[REVIEW] Combo ASB Genius: Himpunan Teknik Loan ASB Terbaik

combo ASB genius himpunan teknik loan ASB

Combo ASB Genius oleh Tuan Khairul Ezuwan

Sebelum ini, saya ada menulis beberapa artikel berkenaan himpunan teknik loan ASB, antaranya adalah 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda dan 3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Paling Popular

Kedua-dua artikel ini merupakan antara artikel yang paling popular dan banyak dicari di blog ini.

Ini menunjukkan ramai yang berminat untuk belajar tentang teknik loan ASB.

Sebenarnya, ada satu rujukan himpunan teknik loan ASB yang boleh didapati dan dibaca oleh mereka yang berminat untuk tahu berkenaan teknik loan/financing ASB, iaitu Combo ASB Genius yang ditulis oleh Tuan Khairul Ezuwan.

(Klik di sini untuk terus dapatkan set Combo ASB Genius)

Siapa Tuan Khairul Ezuwan?

Tuan Khairul Ezuwan, atau lebih dikenali sebagai Tuan Key, merupakan seorang Agency Supervisor di CIMB Wealth Advisor Berhad.

Beliau juga merupakan seorang pelabur hartanah yang berjaya dan popular sebagai salah seorang penentang skim-skim scam cepat kaya yang banyak terdapat sekarang ini.

Beliau banyak berkongsi tips pengurusan kewangan peribadi di laman Facebook beliau, iaitu di https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1

Di samping itu juga, banyak artikel atau perkongsian beliau boleh didapati di laman-laman web popular lain seperti di Majalah Niaga, The Vocket, Oh Bulan dan Siakap Keli.

Contoh perkongsian-perkongsian beliau boleh di baca di sini, di sini, di sini atau di sini.

Tuan Key adalah antara orang terawal yang mempromosikan teknik-teknik loan ASB melalui seminar-seminar yang diadakan oleh team beliau di seluruh Malaysia.

Dan sekarang, beliau menghimpunkan sebahagian teknik loan ASB yang terbaik dan dipakejkan dalam Combo ASB Genius.

Melihat kepada kredibiliti dan pengalaman Tuan Key, tidak diragukan lagi bahawa Combo ASB Genius beliau adalah antara yang terbaik untuk rujukan sesiapa yang ingin belajar berkenaan teknik financing ASB.

Baca juga:  6 Langkah Mudah Rancang Pelan Persaraan

Combo ASB Genius

combo ASB genius himpunan teknik loan ASBKomponen utama Combo ASB Genius adalah sebuah ebook ASB Genius dan 9 video digital ASB Genius yang mengandungi presentasi oleh Tuan Key sendiri.

Melalui kedua-dua ebook dan koleksi video ini, pembaca akan didedahkan berkenaan:

  • Bagaimana mendapatkan keuntungan 40% setahun melalui ASB
  • Bagaimana mencapai keuntungan sehingga 200%
  • Bagaimana kuasa compounding bekerja dengan teknik ASB
  • Bagaimana mendapatkan loan ASB sebanyak RM 200,000 dengan bayaran RM 180/bulan sahaja
  • Bagaimana anda boleh simpan sehingga RM 150,000 dalam masa 5 tahun dengan komitmen bulanan serendah RM 900 sahaja
  • Teknik menggandakan duit sedia ada dalam ASB sehingga 5 kali ganda
  • Bagaimana teknik loan ASB dapat membantu memendekkan tempoh pinjaman/pembiayaan rumah daripada 35 tahun kepada 20 tahun  sahaja tanpa menjejaskan komitmen bulanan asal
  • Bagaimana menggunakan teknik tanpa modal dan tanpa komitmen bulanan untuk menghasilkan pulangan sehingga RM 100,000 dalam masa 5 tahun, dengan hanya ‘menghidupkan’ kembali sesuatu yang dah ‘mati’
  • Bagaimana dengan teknik loan ASB, dapat menjana keuntungan sehingga 10 kali ganda berbanding simpan secara biasa

Kandungan Combo ASB Genius

Kandungan utama Combo ASB Genius adalah 8 teknik loan/financing/pinjaman/pembiayaan ASB yang boleh digunakan untuk menjana keuntungan berganda melalui ASB.

Secara ringkasnya, melalui 8 teknik tersebut, pembaca dapat pelajari yang berikut:

Teknik #1 – Modal asal RM 14,500, pulangan akhir selepas 5 tahun = RM 44,000, keuntungan = RM 29,500 (200%)

Teknik #2 – Modal RM 1,200/bulan selama 5 tahun (RM 72,000), pulangan selepas 5 tahun = RM 109,100, keuntungan = RM 37,100 (51%)

Teknik #3 – Modal RM 600/bulan selama 6 tahun (RM 43,200), pulangan selepas 6 tahun = RM 75,500, keuntungan = RM 32,300 (75%)

* Untuk contoh pengiraan bagi teknik financing ASB #1 hingga #3, boleh baca artikel ini: 3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Paling Popular

Teknik #4 – Modal RM 175/bulan selama 5 tahun (RM 10,500), pulangan selepas 5 tahun = RM 30,000, keuntungan = RM 19,500 (185%)

Teknik #5 – Modal asal RM 75,000, pulangan akhir selepas 5 tahun = RM 220,000, keuntungan = RM 145,000 (193%)

Teknik #6 – Modal RM 875/bulan selama 5 tahun (RM 52,500), pulangan selepas 5 tahun = RM 176,000, keuntungan = RM 123,500 (235%)

Teknik #7 – Pendekkan pinjaman/pembiayaan rumah daripada 35 tahun ke 16 tahun tanpa menaikkan komitmen/bayaran bulanan

Teknik #8 – Teknik refinance ke atas rumah yang dah habis bayar, dan gunakan duit yang diperoleh untuk menjana lebih keuntungan melalui ASB

* Untuk penerangan ringkas berkenaan kesemua teknik di atas, boleh baca artikel yang berikut:

combo ASB genius himpunan teknik loan ASBSemua pengiraan untuk setiap teknik di atas ditunjukkan dengan jelas dalam ebook ASB Genius.

Jika pembaca tidak dapat memahami ilustrasi pengiraan dalam ebook tersebut, boleh tonton 9 video yang disediakan.

Video-video ini mengandungi penerangan oleh Tuan Key sendiri dan sememangnya membantu untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan teknik-teknik di atas.

Selain 8 teknik loan ASB di atas, Tuan Key turut menghuraikan beberapa maklumat penting berkenaan ASB, seperti potensi teknik loan ASB, bagaimana memanfaatkan teknik loan ASB, kekeliruan berkenaan ASB dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan pelaburan ASB.

(Klik di sini untuk terus dapatkan set Combo ASB Genius)

Baca juga:  8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda

Bonus Combo ASB Genius

Selain daripada ebook dan video-video ASB Genius, pembeli set Combo ASB Genius turut akan diberikan beberapa bonus dan keistimewaan termasuk:

1. Ebook Pencen Mewah Dengan Hartanah – Teknik dan strategi yang betul untuk bermula dalam pelaburan hartanah dan seterusnya menjana pendapatan lumayan. Pelaburan hartanah merupakan salah satu cara pantas untuk bersara muda dan kaya.

2. Ebook Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot – Pelaburan hartanah shoplot adalah antara pelaburan yang paling mudah dan terjamin untuk menjana pendapatan lumayan. Ebook ini menerangkan dengan lengkap berkenaan strategi yang betul untuk pelaburan shoplot.

3. Ebook Panduan Bisnes Sublet – Panduan menjana keuntungan melalui pelaburan hartanah dengan strategi sewa-atas-sewa, atau lebih dikenali sebagai sublet. Strategi sublet adalah mudah, bermodal rendah, pulangan modal yang cepat dan boleh dilakukan dalam kuantiti yang banyak.

4. Ebook 10 Tips Hartanah Power Buat Pelabur Newbie – Tips yang diberikan adalah ringkas, straightforward dan sesuai untuk newbies yang baru ingin memulakan pelaburan hartanah. Antara yang menarik; tips lokasi hartanah panas dan panduan membentuk pasukan pelabur yang mantap.

5. Ebook Aku Tuan Rumah – Strategi popular dalam pelaburan hartanah adalah sewaan kerana dapat aliran tunai setiap bulan. Ebook ini memberi panduan bagaimana cara yang betul mencari penyewa, menyewakan rumah dan menjadi tuan rumah yang berjaya.

6. Ebook Panduan Lengkap Flipping – Selain sewa dan sublet, satu lagi strategi pelaburan hartanah adalah flipping. Ebook ini akan menerangkan bagaimana menjalankan pelaburan hartanah melalui flipping.

7. Ebook Buat Duit Dengan Rumah Tamu – Rumah tamu, atau homestay, jika diuruskan dengan baik boleh menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan. Ebook ini menjelaskan potensi perniagaan rumah tamu dan strategi yang betul untuk melakukannya.

8. Ebook Rahsia Rumah Kos Rendah – Ebook ini mengandungi langkah demi langkah dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin mencari dan membeli rumah kos rendah.

9. Jaminan pulangan wang – Jika anda ragu-ragu dengan set Combo ASB Genius ini, anda boleh beli dan baca dulu semua kandungannya. Pembeli diberi jaminan pulangan wang selama 7 hari daripada tarikh pengesahan pembelian. Jika tidak berpuas hati, wang bayaran akan dipulangkan.

10. Keahlian Kolej Maya Genius – Selain ebook-ebook di atas, pembeli set Combo ASB Genius juga akan mendapat keahlian Kolej Maya Genius sepanjang hayat. Ahli Kolej Maya Genius akan mendapat semua update berkenaan teknik-teknik ASB Genius atau sebarang ebook bonus tambahan secara percuma pada masa hadapan.

Contohnya, semasa saya dapatkan set ini pada Januari 2016, ebook #7 dan #8 di atas masih belum ada dan hanya disediakan  beberapa bulan selepas pembelian yang saya lakukan.

Tetapi, oleh kerana saya merupakan ahli Kelab Maya Genius sepanjang hayat, maka kedua-dua ebook tetap diberikan secara percuma kepada saya.

Dengan adanya semua bonus dan keistimewaan di atas, boleh disimpulkan bahawa set Combo ASB Genius bukan sahaja panduan lengkap untuk teknik loan ASB, malah rujukan yang baik untuk memulakan dan menceburi diri dalam pelaburan hartanah.

combo asb geniusPandangan Peribadi

Secara peribadi, saya menyifatkan set Combo ASB Genius merupakan sebuah produk yang sangat baik untuk mempelajari teknik-teknik loan/financing ASB.

Pada mulanya, saya juga skeptikal tentang teknik-teknik loan ASB; saya berpendapat amat berisiko tinggi untuk membuat loan dan melabur dalam ASB begitu sahaja.

Namun, selepas membaca dan memahami kandungan Combo ASB Genius, barulah saya menyedari potensi teknik-teknik loan ASB dan bagaimana menggunakan kuasa leverage/menggunakan duit orang lain (bank) untuk menghasilkan keuntungan melalui ASB.

Malah, kira-kira yang saya buat mendapati bahawa segala teknik yang diajarkan Tuan Key adalah logik dan boleh dilakukan atau diperoleh oleh sesiapa sahaja.

Dengan harga yang berpatutan, RM 30 sahaja, set Combo ASB Genius amat berbaloi untuk dimiliki.

Kemaskini Februari 2017: Tuan Key dah kemaskini beberapa kandungan dalam ebook utama ASB Genius dengan pengiraan dan beberapa maklumat baru supaya ebook tersebut kekal relevan dengan perkembangan semasa.

set combo asb geniusSekarang, ebook ASB Genius dikenali sebagai ebook ASB Genius 2.0

Di samping itu, tambahan dua buah ebook bonus baru turut diberikan percuma, iaitu:

  1. Ebook Tips Rumah Pertama – Mengandungi tips terbaik untuk membantu pembaca mendaptkan rumah pertama dengan cara yang betul
  2. Ebook Buta IT Celik Ringgit – Kisah bagaimana seorang yang buta IT (tak mahir menggunakan komputer) tetapi akhirnya dapat jana pendapatan melalui IT

Lebih istimewa lagi, harga set combo ini adalah RM 30 sahaja.

Jika berminat untuk mendapatkan set Combo ASB Genius 2.0 ini, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

1. Buat bayaran RM 60 RM 40 ke akaun Maybank 5620 8560 7240 Key Empires Consultancy. Masukkan emel: keyempiresconsultancy@gmail.com Simpan gambar/screenshot resit bayaran.

2. Klik pada link di bawah:
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius

3. Isi semua maklumat peribadi yang diminta seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat emel (paling penting).

4. Masukkan maklumat pembayaran seperti yang diminta. Upload gambar/screenshot resit bayaran dalam sistem atau Whatsapp ke 013-9798719 (http://www.wasap.my/60139798719).

5. Klik pada kotak ‘Akuan’. Kemudian klik butang “Hantar”

Selepas order anda disahkan, anda akan menerima emel yang mengandungi link untuk download semua ebook dan video dalam pakej Combo ASB Genius ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://www.wasap.my/60139798719).

..

Baca juga:  ADAM50 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

16 Comments

  1. Fatin

    Salam, sy berminat nak beli ebook ini. tapi link yg diberikan tidak dapat dimasuki.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Buat masa sekarang kami sedang mengalami masalah teknikal. Jadi, tak dapat buat pembelian. Mungkin awal Mac nanti baru selesai dan boleh buat pembelian.

      Reply
  2. Mohd

    Buku masih available?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, masih ada. Boleh wasap saya dengan klik di sini: wasap.my/60139798719

      Reply
  3. suriante

    saya berminat untuk dapatkan ebook combo asb.bagaimana cara..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh wasap saya ke 013-9798719 atau klik di sini.

      Reply
  4. Hallid

    Assalamu’alaikum Tuan,
    Teknik Pinjaman ASB tu untuk tahun bila ye?Staff bank punya cerita memang bolih tergoda kita.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Masih lagi boleh digunakan sehingga sekarang.

      Reply
  5. Hallid

    Assalamu’alaikum Tuan,
    Macam mana nak semak harga unit-unit amanah saham di bawah pengurusan PNB(harga tidak tetap)untuk 3 atau 5 tahun yang lalu?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Saya tak pasti di mana boleh semak harga-harga yang lepas. Kalau harga yang terkini, boleh semak di laman web ASNB.

      Reply
  6. Hallid

    Assalamu’alaikum Tuan,
    Dalam keadaan ekonomi sekarang,masih bolihkah lagi gunakan teknik pinjaman asb ni?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ya, masih boleh.

      Reply
  7. Fauzi

    Salam, combo ASB ade dalam bentuk buku tak?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, tak ada.

      Reply
  8. Pingback: 3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Yang Paling Popular - Loan Express

  9. Pingback: 5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian - Loan bank centre

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini