Tag Archive: i-lestari online

Cara Mohon Pengeluaran iLestari KWSP Online Lebih Mudah

ilestari kwsp onlineBerita paling gembira bagi pencarum KWSP yang nak tahu cara mohon pengeluaran iLestari KWSP online yang lebih mudah.

Sekarang, pihak KWSP dah sediakan satu laman web khusus untuk ahli membuat permohonan secara online sahaja.

Jika sebelum ini kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu sebelum buat permohonan, malangnya masih ramai ahli yang belum ada i-Akaun.

Malah, kalau nak daftar i-Akaun sekarang, prosesnya agak rumit dan ada juga yang terpaksa keluar rumah untuk ke kiosk KWSP.

Walaupun pihak KWSP benarkan permohonan secara manual sama ada menerusi emel atau pos/kurier, tapi masih yang ramai yang sukar berbuat demikian kerana sukar nak cetak borang.

Akhirnya, ramai yang mengeluh sebab tak dapat nak buat permohonan pengeluaran iLestari KWSP.

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, akhirnya pihak KWSP sediakan satu laman web khusus bagi mereka yang nak mohon pengeluaran iLestari online dengan lebih mudah.

Boleh terus mohon melalui ilestari.kwsp.gov.my

Laman web ini boleh dilayari sama ada menggunakan komputer, laptop dan juga telefon bimbit.

Yang penting, ada talian Internet.

Jom kita belajar cara nak mohon melalui laman web ini.

Cara Mohon Pengeluaran iLestari Online

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Langkah #1 – Pergi ke laman web iLestari Online di ilestari.kwsp.gov.my

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Langkah #2 – Klik pada PERMOHONAN BAHARU

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Langkah #3 – Isikan semua maklumat yang diminta seperi nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon, alamat emel dan alamat rumah yang lengkap. Pastikan semua yang bertanda * (bintang merah) adalah diisi.

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Langkah #4 – Pilih jumlah amaun yang ingin dimohon untuk pengeluaran. Jumlah minima adalah RM 50 dan maksima adalah RM 500 bergantung kepada baki di dalam Akaun 2 KWSP masing-masing.

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Isikan juga maklumat nama dan akaun bank (simpanan/semasa) yang masih aktif. Pastikan akaun tersebut adalah milik ahli yang membuat permohonan pengeluaran.

Langkah #5 – Selepas isi semua maklumat, klik pada kotak pengesahan pengakuan pemohon. Perakuan pemohon akan dipaparkan. Baca dan fahami, kemudia klik butang SETUJU.

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Langkah #6 – Klik pada kotak Saya bukan robot dan akhir sekali, klik pada butang HANTAR.

mohon pengeluaran ilestari kwsp online

Sekarang anda dah siap buat permohonan pengeluaran iLestari KWSP online.

Hanya perlu tunggu permohonan diluluskan atau tidak.

Memang mudah, bukan?

Tapi, bagaimana kalau yang dah buat permohonan melalui i-Akaun KWSP?

Atau yang dah hantar secara manual melalui emel atau pos/kurier?

Kena isi permohonan pengeluaran iLestari KWSP online sekali lagi ke?

Jawapannya, tak perlu.

Anda hanya perlu semak sahaja sama ada status permohonan tersebut.

Bagaimana nak semak?

Boleh semak melalui iLestari KWSP online ini juga.

Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran iLestari KWSP

semak status permohonan ilestari kwsp

Langkah #1 – Layari laman web iLestari Online di ilestari.kwsp.gov.my

ilestari kwsp online

Langkah #2 – Klik pada SEMAK PERMOHONAN

semak status permohonan ilestari kwsp

Langkah #3 – Masukkan nombor MyKad serta nombor telefon yang dihantar semasa membuat permohonan. Pastikan betul dan tepat.

semak status permohonan ilestari kwsp

Langkah #4 – Klik pada Saya bukan robot kemudian klik pada butang SEMAK

semak status permohonan ilestari kwsp

Status permohonan anda akan dipaparkan sama ada telah diterima, belum diterima/dikemaskini, diluluskan atau ditolak.

Jika permohonan diterima dan diluluskan, hanya perlu tunggu duit dimasukkan ke dalam akaun yang diberikan bermula bulan seterusnya.

Contoh jika buat permohonan pengeluaran pada April, bayaran akan mula diterima pada Mei dan begitulah seterusnya.

Jika permohonan belum diterima/dikemaskini (terutama bagi yang hantar secara manual), bolehlah buat permohonan pengeluaran iLestari KWSP online sepertimana langkah-langkah di atas.

semak status permohonan ilestari kwsp

Jangan risau walaupun anda telah menghantar permohonan secara manual, pihak KWSP akan menyemak dan memastikan hanya satu permohonan diterima.

Begitulah sahaja cara mohon pengeluaran iLestari KWSP online yang lebih mudah dan cepat.

Dan juga cara semak status permohonan pengeluaran iLestari KWSP yang telah dibuat.

Buat secara online sahaja, sama ada guna komputer, laptop atau telefon bimbit.

Tak perlu keluar rumah dan bersesak-sesak di atas jalan raya dah.

Sekian.

Semoga bermanfaat.

p/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini ya! Terima kasih.