Artikel Terkini

9 Tips Kurangkan Bajet Majlis Perkahwinan

kurangkan bajet majlis perkahwinanSempena musim majlis perkahwinan yang memang menjadi kelaziman pada setiap kali cuti sekolah, jadi untuk perkongsian kali ini, saya nak berbicara tentang tips kurangkan bajet majlis perkahwinan.

Biasalah, bagi golongan muda, selain mempunyai kerjaya yang stabil, mereka turut berimpian untuk memateri cinta dengan insan dicintai secepat mungkin dalam majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang dah lama bersulam cinta dengan pasangan masing-masing.

Memang dah tak sabar nak jadikan kekasih hati sebagai pasangan yang sah.

Malangnya, hasrat ini sering tersekat dek kekangan yang ada.

Dalam Kajian Keluarga & Penduduk Malaysia Ke-5 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), mendapati punca utama bagi lelaki yang lambat kahwin adalah disebabkan oleh masalah kewangan (56%), tiada calon sesuai (18.4%) dan ingin fokus kepada kerjaya (9.4%)

Bagi wanita yang lambat kahwin pula, punca utama adalah disebabkan kesukaran mencari calon yang sesuai (35.7%) diikuti masalah kewangan (26%) dan kemajuan kerjaya (18.1%)

Boleh baca hasil kajian ini di sini (Berita Harian) atau di sini (Astro Awani).

Daripada kajian ini, jelas bahawa masalah kewangan menjadi antara punca utama yang menyebabkan ramai orang muda gagal mendirikan perkahwinan.

Apakah masalah kewangan yang dimaksudkan?

Senang cerita, kalau tanya kepada semua orang yang nak berkahwin, mesti akan kata mereka mengalami masalah kewangan menampung bajet majlis perkahwinan yang semakin menggila sekarang ini.

Bajet majlis perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan bajet atau kos kenduri makan minum, tetapi turut melibatkan kos wang hantaran, barang hantaran, pakaian pengantin, pelamin dan juga perkara-perkara lain berkaitan persiapan majlis perkahwinan.

Semua serba-serbi kelengkapan dan perkara berkaitan majlis perkahwinan melibatkan kos yang boleh memeningkan kepala bakal pengantin.

Berapa bajet yang diperlukan bagi sebuah majlis perkahwinan?

Bajet sebuah majlis perkahwinan boleh jadi berbeza-beza bergantung kepada banyak faktor.

Namun, mengikut kajian yang dilakukan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2013, purata bajet majlis perkahwinan adalah sekitar RM 50,000

Boleh baca artikel tentang kajian ini di sini: Till debt do us part

Pecahan bajet tersebut adalah seperti di dalam gambar berikut:

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Ini adalah bajet purata pada tahun 2013, iaitu sekitar 4 tahun dahulu.

Sebelum GST.

Jika dinilaikan pada tahun sekarang, purata bajet majlis perkahwinan sudah tentu lebih tinggi.

Memang logiklah ramai yang terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin sebab nak kumpul modal terlebih dahulu.

Ada juga yang terpaksa meminjam duit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata nak melangsungkan perkahwinan dengan segera.

Satu situasi yang tidak sihat untuk kewangan sendiri, sebenarnya.

Jadi raja sehari, tetapi hamba bank bertahun-tahun.

Jadi, bagaimana cara nak kurangkan bajet persediaan majlis perkahwinan agar tidak terbeban dengannya?

Jom kita lihat tips yang boleh dilakukan.

Sebelum itu, suka diingatkan, tips yang dikongsikan nanti bukan sesuai untuk semua orang dan semua situasi, tetapi sama-samalah jadikan panduan dan ubahsuai mengikut kesesuaian sendiri.

Tips #1 – Tetapkan perbelanjaan yang penting dahulu

Cuba lihat balik gambar peratus pecahan purata bajet majlis perkahwinan yang dikongsikan di atas.

Daripada bajet purata RM 50,000 yang dinyatakan, jom kita lihat nilai bagi setiap pecahan:

  • Resepsi (majlis kenduri, lokasi majlis, kek) = 42% (RM 21,000)
  • Fotografi & videografi = 13% (RM 6,500)
  • Pelamin, bunga & dekorasi = 10% (RM 5,000)
  • Baju pengantin, aksesori, solekan = 10% (RM 5,000)
  • Hiburan (DJ, lagu, PA sistem) = 6% (RM 3,000)
  • Majlis akad nikah  = 6% (RM 3,000)
  • Jemputan (kad jemputan kahwin, setem, bunting, banner) = 3% (RM 1,500)
  • Perbelanjaan-perbelanjaan lain (goodies, door gift, barang hantaran) = 10% (RM 5,000)

Kalau berkemampuan, memang tidak menjadi masalah untuk menampung semua perbelanjaan kahwin di atas.

Tetapi, jika tak mampu, sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk memotong dan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan di atas.

Sebagai contoh:

  • Pilih lokasi majlis yang tidak memerlukan kos tinggi. Dewan serbaguna dan rumah sendiri (jika ada ruang luas) adalah pilihan lebih murah berbanding hotel dan restoran mewah.
  • Hadkan bilangan menu makanan kenduri. Yang penting adalah menu utama iaitu nasi, lauk pauk dan air minuman. Menu-menu tambahan lain seperti burger, murtabak, cendol, roti john, kambing bakar; pilih jika berkemampuan sahaja.
  • Pilih pakej fotografi dan videografi yang asas pun sudah memadai. Tak perlu nak pilih pakej advance yang complete 3 hari 3 malam, nanti macam nak buat filem pula.
  • Pelamin juga boleh pilih pakej yang simple. Saya dulu pun pilih pakej mini pelamin bertunang untuk majlis perkahwinan, memang lebih jimat. Untuk hiasan bunga dan dekorasi pula, sewa sekali dengan pakej pelamin. Lebih jimat berbanding beli.
  • Untuk baju pengantin, menyewa dengan butik pengantin adalah lebih murah berbanding menempah khas. Kalau nak tempah juga, pastikan baju pengantin tersebut boleh digunakan juga pada waktu dan majlis lain, bukan sekadar pada hari majlis perkahwinan sahaja.
  • DJ dan PA sistem jika tidak ada pun tidak mengapa. Boleh sahaja pasang lagu dan muzik daripada komputer atau pun laptop. Bukan semua tetamu suka muzik yang kuat dan bingit.
  • Pilih barang hantaran kahwin yang berpatutan dan praktikal. Menghadiahkan set perfume mahal kepada orang yang memang tak suka pakai perfume adalah satu pembaziran. Last-last, dibiarkan sahaja nanti sampai hilang wanginya.
  • Kad jemputan kahwin, kalau boleh buat satu untuk kedua-dua belah majlis pihak lelaki dan perempuan. Lebih jimat berbanding buat berasingan sebab kuantiti lebih banyak.

Dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kurangkan bajet, cuma perlu ikut kemampuan, kehendak dan kreativiti sendiri.

Jadi, sekarang sepatutnya anda dah senarai pendekkan perbelanjaan-perbelanjaan penting untuk majlis perkahwinan nanti.

Kalau boleh, letakkan sekali anggaran kos yang mampu bagi setiap perkara tersebut, kemudian kira jumlah keseluruhan kos.

Kalau rasa mampu dengan jumlah kos tersebut, boleh teruskan.

Kalau rasa tak mampu, cuba ubah lagi sehingga dalam lingkungan kemampuan.

Tips #2 – Berbincang dengan bakal pasangan

Kalau ada ruang dan peluang, berbincanglah dengan bakal pasangan tentang bajet majlis perkahwinan.

Penting untuk kedua-dua bakal pasangan faham tentang tahap kewangan sendiri dan buat perbelanjaan persiapan majlis perkahwinan mengikut kemampuan.

Perlu bersama-sama fikir dan pikul beban untuk majlis perkahwinan sendiri.

Jangan diharapkan kepada sebelah pihak sahaja.

Apa-apa yang boleh dikongsi kosnya, berkongsilah.

Bincangkan juga tentang jumlah wang hantaran kahwin dan juga barang-barang hantaran,yang penting jangan sampai membazir dan membebankan.

Jangan demand yang bukan-bukan, kasihan nanti bakal pasangan nak sediakan semuanya.

Kata nak sehidup semati till jannah, jadi perlulah lepasi cabaran persiapan majlis perkahwinan ini terlebih dahulu.

Pesan pada bakal pasangan, majlis kahwin sehari dua sahaja, tak perlu nak habiskan banyak duit.

Nanti, lagi banyak duit diperlukan untuk teruskan kehidupan selepas berkahwin.

Tips #3 – Berterus-terang dengan ahli keluarga

Bakal pasangan dah bersepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana mengikut kemampuan masing-masing, tetapi apabila dikhabarkan kepada ahli keluarga terdekat, mereka meminta lebih lagi.

Alasan biasa, takut malu dengan jiran tetangga, rakan taulan dan saudara mara lain sebab majlis ringkas dan sederhana.

Inilah dilema ramai bakal pasangan pengantin sekarang.

Nak diikut kehendak sendiri, tak memenuhi kehendak keluarga.

Nak diikut kehendak keluarga, tak sepadan pula dengan kemampuan sendiri.

Antara penyelesaiannya, berterus-teranglah dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan sendiri.

Tunjukkan jumlah duit simpanan yang mampu diperuntukkan untuk majlis kahwin.

Berbincang baik-baik dengan ahli keluarga tentang persiapan majlis perkahwinan supaya sesuai dengan kemampuan.

Di sinilah pentingnya sikap toleransi dengan kehendak ahli keluarga, dan pada masa sama tegas dengan had kemampuan sendiri.

Kalau tak berjaya juga, boleh dapatkan bantuan orang berpengaruh ke atas keluarga anda, contohnya tok imam, tuan guru, pakcik, makcik atau sesiapa sahaja.

InsyaAllah, ahli keluarga akan dapat memahami.

Untung-untung, mereka turut sama-sama menghulurkan duit untuk menanggung kos majlis kahwin nanti.

Tips #4 – Tanya orang berpengalaman

Apabila merancang persiapan majlis perkahwinan, kalau boleh jangan syok sendiri.

Takut nanti banyak perancangan yang dibuat tidak menjadi atau menyebabkan pembaziran.

Dapatkan nasihat dan pandangan daripada ahli keluarga dan saudara mara, tapi jangan sampai terikut-ikut kehendak mereka sehingga membebankan diri.

Ahli keluarga boleh memberi nasihat tentang jumlah tetamu yang patut dijemput, lokasi majlis, menu makanan kenduri yang sesuai dan juga jumlah barang-barang hantaran.

Tanya juga rakan-rakan yang baru melangsungkan perkahwinan, dapatkan pengalaman mereka menguruskan majlis mereka.

Tanya mereka perkara-perkara yang perlu dibuat dan dielakkan dalam persediaan majlis perkahwinan.

Dapatkan juga contoh bajet dan kos yang mereka keluarkan sebagai panduan untuk bajet anda pula.

Boleh juga dapatkan maklumat daripada laman-laman web dan blog-blog yang banyak memberi panduan berkenaan persiapan majlis perkahwinan.

Antaranya Pesona Pengantin, iKahwin dan Kahwin Mall.

Tips #5 – Buat bajet dan cuba patuhinya

Selepas puas berfikir, berbincang dan mendapatkan maklumat, sekarang boleh sediakan bajet majlis perkahwinan sendiri.

Senaraikan semua perkara yang diperlukan berserta anggaran kos.

Buat column kos anggaran dan sebenar untuk memudahkan pemantauan, contohnya seperti ini:

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Patuhi bajet yang dibuat ini, dan pastikan kos sebenar tidak jauh beza dengan kos anggaran.

Setiap kali keluarkan duit untuk perbelanjaan perkara-perkara yang disenaraikan, catat dan lihat perbezaan dengan anggaran yang ditetapkan.

Dengan cara sebegini, keseluruhan bajet majlis perkahwinan anda nanti tidak akan jauh berbeza dengan kemampuan yang ditetapkan.

Tips #6 – Rajinkan diri ke ekspo perkahwinan

Kalau ada ekspo perkahwinan yang dianjurkan berdekatan dengan tempat anda, rajin-rajinkan diri untuk hadir.

Senang, ramai perancang perkahwinan, penjual dan vendor berkumpul di bawah satu bumbung, jadi mudah untuk merancang persiapan majlis perkahwinan.

Boleh survey harga, boleh survey pakej-pakej yang sesuai.

Mana tahu, boleh dapat tawaran menarik pada harga berpatutan, jadi boleh jimat banyak.

Cuma, apabila berurusan di ekspo, pastikan berurusan dengan penjual atau vendor yang betul-betul wujud dan ada kedai atau butik sendiri.

Kalau buat apa-apa bayaran, pastikan ada resit bayaran yang sah dan lebih baik lagi jika ada perjanjian bertulis.

Bukan apa, sebab ada juga terdengar ramai bakal pengantin tertipu apabila berurusan di ekspo perkahwinan.

Tawaran yang diberikan memang menarik, tetapi rupa-rupanya penjual menipu.

Jadi, hati-hati apabila berurusan di ekspo perkahwinan.

Tips #7 – Perbanyakkan D.I.Y.

Kalau nak kawal dan jimat kos majlis perkahwinan, perbanyakkan Do-It-Yourself (D.I.Y.)

Contohnya, boleh gubah barang hantaran kahwin sendiri, jadi tak perlu upah orang lain untuk gubah.

Kalau pandai menjahit, boleh jahit sendiri baju pengantin.

Kalau pandai graphic design, boleh buat sendiri kad jemputan kahwin.

Boleh buat kek sendiri sebagai kek pengantin, atau pun buat tart atau kuih-muih untuk dijadikan goodies kepada tetamu.

Boleh juga buat aiskrim Malaysia untuk diberikan kepada tetamu kanak-kanak nanti.

Gunakan kreativiti untuk buat dekorasi pada majlis perkahwinan nanti, contohnya gunakan belon, kain renda atau pun barang-barang terpakai.

Ini contoh majlis perkahwinan yang banyak gunakan elemen D.I.Y., memang boleh jimat banyak:

Majlis perkahwinan paling Rare, siap main tuju tin, semua dari hiasan ke pelamin adalah D.I.Y dan memang menggamit kenangan.. bersederhana itu indah..Barakah itu yang penting dan dicari..
kredit: ‎Yann Yanti‎

Posted by Siakap Keli on Wednesday, 13 December 2017

Tetapi, harus diingat, jangan pula nanti nak buat semua sendiri sahaja.

Nanti, penat pula, dah tak berseri muka nanti pada hari perkahwinan.

Dapatkan juga bantuan daripada hali keluaga dan juga kawan-kawan yang sudi membantu.

Hari majlis anda, orang lain yang tolong, nanti apabila majlis orang lain pula, jangan lupa untuk balas budi ya.

Tips #8 – Gabungkan majlis

Kalau pengantin lelaki dan perempuan tinggal berdekatan, boleh bincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja.

Bukan itu sahaja, kalau ada adik-beradik yang turut sama nak berkahwin dalam masa terdekat, boleh turut bergabung sekali.

Memang banyak boleh jimat, malah boleh buat lebih meriah dengan bajet lebih rendah.

Tips #9 – Sertai kahwin ramai-ramai

Di sesetengah negeri, terdapat agensi yang menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai.

Jadi, tidak salah untuk turut sama menyertainya.

Boleh jimat belanja kos majlis perkahwinan, malah berpeluang untuk mendapat bantuan atau hadiah daripada penganjur lagi.

Lepas dah selesai majlis perkahwinan beramai-ramai, boleh sahaja buat majlis yang sederhana untuk meraikanmereka yang tidak dapat hadir pada majlis sebelumnya.

Penutup

Dalam Islam, adalah digalakkan untuk mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan untuk menghebahkan perkahwinan yang dilangsungkan.

Malah, majlis perkahwinan juga merupakan peluang untuk mengzahirkan rasa kesyukuran dan berkongsi rezeki dengan menjamu tetamu yang hadir.

Jadi, amat rugilah jika majlis yang baik ini dicemari dengan pembaziran serta perasaan riak dan menunjuk-nunjuk.

Oleh itu, amat baiklah untuk memastikan majlis perkahwinan yang dibuat nanti tidak membebankan bakal pengantin dan juga ahli keluarga.

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.

kurangkan bajet majlis perkahwinan

..

Mitos Perlindungan Takaful Yang Mesti Diperbetulkan

mitos perlindungan takafulWalaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memberi penerangan berkenaan manfaat dan kelebihan perlindungan takaful, namun masih ramai yang percaya terhadap banyak mitos perlindungan takaful yang merupakan fakta-fakta yang salah.

Wujudnya mitos-mitos ini menyebabkan persepsi yang salah terhadap perlindungan takaful yang mana secara tidak langsung menghalang orang ramai daripada mendapat manfaat dan kelebihannya.

Sebagai contoh, mengikut laporan sebuah akhbar baru-baru ini, hanya 56% daripada rakyat Malaysia yang memiliki polisi perlindungan insurans takaful kerana kurang kesedaran berkenaan kepentingannya.

Satu angka yang rendah.

Untuk perkongsian kali ini, saya nak berkongsi beberapa mitos perlindungan takaful yang salah dan mesti diperbetulkan supaya tiada lagi salah tanggapan yang berlaku.

Perkongsian kali ini diambil daripada post Tuan Afyan Mat Rawi di FB profile beliau baru-baru ini.

Kalau nak baca post asal, boleh klik di sini: https://www.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10214028595939673

Jom kita lihat satu per satu mitos perlindungan takaful yang sering diperkatakan orang ramai.

mitos perlindungan takaful

Mitos perlindungan takaful

Produk takaful antara produk kewangan yang paling banyak orang salah faham dan ada banyak mitos.

Berbanding dengan produk-produk kewangan lain yang ada di pasaran, seperti akaun simpanan, pembiayaan hartanah, pembiayaan kereta, kad kredit, unit amanah, ASB financing, dan lain-lain, produk takaful (dan juga insurans) adalah produk yang paling banyak masyarakat awam salah faham disebabkan ada banyak NOTIS.

Berikut contoh-contoh salah faham dan mitos perlindungan takaful yang sering berlegar:

Mitos #1 – Takaful lebih baik daripada akaun bank sebab akaun bank hanya ada simpanan manakala takaful ada simpanan dan perlindungan.

Puncanya apabila ejen mempromosi dengan membuat perbandingan tidak adil antara takaful dengan bank. Siap buat jadual perbandingan. Hakikatnya kedua-dua simpanan dan perlindungan takaful mempunyai fungsi dan tujuan berbeza.

Mitos #2 – Medical card dengan simpanan (atau medical card rider) lebih baik daripada medical card stand alone.

Selalunya ejen yang mempromosi begini ialah ejen yang hanya tahu satu jenis produk sahaja. Kedua-kedua ada kelebihan tersendiri.

Mitos #3 – Kalau tak berlaku apa-apa, boleh dapat balik duit yang dicarum.

Celah manalah duit bayaran sumbangan takaful boleh dapat balik? Ini juga rentetan daripada mitos pertama dan kedua. Yang ada hanyalah nilai tunai atau cash value. Ini adalah istilah yang lebih tepat (cash value atau nilai tunai) dan ia TIDAK ADA JAMINAN. Anggap sahaja ia tidak ada, dan kalau ada ia adalah bonus. Ini lebih menenangkan fikiran berbanding kita mengharapkan duit balik kalau tidak berlaku apa-apa musibah.

Mitos #4 – Bayaran sumbangan medical card rider yang sekali dengan saving dan investment tidak akan meningkat sebagaimana medical card stand alone.

Ini mitos yang cukup popular 6-7 tahun lepas apabila produk medical card takaful muncul dalam pasaran. Selepas 4-5 tahun, klien mula bising apabila menerima notis kenaikan harga. Ketahuilah, dalam sejarah medical card termasuk insurans konvensional, belum ada medical card yang tidak berlaku kenaikan harga.

Mitos #5 – Produk takaful yang mahal lebih baik daripada produk takaful yang murah.

Ini satu lagi mitos sesetengah ejen dakyahkan. Produk takaful bukan macam beli barang seperti kereta, jam dan lain-lain. Ia berdasarkan keperluan kewangan. Yang penting ialah perlindungan dan bajet yang sesuai dengan keperluan.

Mitos #6 – Pilih takaful yang ada jenama (brand).

Ini sama macam mitos #4. Kita langgan takaful sebab mahukan perlindungan. Jika kita meninggal dunia, waris tidak tanya apa brand takaful yang kita ambil, tapi waris akan tanya berapa coverage yang kita ambil, berapa mereka akan dapat.

Mitos #7 – Membazir bayar takaful tapi tak berlaku apa-apa.

Dalam dunia, hanya Firaun sahaja yang tak pernah sakit sampai dia mengaku Tuhan. Manusia biasa tidak akan lari daripada jatuh sakit. Dan yang pasti, akhirnya akan meninggal dunia.

Jadi, ambillah polisi takaful sampai umur 100. InsyaAllah sebelum umur 100 akan sempat claim dan boleh cover balik sumbangan selama ini. Tak percaya cuba kira.

Mitos #8 – Sama sahaja takaful dengan insurans.

Jika di kalangan orang awam, salah faham ini berpunca daripada kurangnya kesedaran kewangan Islam. Perbezaan yang paling nyata kedua-duanya ialah kontrak.

Namun ada juga sesetengah ejen yang mempromosi sedemikian. Selalunya dalam kalangan ejen insurans konvensional atau ejen takaful yang boleh mempromosikan takaful dan insurans konvensional serentak.

Mitos #9 – Takaful penipu! Masa sign manis mulut, tapi masa claim susah bukan main.

Tidak dinafikan memang terdapat kes-kes viral apabila pelanggan gagal membuat tuntutan terhadap polisi takaful. Banyak juga kes claim yang ditolak disebabkan penyakit sedia ada.

Jadi, dinasihatkan agar pelanggan memastikan maklumat yang betul didedahkan dalam borang takaful terutama bab kesihatan. Seterusnya membaca terma dan syarat polisi sebaik sahaja terima polisi. Pelanggan ada tempoh bertenang 14 hari untuk membuat semakan dan batalkan jika tidak berpuas hati.

Mitos #10 – Syarikat takaful kapitalis, Yahudi, Israel, Zionis! Hanya terima pelanggan yang sihat sahaja. Sepatutnya bantulah orang yang sakit.

Saudara, nama pun “syarikat takaful”. Syarikat takaful adalah entiti perniagaan dan bukan badan kebajikan. Memang model bisnes takaful adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai menyertai plan takaful ketika sihat dan menerima bantuan kewangan apabila sakit atau ditimpa musibah.

Sebab, ada kiraannya yang dipanggil sebagai aktuari untuk membuat pengiraan risiko yang diuruskan oleh pihak syarikat takaful apabila sesuatu produk dilancarkan. Ada jangkaan peratusan tertentu yang akan claim. Jika syarikat takaful menerima orang sakit, alamatnya ia tidak akan bertahan lama sebab confirm 100% akan claim.

Kalaulah takaful boleh dibuka kepada semua orang tanpa kira faktor kesihatan, orang yang pertama akan langgan takaful ialah orang mati. Dapat claim terus lepas tandatangan borang takaful.

Mitos #11 – Ada syarikat takaful yang tak patuh syariah.

Semua syarikat takaful mempunyai penasihat syariah yang akan memantau produk-produk takaful sebelum dipasarkan. Pemantauan patuh syariah sekurang-kurangnya ada 3 peringkat; dari peringkat pegawai pematuhan syariah, kemudian penasihat syariah, seterusnya audit syariah daripada Bank Negara Malaysia. Jadi, semua syarikat takaful adalah patuh syariah.

Posted by INFAQ Consultancy on Thursday, 30 November 2017

15 jenis salah tanggapan pada perlindungan takaful

Selain perkongsian daripada Tuan Afyan Mat Rawi, Tuan Farez turut berkongsi tentang mitos perlindungan takaful di FB page beliau.

Boleh ikuti perkongsian asal beliau dengan klik di sini: https://www.facebook.com/myikhlaspage/posts/519873955057744

#1 Menganggap perlindungan takaful ini merugikan sekiranya dirinya sentiasa sihat, masih muda dan tiada siapa pun di dalam keluarganya yang melanggan takaful.

#2 Menganggap perlindungan takaful ini adalah satu beban kewangan tambahan yang tidak perlu diberikan “priority” dalam kehidupan.

#3 Menganggap perlindungan takaful ini mahal dan masih bertangguh atau berharap akan wujudnya suatu pelan yang murah pada masa akan datang.

#4 Menganggap perlindungan takaful ini adalah cukup dengan melanggan “medical card” semata-mata tanpa mengira perlindungan pendapatan atau “Income Protection” untuk dirinya.

#5 Menganggap perlindungan takaful ini adalah perkara yang perlu dilanggan sekali sahaja seumur hidup tanpa perlu ada penyemakkan semula.

#6 Menganggap perlindungan takaful dari mana-mana syarikat takaful pun semuanya sama sahaja dan tidak perlu untuk membuat sebarang perbandingan sebelum melanggan.

#7 Menganggap perlindungan takaful dari sesebuah jenama syarikat takaful itu menentukan perlindungan yang terbaik bagi dirinya.

#8 Menganggap perlindungan takaful ini adalah suatu penipuan di mana perunding dan syarikat takaful itu hanya mementingkan bayaran caruman dan akan sentiasa mengelak dari meluluskan bayaran pampasan kepada pelanggan.

#9 Menganggap perlindungan takaful yang diceritakan oleh seseorang perunding takaful itu semuanya benar belaka tanpa perlu membaca polisi dan memahami isi kandungannya.

#10 Menganggap perlindungan takaful yang dibayar hari ini tidak akan berubah nilai carumannya dan caruman takaful juga adalah cara baru untuk membuat simpanan atau pelaburan.

#11 Menganggap perlindungan takaful ini hanya perlu dilanggan sekadar “ada” sahaja dan bukanlah untuk dilanggan dan diteliti sebagai perancangan kewangan masa hadapan.

#12 Menganggap perlindungan takaful dan insurans konvensional itu sama sahaja patuh syariahnya, yang penting ambil sahaja yang murah.

#13 Menganggap perlindungan takaful itu hanya perlu diambil oleh si suami manakala perlindungan untuk isteri dan anak-anak adalah suatu yang membazir.

#14 Menganggap perlindungan takaful yang mahal carumannya itu pasti akan memberikan jumlah pampasan yang tinggi, apatah lagi sekiranya ianya datang dari syarikat takaful yang berjenama besar.

#15 Menganggap perlindungan takaful itu hanya akan diambil apabila sampai “seru” nanti.

Penutup

Jadi, sekarang, bagaimana?

Diharapkan segala mitos, salah faham dan tanggapan berkaitan perlindungan takaful yang berlegar-legar dalam fikiran kita dapat dihapuskan.

Perlindungan takaful memang banyak manfaat dan kelebihannya jika diambil dengan betul untuk tujuan yang betul.

Rugi kalau meminggirkan takaful hanya kerana salah tanggapan kita.

Sebagai penutup, saya kongsikan artikel berkaitan tajuk kali ini yang diterbitkan di dalam akhbar Kosmo pada 22 November yang lalu.

Boleh baca di sini: Salah tanggapan pada perlindungan insurans takaful

mitos perlindungan takaful

mitos perlindungan takaful

mitos perlindungan takaful

Diharapkan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.

p/s: Jangan lupa untuk KONGSIKAN artikel ini di laman sosial ya!

..

Panduan Affiliate Method Rahman Basri: Buat Duit Dengan Affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliateDah dapatkan Panduan Affiliate Method daripada Tuan Rahman Basri?

Kalau belum, anda patut baca review saya tentang panduan hebat ini.

Seperti yang saya selalu cerita, saya sangat suka buat duit dengan affiliate, dan affiliate merupakan cara utama yang saya buat untuk jana pendapatan tambahan sekarang.

Berbanding dengan jual produk sendiri, promosikan produk affiliate lebih mudah sebab kita tak perlu penat-penat cipta produk, uruskan tempahan dan buat penghantaran.

Cuma perlu promosikan produk affiliate itu sahaja, yang selebihnya dikendalikan oleh pemilik produk itu sendiri.

Lagi pun, untuk promosikan produk affiliate boleh dilakukan secara online sahaja, tak kisah nak guna laman web, blog, Facebook, Instagram, twitter, semua boleh di hujung jari sahaja.

Tak kisah produk digital atau fizikal yang dipromosi secara affiliate, kedua-duanya boleh dijadikan sumber pendapatan asalkan tahu cara promosi yang betul.

Jadi, kalau berminat nak belajar cara buat duit affiliate yang betul, saya sarankan untuk belajar daripada Panduan Affiliate Method yang dihasilkan oleh Tuan Rahman Basri.

Bagi sesiapa yang masih belum kenal Tuan Rahman Basri, beliau merupakan antara sifu, otai dan pakar affiliate marketer yang selalu berjaya dan menjadi rujukan orang lain.

Beliau banyak menghasilkan panduan-panduan berkaitan affiliate dan bisnes, antaranya Kursus Affiliate, Panduan Inbox Cash dan Sistem Jualan Pro.

Di samping itu, beliau juga banyak menganjurkan bengkel untuk mengajar orang ramai berkenaan bisnes dan affiliate.

Kalau nak follow dan dapatkan tips percuma daripada Tuan Rahman Basri, boleh ikuti beliau di FB Profile, FB Page atau blog Rahman Basri.

Yang terbaru, beliau hasilkan Panduan Affiliate Method sebagai panduan terbaru dan terkini cara buat duit dengan affiliate yang berkesan.

Jom ikuti ulasan dan review saya berkenaan panduan terbaru ini.

nduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Review Panduan Affiliate Method Rahman Basri

Secara ringkasnya, Panduan Affiliate Method adalah siri panduan video yang menunjukkan cara jana pendapatan melalui affiliate dengan menggabungkan teknik story-content, email dan facebook marketing.

Ketiga-tiga teknik ini sememangnya terbukti berkesan untuk promosikan produk affiliate.

Saya sendiri pun memang gunakan ketiga-tiga teknik yang diajar di dalam panduan ini, dan hasilnya memang lumayan.

Panduan ini mengandungi 24 buah video yang dipecahkan kepada 6 modul.

Jom kita lihat setiap modul di dalam panduan ini.

Modul #1 – Pengenalan teknik Affiliate Method

Bagi saya, modul #1 ini adalah yang paling penting dan isi utama dalam panduan ini.

Dalam modul ini, diterangkan dengan sepenuhnya tentang game plan, blue print atau secret recipe teknik Affiliate Method.

Modul ini mengandungi 7 video; 6 video menerangkan tentang flow teknik jana pendapatan dengan affiliate menggunakan teknik Affilliate Method daripada fasa 1 hinggalah fasa 4.

Satu video lagi adalah video action plan, yang mana menunjukkan kepada pembeli tentang langkah-langkah dan perkara-perkara yang perlu dilakukan seterusnya.

Dengan adanya action plan ini, pembeli tidak ditinggalkan terkapai-kapai tak tahu nak buat apa.

Hanya perlu ikut action plan yang disediakan supaya pembeli tidak ketinggalan menjana pendapatan menggunakan teknik Affiliate Method.

Modul #2 – Blog percuma

Seperti yang saya tulis di awal tadi, salah satu teknik Affiliate Method adalah story-content marketing.

Teknik atau strategi ini adalah strategi evergreen dan sangat berkesan untuk menarik perhatian prospek.

Maklumlah, salah satu tujuan utama orang ramai melayari Internet adalah untuk mencari maklumat atau content, jadi kita sediakanlah content juga untuk menarik mereka melihat produk yang kita promosikan.

Kaedah terbaik untuk menghasilkan dan berkongsi content adalah menerusi blog, sebab lebih mesra enjin carian seperti Google dan mudah dijumpai bakal prospek.

Nak hasilkan blog, boleh hasilkan blog percuma atau berbayar.

Dalam modul #2 ini, Tuan Rahman Basri menunjukkan cara hasilkan blog secara percuma menggunakan platform Blogger.

Tak perlukan modal pun, semua orang boleh hasilkan blog sendiri untuk berkongsi content menarik.

Tuan Rahman Basri tunjukkan dengan lengkap dari setup blog, tulis content dan masukkan borang opt-in untuk kumpul database prospek.

Modul #3 – Blog berbayar (optional)

Kalau dalam modul #2 ditunjukkan cara setup blog percuma, dalam modul #3 pula ditunjukkan cara setup blog berbayar menggunakan platform WordPress.

Bagi yang tak biasa dengan blog WordPress, modul ini memang untuk anda.

Dalam modul ini, ditunjukkan dengan lengkap dari langgan domain dan hosting, install WordPress dan cantikkan blog.

Memang banyak kelebihan menghasilkan blog guna WordPress, hanya yang pernah buat sahaja yang tahu.

Banyak theme blog yang menarik, mudah pasang plugin, lebih mesra SEO dan mobile-responsive; itulah kelebihan utama blog WordPress.

Rugi kalau tak belajar.

kandungan panduan affiliate method rahman basri

 

Modul #4 – Artikel

Modul ini khas berkenaan penulisan artikel atau pun content.

Bukan sahaja ditunjukkan cara menghasilkan artikel, malah diberikan tips dan rahsia menghasilkan artikel yang menarik dan bermanfaat untuk bakal prospek.

Semua orang boleh menulis, tetapi bukan semua orang boleh menulis artikel yang best.

Selepas tonton video-video dalam modul ini, pasti pembeli akan dapat banyak idea untuk menghasilkan content yang menarik nanti.

Modul #5 – Autoresponder

Selain story-content marketing, Panduan Affiliate Method turut memberi penekanan kepada satu lagi teknik evergreen iaitu email marketing menggunakan autoresponder.

Bagi yang belum tahu, autoresponder adalah tool yang biasa digunakan untuk mengumpul database prospek seperti nama, alamat emel dan nombor telefon.

Dengan autoresponder juga, kita dapat menghantar emel promosi atau follow up kepada prospek secara automatik; hanya perlu setting sekali sahaja dan emel-emel akan dihantar secara automatik kepada bakal prospek pada tempoh yang kita tetapkan.

Bak kata orang, money is in the list.

Jadi, dengan adanya autoresponder dan database prospek yang berkualiti, misi untuk buat duit dengan affiliate bukan lagi mustahil.

Dalam modul #5 Panduan Affiliate Method, lengkap ditunjukkan bagaimana cara langgan dan setup kempen autoresponder, membina landing dan thank you page serta menulis emel.

Tuan Rahman Basri turut mencadangkan satu sistem autoresponder yang baik dan murah yang boleh dilanggan, jika pembeli masih belum melanggan mana-mana sistem autoresponder.

Modul #6 – Facebook Ads

Selepas siap content blog dan setup kempen email marketing, langkah seterusnya adalah untuk tarik trafik atau prospek ke blog yang dibangunkan tadi supaya membaca content dan memasukkan emel ke dalam borang opt-in yang disediakan.

Antara cara paling mudah untuk tarik prospek adalah menerusi iklan di Facebook, atau lebih dikenali sebagai FB Ads.

Dalam modul terakhir ini, pembeli akan ditunjukkan cara membina kempen FB Ads yang berkesan, bermula daripada setup iklan, duplicate dan retargetting.

Retargetting memang terbukti berkesan untuk memastikan prospek membeli produk yang ditawarkan, jadi sangat penting untuk belajar tentang teknik ini.

 

Kandungan bonus Panduan Affiliate Method

Selain daripada modul-modul utama, 2 bonus turut disediakan iaitu:

Bonus #1 – Template email

Tuan Rahman Basri ada sediakan 7 template email yang boleh digunakan untuk kempen email marketing.

Pembeli boleh terus copy-paste dan guna semua template yang diberi untuk promosikan produk affiliate yang sama, atau ubahsuai mengikut kreativiti sendiri untuk promosikan produk-produk lain.

Semua template email ini memang terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan dan komisyen.

Bonus #2 – Support group di Facebook

Haa, ini bonus yang paling best!

Tuan Rahman Basri ada sediakan satu group support di Facebook yang menghimpunkan semua pembeli panduan ini.

Di dalam group ini, pembeli boleh networking dengan pembeli yang lain dan juga bertanya apa-apa sahaja soalan atau masalah yang ada.

Tuan Rahman Basri sendiri serta ahli group juga akan menjawab pertanyaan dan masalah yang dikemukakan.

Paling best, Tuan Rahman Basri dari semasa ke semasa berkongsi tips dan panduan berkenaan pemasaran affiliate.

Macam baru-baru ini, Tuan Rahman Basri ada berkongsi beberapa template email dan artikel yang boleh digunakan untuk promosikan satu produk affiliate.

Jadi, semua orang dalam group tersebut boleh gunakan semua template email dan artikel tersebut sebagai rujukan untuk setup kempen masing-masing.

So, bagaimana?

Rasa teruja dengan semua kandungan panduan ini?

Kalau rasa berminat nak dapatkan semua in, boleh terus klik di sini.

Berkesan ke Panduan Affiliate Method ini?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berkesan ke teknik-teknik yang diajar dalam ini?

Saya tunjukkan hasil yang diperoleh salah seorang peserta yang menggunakan teknik-teknik dalam panduan ini, iaitu Tuan Mahmud Roslan:

Hasil selepas 2 minggu:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Hasil selepas 1 bulan:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Hasil selepas 2 bulan:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Hasil selepas 6 bulan:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Saya sendiri pun menggunakan teknik-teknik yang diajar di dalam panduan ini, dan ini pula adalah hasil-hasil yang saya dapat dalam mempromosikan produk-produk affiliate:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Saya buat secara part-time sahaja, masih boleh jana pendapatan melalui affiliate.

Ada lagi testimoni daripada pembeli-pembeli lain, boleh lihat dibawah:

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

panduan affiliate method rahman basri buat duit dengan affiliate

Bagaimana nak dapatkan panduan hebat ini?

Buat masa sekarang, panduan ini ditawarkan pada harga RM 190 HARGA PROMOSI RM 90 sahaja!

Murah sangat dah!

Dengan pelaburan RM 90 mendapatkan panduan ini, pembeli berpotensi mendapatkan pulangan berlipat kali ganda.

Untuk dapatkan panduan ini, boleh ikut langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1: Buat bayaran RM 90 ke akaun Maybank RB Digital Sdn Bhd 562021629073 (emel: sale@rahmanbasri.com)

panduan affiliate method

Anda boleh buat bayaran secara transfer menerusi online banking, mesin ATM atau deposit tunai CDM.

Pastikan anda simpan resit bayaran.

Langkah #2: Klik di sini: Borang tempahan atau pada gambar di bawah.

HARGA ASAL RM 190 HARGA PROMOSI RM 90 SAHAJA

panduan affiliate method rahman basriAnda perlu muat naik resit bayaran di ruang yang disediakan.

Isikan juga maklumat anda seperti nama, emel dan nombor telefon.

panduan affiliate method

Langkah #3: Klik butang ‘Selesaikan’

Siap!

Tunggu sahaja emel pengesahan dan link untuk download semua video nanti.

Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa membuat tempahan atau mengisi borang, boleh hubungi saya melalui Whatsapp ke 013-9798719 atau terus klik di sini: wasap.my/60139798719

..