Artikel Terkini

Pengisytiharan Kadar Dividen KWSP 2016

kadar dividen KWSP 2016Semalam, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen KWSP 2016, iaitu sebanyak 5.70% dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM 37.08 bilion.

Walaupun kadar dividen KWSP 2016 yang diumumkan adalah lebih rendah berbanding tahun 2010-2015, namun jumlah pengagihan pendapatan adalah lebih tinggi berbanding pengagihan pada 2010-2014.

Lagipun, dengan situasi ekonomi yang masih tidak menentu, kadar dividen KWSP 2016 sebanyak 5.70% adalah dianggap baik.

Berikut merupakan berita penuh berkenaan perkara ini sepertimana yang disiarkan di laman web rasmi KWSP:

KWSP Isytihar 5.70 Peratus Untuk Dividen 2016

Prestasi mampan dalam suasana pasaran tidak menentu

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2017: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan 5.70 peratus sebagai kadar dividen KWSP 2016 dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.

Pengerusi Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Kami amat sukacita kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburan KWSP secara konsisten iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.  Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, KWSP sentiasa memberi penekanan terhadap pulangan yang mampan untuk jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.

KWSP mencatat pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM46.56 bilion pada 2016, naik 5.25 peratus berbanding RM44.23 bilion pada 2015.  Ini merupakan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951 dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 11.10 peratus sejak 2001

Ini merupakan satu pencapaian yang baik walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang sukar.  Kadar dividen KWSP 2016 yang sebenar untuk purata tiga tahun bergerak adalah 3.83 peratus, 183 mata asas melebihi sasaran.

Dalam tahun tersebut, KWSP berhadapan dengan persekitaran pelaburan yang mencabar berikutan berlakunya peristiwa yang membimbangkan seperti Brexit dan pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat.  Sepanjang tahun 2016, KWSP beroperasi dalam suasana pertumbuhan global yang tidak memberangsangkan selain berhadapan dengan perubahan polisi kewangan oleh ekonomi utama dunia, kejatuhan harga minyak, nilai matawang domestik yang lemah serta aliran keluar modal yang tinggi dari pasaran negara membangun kepada pasaran negara maju dan kepada matawang yang lebih selamat.

“Majoriti pasaran dunia mengalami penyusutan pada awal tahun 2016 sekaligus menjejaskan prestasi KWSP.  Walau bagaimanapun, kami telah menggiatkan aktiviti pengambilan untung bermula suku tahun kedua (S2 2016) agar dapat mencapai sasaran strategik kami,” kata Tan Sri Samsudin.

Dalam tahun yang dikaji, Ekuiti kekal sebagai penyumbang utama pendapatan sebanyak 57.68 peratus, atau RM26.85 bilion, naik 3.23 peratus berbanding RM26.01 bilion pada 2015.  Pelaburan KWSP dalam instrumen berpendapatan tetap yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia & Bon Sama Taraf serta Pinjaman & Bon menyumbang 34.87 peratus, atau RM16.23 bilion, daripada RM46.56 bilion pendapatan pelaburan untuk tahun tersebut.  Hartanah & Infrastruktur menyumbang RM2.49 bilion pendapatan pelaburan untuk 2016 dengan pertumbuhan tahunan 46.04 peratus berbanding 2015, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM982.28 juta pendapatan untuk tahun tersebut.

Pada ketika prestasi bon dan pasaran ekuti tempatan mengalami penurunan, strategi diversifikasi KWSP dalam aset dan matawang global telah membenarkan pengambilan untung dari pelbagai pasaran sepanjang tahun seterusnya membantu dalam meningkatkan prestasi.  Pelaburan luar negara, yang mewakili 29 peratus dari keseluruhan aset pelaburan, menyumbang 39 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar sepanjang tahun, seterusnya menambah nilai kepada pulangan keseluruhan pelaburan KWSP.

Tan Sri Samsudin berkata, “Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang mempunyai hampir 33 peratus pendedahan kepada sektor perbankan, merekodkan pulangan negatif untuk tiga tahun berturut-turut dengan pulangan tahun 2016 sebanyak -3.00 peratus. Ini memberi kesan terhadap nilai pasaran aset tersenarai yang dipegang oleh KWSP memandangkan lebih 70 peratus jumlah aset pelaburan dilabur dalam pasaran domestik.  Harga minyak mentah sedunia yang jatuh sehingga USD30 setong telah menjejaskan penilaian terhadap syarikat tersenarai dalam sektor minyak dan gas.  Oleh yang demikian, sebagai dana simpanan persaraan yang berhemah, adalah perlu untuk kami merekodkan penyusutan nilai pasaran (mark-to-market) dalam penyata kewangan kami.

Selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS 139), KWSP dikehendaki mengisytihar rosot nilai bersih sebanyak RM8.17 bilion berbanding RM3.07 bilion pada 2015 bagi mencerminkan penurunan harga ekuiti, terutama dalam sektor perbankan domestik serta minyak dan gas bagi pasaran domestik dan luar negara.

Walau bagaimanapun, aset pelaburan KWSP yang bernilai RM731.11 bilion setakat 31 Disember 2016 berbanding jumlah simpanan ahli sebanyak  RM704.27 bilion menandakan kekukuhan portfolio pelaburan KWSP.

kadar dividen KWSP 2016Setakat 31 Disember 2016, sebanyak 48.58 peratus daripada aset pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap dan 42.33 peratus dalam Ekuiti, manakala selebihnya 4.03 peratus dan 5.06 peratus masing-masing dalam Hartanah & Infrastruktur dan Instrumen Pasaran Wang.  Oleh itu, secara semulajadinya prestasi pelaburan KWSP adalah menjurus ke arah pulangan instrumen berpendapatan tetap.

Bagi tahun 2016, amaun pendapatan yang diagihkan sebagai dividen adalah lebih tinggi daripada amaun yang diagihkan pada 2014 walaupun kadar dividen pada 2014 adalah lebih tinggi pada 6.75 peratus. Ini berikutan jumlah pengagihan untuk setiap satu (1) peratus kadar dividen pada 2016 adalah RM6.51 bilion berbanding RM5.43 bilion pada 2014. Jumlah yang diperlukan untuk pengagihan setiap satu (1) peratus kadar dividen terus meningkat sebanyak 9.5 peratus setahun sejak 2001 selaras dengan pertumbuhan baki simpanan ahli untuk tempoh yang sama. 

“Sejak krisis kewangan global pada 2008, KWSP telah mengagihkan RM236.07 bilion dividen kepada ahlinya,” kata Tan Sri Samsudin.

Pembayaran dividen diperolehi daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Sementara itu, KWSP kekal berhemah dalam perbelanjaan seperti yang dicerminkan oleh nisbah kewangan utamanya yang konsisten, termasuk kos kepada aset di bawah pengurusan sebanyak 0.25 peratus (2015: 0.26 peratus), kos kepada pendapatan kasar pada 2.56 peratus (2015: 2.68 peratus) dan kos kepada jumlah aset pada 0.16 peratus (2015: 0.17 peratus).

Mengulas tentang keadaan ekonomi pada 2017, Tan Sri Samsudin berkata ketidaktentuan pasaran akan terus menjadi kebimbangan kerana implikasi sebenar daripada Brexit dan hala tuju polisi yang jelas di bawah pentadbiran Trump masih belum terungkai.

“Strategi diversifikasi kami telah terbukti berkesan terutamanya di waktu sukar, dan kami akan terus meningkatkan pendedahan kepada pelaburan alternatif terutama dalam Hartanah dan Infrastruktur selari dengan objektif kami sebagai pelabur jangka panjang untuk memberikan pulangan yang konsisten kepada ahli.  Kelas aset ini juga bertindak sebagai instrumen lindung nilai semulajadi terhadap inflasi.”

Bermula 2017, prestasi KWSP akan dilaporkan mengikut Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi pengumuman prestasi suku tahun dan tahunan.  Sehingga 23 Disember 2016, sebanyak 635,037 ahli telah bertukar ke Simpanan Shariah, dengan penggunaan alokasi sebanyak RM59.03 bilion daripada alokasi RM100 bilion yang ditawarkan.

Ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017 melalui i-Akaun di laman web KWSP. Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kiosk KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Nota penulis:

Mungkin ramai yang kecewa dengan pengisytiharan kadar dividen KWSP 2016 yang rendah, namun inilah lumrah pelaburan pada zaman situasi gawat sebegini.

Tambahan lagi, dengan jumlah simpanan yang besar, sudah tentu sukar bagi pihak KWSP untuk mencatatkan lebih banyak pendapatan bagi memberi pengagihan pendapatan yang lebih besar.

Diharapkan, situasi akan bertambah baik dan pihak KWSP dapat mengisytiharkan kadar dividen KWSP yang lebih baik pada masa akan datang.

Oh ya, anda dah semak pendapatan yang diperoleh hasil kadar dividen KWSP 2016 ini?

Saya dah semak, mudah sahaja melalui i-Akaun.

Bagi yang masih belum ada i-Akaun, sangat disarankan untuk mendaftar akaun online ini.

kadar dividen KWSP 2016

Panduan Memilih Perlindungan Insurans Takaful Terbaik

pelan perlindungan insurans takaful terbaik“Kau rasa, apa pelan perlindungan insurans takaful terbaik yang aku perlu ambil untuk diri aku sendiri?”

“Nak ambil dengan syarikat Prudential ke? Zurich ke? Etiqa? AIA?”

Pernah seorang rakan bertanya kepada saya soalan di atas.

Anda pun mesti pernah bertanya soalan yang sama juga, bukan?

Kebanyakan orang memang tercari-cari produk atau pelan perlindungan insurans takaful terbaik untuk diri-sendiri.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan pelan perlindungan insurans takaful terbaik?

Apakah ciri-cirinya?

Sebenarnya, pelan perlindungan insurans takaful yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang berbeza adalah hampir sama sahaja secara asasnya kerana kerangkanya dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mungkin akan ada sedikit perbezaan jika syarikat-syarikat penyedia menyediakan beberapa tawaran istimewa untuk membezakan produk mereka dengan pesaing lain, namun kerangka asasnya akan tetap sama.

Jadi, memang sukar untuk memilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

Sebagai panduan, jika anda ingin mendapatkan perlindungan insurans takaful untuk diri-sendiri, beberapa langkah yang berikut perlu dilakukan.

Sebelum itu, ingin saya tegaskan, panduan ini adalah daripada kaca mata saya sebagai orang awam sahaja.

Mungkin jika bertanya kepada ejen-ejen insurans takaful profesional, atau penasihat kewangan bertauliah, mereka akan memberikan cadangan dan panduan yang lebih details lagi.

Langkah #1 – Kenal pasti keperluan jumlah perlindungan

Setiap orang mempunyai keperluan jumlah perlindungan yang berbeza.

Berapakah jumlah perlindungan yang sepatutnya?

Mengikut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia, LIAM), jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda pendapatan tahunan.

Jika pendapatan tahunan adalah RM 50,000, maka jumlah perlindungan yang disarankan adalah RM 500,000

Jika RM 30,000 setahun, maka jumlah perlindungan haruslah RM 300,000

Dengan jumlah perlindungan 10 kali ganda pendapatan tahunan, maka nanti jumlah pampasan yang diterima jika terjadi musibah dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun; satu tempoh yang panjang sebelum dapat ‘pulih’ daripada musibah yang menimpa.

Maka, jika ingin mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kenalah buat kira-kira dulu berapakah jumlah perlindungan yang diperlukan.

Apabila dah tahu keperluan jumlah perlindungan diri-sendiri, senanglah apabila berbincang dengan ejen insurans takaful nanti.

Jangan sekadar biarkan ejen menentukan jumlah perlindungan yang perlu anda ambil, sebaliknya berbincanglah baik-baik agar keperluan diri dipenuhi.

Langkah #2 – Pilih manfaat atau risiko yang ingin dilindungi

pelan perlindungan insurans takaful terbaikSeperti yang saya tulis dalam artikel 4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful, maka apabila mendapatkan perlindungan insurans takaful terbaik, pastikan sekurang-kurangnya kesemua manfaat asas dapat dilindungi.

Namun, apa yang perlu diketahui, mungkin tiada satu pelan pun yang boleh cover kesemua manfaat asas tersebut secara serentak dalam satu pelan.

Contohnya, untuk melindungi aset, perlu ambil pelan insurans takaful am.

Untuk manfaat kematian, kecacatan/kelumpuhan dan kesihatan pula, perlu ambil pelan insurans takaful hayat/keluarga.

Untuk manfaat kesihatan bagi membayar caj rawatan dan hospital pula, perlu ambil pelan kad perubatan.

Bukan merupakan satu masalah untuk mengambil pelan insurans takaful yang berbeza-beza, asalkan kesemua risiko/manfaat asas dilindungi.

Selepas dah kenal pasti manfaat-manfaat asas yang ingin dilindungi, bolehlah juga kenal pasti manfaat-manfaat tambahan lain seperti khairat kematian, badal haji, simpanan, pelaburan, spouse contributor, waive contributor dan pelbagai lagi manfaat (rider) tambahan lain.

Tetapi, pada masa yang sama, janganlah pula sampai berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (over-insured) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar.

Contohnya, mengambil 2 atau lebih pelan untuk melindungi satu manfaat yang sama, walhal satu pelan sahaja sudah mencukupi.

Bincang baik-baik dengan ejen insurans takaful yang anda jumpa, dan tentukan manfaat-manfaat yang paling sesuai yang memenuhi kriteria perlindungan yang anda ingini.

Langkah #3 – Fahami ciri-ciri pelan yang ingin disertai

Di Malaysia, ada banyak syarikat penyedia insurans takaful.

Dan setiap syarikat pula, menawarkan pelbagai pelan perlindungan insurans takaful.

Seperti yang ditulis pada awal artikel, walaupun kebanyakan pelan mempunyai asas atau kerangka yang sama, namun akan ada sedikit perbezaan atau keistimewaan yang ditawarkan oleh setiap syarikat bagi menonjolkan lagi pelan mereka.

Ada pelan yang disertakan sekali dengan simpanan dan pelaburan, ada yang tawarkan pelan manfaat asas sahaja tanpa simpanan.

Ada pelan yang menawarkan manfaat kad perubatan sekali dalam pelan asas, ada yang tawarkan secara stand-alone.

Ada pelan yang menawarkan pertambahan perlindungan mengikut tahun.

Ada pelan yang menawarkan kemudahan hibah untuk waris.

Macam-macam pelan, sampai boleh pening untuk pilih.

Tambah pula setiap pelan diberikan nama yang pelbagai; menambahkan lagi ‘pening’ pelanggan nak pilih.

Sebab itu kena dengar baik-baik penerangan daripada ejen insurans takaful supaya setiap ciri-ciri pelan yang dibentangkan dapat difahami.

Dah faham ciri-ciri pelan, mudah nak pilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

Langkah #4 – Tentukan jumlah bayaran yang sanggup dikeluarkan

Pelan perlindungan insurans takaful yang terbaik seharusnya adalah pelan yang mampu dibayar.

Banyak faktor yang mempengaruhi harga sesuatu pelan perlindungan insurans takaful, antaranya umur, jumlah perlindungan, risiko/manfaat dilindungi, status merokok dan status kesihatan.

Untuk dapatkan jumlah perlindungan yang tinggi dan manfaat yang pelbagai, sudah semestinya bayaran juga akan tinggi.

Sebab itulah pada langkah #1 dan #2, kena kenal pasti dahulu jumlah perlindungan yang diperlukan dan tentukan manfaat/risiko yang ingin dilindungi, supaya nanti bayaran untuk pelan tersebut adalah memadai dengan bajet yang diperuntukkan.

Berapa bajet yang sesuai diperuntukkan untuk perlindungan insurans takaful?

Sebaik-baiknya, antara 10% ke 15% daripada pendapatan bulanan, maksimum pun mungkin sehingga 25%.

Yang penting, jangan sampai terbeban untuk membayar pelan yang diambil.

Sia-sia juga memilih pelan perlindungan yang sempurna, andai kata tak mampu nak bayar caruman dengan baik.

Sebabnya, jika tak bayar, manfaat yang dilindungi akan terbatal dengan sendirinya.

Langkah #5 – Dapatkan bantuan ejen insurans takaful

pelan perlindungan insurans takaful terbaikUsaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik sangat bergantung kepada bantuan ejen insurans takaful yang anda pilih.

Sebaik-baiknya, dapatkan bantuan daripada ejen yang lebih bertindak sebagai penasihat kewangan, bukan sebagai jurujual semata-mata.

Maksudnya, ejen tersebut mampu menasihati anda memilih manfaat perlindungan pada jumlah perlindungan yang diperlukan dan harga yang anda mampu milik, bukan sekadar ‘memaksa’ mengambil apa-apa pelan sebab beliau nak close sale.

Ejen tersebut juga perlulah mampu menjawab pertanyaan anda dan menyediakan khidmat-selepas-jualan (after sale service) yang baik.

Jangan pilih ejen yang hanya manis ketika nak mencarum, tapi hilang setelah itu.

Bagaimana nak pilih ejen insurans takaful terbaik, terpulang kepada keselesaan anda.

Mungkin anda selesa nak berurusan dengan ejen daripada saudara-mara atau rakan-rakan anda, mungkin juga anda lebih selesa berurusan dengan ejen yang anda tak kenal.

Mungkin anda lebih selesa dengan ejen senior yang dianggap lebih mahir berbanding ejen junior, atau mungkin anda yakin yang ejen junior akan memberikan perkhidmatan yang lebih bersungguh-sungguh berbanding ejen senior.

Mungkin anda lebih selesa dengan ejen yang approach kepada anda, berbanding anda sendiri yang approach ejen.

Mungkin juga anda menetapkan ejen yang dekat-dekat sahaja agar mudah berjumpa, atau anda tidak kisah pun untuk berurusan dengan ejen yang berada jauh di tempat lain.

Semuanya atas keselesaan anda.

Sekarang zaman teknologi, anda boleh cari mana-mana ejen insurans takaful di blog-blog dan media-media sosial.

Cuba hubungi mereka, beritahu semua maklumat yang anda dah kenal pasti (jumlah perlindungan, jenis manfaat, pelan dan kemampuan kewangan anda) dan tengok bagaimana mereka melayan dan memberi perkhidmatan kepada anda.

Nilaikan bagaimana mereka memberi penerangan atau cadangan berkenaan pelan terbaik untuk anda.

Apabila dah berpuas hati menilai 2, 3 atau lebih ejen, pilihlah yang terbaik.

Ingat, pilih yang mampu menjadi penasihat kewangan, bukan jurujual semata-mata.

Dengan bantuan ejen yang baik, mudah untuk kenal pasti pelan perlindungan insurans takaful terbaik yang memenuhi keperluan anda.

Pelan perlindungan insurans takaful terbaik

Akhir kata, pelan yang terbaik adalah pelan yang melindungi manfaat-manfaat/risiko-risiko yang diingini dalam jumlah perlindungan mengikut keperluan individu pada harga yang mampu dibayar.

Mendapat bantuan daripada ejen yang baik dan ikhlas berkhidmat adalah satu bonus.

Perlindungan insurans takaful adalah bersifat individualised; mengikut kepada keperluan, keinginan dan kemampuan setiap individu.

Jadi, kenalpasti apa keperluan, keinginan dan kemampuan diri sendiri, barulah akan dapat pelan perlindungan insurans takaful terbaik.

[REVIEW] Ebook Panduan eBay Intelligence: Rahsia Buat Duit Dengan eBay

panduan ebay intelligenceBaru-baru ini saya sempat dapatkan satu ebook berkenaan cara buat duit dengan eBay, iaitu ebook Panduan eBay Intelligence yang dihasilkan oleh Tuan Zul Ariffin.

Tuan Zul Ariffin merupakan seorang eBayer berpengalaman semenjak tahun 2010 dan telah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan berbisnes di eBay.

Dalam satu kisah yang beliau ceritakan, Tuan Zul berjaya menjana jualan lebih USD 3,000 (bersamaan lebih RM 13,500) dengan mudah dalam tempoh kurang 3 minggu di eBay.

Itu pun, dengan menjual satu item sahaja.

Dan, beliau tidak pegang stok barang tersebut pun, sebaliknya dijual secara dropship sahaja (stok dan penghantaran barang diuruskan pihak ketiga)

Kalau tak percaya, boleh dapatkan kisah beliau secara percuma di sini: Panduan eBay – Rahsia bagaimana lelaki ini jana pendapatan lebih 5-angka dengan bisnes eBay

panduan buat duit dengan ebaySekarang, hasil daripada pengalaman dan teknik yang beliau amalkan, beliau curahkan dalam panduan terbaru yang beliau hasilkan, iaitu ebook Panduan eBay Intelligence.

Apa itu eBay?

Mungkin ada yang masih belum kenal dengan eBay, jadi di sini saya akan berikan penerangan ringkas.

eBay adalah satu paltform  bisnes online atau laman web terkenal yang membolehkan pengguna berdaftar membeli dan menjual barang-barang.

Sehingga sekarang, laman web eBay telah beroperasi di lebih 30 negara selain Amerika Syarikat (ebay.com)

Contohnya di Malaysia (ebay.com.my), Singapura (ebay.com.sg), Australia (ebay.com.au) dan United Kingdom (ebay.co.uk)

Cuma perlu daftar akaun di salah satu laman web eBay, dan anda boleh membeli atau menjual di mana-mana laman web eBay yang lain.

Sehingga Oktober 2016, bilangan pengguna berdaftar di eBay adalah sebanyak 165 juta orang, manakala penjual pula adalah 25 juta.

Maksudnya, hanya 15% sahaja pengguna eBay adalah seorang penjual.

Maka, potensi untuk memulakan perniagaan dan menjadi penjual berjaya di eBay masih terbuka luas kepada sesiapa pun.

Berminat nak buat duit dengan eBay?

Mula dengan belajar melalui ebook Panduan eBay Intelligence.

Ebook Panduan eBay Intelligence

ebay intelligence buat duit dengan ebay 2018Ebook ini disediakan oleh Tuan Zul Ariffin bagi membantu orang lain memahami dan memulakan bisnes di eBay.

Beliau dedahkan semua proses yang dilalui dan teknik yang digunakan untuk bangunkan bisnes eBay beliau sehingga berjaya mendapat status Power Seller, satu status yang diiktiraf oleh pihak eBay sebagai seller yang berjaya.

Ebook Panduan eBay Intelligence dibahagikan kepada 3 topik utama mengikut proses berniaga di eBay, iaitu membuat kajian produk, membuat iklan (listing) di eBay dan proses order/pos barang.

Segala proses dan teknik dihuraikan dengan jelas langkah-demi-langkah.

Jom kita lihat kandungan setiap bab dalam ebook Panduan eBay Intelligence.

panduan ebay intelligenceBab #1 – Pengenalan eBay

Pembaca akan diberikan penerangan ringkas berkenaan eBay, agar lebih memahami tentang platform jualan yang hebat ini.

Bab #2 – Fakta asas sebagai penjual di eBay

Dalam bab ini, pembaca akan didedahkan berkenaan 3 perkara utama yang perlu difahami sebelum berniaga di eBay, iaitu tentang polisi akaun, cara jualan dan platform bayaran di eBay.

Pembaca juga akan diberi penerangan berkenaan multiple accounts, kepentingan feedbacks (reputasi), auction, buy it now dan beberapa peraturan atau polisi yang perlu dipatuhi di eBay.

Tahukah anda, jika anda tersilap langkah melanggar polisi eBay walaupun sekali, risiko account anda untuk digantung adalah amat tinggi.

Jika account digantung, tidak dapatlah nak buat duit dengan eBay.

Jadi, bab ini sangat penting untuk difahami.

Bab #3 – Persediaan memulakan bisnes di eBay

Jika ingin memancing, kena sediakan joran dan mata kail.

Jika ingin berniaga di eBay, kenalah juga sediakan peralatan-peralatan tertentu.

Dalam bab #3 ini, Tuan Zul terangkan tentang peralatan-peralatan asas yang perlu ada sebagai persediaan memulakan perniagaan di eBay.

Dengan adanya peralatan-peralatan ini, tidaklah anda terkial-kial apabila mula menjual di eBay nanti.

Bab #4 – Software/tools bisnes di eBay

Kalau dalam bab #3 berkenaan peralatan/hardware, bab #4 pula berkenaan persediaan software/tools yang perlu ada sebelum memulakan perniagaan di eBay.

Software/tools yang diterangkan nanti akan membantu mengurangkan risiko account digantung, membantu carian barang-barang hot dan memudahkan proses dropshipping.

Bab #5 – Langkah-langkah membuka akaun eBay dan membuat multiple accounts

Bab ini mengandungi penerangan berkenaan langkah-demi-langkah untuk daftar akaun eBay, dan create multiple accounts.

Rahsia bagaimana peniaga-peniaga baru eBay menjana pendapatan lumayan dalam tempoh singkat adalah menerusi multiple accounts.

Tetapi, sebenarnya eBay melarang penggunanya mempunyai lebih daripada satu akaun.

Jadi, dalam bab ini, disertakan tips dan tricks bagaimana mengelakkan eBay mengesan pengguna baru yang menggunakan multiple accounts, seterusnya mengelakkan daripada akaun digantung.

Kalau nak tahu tips dan tricks tersebut, kenalah dapatkan ebook Panduan eBay Intelligence.

Selain daripada itu, dalam bab ini juga, pembaca akan ditunjukkan cara mendaftar akaun platform bayaran eBay.

Kalau tak ada platform bayaran ini, susah nak berniaga di eBay, susah juga nak transfer hasil jualan daripada eBay.

Bab #6 – Tips penting di eBay

Polisi eBay semakin hari semakin ketat, jadi kalau tersilap langkah walaupun sekali, akaun boleh digantung dan perniagaan anda di eBay boleh terjejas teruk.

Jadi, dalam bab ini, ada tips penting untuk memastikan anda selamat daripada polisi eBay.

Bab #7 – Teknik membina reputasi di eBay

Bayangkan anda sebagai pembeli, apabila ingin membeli sesuatu barang, sudah semestinya akan membeli daripada penjual yang jujur dan diyakini, bukan?

Begitu juga di eBay.

Untuk menjadi seorang eBayer yang berjaya, kenalah bina reputasi yang baik.

Dalam bab #7 ini, pembaca akan ditunjukkan cara membina reputasi baik seawal hari pertama mendaftar akaun eBay.

Apabila dah ada reputasi yang baik, makin mudahlah membuat jualan di eBay.

Bab #8 – Jenis barang “vero” dan “non-vero”

VERO bermaksud “Verified Rights Owner”, dan barang-barang yang berstatus vero adalah dilarang untuk dijual di eBay.

Sebagai eBayer, wajib untuk tahu apakah barang-barang yang dikategorikan sebagai vero.

Jika tersilap menjual barang tersebut, akaun juga boleh digantung.

Jangan risau, walaupun ada sesetengah barang berstatus vero, masih banyak lagi barang hot yang berstatus non-vero yang boleh dijual di eBay.

Dalam bab ini, akan diterangkan perbezaan dan ciri-ciri barang vero dan non-vero.

panduan ebay intelligence 2017Bab #9 – Teknik kajian pasaran secara manual

Tips paling mudah untuk buat jualan di eBay adalah dengan menjual barang-barang hot atau sedang trending.

Tapi, bagaimana nak kenalpasti barang-barang yang sedang hot dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna eBay?

Bab #9 ini akan menunjukkan langkah-demi-langkah cara membuat kajian pasaran bagi mencari barang hot tersebut.

Dah jumpa barang yang hot, mudahlah nak buat jualan dan hasilkan keuntungan nanti.

Bab #10 – Teknik kajian pasaran secara auto

Kalau dalam bab#9 ditunjukkan langkah-langkah melakukan kajian pasaran secara manual, dalam bab #10 pula, ditunjukkan langkah-langkah melakukan kajian pasaran secara auto.

Jika gunakan cara yang ditunjukkan ini, keputusan akan lebih mudah diperoleh, lebih cepat dan lebih tepat.

Bab #11 – Teknik listing auction & BIN (Buy-It-Now)

Dalam bab yang ke-11 ini, pembaca akan ditunjukkan langkah-demi-langkah membuat iklan atau listing barang di eBay.

Kiranya, dah mula menjual barang di eBay.

Semua aspek semasa melakukan listing diterangkan dengan jelas, daripada memilih keyword, menulis tajuk listing, memasukkan description item, saiz gambar, lokasi gambar, pilihan bayaran, shipping details sehinggalah listing anda berjaya diselesaikan.

Tuan Zul turut terangkan tentang tips dan tricks untuk pastikan listing yang dibuat mudah dijumpai pengguna eBay, menarik perhatian prospek dan seterusnya menggoda prospek supaya terus membeli.

Pengguna datang ke eBay memang dengan mentaliti untuk membeli, jadi listing yang baik dan lengkap akan memastikan item yang ditawarkan boleh dijual dengan baik.

Sebab itulah bab ini sangat penting bagi pembaca ebook Panduan eBay Intelligence

Bab #12 – Case study barang dropship

Dalam bab ini, Tuan Zul tunjukkan satu case study jualan beliau menggunakan sistem dropship daripada pembekal di laman web X.

Jadi, pembaca dapat belajar bagaimana membuat jualan manggunakan sistem dropship; cuma perlu tiruvasi (tiru dan inovasi) sahaja daripada teknik yang Tuan Zul tunjukkan.

Bab #13 – Case study barang tempatan

Dalam bab #12, Tuan Zul tunjukkan bagaimana proses jualan menggunakan sistem dropship, iaitu stok dipegang dan dihantar oleh pihak ketiga.

Dalam bab #13 pula, Tuan Zul tunjukkan bagaimana proses jualan bagi barang tempatan yang dipegang stok.

Pembaca akan dapat belajar bagaimana mencari supplier di Malaysia, membuat listing dan yang paling penting, bagaimana nak pos barang tersebut kepada pelanggan di luar negara.

Bukan senang untuk pos barang ke luar negara, kena isi borang tertentu dan lalui beberapa prosedur tambahan berbanding pos barang di dalam Malaysia sahaja.

Bab ini amat sesuai bagi mereka yang dah ada barang yang dijual di Malaysia, dan nak kembangkan ke pasaran luar negara.

Bonus Ebook Panduan eBay Intelligence

Selain daripada 13 bab utama yang diterangkan di atas, Tuan Zul turut memberikan beberapa bab tambahan sebagai bonus bagi pembaca ebook panduan yang disediakan beliau ini.

Bab #14 – Senarai supplier barang Print-On-Demand

Barang-barang Print-On-Demand (POD) adalah antara barang-barang yang laku keras di eBay.

Barang POD adalah barang custom made; barang boleh diberikan design sepertimana yang dikehendaki penjual atau pembeli.

Contohnya t-shirt yang bercetak gambar sendiri, mug yang bercetak gambar keluarga atau bantal yang bercetak gambar orang disayangi.

Kalau kreatif, boleh buat design sendiri dan jual barang-barang tersebut sebagai koleksi cenderahati.

Jadi, dalam bab ini, ditunjukkan beberapa trusted dan credible supplier yang menjalankan perkhidmatan POD ini.

Penjual hanya perlu pilih item daripada supplier, hasilkan design dan buat listing di eBay.

Kalau tak pandai nak buat design sendiri pun, boleh guna design yang disediakan pihak supplier tersebut.

Apabila ada tempahan, cuma perlu tempah dengan supplier dan barang akan dipos ke pelanggan.

Memang mudah!

Bab #15 – Senarai supplier/wholesaler UK (United Kingdom)

Selain buat jualan di eBay Amerika Syarikat, boleh juga buat jualan di eBay United Kingdom.

Maklumlah, berdasarkan nilai tukaran wang sekarang, 1 Pound Sterling bersamaan 5.50 Ringgit Malaysia.

Lebih 5 kali ganda.

Maka, sangat lumayan jika dapat jana keuntungan dalam nilai Pound Sterling.

Dalam bab ini, diberikan senarai pembekal di United Kingdom, yang mana pembaca boleh jual item mereka secara dropship di eBay United Kingdom.

Bab #16 – Senarai supplier USA-China-worldwide

Bonus ini mengandungi senarai pembekal di USA, China dan serata dunia yang boleh menjadi pembekal kepada jualan anda di eBay nanti.

Dengan adanya senarai pembekal sebegini, tak perlu susah-susah nak cari dah.

Lebih cepat boleh mulakan perniagaan buat duit dengan eBay.

Lepas buat kajian pasaran, dapat jumpa item hot, padankan dengan supplier yang diesenaraikan, terus boleh buat listing dan jualan di eBay.

Jimat banyak masa!

Bab #17, #18 & # 19 – Case study

Semua bab bonus ini mengandungi beberapa case study bagaimana Tuan Zul melakukan jualan di eBay.

Jadi, pembaca boleh belajar pengalaman dan teknik beliau, lalu boleh aplikasikan apabila membuat jualan sendiri nanti.

(Klik di sini untuk dapatkan rahsia jana pendapatan 5-angka dengan eBay secara PERCUMA!!)

panduan ebay intelligence 2017Bonus khas #1 – Skrip follow-up

Pembaca ebook ini akan diberikan template skrip follow-up bagi memudahkan proses jualan di eBay.

Contohnya, skrip selepas pengesahan bayaran, makluman penghantaran, follow-up status barang dan peringatan meninggalkan feedback.

Dengan adanya template skrip ini, akan menonjolkan diri penjual yang profesional.

Jadi, mudahlah membina reputasi di eBay.

Bonus khas #2 – Profitable niche ideas

Bersama-sama ebook ini, turut diberikan senarai 400 profitable niche yang boleh newbies ceburi untuk mulakan perniagaan di eBay.

Boleh pilih satu, dua atau beberapa niche yang diminati sebagai niche utama anda untuk memudahkan proses mencari barang-barang hot.

Bonus khas #3 – Facebook Support Group

Tuan Zul juga ada mengendalikan satu Facebook Support Group untuk pembeli-pembeli ebook beliau.

Dalam group ini, pembaca boleh bertanyakan apa sahaja perkara yang tidak difahami kepada Tuan Zul dan team beliau.

Boleh juga lihat soalan-soalan dan masalah-masalah yang orang lain hadapi, dan belajar bagaimana mengatasi masalah tersebut agar tidak menyusahkan diri-sendiri pula.

Selain itu, boleh buat networking dengan pembaca-pembaca lain agar lebih mudah untuk setup perniagaan di eBay.

Orang kata, dalam berniaga ini, jangan makan seorang diri, sebaliknya saling bantu-membantu antara sesama peniaga.

Barulah boleh jadi peniaga berjaya.

Bonus khas #4 – Kemaskini PERCUMA seumur hidup

Bisnes di eBay sentiasa berevolusi; ada sahaja perubahan dan penambahan perkara baru seperti polisi, interface dan cara jualan, yang mana kadang-kadang boleh memeningkan penjual.

Sebagai support kepada pembeli, Tuan Zul turut mengemaskini kandungan Panduan eBay Intelligence agar memudahkan pembeli menghadapi  perubahan yang berlaku.

Tidaklah pembeli terkial-kial nanti.

Macam baru-baru ini, Tuan Zul ada mengeluarkan edisi ke-2 Panduan eBay Intelligence, yang mana beberapa bab telah dikemaskini agar relevan dengan evolusi bisnes eBay yang berlaku.

Bukan setakat kemaskini konten ebook, malah Tuan Zul turut menyediakan 15 video panduan untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca.

Boleh lihat emel yang dihantar oleh Tuan Zul kepada semua pembaca Panduan eBay Intelligence ini:

panduan ebay intelligence buat duit dengan ebay 2018

Lebih istimewa lagi, semua kemaskini dan penambahan konten ini diberikan PERCUMA sahaja tanpa sebarang bayaran tambahan.

Memang untung bagi sesiapa yang dapatkan panduan ini.

Bayar sekali, dapat kemaskini PERCUMA seumur hidup.

Pandangan peribadi

Secara peribadi, saya berpendapat ebook Panduan eBay Intelligence ini boleh dianggap sebagai panduan terkini yang lengkap berkenaan cara buat duit dengan eBay.

Panduan yang disediakan memang lengkap dan terperinci, dan Tuan Zul tunjukkan langkah-demi-langkah agar mudah difahami.

Kiranya, ebook ini memang sesuai untuk newbies yang baru nak mulakan bisnes di eBay.

Dan sesuai juga untuk golongan bekas eBayer dan eBayer tegar yang ingin update knowledge berkenaan bisnes di eBay.

Saya dulu pun pernah menjual barang di eBay, dan setelah membaca ebook ini, memang ada beberapa perkara yang baru saya pelajari.

Bagi yang dah punyai perniagaan sendiri dan ingin kembangkan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa menerusi eBay, memang sangat disarankan untuk dapatkan ebook ini.

Dari segi kelemahan ebook ini pula, sebenarnya tiada kelemahan yang ketara.

Cuma dari segi tatabahasa, ejaan dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil sahaja.

Walaubagaimanapun, kelemahan ini tidaklah sampai menjejaskan kandungan dan kualiti ebook ini.

Yang penting, isi kandungannya adalah lengkap dan terkini.

Bagaimana nak dapatkan ebook Panduan eBay Intelligence?

Anda betul-betul berminat nak dapatkan ebook ini?

Mesti nak tahu harganya, bukan?

Sebelum itu, saya nak maklumkan bahawa ebook Panduan eBay Intelligence ini ditawarkan dalam 4 pakej, iaitu pakej A, B, C dan D

Pakej A hanya menawarkan ebook utama sahaja tanpa sebarang bonus seperti yang disenaraikan di atas, dan pakej ini sesuai untuk yang memang dah ada pengalaman atau pernah berniaga di eBay, cuma nak update dengan knowledge terkini sahaja.

Harga untuk pakej A adalah RM 97 sahaja!

Manakala, pakej B pula, mengandungi ebook utama ditambah dengan bonus-bonus yang disenaraikan di atas dan bonus-bonus lain yang ditambah dari semasa ke semasa.

Pakej B sesuai untuk newbies yang baru nak mulakan perniagaan di eBay, sebab pakej ini disertakan bonus-bonus tambahan yang lengkap dengan semua tools dan rujukan untuk mulakan perniagaan di eBay dengan segera dan sistematik.

Memang sangat disarankan untuk dapatkan pakej B ini.

Mengikut Tuan Zul, harga asal pakej B ini adalah RM 297, tetapi buat masa sekarang, pakej ini ditawarkan dengan harga diskaun RM 197 sahaja.

Anda jimat RM 100 jika dapatkan pakej B ini sekarang.

Dulu, semasa awal pelancaran, saya dapatkan pakej B ini pada harga lebih murah daripada harga sekarang.

Selepas lama dilancarkan dan mendapat maklumbalas serta permintaan memberangsangkan, sudah tentu harga akan naik.

Itu pun, bagi saya, harga RM 197 masih lagi dianggap murah dengan segala ilmu terkini dan lengkap yang dimuatkan dala pakej B ini.

Saya pernah dapatkan panduan berkenaan bisnes eBay dulu pada tahun 2013, dan harganya lebih mahal berbanding harga pakej B Tuan Zul ini.

Untuk pakej C pula, lebih sesuai untuk sesiapa yang nak belajar tentang bisnes eBay secara lebih advance, sebab disertakan dengan seminar bersama-sama Tuan Zul dan team beliau sendiri.

Seminar tersebut diadakan di pejabat Tuan Zul sendiri iaitu di Batu Pahat, Johor.

Dalam seminar nanti, boleh bertanya secara terus dan belajar hands-on dengan Tuan Zul dan teamnya sendiri.

Harga pakej C, RM 497 sahaja.

Pakej D pula, adalah sama seperti pakej C iaitu akan mendapat peluang untuk menghadiri seminar dan belajar secara face-to-face dengan Tuan Zul dan team beliau sendiri.

Bezanya, untuk pakej D, seminar diadakan di Bangi, Selangor.

Jadi, bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang atau sukar untuk ke Batu Pahat, Johor, bolehlah memilih pakej D untuk sama-sama belajar secara terus tentang bisnes eBay.

Harga pakej D adalah RM 597 sahaja.

Pening nak pilih pakej ebook Panduan eBay Intelligence yang mana?

Saya sarankan, mula dengan pakej B dahulu, memang berbaloi-baloi!

Kalau ada bajet lebih, boleh ambil pakej C atau D, lebih berbaloi-baloi!

Anggaplah bayaran yang dikeluarkan untuk dapatkan panduan dari Tuan Zul ini sebagai pelaburan awal untuk menjana pendapatan lebih lumayan daripada eBay.

Dah tak sabar nak dapatkan panduan Tuan Zul ini?

Baiklah, klik pada pautan di bawah untuk pilih pakej anda:

panduan ebay intelligence 2017

Untuk menempah, sila klik butang di bawah & pilih pakej yang anda ingini

panduan ebay intelligence 2017Sila Klik Di Sini Untuk Tempah Sekarang >>

*Jika anda menghadapi sebarang masalah sewaktu melakukan pembayaran atau pengesahan atau mempunyai sebarang persoalan berkenaan Panduan eBay Intelligence, jangan cemas… hantarkan pesanan anda kepada kami dan kami akan bantu anda. Hubungi kami melalui emel mysohojob@gmail.com atau Whatsapp ke 013-9798719 (https://www.wasap.my/60139798719)

(Klik di sini untuk dapatkan rahsia jana pendapatan 5-angka dengan eBay secara PERCUMA!!)