Tag Archive: bayar saman online

Cara Bayar Saman Online Guna MyEG & RILEK

semak bayar saman online myeg rilekKhas untuk yang bayar saman online sama ada melalui MyEG atau RILEK, anda akan dapat diskaun 50% ke atas jumlah saman yang perlu dibayar.

Ini memang satu berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mempunyai saman tertunggak.

Tetapi, tawaran ini adalah untuk bayaran saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja, biasanya yang dikenakan oleh Polis Trafik.

Diskaun 50% ini berkuatkuasa bagi bayaran yang dibuat daripada 18 Januari sehingga 01 Febuari 2020 sahaja.

Dan syarat yang paling penting, hanya untuk mereka yang bayar saman online sahaja, bukan secara tunai di kaunter bayaran saman.

Boleh baca tentang pengumuman diskaun ini di sini: Diskaun 50% Saman Dibayar Secara e-Dompet

Mengikut pengumuman yang dibuat, ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan portal online untuk membuat bayaran saman, berbanding perlu pergi dan beratur bersesak-sesak di kaunter bayaran saman.

Tetapi, tiada pula diumumkan jenis saman yang akan diberikan diskaun dan yang mana yang akan dikecualikan.

Diskaun daripada PDRM kebiasaannya tidak diberikan kepada saman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), saman berstatus mahkamah dan juga yang membabitkan warga asing.

Dan kadang-kadang diskaun juga tidak diberikan ke atas saman kemalangan, berkaitan lori, berstatus NC (No Compound) dan juga waran tahun semasa.

Jika anda mempunyai saman-saman jenis di atas, bolehlah rujuk dengan pihak PDRM sama ada layak untuk dapat diskaun 50% atau tidak.

Kemaskini: Mengikut laporan daripada Astro Awani, diskaun ini dikecualikan ke atas saman kesalahan bagi memandu laju, memandu di laluan kecemasan, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar serta guna alat komunikasi ketika memandu.

Boleh rujuk laporan tersebut di sini: Polis Tawar Diskaun Saman 50% Sempena Tahun Baharu Cina

Kalau anda ada jenis saman yang layak pula, jangan bertangguh-tangguh untuk buat bayaran supaya dapat diskaun yang diberikan tersebut.

Diskaun bermaksud penjimatan, ini memang tak patut dilepaskan.

Jom kita belajar bagaimana cara bayar saman online supaya boleh tuntut diskaun 50% yang diberikan.

Cara Bayar Saman Online Melalui MyEG

MyEG adalah antara portal online yang popular yang boleh digunakan untuk semak saman dan juga buat bayaran saman secara online.

Tak perlu bersusah-susah perlu pergi ke kaunter bayaran saman untuk semak dan bayar saman.

Selain saman daripada PDRM, boleh juga semak dan bayar saman daripada JPJ dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bukan itu sahaja, malah boleh buat bayaran zakat, renew road tax dan insurans kereta online , semak skor CTOS, urusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia dan banyak lagi perkhidmatan yang ditawarkan portal ini.

Semak Saman Online Melalui MyEG

Langkah #1 – Lawat portal MyEG di alamat yang berikut: www.myeg.com.my

semak saman online myeg

Langkah #2 – Jika belum daftar akaun dengan MyEG, klik butang ‘Create an account’ untuk daftar. Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’

semak saman online myeg

Langkah #3 – Selepas siap daftar, boleh Login menggunakan username dan password yang didaftarkan tadi

semak saman online myeg

Langkah #4 – Untuk semak saman trafik online, klik pada icon logo PDRM

semak saman online myeg

Langkah #5 – Klik pada butang ‘Semak & Bayar Saman PDRM’

semak saman online myeg

Langkah #6 – Masukkan nombor MyKad dan juga huruf-huruf yang ditunjukkan. Klik butang ‘Check Summon’.

semak saman online myeg

Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan:

semak saman online myeg

Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan seperti ini:

semak saman online myeg

Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar.

Boleh klik pada icon kamera untuk lihat jika ada gambar bagi kesalahan yang dilakukan.

Selepas semak saman online ini, bolehlah diteruskan jika hendak bayar saman online melalui MyEG.

Bayar Saman Online Melalui MyEG

Langkah #1 – Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Proceed’

bayar saman online myeg

Langkah #2 – Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Oleh kerana bayar saman online, maka ada caj tambahan seperti caj e-servis dan SST (Bayar saman pun pun kena SST, hhmm…) Kemudian, klik butang ‘Proceed to Payment’

bayar saman online myeg

Langkah #3 – Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan. Boleh pilih cara Online Banking (FPX) menerusi perbankan pilihan sendiri seperti di bawah:

bayar saman online myeg

Atau boleh buat bayaran menggunakan kad kredit/debit. Hanya perlu masukkan maklumat kad seperti yang diminta.

bayar saman online myeg

Langkah #4 – Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi MyEG. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.

Cara Bayar Saman Online Melalui RILEK

Selain daripada MyEG, boleh juga semak dan buat bayaran saman trafik melalui portal RILEK.

Portal RILEK turut menyediakan beberapa perkhidmatan dengan agensi-agensi kerajaan secara atas talian.

Antaranya dengan PDRM, JPJ, DBKL dan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Semak Saman Online Melalui RILEK

Langkah #1 – Lawat laman web RILEK di alamat yang berikut: www.rilek.com.my

semak saman online rilek

Langkah #2 – Jika belum daftar akaun dengan RILEK, klik ‘Register’ untuk daftar. Maklumat untuk pendaftaran adalah lebih ringkas berbanding yang diminta MyEG. Selepas isi, klik butang ‘Register’

semak saman online rilek

Langkah #3 – Selepas siap daftar, anda akan diminta untuk mengisi Activation Code yang dihantar ke emel yang didaftarkan. Ikut pengalaman saya, boleh skip sahaja langkah ini kerana sampai ke sudah kod tersebut tidak diterima. Jadi, terus sahaja Login menggunakan emel dan password yang didaftarkan tadi.

semak saman online rilek

semak saman online rilek

Langkah #4 – Untuk semak saman trafik online, klik pada perkataan PDRM

semak saman online rilek

Langkah #5 – Masukkan nombor MyKad dan terus klik ‘Next’

semak saman online rilek

Jika tiada saman tertunggak, paparan seperti berikut akan dipaparkan:

semak saman online rilek

Tetapi, jika ada saman, maka senarai saman yang dikenakan akan ditunjukkan seperti ini:

semak saman online rilek

Boleh dilihat nombor pendaftaran kereta yang terlibat, tempat disaman, masa kesalahan dilakukan dan juga jumlah saman yang perlu dibayar, sama seperti yang dipaparkan di MyEG.

Cuma, tidak boleh lihat gambar bagi kesalahan yang dilakukan.

Selepas semak saman online ini, bolehlah diteruskan jika hendak bayar saman online melalui RILEK.

Bayar Saman Online Melalui RILEK

Langkah #1 – Klik pada kotak bagi saman yang hendak dibayar. Terpulang nak bayar semua saman sekaligus atau pilih beberapa saman terlebih dahulu. Kemudian klik butang ‘Pay Selected Summons’

bayar saman online rilek

Langkah #2 – Anda akan ditunjukkan jumlah saman berserta caj-caj lain yang perlu dibayar. Oleh kerana bayar saman online, maka ada caj tambahan seperti caj e-servis dan SST. Kemudian, klik butang ‘Pay Summons’

bayar saman online rilek

Langkah #3 – Anda akan diberikan pilihan untuk memilih cara bayaran yang hendak dilakukan. Buat masa sekarang, hanya bayaran melalui Maybank2u, CIMBClicks dan RHBNow sahaja yang dibenarkan. Pilihan bayaran menggunakan kad kredit/debit pun tiada. Mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

bayar saman online rilek

Langkah #4 – Selepas bayaran disahkan, maka anda selesai membuat bayaran saman online menerusi RILEK. Anda boleh cetak resit bayaran sebagai bukti bayaran.

Penutup

Macam mana?

Mudah bukan nak semak dan bayar saman online melalui MyEG dan RILEK.

Selepas ini, bolehlah selalu buka MyEG dan RILEK untuk semak saman dari semasa ke semasa.

Iyalah, kadang-kadang kita tak perasan yang kita disaman semasa operasi polis, JPJ atau pihak penguatkuasa yang lain.

Jadi, dengan adanya semakan secara online ini, mudah untuk tahu tentang kewujudan saman atas nama kita.

Dah tahu ada saman, boleh terus bayar secara online sahaja.

Mudah, tak perlu bersusah-susah nak pergi ke kaunter bayaran saman.

Itu sahaja untuk kali ini, semoga bermanfaat.

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya!