Portal Tabung Haji Online THiJARI

tabung haji online thijari semak hibah daftar hajiBagi menggantikan portal eTHiJARI yang lama, pihak Tabung Haji (TH) telah melancarkan portal Tabung Haji online THiJARI baharu untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi online bagi akaun TH masing-masing.

Saya sering mendapat soalan tentang portal ini sama ada melalui komen-komen di post lama atau menerusi emel.

Rupa-rupanya ramai yang berminat nak tahu tentang portal Tabung Haji online eTHiJARI baharu ini.

Untuk memenuhi hasrat pembaca blog JomUrusDuit ini, kali ini saya akan tunjukkan serba sedikit tentang portal ini.

Portal THiJARI boleh diakses melalui pautan yang berikut: www.thijari.com.my

Jika anda mempunyai akaun TH, maka anda boleh daftar dan gunakan perkhidmatan di portal tersebut.

Baca juga:  Agihan Pendapatan Dividen & Bonus ASB 2016

Cara Daftar Portal Tabung Haji Online THiJARI

Untuk mendaftar di THiJARI, perlu lakukan langkah-langkah yang berikut:

Langkah daftar THiJARI #1 – Pergi ke pautan THiJARI di www.thijari.com.my, anda akan terus dipaparkan dengan muka depan portal tersebut.

Klik pada butang Daftar

daftar tabung haji online thijari

Langkah daftar THiJARI #2 – Isi maklumat-maklumat yang diperlukan iaitu nombor kad pengenalan dan juga nombor akaun TH.

Pastikan nombor kad pengenalan dan akaun TH adalah sepadan, maksudnya janganlah masukkan nombor kad pengenalan orang lain dengan nombor akaun orang lain.

Klik butang Seterusnya

daftar tabung haji online thijari

Langkah daftar THiJARI #3 – Anda perlu masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan untuk akaun TH tadi.

Jika masih belum daftar nombor telefon, boleh ke mana-mana cawangan TH terdekat untuk mendaftar.

Selepas masukkan nombor telefon, klik pada butang Hantar

daftar tabung haji online thijari

Langkah daftar THiJARI #4 – Sekarang, perlu mohon nombor TAC untuk sahkan pendaftaran.

Hanya perlu klik pada Mohon TAC dan nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan tadi.

daftar tabung haji online thijari

Masukkan nombor TAC yang diperoleh dan klik Seterusnya

daftar tabung haji online thijari

Langkah daftar THiJARI #5 – Selepas disahkan, anda perlu mengisi butiran yang diperlukan seperti yang dipaparkan di bawah:

daftar tabung haji online thijari

Pastikan ID pengguna masih belum digunakan orang lain dan kata laluan adalah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

daftar tabung haji online thijari

Anda juga perlu memilih gambar keselamatan dan bersetuju dengan terma & syarat yang ditetapkan.

Akhir sekali, klik pada butang Hantar dan anda telah selesai daftar portal Tabung Haji online THiJARI.

daftar tabung haji online thijari

Anda boleh Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi untuk mula menggunakan portal ini.

Perkhidmatan di Portal Tabung Haji Online eTHiJARI

portal thijari

Sehingga artikel ini ditulis, perkhidmatan yang disediakan melalui THiJARI dibahagikan kepada 3 perkhidmatan asas yang berikut:

  • Kemaskini Profil
  • Akaun TH
  • Perkhidmatan Haji
  • Kelab TaHa/TaHa@U

Perkhidmatan THiJARI #1 – Kemaskini Profil

Dengan klik pada Profil Saya, anda boleh mengemaskini butiran profil anda.

kemaskini profil portal thijari

Di sini, anda boleh kemaskini butiran peribadi seperti alamat surat-menyurat, emel dan butiran pekerjaan.

Anda juga boleh melakukan penyelenggaraan had harian bagi mengubah jumlah had yang dibenarkan bagi transaksi pindahan wang sama ada ke akaun persendirian atau pun pihak ketiga.

kemaskini profil portal thijari

Baca juga:  10 Sebab Digalakkan Simpan Duit Dalam Tabung Haji

Perkhidmatan THiJARI #2 – Akaun TH

Melalui portal Tabung Haji online THiJARI, anda boleh melakukan perkara-perkara yang berikut berkaitan akaun TH:

#1 – Memeriksa baki dan penyata akaun

Dengan klik pada menu Ringkasan Akaun, anda dapat melihat baki terkini akaun TH sendiri dan juga akaun-akaun lain yang didaftarkan di bawah nama anda seperti akaun TH anak-anak.

semak baki tabung haji online

Anda juga boleh melihat rekod transaksi keluar masuk, jumlah hibah diterima dan juga muat turun penyata.

#2 – Pindahan wang

Melalui menu pindahan simpanan TH, anda boleh melakukan transaksi pemindahan wang kepada akaun TH yang lain sama ada akaun TH sendiri, pihak ketiga atau pun kegemaran.

semak baki tabung haji online

Namun, hanya pemindahan ke akaun TH sahaja dibenarkan, bukan ke akaun bank.

Jika nak pindahkan wang ke akaun bank, boleh gunakan perkhidmatan bank online seperti Maybank2u, Bank Islam IB dan i-Rakyat.

#3 – Selenggara akaun TH kegemaran

Anda boleh menambah atau memadam akaun TH kegemaran menerusi portal THiJARI.

semak baki tabung haji online

Akaun kegemaran ini akan memudahkan anda untuk membuat pindahan wang tanpa perlu memohon nombor TAC berulang-ulang kali.

Contoh akaun TH kegemaran adalah akaun TH anak, isteri, ibu dan bapa.

Perkhidmatan THiJARI #3 – Perkhidmatan Haji

Antara perkhidmatan haji yang disedikan menerusi portal Tabung Haji online THiJARI adalah:

daftar haji online thijari

#1 Pendaftaran Haji – Bagi pendeposit Tabung Haji yang masih belum mendaftar haji, boleh lakukan pendaftaran haji melalui portal ini.

#2 Semak Status Pendaftaran Haji – Pengguna THiJARI boleh menyemak status pendaftaran haji; antara maklumat yang boleh diperoleh adalah nombor daftar haji, tahun daftar haji dan tahun peruntukan/giliran haji.

#3 Semak Tawaran Haji – Anda boleh menyemak sama ada mendapat tawaran mengerjakan haji bagi tahun semasa atau pun tidak.

#4 Surat Jadual Penerbangan Haji – Bagi yang terpilih untuk menunaikan haji melalui Tabung Haji pada tahun semasa, boleh mencetak surat jadual penerbangan haji melalui THiJARI.

#5 Kursus Haji – Di sini, anda boleh menyemak tarikh bagi kursus asas dan intensif haji yang diadakan di mana-mana tempat terdekat.

#6 Rayuan Haji – Menerusi menu ini, pengguna akan diberi panduan membuat rayuan haji dan boleh muat turun borang berkaitan.

Perkhidmatan THiJARI #4 – Kelab TaHa / TaHa@U

Melalui portal Tabung Haji online THiJARI, pengguna boleh mendaftar dan menyemak status pendaftaran dalam kelab TaHa dan TaHa@U.

daftar haji online thijari

Pengguna juga boleh mengakses e-kad keahlian serta memeriksa direktori dan lokasi Rakan Kelab TaHa yang ada menyediakan keistimewaan kepada ahli.

BONUS: Cara Semak Hibah Tabung Haji Online Guna THiJARI

Setiap tahun, Tabung Haji sentiasa mengumumkan agihan hibah kepada semua pendepositnya.

Biasanya, pengumuman dilakukan sekitar Februari atau Mac bagi hibah tahun sebelumnya.

Yang baru diumumkan bulan lalu, hibah Tabung Haji untuk tahun 2019 sebanyak 3.05%

Tapi, bagaimana nak periksa jumlah agihan hibah yang diterima?

Sekarang, anda boleh semak agihan hibah Tabung Haji secara online menerusi portal THiJARI.

Begini langkah-langkahnya:

Langkah #1 – Dalam portal THiJARI, klik pada menu Ringkasan Akaun.

semak baki tabung haji online

Langkah #2 – Klik pada akaun yang anda ingin periksa

Langkah #3 – Anda boleh periksa transaksi bagi tempoh sehingga 90 hari terakhir. Hanya pilih jenis transaksi dan tempoh yang inign diperiksa, kemudian klik Cari Transaksi.

semak hibah tabung haji online thijari

Anda akan dipaparkan transaksi yang berlaku termasuk agihan hibah/keuntungan Tabung Haji yang diperoleh.

semak hibah tabung haji online thijari

Langkah #4 – Anda juga boleh klik pada Penyata Mini. Di sini, anda boleh akses penyata bagi 6 bulan terakhir. Klik pada mana-mana bulan yang dikehendaki dan boleh muat turun penyata bagi bulan tersebut.

semak hibah tabung haji online thijari

Begitulah sahaja perkongsian saya berkenaan portal Tabung Haji online THiJARI.

Dengan adanya portal ini, lebih mudah untuk melakukan urusan berkaitan akaun TH sendiri.

Dah daftar THiJARI?

Kalau masih belum, cepat-cepat daftar sekarang!

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

Baca juga:  Portal Tabung Haji Online eTHiJARI

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini