i-Lestari KWSP: Cara Daftar i-Akaun KWSP & Mohon Pengeluaran
Sebagai salah satu cara membantu rakyat mendapatkan duit untuk menampung keperluan asas semasa zaman kegawatan akibat COVID-19, kerajaan telah membenarkan pengeluaran i-Lestari KWSP daripada Akaun 2 KWSP masing-masing.
Jumlah yang dibenarkan adalah daripada RM 50 hingga maksimum RM 500 setiap bulan, bergantung kepada baki yang terdapat dalam Akaun 2 masing-masing, selama tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021.
Jadi, kalau buat pengeluaran i-Lestari setiap bulan sebanyak RM 500 selama 12 bulan, maka jumlah yang dikeluarkan adalah RM 6,000
*Kemaskini 14 April 2020: Ada cara lebih mudah untuk mohon pengeluaran i-Lestari KWSP. Tak perlu daftar i-Akaun KWSP, tak perlu hantar emel atau pos kurier. Buat secara online sahaja. Klik di sini: Cara Mohon Pengeluaran iLestari KWSP Online
Pengeluaran ini adalah layak kepada semua yang berikut:
- Warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan bukan warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun; dan
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Permohonan pengeluaran yang dibuat sebelum akhir setiap bulan, akan dibayar pada bulan seterusnya.
Contohnya, jika permohonan dibuat, diterima dan disahkan pada bulan April 2020, maka bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.
Permohonan juga hanya perlu dibuat sekali sahaja dan akan automatik berulang setiap bulan.
Maksudnya, jika permohonan dibuat pada April 2020, maka bayaran pertama akan diterima pada Mei 2020 sehingga 12 bulan seterusnya dan yang terakhir pada April 2021.
Jika permohonan mula dibuat pada Jun 2020, bayaran pertama akan dibuat pada Julai 2020 sehinggalah bulan terakhir pada April 2021.
Mengikut laman soalan lazim yang dikeluarkan KWSP, permohonan akan lebih cepat dan mudah diluluskan jika dibuat secara online melalui i-Akaun KWSP.
Belum daftar i-Akaun KWSP?
Begini caranya.
Cara Daftar i-Akaun KWSP
Untuk mula daftar i-Akaun KWSP, ahli perlu ke mana-mana kaunter atau kiosk KWSP untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara.
ID pengguna dan kata laluan sementara tersebut perlulah diaktifkan dalam masa 30 hari sahaja.
Kemudian, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
Tapi, bukankah sekarang semua pejabat KWSP ditutup sebab Perintah Kawalan Pergerakan?
Jadi, macam mana nak daftar?
Jangan bimbang, ada caranya.
Boleh daftar i-Akaun KWSP melalui emel.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel
Mula-mula, kena muat turun borang pendaftaran di pautan ini: Borang Daftar
Ahli perlulah mengikut segala arahan dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit )
5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Kemudian, isi segala maklumat yang diperlukan ke dalam borang yang diberikan.
Borang ini boleh dibuka menggunakan perisian Adobe Reader versi terkini, dan klik pada butang Sign, add text untuk mengisi maklumat.
Jika tidak berjaya, boleh convert dulu borang ke format Document menggunakan mana-mana laman web converter (boleh guna kata kunci pdf to word di Google Search)
Selepas isi semua maklumat, simpan borang dalam format pdf.
Emelkan borang dan semua dokumen ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Anda> (cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)
Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel iakaundaftar@epf.gov.my dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.
Selepas disahkan, bolehlah Login ke i-Akaun KWSP.
Kemaskini 13 April 2020: Pihak KWSP akan menghubungi ahli melalui panggilan telefon untuk daftar i-Akaun. Nombor yang akan tertera adalah 03-8922 4000
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online Guna i-Akaun KWSP
*Kemaskini 14 April 2020: Ada cara lebih mudah untuk mohon pengeluaran i-Lestari KWSP. Tak perlu daftar i-Akaun KWSP, tak perlu hantar emel atau pos kurier. Buat secara online sahaja. Klik di sini: Cara Mohon Pengeluaran iLestari KWSP Online
Apabila dah ada i-Akaun KWSP, boleh mohon pengeluaran i-Lestari sepertimana yang saya nyatakan di bahagian awal artikel.
Boleh ikut langkah-langkah yang berikut:
Langkah #1 – Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan
Langkah #2 – Klik pada tab Pengeluaran
Langkah #3 – Klik pada butang Permohonan Baru
Langkah #4 – Pilih Jenis Pengeluaran i-Lestari
Langkah #5 – Akan keluar beberapa pesanan. Klik sahaja Ok dan Seterusnya
Langkah #6 – Sekarang, masukkan amaun pengeluaran yang hendak dipohon (RM 50 hingga RM 500 bergantung kepada baki simpanan Akaun 2). Kemudian, pilih nama bank dan masukkan nombor akaun.
Diingatkan, hanya nombor akaun simpanan/semasa atas nama pemohon sahaja yang boleh diterima.
Tidak boleh masukkan nombor akaun orang lain.
Langkah #7 – Semak semula segala butiran yang dipaparkan. Pastikan semua adalah betul. Jika berpuas hati, tandakan kotak Perakuan dan klik pada Permohonan TAC.
Selepas dapat nombor TAC, masukkan dan klik pada Hantar.
Anda akan dibawa ke paparan pengesahan dan tunggulah sahaja permohonan diluluskan atau tidak.
Bagaimana pula kalau tidak boleh mohon melalui i-Akaun?
Jangan risau, boleh mohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara manual melalui emel atau pos.
Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari Secara Manual Guna Emel / Pos
Kena muat turun borang permohonan di sini: Borang Permohonan
Boleh cetak borang, isi secara bertulis, cap jari pada ruang yang sepatutnya dan scan (atau ambil gambar guna apps scanner).
Selain daripada borang, perlu juga sediakan dokumen-dokumen yang berikut:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
- Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
- Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF
Kemudian, emel borang dan semua dokumen ke lamat ilestarimohon@epf.gov.my
Atau pun, boleh pos ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (nota: Sila catatkan (UP: i-Lestari) di hadapan sampul surat)
Tetapi, bagi permohonan secara manual, dijangkakan kelewatan pemprosesan kelulusan akan berlaku.
Jadi, lebih baik mohon pengeluaran i-Lestari KWSP secara online guna i-Akaun sahaja.
Bagi pakcik-makcik yang mungkin agak sukar memohon secara online, di sinilah peranan anak-anak yang mahir menggunakan internet untuk membantu ibubapa masing-masing.
Oh ya.
Nanti, kalau dah dapat keluarkan duit tersebut, berbelanjalah secara berhemah.
Utamakan untuk keperluan asas berbanding diboroskan kepada perkara-perkara yang tak perlu.
Kalau nak buat pelaburan pun, tiada masalah.
Nak buat caruman perlindungan insurans takaful pun boleh.
Nak guna untuk selesaikan hutang pun boleh.
Yang penting, dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Sampai di sini sahaja, semoga bermanfaat!
p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.