Ebook Pengurusan Kewangan Peribadi Percuma

ebook pengurusan kewangan peribadi percumaDalam entri kali ini, saya ingin menyarankan beberapa buah ebook pengurusan kewangan peribadi percuma yang perlu dibaca bagi memudahkan anda belajar berkenaan topik pengurusan kewangan peribadi.

Ebook-ebook ini bukan ditulis oleh saya, maklumlah saya ini penulis blog sahaja, sebaliknya ditulis oleh mereka yang profesional dan berkelayakan dalam bidang kewangan.

Malah, ebook-ebook ini adalah diterbitkan oleh agensi-agensi kewangan yang berkaliber.

Nak tahu apakah ebook-ebook tersebut?

Teruskan bacaan anda.

Ebook pengurusan kewangan peribadi #1 – Celik Wang

ebook pengurusan kewangan peribadi percumaEbook Celik Wang diterbitkan oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan merupakan terjemahan kepada ebook Money Sense, juga diterbitkan oleh AKPK.

Ebook ini sesuai untuk semua golongan umur dan boleh dikatakan ebook WAJIB BACA bagi mereka yang ingin mula belajar bagaimana caranya untuk menguruskan kewangan peribadi dengan lebih bijak.

Matlamat utama ebook Celik Wang adalah untuk mengajar para pembaca berkenaan cara mengurus wang secara bijaksana dengan menekankan kepada kepentingan mengawal perbelanjaan mengikut kemampuan dan seterusnya mencapai matlamat kewangan dengan mudah.

Ebook ini juga mengajar pembaca agar dapat mengawal prestasi kewangan sendiri semasa berhadapan situasi dan cabaran yang mendatang.

Untuk kandungan ebook Celik Wang, boleh lihat gambar di bawah:

ebook pengurusan kewangan peribadi

Boleh juga tonton video di bawah untuk lebih info berkenaan kandungan ebook Celik Wang ini:

Jika dilihat kepada isi kandungannya, ebook ini boleh dikatakan sebuah panduan yang lengkap untuk belajar tentang pengurusan kewangan peribadi.

Memang rugi kalau tak baca!

Baca juga:  Kenapa Perlu Tahu Cara Kira Pulangan Pelaburan?

Ebook pengurusan kewangan peribadi #2 – P.O.W.E.R!

ebook pengurusan kewangan peribadi percumaEbook pengurusan kewangan peribadi kedua yang juga WAJIB DIBACA adalah ebook POWER!

Ebook POWER!, atau nama panjangnya, Pengurusan Wang Ringgit Anda, juga diterbitkan oleh pihak AKPK.

Ebook ini mengandungi modul yang digunakan dalam program pendidikan kewangan yang dianjurkan oleh AKPK untuk orang awam, juga dengan tajuk yang sama iaitu Program POWER!: Pengurusan Wang Ringgit Anda.

Terdapat 6 modul utama dalam ebook POWER!, iaitu:

  1. Pengurusan aliran tunai
  2. Asas meminjam
  3. Penggunaan kad kredit secara bijak
  4. Membeli kereta
  5. Membeli rumah
  6. Mengurus hutang anda

Berbeza dengan ebook Celik Wang, kandungan ebook POWER! adalah lebih ringkas, spesifik kepada topik yang dibincangkan dan yang lebih menarik, mempunyai soalan-soalan untuk menilai kefahaman pembaca.

Modul ebook POWER! dirangka dengan tujuan melengkapkan pembacanya dengan ilmu pengurusan kewangan asas yang kukuh supaya dapat membuat keputusan berkaitan kewangan sendiri dengan penuh yakin.

Ebook ini juga mengandungi latihan praktikal supaya dapat membantu pembacanya belajar cara menguruskan pendapatan, perbelanjaan dan hutang dengan lebih baik.

Kiranya, ebook POWER! melengkapkan lagi ebook Celik Wang.

Baca kedua-dua ebook ini, dan anda akan mempunyai lebih pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

Baca juga:  Tips Simpan Duit: Berapa Banyak Nak Simpan? Simpan Kat Mana?

Ebook pengurusan kewangan #3 – Buku Wang Saya

ebook pengurusan kewangan peribadi percumaEbook Buku Wang Saya adalah terjemahan daripada ebook My Money yang diterbitkan di bawah program MoneySENSE, sebuah program pendidikan kewangan nasional di Singapura.

Ya, Singapura.

Tetapi, oleh kerana topik pengurusan kewangan peribadi adalah topik yang universal, maka tidak ada masalah jika mengambil bahan pendidikan daripada negara lain, asalkan bahan tersebut adalah bermanfaat.

Lagipun, ebook ini adalah dalam bahasa Melayu, jadi memang mudah difahami.

Untuk kandungan ebook ini, boleh lihat gambar yang berikut:

ebook pengurusan kewangan peribadi percuma

Kandungan ebook ini ringkas sahaja, disusun dengan susunan yang teratur dan disertakan gambar-gambar yang menarik.

Ada juga tips-tips ringkas daripada pakar kewangan berkenaan setiap topik yang dibincangkan.

Memang best baca ebook ini.

Bagaimana nak dapatkan semua ebook hebat ini?

Semua ebook pengurusan kewangan peribadi ini diberikan secara PERCUMA sahaja.

Ya, PERCUMA!

Kalau anda berminat nak dapatkan semua ebook ini, cuma perlu masukkan nama dan alamat emel dalam ruangan di bawah:

Nama Anda
Alamat Emel

 


Nanti, saya akan hantar link untuk download setiap ebook dalam emel nanti.

Jangan lepaskan peluang ini, ya!

Cepat-cepat masukkan nama dan alamat emel ke dalam ruangan di atas.

Rugi kalau tak baca ebook-ebook di atas.

Bukan kena bayar pun, haa.

Jangan lupa share atau beritahu orang lain untuk turut dapatkan ebook-ebook ini.

Baca juga:  7 Fasa Asas Pengurusan Kewangan Yang Wajib Anda Tahu

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

19 Comments

  1. Naziman Azlye

    Ebook-ebook hebat ni masih ada? Saya harap masih ada. Saya sudah pun e-mel tuan.

    Reply
    1. izzuddinjaaffar (Post author)

      Masih ada. Tuan boleh masukkan sahaja nama dan emel di dalam ruang yang disediakan. Link untuk download semua ebook di atas akan dihantar ke emel nanti.

      Reply
    2. Zaiza

      Nama dan email dah dimasukkan. Tapi tekan link download ebook memang tak boleh reach. Saya nak semua ebook hebat tu. Mcm mana nak dapatkan?

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Ebook-ebook ini dah tiada.

        Reply
  2. Rina

    Dah masukkan tapi tak dapat link ebook percuma tu. Masih ada ke?

    Reply
    1. izzuddinjaaffar (Post author)

      Ya, masih ada. Mungkin emel daripada sistem kami termasuk ke folder Spam/Junk. Boleh cuba semak di situ.

      Reply
  3. affariz

    masih ada ke e-book tu? saya dah mula untuk merancang masa depan yang lebih baik..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Masih ada, tetapi ebook-ebook ini sudah terlalu lama. Kalau Tuan nak, boleh tinggalkan emel.

      Reply
  4. Husna

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya nak kan e-book ini. Tak apa walaupun telah lama. Ingin menambahkan ilmu pengetahuan.
    Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh emel ke mysohojob@gmail.com dengan tahuj Ebook Kewangan Percuma. Nanti kalau ada masa saya emelkan.

      Reply
      1. Tony Lau

        Ebook2 tertera di atas masih ada kah ? Saya ingin baca sebagai menambah pengetahuan pengurusan kewangan peribadi dan lain-lain berkaitan.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Masih ada. Boleh emel ke saya, mysohojob@gmail.com Nanti saya emelkan.

          Reply
  5. Tony Lau

    Saya dah daftar tapi tak dapat download.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh emel ke saya, mysohojob@gmail.com Nanti saya emelkan.

      Reply
  6. nurul

    salam, saya pun nak e book ni

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh emel ke saya. Lihat kat Hubungi Penulis

      Reply
  7. Riza Hanim

    Masih available ke ebook ebook ni? saya berminat untuk dapatkannya. Bagaimana caranya yee?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, masih ada, Boleh download di jomurusduit.com/ebook-percuma

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini