Tag Archive: perbelanjaan

Cara Jimat Belanja Dengan ShopBack Cashback Buddy

cara jimat belanja shopbackApabila membeli-belah secara online, banyak cara jimat belanja yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah wang keluar.

Saya bukanlah seorang yang suka membeli-belah, maklumlah, orang yang menulis tentang pengurusan kewangan peribadi sudah semestinya sentiasa mengambil langkah yang perlu untuk kawal belanja.

Tetapi, apabila ingin membeli sesuatu, saya lebih suka untuk membeli-belah secara online melalui laman web e-dagang seperti Lazada, Lelong dan eBay kerana lebih mudah untuk mencari dan membandingkan spesifikasi barang.

Dan sudah semestinya apabila membeli-belah, saya akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mendapatkan barang yang terbaik pada harga paling rendah dan berpatutan.

Caranya, dengan membeli-belah ketika adanya kempen tawaran diskaun, menggunakan kod/kupon/baucer potongan harga dan mendapatkan pulangan balik tunai (cashback) apabila berbelanja.

Untuk cara jimat belanja yang pertama, saya biasanya membeli-belah ketika kempen tawaran diskaun diadakan seperti semasa akhir tahun (year end sale), musim-musim perayaan, MyCyberSale dan yang terbaru, kempen 11.11 (baru sahaja diadakan baru-baru ini)

Untuk mendapatkan potongan harga menerusi kod atau kupon atau baucer khas pula, saya subscribe newsletter laman-laman web e-dagang kerana mereka akan sentiasa emelkan tawaran mereka yang boleh digunakan apabila membeli-belah nanti.

Ataupun, dapatkan sahaja daripada laman-laman web seperti Groupon, LivingSocial dan Qoo10.

Bagi cara jimat belanja ketiga yang saya sering lakukan, saya dapatkan pulangan balik tunai atas setiap pembelian yang saya lakukan dengan menggunakan ShopBack.

Cara jimat belanja dengan ShopBack

Dengan adanya ShopBack, saya berpeluang untuk mendapatkan pulangan balik tunai atas setiap barang yang dibeli melalui laman-laman web e-dagang tertentu.

Malah, kalau ada tawaran diskaun pun, pulangan tunai tetap boleh diperoleh melalui ShopBack.

Bagaimana nak dapatkan pulangan tunai dengan ShopBack?

Mudah sahaja.

Hanya perlu pergi dahulu ke laman web ShopBack, pilih ‘kedai’ yang nak dituju untuk membeli-belah, dan beli-belah seperti biasa.

Selepas pembelian dilakukan dan disahkan, pihak ShopBack akan mengira jumlah pulangan tunai yang layak diperoleh, dan akan dimasukkan ke akaun ShopBack saya selepas beberapa hari.

Selepas mencapai nilai minimum RM 10, pulangan tunai tersebut boleh ditebus.

Sifirnya mudah, tawaran diskaun + pulangan tunai = penjimatan berganda

Masih ada yang tak tahu berkenaan ShopBack?

Boleh baca artikel di sini: Tips Jimat Duit Belanja Beli-belah Dengan ShopBack

Cepat-cepat daftar dengan ShopBack!

Pendaftaran adalah percuma malah berpeluang mendapat RM 10 yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun sendiri.

Jom daftar terus di pautan ini: https://www.shopback.my/

Cara jimat belanja dengan ShopBack Casback Buddy

cara jimat belanja shopbackSalah satu kelemahan apabila membeli-belah mengikut langkah-langkah yang saya nyatakan di atas adalah sering terlepas mendapat pulangan tunai.

Puncanya, selepas keluar dari laman web ShopBack dan dibawa ke laman web e-dagang untuk membeli-belah, kadang-kadang terjadi pembelian yang dilakukan tidak dikesan oleh sistem ShopBack.

Ini menyebabkan pulangan tunai tidak diberikan atas pembelian tersebut.

Ada juga berlaku apabila pembelian dibuat di sesebuah laman web e-dagang, tetapi tidak menyedari bahawa laman web tersebut merupakan rakan kepada ShopBack.

Jadi, oleh kerana tidak sedar atau tidak tahu, pelawat terus membeli-belah tanpa melalui ShopBack, dan ini menyebabkan terlepas peluang untuk mendapatkan pulangan tunai.

Untuk mengelakkan perkara-perkara seperti ini, boleh gunakan ShopBack Cashback Buddy.

ShopBack Cashback Buddy adalah browser extension yang dipasang pada pelayar (browser) internet seperti Google Chrome dan Safari.

Antara fungsi-fungsi browser extension ini adalah:

#1 Cashback notifier

cara jimat belanja shopbackApabila masuk sahaja ke mana-mana laman web e-dagang yang merupakan rakan kepada ShopBack, browser extension ini akan memberi notifikasi khas untuk pengaktifan.

Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah klik sahaja butang pengaktifan tersebut, dan teruskan membeli-belah seperti biasa.

Pulangan tunai akan direkodkan dalam sistem Shopback jika pembelian dilakukan.

Jadi, tidak perlulah lagi masuk dahulu ke laman web Shopback sebelum menuju ke laman web e-dagang yang ingin dilawati.

#2 Cashback button status

Apabila browser extension ini dipasang, satu icon berwarna merah bertulisan ‘S’ akan muncul pada toolbar pelayar internet yang digunakan.

Icon ini akan berubah menunjukkan status yang berbeza sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar di bawah:

cara jimat belanja shopback

#3 Cashback button menu

Dengan klik pada icon yang dipasang, pelayar boleh melihat beberapa menu yang disediakan oleh ShopBack.

Antaranya adalah seperti dalam gambar di bawah:

cara jimat belanja shopback

#4 Search engine notifier

cara jimat belanja shopbackJika membuat carian berkaitan item yang ingin dibeli, akan terpapar tawaran daripada laman-laman web e-dagang yang merupakan rakan kepada ShopBack.

Maka, dengan kesemua fungsi yang diberikan ini, kebarangkalian untuk terlepas peluang mendapatkan pulangan tunai melalui ShopBack adalah rendah.

Pelayar akan sentiasa diberitahu apabila sedang melawat laman web e-dagang yang merupakan rakan kepada ShopBack.

Malah, pengaktifan dapat dilakukan dengan mudah dan pulangan tunai dapat di‘secured’ dengan memerhatikan status pada icon ‘S’ yang ditunjukkan.

Bagaimana membeli-belah dengan ShopBack Cashback Buddy?

Mudah sahaja, hanya dengan mengikuti 5 langkah ini sahaja:

  1. Pasang browser extension ShopBack Cashback Buddy (langkah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja)
  2. Lawati mana-mana laman web e-dagang yang dikehendaki dan anda akan diberi notifikasi
  3. Klik pada butang yang ditunjukkan untuk mengaktifkan sistem ShopBack
  4. Membeli-belah seperti biasa, pastikan icon sentiasa berwarna hijau (aktif) terutama semasa pembayaran dilakukan
  5. Dalam masa 48 jam selepas pembelian disahkan, pulangan tunai akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda

cara jimat belanja shopback

cara jimat belanja shopback

Memang mudah cara jimat belanja dengan ShopBack Cashback Buddy ini!

Bagaimana nak pasang (install) ShopBack Cashback Buddy?

Mudah sahaja untuk pasang browser extension ini.

Buat masa sekarang, extension ini hanya boleh dipasang pada pelayar Google Chrome dan Safari sahaja, dan untuk penggunaan pada laptop dan desktop sahaja.

Untuk pemasangan di pelayar Google Chrome, boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

#1 Pergi ke laman web ini: https://www.shopback.my/cashback-button/how-it-works

#2 Klik pada butang ‘Add to Chrome’

#3 Klik pada butang ‘Add Extension’

cara jimat belanja shopback

Siap!

Selepas siap dipasang, anda mungkin perlu login dahulu ke akaun Shopback anda.

Selepas itu, anda dah pun boleh membeli-belah dan mula mendapatkan pulangan tunai.

Ingat, tawaran diskaun + pulangan tunai = penjimatan berganda.

Jadi, setiap kali anda ingin membeli-belah online, pastikan untuk sentiasa gunakan ShopBack Cashback Buddy supaya boleh dapat penjimatan berganda.

Masih belum ada akaun ShopBack?

Cepat-cepat daftar di sini: https://www.shopback.my/ sekarang!

(Boleh baca artikel ini untuk tawaran mendapatkan RM 10 dan lebih maklumat berkenaan ShopBack: http://bitly.com/tipsjimatbelanjaonline)

TAWARAN ISTIMEWA: Daftar akaun Shopback sekarang, dan dapatkan RM 10!

Untuk tempoh terhad, ShopBack menawarkan tunai RM 10 yang akan dimasukkan ke akaun anda jika mendaftar dengan ShopBack sekarang.

cara daftar shopback

Syaratnya, perlu ikuti 3 langkah mudah ini:

1. Daftar akaun ShopBack dengan klik di link ini: ShopBack.com

2. Masukkan emel mysohojob[at]gmail.com (gantikan [at] dengan @) di ruangan “Referred by” (jika diminta)

Selepas 2 langkah ini, RM 5 akan terus dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda.

3. Buat pembelian minimum RM 25 di mana-mana laman web pilihan menerusi Shopback, dan tambahan RM 5 lagi akan dimasukkan ke dalam akaun anda selepas beberapa hari.

..

Tips Kawal Belanja Untuk Elak Duit Bocor

tips kawal belanjaTips kawal belanja untuk elak duit bocor

Pernah tak apabila anda pergi membeli-belah, anda terbeli barang-barang yang sebenarnya anda tak perlukan pun?

Sebelum ini, saya dan isteri turut sering mengalaminya, terutama apabila membeli-belah barang-barang keperluan rumah dan makanan.

Misalnya, ketika pergi membeli-belah di pasaraya, perancangan asal nak beli lima barang sahaja, tetapi apabila pulang, baru tersedar telah terbeli lebih daripada yang dirancangkan.

Lebih teruk lagi, ada terbeli barang yang sebenarnya langsung tidak diperlukan, atau masih belum diperlukan kerana masih ada stok di rumah.

Begitu juga apabila pergi membeli makanan seperti di pasar malam atau food court.

Perancangan asal nak beli sedikit sahaja biar cukup sekadar mengisi perut, tetapi akhirnya terbeli sehingga penuh di tangan.

Lebih malang lagi, apabila pulang, baru makan sedikit sahaja pun dah kenyang sehinggakan ada makanan yang dibeli tidak disentuh dan dibuang sahaja.

Berlaku pembaziran.

Sebenarnya, situasi-situasi sebeginilah yang menyumbang kepada perbelanjaan tidak terkawal yang menyebabkan duit bocor dan mengganggu aliran tunai untuk perbelanjaan bulan tersebut.

Jika bajet yang dirancang pada asalnya memperuntukkan jumlah tertentu untuk perbelanjaan bulanan, tetapi disebabkan situasi-situasi sebegini, jumlah yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi.

Akibatnya, terpaksa korek tabung simpanan atau lebih teruk lagi, berhutang supaya dapat cukupkan peruntukan perbelanjaan bagi bulan tersebut.

Sebenarnya, ada tips mudah untuk kawal perbelanjaan ketika membeli-belah:

Tips kawal belanja #1 – Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli

Tips nombor dua ini sebenarnya dah ramai berikan, tetapi masih sukar untuk diamalkan.

Sebelum pergi keluar membeli-belah, senaraikan dahulu barang-barang yang hendak dibeli.

Lihat semula barang-barang yang dah habis, yang dah capai minimum stok atau yang masih ada banyak stok.

Boleh tandakan barang-barang yang paling utama dahulu untuk dibeli, supaya tidak ada yang tertinggal.

Apabila keluar membeli-belah nanti, pastikan beli barang-barang yang disenaraikan sahaja.

Jika ada ternampak atau terjumpa barang-barang lain yang tidak ada dalam senarai, dan terasa ingin beli, tangguhkan dulu.

Sebaliknya, catat sahaja dipertimbangkan semula dalam senarai pembelian akan datang.

Mungkin selepas dipertimbangkan semula, barang tersebut bukannya satu keperluan.

Tips kawal belanja #2 – Bawa duit secukupnya sahaja

tips kawal belanjaDaripada senarai barang-barang yang ingin dibeli, cuba letakkan anggaran harga bagi setiap barang.

Kemudian, kira jumlah yang diperlukan.

Berdasarkan kepada jumlah yang dianggarkan, bawa duit secukupnya sahaja apabila keluar membeli-belah nanti.

Mungkin boleh bawa duit lebih sedikit, takut anggaran yang dibuat tidak sama dengan harga sebenar barang yang diingini.

Poin utamanya, jangan banyak terlalu banyak duit apabila keluar membeli-belah.

Apabila membawa duit yang secukupnya sahaja, kita akan lebih cenderung untuk beringat dan berhati-hati ketika mengambil barang yang akan dibeli.

Jadi, tidaklah berlakunya perbelanjaan berlebihan.

Tips kawal belanja #3 – Membeli belah ketika kenyang

Saya pernah terbaca satu kajian yang menyatakan bahawa kebanyakan orang membeli-belah secara berlebihan disebabkan gagal mengawal emosi.

Dan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi emosi adalah perut; apabila lapar, emosi menjadi tidak terkawal, nafsu membuak-buak, fikiran menjadi kurang rasional dan kita cenderung untuk membeli-belah secara berlebihan.

Hinggakan barang yang tidak diperlukan pun dirasakan perlu.

Dah beli satu jenis makanan, tetapi masih dirasakan tidak mencukupi dan perlu beli makanan yang lain.

Ini semua disebabkan emosi tidak terkawal yang dipengaruhi perut yang lapar.

Maka, untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan, satu cara yang mudah adalah membeli-belah ketika perut kenyang.

Sebelum bertolak ke pasaraya, pasar malam atau mana-mana tempat membeli-belah, seelok-eloknya makan dulu sedikit untuk mengelakkan rasa lapar yang keterlaluan.

Saya dah cuba banyak kali cara ini, dan memang berkesan.

Apabila pergi ketika perut kenyang, memang terasa kurang ‘bernafsu’ untuk membeli-belah, jadi kita boleh menumpukan kepada barang-barang yang hendak dibeli sahaja.

Saya dah amalkan banyak kali cara ini, dan memang berkesan!

Tips kawal belanja #4 – Fokus kepada barang yang hendak dibeli sahaja

tips kawal belanjaDengan berpandukan kepada senarai yang dibuat, apabila sampai ke tempat untuk membeli-belah, terus tuju ke tempat barang-barang yang diingini tersebut.

Fokus untuk beli barang-barang tersebut sahaja.

Kurangkan merayau-rayau atau window shopping ke tempat barang-barang lain.

Takut nanti terganggu emosi apabila melihat tawaran barang-barang lain yang masih belum diperlukan.

Tips kawal belanja #5 – Rancang pembelian sekaligus

Kalau keluar membeli-belah, rancangkan supaya pembelian barang-barang yang diperlukan dilakukan sekali sahaja dan sekaligus.

Contohnya, rancang beli-belah sekali sebulan, sekali setiap dua minggu atau sekali seminggu.

Jadi, stok yang dibeli perlulah bertahan mengikut interval masa yang ditetapkan.

Kalau boleh, kurangkan kekerapan pergi keluar membeli-belah, kerana kebiasaannya semakin kerap membeli-belah, semakin banyak duit yang bocor.

Lagipun, semakin kerap keluar, semakin tinggi juga kos pengangkutan.

2 Formula & Tips Beli Kereta Supaya Tak Terbeban

tips beli keretaTahun 2016 ini boleh dikatakan tahun kereta, sebab banyak pelancaran kereta-kereta baru pilihan rakyat Malaysia telah dan akan dilakukan.

Antara yang telah dilancarkan; Honda Civic, Proton Perdana dan Perodua Bezza.

Ikut perancangan, Proton pula sedang menunggu giliran untuk melancarkan tiga lagi model baru pada tahun ini iaitu Proton Persona, Proton Saga dan Proton Ertiga.

Memang ramai rasa teruja nak beli kereta baru, tambahan lagi BNM baru menurunkan OPR yang mana memungkinkan kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta akan dikurangkan.

Jadi, pembiayaan/pinjaman kereta akan menjadi lebih ‘murah’.

Ada pepatah yang menyebut,” Beli kereta sebab nak pergi kerja, pergi kerja sebab nak bela kereta”

Pernah dengar atau baca di mana-mana?

Maksudnya, membeli kereta sebenarnya adalah satu beban, sebab ada kos-kos lain yang perlu dibayar.

Jika tersilap beli kereta melebihi kemampuan, kos-kos tadi akan menjadi satu beban berat yang mungkin tak dapat dipikul lagi.

Tambahan lagi, nilai kereta dari hari ke hari semakin susut, berbeza dengan hartanah yang mana kebiasaannya semakin lama semakin naik.

Keluar sahaja dari bilik pameran kereta, harga kereta terus jatuh 20% ke 30% harga asal.

Jumlah hutang kereta tersebut pula lebih tinggi berbanding nilai jualannya sekarang.

Kiranya kalau nak jual balik kereta tersebut dalam masa terdekat, memang akan rugilah sebab hasil jualan tak mampu cover baki hutang yang masih ada.

Sayangnya, walaupun ramai tahu tentang perkara ini, tetapi masih ada lagi yang menganggap kereta adalah simbol kekayaan dan kejayaan seseorang.

Maklumlah, kereta ini benda yang mudah bergerak dan dibawa ke sana sini, jadi senanglah nak ditunjukkan kepada orang lain.

Apabila bertemu rakan-rakan lama pula, yang sering ditanya adalah “Pakai kereta apa sekarang?” dan bukannya “Dah berapa banyak aset pelaburan yang ada?”

Terpulanglah kepada anda untuk mengatakan kereta simbol kekayaan dan kejayaan ataupun tidak.

Saya secara peribadi hanya menganggap kereta sebagai alat untuk bergerak ke sana-sini.

Kadang-kadang terlintas nak memiliki kereta besar dan mewah, tetapi memikirkan kos-kos yang perlu ditanggung, terasa seperti satu pembaziran.

Kos-kos memiliki kereta

tips beli keretaIni kos-kos yang terlibat dalam memiliki sebuah kereta:

1. Bayaran ansuran bulanan

Kebanyakan orang membeli kereta melalui pembiayaan/pinjaman bank, jarang yang membeli secara tunai.

Maka, setiap bulan perlulah diperuntukkan sebahagian pendapatan untuk membayar hutang tersebut.

Kalau ikut formula pengurusan kewangan 30:10, 30% daripada gaji boleh diperuntukkan untuk bayaran hutang.

Tetapi, takkanlah nak gunakan sepenuhnya 30% untuk bayaran ansuran kereta sahaja.

Yang paling penting, ansuran bulanan itu haruslah tidak membebankan dan mampu dibayar.

Jika bayaran ansuran bulanan tertunggak, kereta boleh ditarikbalik dan nama boleh disenaraihitamkan.

Walaupun kereta dilelong pihak bank, mungkin hasil lelongan tidak mampu menampung baki hutang yang masih ada.

Akibatnya, baki hutang masih perlu dijelaskan, nama telah disenaraihitamkan, rekod kredit menjadi tidak elok dan ini akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman/pembiayaan yang lain.

2. Bayaran minyak petrol

Kereta bergerak bukan menggunakan air, tetapi minyak petrol.

Harga minyak pula bergantung kepada pasaran, ada masanya murah, ada masanya mahal.

Walaupun murah atau mahal, kos untuk minyak petrol tetap perlu dikeluarkan.

3. Cukai jalan & perlindungan insurans/takaful

Setiap tahun, cukai jalan dan perlindungan insurans/takaful perlu diperbaharui.

Semakin tinggi nilai kereta, semakin tinggi bayaran perlindungan insurans/takaful yang perlu dikeluarkan.

4. Kos penyelenggaraan

Kereta mempunyai banyak komponen yang bergerak, jadi perlu diselenggara dengan berkala supaya dapat berfungsi dengan baik.

Minima, setiap 6 bulan atau 2 kali setahun.

Semakin lasak dan kerap kereta diguna, semakin kerap penyelenggaraan yang perlu dibuat.

Dan kos pula sudah semestinya akan semakin tinggi.

Itu baru diambil kira penyelenggaraan asas seperti menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan penapis minyak.

Belum dicampur lagi kos-kos menukar barang-barang seperti bateri, tayar dan suspension.

Belum juga dicampur lagi kos-kos membaiki kerosakan akibat kemalangan.

Membela kereta memang memerlukan kos yang tinggi.

5. Tol & parking

Bagi yang menetap dan bekerja di luar bandar atau bandar-bandar kecil, mengkin tak perlu keluarkan banyak kos untuk tol dan parking.

Tetapi, bagi yang tinggal di bandar-bandar besar dan memandu kereta, membayar tol dan parking boleh dikatakan menjadi kos wajib.

Bayaran tol dari semasa ke semasa sentiasa dinaikkan.

Begitu juga bayaran parking, sepertimana yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidakkah ini membebankan?

Tips membeli kereta

tips beli keretaMemang tidak dinafikan, pengangkutan adalah keperluan.

Memang terdapat sesetengah orang memerlukan kereta sebagai pengangkutan utama.

Tetapi, sebelum memiliki kereta, fahamkan falsafah ini.

“Beli kereta tidak salah, tetapi beli kereta melebihi kemampuan sehingga membebankan memang salah”

Jadi, bagaimana nak pastikan pembelian kereta tidak membebankan?

Boleh ikut formula-formula beli kereta yang berikut:

1. Formula gaji setahun

Formula yang pertama, pastikan harga kereta yang dibeli tidak melebihi jumlah gaji setahun.

Katakan seorang graduan muda yang baru mula bekerja mendapat gaji sebanyak RM 3,000 sebulan, maka jumlah gaji setahun adalah RM 36,000 (RM 3,000 x 12 bulan).

Maka kereta yang sepatutnya beliau beli adalah kereta yang berharga kurang RM 36,000.

Kenapa setahun gaji?

Baiklah, katakanlah beliau nak gunakan sepenuhnya ‘kelayakan’ beliau dan bercadang nak beli kereta Proton Saga berharga RM 36,000.

Tolak duit deposit sebanyak 10% (RM 3,600), baki RM 32,400 dibayar menggunakan pembiayaan bank.

Jika merujuk kepada anggaran bayaran pembiayaan kereta di sini, maka jumlah ansuran bulanan beliau adalah sekitar RM 480/bulan untuk tempoh 7 tahun iaitu sekitar 16% sahaja daripada gaji bulanan.

Jika dicampur dengan kos-kos lain sepertimana yang ditulis pada awal artikel, mungkin kos pemilikan kereta beliau sekitar 20% sahaja daripada gaji bulanan beliau.

Masih lagi had yang selesa.

2. Formula 20:5:15

Formula ini mungkin lebih ketat berbanding formula pertama.

20:5:15 merujuk kepada 20% deposit, 5 tahun tempoh pembiayaan/pinjaman dan 15% ansuran bulanan daripada pendapatan bulanan.

Bagaimana nak kira harga kereta yang layak dibeli?

Boleh lihat contoh kiraan mudah yang berikut bagi mereka yang bergaji RM 3,000 sebulan.

Untuk ansuran bulanan 15%, maka jumlahnya 15% x RM 3,000 = RM 450

Maka harga kereta yang layak dibeli (anggaran kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta = 3%):

(RM 450 x 60 bulan) + (RM 450 x 60 bulan)(5 tahun x 3/100) = RM 31,050

Ya, dengan gaji RM 3,000, harga kereta yang layak dibeli dengan tempoh pembiayaan/pinjaman selama 5 tahun adalah sekitar RM 31,000 sahaja.

Itupun perlu disediakan deposit 20% iaitu sebanyak RM 6,200 menjadikan jumlah pembiayaan/pinjaman yang perlu dilakukan adalah RM 24,800.00

Boleh cuba semak di sini, ansuran bulanan yang dicadangkan akan berlegar sekitar RM 450.

* Nota: Kiraan di atas adalah kiraan secara mudah sahaja untuk menentukan anggaran harga kereta yang boleh dibeli dengan formula 20:5:15, boleh digunakan untuk nilai gaji yang lain. Anggaran yang lebih tepat perlukan pengiraan lebih lanjut dan dirujuk kepada pembiaya/peminjam.