Simpanan

[VIDEO] 5 Cara Simpan Duit Untuk Yang Sering Gagal Menyimpan

Khas untuk mereka yang sering gagal untuk menyimpan duit.

Kalau anda rasa sangat susah untuk buat simpanan secara sukarela, ini ada 5 cara simpan duit yang anda boleh lakukan:

1. Teknik tanpa sedar

2. Teknik paksa rela

3. Teknik duit ganjil

4. Teknik bantuan ceti

5. Teknik main kutu

Tonton video di atas untuk penerangan ringkas, atau klik link ini:

https://www.youtube.com/watch?v=n75omM2c57c

Untuk lebih penerangan, baca artikel ini:

http://jomurusduit.blogspot.my/2016/02/5-cara-menyimpan-duit-pasti-jadi.html

Untuk lebih banyak tips pengurusan kewangan peribadi, boleh lawati yang berikut:

Blog: http://jomurusduit.blogspot.my/

FB Page: https://www.facebook.com/jomurusduit/

Jangan lupa subscribe channel ini untuk lebih banyak video:

3 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Yang Paling Popular

loan asbDalam artikel sebelum ini, 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda, saya hanya memberikan penerangan umum berkenaan teknik-teknik loan ASB yang boleh dilakukan untuk menjana lebih keuntungan.

Dalam artikel kali ini, saya akan menunjukkan pengiraan ringkas berkenaan 3 teknik loan ASB yang paling popular dan mudah untuk dilakukan iaitu teknik penggubahan, teknik terkumpul/compounding dan teknik ulangan.

Pengiraan yang akan ditunjukkan ini adalah berdasarkan rujukan daripada panduan Combo ASB Genius dari Tuan Key (klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

Sebelum itu, ini beberapa fakta berkenaan ASB dan loan ASB yang perlu ada tahu:

1. Had loan ASB bagi sesuatu akaun adalah RM 200,000. Ini kerana had simpanan sebuah akaun ASB adalah RM 200,000, manakala akaun ASB2 adalah tanpa had.

2. Dividen ASB dikira berdasarkan baki bulanan terendah. Hari terakhir sesuatu bulan adalah pada 1 haribulan bulan tersebut. Contohnya, jika Ali membuka akaun ASB sebanyak RM 200,000 pada 1hb Januari, maka baki terendah pada bulan Januari adalah RM 200,000. Tetapi sekiranya dibuka pada 2hb Januari, baki terendah pada bulan Januari adalah RM 0 dan baki RM 200,000 hanya akan dikira bermula bulan Februari.

3. Hukum ASB menimbulkan banyak perdebatan, namun pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan hukum HARUS untuk simpanan ASB.

4. Kadar faedah loan ASB dikira berdasarkan kaedah baki berkurang (reducing balance method) sepertimana pinjaman/pembiayaan perumahan. Maka jadual amortization untuk pinjaman/pembiayaan perumahan boleh digunakan sebagai rujukan.

3 Teknik Loan ASB Paling Popular

Sekarang saya akan menunjukkan pengiraan untuk 3 teknik loan ASB yang paling mudah dan banyak digunakan orang lain.

Sebelum itu, (banyakkan bersabar ye), kita buat beberapa andaian yang berikut terlebih dahulu:

1. Kadar faedah loan ASB yang diambil adalah Kadar Asas (KA) + 1.20%. Pada masa artikel ini ditulis (12/07/2016), KA adalah 4.10%. Maka kadar faedah adalah 5.30%. (Saya mengambil kadar faedah yang ditawarkan oleh CIMB Bank, rujuk di sini)

loan asb2. Jumlah loan ASB yang dibuat adalah RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun. Berdasarkan jadual amortization di atas, anggaran bayaran bulanan adalah RM 1,204.40/bulan atau RM 14,452.80/tahun (Nilai yang diberikan adalah anggaran sahaja, untuk nilai sebenar sila rujuk bank pemberi pinjaman/pembiayaan)

3. Dividen ASB dianggarkan 7.5% setahun. Jika simpanan RM 200,000, maka dividen yang diperoleh adalah RM 15,000.

Teknik Loan ASB 1 – Teknik Penggubahan

Teknik ini sesuai untuk mereka yang sudah pun mempunyai nilai simpanan yang kecil dan ingin tukarkan kepada nilai simpanan yang besar tanpa mengeluarkan komitmen bulanan.

Contohnya, Ali mempunyai RM 14,500 simpanan tunai, maka beliau mampu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 1,204.40 (RM 14,452.80) untuk tahun pertama loan ASB yang berjumlah RM 200,000.

Apa yang perlu dilakukan Ali adalah:

1. Mohon loan ASB sebanyak RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun (anggaran ansuran bulanan RM 1,204.40)

2. Untuk tahun pertama, guna simpanan tunai RM 14,500 yang ada untuk bayar ansuran bulanan (RM 14,452.80 setahun)

3. Untuk tahun-tahun seterusnya, gunakan dividen yang diperoleh (7.5% x RM 200,000 = RM 15,000) untuk membayar ansuran bulanan.

4. Selepas 5 tahun, surrender balik sijil dan tamatkan loan ASB tadi. Ali akan punyai tunai lebih kurang RM 39,000.

Ini kiraannya:

Tahun 1: Simpanan yang ada (RM 14,500) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 47.20

Tahun 2: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 3: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 4: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 5: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Selepas 5 tahun, surrender sijil, dividen terakhir yang diperoleh (RM 15,000) disimpan.

Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,997.39 (sila rujuk jadual amortization di atas)

Maka, Ali masih akan punyai baki sebanyak RM 22,002.61.

Maka, anggaran jumlah simpanan Ali sekarang adalah RM 47.20 + 4(RM547.20) + RM 15,000 + RM 22,002.61 = RM 39,238.61

Ali berjaya meningkatkan simpanannya daripada RM 14,500 kepada RM 39,000 dalam masa 5 tahun (pulangan terkompoun CAGR = 20% setahun)

Jika Ali hanya biarkan RM 14,500 yang asal tadi dalam ASB, dianggarkan nilainya selepas 5 tahun adalah RM 21,000 sahaja.

(Dapatkan Combo ASB Genius di sini atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

Teknik Loan ASB 2 – Teknik Pengumpulan/Compounding

loan asbTeknik ini sesuai untuk mereka yang komited membuat simpanan atau mampu membayar ansuran bulanan sebanyak RM 1,204.40.

Contoh situasi, Abu memang merancang dan mampu menyimpan sebanyak RM 1,204.40 setiap bulan.

Daripada menyimpan secara bulanan ke dalam ASB, Abu memohon loan ASB sebanyak RM 200,000 dan gunakan duit yang mahu disimpan tadi untuk membayar ansuran bulanan loan ASB tersebut.

Selepas 5 tahun, Abu surrender sijil dan akan mempunyai lebih kurang RM 109,000

Oleh kerana Abu tidak menggunakan dividen ASB yang diperoleh untuk membayar ansuran bulanan, maka dividen tersebut di‘compounding’kan dengan nilai asal yang ada.

Ini kiraannya: 

Tahun 1: RM 200,000 + (7.5% x RM 200,000) = RM 215,000.00

Tahun 2: RM 215,000 + (7.5% x RM 215,000) = RM 231,125.00

Tahun 3: RM 231,125 + (7.5% x RM 231,125) = RM 248,459.00

Tahun 4: RM 248,459 + (7.5% x RM 248,459) = RM 267,093.00

Tahun 5: RM 267,093 + (7.5% x RM 267,093) = RM 287,125.00

Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,997.39 (sila rujuk jadual amortization di atas)

Maka, anggaran yang akan diperoleh Abu adalah RM 287,125 – RM 177,997 = RM 109,128

Dengan modal sebanyak RM 72,264 (RM 1,204.40 x 12 bulan x 5 tahun), Abu berjaya memperoleh RM 109,000 dalam masa 5 tahun.

Jika Abu tidak melakukan teknik loan ASB ini dan hanya menyimpan RM 1,204.40 setiap bulan ke dalam ASB selama 5 tahun, anggaran jumlah terkumpul adalah RM 87,000

Teknik Loan ASB 3 – Teknik Ulangan

Teknik Ulangan sebenarnya menggabungkan teknik kedua (Teknik Pengumpulan/Compounding) dan teknik pertama (Teknik Penggubahan)

Dalam ayat di atas, sengaja saya menulis teknik kedua dahulu sebelum teknik pertama, kerana untuk Teknik Ulangan, perlu dilakukan Teknik Pengumpulan dahulu sebelum Teknik Penggubahan.

Tak faham?

Seperti yang semua sedia maklum, sekarang PNB sekarang menawarkan dua akaun pelaburan ASB, iaitu ASB dan ASB 2.

Akaun ASB dihadkan kepada RM 200,000 sahaja, manakala akaun ASB 2 tidak ada had nilai pelaburan.

Untuk Teknik Ulangan, seseorang itu perlu membuka dua sijil loan ASB, satu sijil loan ASB dan gunakan Teknik Pengumpulan dan satu lagi sijil loan ASB 2 dan gunakan Teknik Penggubahan.

Begini caranya.

Katakanlah Siti, sepertimana Abu, mampu dan sememangnya merancang untuk menyimpan sebanyak RM 1,204.40/bulan, iaitu menyamai ansuran bulanan untuk loan ASB berjumlah RM 200,000 untuk tempoh 25 tahun.

Jadi, apa yang boleh dilakukan Siti adalah:

1. Mohon sijil loan ASB pertama sebanyak RM 200,000, dan bayar ansuran bulanan seperti biasa (Teknik Pengumpulan)

2. Selepas setahun dan peroleh dividen daripada sijil loan ASB pertama, buka pula sijil loan ASB kedua.

3. Gunakan dividen yang diperoleh daripada sijil loan ASB pertama untuk membayar ansuran bulanan sijil loan ASB kedua bagi tahun pertama sahaja sebanyak RM 14,452.80 (Teknik Penggubahan)

4. Pada masa sama, bayar ansuran bulanan sijil loan ASB pertama seperti biasa.

5. Setahun kemudian, dividen daripada sijil loan ASB pertama jangan diusik dan dibiarkan terkumpul sahaja dalam akaun tersebut.

6. Manakala, dividen daripada sijil loan ASB kedua digunakan untuk membayar ansuran bulanan akaun tersebut.

7. Ulang sehingga tahun keenam sebelum surrender kedua-dua sijil.

Berapa yang Siti peroleh?

Untuk sijil loan ASB pertama:

Tahun 1: RM 200,000 + [(7.5% x RM 200,000) – RM 14,452.80] = RM 200,547.00

Tahun 2: RM 200,547 + (7.5% x RM 200,547) = RM 215,588.00

Tahun 3: RM 215,588 + (7.5% x RM 215,588) = RM 231,757.00

Tahun 4: RM 231,757 + (7.5% x RM 231,757) = RM 248,956.00

Tahun 5: RM 248,956 + (7.5% x RM 248,956) = RM 267,627.00

Tahun 6: RM 267,627 + (7.5% x RM 267,627) = RM 287,700.00

Oleh kerana surrender sijil selepas 6 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 172,855 (sila rujuk jadual amortization di atas)

Maka, anggaran yang akan diperoleh Siti untuk sijil loan ASB pertama adalah RM 287,700 – RM 172,855 = RM 114,845

Untuk sijil loan ASB kedua pula:

Tahun 1: Dividen ASB pertama (RM 14,452.80) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 0.00

Tahun 2: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 3: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 4: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Tahun 5: Dividen ASB (RM 15,000) – Ansuran bulanan (RM 14,452.80) = Baki RM 547.20

Selepas 5 tahun, surrender sijil, dividen terakhir yang diperoleh (RM 15,000) disimpan.

Oleh kerana surrender sijil selepas 5 tahun, baki loan ASB yang perlu dikembalikan kepada bank adalah RM 177,998 (sila rujuk jadual amortization di atas)

Maka, Siti masih akan punyai baki sebanyak RM 22,002 (RM 200,000 – RM 177,998) dalam akaun loan ASB kedua beliau.

Jumlah yang Siti peroleh daripada sijil loan ASB kedua = (4 x RM 547.20) + RM 15,000 + RM 22,002 = RM 37,190

Maka jumlah keseluruhan daripada kedua-dua sijil loan ASB = RM 114,845 + RM 37,190 = RM 152,035

Manakala modal yang dikeluarkan Siti adalah RM 86,717 (RM 1,204.40 x 12 bulan x 6 tahun)

Yang Cantik & Yang Hodoh

loan asbJika dilihat kepada pengiraan di atas, semuanya kelihatan cantik.

Memang nampak ketiga-tiga teknik loan ASB yang paling mudah dan popular ini sangat menguntungkan.

Itu belum lagi dilihat teknik-teknik lain yang didedahkan dalam Combo ASB Genius.

Waspada ya!

Yang cantik, tetap ada sisi hodohnya.

Cuba bayangkan jika kadar faedah naik, maka ansuran bulanan juga akan naik.

Cuba bayangkan kadar dividen ASB turun, maka jumlah dividen juga akan turun.

Saya akan ulas lebih lagi berkenaan sisi hodoh loan ASB dalam artikel yang lain.

Apa-apa pun, jika nak buat loan ASB, pastikan cukup dahulu ilmunya.

Boleh rujuk artikel-artikel ini untuk lebih banyak teknik loan ASB:

1. 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda

2. 8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda II

3. Masih Relevenkah Teknik Financing ASB?

Jika nak lebih mudah, baca dan lihat video penerangan berkenaan teknik-teknik loan ASB dalam Combo ASB Genius.

Combo ASB Genius

set combo asb geniusCombo ASB Genius terdiri daripada ebook utama yang memperincikan berkenaan pembiayaan/pinjaman ASB (loan ASB) dan 8 teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan keuntungan lumayan.

Bersama-sama ebook utama, disertakan 9 video presentasi Tuan Key sendiri yang menerangkan pengiraan untuk setiap teknik.

Video yang diberikan memang sangat membantu dalam memahami kesemua teknik yang ditunjukkan dalam ebook utama.

Kebiasaannya, Tuan Key menjual ebook utama dan video secara berasingan, tetapi untuk pakej combo ini, kedua-duanya digabungkan sekali dengan satu harga sahaja.

Istimewanya lagi, jika anda dapatkan pakej combo ini, beberapa ebook lain turut diberikan percuma, antaranya:

1. Pencen Mewah Dengan Hartanah

2. Panduan Lengkap Strategi Pelaburan Shoplot

3. Panduan Lengkap Flipping Rumah Lelong

4. Tips Mudah Lulus Pinjaman

5. Mudahnya Beli Rumah

Beberapa lagi ebook lain turut diberikan dari semasa ke semasa, dan semuanya adalah percuma.

Kesemua ebook ini dihasilkan Tuan Key dan rakan-rakannya berdasarkan pengalaman mereka sendiri (real case)

Tambah istimewa lagi, setiap kemaskini pada masa akan datang akan turut diberikan secara percuma.

Melalui pakej Combo ASB Genius, Tuan Key mendakwa beliau boleh membantu pembaca untuk belajar tentang:

1. Bagaimana menjana keuntungan 40% setahun melalui ASB

2. Bagaimana boleh menjana keuntungan sehingga 200% sebulan

3. Bagaimana kuasa compounding bekerja

4. Bagaimana membuat pembiayaan ASB sebanyak RM 200,000 dengan komitmen bulanan serendah RM 180 sahaja

5. Bagaimana menjana sehingga RM 150,000 dalam tempoh 5 tahun dengan komitmen bulanan RM 900 sahaja

Ada banyak lagi topik-topik yang dibincangkan oleh Tuan Key dalam ASB Genius, kena dapatkannya untuk penerangan lanjut.

(Klik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius atau baca dahulu ulasan penuh di sini: Combo ASB Genius)

Jika berminat untuk mendapatkan set Combo ASB Genius 2.0 ini, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

1. Buat bayaran RM 60 RM 40 ke akaun Maybank 5620 8560 7240 Key Empires Consultancy. Masukkan emel: keyempiresconsultancy@gmail.com Simpan gambar/screenshot resit bayaran.

2. Klik pada link di bawah:
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius
Tempah Combo ASB Genius

3. Isi semua maklumat peribadi yang diminta seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat emel (paling penting).

4. Masukkan maklumat pembayaran seperti yang diminta. Upload gambar/screenshot resit bayaran dalam sistem atau Whatsapp ke 013-9798719 (http://www.wasap.my/60139798719).

5. Klik pada kotak ‘Akuan’. Kemudian klik butang “Hantar”

Selepas order anda disahkan, anda akan menerima emel yang mengandungi link untuk download semua ebook dan video dalam pakej Combo ASB Genius ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://www.wasap.my/60139798719).

..

3 Jenis Dana Kecemasan Untuk Situasi Luar Dugaan

dana kecemasanMatlamat awal menyimpan untuk dana kecemasan

Dana kecemasan.

Ada yang memanggilnya dana rizab.

Tak kisahlah yang mana satu, yang penting fungsinya adalah sama.

Sebagai bekalan tika waktu-waktu kecemasan atau luar dugaan.

Kereta rosak, kemalangan, bencana, jatuh sakit mahupun apabila pendapatan terhenti.

Dana kecemasan akan bertindak untuk menampung perbelanjaan situasi-situasi luar dugaan ini.

Jadi, tidaklah terjejas tabung simpanan atau pelaburan lain.

Perbelanjaan harian dan keperluan yang lain pun tidak terganggu.

Juga dapat elakkan daripada terjebak dengan hutang tidak baik (produktif).

Seseorang yang inginkan pengurusan kewangan yang baik pasti akan sediakan dana kecemasan secukupnya.

Bahkan, matlamat menyimpan duit yang pertama sebaik-baiknya bertujuan untuk membina dana kecemasan terlebih dahulu sebelum disimpan untuk tujuan lain.

Sesetengah orang berpendapat tidak perlu untuk membina dana kecemasan kerana ada kemudahan kad kredit yang boleh digunakan apabila memerlukan duit dalam situasi kecemasan.

Ya, kad kredit memang boleh membantu ketika situasi-situasi tersebut.

Tetapi, apabila kad kredit digunakan, kita sebenarnya sedang berhutang.

Jika tersilap langkah, misalnya terlupa membuat bayaran semula atau tidak berkemampuan untuk membayar, mungkin boleh terperangkap dengan hutang yang tinggi.

Jadi, sebaik-baiknya sediakan dana kecemasan secukupnya.

Bak kata orang, “Sediakan payung sebelum hujan”

3 Jenis Dana Kecemasan

Berapa banyak dana kecemasan yang perlu dibina?

Jawapannya, terpulang kepada diri-sendiri.

Satu dana kecemasan sahaja sudah mencukupi.

Jika terjadi apa-apa kemalangan atau situasi luar dugaan, duit yang diperlukan boleh diambil dari dana kecemasan yang disediakan tadi.

Selepas keadaan pulih, jangan pula lupa untuk menggantikan semula duit yang telah diambil tadi.

Dana kecemasan sebaik-baiknya sentiasa dikekalkan pada paras minimum yang telah kita tetapkan supaya sentiasa bersedia untuk digunakan.

Berdasarkan kepada pengalaman saya, menyediakan satu sahaja dana kecemasan adalah tidak mencukupi.

Tidak mencukupi di sini bukanlah bermaksud duit yang disimpan itu sedikit, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi situasi-situasi luar dugaan yang berbeza.

Secara peribadi, saya menyarankan untuk mewujudkan tiga (3) jenis dana kecemasan atau dana rizab.

dana kecemasan1. Dana kecemasan fast-track

2. Dana kecemasan medium-track

3. Dana kecemasan slow-track

(Nama-nama yang diberikan di atas adalah nama yang saya fikirkan sahaja, bukannya nama-nama yang diiktiraf untuk tujuan akademik mahupun komersial)

1. Dana kecemasan fast-track

Bayangkan anda sedang memandu kereta, tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil.

Kereta sedikit terhuyung-hayang dan bergerak semakin perlahan dan ‘berat’.

Selepas berhenti di tempat selamat dan diperiksa, rupa-rupanya sebiji tayar telah pecah.

Apabila dibawa ke bengkel, tayar yang pecah tadi perlu ditukar dengan yang baru.

Tetapi, bukan hanya sebiji, tetapi dua biji supaya seimbang dikedua-dua belah kiri dan kanan (jika anda pandai berdalih dengan pekerja bengkel, menukar sebiji tayar pun tiada masalah)

Menukar tayar kereta baru sudah semestinya melibatkan kos yang agak tinggi, bergantung kepada jenis dan saiz tayar.

Jadi, dalam situasi ini, andai kata anda tidak membawa duit yang banyak dalam dompet, di mana hendak cari duit untuk bayar kepada bengkel nanti?

Berhutang? Minta tolong orang lain bayarkan?

Jika ada pilihan lain, mungkin masih selamat dari dimarahi pemilik bengkel (sebab tak mampu bayar)

Tapi kalau dalam situasi tiada pilihan, bagaimana?

Saya pernah terlibat dalam situasi begini, dan dana kecemasan fast-track yang saya wujudkan memang sangat membantu.

Dana kecemasan fast-track hanya memerlukan duit tunai dalam jumlah yang rendah, contohnya sekitar RM 200 ke RM 500.

Oleh kerana duit ini diperlukan dalam situasi-situasi kecemasan yang memerlukan duit dengan segera, maka dana kecemasan ini sebaik-baiknya disimpan di tempat yang mudah diambil.

Sebagai contoh, dalam dashboard kereta atau diselit dalam dompet (tidak dicampur dengan duit perbelanjaan harian).

Jadi, apabila diperlukan, tidaklah tergagau-gagau mencari duit.

Walaupun duit dana kecemasan ini sudah tersedia dan mudah diambil, tetapi janganlah digunakan untuk menampung perbelanjaan harian biasa pula.

Selagi tiada kes-kes kecemasan yang memerlukan duit ini digunakan, lebih baik biarkan sahaja.

2. Dana kecemasan medium-track

Sama seperti dana kecemasan fast-track, dana kecemasan kedua ini turut diperlukan dalam masa segera tetapi tidaklah terlalu segera.

Dana ini disediakan khas untuk menampung keperluan duit jika dana fast-track tadi tidak mencukupi.

Contohnya ketika anda perlu dimasukkan ke hospital swasta, walaupun telah mempunyai kad perubatan, mungkin anda perlu membayar deposit atau caj ko-takaful terlebih dahulu.

Ataupun anda terlibat dengan kemalangan yang agak teruk (minta dijauhkan), dan pembaikian kenderaan anda melibatkan kos yang agak tinggi.

Dalam situasi-situasi sebegini, dana kecemasan medium-track boleh membantu.

Jumlah cadangan adalah sekitar RM 1,000 ke RM 2,000

Boleh disediakan secara tunai atau pun lebih baik disimpan dalam satu akaun simpanan bank khas.

Untuk akaun simpanan bank tersebut, buatlah kad debit supaya memudahkan duit tersebut untuk digunakan.

Kiranya, kad debit ini akan menggantikan fungsi kad kredit ketika situasi-situasi kecemasan

Bezanya, kita tidak terjebak dengan hutang, malahan membayar dengan duit sendiri.

dana kecemasan3. Dana kecemasan slow-track

Dana kecemasan ini diwujudkan lebih kepada fungsi sebagai dana rizab yang mana bukan sahaja digunakan dalam situasi-situasi kecemasan jangka pendek, malahan untuk jangka masa panjang juga.

Disarankan jumlahnya menyamai jumlah tiga ke enam bulan keperluan perbelanjaan, ataupun sebaik-baiknya tiga ke enam bulan jumlah pendapatan.

Jika jumlah keperluan perbelanjaan atau pendapatan anda RM 3,000 sebulan, maka jumlah untuk dana ini seharusnya antara RM 9,000 ke RM 18,000

Dana ini akan digunakan untuk menampung keperluan perbelanjaan apabila terjadi situasi-situasi di mana pendapatan terhenti atau terganggu.

Contohnya jatuh sakit menyebabkan cuti panjang atau diberhentikan kerja.

Jadi, dana ini dapat membantu untuk menampung kehidupan tanpa menjejaskan perbelanjaan keperluan-keperluan asas sementara pendapatan dipulihkan atau diperoleh semula.

Seperti yang saya sarankan dalam artikel Tips Simpan Duit sebelum ini, duit untuk dana ini sebaik-baiknya disimpan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) sahaja.

Bukan sahaja kurang terkesan dengan inflasi kerana diberi dividen/bonus setiap tahun, tetapi turut mudah dicairkan apabila diperlukan nanti.

Urus risiko dengan dana kecemasan

Disamping mengambil perlindungan takaful untuk diri dan aset, mewujudkan dana kecemasan juga adalah salah satu elemen pengurusan risiko dalam pengurusan kewangan.

Dana kecemasan bukan sahaja dapat membantu kita dalam situasi-situasi luar dugaan, malahan menyelamatkan kita daripada bencana kewangan akibat tidak bersedia awal.

Tambahan lagi, dana kecemasan melindungi pelaburan-pelaburan kita daripada terganggu.

Contohnya, anda baru sahaja memperuntukkan wang yang ada untuk pelaburan hartanah atau saham.

Tetapi tiba-tiba berdepan situasi yang memerlukan duit yang banyak.

Adakah anda perlu menjual atau mencairkan pelaburan yang baru dibuat tadi?

Jika ini terjadi, anda berkemungkinan berdepan kerugian.

Jika ada dana kecemasan, pelaburan-pelaburan anda tadi tidaklah terganggu.

Jadi, jangan lupa untuk bina dana kecemasan ya!