Cara Renew Road Tax & Insurans Kereta Online Melalui MyEG

renew road tax insurans kereta online myegBaru-baru ini, buat pertama kali, saya berpeluang untuk renew road tax dan insurans kereta secara online melalui laman web MyEG.

Kemudahan ini sebenarnya sudah lama ada, cuma saya baru berpeluang untuk menggunakannya.

Alkisahnya, road tax dan takaful kereta isteri saya sudah hampir tamat tempoh dalam masa beberapa minggu lagi, jadi sebagai suami mithali (ehem ehem), saya ditugaskan untuk memperbaharui kedua-duanya sepertimana yang saya lakukan setiap tahun.

Biasanya, saya ke kedai dan serahkan kepada agen untuk uruskan urusan ini, tetapi tidak tahu mengapa kedai yang biasa saya lawati sering tutup pula kali ini.

Oleh kerana sudah malas nak berulang kali ke kedai tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk renew road tax dan insurans kereta isteri secara online sahaja melalui MyEG.

Bagi yang belum pernah guna kemudahan ini, jom saya tunjukkan cara-caranya.

Untuk guna kemudahan ini, tak perlu tunggu road tax dan insurans kereta luput tarikh terlebih dahulu, sebaliknya dah boleh renew lebih kurang 2 bulan sebelum kedua-duanya tamat tempoh.

Senang kalau renew awal-awal, apabila tamat sahaja tempoh road tax dan insurans sedia ada, terus boleh gunakan dan tampai road tax yang baru.

Geran kereta pun tak diperlukan.

Oh ya, kalau anda masih belum ada akaun MyEG, perlu register dulu di sini: https://www.myeg.com.my/register

Tetapi, kalau malas nak register dan nak guna akaun MyEG orang lain pun tak ada masalah.

renew road tax insurans kereta online myeg

Baca juga:  5 Peraturan Asas Berkaitan Perlindungan Insurans Takaful

Renew insurans takaful kereta online melalui MyEG

Seperti biasa, sebelum renew road tax, mesti kena renew insurans takaful kereta terlebih dahulu.

Jangan bimbang, ini boleh juga dilakukan secara online menerusi MyEG.

Boleh ikuti langkah-langkah yang berikut kalau nak renew insurans takaful kereta secara online melalui MyEG:

Langkah #1: Login dulu di myeg.com.my. Masukkan username dan password, kemudian klik Login.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #2: Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #3: Klik pada butang butang Auto Insurance Renewal/Baharui Auto Insuran.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #4: Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.

renew road tax insurans kereta online myeg

Bagi orang Islam, digalakkan untuk ambil takaful untuk elakkan riba.

Kalau insurans atau takaful kereta yang anda gunakan sebelum ini tidak ada dalam MyEG ini, tidak ada masalah pun untuk bertukar ke syarikat lain.

Mungkin kos akan berbeza, tetapi jangan bimbang, Non Claim Discount (NCD) masih sama.

Langkah #5: Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans kereta online myeg

Anda juga boleh memilih manfaat perlindungan tambahan yang dikehendaki seperti perlindungan cermin (windscreen, window & sunroof), bencana dan aksesori. Harga yang perlu dibayar turut dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas liberalisasi perlindungan insurans takaful kenderaan pada Julai 2017 yang lalu, beberapa maklumat perlu diberikan semasa memperbaharui insurans takaful kereta, contohnya:

  • tempat kereta diletakkan pada waktu malam
  • ciri-ciri keselamatan seperti bilangan airbag
  • sistem dan peralatan anti-kecurian seperti penggera (alarm), kunci dan immobilizer
  • tabiat memandu, sejarah saman

renew road tax insurans kereta online myeg

Semua maklumat ini akan diambil kira dalam pengiraan harga insurans takaful kereta dan boleh mempengaruhi harga yang perlu dibayar nanti.

Kalau nak isi maklumat yang salah atau tipu, nanti apabila nak buat tuntutan, takut tak diluluskan pula.

Jadi, isilah sahaja maklumat yang diminta sejujur dan setepat yang mungkin.

Salah satu kelebihan ambil takaful kereta daripada Takaful Malaysia adalah pelanggan akan mendapat semula pulangan tunai (cashback) atau rebat jika tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Jadi, sebab itulah pihak Takaful Malaysia meminta maklumat nombor akaun bank supaya nanti pulangan tunai dapat diberikan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #6: Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans kereta online myeg

Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.

Kalau nak dapatkan lagi sebutharga daripada syarikat insurans takaful lain, boleh sahaja kalau tak buat bayaran lagi.

Ulang balik semua langkah di atas dengan memilih syarikat yang lain, dan bandingkanlah harga antara semuanya.

Apabila dah berpuas hati, pilih yang terbaik dan buat bayaran.

Langkah #7: Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #8: Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

Selesai sudah langkah-langkah renew insurans takaful kereta online melalui MyEG.

Baca juga:  CuepacsCare & CuepacsPA Perlindungan Untuk Penjawat Awam

Renew road tax kereta online melalui MyEG

Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula.

Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax.

Boleh ikut sahaja langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1: Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #2: Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #3: Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

renew road tax insurans kereta online myeg

Ingat, ada kos penghantaran kalau pilih nak dihantar ke alamat pilihan, boleh lihat pada gambar di atas.

Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.

Langkah #4: Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.

Langkah #5: Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit.

renew road tax insurans kereta online myeg

Sekarang, cuma perlu tunggu road tax sampai sahaja.

Macam saya baru-baru ini, dalam masa 2 hari dah dapat road tax yang dibuat untuk kereta isteri.

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

Selesai sudah proses renew road tax dan insurans takaful kereta online melalui MyEG.

Bagi saya, memang lebih mudah sebab tak perlu ke kedai dan murah sebab tak perlu bayar caj servis/upah runner untuk buat road tax di pejabat JPJ.

Malah, boleh bandingkan sebutharga antara beberapa syarikat insurans takaful yang ada.

Tapi, sayangnya, buat masa sekarang boleh banding antara 6 syarikat sahaja; 3 syarikat insurans dan 3 syarikat takaful.

Diharapkan selepas ini lebih banyak syarikat dapat menawarkan produk mereka menerusi MyEG.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini, jumpa lagi!

p/s: Kalau rasa perkongsian kali ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan ya!

..

Baca juga:  5 Salah Faham Tentang Perlindungan Insurans Takaful

 

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

67 Comments

  1. Pingback: Tutorial Cara Renew Roadtax & Insurans Online Melalui MyEG

  2. Pingback: Tutorial Cara Renew Roadtax & Insurans Online Melalui MyEG – My Blog

  3. Aina Zashhh

    Salam alaik, maaf bertanya.. saya baru ja belajar2 nak bayar insurans. pmbayaran insurans tu blh brubah2 ke stiap tahun. atau mmg da ditetpkan sejak awal kita beli kereta

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ya, boleh berubah setiap tahun bergantung kepada jumlah coverage dan juga manfaat-manfaat lain yang diambil.

      Reply
  4. qweey

    Salam, setelah membuat pembayaran insuran, serta merta resit dan cover note akan di bagi??

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ikut pengalaman saya, serta-merta terus dapat.

      Reply
  5. Ekin

    terima kasih tuan!

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Reply
  6. Fairuz

    Salam..adakah buat insuran dgn myeg, pelanggan boleh dapat diskaun 10% semasa hendak buat bayaran seperti insuran Etiqa, yang mana boleh dapat diskaun 10% sekiranya buat di pejabat insuran Etiqa?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kalau buat dengan MyEG, tak dapat diskaun tersebut. Cadangan saya, Tuan boleh perbaharui insurans/takaful kenderaan secara online direct melalui laman web Etiqa untuk dapatkan diskaun, kemudian perbaharui road tax melalui MyEG.

      Reply
  7. Allan Toya

    Boleh tak klo kite dah renew insuran kat myeg… pastu nak renew roadtax di pejabat pos?? Adakah ada apa2 dojumen yg perlu bawa??

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh. Hanya perlu bawa cover note insuran yang telah di renew tersebut.

      Reply
      1. Allan Toya

        Tapi boleh ke.. saya renew insuran 2hb 8.. esok baru nak renew roadtax kat pjbt pos.. jadi masalah tak..??

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Boleh.

          Reply
  8. zaha

    Boleh ke upgrade cover insurans dari 3rd party kepada 1st party sedangkan roadtax hidup lagi menggunakan cover insuran 3rd party?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Maaf, saya tak pasti. Perlu bertanya kepada syarikat insurans yang dilanggan.

      Reply
  9. JongKey MyLove

    Untuk motor sama jugak ke cara2 dia?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, sama sahaja.

      Reply
  10. Rashidee Rahim

    Assalammualaikum..tumpang tanya,roadtax tersebut.dihantar oleh runner sampai ke pintu rumah atau posmen yang hantar..?? Almaklumlah rumah lot,peti surat takde..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Roadtax dihantar oleh runner MyEG sendiri. Boleh dikatakan sampai ke pintu rumah. Malah, runner tersebut akan menelefon dulu sebelum roadtax dihantar untuk menetapkan lokasi sebenar serahan akan dibuat.

      Reply
  11. zaharah

    terima kasih ye encik

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Reply
  12. Ahmad

    En Izzuddin, terima kasih banyak2 atas penerangan serta gambar. memang mudah!

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Reply
  13. syahrul

    Salam..yang cash back reward tu sama ke dengan refund ncd?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya tak pasti.

      Reply
  14. De Quattro Elena

    Salam, nak tnye, road tax tak boleh pergi ambil sendiri di mana2 pejabat myeg yg terdekat ke?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya sendiri pun tak pasti.

      Reply
  15. diyana

    Assalam, no casis and no enjin yg auto generate dlm myeg ni betul kan? Sy tak bawa pula salinan grant kereta..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kalau sebelum ini Cik pernah isi atau berikan data ketika renew roadtax, maka data tersebut adalah betul.

      Reply
  16. hafizah

    Assalam, klu sy renew insurans direct melalui laman web etiqa, boleh ke sy sambung roadtax melalui pejabat pos plak lepas tu??

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh. Bawa sahaja cover note yang diperoleh melalui laman web Etiqa tersebut.

      Reply
      1. Hafizah

        Ok tq

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Welcome 🙂

          Reply
  17. Mohamad Shukri Yaacob

    Assalam bos, nk tanya kalau kereta yang masih dalam loan boleh ke bayar insuran 3rd party? Kereta ni saya baru ambik tahun lepas kereta 2nd loan kedai.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya kurang pasti. Setahu saya, sekarang semmua insuran/takaful kenderaan perlu 1st party.

      Reply
  18. Asnarulhusna

    salam.. myeg blh renew kete2 lama x

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Jika roadtax kereta tersebut direnew setiap tahun tanpa sebarang masalah, jadi tiada masalah untuk renew melalui MyEG.

      Reply
  19. Zul Husni

    Salam, macam mana nak print semula cover note insuran selepas diperbaharui. Sebab saya lupa muat turun. Saya nak tukar dekat pejabat pos je

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kalau lupa nak download, boleh semak dalam emel yang diberikan semasa renew insurans tersebut. Biasanya turut dihantar ke emel. Kalau tak ada, boleh hubungi syarikat insurans yang Tuan langgan tersebut sama ada melalui telefon, emel atau laman web mereka.

      Reply
  20. Michelle jeem

    Tuan, sy dri sabah nak renew road tax bole guna MyEG ke?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu saya, boleh.

      Reply
  21. fizi

    kalau kereta yang renew roadtax selama tiga tahun macam mana pula ye tuan ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Insurans juga perlu diperbaharui untuk 3 tahun.

      Reply
  22. Sha

    Assalam. Saya tidak terima covernote dari pihak insurans. Macam mana ya? Sebab seingat saya, waktu saya perbaharui insurans tu adalah pada hari Sabtu. Jadi, nak tunggu aprroval dari syarikat insurans tu kena tunggu hari bekerja (Isnin) – berdasarkan customer service yg hubungi saya pada hari tersebut. Dia call sebab dia detect saya cuba perbaharui cukai jalan tetapi gagal. Dia minta saya cuba lagi pada hari Isnin. Tp sehingga kini tiada covernote insurans diberikan kpd sy sama ada melalui emel ataupun yg boleh muatnaik ketika itu.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Biasanya, kalau buat secara online, dapat melalui emel atau boleh dimuat turun daripada laman web syarikat. Kalau tiada dalam inbox emel, mungkin termasuk ke dalam folder junk/spam. Cik boleh semak dahulu di sana.

      Jika tiada juga, Cik boleh hubungi semula syarikat yang dilanggani untuk mendapatkan cover note tersebut.

      Reply
  23. malau

    assalammualaikum nk tnya kalo first time nk renew insuran mcm mna cara cek bayaran and cara buat? insuran dari zurich takaful

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh ke laman web Zurich Takaful dan dapatkan sebutharga di situ.

      Reply
  24. bdk kpg

    sy da renew insurance tp bla nk renew roadtax xblh ktya sy blom ad renew insrance pdahal sy sdh bli..so mcm mna nk buat ye..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Mungkin belum update dalam sistem. Kena rujuk balik kepada syarikat insurans yang Tuan beli tu.

      Reply
  25. khalifah87

    terima kasih banyak2 tuan, sangat2 membantu.. Moga Allah permudahkan urusan tuan. ni 1st time saya renew insuran n roadtax ikut guideline tuan bagi ni..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Reply
  26. Saiful

    Salam tuan . Sy da renew insuran takaful . Lepas tu dorang emel sijil kepada saya . Sy perlu PRINT ke Sijil tersebut ? sebelum pergi ke pejabat pos untuk renew roadtax kereta .

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Biasanya tak perlu. Tapi, kalau nak print pun, tak ada masalah. Manalah tahu kot-kot pegawai pejabat pos tu minta, senang boleh bagi. Kalau tak print, simpan softcopy dalam telefon. Boleh tunjuk juga.

      Reply
  27. Jackson

    Bleh kah sya brtkar ke agen yg lain² cnth nya insran sya dri allianz tapi nak tkar ke etiqa… Sbb krta sya tu masih 1st party lagi…. And baru² ni jga sya sdah excdnt dan sya urskan kreta sya dgn phak insran trsbut….dah lah kereta sya tu msih bru… Bru thun ni nak renew plak tu… Dorng allianz bagi lepas tak ke sya ni sbb dah pkai dorang punya cver plak

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh sahaja, tak ada masalah nak tukar ke syarikat insurans atau takaful yang mana-mana pun. Saya sendiri pun dah banyak kali bertukar-tukar.

      Reply
  28. Khairul Amin Mohd Jamri

    Artikel yang menarik dan berinformasi. sekadar nak share, baru ni saya renew road tax dan boleh compare harga dari penyedia insuran. Kira Online lah, boleh siap sekejap. Road tax boleh dapat dalam 24 hours. untuk sesiapa yang nak check berapa Insurance ngan renew road tax, boleh la buat bajet, boleh check ke http://www.autoroadtax.com.my

    Reply
  29. Romeo Oscar Yankee

    Salam Tua/Puan.
    Sekadar mahu pencerahan lanjut.
    Bagaimana caranya melalui Online@MyEg jika Roadtax last hidup pada 14.10.2017.

    Apakah langkah-langkah perlu dibuat melalui sistem online ini?
    Maksud saya, adakah saya perlu memperbaharui Insurans/Roadtax sebanyak dua kali (Untuk 2018 dan untuk 2019)?

    Mohon penjeasan lanjut. terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya tak pasti. Boleh rujuk kepada pihak MyEG atau JPJ.

      Reply
  30. Zara

    Salam. Saya dah renew roadtax melalui myeg online. Dan dah renew insurans melalui myeg jugak. Roadtax dah dapat. Tapi kenapa bila check status insurans online, status tu jadi inactive. Sepatutnya status tu active kan? Kenapa jd macam ni ye?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Perlu dirujuk kepada pihak MyEG atau syarikat insurans tersebut. Sepatutnya status aktif. Lagipun, kalau tidak aktif, takkan dapat roadtax.

      Reply
  31. Nurul Akmal Ariffin

    Salam encik. Terima kasih atas perkongsian. Saya just nak tanya. Saya dh buat pembayaran untuk road tax tu. Lepas tu, tengah process request, dah lama loading, belum keluar pape. Macamana ya? Kiranya settle dah ke? Risau juga ni

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh tanya MyEG melalui emel atau nombor telefon. Saya takut sistem mereka tak dapat detect bayaran tersebut.

      Reply
  32. Chun

    Semasa sy terima Road tax dpd runner telah diminta tunjuk ic & dia telah ambil gambar ic sy guna hp . Betul ke prosedurnya?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ikut pengalaman saya, biasanya IC tersebut discan dengan mesin khas. Tidak pernah pula diambil gambar oleh penghantar. Mungkin Cik boleh adukan hal ini kepada MyEG jika bimbang ada perlanggaran prosedur oleh runner tersebut.

      Reply
  33. Adhitya

    Terimakasih banyak2 Tuan.. sangat terbantu dengan guidance steps ini.. terbaik!

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sama-sama 🙂

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini