CuepacsCare & CuepacsPA Perlindungan Untuk Penjawat Awam

cuepacscare cuepacspa penjawat awamBaru-baru ini saya ada mendengar taklimat berkenaan program perlindungan takaful yang diperkenalkan oleh Cuepacs khas untuk penjawat awam, iaitu CuepacsCare dan juga Cuepacs PA.

Saya rasa rugi pula jika tidak berkongsikan kedua-dua program ini kepada para pembaca Jom Urus Duit.

Memang program yang baik.

Jom kita selami lebih lanjut berkenaan kedua-dua program ini.

Baca juga:  Liberalisasi Insurans Takaful Kenderaan: Apa Yang Berlaku?

CuepacsCare

Bagi penjawat awam, salah satu keistimewaan yang dinikmati mereka adalah caj rawatan percuma di semua hospital dan klinik kerajaan.

Bukan sahaja untuk diri mereka, malah untuk pasangan dan juga ahli keluarga seperti ibu, bapa dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, bukan semuanya percuma.

Ada juga bayaran dikenakan bagi rawatan tertentu, terutamanya apabila melibatkan pemasangan alatan contohnya seperti implant dan plate.

Dan bayarannya juga tidaklah murah.

Mungkin boleh claim dengan Jabatan perkhidmatan Awam, namun tempohnya boleh mengambil masa dan terpaksa gunakan duit sendiri dulu.

Jika tidak, rawatan mungkin tertangguh.

Di samping itu, apabila mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau klinik kerajaan, kadang-kadang akan memerlukan tempoh yang lama sebelum rawatan diperoleh.

Maklumlah, perlu masuk queue yang panjang.

Contohnya, jika kena serangan jantung, perlu buat echocardiogram untuk tahu keadaan sebenar jantung.

Tetapi, jika di fasiliti kerajaan, bagi kes biasa, perlu tunggu antara setengah hingga setahun baru boleh jalani prosedur ini.

Untuk dapatkan rawatan segera, mendapatkan khidmat rawatan di hospital atau klinik swasta adalah pilihan lebih baik, namun memerlukan kos yang tinggi pula.

Atas sebab-sebab seperti inilah, amat digalakkan bagi kakitangan kerajaan untuk mempunyai kad perubatan sebagai back up.

Mungkin bagi sesetengah penjawat awam, nak dapatkan kad perubatan daripada penyedia takaful sedia ada, kosnya tidak dapat ditanggung.

Atas sebab inilah, Cuepacs memperkenalkan CuepacsCare bagi membolehkan penjawat awam mempunyai kad perubatan yang bernilai sederhana dengan manfaat yang menarik.

Ringkasnya, CuepacsCare adalah program takaful perlindungan penghospitalan dan pembedahan yang akan membayar kos rawatan sebelum, semasa dan selepas penghospitalan mengikut kadar dan syarat tertentu.

Untuk mudahkan kefahaman penjawat awam, fungsinya hampir sama seperti GL, cumanya yang ini boleh digunakan di hospital atau klinik swasta dan penjawat awam perlu buat bayaran caruman bulanan.

Antara kelebihan CuepacsCare adalah:

#1 Melindungi seisi keluarga

CuepacsCare ada 2 pelan; pelan individu dan pelan keluarga.

Pelan individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

Pelan keluarga pula memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD).

Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.

Bagi saya, tawaran bilangan anak tiada had itu yang menarik, kerana kalau dengan syarikat pengendali takaful, biasanya bilangan anak dihadkan.

#2 Mudah digunakan

Pencarum CuepacsCare akan diberikan Kad CuepacsCare yang mana boleh digunakan secara terus di lebih 70 panel hospital pakar swasta seluruh Malaysia.

Jika menerima rawatan di mana-mana hospital panel, hanya perlu tunjukkan kad tersebut untuk mendapatkan surat jaminan (GL).

#3 Manfaat komprehensif

CuepacsCare memberi perlindungan ke atas kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan sehingga tempoh 30 hari.

Malah, jenis rawatan yang dilindungi adalah kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis, kanser dan penyakit.

Dari segi had perlindungan pula, adalah seperti berikut:

had perlindungan cuepacscare

Skop perlindungan pula adalah seperti berikut:

skop perlindungan cuepacscare

#4 Mampu dimiliki

Kadar sumbangan yang dikenakan adalah mampu dimiliki, iaitu seperti berikut:

harga kadar cuepacscare

#5 Mudah disertai

CuepacsCare boleh disertai oleh semua penjawat awam berumur antara 18 hingga 60 tahun, dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

Maksudnya, kalau ambil pada umur 50 tahun, walaupun pencen pada umur 58 tahun, perlindungan masih boleh diteruskan sehingga umur 70 tahun.

Untuk anak pula, akan mula dilindungi dari umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Program ini mudah untuk disertai, hanya perlu hantar borang kepada pihak pengendali.

Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan bayaran caruman bulanan boleh dilakukan melalui Biro Angkasa.

Secara peribadi, saya memang menyarankan kepada penjawat awam yang tidak mampu mengambil perlindungan kad perubatan daripada mana-mana pengendali takaful supaya menyertai program ini.

Bagi penjawat awam, ini akan bertindak sebagai backup jika rawatan tidak dapat diterima dengan segera di hospital serta klinik kerajaan.

Walaupun terdapat juga kelemahannya, seperti elaun bilik yang rendah dan perlindungan tidak ke atas penyakit sedia ada, namun kelebihannya masih jauh lebih bernilai.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CuepacsCare, boleh lawat laman web ini.

Baca juga:  4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful

CuepacsPA

Jika CuepacsCare melindungi penghospitalan dan pembedahan, Cuepacs PA pula melindungi daripada musibah akibat kemalangan.

Umpama takaful kemalangan yang dikendalikan syarikat pengendali takaful lain.

Sebagai penjawat awam, memang ada disediakan ex-gratia, iaitu pampasan yang akan diberikan jika penjawat awam mengalami kemalangan samaada ketika bertugas atau dalam perjalanan pergi dan balik bertugas.

Namun, untuk dapatkan pampasan ini, agak sukar kerana syarat-syarat yang ketat.

Oleh itu, boleh dikatakan penjawat awam tidak mempunyai apa-apa perlindungan jika mereka ditimpa musibah akibat kemalangan.

Contohnya, lumpuh, kecacatan atau kematian akibat kemalangan.

Jika tiada pampasan diterima, agak sukar bagi penjawat awam meneruskan kehidupan, menanggung belanja keluarga dan juga membayar kos rawatan.

Sebab itulah disediakan program CuepacsPA sebagai alternatif kepada penjawat awam, sebagai perlindungan sekiranya penjawat awam ditimpa musibah kemalangan.

Antara kelebihan CuepacsPA adalah:

#1 Tinggi nilai perlindungannya

CuepacsPA menyediakan jumlah perlindungan sehingga RM 440,000 bergantung kepada jenis pelan diambil dan juga kemalangan yang dialami.

Secara ringkasnya, CuepacsPA memberikan perlindungan atau manfaat yang berikut:

  • Kemalangan sebagai penumpang di dalam pengangkutan awam berlesen
  • Kemalangan akibat kenderaan sendiri
  • Kematian akibat lain-lain kemalangan
  • Kelumpuhan atau ketidakwarasan akibat kemalangan
  • Hilang upaya kekal atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan
  • Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan
  • Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan semasa penghospitalan akibat kemalangan
  • Elaun perjalanan mingguan kepada ahli keluarga untuk melawat

#2 Perlindungan 24 jam di seluruh dunia

Perlindungan diberikan setiap masa di mana-mana sahaja seluruh dunia.

Jika tengah melancong atau bertugas di luar negara pun, perlindungan tetap berjalan.

#3 Mampu dimiliki

CuepacsPA terbahagi kepada 2 pelan iaitu pelan A dan pelan B.

Kedua-duanya sama, cuma berbeza dari segi jumlah perlindungan dan juga caruman.

Pelan A boleh disertai dengan kadar serendah RM 6.36 sebulan manakala pelan B pula serendah RM 12.72 sebulan.

Caruman akan bertambah jika bilangan peserta dilindungi bertambah, seperti isteri dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, kadarnya tetap rendah dan mampu milik.

harga kadar cuepacspa

#4 Mudah disertai

CuepacsPA boleh disertai oleh semua penjawat awam dan pasangan yang berumur dari 18 hingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

Untuk anak-anak pula, akan dilindungi dari umur 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Untuk sertai, hanya perlu isi borang-borang berkaitan dan hantar bersama-sama dokumen-dokumen lain kepada pengendali.

Bayaran pula boleh dilakukan melalui potongan gaji kepada Biro Angkasa.

#5 Khairat kematian & upah haji

CuepacsPA juga turut menyediakan manfaat kematian dan upah haji bagi pesertanya.

Butirannya seperti berikut:

khairat kematian upah haji cuepacspa

Sekali lagi, secara peribadi, saya turut menyarankan CuepacsPA bagi penjawat awam yang masih belum mempunyai perlindungan bagi musibah akibat kemalangan.

Setiap hari penjawat awam berulang-alik dari rumah ke tempat kerja, ada juga yang bertugas di luar pejabat, maka risiko kemalangan sentiasa ada.

Bukan sahaja kemalangan jalan raya, malah kemalangan lain seperti terpotong jari, dihempap barang dan terjatuh lubang.

Risiko sentiasa ada.

Jika ditimpa kemalangan, kita tidak tahu apa komplikasinya.

Boleh jadi lumpuh, cacat malah mati.

Dengan adanya perlindungan, pampasan yang diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan akibat musibah yang melanda.

Akhir kata, kepada penjawat awam, jangan lepaskan kedua-dua program ini sebagai alat perlindungan menghadapi musibah yang tidak diduga.

Untuk maklumat lanjut berkenaan CuepacsPA, boleh lawati laman web ini.

p/s: Jika rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan ya! Terima kasih.

Baca juga:  Bila Perlu Ambil Perlindungan Insurans/Takaful?
perancang harta pusaka islam islamic estate planner

Saya merupakan Perancang Harta Pusaka Islam (Islamic Estate Planner, IEP) yang bernaung di bawah syarikat as-Salihin Trustee Berhad (AST). Saya sedia membantu dalam perancangan harta pusaka anda; penulisan wasiat, pentadbiran harta pusaka, perjanjian aset perolehan bersama, deklarasi hibah, amanah hayat dan amanah insurans/takaful. Boleh hubungi saya di 013-9798719 (klik di sini untuk terus hubungi saya)

Dapatkan Bijak Merancang Wang Dan SeminarBMW Sekarang!

Saya merupakan seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM - Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Saya berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan di Malaysia semenjak tahun 2003, sebaik sahaja graduat daripada Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini