Tag Archive: simpanan

8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda II

loan asb financing asb(Artikel ini adalah sambungan daripada 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda)

4. Teknik Pintas

Teknik pintas sesuai untuk golongan yang hanya mampu memberikan komitmen bulanan yang rendah sahaja, contohnya kurang RM 200 sebulan.

Dalam teknik ini, Tuan Key menyarankan untuk menggabungkan pembiayaan peribadi dan pembiayaan/pinjaman ASB.

Sebaik-baiknya, pilih pembiayaan peribadi yang mempunyai kadar dividen yang rendah sahaja.

Teknik ini menyarankan supaya membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 15,000 yang mana bayaran bulanan adalah sekitar RM 175.

Kemudian dibuka satu akaun loan ASB sebanyak RM 200,000 dengan anggaran bayaran bulanan sebanyak RM 1,200 sebulan.

Duit daripada pembiayaan peribadi tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan bagi tahun pertama loan ASB yang dibuat tadi.

Kemudian, dividen tahunan yang diperoleh akan dipusing untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun-tahun seterusnya.

Jadi, komitmen bulanan kekal sebanyak RM 175 yang mana digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi sahaja.

Selepas 5 tahun, kedua-dua pembiayaan peribadi dan loan ASB boleh ditamatkan.

Keuntungan bersih yang dianggarkan adalah sebanyak RM 30,000.

5. Teknik Pengubahan Berganda

Teknik ini adalah sama dengan teknik pertama (teknik pengubahan), tetapi melibatkan jumlah modal tunai yang lebih besar.

Dengan modal tunai yang lebih besar dan menggunakan proksi (pasangan, anak atau adik-beradik), teknik ini melibatkan akaun loan ASB yang banyak secara serentak (multiple accounts).

Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai RM 75,000 tunai.

Modal asal ini akan dipecahkan kepada lima, iaitu sebanyak RM 15,000 setiap satu.

Dengan menggunakan proksi, lima akaun loan ASB sebanyak RM 200,000 setiap satu dibuat serentak yang mana bayaran tahun pertama menggunakan modal asal manakala bayaran tahun-tahun seterusnya dibayar menggunakan dividen yang diperoleh.

Sepertimana teknik pertama, setiap akaun dianggarkan menjana hasil lebih kurang RM 44, 000 selepas lima tahun.

Jadi, dengan lima akaun serentak, boleh menjana lebih kurang RM 220,000!

6. Teknik Pintas Pengubahan Berganda

loan asb financing asbTeknik ini menggabungkan teknik pertama, keempat dan kelima yang mana melibatkan pembiayaan peribadi, multiple accounts dan proksi.

Teknik ini sesuai untuk golongan yang mampu memberikan komitmen bulanan sederhana tetapi pada masa yang sama ingin menjana keuntungan yang berganda melalui multiple accounts sepertimana teknik kelima.

Caranya, dengan membuat pembiayaan peribadi terlebih dahulu sebanyak RM 75,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM 875 sebulan.

Sepertimana teknik keempat, hasil pembiayaan peribadi yang diperoleh tadi akan digunakan untuk membayar bayaran bulanan lima akaun loan ASB untuk tahun pertama seperti yang diterangkan dalam teknik kelima.

Hasilnya, dengan komitmen bulanan serendah RM 875, boleh menggandakan duit sehingga RM 220,000.

(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

7. Teknik Serap Interest Rumah

Teknik ini sesuai untuk mereka yang masih mempunyai pembiayaan/pinjaman rumah tetapi ingin memendekkan tempoh pembayaran dan melangsaikannya secepat mungkin.

Dengan teknik ini, bukan sahaja tempoh pembiayaan/pinjaman rumah boleh dipendekkan, malahan boleh menjana sedikit keuntungan selepas habis bayaran nanti.

Lebih menarik lagi, kedua-dua keistimewaan ini boleh dicapai tanpa menjejaskan komitmen bulanan asal.

Untuk penerangan dan pengiraan bagi teknik ini, saya sarankan untuk fahamkan sendiri daripada Tuan Key melalui ebook dan video beliau kerana agak rumit untuk ditunjukkan di sini.

8. Teknik OD Rumah VS ASB

Kebiasaannya, orang mendapatkan keuntungan daripada rumah melalui jualan, sewaan atau dibuat homestay.

Tetapi, melalui teknik terakhir yang Tuan Key tunjukkan ini, potensi sebuah rumah yang dimiliki (dengan syarat tanpa atau telah habis pembiayaan/pinjaman rumah) boleh dihidupkan semula untuk menjana keuntungan melalui gabungan overdarf (OD) dan loan ASB.

Dan ini dicapai tanpa melibatkan sebarang komitmen bulanan.

Oleh kerana pengiraannya agak rumit, jadi saya sarankan baca sendiri ebook dan tonton video penerangan dari Tuan Key.

loan asb financing asbSecara peribadi, saya berpandangan teknik-teknik yang ditunjukkan oleh Tuan Key memang boleh dianggap ‘genius’.

Dengan modal yang kecil atau komitmen bulanan yang rendah, loan ASB dimanipulasi dengan bijak untuk menjana simpanan yang banyak dalam tempoh yang singkat.

Seterusnya dapat membantu untuk mencapai matlamat pengurusan kewangan yang telah ditetapkan.

Kunci utamanya adalah ilmu, teknik yang betul dan disiplin yang tinggi.

Bagi mereka yang ingin mengambil atau telah terlibat dengan pembiayaan/pinjaman ASB (loan ASB), sememangnya disarankan untuk mendapatkan pakej Combo ASB Genius ini.

Namun, harus diingat, Tuan Key membuat pengiraan berdasarkan kadar dividen ASB antara 7.5 – 8% setahun.

Jadi, jika kadar dividen yang diumumkan pada masa datang kurang dari yang dianggarkan, keuntungan yang dijana mungkin tidak sepertimana yang dijelaskan Tuan Key.

Apa-apa pun, seperti yang saya katakan, teknik simpanan paksa-rela sebegini memang mempunyai risiko, maka terpulanglah kepada kebijaksanaan kita sendiri untuk menilai dan mengambil langkah seterusnya.

(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

set combo asb genius

..

8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda

loan asb financing asbSejak kebelakangan ini, teknik membuat pembiayaan/pinjaman ASB (loan ASB) semakin menjadi pilihan untuk dijadikan alat simpanan.

Rakan-rakan sekerja saya pun ramai yang membuat loan ASB, hatta yang baru mula bekerja pun terlibat.

Sampaikan seorang kawan saya baru-baru ini terkejut apabila mengetahui ramai yang sebenarnya telah terlibat.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menulis berkenaan loan ASB sebagai salah satu cara simpan duit melalui teknik paksa rela.

Walaupun secara peribadi saya kurang menggemari teknik ini kerana risiko lebih tinggi dan mengacau Debt-Service-Ratio (DSR), tetapi tidak dinafikan ada yang berjaya menjana keuntungan dengan teknik ini.

Dengan syarat, gunakan kaedah atau teknik yang betul.

Sayangnya, ada rakan yang saya kenali, tidak mengamalkan teknik yang betul dalam menggunakan loan ASB.

Setiap tahun, dividen yang diperoleh dari ASB dikeluarkan dan dibelanjakan untuk perkara-perkara dan barang-barang yang bukan aset.

Ini sangat salah!

Dan ya, beliau tidak menghasilkan keuntungan yang banyak (nasib baik tidak rugi)

Jika ingin belajar teknik-teknik loan ASB yang boleh membantu menjana keuntungan, saya sarankan supaya dapatkan pakej Combo ASB Genius daripada Tuan Khairul Ezuwan (Key).

Tuan Key adalah speaker untuk Seminar Potensi ASB & Hartanah dan Seminar ASB Genius yang telah membantu ramai peserta untuk menjana keuntungan melalui ASB dan hartanah.

Combo ASB Genius

set combo asb geniusCombo ASB Genius terdiri daripada ebook utama yang memperincikan berkenaan pembiayaan/pinjaman ASB (loan ASB) dan 8 teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan keuntungan lumayan.

Bersama-sama ebook utama, disertakan 9 video presentasi Tuan Key sendiri yang menerangkan pengiraan untuk setiap teknik.

Video yang diberikan memang sangat membantu dalam memahami kesemua teknik yang ditunjukkan dalam ebook utama.

Kebiasaannya Tuan Key menjual ebook utama dan video secara berasingan, tetapi untuk pakej combo ini, kedua-duanya digabungkan sekali.

Istimewanya lagi, jika anda dapatkan pakej combo ini, beberapa ebook lain turut diberikan percuma, antaranya:

1. Pencen Mewah Dengan Hartanah

2. Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot

3. Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong

4. Tips Mudah Lulus Pinjaman

5. Mudahnya Beli Rumah

Beberapa lagi ebook lain turut diberikan dari semasa ke semasa, dan semuanya adalah percuma.

Kesemua ebook ini dihasilkan Tuan Key dan rakan-rakannya berdasarkan pengalaman mereka sendiri (real case)

Tambah istimewa lagi, setiap kemaskini pada masa akan datang akan turut diberikan secara percuma.

Melalui pakej Combo ASB Genius, Tuan Key mendakwa beliau boleh membantu pembaca untuk belajar tentang:

1. Bagaimana menjana keuntungan 40% setahun melalui ASB

2. Bagaimana boleh menjana keuntungan sehingga 200% sebulan

3. Bagaimana kuasa compounding bekerja

4. Bagaimana membuat pembiayaan ASB sebanyak RM 200,000 dengan komitmen bulanan serendah RM 180 sahaja

5. Bagaimana menjana sehingga RM 150,000 dalam tempoh 5 tahun dengan komitmen bulanan RM 900 sahaja

Ada banyak lagi topik-topik yang dibincangkan oleh Tuan Key dalam ASB Genius, kena dapatkannya untuk penerangan lanjut.

(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

8 Teknik ASB Genius

Dalam ebook dan video ASB Genius, Tuan Key menunjukkan 8 teknik menjana keuntungan dengan loan ASB.

Secara ringkasnya, 8 teknik tersebut adalah:

1. Teknik Pengubahan

Teknik pertama ini menukarkan tunai kecil yang ada kepada loan ASB bernilai besar tanpa mengganggu komitmen bulanan dan seterusnya menjana pulangan tinggi pada tahun ke lima.

Sebagai contoh, dengan tunai sebanyak RM 14,500, boleh ditukarkan kepada pinjaman sebanyak RM 200,000.

Selepas 5 tahun, tanpa sebarang komitmen bulanan, modal asal tadi boleh ditingkatkan sehingga RM 44,000 berbanding hanya RM 22,000 jika dibiarkan sahaja dalam ASB tanpa melakukan teknik ini.

Dengan teknik pengubahan ini, Tuan Key mendakwa ianya boleh menjana keuntungan berganda sehingga 200% dalam masa hanya 5 tahun.

(Klik di sini untuk penjelasan lanjut dan contoh pengiraan Teknik Loan ASB 1 – Teknik Penggubahan)

2. Teknik Terkumpul/Compounding

Teknik kedua ini khas untuk mereka yang sanggup dan berdisiplin untuk mengeluarkan komitmen bayaran setiap bulan.

Kiranya, komitmen yang dikeluarkan itu adalah simpanan tetap setiap bulan.

Bezanya, jumlah yang terkumpul nanti adalah lebih besar berbanding dengan menyimpan secara biasa.

Contohnya, jika anda membuat simpanan sebanyak RM 1,200 sebulan, jumlah terkumpul selepas 5 tahun hanyalah sebanyak RM 72,000

Ataupun sebanyak RM 88,000 jika disimpan dalam ASB dengan anggaran kadar dividen 8% setiap tahun.

Tetapi, dengan teknik ini, komitmen bulanan yang sama dapat menghasilkan sehingga lebih RM 100,00 iaitu perbezaan sebanyak RM 12,000 berbanding simpanan biasa.

(Klik di sini untuk penjelasan lanjut dan contoh pengiraan Teknik Loan ASB 2 – Teknik Pengumpulan/Compounding)

3. Teknik Ulangan

loan asb financing asbTeknik ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad, tetapi ingin membuat loan ASB bernilai besar.

Dalam teknik ulangan ini, Tuan Key menunjukkan bagaimana dengan komitmen serendah RM 600 sebulan boleh menjana sehingga RM 95,500 selepas 5 tahun.

Caranya, dengan membuat loan ASB 1 terlebih dahulu yang mana bayaran bulanan adalah bersamaan atau kurang berbanding komitmen bulanan yang boleh dikeluarkan.

Pada tahun kedua, mohon pula untuk loan ASB 2 yang mana bayaran bulanan akan dibayar menggunakan dividen daripada loan ASB 1 tadi.

Hasilnya, selepas 5 tahun, lebih kurang RM 95,500 boleh dihasilkan berbanding hanya RM 45,000 jika disimpan secara biasa.

Berdasarkan pemahaman saya, saya berpendapat jika digabungkan teknik ulangan dengan terkumpul/compounding, pastinya pulangan yang lebih besar boleh dihasilkan.

(Klik di sini untuk penjelasan lanjut dan contoh pengiraan Teknik Loan ASB 3 – Teknik Ulangan)

(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

(Artikel ini bersambung di 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda II)

..

5 Cara Menyimpan Duit Pasti Jadi

cara menyimpan duitMenyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh adalah langkah penting dalam pengurusan kewangan peribadi.

Menyimpan duit menuntut disiplin dan komitmen yang tinggi kerana perbuatan ini perlu diulang setiap masa.

Pada masa yang sama, perlu mengekang nafsu untuk membelanjakan duit tersebut kepada jalan yang bukan untuk mencapai matlamat asal.

Kebanyakan orang memang berazam untuk menyimpan, namun malangnya bukan semua boleh melakukannya.

Hakikatnya, tabiat menyimpan boleh dipupuk dengan mengamalkan teknik atau cara menyimpan duit yang betul.

Mari saya kongsikan beberapa cara menyimpan duit untuk membantu golongan yang sering gagal untuk menyimpan.

1. Teknik tanpa-sedar

Teknik pertama ini melibatkan arahan pemotongan automatik (auto-deduction) yang mana tanpa kita sedar, sebahagian duit pendapatan akan ditolak untuk simpanan.

Untuk teknik ini, kita perlu membuka dua akaun; akaun pertama untuk menerima gaji/pendapatan manakala akaun kedua sebagai akaun simpanan.

Akaun kedua boleh dibuka dengan bank yang sama, ataupun bank yang berbeza daripada akaun pertama.

Sebaik-baiknya, kedua-dua akaun tersebut daripada bank yang sama untuk mengurangkan caj pemindahan wang dan caj-caj lain yang tersembunyi.

Jadi, apabila gaji diterima ke dalam akaun pertama, kita bolehlah memindahkan sebahagian duit ke akaun kedua sebagai simpanan.

Jika kita seorang yang berdisiplin dan yakin boleh memberikan komitmen penuh untuk membuat simpanan, pemindahan duit tadi boleh dilakukan sendiri secara manual atau online banking.

Tetapi, jika kita tidak yakin untuk berdisiplin, boleh membuat arahan pemotongan automatik kepada bank.

Cara ini lebih baik kerana simpanan akan dilakukan secara tetap dan konsisten tanpa perlu kita buat apa-apa pun.

Dalam erti kata lain, tanpa kita sedar pun.

Jika kita ingin menyimpan ke dalam Tabung Haji atau ASB sepertimana yang saya sarankan dalam artikel tips simpan duit sebelum ini, masih boleh dilakukan dengan mengisi borang dan menghantar kepada majikan.

Ataupun membuat arahan kepada bank akaun gaji kita (kebanyakan bank membenarkan pemotongan terus ke akaun ASB)

Pada waktu saya mula-mula bekerja dulu, saya turut mengamalkan teknik tanpa-sedar ini.

Sebahagian duit gaji saya dipotong secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji saya.

Lama-kelamaan apabila terasa diri mampu berdisiplin, saya membatalkan pemotongan automatik dan membuat pemindahan sendiri melalui online banking sahaja.

Memang mudah dan berkesan.

2. Teknik paksa-rela

Dalam teknik ini, kita membuat sesuatu agar kita dipaksa untuk menyimpan.

Kedengaran pelik?

Begini caranya.

Melalui teknik ini, kita terlebih dahulu membuat pinjaman/pembiayaan peribadi dengan bank.

Kemudian, duit tersebut terus disimpan ke dalam tempat yang kita berhajat untuk simpan (saranan saya Tabung Haji atau ASB).

Akibatnya, setiap bulan kita terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji untuk dibayar kepada bank dan inilah dia simpanan kita.

Ramai yang telah mengamalkan teknik ini, terutamanya menggunakan pembiayaan/pinjaman ASB atau lebih dikenali sebagai loan ASB.

Dengan teknik yang betul, memang boleh menjana keuntungan yang baik.

Salah seorang yang mengajar teknik loan ASB ini adalah Tuan Khairul Ezuwan (Key).

Beliau ada menghasilkan pakej ebook dan video yang mengajar teknik-teknik menjana keuntungan menggunakan loan ASB (klik di sini untuk dapatkan pakej ebook dan video dari Tuan Key)

Namun, secara peribadi, saya kurang menggemari teknik berhutang untuk menyimpan ini.

Di samping risiko yang lebih tinggi, Debt-Service Ratio (DSR) kita juga semakin bertambah.

Maksudnya, kita telahpun mempunyai rekod berhutang dengan bank.

DSR adalah antara ukuran utama yang digunakan bank-bank untuk meluluskan permohonan pembiayaan kita.

Semakin tinggi DSR, semakin kecil peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang lain seperti membeli rumah dan kereta.

Jika masih ingin mengamalkan teknik ini, sebaik-baiknya jaga bayaran setiap bulan dan selesaikan dalam masa yang pendek sahaja (5 tahun atau kurang)

3. Teknik duit ganjil

cara menyimpan duitPertama kali saya baca tentang teknik ini adalah di blog Pakdi.

Baru-baru ini, teknik ini menjadi viral di media sosial terutamanya di Facebook.

Sampaikan isteri saya terikut-ikut dengan teknik ini.

Dalam teknik duit ganjil ini, kita menyimpan not-not duit yang jarang kita jumpa.

Contohnya, not RM 5 dan RM 20.

Apabila kita dapat sahaja not-not ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung.

Kumpul untuk satu tempoh tertentu; 3 bulan, 6 bulan atau setahun.

Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak.

Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah.

Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan.

Lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak.

Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman.

Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.

4. Teknik bantuan ‘ceti’

Teknik ini bukanlah bermaksud kita meminjam dengan ceti.

Sebaliknya, kita melantik seseorang untuk menjadi ‘ceti’; mengutip duit daripada kita dan menyimpannya.

Ataupun kita serahkan duit kepada seseorang yang kita pilih, dan minta beliau simpankan untuk kita.

Teknik ini boleh dilakukan dengan rakan yang dipercayai, pasangan suami-isteri bahkan kekasih (untuk mengumpul duit kahwin)

5. Teknik main kutu

Ini adalah teknik old-school dan evergreen; diamalkan dari dulu dan masih diamalkan sekarang.

Main kutu sebenarnya mudah sahaja, duit dikutip dari setiap peserta oleh seorang kepala/ketua, dan diberi dalam jumlah sekaligus kepada setiap peserta mengikut giliran bulanan ataupun tempoh masa yang ditetapkan.

Kebiasaannya main kutu melibatkan duit sahaja, namun pada masa sekarang, ada juga melibatkan benda-benda lain seperti jongkong emas, barang kemas dan set pinggan-mangkuk.

Walaupun main kutu dilarang undang-undang kerana melibatkan kutipan deposit dari individu secara tidak sah, tetapi teknik ini tetap menjadi pilihan kebanyakan orang.

Punca utamanya adalah kerana keseronokan mendapat duit yang banyak sekaligus, walaupun terpaksa mengikut giliran.

Tambahan lagi, ketua yang dilantik akan tanpa segan-silu mengutip duit daripada setiap peserta setiap bulan.

Jadi, elemen membentuk disiplin ada di situ.

Dalam kita seronok bermain kutu, pastikan kita berhati-hati sebelum menyertai mana-mana kumpulan bermain kutu.

Sebaik-baiknya, beri perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:

cara menyimpan duit1. Sertai kumpulan yang bersaiz kecil sahaja, idealnya antara 5-10 orang. Saiz terlalu besar bukan sahaja berisiko tinggi, malahan menyebabkan giliran semakin lambat.

2. Bayaran bulanan tidak terlalu tinggi. Semakin tinggi bayaran, semakin tinggi risiko.

3. Ketua dan peserta kumpulan adalah daripada kalangan yang kita kenali, contohnya rakan sekerja, jiran-tetangga atau saudara-mara.

4. Yakin dengan kejujuran dan sifat amanah setiap peserta. Maklumlah, main kutu ini salah di sisi undang undang. Jadi kalau terjadi perkara-perkara yang tidak diingini, undang-undang sendiri pun tidak dapat membantu.

5. Sistem giliran ditetapkan awal dan adil. Ya, ada kumpulan main kutu yang mengagihkan duit berdasarkan kepada undian dan sistem yang tidak adil. Jadi, berhati-hati!

Kelima-lima teknik atau cara menyimpan duit yang dinyatakan di atas adalah cadangan sahaja untuk membantu kita menyimpan duit.

Setiap teknik ada kelebihan dan kekurangannya.

Jadi, terpulanglah mahu mengamalkan mana-mana teknik yang dirasakan sesuai dengan diri-sendiri.

Tak kisahlah teknik mana pun yang diguna, yang paling penting adalah memulakan simpanan dan konsisten.