Dalam artikel sebelum ini, 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda, saya hanya memberikan penerangan umum berkenaan teknik-teknik loan ASB yang boleh dilakukan untuk menjana lebih keuntungan.
Dalam artikel kali ini, saya akan menunjukkan pengiraan ringkas berkenaan 3 teknik loan ASB yang paling popular dan mudah untuk dilakukan iaitu teknik penggubahan, teknik terkumpul/compounding dan teknik ulangan.
Pengiraan yang akan ditunjukkan ini adalah berdasarkan rujukan daripada panduan Combo ASB Genius dari Tuan Key (klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)
Sebelum itu, ini beberapa fakta berkenaan ASB dan loan ASB yang perlu ada tahu:
1. Had loan ASB bagi sesuatu akaun adalah RM 200,000. Ini kerana had simpanan sebuah akaun ASB adalah RM 200,000, manakala akaun ASB2 adalah tanpa had.
2. Dividen ASB dikira berdasarkan baki bulanan terendah. Hari terakhir sesuatu bulan adalah pada 1 haribulan bulan tersebut. Contohnya, jika Ali membuka akaun ASB sebanyak RM 200,000 pada 1hb Januari, maka baki terendah pada bulan Januari adalah RM 200,000. Tetapi sekiranya dibuka pada 2hb Januari, baki terendah pada bulan Januari adalah RM 0 dan baki RM 200,000 hanya akan dikira bermula bulan Februari.
3. Hukum ASB menimbulkan banyak perdebatan, namun pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan hukum HARUS untuk simpanan ASB.
4. Kadar faedah loan ASB dikira berdasarkan kaedah baki berkurang (reducing balance method) sepertimana pinjaman/pembiayaan perumahan. Maka jadual amortization untuk pinjaman/pembiayaan perumahan boleh digunakan sebagai rujukan.
3 Teknik Loan ASB Paling Popular
Sekarang saya akan menunjukkan pengiraan untuk 3 teknik loan ASB yang paling mudah dan banyak digunakan orang lain.
Sebelum itu, (banyakkan bersabar ye), kita buat beberapa andaian yang berikut terlebih dahulu:
1. Kadar faedah loan ASB yang diambil adalah Kadar Asas (KA) + 1.20%. Pada masa artikel ini ditulis (12/07/2016), KA adalah 4.10%. Maka kadar faedah adalah 5.30%. (Saya mengambil kadar faedah yang ditawarkan oleh CIMB Bank, rujuk di sini)
2. Jumlah loan ASB yang dibuat adalah RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun. Berdasarkan jadual amortization di atas, anggaran bayaran bulanan adalah RM 1,204.40/bulan atau RM 14,452.80/tahun (Nilai yang diberikan adalah anggaran sahaja, untuk nilai sebenar sila rujuk bank pemberi pinjaman/pembiayaan)
3. Dividen ASB dianggarkan 7.5% setahun. Jika simpanan RM 200,000, maka dividen yang diperoleh adalah RM 15,000.
Teknik Loan ASB 1 – Teknik Penggubahan
Teknik ini sesuai untuk mereka yang sudah pun mempunyai nilai simpanan yang kecil dan ingin tukarkan kepada nilai simpanan yang besar tanpa mengeluarkan komitmen bulanan.
Contohnya, Ali mempunyai RM 14,500 simpanan tunai, maka beliau mampu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 1,204.40 (RM 14,452.80) untuk tahun pertama loan ASB yang berjumlah RM 200,000.
Apa yang perlu dilakukan Ali adalah:
1. Mohon loan ASB sebanyak RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun (anggaran ansuran bulanan RM 1,204.40)
2. Untuk tahun pertama, guna simpanan tunai RM 14,500 yang ada untuk bayar ansuran bulanan (RM 14,452.80 setahun)
3. Untuk tahun-tahun seterusnya, gunakan dividen yang diperoleh (7.5% x RM 200,000 = RM 15,000) untuk membayar ansuran bulanan.
4. Selepas 5 tahun, surrender balik sijil dan tamatkan loan ASB tadi. Ali akan punyai tunai lebih kurang RM 39,000.
Ini kiraannya:
Tahun 1: Simpanan yang ada (RM 14,500) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 47.20
Tahun 2: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 3: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 4: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 5: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Selepas 5 tahun, surrender sijil, dividen terakhir yang diperoleh (RM 15,000) disimpan.
Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,997.39 (sila rujuk jadual amortization di atas)
Maka, Ali masih akan punyai baki sebanyak RM 22,002.61.
Maka, anggaran jumlah simpanan Ali sekarang adalah RM 47.20 + 4(RM547.20) + RM 15,000 + RM 22,002.61 = RM 39,238.61
Ali berjaya meningkatkan simpanannya daripada RM 14,500 kepada RM 39,000 dalam masa 5 tahun (pulangan terkompoun CAGR = 20% setahun)
Jika Ali hanya biarkan RM 14,500 yang asal tadi dalam ASB, dianggarkan nilainya selepas 5 tahun adalah RM 21,000 sahaja.
(Dapatkan Combo ASB Genius di sini atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)
Teknik Loan ASB 2 – Teknik Pengumpulan/Compounding
Teknik ini sesuai untuk mereka yang komited membuat simpanan atau mampu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 1,204.40.
Contoh situasi, Abu memang merancang dan mampu menyimpan sebanyak RM 1,204.40 setiap bulan.
Daripada menyimpan secara bulanan ke dalam ASB, Abu memohon loan ASB sebanyak RM 200,000 dan gunakan duit yang mahu disimpan tadi untuk membayar ansuran bulanan loan ASB tersebut.
Selepas 5 tahun, Abu surrender sijil dan akan mempunyai lebih kurang RM 109,000
Oleh kerana Abu tidak menggunakan dividen ASB yang diperoleh untuk membayar ansuran bulanan, maka dividen tersebut di‘compounding’kan dengan nilai asal yang ada.
Ini kiraannya:
Tahun 1: RM 200,000 + (7.5% x RM 200,000) = RM 215,000.00
Tahun 2: RM 215,000 + (7.5% x RM 215,000) = RM 231,125.00
Tahun 3: RM 231,125 + (7.5% x RM 231,125) = RM 248,459.00
Tahun 4: RM 248,459 + (7.5% x RM 248,459) = RM 267,093.00
Tahun 5: RM 267,093 + (7.5% x RM 267,093) = RM 287,125.00
Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,997.39 (sila rujuk jadual amortization di atas)
Maka, anggaran yang akan diperoleh Abu adalah RM 287,125 – RM 177,997 = RM 109,128
Dengan modal sebanyak RM 72,264 (RM 1,204.40 x 12 bulan x 5 tahun), Abu berjaya memperoleh RM 109,000 dalam masa 5 tahun.
Jika Abu tidak melakukan teknik loan ASB ini dan hanya menyimpan RM 1,204.40 setiap bulan ke dalam ASB selama 5 tahun, anggaran jumlah terkumpul adalah RM 87,000
Teknik Loan ASB 3 – Teknik Ulangan
Teknik Ulangan sebenarnya menggabungkan teknik kedua (Teknik Pengumpulan/Compounding) dan teknik pertama (Teknik Penggubahan)
Dalam ayat di atas, sengaja saya menulis teknik kedua dahulu sebelum teknik pertama, kerana untuk Teknik Ulangan, perlu dilakukan Teknik Pengumpulan dahulu sebelum Teknik Penggubahan.
Tak faham?
Seperti yang semua sedia maklum, sekarang PNB sekarang menawarkan dua akaun pelaburan ASB, iaitu ASB dan ASB 2.
Akaun ASB dihadkan kepada RM 200,000 sahaja, manakala akaun ASB 2 tidak ada had nilai pelaburan.
Untuk Teknik Ulangan, seseorang itu perlu membuka dua sijil loan ASB, satu sijil loan ASB dan gunakan Teknik Pengumpulan dan satu lagi sijil loan ASB 2 dan gunakan Teknik Penggubahan.
Begini caranya.
Katakanlah Siti, sepertimana Abu, mampu dan sememangnya merancang untuk menyimpan sebanyak RM 1,204.40/bulan, iaitu menyamai ansuran bulanan untuk loan ASB berjumlah RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun.
Jadi, apa yang boleh dilakukan Siti adalah:
1. Mohon sijil loan ASB pertama sebanyak RM 200,000, dan bayar ansuran bulanan seperti biasa (Teknik Pengumpulan)
2. Selepas setahun dan peroleh dividen daripada sijil loan ASB pertama, buka pula sijil loan ASB kedua.
3. Gunakan dividen yang diperoleh daripada sijil loan ASB pertama untuk membayar ansuran bulanan sijil loan ASB kedua bagi tahun pertama sahaja sebanyak RM 14,452.80 (Teknik Penggubahan)
4. Pada masa sama, bayar ansuran bulanan sijil loan ASB pertama seperti biasa.
5. Setahun kemudian, dividen daripada sijil loan ASB pertama jangan diusik dan dibiarkan terkumpul sahaja dalam akaun tersebut.
6. Manakala, dividen daripada sijil loan ASB kedua digunakan untuk membayar ansuran bulanan akaun tersebut.
7. Ulang sehingga tahun keenam sebelum surrender kedua-dua sijil.
Berapa yang Siti peroleh?
Untuk sijil loan ASB pertama:
Tahun 1: RM 200,000 + [(7.5% x RM 200,000) – RM 14,452.80] = RM 200,547.00
Tahun 2: RM 200,547 + (7.5% x RM 200,547) = RM 215,588.00
Tahun 3: RM 215,588 + (7.5% x RM 215,588) = RM 231,757.00
Tahun 4: RM 231,757 + (7.5% x RM 231,757) = RM 248,956.00
Tahun 5: RM 248,956 + (7.5% x RM 248,956) = RM 267,627.00
Tahun 6: RM 267,627 + (7.5% x RM 267,627) = RM 287,700.00
Oleh kerana surrender sijil selepas 6 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 172,855 (sila rujuk jadual amortization di atas)
Maka, anggaran yang akan diperoleh Siti untuk sijil loan ASB pertama adalah RM 287,700 – RM 172,855 = RM 114,845
Untuk sijil loan ASB kedua pula:
Tahun 1: Dividen ASB pertama (RM 14,452.80) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 0.00
Tahun 2: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 3: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 4: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Tahun 5: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20
Selepas 5 tahun, surrender sijil, dividen terakhir yang diperoleh (RM 15,000) disimpan.
Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,998 (sila rujuk jadual amortization di atas)
Maka, Siti masih akan punyai baki sebanyak RM 22,002 (RM 200,000 – RM 177,998) dalam akaun loan ASB kedua beliau.
Jumlah yang Siti peroleh daripada sijil loan ASB kedua = (4 x RM 547.20) + RM 15,000 + RM 22,002 = RM 37,190
Maka jumlah keseluruhan daripada kedua-dua sijil loan ASB = RM 114,845 + RM 37,190 = RM 152,035
Manakala modal yang dikeluarkan Siti adalah RM 86,717 (RM 1,204.40 x 12 bulan x 6 tahun)
Yang Cantik & Yang Hodoh
Jika dilihat kepada pengiraan di atas, semuanya kelihatan cantik.
Memang nampak ketiga-tiga teknik loan ASB yang paling mudah dan popular ini sangat menguntungkan.
Itu belum lagi dilihat teknik-teknik lain yang didedahkan dalam Combo ASB Genius.
Waspada ya!
Yang cantik, tetap ada sisi hodohnya.
Cuba bayangkan jika kadar faedah naik, maka ansuran bulanan juga akan naik.
Cuba bayangkan kadar dividen ASB turun, maka jumlah dividen juga akan turun.
Saya akan ulas lebih lagi berkenaan sisi hodoh loan ASB dalam artikel yang lain.
Apa-apa pun, jika nak buat loan ASB, pastikan cukup dahulu ilmunya.
Boleh rujuk artikel-artikel ini untuk lebih banyak teknik loan ASB:
1. 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda
2. 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda II
3. Masih Relevenkah Teknik Financing ASB?
Jika nak lebih mudah, baca dan lihat video penerangan berkenaan teknik-teknik loan ASB dalam Combo ASB Genius.
Combo ASB Genius
Combo ASB Genius terdiri daripada ebook utama yang memperincikan berkenaan pembiayaan/pinjaman ASB (loan ASB) dan 8 teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan keuntungan lumayan.
Bersama-sama ebook utama, disertakan 9 video presentasi Tuan Key sendiri yang menerangkan pengiraan untuk setiap teknik.
Video yang diberikan memang sangat membantu dalam memahami kesemua teknik yang ditunjukkan dalam ebook utama.
Kebiasaannya, Tuan Key menjual ebook utama dan video secara berasingan, tetapi untuk pakej combo ini, kedua-duanya digabungkan sekali dengan satu harga sahaja.
Istimewanya lagi, jika anda dapatkan pakej combo ini, beberapa ebook lain turut diberikan percuma, antaranya:
1. Pencen Mewah Dengan Hartanah
2. Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot
3. Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong
4. Tips Mudah Lulus Pinjaman
5. Mudahnya Beli Rumah
Beberapa lagi ebook lain turut diberikan dari semasa ke semasa, dan semuanya adalah percuma.
Kesemua ebook ini dihasilkan Tuan Key dan rakan-rakannya berdasarkan pengalaman mereka sendiri (real case)
Tambah istimewa lagi, setiap kemaskini pada masa akan datang akan turut diberikan secara percuma.
Melalui pakej Combo ASB Genius, Tuan Key mendakwa beliau boleh membantu pembaca untuk belajar tentang:
1. Bagaimana menjana keuntungan 40% setahun melalui ASB
2. Bagaimana boleh menjana keuntungan sehingga 200% sebulan
3. Bagaimana kuasa compounding bekerja
4. Bagaimana membuat pembiayaan ASB sebanyak RM 200,000 dengan komitmen bulanan serendah RM 180 sahaja
5. Bagaimana menjana sehingga RM 150,000 dalam tempoh 5 tahun dengan komitmen bulanan RM 900 sahaja
Ada banyak lagi topik-topik yang dibincangkan oleh Tuan Key dalam ASB Genius, kena dapatkannya untuk penerangan lanjut.
(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)
Jika berminat untuk mendapatkan set Combo ASB Genius 2.0 ini, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
1. Buat bayaran RM 60 RM 40 ke akaun Maybank 5620 8560 7240 Key Empires Consultancy. Masukkan emel: keyempiresconsultancy@gmail.com Simpan gambar/screenshot resit bayaran.
2. Klik pada link di bawah:
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius
3. Isi semua maklumat peribadi yang diminta seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat emel (paling penting).
4. Masukkan maklumat pembayaran seperti yang diminta. Upload gambar/screenshot resit bayaran dalam sistem atau Whatsapp ke 013-9798719 (http://www.wasap.my/60139798719).
5. Klik pada kotak ‘Akuan’. Kemudian klik butang “Hantar”
Selepas order anda disahkan, anda akan menerima emel yang mengandungi link untuk download semua ebook dan video dalam pakej Combo ASB Genius ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://www.wasap.my/60139798719).
..
salam sejahtera.
saya baru sedar kelebihan buat ASB loan ini pada tahun ini iaitu 2017, terima kasih pada kawan yang bernama Norhisyam, yang walaupun pada payslip beliau cuma kata orang cukup makan, tapi boleh hidup selesa, dengan pengalaman menggunakan teknik pinjaman ASB loan.
Saya baru mula melabur dalam ASB, dimana teknik yang digunakan adalah, membuat pinjaman loan dengan bank, (untuk terkini Mei 2017, RHB menawarkan interest sebanyak 4.99%, kadar yang ternaik semasa komen di tulis & tiada lock in period seperti bank lain) & hanya membuat pembayaran selama setahun. Saya hanya layak membuat pinjaman selama 25 tahun disebabkan faktor umur & tahun 2018 depan nampaknya hanya layak 24 tahun lol
Ada 2 pertanyaan saya di sini:
1. pada pandangan tuan, adakah teknik ini berkesan? Membuat pinjaman selama 24 tahun, membayar dalam 597 sebulan, kemudian genap setahun, “terminate ASB loan” (tanpa membayarinsuran)
2. kalau menyimpan lebih dari 1 tahun, wajib atau perlu tak kita mengambil insuran pinjaman? untuk ASB 2 saya bercadang membuat satu lagi pinjaman sebanyak 200K dalam Oktober-November 2-17.
Terima kasih
Terima kasih atas pertanyaan.
Soalan #1
Untuk menilai sama ada teknik yang Tuan lakukan tersebut boleh berkesan atau tidak, saya perlu tahu jumlah loan ASB yang Tuan ambil dan teknik yang Tuan nak gunakan, sama ada Teknik Penggubahan atau Teknik Compounding. Atau pun, Tuan boleh buat kira-kira sendiri sepertimana yang saya tunjukkan dalam artikel ini.
Tetapi, bagi saya, kalau terminate dalam masa setahun, jumlah keuntungan mungkin tidak seberapa, malah boleh rugi jika kadar dividen yang diberikan ASB adalah rendah. Kalau terminate selepas 5 tahun, teknik loan ASB adalah lebih berkesan. Nasihat saya, Tuan kena pilih teknik yang sesuai untuk Tuan buat, buat kira-kira dan tetapkan tempoh terminate yang sesuai.
Soalan #2
Wajib atau tidak ambil insurans/takaful untuk pinjaman/pembiayaan ASB, Tuan perlu rujuk kepada pihak bank. Ada bank yang wajibkan, ada yang beri pilihan. Lagi pun, ada pro dan kontra mengambil insurans/takaful untuk pinjaman/pembiayaan ASB.
Pro; jika berlaku musibah ke atas Tuan seperti kematian atau kelumpuhan, maka insurans/takaful akan cover baki pinjaman/pembiayaan yang masih ada. Jadi, Tuan tak perlu ‘cairkan’ sijil ASB tersebut, dan Tuan akan dapat semua nilai sijil + dividen yang diperoleh. Jika tiada insurans/takaful, sijil ASB Tuan akan ‘dicairkan’ untuk membayar baki pinjaman/pembiayaan yang masih ada. Lebihan daripada itu barulah milik Tuan.
Kontra; jumlah bayaran untuk insurans/takaful akan dimasukkan sekali dalam kos pinjaman/pembiayaan ASB. Maka, bayaran bulanan akan lebih tinggi.
Terpulang kepada Tuan untuk decide sama ada perlu ambil insurans/takaful atau tidak. Sekali lagi, Tuan perlu buat penilaian dan kira-kira sendiri 🙂
assalamualaikum, boleh tuan ajar saya? jika tidak keberatan?
Wsalam. Boleh baca artikel-artikel lain yang saya tulis berkenaan ASB loan.
Salam tuan, tuan sy nk tw cntoh dividen dpat 7% tolak interest bank 5% jdi thun tu cma dpat 2% ka cmna? Bank ad twarkn sya asb loan 200k brdsarkn sttment bank sya.
Wsalam. Bukan semudah itu pengiraannya, sebab interest bank bukan ke atas jumlah loan, tetapi atas jumlah baki berkurangan. Pengiraan adalah seperti yang saya tunjukkan di dalam artikel.
Salam tuan. Bagi teknik ketiga. Saya kurang faham. Kiranya dividen pertama bagi first loan bayar untuk second loan tahun pertama. Dan dividen seterusnya bagi loan pertama jangan di usik. Dan untuk loan kedua. Guna dividen untuk membayar bulanan seterusnya? Maaf kalau soalan ni agak membingungkan.
Ya, betul.
Salam tuan.sy baru sahaja bermula buat asb loan dengan rhb. Banyak nasihat sy nak minta. Boleh tak kalau sy nak bncang melalui pm @ whatapps kalau tak keberatan?
Wa’alaikummussalam. Boleh bertanya soalan dengan hubungi saya melalui emel mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) atau melalui link Hubungi Penulis (http://jomurusduit.com/hubungi-penulis) di atas. Kalau ada perbincangan lanjut, nanti kita boleh bincang melalui Whatsapp 🙂
Tetapi, maaf, jangan mengharap saya reply dengan segera. Maklumlah, masih terikat dengan kerja. Lebih-lebih lagi sekarang ini bulan puasa, banyak benda nak buat 🙂
saya gaji sikit. macam mana nak buat pinjaman?
https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/05/19/cerek-elektrik-cara-jimatkan-elektrik/
Bank akan lihat kepada pendapatan, komitmen-komitmen (hutang) lain dan profil kewangan untuk tentukan layak atau tidak dapat pinjaman. Jadi, kenalah rujuk pegawai bank, bawa semua dokumen berkaitan pendapatan dan komitmen-komitmen lain, untuk tentukan berapa pinjaman yang layak.
salam tuan, saya masih muda dan ingin meminta pendapat tuan, adakah patut seumur saya di awal 20an membuat loan asb ini? dan sekiranya digalakkan, apakah langkah pertama yang patut saya lakukan, maklumlah, simpanan di asb saya baru mencecah ratusan sahaja. 🙂
Wa’alaikumussalam. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Sudah tentu, masa muda adalah masa terbaik untuk buat teknik loan ASB, sebab komitmen masih belum banyak. Start awal, dapat untung awal, nanti boleh terminate awal. Boleh gunakan keuntungan yang diperoleh untuk perancangan yang lain pula seperti beli rumah dan modal untuk pelaburan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah belajar dan fahamkan dulu tentang teknik loan ASB. Boleh baca banyak artikel yang telah dikongsikan di blog ini dan juga blog-blog lain. Lebih baik lagi kalau dapatkan Set Combo ASB Genius, panduan lengkap tentang teknik loan ASB dan pelaburan hartanah. Kalau nak set panduan ini, boleh hubungi saya dengan klik di sini: teknikloanasb.wasap.my
Pada masa sama, sentiasa beringat-ingat untuk uruskan duit dan kewangan peribadi dengan baik. Itu sahaja 🙂
Assalamualikum Tuan, maaf ingin bertanya jika saya termitnate Asb saya yg terdahulu dan saya buka yg baru, sedangkan sekarang sudah masuk bulan Aug 2017, Asb saya yg saya buka dahulu pada tahun 2010….ada kebaikkan tak untuk saya sebap sekarang kalau tak salah saya bayaran yang saya buat dahulu lebih tinggi daripada intress sakarang. jika saya salah maafkan saya.
Wa’alaikummussalam. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Maaf, saya tak boleh nak beri komen berkenaan perkara yang Tuan tanyakan. Banyak maklumat lain yang diperlukan untuk menilai sama ada perkara yang Tuan ingin lakukan berbaloi atau tidak.
Cuma, Tuan perlu lihat balik objektif Tuan buat pinjaman ASB pada 2010 dahulu, sama ada telah mencapai objektifnya atau tidak. Sama ada telah mendapatkan keuntungan atau tidak. Sama ada potensi untuk keuntungan pada masa depan masih baik atau tidak. Tuan perlu buat kira-kira sendiri terlebih dahulu. Kalau semuanya okay, tak perlu pun untuk terminate.
Tuan juga perlu buat kira-kira untuk pinjaman ASB yang Tuan bercadang nak ambil (jika terminate yang lama). Apa objektifnya, nak ambil untuk tempoh berapa lama, berapa jangkaan keuntungan dan banyak lagi perkara perlu diambil kira. Buat perbandingan dengan kira-kira menggunakan pinjaman ASB yang lama.
Janganlah terminate pinjaman ASB lama semata-mata nak kejar interest yang rendah sahaja. Sebaliknya, buat keputusan yang bijak berdasarkan penilaian dan kira-kira yang Tuan buat.
Itu sahaja, harap membantu 🙂
Pengiraan awak salah untuk Teknik Loan ASB 2 – Teknik Pengumpulan/Compounding. Setiap tahun, dividen adalah sentiasa sama 7.5% x 200000 sebab ASB pelaburan maksimum adalah 200000. Dividen akan dibayar secara cek, dan tidak boleh dilaburkan balik.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Tetapi, sepanjang pengalaman dan pengetahuan saya, dividen memang dikira ke atas modal+dividen. Dividen juga terus dilaburkan semula ke dalam akaun ASB.
Kalau sudi, Tuan boleh PM saya (klik Hubungi Kami) dan maklumkan daripada mana Tuan dapat maklumat-maklumat yang Tuan katakan.
kalau dah sampai limit RM200,000, dividen tersebut mana boleh dilaburkan semula sebab dah sampai limit. jadi pengiraan untuk tahun 2,3,4 dan 5 dah tak boleh pakai. mana mungkin nak dapat dividen 7.5% pada baki tahunan RM215,000 untuk tahun ke 2 [Teknik Pengumpulan/Compounding]? ASB bagi ke kita simpan lebih dari RM200,000? perenggan pertama pun dah cakap had limit ASB hanya RM200,000.
tambahan pula, semua analisa untuk teknik-teknik ASB financing ni terlupa nak ambil kira tahun pertama membayar installment bulanan. Sebelum dapat dividen pada tahun pertama, kita sudah perlu membayar bank setiap bulan sebelum dapat dividen pada akhir tahun pertama. jadi, semua keuntungan yang tuan nyatakan pada ketiga-tiga teknik ni perlu ditolak RM1,204.40 x 12 = RM14,452.80. inilah kos yang perlu dibayar setiap peminjam ASB financing. apabila ditambah kos ini kepada keuntungan-keuntungan yang tuan nyatakan, teknik ASB financing ini akan kalah dengan kaedah force saving (saya secara konsisten menyimpan RM1,204.40 dalam akaun ASB sendiri menggunakan wang gaji tanpa meminjam dengan bank). maaf saya terpaksa kritik blog tuan demi manfaat pembaca lain.
Kalau Tuan lihat baik-baik pengiraan yang saya tunjukkan, saya dah pun masukkan kos untuk tahun pertama.
Had limit daripada duit sendiri/loan memang RM 200k, tetapi dibenarkan melebihi RM 200k jika ditambah dengan dividen dan bonus yang diberikan ASB sendiri. Jadi, jika dividen tahun sebelumnya tidak dikeluarkan, maka dividen untuk tahun-tahun seterusnya akan dikira ke atas modal dicampur dividen sedia ada. Inilah compounded interest.
Saya ada simpanan dlm asb,saya nk wat pimjaman,tapi tidak berkerja ,sbb uzur..adakah layak?
Jika tiada sumber pendapatan tetap, biasanya agak sukar untuk diluluskan.
Salam tuan. Duit tu dah tolak kadar interest rate ke belum? Interest rate utk loan yang kita pinjam? Contohnya 5.5% . Bila saya kira balik. Saya rasa sama je mcm tkde beza.
Wsalam, terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Ya, telah ditolak interest rate. Kena faham bahawa kiraan kadar faedah untuk loan ASB bukan dikira secara terus 5.5% x RM 200,000, sebaliknya dikira seperti loan rumah dengan kaedah kiraaan ke atas baki berkurang.
Maaf mencelah…tuan guna home loan calculator..tapi bila sy guna personal loan calculator…balance dia berlainan…
Loan ASB, cara kiraannya sama seperti home loan, bukan personal loan. Home loan dan personal loan, cara kiraannya berbeza. Untuk loan ASB, kena guna home loan calculattor. Kalau guna personal loan calculator, memang akan berbeza.
Salam tuan,
Jika saya membuat mengunakan simpanan saya saja yang tersedia ada,
tanpa mengunakan payslip gaji. Boleh ke?
Wa’alaikummussalam. Agak susah nak diluluskan kalau tiada slip gaji. Tetapi, Tuan boleh cuba mohon dengan tunjukkan penyata akaun bank Tuan.
terima kasih tuan.
Assalammualaikum Tuan Izzuddin..
Sedikit pertanyaann.. Boleh ke saya buat loan 100k pada mula-mula saya nak join saya bayar duit selama 1 tahun menggunakan wang kwsp saya?
Wa’alaikummussalam. Untuk loan ASB, tak boleh buat pengeluaran duit KWSP untuk bayaran bulanan loan tersebut. Pengeluaran KWSP boleh dilakukan untuk pelaburan dalam dana-dana tertentu ASNB, tetapi bukan untuk bayaran loan ASB.
Assalammualaikum tuan…
saya tertarik dengan huraian tuan,tetapi saya ada sedikit pertayaan jika saya membuat pinjaman sebanyak 200k,berapakah minima gaji saya yg layak untuk memohon?dan bagaimana jika saya ada duit cash untuk bayaran tahun pertama…dan akan sambung bayar tahun akan datang dengan kadar faedah yg saya perolehi tetapi gaji payslip saya tidak cukup untuk syarat minima untuk 200k
Wa’alaikummusalam. Sama seperti permohonan loan yang lain, bank juga akan turut menilai pendapatan dan komitmen pemohon sebelum meluluskan permohonan loan ASB. Agak sukar untuk nyatakan gaji minimum yang layak, sebab perlu lihat juga komitmen yang lain seperti loan rumah, kereta, kad kredit etc. Untuk dapatkan kepastian bagi kelayakan Tuan, boleh berkunjung ke mana-mana cawangan bank yang ada menawarkan loan ASB seperti CIMB, Maybank, BSN, RHB dan Affin.
Salam, saya amat tertatarik dgn penulisan tuan, mohon keizinan tuan utk sy berkongsi posting ini. Kerana sy adalah seorang ejen ASB yg berdaftar dibawah salah satu bank di malaysia . Sy ingin kongsikan di wall sy. Semoga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki tuan,
>
Utk mereka yg nak apply loan ni.. Boleh cuba.. Whatapp : :
http://PINJAMANPERIBADI2018.wasap.my
Kalau x boleh tekan link, copy paste di browser anda.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sy boleh jer tngokkan, kirakan kelayakan tuan/puan secara percuma utk sahabat smua, sejajar dgn yg telah di ijtima’ Ulama mengikut bberapa negeri dan kebangsaan..menjadikan simpanan ASB ini harus.
-Simpanan utk masa dpn dan utk mnjaga ekonomi islam. Jd mngkin salah stu usaha dan sumbangan yg sy boleh berikan adalah sedemikian rupa..
Terima kasih.
Salam,
Terima kasih banyak kerana share teknik investment ASB ni.
Boleh tak tau kenapa lepas 5 tahun baru terminate ASB tu? Kenapa tak 4 tahun ke bawah ataupun 6 tahun ke atas? Saya cuma terfikir maybe tak terminate bawah 4 tahun sebab takut kalau peminjam hanya baru setelkan bayar interest jek dengan bank. So kalau terminate bawah 5 tahun, still kena bayar lagi dekat bank sebab slama ni peminjam hanya cover bayar utk interest jek.
Harap tuan boleh bagi pencerahan
Terima kasih
Wsalam. Kalau terminate dalam tempoh terlalu pendek, untung yang diperoleh mungkin sedikit dan kurang berbaloi. Malah, ada bank yang menetapkan lock in period, maksudnya kalau terminate dalam tempoh tersebut, peminjam boleh didenda.
Yang terbaik adalah hold loan sehingga habis tempoh loan. Tetapi, kalau ada niat lain nak gunakan duit tersebut, maka tempoh sekitar 5 ke 6 tahun adalah yang sesuai untuk terminate loan dan menuai hasil. Yang penting, sebelum buat loan ASB, kena pastikan apakah objektif dan sasaran peribadi yang nak diperoleh melalui loan ASB yang nak dibuat nanti.
Assalamualaikum,
Saya ada membuat loan ASB berjumlah RM15,000 untuk tempoh 5 tahun pada 2015. Bolehkah saya melangsaikan loan ASB sebelum genap 5 tahun?
Wa’alaikummussalam. Kalau loan yang Cik ambil tidak mempunyai lock-in period/telah melepasi lock-in period, tiada masalah untuk langsaikan loan ASB sebelum genap 5 tahun.
terima kasih utk respond yang cepat 😀
Sama-sama 🙂
Assalamualaikum.. soalan sy,pelaburan mna lg berbaloi antara ASB loan dgn pelaburan simpanan koperasi tentera?
Wsalam. Ini pendapat peribadi saya, kalaulah saya layak melabur dalam koperasi tentera (LTAT), memang saya takkan lepaskan peluang.
Trima kasih tuan.
Sama-sama 🙂
Salam..maaf nk bertanya asb loan ni kita blh kluarkan cash ke?
Wsalam. Tak boleh keluarkan cash selagi loan belum tamat.
keluarkan dividen yg diterima pun xboleh?
Dividen boleh dikeluarkan.
dividen tu boleh keluar waktu bila? contoh loan dh lulus dan dah masuk dalam acc.. jangka masa brape lame pulak baru boleh kluarkan dividen tu???
Selepas isytihar dividen dan ASB dah buka balik akaun, dah boleh keluarkan dividen.
salam tuan. saya telah buat asb loan sebanyak rm100k untuk tempoh 25 tahun pada tahun 2011. saya gunakan dividen tersebut untuk membayar loan bulanan sebanyak rm611. brp faedah yg sy akan terima sekiranya saya terminate asb loan saya pada tahun ini. Terima Kasih
Wsalam. Maaf, saya tak boleh nak jawab. Ada beberapa maklumat yang perlu saya tahu.
saya nak beli eboook combo genius tu.. tapi link tu kata tak wujud..camne ye
Maaf, buat masa sekarang sistem kami sedang mengalami masalah teknikal. Jadi tak boleh buat pembelian ASB Genius.
kenapa tidak diterangkan bahwa pelabur perlu membayar balik interest bank yg tinggi(misalnya 4%). Jika dividend cuma 7%, maka keuntungan adalah cuma 7%-4%=3%.Bank cukup untung skali. Fixed Deposit lebih tinggi. Kalu mampu bayar bulan2 RM1000 utk buat pelaburan ASB lagi menguntungkan sebab tiada interest bank. Nak selamat, potong gaji RM300-RM400 sebulan sampai anda pencen. Sampai tahun ke10/20 boleh invest dalam unit trust yg low risk.
Saya ada terangkan berkenaan risiko membuat ASB loan/financing, boleh baca di sini: 5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian
Salah satu risiko membuat ASB loan/financing adalah kadar interest/keuntungan yang dikenakan bank, dan saya memang nasihatkan supaya perkara ini perlu diambil kira oleh mereka yang nak gunakan kemudahan ini.
Cuma, kelebihan menggunakan ASB loan/financing, pengguna boleh melabur dalam ASB dengan jumlah modal permulaan yang tinggi. Dengan kadar interest/faedah bank yang rendah berbanding kadar dividen ASB, jadi pengguna boleh mendapat pulangan yang lebih baik berbanding menyimpan secara biasa.
Tuan, saya ada loan ASB di bank RHB Rm100K (8 tahun). Boleh kah saya settle loan awal dlm 6 tahun. Terima kasih.
Jika tiada/telah melepasi lock in period, bagi saya tiada masalah untuk settle awal.
Boleh tuan bagi contoh bagi teknik 1 (penggubahan) mengikut kepada kadar asas terkini tahun 2018 oleh bank2 (cth CIMB atau RHB)? terima kasih..
InsyaAllah, saya akan update artikel di atas dengan pengiraan dan kadar asas yang baru.
Terima kasih, sangat membantu hasil tulisan tuan
Sama-sama 🙂
salam tuan, saya sudah mulakan asb loan sebanyak 200k, saya nak gunakan teknik gandaan sahaja dengan membayar 1 tahun sebanyak rm535 satu bulan, tetapi saya agak tidak faham dengan pengiraan nya, saya nak surrender dalam jangka masa 10 tahun akan datang, agak agak nya berapakah saya boleh dapat dan adakah menguntungkan saya ? sory tuan , saya tak brapa nak faham. bolehkah tuan ajar saya lagi? terima kasih tuan
Wsalam. Kalau buat loan ASB RM 200k, dengan kadar sekarang, anggaran bayaran bulanan adalah RM 1,110 bagi tempoh 30 tahun. Jika Cik bayar untuk tempoh setahun sahaja, dan tahun-tahun seterusnya dibayar menggunakan hasil dividen (anggaran 7% setahun), anggaran hasil selepas 10 tahun adalah sekitar RM 56k.
Kalau Cik nak belajar tentang pengiraan bagi loan ASB, saya sarankan untuk dapatkan Set Combo ASB Genius
Saya ada buat kalkulator yang secara lansung terus mengira keuntungan untuk tempoh-tempoh tertentu. Contohnya kalau surrender loan 5 tahun, berapa dapat..
penerangan cara penggunaanya di sini
http://www.naimrahim.com/2018/05/27/download-kalkulator-asb-financing-di-sini/
Terbaik 🙂
Assalamu’alaikum tuan, selepas saya membuat kira2 berdasarkan latest rate (2018) :
Bank Interest Rate (%) = 5.45% (RHB)
ASB Dividend 2017 = 7.00% (tanpa bonus)
Teknik kiraan : Teknik Pengumpulan/Compounding
————————————————————–
Plihan 1 :
Loan amount and period = RM50k , 25 years
Loan Monthly and total pay = RM305.55 x 12 months x 5 years = RM18333
Tahun 1 : RM50000 x (7.00% x RM50000) = RM53500
Tahun 2 : RM53500 x (7.00% x RM53500) = RM57245
Tahun 3 : RM57245 x (7.00% x RM57245) = RM61252.15
Tahun 4 : RM61252.15 x (7.00% x RM61252.15) = RM65539.8
Tahun 5 : RM65539.8 x (7.00% x RM65539.8) = RM70127.6
Gross profit = RM70127.6 – RM44601.89 (baki asb) = RM25525.71
Net profit = RM25525.71 – RM18333 = RM7192.71
Surrender sijil after 5 years.
————————————————————–
Pilihan 2 :
Loan amount and period = RM20k , 5 years
Loan Monthly and total pay = RM381.56 x 12 months x 5 years = RM22893.6
Tahun 1 : RM20000 x (7.00% x RM20000) = RM21400
Tahun 2 : RM21400 x (7.00% x RM21400) = RM22898
Tahun 3 : RM22898 x (7.00% x RM22898) = RM24500.86
Tahun 4 : RM24500.86 x (7.00% x RM24500.86) = RM26215.92
Tahun 5 : RM26215.92 x (7.00% x RM26215.92) = RM28051
Net profit = RM28051 – RM22893.6 = RM5154.4
—————————————————————-
Soalan saya :
1) Pilihan mana satu yang berbaloi? Memandangkan saya fresh graduate diploma berumur 21 tahun (bekerja sementara menunggu intake degree). Tetapi saya ada simpanan dan mampu untuk bayar monthly. Saya bercadang untuk berkahwin selepas menamatkan pengajian degree saya.
2) Selepas tamat loan ASB (seperti dalam pilihan 2), adakah sijil tu jadi milik kita dan boleh ditukar menjadi duit tunai ataupun tidak? Adakah saya akan dapat RM28051 (seperti dalam pilihan 2) ?
3) Apakah syarat untuk melayakkan kita menerima bonus asb tahunan? Nilai seperti yang diumumkan awal tahun ini 7.00% + 0.25% + 1.00% ?
Harap tuan dapat beri penjelasan. Terima kasih.
Wsalam. Hebat pengiraan Tuan 🙂
#1 – Kalau melihat kepada pengiraan yang Tuan buat, bagi saya, sudah tentu pilihan ke-2 lebih berbaloi kerana jumlah hasil akhir lebih tinggi. Walaubagaimanapun, Tuan perlu periksa dulu. Ada sesetengah bank meletakkan kadar interest lebih tinggi jika jumlah loan kurang RM 50k.
#2 – Ya, akan sepenuhnya mejadi milik Tuan. Pengiraan di atas adalah anggaran. Bergantung juga kepada faktor-faktor seperti kadar dividen ke atas ASB, kadar interset bank dan sebagainya.
#3 – Untuk bonus, bergantung kepada cara pengiraan yang diumumkan oleh pihak PNB, sama ada berdasarkan purata baki minimum tahunan, atau pun 10 tahun.
Assalamualaikum, saya baru umur 22 tahun masih samar-samar tentang ASBF ni dah baca banyak artikel pun tak faham sepenuhnya lagi huhu… saya student & takde pay slip… boleh ke nak mohon utk ASBF. Lecturer financial saya ada kata, elok simpan duit di asb zaman muda ni… tapi duit pun sikit mcm mana nak simpan xD
Wsalam. Untuk mohon ASBF, digalakkan untuk ada payslip. Jika tiada, masih boleh mohon, cuma agak sukar. Kena buktikan yang Tuan ada sumber pendapatan. Boleh guna penyata bank.
Ya, memang lebih baik untuk mula menyimpan dari usia muda lagi. Pada pendapat saya, oleh kerana Tuan masih belajar, lebih baik buat simpanan biasa dulu ke dalam ASB, berbanding buat ASBF. Boleh simpan sikit-sikit setiap bulan, minimum RM 10 setiap bulan pun tiada masalah. Nanti apabila dah ada pendapatan sendiri sama ada hasil dari kerja atau berniaga sendiri, boleh tambah lagi. Yang penting, mulakan dulu tabiat menyimpan. Kalau asyik beri alasan dan tunggu duit banyak baru nak menyimpan, percayalah, sampai bila-bila pun tak akan berjaya untuk menyimpan,
Terima kasih tentang maklumut ASB. Saya nak beritahu semua org tentang cara saya untuk mendapat pinjaman peribadi dgn senang kerana saya kerja setiap dan tak blh pergi ke bank utk dapat maklumat tentang pinjaman peribadi. Jadi saya guna laman perbandingan pinjamin drpd kawan saya, iaitu
https://loanstreet.com.my/ms/pinjaman-peribadi
Saya baru guna dan saya fikir baik kerana tak guna banyak masa haha 😀
Kalau nak cuba then cubalah!
Saya bukan promoter ya, saya cuma nak tolong sesiapa yg tak ada masa mcm saya.
Terima kasih atas perkongsian 🙂
salam tuan..saya nak tanye sedikit..kalau gaji saya x sampai 2k..boleh kah buat pinjaman 200k untuk asb loan??
Wsalam. Bergantung juga kepada komitmen-komitmen lain yang Tuan ada. Kalau ikut kadar sekarang, loan RM 200k, 30 tahun, bayaran bulanan lebih kurang RM 1100. Lebih daripada 50% daripada gaji bulanan Tuan. Tidak digalakkan untuk ambil sampai terlalu tinggi daripada peratus gaji. Ambil loan ikut keperluan dan kemampuan sendiri.
Salam tuan.saya berminat utk buat loan ni tapi saya tak tau cara dan faktor apa perlu diambil kira sebelum buat loan dgm bank tertentu.
Boleh tuan tolong tuan recommend bank2 yg senang dan mudah malah berbaloi utk buat pelaburan asb ni..dari segi bayaran bulan, faedah dsb. Terima kasih..
Antara bank yang menawarkan loan ASB adalah CIMB, Maybank, BSN dan RHB. Tuan boleh pergi ke mana-mana cawangan bank ini, dan berjumpa pegawai yang menguruskan loan tersebut.
Assalammualikum… Salam sejahtera…. Boleh ka saya keluarkan duit ASB loan sekiranya belom cukup 1 tahun?
Wsalam. Nak terminate ke? Biasanya bank akan letakkan lock-in period, sekitar 3 tahun. Jadi, dalam tempoh masa tersebut, kalau termintae, bank boleh kenakan penalti.
assalam sy nak tanya sy baru gi maybank transferkan duit sy sendiri 50k masuk dlm asb sebab duit sy dlm akaun maybank dan masa yg sama lepas masuk duit tu sy apply plak 100k loan kat maybank. sy buat 30tahun sebab montly rendah sikit rm550. sebab tahun pertama sy leh bayar utk setahun terus bayaran bulanan tu. dah standby bab tu. pastu tahun kedua dan seterusnya pakai duit faedah plak sampai 5tahun pastu surrender. betul ke cara sy ni? berapa agaknya keuntungan? ade ke sy dpt ape2 tuan kalo sy buat camni?
Bagi saya, ok sahaja teknik yang Tuan amalkan ini.
Salam tuan..masih kurang faham dgn pengiraan asbf ni..da banyk baca da pegi bank.
Kalau ikutkan apa yg saya faham setakat ni disebabkan dia tiada lock in period saya nak cuba buat asbf ni utk 1 thn
RM200k 30thn 5.05%
so bulanan RM1079.76×12
= RM12957.12
Dividen 7% = RM14k
Dpt dividen tamatkan sijil so dpt RM2924.19+RM14k
=RM16924.19
Kalau simpan sendiri bulan2 RM1100 dpt RM13k lebih..
Betul ke pengiraan tu?
Ya, kalau ikutkan pengiraan yang Cik buat ini, memang dah betul.
Tapi, tak dinasihatkan untuk buat loan untuk tempoh setahun, sebab terlalu pendek. Mungkin sahaja jumlah dividen yang diperolehi kurang daripada yang dianggarkan (7%). Lebih baik buat untuk tempoh sederhana antara 2 ke 5 tahun.
Saya ingin bertanya sekiranya kita da abis bayar asb loan ni, dlm tempoh berapa lame kite boleh dapat sijil asb ni
Saya tak pasti. Bergantung kepada bank masing-masing. Biasanya, tak ambil masa yang lama pun.
Ok tak kalau saya simpan dulu dalam asb sebulan dalam 160 smpai 7 tahun.. Lepas tu sambung buat loan macam Ali?
Lambat lagi kalau nak tunggu 7 tahun tu.
Pingback: 5 JENIS PELABURAN PATUH SYARIAH YANG KURANG RISIKO & BERPOTENSI TINGGI MENJANA KEUNTUNGAN – Pelaburan Syariah
Assalamualaikum tuan, boleh tak bg sedikit pendapat tntg ASB-Z / asb zulu?
Ap kelebihan dan kekurangan brbanding asb biasa?
Jika dberi pilihan,mna satu pilihan simpanan pelaburan masa dpn tuan antara asb-z VS asb Biasa VS simpanan koperasi tentera?
Wsalam. InsyaAllah, jika ada ruang dan masa, akan saya kongsikan tentang semua ini.
Assalamualaikum tuan, boleh tak bg sedikit pendapat tntg ASB??
cth sy membuat loan 200k x 30thn
bulan2 sy byar 600 x 12bln
selepas setahun mendapat dividen, bolehkah saya membuat rolling duit dividen hasil setahun membayar itu. . untuk membuat rolling smpai 30thn??
harap membantu.
Wsalam. Bayaran bulanan adalah RM 600 x 12 bulan = RM 7,200
Katakan dividen ASB 7% x RM 200k = RM 14,000
Jadi, boleh rolling sampai habis.
Tetapi, setahu saya tiada loan RM 200k yang bayaran bulanannya RM 600. Biasanya sekitar RM 1100 sebulan.
Salam, nak tanya.. Mcm mana dapat amount principal dgn interest.. Boleh ajar?
Wsalam. Perlu gunakan loan calculator dan jadual amortization.
Assalamualaikum bang, mohon bantu saya. saya mempunyai simpanan yang mengikut pengiraan saya ianya mampu untuk buat bayaran loan tahun pertama (loan 100k 30 tahun). akan tetapi komitmen bulanan saya keatas gaji adalah besar dan pegawai bank kata x lepas. ada cara lain kah untuk yakinkan bank yang saya mempunyai simpanan yg ckup untuk buat teknik penggubahan tu? atau ada suggestion bank yang bersesuaian.
Wsalam. Agak sukar juga untuk yakinkan bank jika komitmen sedia ada dah banyak.
Assalam….jk saya ada rm200, 000.00 cash…apakah cara terbaik utk gandakan wang tersebut. Labur semua dlm akaun asb atau pun buat juga loan asb rm200K ..duit cash yg ada simpan dlm asb2…harap bantu
Wsalam. Secara peribadi, cara ke-2 adalah lebih baik.
Asmlkom tuan. Saya ada buat la pijamam pribadi ni.setelah beberapa bulang sya megalami masaalah keuwanga. Jd saham sya telah di jual.. Sy nak tanya duit yang saya dah baya tu bila boleh dapat balik?
Wsalam. Tuan perlu berhubung dengan bank yang Tuan buat loan tersebut.
Salam tuan, sy pesara baru tentera berpecen, umur 41 thn dpt duit saguhati perhidmatan, masih belum beli rumah lagi..perancangan nak beli rumah duit saguhati ni, tapi dlm masa yg sama rasa syg jgk nak habis semua beli rumah secara
tunai…nak pandangan dr tuan, kalau sy bt asb loan dulu utk 3 thn atau 5thn….past tu baru beli umah….sesuai tak……
Wsalam. Boleh juga Tuan, boleh gandakan dulu duit tersebut.
Salam Tuan, boleh tuan kirakan keuntungan yang saya perolehi JIKA : 1. ambil 50k dalam 3 tahun TANPA rolling dividen iaitu membayar setiap bulan selama 5 tahun? yang kedua, sekiranya saya menggunakan dividen utk rolling utk tahun seterusnya..
(BERDASARKAN RATE INTEREST CIMB ASB LOAN bagi TAHUN 2019 dan sekiranya kadar dividen tahun ini 7%.. boleh tuan bantu kirakan? t.kasih..
Wsalam. Ini anggarannya:
Tanpa rolling: RM 21,000
Rolling: RM 7,500
Analisa ini belum menyeluruh. Opportunity cost untuk laksana ASB financing ni tidak di ambil kira. saya dah buat spreadsheet dan kira balik sekiranya saya tak bayar bank, gunakan duit itu untuk labur dalam akaun ASB sendiri gunakan kaedah “force saving”, dalam masa 11 tahun sahaja sudah dapat maximumkan akaun ASB dengan simpanan RM200k. Daripada bayar bank RM1,129.31 (loan RM200k, interest 5.45%, 30 tahun), lebih baik simpan RM1,129.31 nih secara konsistent dalam akaun ASB sendiri. tak payah tunggu 30 tahun untuk dapat RM200k. hanya perlu tunggu 11 tahun sahaja. kiraan teknik loan ASB 2 dan 3 tuan pun tak tepat. bila dah sampai limit RM200k, dividen tu mana boleh re-invests balik dalam akaun ASB 1. perlu dikeluarkan dan invest di akaun ASB2 ke atau ASN ke yg mana dividen lagi rendah dari ASB 1. Jadi, kiraan keuntungan tuh sudah tidak tepat. Maaf saya terpaksa kritik teknik tuan nih untuk manfaat pembaca yang lain.
Terima kasih atas komen dan pandangan daripada pihak Tuan.
Cuma, untuk makluman Tuan, bagi ASB1, dividen akan dilaburkan kembali ke dalam akaun ASB1 pelabur tersebut. Tidak perlu dikeluarkan dan dilaburkan ke tempat lain.
Dan satu lagi, bagi loan ASB RM 200k, kalau konsisten bayar bulanan kepada bank selama tempoh pinjaman (30 tahun), maka jumlah yang diperoleh selepas 30 tahun tersebut dianggarkan jaun melebihi RM 200k (RM 200k dicampur jumlah dividen selama 30 tahun, jika dividen tidak pernah dikeluarkan).
Jadi, pandangan Tuan juga ada sedikit fakta yang salah.
Saya cuma nk komen part ni sahaja:
kiraan teknik loan ASB 2 dan 3 tuan pun tak tepat. bila dah sampai limit RM200k, dividen tu mana boleh re-invests balik dalam akaun ASB 1. perlu dikeluarkan dan invest di akaun ASB2 ke atau ASN ke yg mana dividen lagi rendah dari ASB 1.
Isu ini mmg agak keliru jika bersandarkan kepada pembacaan di internet. Jd sy telah ambil inisatif sendiri menelefon terus PNB dan jawapan adalah seperti berikut:
Walaupun dh smp limit 200k, dividen pada setiap hujung tahun tetap dikira dan akan di compounding selagi tidak dikeluarkan. Jadi maklumat yg mengatakan dividen tu x boleh re-invest adalah salah. Cuma yang x boleh adalah kalau hendak tambah melalui simpanan atau sebagainya idak dibolehkan sbb dh smp limit.
Harap faham dgn penjelasan sy. Terima kasih
Ya, betul. Terima kasih atas perkongsian Tuan.
Salam Tuan, saya masih baru dalam ASB ini. saya ingin menayakan pendapat Tuan yang manakah lebih mengutungkan sama ada tamatkan tempoh loan dalam masa 5 tahun atau tamatkan sehingga tempoh pinjaman seperti saya membuat loan sebanyak rm50,000 selama 15tahun.
dan satu lagi adakah lebih baik membayar secara bulanan atau secara tahunan terus.
Sekian, terima kasih atas meluangkan masa Tuan pada soalan saya ini.
Wsalam. Jika masih belum nak gunakan wang tersebut, boleh sahaja dibiarkan sehingga tamat tempoh loan. Lebih baik dan menguntungkan.
Secara peribadi bagi saya lebih baik bayar secara bulanan.
Salam tuan, saya ingin bertanya. Jika belum cukup setahun tempoh pinjaman loan asb adakah ia dianggap komitmen dan akan jadi kekangan untuk membuat loan perumahan? Dan cadangan tuan adakah lebih baik jika saya buat loan asb atau loan perumahan dahulu? Minta pencerahan tuan. Terima kasih.
Wsalam. Ada bank anggap loan ASB sebagai komitmen, ada yang tak. Loan ASB atau loan rumah, terpulang kepada objektif Tuan. Jika dalam masa terdekat nak beli rumah, lebih baik terus fokus kepada rumah. Jika masih ada masa, boleh buat loan ASB beberapa tahun untuk kumpul modal.
boleh tau bank mana yg bg interest yg menarik utk ASB loan?
Boleh cuba survey di CIMB dan Maybank.
Pelik sikit kiraan hasil untuk teknik kedua. Sepatutnya hasil akhir yang dapat bukannya RM109k. Kenapa RM109k tu tidak tolak modal yang RM72k tu? Yang mana hasil akhirnya hanyala lebih kurang RM37k sahaja. Jauh beza jika menyimpan tanpa loan sekitar RM87k. Konfius saya.
Kiraan dah betul, tak perlu tolak modal.
Salam Tuan,
Teknik Loan ASB 2
” Jika Abu tidak melakukan teknik loan ASB ini dan hanya menyimpan RM 1,204.40 setiap bulan ke dalam ASB selama 5 tahun, anggaran jumlah terkumpul adalah RM 87,000 ”
Boleh saya tau bagaimana kiraan untuk anggaran jumlah terkumpul ini?
Terima kasih Tuan.
Wsalam,. Boleh gunakan Financial Calculator; Compound Interest Calculator
Salam tuan,
Dalam salah satu komen ada mengatakan lebih baik membayar secara bulanan atau secara tahunan terus (jika ada cash ability untuk bayar secara tahunan terus).
Boleh saya tahu kenapa?
Wsalam. Yang ini lebih terpakai kepada mereka yang rolling duit dividen untuk buat bayaran loan. Kalau buat secara tahunan, semua dividen akan terus dikeluarkan dan dibuat bayaran kepada bank. Jadi, baki minimum bulanan dalam akaun ASB adalah rendah.
Tetapi, jika buat secara bulanan, dividen dikeluarkan secara sikit-sikit setiap bulan. Jadi, baki minimum bulanan adalah lebih sedikit berbanding jika dikeluarkan secara sekaligus. Maka, dividen untuk tahun seterusnya akan lebih sedikit.
Salam tuan, bagi teknik ketiga, saya kurang faham. Kiranya dividen pertama bagi first loan bayar untuk second loan tahun pertama, dan dividen seterusnya bagi loan pertama jangan diusik. Manakala loan kedua guna dividen tahun pertama untuk bayar tahun kedua nya?
Ya, betul.
Salam tuan, bagi teknik ketiga, saya kurang faham. Kiranya dividen pertama bagi first loan bayar untuk second loan tahun pertama, dan dividen seterusnya bagi loan pertama jangan diusik. Manakala loan kedua guna dividen tahun pertama untuk bayar tahun kedua nya?
Ya, betul.
Salam tuan..maaf bertanya,baru ada plan nk simpan duit di asb..untuk kaedah rolling dividen loan tu,adakah tahun pertama tu bayar pakai duit sendiri dulu atau dia akan potong bayaran pada tahun pertama tu guna dividen loan pada hujung tahun??terima kasih kerana sudi layan soalan saya..
Wsalam. Untuk tahun pertama, guna duit sendiri dahulu. Untuk tahun-tahun seterusnya, boleh guna duit hasil dividen.
Salam tuan, selepas membaca artikel tuan, saya memahami bahawa teknik kedua dapat menjanakan duit yang lebih banyak. Bolehkah teknik kedua digunakan dalam kedua-dua ASB 1 dan 2?
Wsalam. Ya, boleh. Cuma, kalau dilihat rekod, dividen ASB 2 adalah kurang berbanding ASB 1
Salam tuan, selepas membaca artikel tuan, saya memahami bahawa teknik kedua dapat menjana keuntungan yang lebih tinggi. Bolehkah teknik kedua digunakan dalam kedua-dua ASB 1 dan 2?
Wsalam. Ya, boleh. Cuma, kalau dilihat rekod, dividen ASB 2 adalah kurang berbanding ASB 1
Assalamualaiukum tuan, adakah teknik ini masi boleh di guna pakai? maksud saya, adakah pembatalan sijil sekurang-kurangnya 5 tahun masih boleh digunakan? saya org baru nak berjinak dgn asb loan ni. terima kasih.
Wsalam. Ya, masih boleh digunakan.
Assalamualaikum…kalau dah abis bayar loan…apa yang perlu buat?
Wa’alaikummussalam. Boleh ke bank yang buat loan tersebut untuk tamatkan loan secara rasmi dan urusan-urusan terakhir.
Assalamualaikum…saya nk tnya berkenaan pasal loan asb ni…Kalau saya mohon 200k untuk 2 sijil means setiap sijil 100k(compounding)…kalau saya ada simpanan dlm asb dlm 5000..adakah setiap sijil saya akan jadi 105000 atau satu sijil shj ja 105k dan lagi satu 100k??
Wsalam. Saudara akan ada simpanan ASB 5k, 1 sijil ASB 100k dan 1 sijil ASB 100k. Sijil dan simpanan tidak dicampurkan sekali.
Assalamualaikum…saya nk tnya berkenaan pasal loan asb ni…Kalau saya mohon 200k untuk 2 sijil means setiap sijil 100k(compounding)…kalau saya ada simpanan dlm asb dlm 5000..adakah setiap sijil saya akan jadi 105000 atau satu sijil shj ja 105k dan lagi satu 100k??
Wsalam. Saudara akan ada simpanan ASB 5k, 1 sijil ASB 100k dan 1 sijil ASB 100k. Sijil dan simpanan ASB tidak dicampurkan sekali.
Teknik yang menarik dan evergreen, terima kasih kerana berkongsi teknik ini.
Terima kasih kerana sudi baca 🙂
Pingback: 6 Kesilapan Teknik Loan ASB Yang Boleh Menyebabkan Kerugian - Loan Express
Pingback: 5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian - Loan Express
Assalam.. saya tertanya untuk teknik kedua (Compounding). Selepas 5 tahun dan jual akaun tersebut, anggaran yg akan diperoleh adalah; RM 287,125 – RM 177,997 = RM 109,128. Jadi dividen yg terhasil pada tahun ke – 5 itu tidak ditambah dengan nilai peroleh ke? (RM109,128.00 + dividen)
Wsalam. Pengiraan yang ditunjukkan dah termasuk dividen terakhir yang diterima.
Assalamualaikum.. Pertanyaan.. Bank mna yg interest tinggi skrg klau nk buat asb loan yer?
Wsalam. Kalau nak buat loan, biasanya orang cari yang interest rendah. Saya tak pasti yang mana paling rendah, biasanya CIMB dan Maybank.
Assalamualaikum…
Soalan 1
Sekiranya sy ada duit simpanan dalam 10K dan ingin buat ASBF..
Then byaran setiap bulan pada bank tu sampai bila?
Adakah sampai 10K secara kasar betul?
atau perlu mengikut period time yang ditetapkan?
Soalan 2
Betul ke lpas habis byaran loan 10K tu
Sijil ASB tu kita yang pegang dan
Untuk setiap tahun selepas itu kita akan dpat dividen dari 10K tu tanpa byar bulanan lg pada bank🤔
Wsalam. Soalan 1, bergantung kepada berapa tempoh bayaran yang ditetapkan pihak bank. Soalan 2, ya.
Aslm,,saya baru kematian suami disebabkan kemalangan jalan raya semasa bekerja…setahu saya dia ada buat loan ASB sebanyak 200k…..saya seorg surirumah….Soalan saya apakah langkah yg perlu diambil utk uruskan pasal pembayaran loan ini..adakah saya perlu terminate semua urusan loan ini bagi pihak arwah suami saya..mungkin pihak yuan boleh bagi pandangan..terima kasih
Wsalam. Puan boleh berjumpa dengan pegawai bank loan ASB suami Puan. Kalau suami Puan ada ambil loan bersama-sama insurans/takaful, maka akan dicover oleh insurans/takaful tersebut. Jika tiada, mungkin pihak bank akan cadangkan untuk terminate loan tersebut dan pulangkan bakinya sahaja sebagai harta pusaka. Apa-apa pun, Puan perlu hubungi pihak bank terlebih dahulu.
Pingback: 5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian - Loan bank centre
salam tuan, boleh tak kirakan teknik ulangan untuk 100k dan nak terminate selepas 3 tahun
Wsalam. Maklumat lain seperti bayaran bulanan, kadar faedah kena sertakan juga untuk buat pengiraan.