Cara Semak Bil TNB Online Guna Portal myTNB

cara semak bil elektrik tnb onlineRupa-rupanya masih ramai yang tak tahu cara semak bil TNB online guna portal myTNB walaupun perkhidmatan ini telah beberapa tahun tersedia.

Rugi kalau tak gunakan kemudahan ini, memang memudahkan.

Ya lah, kadang-kadang, rasa geram juga apabila tunggu bil elektrik TNB tak sampai-sampai di rumah.

Tengah bersemangat nak bayar bil supaya senang nak uruskan duit selebihnya, tapi bil pula tak kunjung tiba.

Kadang-kadang itu, bukan salah kakitangan TNB yang tak hantar bil, tetapi rupa-rupanya bil ‘hilang’.

Diterbangkan angin, jatuh ke dalam longkang, kena air hujan.

Biasalah, sebab pada kebanyakan masa, staf TNB datang pada waktu bekerja.

Pada waktu tak ada orang di rumah.

Jadi, mudahlah bil itu hilang.

Bila bil dah hilang, payah pula nak bayar bil elektrik.

Dengan adanya portal myTNB, semua masalah ini boleh diatasi.

Bagi sesiapa yang tak guna lagi portal ini, jom kita lihat cara semak bil TNB online melalui portal myTNB.

Baca juga:  Cara Jimat Elektrik Untuk Kurangkan Bayaran Bil Elektrik

Cara daftar portal myTNB untuk semak bil TNB online

Sebelum guna portal myTNB, kenalah daftar dahulu.

Mudah sahaja untuk daftar, percuma, tak perlu bayar apa-apa.

Langkah #1 – Pergi ke laman portal myTNB di https://mytnb.com.my/, klik pada Register now!.

mytnb semak bil tnb online

Langkah #2 – Pada ruang Register for myTNB Account, klik pada Register Now!

daftar mytnb semak bil tnb online

Langkah #3 – Masukkan semua maklumat yang diminta seperti nama, nombor MyKad, alamat emel dan password. Klik pada Create Account.

daftar mytnb semak bil tnb online

Langkah #4 – Satu nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Masukkan nombor TAC tersebut dan tekan Confirm.

daftar mytnb semak bil tnb online

Langkah #5 – Sekarang, akaun anda dah dicipta. Satu emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang diaftarkan. Klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.

daftar mytnb semak bil tnb online

Selepas aktif, anda boleh Login menggunakan alamat emel dan password yang didaftarkan tadi.

daftar mytnb semak bil tnb online

mytnb semak bil tnb online

Selepas login, klik pada butang Individual untuk pergi ke papan pemuka (dashboard) akaun anda.

daftar mytnb semak bil tnb online

Langkah #6 – Selepas login bagi kali pertama, anda perlu tambahkan dulu akaun TNB anda supaya dapat dihubungkan dengan akaun portal myTNB. Caranya, klik pada Add Account.

daftar mytnb semak bil tnb online

Boleh pilih sama ada akaun yang akan ditambah adalah akaun sendiri atau tuan rumah (bagi yang menyewa)

Kalau akaun sendiri, klik Owner.

daftar mytnb semak bil tnb online

Pilih jenis akaun. Kalau untuk rumah, biasanya Individual.

daftar mytnb semak bil tnb online

Masukkan maklumat-maklumat yang diminta. Nombor akaun adalah nombor akaun TNB anda, boleh dilihat pada bil TNB yang dihantar ke rumah anda setiap bulan.

daftar mytnb semak bil tnb online

Kalau nak tambah akaun bukan sendiri, contohnya kalau duduk rumah sewa (rumah orang lain, cuma menyewa) klik pada Non-Owner.

daftar mytnb semak bil tnb online

Masukkan semua maklumat yang diminta. Nombor akaun TNB adalah nombor akaun bagi rumah tersebut.

daftar mytnb semak bil tnb online

Jika ada lebih daripada satu akaun TNB, contohnya bagi yang ada rumah sewa, rumah di kampung atau homestay, boleh tambah lagi akaun dengan ulang langkah di atas.

Cara nak tambah, klik pada Manage Account.

semak bil tnb online mytnb

Klik pada Add Another Account.

semak bil tnb online mytnb

Kemudian, ulang balik semua langkah sepertimana menambah akaun sendiri pada awal tadi.

Jadi, mudahlah untuk anda monitor bil TNB bagi rumah-rumah anda yang lain, sama ada telah dibayar atau tidak.

Tak perlu bersusah payah ke setiap rumah untuk kutip bil TNB.

Cara semak bil TNB online

Selepas dah daftar akaun myTNB, dah hubungkan dengan akaun TNB sendiri, jadi bolehlah semak bil TNB secara online.

Caranya, selepas login, pada My Dashboard, akan terus dipaparkan baki bil TNB terkini anda.

semak bil tnb online mytnb

Jika nak tengok butiran bil dengan lebih lanjut klik pada butang View Bill dan bil anda akan dipaparkan.

Boleh juga klik pada menu Manage Account.

semak bil tnb online mytnb

Kemudian, klik View pada akaun yang hendak diperiksa dan akhir sekali klik pada menu Bill & Payment History.

semak bil tnb online mytnb

Di sini anda boleh lihat butiran bil TNB terkini dan juga bulan-bulan yang lepas.

Boleh klik pada butang View bagi bulan bil yang hendak dilihat.

Nak tengok sejarah pembayaran pun boleh, walaupun anda bayar bil tersebut secara tunai di kaunter TNB/agen TNB, atau menerusi perbankan online.

Jadi, memang mudah nak monitor.

Baca juga:  Cara Jimat Belanja Dengan ShopBack Cashback Buddy

Fungsi-fungsi lain di portal myTNB

Selain daripada fungsi semak bil TNB online, banyak lagi fungsi lain yang terdapat di portal myTNB yang boleh digunakan oleh pengguna.

Antaranya:

  • Membuat bayaran bil TNB yang masih belum dibayar (bil baru atau lama, menggunakan TNB payment gateway)
  • Membuat dan menyemak permohonan-permohonan baru seperti memohon penyambungan baru, penamatan akaun, penukaran nama akaun dan self-meter reading.
  • Melihat trend penggunaan elektrik.
  • Analisa penggunaan elektrik berbanding rumah-rumah yang hampir sama.
  • Tips-tips dan cara-cara menjimatkan elektrik.

Dan banyak lagi fungsi lain, anda hanya perlu explore sendiri sahaja.

myTNB Mobile Apps

mytnb aplikasi telefon

Selain daripada laman portal myTNB, pengguna juga boleh install aplikasi myTNB di smartphone masing-masing.

Hanya perlu download sama ada di Google Play Store atau Apple App Store, kemudian install.

Daftar akaun, dan hubungkan dengan akaun TNB anda.

Mudah sahaja.

Dengan adanya aplikasi ini, lagi mudah untuk semak bil TNB online dan buat bayaran.

Boleh lihat lebih lanjut tentang aplikasi ini di sini: myTNB Mobile Apps

Penutup

Portal MyTNB memang memudahkan pengguna untuk bukan sahaja semak bil TNB online, malah untuk lakukan perkara-perkara lain juga.

Jadi, selepas ini, tak perlu risau lagi bil TNB yang dihantar ke rumah ‘hilang’.

Tak perlu risau lagi terlepas membuat bayaran bil elektrik.

Tak perlu risau lagi bayaran bil tertunggak tinggi.

Tak perlu risau lagi bekalan elektrik dipotong sebab tak bayar bil.

Jadi, jom guna portal MyTNB!

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya. Terima kasih.

..

Baca juga:  Cara Bayar Saman Online Guna MyEG & RILEK

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

12 Comments

  1. Amir

    Cadangan adakan REBAT kpd ahli² yg byr bil awal mngikut jdual byrn…

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Cadangan yang baik. Boleh dimajukan kepada pihak TNB 🙂

      Reply
  2. hafis

    info yang baik, tetapi tidak bagi kebanyakkan orang seperti saya kerana saya hanyalah penyewa, agak susah untuk saya cek bill semasa tnb, sama juga bill air.. kerana portal yang ada semua memerlukan owner akaun sahaja.. agak susah untuk saya juga kerana gaji saya selewat 7hb ke 15hb, boleh jadi pening dekat situ nak tgk mana satu jumlah sebenar bill..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sekarang dah boleh guna portal ini walaupun menyewa rumah 🙂

      Reply
  3. Qila

    Untuk padam akaun yang kita rasa tak perlu dan edit nama pada akaun tidak di nyatakan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau ada kelapangan, nanti saya tambah.

      Reply
  4. Miss Fay

    Sy dah try masukkan berulang kali no akaun yg tertera pada bil lepas tapi apps tnb asyik kata “Nombor Akaun Tidak Sah” kenapa ya?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu saya TNB keluarkan nombor akaun baru 12 digit. Boleh rujuk bil yang paling terkini. Kalau kurang atau lebih 12 digit, mungkin nombor akaun lama. Kalau ada Masalah lagi, boleh hubungi TNB Careline.

      Reply
  5. marina

    kalau tak ingat no akaun macam mane… boleh tolong saya tak

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh rujuk bil terakhir yang diterima atau dapatkan bantuan TNB Careline.

      Reply
  6. faizatul ardila

    sy dh ikut acc no yg ade kt bil.. tp ttp invalid

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh hubungi TNB Careline

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini