Panduan Affiliate Simple Tapi Power: Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate

panduan affiliate simple tapi powerBaru-baru ini saya ada mendapatkan salah satu pakej panduan buat duit dengan affiliate terkini yang terdapat di pasaran, iaitu Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Panduan ini disediakan oleh Tuan Oswald Justin, seorang bekas chef yang kini menumpukan sepenuh masa beliau kepada bisnes online.

Saya tidak kenal Tuan Oswald Justin secara peribadi, beliau pun tidak kenal saya, tetapi saya dah kenal nama beliau sejak beberapa tahun lepas lagi kerana beliau sering berada dalam senarai top rank bagi banyak program affiliate yang dijalankan oleh otai-otai internet marketer lain.

Beliau memang selalu berjaya buat jualan affiliate dengan banyak hingga sering berjaya mendapat tempat dalam senarai teratas program-program affiliate.

Lihat sahaja contoh dalam gambar di bawah, beliau berjaya buat jualan lebih RM 60,000 dan jana keuntungan lebih RM 20,000 daripada satu program affiliate:

Ada banyak lagi bukti beliau berjaya buat duit dengan affiliate secara lumayan, boleh lihat di sini: Panduan Affiliate Simple

Kiranya, Tuan Oswald Justin memang tahu cara nak jana pendapatan lumayan dan buat duit dengan affiliate.

Jadi, beliau memang layak untuk mengajar orang lain berkenaan cara sebenar buat duit dengan affiliate.

Oleh itu, beliau telah sediakan satu pakej panduan yang mendedahkan teknik-teknik yang beliau gunakan untuk jana pendapatan lumayan menerusi affiliate, dan panduan tersebut dikenali sebagai Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Apa itu buat duit dengan affiliate?

Sebelum saya buat review Panduan Affiliate Simple Tapi Power, saya terangkan sedikit berkenaan affiliate untuk beri pencerahan bagi mereka yang belum tahu.

Affiliate adalah salah satu model bisnes yang biasa digunakan untuk memudahkan perjalanan bisnes.

panduan affiliate simple tapi power

Kadang-kadang, program affiliate turut dikenali sebagai program referral.

Dalam model bisnes ini, pemilik produk akan menganjurkan program affiliate, di mana pemilik produk akan menyediakan satu sistem khas untuk membolehkan ejen-ejen mendaftar dalam sistem tersebut.

Selepas pendaftaran diluluskan, setiap ejen akan diberi link khas dan tools lain seperti gambar, preview produk dan ayat promosi.

Jadi, tugas ejen adalah buat promosi dan sebarkan link khas yang diberi, supaya ramai bakal prospek klik pada link khas tersebut.

Dan jika ada pembeli yang mendapatkan produk melalui link khas tersebut, maka ejen akan diberikan komisen.

Itulah proses buat duit dengan affiliate.

Kiranya, dalam model bisnes affiliate, tugas ejen adalah daftarkan diri, dapatkan link khas, buat promosi untuk tarik prospek berkualiti dan kadang-kadang perlu layan pertanyaan prospek agar berjaya close sale dengan sempurna.

Tugas penganjur program affiliate pula adalah sediakan produk, bangunkan sistem affiliate, tarik ejen, sediakan support dan uruskan penghantaran produk apabila pelanggan membeli.

Yang seronok jadi ejen affiliate adalah anda tak perlu bersusah payah sediakan dan uruskan produk, cuma fokus pada promosi dan close sale.

Malah, menerusi affiliate, boleh mula jana pendapatan tanpa modal besar pun, dan pulangannya adalah tanpa had jika kena caranya.

Saya sendiri pun banyak jana pendapatan daripada affiliate sejak dari 2013 lagi, tapi tidaklah sehebat Tuan Oswald Justin.

Memang best buat duit dengan afilliate.

Kalau nak tahu cara yang betul buat duit dengan affiliate, boleh belajar daripada Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Baca juga:  Buat Duit Dengan Uber Untuk Jana Pendapatan Tambahan

Panduan Affiliate Simple Tapi Power

panduan affiliate simple tapi power(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Panduan Affiliate Simple)

Sekarang, kita pergi ke review Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Sebenarnya, saya terjumpa berkenaan panduan ini semasa sedang blog-walking di blog Tuan Hasrul Hassan yang mana beliau tunjukkan hasil pendapatan beliau daripada program affiliate, yang mana beliau gunakan teknik-teknik yang diajar Tuan Oswald Justin.

Pada mulanya, saya agak skeptikal dengan panduan ini sebab nampak harganya terlalu murah (pada masa tersebut, harga panduan ini RM 10 sahaja) dan tajuk isi kandungannya pun nampak ringkas.

Boleh lihat tajuk isi kandungan Panduan Affiliate Simple Tapi Power dalam gambar di bawah:

panduan affiliate simple tapi power

Nampak simple, kan?

Tetapi, rupa-rupanya saya tersilap, panduan ini simple tapi memang betul-betul powerful.

Isi kandungan dan modulnya memang lengkap bagi sesiapa yang nak belajar cara betul buat duit dengan affiliate.

Jom kita lihat perincian setiap modul dalam panduan ini:

Modul #1 – Apa Itu Affiliate?

Dalam modul #1 ini, Tuan Oswald Justin terangkan dengan lebih lanjut berkenaan bisnes affiliate.

Bagi mereka yang tak pernah tahu tentang affiliate, modul #1 ini akan bantu untuk dapat lebih maklumat berkenaan affiliate.

Tuan Oswald Justin turut terangkan tentang jenis-jenis affiliate dan istilah-istilah yang sering digunakan dalam bisnes affiliate.

Selepas baca modul #1, pembaca akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang bisnes affiliate.

Modul #2 – Di Mana Nak Cari Program Affiliate Yang Boleh Dipercayai

Kalau nak sertai program affiliate, kenalah tahu di mana nak cari dan daftar.

Dalam modul #2 ini, Tuan Oswald berikan laman-laman web yang boleh dilawati untuk mendaftar sebagai ejen affiliate.

Tetapi sayangnya, saya rasakan modul #2 ini terlalu ringkas dan kurang lengkap.

Tuan Oswald Justin hanya berikan 2 sahaja laman web, sedangkan sebenarnya ada banyak lagi laman web yang menyediakan program affiliate.

Beliau juga tidak tunjukkan secara terperinci bagaimana nak daftar sebagai ejen affiliate di setiap laman web yang ditunjukkan.

Walaubagaimanapun, hal ini bukanlah masalah besar pun.

Mudah sahaja nak cari laman-laman web yang menyediakan program affiliate, boleh cari melalui Google sahaja.

Hanya perlu taip keyword seperti “affiliate malaysia” dan “program affiliate malaysia”, akan disenaraikan banyak laman web yang menyediakan program affiliate yang boleh disertai.

Untuk cara daftar pula, biasanya setiap laman web program affiliate akan sediakan panduan cara untuk daftar, jadi hanya perlu ikuti panduan yang diberikan.

Jadi, walaupun modul #2 Panduan Affiliate Simple Tapi Power ringkas sahaja, namun hal ini bukanlah masalah yang besar.

Modul #3 – Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Nak Mula Promosi

Apabila kita nak lakukan sesuatu perkara, membuat perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting supaya perkara tersebut dapat dilakukan dengan jayanya.

Begitu juga apabila nak buat duit dengan affiliate, perancangan dan persediaan awal sangatlah penting.

Dalam modul #3, Tuan Oswald Justin terangkan 2 persediaan awal yang sangat penting yang perlu dilakukan sebelum mula buat duit dengan affiliate.

Nak tahu apakah 2 persediaan awal penting tersebut?

Kenalah baca Panduan Affiliate Simple Tapi Power.

Modul #4 – Bagaimana Nak Mula Promosi Supaya Pelawat Klik Iklan Anda

Modul ini adalah yang paling penting dalam panduan ini.

Dalam modul #4 ini, didedahkan teknik-teknik yang digunakan oleh Tuan Oswald Justin untuk jana pendapatan daripada program-program yang disertai beliau.

Antara teknik-teknik yang beliau kongsikan adalah:

  • Teknik promosi Facebook Profile
  • Teknik promosi Facebook Note
  • Teknik promosi Facebook Fanpage & Facebook Ads
  • Teknik promosi blog
  • Teknik promosi “PM”

Tuan Oswald Justin bukan sekadar beri penerangan ringkas, sebaliknya beliau berikan penerangan yang secukupnya berkenaan setiap teknik.

Lebih istimewa lagi, beliau turut sertakan contoh-contoh apa yang beliau buat bagi setiap teknik di atas, siap dengan screenshots lagi.

Daripada screenshots yang diberikan pun dah boleh belajar secara mendalam berkenaan teknik-teknik yang ditunjukkan.

Semua teknik yang ditunjukkan ini memang diakui berkesan untuk promosikan produk affiliate, jadi kalau anda betul-betul nak jana pendapatan dengan affiliate, sangat rugi kalau terlepas belajar semua teknik di atas.

Modul #5 – Bagaimana Nak Hasilkan Ayat Iklan Supaya Pelawat Klik Iklan Anda

Dalam bisnes affiliate, teknik promosi untuk tarik perhatian prospek adalah perkara paling penting.

Dan, untuk tarik perhatian prospek, mestilah kena pandai tulis ayat promosi atau ayat iklan yang menarik.

Bagaimana nak tulis ayat iklan yang menarik perhatian prospek?

Dalam modul #5 Panduan Affiliate Simple Tapi Power, ditunjukkan cara-cara dan contoh-contoh penulisan ayat iklan yang betul supaya dapat tarik perhatian prospek untuk klik.

Modul #6 – Bagaimana Nak Promosi Affiliate Produk “STRATEGI BERJAYA JANA RM36,380”

Dalam modul terakhir ini, Tuan Oswald Justin dedahkan satu teknik powerful bagaimana untuk jana pendapatan lebih 5-angka daripada program affiliate.

Teknik powerful ini adalah berlainan daripada teknik-teknik dalam modul #4, dan merupakan teknik yang sering digunakan oleh otai-otai untuk buat duit dengan affiliate.

Tuan Oswald Justin terangkan langkah-demi-langkah yang perlu dilakukan dalam teknik powerful ini.

Siap ditunjukkan satu case study yang beliau buat, yang mana daripada program affiliate tersebut, beliau berjaya jana pendapatan sehingga RM 36,380!

Rugi kalau tak belajar teknik powerful ini.

panduan affiliate simple tapi power

(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Panduan Affiliate Simple)

Baca juga:  4 Kuadran Sumber Pendapatan-Anda Yang Mana Satu?

Bonus Panduan Affiliate Simple Tapi Powerful

Selain daripada modul-modul utama, turut diberikan beberapa bab bonus untuk melengkapkan lagi panduan ini sepertimana yang disenaraikan di bawah ini:

  • Kesilapan-kesilapan seorang affiliate
  • Tips-tips memilih program affiliate terbaik
  • Minda seorang super affiliate
  • Spamming, dosa besar seorang affiliate

Semua bab bonus ini disediakan sebagai motivasi untuk pembaca supaya dapat menjadi seorang super affiliate yang berjaya.

Video Teknik Promosi Retargetting

panduan affiliate simple tapi power

Baru-baru ini Tuan Oswald Justin telah menambah konten baru ke dalam pakej panduan ini, iaitu 6 video langkah-demi-langkah melakukan teknik promosi retargetting berserta 1 video case-study, menjadikan semuanya 7 buah video.

Ini adalah tajuk video-video yang diberikan:

  • Pengenalan retargetting
  • Cara insert pixel code
  • Cara create audience retargetting
  • Cara buat iklan kumpul data audience
  • Berapa size custom audience yang sesuai
  • Cara buat iklan menjual retargetting
  • Case study iklan success retargetting

Teknik retargetting merupakan antara teknik terbaru untuk buat duit dengan affiliate, dan antara teknik yang digemari ramai kerana success rate yang tinggi.

Bagi yang belum pernah tahu tentang teknik ini, boleh belajar daripada video-video yang diberikan bersama-sama ebook utama dalam pakej panduan ini.

Bagaimana nak dapatkan panduan ini?

Kalau berminat nak dapatkan panduan ini, boleh terus klik di sini.

Untuk makluman, harga sebenar pakej panduan ini adalah RM 47, tetapi sekarang boleh diperoleh pada harga istimewa RM 30 sahaja!

Ya, RM 30 sahaja!

Dengan RM 30, dapat sebuah ebook utama (53 muka surat), 7 video terbaru, support group di Facebook (Tuan Oswald sering berkongsi tips-tips affiliate di group ini) dan kemaskini percuma seumur hidup.

Sebelum ini harga panduan ini adalah RM 10, tetapi selepas penambahan video, harga dinaikkan ke harga terkini.

Mujur saya dapatkan panduan ini semasa harga RM 10, maka saya dapat kemaskini 7 video terbaru di atas secara percuma!

Bagi saya, harga RM 30 sekarang pun masih lagi murah, malah inilah antara panduan berkenaan cara buat duit dengan affiliate yang termurah yang terdapat di pasaran sekarang.

Manalah tahu, selepas ini Tuan Oswald Justin mungkin akan tambah konten baru lagi, jadi harga akan dinaikkan lagi.

Jadi, memang rugi kalau tak dapatkan sekarang.

Lagipun, panduan ini memang sangat sesuai bagi mereka yang baru nak belajar atau masih belum berjaya menjana pendapatan lumayan dengan affiliate.

Orang kata, nak berjaya, kenalah ikut orang yang dah berjaya.

Tunggu apa lagi, dapatkan Panduan Affiliate Simple Tapi Power sekarang!

panduan affiliate simple tapi power(Klik di sini untuk terus dapatkan panduan ini: Tempah Panduan Affiliate Simple)

panduan affiliate simple


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah semasa membuat tempahan, boleh terus hubungi kami melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://api.whatsapp.com/send?phone=60139798719)

..

Baca juga:  Cara Sebenar Buat Bisnes Online di Facebook

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini