Cara Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah

daftar isuri kwspBermula 15 Ogos 2018, para suri rumah yang berkelayakan berpeluang untuk daftar skim iSURI KWSP yang disediakan kerajaan.

iSURI merupakan singkatan kepada skim Program Sukarela Insentif Suri yang mana diwujudkan bagi memenuhi manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan dahulu.

Jika masih ingat, salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin dilaksanakan dalam tempoh 100 hari adalah menyediakan caruman KWSP untuk para suri rumah.

Janji ini adalah untuk menjaga kebajikan para wanita khususnya suri rumah terutama dari segi menyediakan simpanan untuk kegunaan hari tua nanti.

Pada peringkat awal pelaksanaan janji ini, pihak kerajaan bercadang untuk memindahkan 2% daripada sumbangan caruman KWSP para suami kepada para isteri.

Namun, cadangan ini agak sukar dilaksanakan dalam masa terdekat kerana memerlukan beberapa pindaan akta.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa janji ini akan tetap dilaksanakan dan melibatkan 3 fasa, iaitu:

Fasa 1 – Bermula 15 Ogos 2018

Bagi fasa 1 ini, kerajaan akan memperuntukkan caruman bulanan RM 40 kepada suri rumah yang layak yang membuat caruman minimum RM 5 sebulan ke dalam akaun KWSP masing-masing.

Maksudnya, bagi tahun 2018 bermula Ogos hingga Disember, kerajaan akan memperuntukkan caruman RM 200 untuk setiap suri rumah yang layak.

Bagi tahun-tahun seterusnya, jumlah caruman daripada pihak kerajaan adalah sehingga RM 480 setahun.

Fasa 2 – Sasaran pelaksanaan pada 2019

Dalam fasa 2, jumlah caruman bulanan oleh kerajaan akan ditingkatkan kepada RM 50 sebulan, dengan RM 40 dimasukkan ke dalam akaun KWSP manakala RM 10 lagi merupakan sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Dengan sumbangan tersebut, suri rumah akan dilindungi di bawah skim PERKESO dan mendapat manfaat-manfaat skim tersebut seperti manfaat kematian, hilang upaya dan perubatan.

Fasa 3 – Sasaran pelaksanaan pada 2020

Bagi fasa terakhir ini, beberapa pindaan akta akan dilakukan bagi membolehkan 2% daripada sumbangan KWSP suami dicarumkan ke akaun isteri, berserta tambahan caruman daripada pihak kerajaan.

Untuk bacaan lanjut, boleh baca laporan berita di sini atau di sini.

Baca juga:  3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Yang Paling Popular

daftar isuri kwsp

Siapa golongan yang layak menyertai skim iSURI KWSP?

Untuk peringkat permulaan, skim ini hanya layak disertai oleh golongan yang memenuhi kriteria-kriteria yang berikut:

#1 – Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018, termasuk isteri kepada ketua isi rumah, atau ketua isi rumah wanita yang berstatus balu, janda, ibu tunggal atau bujang

#2 – Warganegara Malaysia sahaja

#3 – Belum mencapai umur 60 tahun

#4 – Mempunyai akaun KWSP dan membuat caruman sekurang-kurangnya RM 5 setiap bulan atau RM 60 setahun

Bagaimana cara daftar skim iSURI KWSP?

Bagi golongan suri rumah yang berminat untuk daftar skim iSURI KWSP, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

#1 – Semak status di portal e-Kasih

Untuk semak sama ada anda termasuk dalam sistem e-Kasih atau tidak, boleh semak di pautan yang berikut: Semakan Daftar eKasih

semak status ekasih isuri kwsp

Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan/MyKad, kemudian tekan ‘Klik Untuk Cari’

Ini adalah contoh bagi mereka yang berada di dalam daftar e-Kasih.

semak status ekasih isuri kwsp

Bagi yang tidak tergolong dalam daftar e-Kasih, paparan sebegini akan muncul:

semak status ekasih isuri kwsp

#2 – Daftar skim i-SURI KWSP di mana-mana kaunter KWSP

Selepas disahkan status dalam sistem e-Kasih, maka boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk daftar skim i-SURI.

Hanya perlu bawa kad pengenalan/MyKad dan maklumkan pegawai bertugas tentang hasrat untuk daftar skim i-SURI.

Pegawai KWSP akan membantu untuk pendaftaran skim tersebut.

#3 – Buat caruman minimum RM 5 sebulan

Seperti yang dinyatakan di atas, caruman sukarela sebanyak minimum RM 5 sebulan diperlukan untuk layak daftar skim i-SURI KWSP.

Ini adalah sebagai galakan untuk penerima skim ini supaya mereka turut menabung untuk masa depan mereka, di samping menerima tabungan daripada caruman pihak kerajaan,

Lagipun, jumlah caruman RM 5 sebulan adalah kecil dan tidak membebankan.

Caruman bulanan boleh dilakukan melalui saluran-saluran yang berikut:

  • tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (Maybank, Public Bank, BSN atau RHB)
  • pindahan wang melalui perbankan Internet oleh bank yang dilantik (Maybank atau Public Bank)

Apakah manfaat daftar skim iSURI KWSP?

Sebagai peserta skim iSURI KWSP, peserta juga akan turut menikmati manfaat sepertimana pencarum KWSP yang lain seperti:

  • bayaran dividen tahunan
  • bantuan hilang upaya dan kematian
  • pengeluaran simpanan
  • pengecualian cukai

Lagipun, dengan mendapat sumbangan caruman daripada kerajaan berjumlah RM 40 sebulan bersamaan RM 480 setahun, itu pun sudah dikira baik.

Bayangkan, bagi seorang wanita yang layak berumur 30 tahun, membuat caruman minima RM 5 sebulan dan menerima caruman kerajaan RM 40 sebulan, selepas 30 tahun pada usia 60 tahun, anggaran yang bakal diperoleh adalah sekitar RM 44,000 (anggaran dividen KWSP 6% setahun)

Bagi yang berumur 40 tahun pula, dengan jumlah caruman yang sama, anggaran yang bakal diperoleh pada usia 60 tahun adalah RM 20,000

Sekurang-kurangnya, pada usia tua, peserta iSURI KWSP mempunyai simpanan sendiri daripada langsung tiada simpanan.

Kalau ada rezeki lebih, boleh tambah lagi jumlah caruman sendiri supaya jumlah simpanan akhir lebih besar.

Jadi, bagi wanita yang memenuhi syarat-syarat yang melayakkan untuk sertai skim iSURI KWSP ini, secara peribadi, saya galakkan untuk rebut peluang ini.

Untuk simpanan hari tua 🙂

daftar isuri kwsp

p/s: Kalau rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan, ya. Terima kasih.

..

Baca juga:  Boleh Tak Simpan Duit Dengan Teknik Main Kutu?

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

26 Comments

  1. Elsie Girie ak Jayan

    Maaf nak brtnya..I suri ni boleh tak dftr online?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu saya tak boleh, perlu berkunjung ke kaunter KWSP.

      Reply
      1. Fadik

        Pejabat ekasih dkt mane?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Boleh cari di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. Google sahaja.

          Reply
  2. Yusz

    Saya dh pergi ke kwsp nk buat pendaftaran utk mak sya, tp mereka cakap perlu daftar dahulu dlm ekasih dekat pejabat residen.pergi pejabat residen utk pdaftaran ekasih,pihak sana bgtau mak sya tak layak sbb tak dapat BR1M.bukankah isuri ini tbuka utk caruman sukarela bg surirumahtangga?? Org dekat pejabat ekasih sana tak nak lakukan pendaftaran sebab nanti akan ganggu sistem mereka.why the because.?? I malas nk btekak dgn org sana. So explain kt saya pasal isuri ni dgn detail lg..!

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Maaf, saya pun tidak mampu nak menjawab tentang persoalan ini. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan mahupun hubungan dengan pihak yang berkaitan.Saranan saya, Tuan boleh buat aduan secara rasmi. Nanti tindakan penambahbaikan akan dilakukan pihak yang bertanggungjawab..

      Reply
    2. Fiq

      isuri ni dia pilih surirumah dari keluarga kurang berkemampuan (dapat brim). Kalau mak awak ada di level tak dapat brim tu dia takkan terdaftar la dalam ekasih. Dengan kata lain, mak nya cik yusz tu tk tergolong dlm kalangan yang lagi memerlukan seperti golongan e kasih ni. Orang berkewangan stabil la senang cerita.

      Tp biasanya mmg macam tu la, orang yang sebenarnya mampu yang gelabah2 dulu berebut pasal ni.

      Reply
      1. annzni

        ikut jugak . kadang gaji dia 3000 tapi anak dia 8 9 orang kecik kecik .

        Reply
  3. Bantuan Sara Hidup

    Terima kasih berkongsi. Nampaknya feedback iSuri ni boleh tahan bagus. Ramai yang sokong. Tahun depan dengar kata dapat RM480 setahun kan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Ya, kala dapat RM 40 x 12 bulan = RM 480

      Reply
  4. hamidah

    I Suri ini untuk yang bekerja boleh ke?,status balu..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh, asalkan sahaja berdaftar dengan e-Kasih.

      Reply
  5. jurina abd hadi

    saya tadi dah pie kwsp …tp org pjbt kwsp ckp …saya bukan permohon ekasih. sedangkan suami saya dah daftar ekasih.orang ekasih yang suruh saya pergi ke pejabat kwsp..sbb org kwsp saya bkn KIR…suami tak bekerja dan saya bekerja.penerima bantuan brim lg..saya tak faham ke orang kwsp yg tak faham..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Mungkin mereka yang tak faham. Puan boleh pergi ke KWSP sekali lagi dan dapatkan penjelasan lebih lanjut. Mungkin boleh berjumpa dengan pegawai yang lain pula. Boleh bawa sekali bukti bahawa suami Puan telah berdaftar e-kasih.

      Reply
    2. IQA

      Mungkin sahaja puan belum tersenarai… nasihat saya, pergi ke pejabat ekasih, cuba buat semakan status ekasih. bila kali terakhir profil ekasih anda di kemaskini. kalau sudah lama tak di kemaskini cuba minta pegawai ekasih kemaskini maklumat anda yg terkini. kita takut maklumat tidak dikemaskini sbgai contoh bilangan ahli isi rumah yang ditanggung.

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Terima kasih atas perkongsian saudari 🙂

        Reply
  6. Zurain

    Saya sudak semak dekat ekasih..status pendaftaran saya ditulis disahkan..adakah I-Suri saya lulus walaupun saya bujang dan bekerja..?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Perlu ke pejabat/cawangan KWSP untuk buka akaun i-SURI KWSP pula.

      Reply
  7. din

    jdi..mule2 kene pergi daftar e kasih dulu..selepas itu baru ke kwsp untuk daftar i suri kwsp pulak kan….bagi orang yg bru nak buat….btul ke..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya betul.

      Reply
  8. Azizah

    Saya ada E-kasih… Dah pergi kwsp… Tpi cakap saya tidak layak… Saya tak faham la.. Sebab.. Pekerja kwsp cakap walaupun ada E-kasih…hanya yang terpilih sahaja yang dapat… Tolong bagi penjelasan…

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tuan boleh tanyakan kepada pegawai JKM pula. Mungkin ada syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi.

      Reply
    2. IQA

      Paling senang nak faham tak semua yang berdaftar ekasih ni layak terima isuri. Untuk fasa pertama, pihak kementerian telah pun memilih nama2 yang layak untuk mencarum isuri di KWSP. Rata2 yang terpilih ni terdiri daripada KIR yg sudah berdaftar di dalam sistem ekasih stakat 30 jun 2018, status kemiskinan Miskin tegar/miskin/ ibu2 tunggal adalh yg paling sesuai untuk mencarum asalkan diorang mampu untuk mencarum. Semua ni tertakluk kepada polisi kerajaan. Untuk maklumat lanjut berkenaan caruman isuri, bolehlah berkunjung ke KWSP berdekatan. sekurang2nya mereka boleh menjawab kecelaruan berkenaan isuri ini.. sekian terima kasih.

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Terima kasih atas perkongsian daripada saudari 🙂

        Reply
  9. Nazima Bee

    Assalamualaikum saya ada suri rumah tiada dlm golongan e-kasih atau BSH. Untuk mendapatkan potongan bulanan dari account suami apa saya perlu buat?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Buat masa sekarang, iSURI hanya untuk golongan e-kasih dan penerima BSH. Jika Puan layak untuk kedua-dua golongan ini tetapi masih belum didaftarkan, boleh ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon. Jika tak tergolong, memang tidak layak untuk iSURI.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini