan, sudah semestinya jumlah hasil akhir yang diperoleh Siti tidak akan sama sepertimana yang ditunjukkan dalam pengiraan teknik loan ASB yang beliau belajar.
Bukan untuk menakutkan
Tujuan semua perkara di atas dijelaskan bukan untuk menakutkan datau menghalang untuk melakukan teknik loan ASB.
Malah, teknik loan ASB memang boleh menjadi satu tool yang hebat sebagai simpanan-paksaan untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini.
Cumanya, sebelum membuat teknik loan ASB, pastikan betul-betul faham dengan teknik yang ingin digunakan, dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Dan pastikan apabila ingin melakukan teknik loan ASB, kena ada perancangan yang jelas dari segi objektif, tempoh masa dan keuntungan yang ingin dicapai.
Kalau nak belajar teknik loan ASB, boleh dapatkan di sini: Combo ASB Genius
Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius
..
Waa tulisan yang sangat menyeluruh dan tidak bias. Saya baru saja balik dari bank Maybank tadi. Saya cakap nak buat AHB. Mereka cuba pujuk buat ASB loan dan bandingkan dengan AHB. Tapi ada 1 ayat daripada Personal Financial Advisor (PFA) buatkan saya rasa berfikir kena balik dan kaji dulu berkenaan ASB loan ni.
“Kalau ambil 50k nanti lepas tolak interest rate 5.2%, itulah untung setiap tahun. Siapa nak bagi duit free-free kan”. Kira-kira, kalau dividen ASB 7% dan tolak interest rate 5.2%, dapat untung 1.8%.
Tak dinafikan tetap untung, tapi 5 poin tulisan tuan/puan memberi pandangan sisi lain ASB loan ni.
Bagus Tuan. Dalam hal melibatkan kewangan ini, jangan mudah terliur dengan tawaran daripada orang lain. Perlu buat banyak pertimbangan terlebih dahulu. Selepas yakin dengan pertimbangan sendiri, barulah buat keputusan yang terbaik.
As’kum..saya iz..sy nak tanya apa yang telah terjadi kepada saya(rekod saya dengan bank) atau akaun asb saya setelah sekian lama saya tidak dapat meneruskan pembayaran ansuran pinjaman asb selama bermula2013 dan sehingga sekarang 2017 disember..saya mula asb pada tahun 2011 pinjaman asb sebanyak 100k.. pada tahun pertama dan kedua saya tiada masalah membuat bayaran ansuran bulanan asb saya.sehingga pada tahun ke tiga saya hanya berpeluang membuat bayaran bulanan asb selama 2 bulan.. selepas itu saya ditimpa masalah yang tidak membolehkan saya meneruskan pembayaran ansuran bulanan asb saya.. dividen tahun pertama dan tahun kedua saya guna kerana mengalami pemasalah berkaitan dgn kewangn.. justeru itu saya merancang untuk membuat pembayaran ansuran bulanan asb setiap bulan seperti tahun yang sebelunya kerana dividen tahun sebelumnya sy mempunyai pemasalahan yang sama yang mengakibat kan saya menggunakan dividen yang sy peroleh..namun begitu saya berjaya melunaskan bayaran pinjaman bulanan sy pada tahun kedua tersebut.masuk tahun ketiga di diawal permulaan sy membuat pembayaran bulanan pinjaman asb saya,saya telah mengalami pemasaalahan yang tidak dapat dielakkan.dan saya sempat membuat 2 bulan pembayaran bulanan saya..dan sejak itu saya tidak lagi memperoleh peluang membuat pembayaran bulanan pinjaman asb saya sehingga sekarang dan tidak langsung berpeluang menguruskan akaun simpanan pinjaman asb saya disebabkan pemasaalahan yang telah menimpa saya diketika itu dan sehinggalah sekarang.saya kini baru memperoleh berpeluang untuk melakukan perkembangan akaun saya..tapi saya belom pergi bank atau bertanya kan mana-mana pihak tertentu untuk menngetahui apa yang telah terjadi dengan status nama akaun asb saya? Boleh tolong saya? Terima kasih..
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Apa yang saya tahu, ini yang bank akan buat kalau peminjam default bayaran untuk loan/financing ASB yang diambil:
1. Gunakan dividen yang diperoleh untuk menampung bayaran bulanan
2. Jika dividen pun tiada/dikeluarkan peminjam, bank akan terminate pinjaman, gunakan nilai serahan untuk tampung bayaran yang tertunggak, dan bakinya (kalau ada) akan diserahkan kepada peminjam semula
3. Jika kedua-dua langkah di atas masih tidak dapat menampung tunggakan bayaran, maka bank berhak menuntut lagi dengan peminjam
Untuk kes Tuan, saya sarankan untuk PERGI KE BANK yang Tuan buat pinjaman tersebut untuk SEMAK STATUS terkini loan Tuan tersebut, sebelum bank ambil apa-apa tindakan yang bakal menyusahkan Tuan pada masa hadapan seperti disenarai hitamkan atau dicadang untuk diletak status muflis.
saya telah langsaikan pinjaman asb yg saya buat di RHB bank .berapa lamakah masa diambil untuk saya mengambil duit dalam akaun asb….dah sebulan lebih sy masih lg menunggu…..
Perlu ke bank untuk dapatkan kepastian.
Salam
Tuan sy nak tanya jika sy buat asb loan pada tahun 2012 selepas itu tak mampu bayar dan sy sudah di blacklist.. tp selepas sy mmbuat pembayaran blacknlist itu adakah sy boleh mmbuat asb loan baru ? Sy buat dkt mybank. Ttpi ptugas kata blh.. adakah ia ada tempoh matang selepaa pembyaran black list sy.. sy dh langsai kan smua yg tertunggk dan dh cleae dr ccris..
Wa’alaikummussalam.
Kebiasaannya, ambil masa 12 bulan untuk rekod bayaran tertunggak loan ‘dibersihkan’ daripada rekod CCRIS. Untuk blacklist pula, bergantung kepada bank. Tuan boleh cuba apply, nanti bank akan nilaikan sama ada permohonan Tuan boleh diluluskan atau tidak.
Salam tuan,
Sy ada sebuah kereta yg boleh dijual pada harga 15k dan simpanan 4k. Sy bercadang utk membuat loan asb 100k selama 30 tahun dan jual kereta sy utk membayar setahun loan asb tersebut. Kemudian sy akan gunakan teknik compounding utk mbayar tahun2 berikutnya. Cukup 5 tahun sy akan terminate. Sy juga akan buat personal loan sebnyk 20k utk topup sebuah kereta 2nd yg akan dibayar selama 5 tahun. Pada perkiraan sy, interest yg sy akan byr pada bank utk kereta nnt lebih rendah berbanding untung yg sy akan dapat dr asb. Adakah investment sy ini berbaloi? Terima kasih
Wsalam. Sebenarnya, susah juga untuk saya jawab soalan Tuan ini.
Bagi saya, kalau Tuan dan buat kira-kira secukupnya dan yakin dengan langkah yang nak diambil, insyaAllah berbaloi.
Lagipun, ikut yang saya faham dan nampak, nanti selepas 5 tahun, sekurang-kurangnya Tuan masih ada simpanan hasil daripada teknik loan ASB yang digunakan.
Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada keputusan Tuan sendiri 🙂
assalamualaikum, saya ada amik asb loan konvensional rm50k, sudah 3thn sy menyimpan, skrg duit cash ada rm15k (campur duit lain). Jadi sy pergi ke bank cimb, staff ASB tu sarankan sy tutup account rm50k.then amik rm100k. sy minta pendapat dr pihak tuan. apa sepatutunya sy perlu buat untuk menambahkan lg keuntungan.
Wsalam. Saya pun turut sarankan Cik untuk tutup account RM50k, kerana ianya loan konvensional.
Untuk maksimakan keuntungan, dengan wang tunai RM 15k yang Cik ada, saya sarankan untuk Cik buka akaun ASB financing (pastikan Islamic account) sebanyak RM 200k untuk tempoh 25 ke 30 tahun. Gunakan duit RM 15k untuk bayar bayaran bulanan selama setahun. Untuk bayaran tahun ke 2 dan seterusnya, boleh rolling bayar guna duit dividen yang diperoleh.
Sy ju nk kepastian boleh ke sy ttup akaun ptama 20 k yg sy buat selepas 5thn kerana bru buat tmbhan 30k tuk loan bru
Boleh sahaja jika dah lepasi tempoh lock-in.
As salam..saya baru jual umah saya & nk msk asb loan 50k tp agent suh ikat 30thn skrg saya 39thn & monthly 345.
Soalan saya. Berbaloi ker saya nk saving dlm asb loan? Sbb saya Ada saving extra sbb jual umah. Saya X nak invest dlm fd..tp bila kira² loan asb nie mcm ok mcm X ok.
Tuan bole bg pendaat x?
Maaf, saya tak faham soalan Cik.
Saya ada saving 50k tp saya mcm berminat untuk buat asb loan untuk dpt lbh keuntungan. Pada pendapat en, ok ker Kalo saya masuk asb loan under Maybank?
Saya amik loan sebanyak 50k & ikat selama 30thn.
Bagi saya, kalau Saudari berkemampuan, tiada masalah.
Assalamualaikum
5 tahun lepas saya ada apply dengan Maybank loan ASB sepertu berikut
Jumlah Pinjaman: RM30,000.00
Masa bayaran: 20 Tahun
Bayaran Bulanan : RM204.00
Baru baru ini saya terdetik untuk membaca kembali kontrak Maybank dengan saya. Jelas tertulis disitu
Prinsipal pinjaman: RM30k
Bayaran Bulanan : RM204
Jumlah bayaran penuh: RM74140.00
Apabila dikira balik bayaran penuh bahagi dengan bayaran bulanan
74140/204 = 363 Bulan = 30 Tahun
Ini bermaksud saya akan bayar lebihan sebanyak 10 Tahun.
Sehingga tarikh ini saya sudah call HQ Maybank tetapi diorang suruh refer dekat branch. Saya akan follow up dengan branch dalam masa terdekat.
Oleh itu saya berpesan kepada sahabat semua sila baca dan buat pengiraan sendiri.
Wa’alaikummusalam. Kebanyakan loan ASB adalah berdasarkan pengiraan reducing balance. Jadi, pengiraan yang Tuan tunjukkan ini adalah kurang tepat. Oleh itu, disarankan juga untuk Tuan merujuk kembali kepada branch bank tersebut untuk mendapatkan penjelasan sepenuhnya.
Assalamualaikum,
Saya baru ambil ASB loan dengan maybank pada awal tahun ini sebanyak RM100,000 dengan bulanan sebanyak RM560 selama 30 tahun (selepas kenaikan OPR di mana sebelum ini hanya RM544 sahaja!). Selepas bayaran bulanan sehingga kini, saya dapati jumlah yang ditolak pada principal adalah sangat-sangat sedikit di mana hanya menolak sebanyak RM100 sahaja. Betulkah pada 3 tahun pertama bayaran asb loan, portion bayaran bagi principal mmg akan ditolak dengan amaun yang sangat sedikit?
Terima kasih atas bantuan.
Loan ASB dikira berdasarkan pengiraan ke atas baki berkurang (reducing balance). Jadi, pada tahun-tahun terawal, sebahagian besar bayaran adalah untuk membayar faedah berbanding membayar prinsipal.
Saya menjadi mangsa wakil maybank. Pada mula jumpa wakil maybank tidak langsung maklum akan disenarai hitamkan jika gagal buat pembayaran. Sekarang sudah 2 bulan tertunggak bayaran. Menanti untuk disenarai hitamkan. Terima kasih maybank yang begitu baik hati.
Mana-mana bank pun akan senarai hitamkan kalau ada lewat atau gagal bayaran. Biasalah, bank.
Assalam Tuan Izzuddin,
1- Kalau saya ingin membuat full settlement, ada insentif dari bank (CIMB) untuk peminjam? Insentif yg saya maksudkan seperti discount ke atas baki pinjaman.
2- Selepas full settlement, apa yang perlu saya lakukan keatas sijil tu? Biarkan dalam bentuk sijil atau saya perlu tukarkan kepada Cash Investment?
Terima Kasih
Wsalam.
1. Maaf, saya kurang pasti. Tetapi, setahu saya, tiada diskaun.
2. Tuan boleh keluarkan atau biarkan sahaja di dalam akaun ASB Tuan.
saya ada dapat surat dr bank mengatakan ada tunggakan bayaran sebanyak rm600 brmaksud 2 bulan tak bayar. adakah akaun saya telah disenarai hitam oleh pihak asb? tetapi baru baru ni maybank telah hantar surat mengatakan akaun saya ” exceed money ” dimana ia dari ASB. saya sangat tak faham. bila call pihak sana suruh tunggu mereka utk call tp dah seminggu senyap je. bole bg pnjelasan tak? saya taknak akaun saya kena senarai hitam. tolong bantu
Maaf, saya pun tidak tahu. Nasihat saya, sebaik-baiknya Cik terus ke mana-mana cawangan bank tersebut untuk mendapatkan bantuan. Mungkin ada tersalah informasi atau kurang faham yang menyebabkan kekeliruan ini. Dengan bertemu secara face-to-face, lebih mudah untuk menyelesaikan masalah.
Hi en, berdasarkan bacaan Saya di atas, apa beza asb loan konvensional n asb financing?
Bea dari segi kontrak atau perjanjian yang mendasari loan atau financing tersebut. Loan ASB konvensional adalah tidak patuh-syariah, manakala financing ASB (pembiayaan ASB) adalah patuh-syariah.
Salam…saya ada soalan…
Saya ada tertunggak akaun ASB saya bulan 11 dan dan plan buat bayaran pads 28.12, tapi akaun ASB akan tutup pada 21.12. Adakah terdapat kesan kepadan bayaran dividen ASB saya? Adakah saya layak menerima dividen ASB?
Wsalam. Bayaran loan ASB tidak berkaitan dengan / tidak menjejaskan dividen ASB. Cuma, oleh kerana ada kelewatan bayaran atas loan ASB, bank mungkin mengenakan denda atas kelewatan tersebut.
akum..sye nk tny klu kta wt loan sbnyk rm10k…tmph byrn 5 thn.byrn blanan rm200…slps 2 kta dh byr lbh dr tmph yg d ttpkn…ada kh kta wjib dpt loan rm10k trsbt???tp dlm kes kwn sye die x dpt pn rm10k…die hny dpt rm700 bnus…n dlm akaun die cma ada rm4000..adakh kita bley amik blik duit yg kta byr slma brbln2. 2?
Wsalam. Maaf, saya tak berapa faham soalan.
Asslamualaikum, sya nak tanya , dulu masa 2014 saye ada mengambil asb dan saye hanya bayar pada tahun pertama sahaja. Sehingga sekarang saye
tak bayar lagi asb itu Adakah sya dikenakan blacklist ?
Wsalam. Cik perlu pergi ke bank yang Cik buat loan tersebut dan buat semakan.
Terima Kasih Maklumatnya..sangat membantu😁
Sama-sama 🙂
Tuan, saya nak tanya. Katakn kita ambil loan asb 200K ni slama 30 thn. Pada tahun pertama kita bayar bulanan mcm biasa lepas tu tahun kedua kita guna dividen rolling itu untuk bayar balik smpailah tahun2 seterusnya jgk sama. So katakn kl gaji bersih saya tinggal Rm3,200 saya nak apply loan beli rumah adakah loan asb itu tetap dikira debt service ratio walaupn saya terima gaji bersih? sbb loan asb hnya bayar mngunakn dividen dan tak usik gaji bulanan.
Bergantung kepada bank yang Cik nak buat loan rumah tersebut. Ada bank mengambil kira loan ASB dalam kiraan Debt-Service-ratio, ada yang tak ambil kira. Cik perlu bertanya kepada bank yang Cik nak buat loan rumah.
Salam en, ada tak cara lain untuk saya contact en?
Wsalam. Boleh hubungi saya melalui laman Hubungi Penulis
Assalamualaikum en. Sye nak tahu kelayakan gaji minimum untuk memohon loan asb nie berapa ye??klau ikut gaji sye dlm 1.5k sahaja tpi sye xde kotmitmen lain..1.5 bersih tiap2 bulan..agak2 dpt x sye mohon..loan yg sye nak buat adalah 10k saja
Wsalam. Perlu berjumpa ejen loan ASB. Sebab ada faktor-faktor lain juga yang diambil kira. Boleh ke mana-mana bank yang offer ASB loan seperti Maybank, CIMB, Affin, BSN, RHB. Ada pegawai atau ejen yang boleh bantu nanti.
Aslkum encik.. Asb loan ni berapa amount pun kita loan tetap untung ye? Cth nak ambil 30k sja.. Terima kasih
Wsalam. Bergantung juga kepada tempoh pinjaman dan juga jumlah bayaran bulanan. Biasanya, kalau loan kurang RM 50k, ada bank kenakan kadar faedah lebih tinggi, menyebabkan jumlah bayaran bulanan lebih tinggi. Maka, keuntungan lebih kecil. Malah, kadang-kadang tidak berbaloi sebab jumlah keuntungan terlalu kecil.
Salam…saya baru sahaja memohon ASB LOAN ni dari maybank dalam 35k utk tempoh 30 thn dan sudah approve….sekarang saya nak ubah balik sbb nak ambik 10k utk 5 tahun..bolehkah saya ubah jumlah tersebut kepada 10k utk 5 tahun atau tak boleh..sekiranya tak boleh, sekiranya saya membayar lebih utk setiap bulan bagi ansuran 35k utk 30 thn tersebut, bolehkah saya menggunakan loan tersebut sebelum 30 tahun atau tetap utk 30 tahun tersebut???
Wsalam. Setahu saya, tak boleh ubah. Tetapi, boleh buat bayaran lebih untuk tamatkan loan awal. Bergantung kepada kontrak yang ditandatangani dengan bank tersebut. Kalau tamat awal, boleh terus dapat jumlah yang ada.
Hai, saya nak tanya. Saya dah buat asb loan dari bulan oct 2019. Saya ada 2 bulan tunggakan, jika sijil asb di jual, apa akan jadi? Dan macam mana untuk clearkan nama dari blacklist tersebut?
Jika sijil dijual, maka saudari hanya akan dapat baki daripada hasil jualan sijil tersebut. Bank ada pengiraannya. Untuk clear blacklist, sama ada bayar tunggakan tersebut atau berbincang dengan pihak bank.
Saya ada membuat pinjaman loan asb 2010 sebanyak 50k selama 25thn dgn bayaran 310 sebulan. Saya tiada masalah pembayaran tetapi tahun ini saya bercadang menamatkan loan lebih awal. Bolehkah saya tamatkn dan bagaimana cara pengiraan duit yg saya dapat daripada penamatan awal ini. Tq
Wsalam. Ya, tiada masalah untuk terminate. Boleh ke bank yang dibuat loan tersebut. Untuk cara pengiraan, boleh rujuk contoh pengiraan di sini: Teknik Loan ASB
Salam encik,
Saya ada buat loan asbf total 150k.
50k guna maybank, 100k rhb. Untuk loan maybank saya dh masuk tahun kedua manakala rhb baru tahun pertama. Saya fikir loan dgn maybank saya nak rolling dividen sahaja, so saya keluarkan dividen dari maybank dan masuk ke akaun semasa saya, saya keluarkan pada bulan 3. Saya buat pembayaran untuk bulan 4-12 secara lump sum melalui application maybank2u contoh rm250x9bulan=rm2250. Saya tidak membuat penangguhan untuk musim pkp ni. Tapi bila saya cek knpa loan saya still tolak dri akaun semasa bukan saya dah bayar untuk setahun ke.sebab saya dh bayar rm2250 untuk setahun terus.
Terima kasih
Wsalam. Untuk masalah ini, lebih baik jika Cik rujuk dengan Maybank. Mungkin sebelum ini Cik ada buat auto-instruction untuk deduct daripada akaun semasa tersebut, sebab itulah masih ada penolakan walaupun dah buat bayaran lumpsum manual melalui Maybank2u. Jadi, Cik perlu maklumkan ke bank untuk batalkan auto-deduction tersebut.
Salam saya nak bertanya..saya ada buat asb 50k untuk tempoh 30tahun..ini bulan pertama saya 1/10 ..saya buat pembyaran secara manual 30/9 sehari sebelum tarikh pembayaran…pada 1/10 dalam acc personal saya ada penolakan sebanyak rm50 ..adakah ini cas fee atau ape ya??lagi satu ape maksud instalment due ??
Wsalam. Perlu bertanya kepada bank tentang penolakan RM50 tersebut. Mungkin caj tertentu, atau bayaran bulanan yang tak cukup walaupun telah dibuat bayaran manual sebelum itu. Installment due bermaksud tarikh terakhir bayaran untuk bulan tersebut perlu dibuat.
Minta pendapat untuk gaji 1.6k berapa pinjaman yang patut saya pilih then boleh ke lepas .. sekiranya gaji 1600k lepas saya buat pinjaman ASB adakah Maseh boleh mohon loan untuk beli kereta untuk 2year akan datang ..
Hai saya ingin bertanya bagaimana cara untuk tidak disenaraihitamkan dari ccris sebab tahun 2020 ada 3bulan bayaran tertunggak..kerana masalah kewangan peribadi, perlu kah saya membayar tunggakan baru tidak disenaraihitamkan? dan adakah duit loan asb maybank yg saya byr sblum2 ni sy akan dapat kembali?
Ya, perlu bayar tunggakan tersebut. Kalau ada apa-apa masalah, boleh berbincang dengan bank untuk penstrukturan balik bayaran bulanan, mungkin boleh kurangkan jumlah bayaran bulanan dengan memanjangkan tempoh bayaran. Cara ini adalah lebih baik berbanding hanya mendiamkan diri dan tidak membuat bayaran langsung.
Untuk loan ASB, boleh rujuk dengan bank berapa nilai surrender yang masih ada. Biasanya, jika bayaran cantik sebelum ini, boleh dapat semula.
Saya nak tanya kiranya tempoh sijil saya telah matang berapakah pulangan yg akan sy dot? Contohnya 100 k.. sy akn dpt duit sijil 100k beserta dgn wang yg sy bayar setiap bulan tu ke? Then ada lg x apa2 yg sy dpt?
Akan dapat 100k sijil dan juga hasil dividen dan bonus setiap tahun.
Assalamualaikum Tuan . Sy nak tnya berbaloi ke Sy tutup akaun asb Sy yg dah lama..
Acc 1
Rm336
4/2014 Mula
4/2032 Thn seetle
Acc 2
Rm339
9/2008 Mula
9/2027 Thn seetle..
Refund (Anggaran bank bgtau)
Acc1
RM15, 873
Acc 2
RM29, 310
Dan buat akaun Baru lain.. Sbb Sy kirakan pulangan dr bank, x dpt sama seperti tahun dah d bayar..
Klu Sy tutup, Sy bercadang mskkan duit ke UT.. Atau Biarkan smpai cukup tempuh.. Sbb bbrpa tahun je laga 1 akaun tu
Mohon bantuan sht dr Tuan
Sy join asb pada tahun 2015 setahun sahaja di rhb..lepas tu sy ade masalah kewangan sy keluarkan duit dividen dan tidak membayar lagi..pada tahun 2016 sy mendapat rm600 lagi dr asb disebabkan sy dh lama tak berkerja kerana menjga nenek sy keluarkn pda tahun 2021 sy mendapat surat tunggakan sebanyak rm356…dan mendapat panggilan ..dan minta sy membayar tunggakan tersebut..kalo tidak aset sy dibekukan dan diiktihar muflis..betol ke ..sedangkan itu simpanan kenapa mcm kita yg berhutang pada bank
Kalau Cik buat loan ASB dengan RHB, kira loan lah. Kalau tak terminate dan tak bayar, maka dikira berhutang dengan bank.
Assalamualaikum Tuan . saya nak tanya. Kalau pinjaman asb saya dah tinggal rm6000 sahaja, boleh ke saya terus bayar habis pinjaman tu?
Wsalam. Perlu rujuk kepada bank untuk klausa penamatan. Biasanya, boleh.
assalam, saya nak tanya kalau bulan ni kita tak dapat bayar loan ASB. Adakah bulan depan bank akan tolak double untuk dua bulan ?
Wsalam. Bergantung kepada bank. Kebiasaannya, akan tolak double.
tahun lps saya da asb loan lpstu saya benti keje atas faktor tertentu and pihak bank dah tamatkan dulu dan dah jual sijil asb saya..skrng rhb msj ada tunggakkan so saya dikira diblacklist ke?
Kalau ada rekod hutang tertunggak, biasanya rekod CCRIS (yang banyaka dirujuk pihak bank untuk luluskan pembiayaan) akan menjadi tidak cantik. Boleh berbincang dengan bank untuk selesaikan bayaran tertunggak tersebut.