perancang harta pusaka islam islamic estate plannerSaya, Mohd.`Izzuddin bin Mohd. Jaaffar (nombor ejen: A0002732) merupakan Perancang Harta Pusaka Islam (Islamic Estate Planner, IEP) yang bernaung di bawah syarikat as-Salihin Trustee Berhad (AST)

as-Salihin Trustee Berhad (AST) yang ditubuhkan pada 2004 adalah syarikat amanah di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.

  • Objektif: Memenuhi keperluan umat islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih berdasarkan prinsip Shari’ah
  • Visi: Menjadi peneraju syarikat perancang harta Islam di Malaysia
  • Misi: Menjadi syarikat perancangan harta Islam yang efisien
  • Nilai teras: Berintegriti, bertanggungjawab & saling menghormati

Dengan pengalaman yang luas, syarikat berupaya menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan menyeluruh kepada semua umat Islam yang memerlukan.

Skop Perkhidmatan

Sebagai salah seorang Perancang Harta Pusaka Islam @ IEP di bawah naungan AST, saya berbesar hati untuk membantu dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut:

Wasiat

Wasiat adalah penting untuk memudahkan proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka.

Antara perkara penting yang perlu dinyatakan di dalam wasiat adalah

  • Pelantikan wasi – Boleh lantik wasi individu atau syarikat sebagai wasi utama
  • Penjaga harta anak-anak di bawah umur  – Seorang suami boleh melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak
  • Agihan kepada bukan waris – Contohnya anak angkat, anak tiri, atau ahli keluarga yang bukan waris
  • Hasrat agihan harta kepada waris-waris – Tertakluk kepada persetujuan semua waris
  • Amanah, waqaf, sedekah – Supaya pahala berpanjangan walau jasad dimamah bumi

Wasi & Pentadbiran Harta Pusaka

Pewasiat boleh melantik individu yang dipercayai sebagai orang yang dilantik di dalam wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat.

Walaubagaimanapun, wasi  individu tersebut mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi dan ini akan menyukarkan pelaksanaan wasiat pewasiat.

Sebagai alternatif, AST boleh dilantik sebagai wasi utama atau ganti untuk melaksanakan wasiat pewasiat; memohon probet, mentadbir, mengurus dan membahagikan harta pusaka yang ditinggalkan.

Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Waris-waris mungkin menghadapi masalah untuk mengurus dan mengagihkan harta pusaka yang ditinggalkan tanpa wasiat.

Antara masalah yang mungkin dihadapi adalah ketidak sepakatan melantik pentadbir, tiada masa, tidak tahu prosedur dan dokumen-dokumen yang tidak lengkap.

Sebagai penyelesaian, waris-waris boleh melantik AST sebagai sebuah syarikat yang pakar dan berpengalaman  untuk menjalankan tanggungjawab yang berat bagi mentadbir harta pusaka.

AST akan menjalankan tugasan-tugasan yang berikut:

  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

Pri-Hibah (Prihatin Hibah)

Pri-Hibah adalah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari.

Kelebihan membuat Pri-Hibah

  • Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid
  • Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
  • Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
  • Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

Deklarasi/Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB)

PAPB membolehkan si suami/isteri memberikan harta miliknya kepada pasangan masing-masing dan harta yang diberikan tersebut adalah terkeluar daripada Faraid; tidak boleh dituntut waris-waris lain.

Ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pasangan apabila berlaku kematian nanti.

Kelebihan PAPB adalah:

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

Amanah Hidup

Klien boleh melantik AST sebagai pemegang amanah untuk menguruskan harta yang diamanahkan mengikut hasrat klien.

Di AST, kami menawarkan perkhidmatan pemegang amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif sama ada untuk pendidikan, saraan hidup, korporat dan kebajikan.

Sebagai contoh, ayah boleh mengamanahkan sebahagian hartanya untuk diberikan secara berkala setiap bulan sebagai saraan anaknya yang merupakan seorang OKU.

Pri-TI (Prihatin Takaful Insurans)

Bagi yang mempunyai polisi insurans atau takaful, klien boleh melantik AST sebagai pemegang amanah bagi polisi tersebut.

Sebagai pemegang amanah, AST akan menguruskan wang polisi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh klien.

Kelebihan Pri-TI:

  • Wang polisi tidak termasuk di dalam pusaka pemilik polisi
  • Memudahkan proses tuntutan apabila berlaku musibah ke atas pemilik polisi
  • Wang polisi dapat digunakan untuk manfaat pemilik polisi atau benefisiari mengikut terma dan syarat ditetapkan
  • Mengelakkan wang polisi  disalahguna oleh mana-mana pihak serta menjaga kepentingan pemilik polisi

Lokasi Perkhidmatan

Saya sekarang menetap di Besut, Terengganu dan bekerja di Pasir Puteh, Kelantan.

Oleh itu, dengan izin Allah, saya boleh menyediakan perkhidmatan perancang harta pusaka Islam secara terus kepada mereka di lokasi-lokasi berikut:

  • Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu
  • Kelantan: Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas

Bagi mereka yang berada di lokasi-lokasi yang tidak dinyatakan di atas, boleh berhubung dengan saya dahulu untuk berbincang dan berunding.

Walau berjauhan, saya percaya dengan kecanggihan dan kemudahan teknologi komunikasi sekarang, saya masih boleh memberikan perkhidmatan kepada Tuan/Puan dengan sebaik-baiknya.

Malah, saya boleh mengesyorkan sahabat IEP lain yang berdekatan untuk berkhidmat kepada Tuan/Puan.

Cara Hubungi Saya

Boleh hubungi saya melalui cara-cara yang berikut:

Boleh kemukakan sebarang persoalan berkenaan perancangan dan pengurusan harta pusaka Islam.

Saya sedia membantu.

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).