Pengiraan Asas Pembahagian Faraid Dalam Al-Quran

Sayapengiraan asas pembahagian faraid rasa dah lama tidak menulis tentang topik berkaitan pewarisan harta (wealth distribution), jadi untuk artikel kali ini saya nak tulis sedikit berkenaan topik tersebut, dan saya pilih tajuk pengiraan asas pembahagian faraid dalam al-Quran.

Seperti yang pernah saya tulis, dan saya yakin ramai yang dah tahu, faraid merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam pengurusan dan pembahagian harta pusaka orang Islam.

Dalam pengurusan harta pusaka orang Islam, selepas digunakan untuk bayaran pengurusan jenazah, penyelesaian hutang, pembahagian harta sepencarian, menunaikan hibah, amanah dan wasiat, maka faraid akan digunakan untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada semua waris yang berhak.

Ramai yang tahu bahawa faraid sangat penting dalam pengurusan harta pusaka, tetapi ramai yang tidak berminat untuk belajar tentang faraid.

Hal ini menyebabkan banyak kekeliruan timbul berkaitan faraid yang mana menyebabkan banyak masalah timbul dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.

Faraid adalah yang terbaik untuk pengurusan harta pusaka kerana mengambil kira semua aspek terutama keadilan kepada semua waris yang berhak, tetapi dek kerana kurangnya ilmu di kalangan masyarakat, banyak salah faham timbul berkaitan faraid.

Contohnya, apabila berbicara tentang faraid, ramai yang hanya tahu tentang hak, tetapi tidak ambil kisah tentang tanggungjawab.

Sebenarnya, faraid melibatkan kedua-dua aspek hak dan tanggungjawab.

Memang betul dalam pembahagian faraid ada dinyatakan hak setiap waris, tetapi perlulah ingat bahawa harta yang dibahagikan tersebut datang bersama-sama tanggungjawab.

Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat bahawa mereka turut bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak yang ditinggalkan si mati.

Sebab itulah, amat penting untuk kita belajar berkenaan pengurusan harta pusaka khususnya berkaitan pembahagian faraid supaya tidak lagi timbul salah faham dan kekeliruan berkenaan perkara tersebut.

Baca juga:  Penama Dan Pentadbir Dalam Pengurusan Harta Pusaka

Baiklah, sebagai permulaan, marilah kita belajar berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran.

Ya, pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa’

Mari kita renungi dahulu firman Allah S.W.T dalam ayat 11, surah an-Nisa’:

pengiraan asas pembahagian faraid

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.

Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.

(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Daripada ayat ini, beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat dipelajari, iaitu:

  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan, maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak perempuan yang terlibat
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat bahagian dua pertiga (2/3)
  • Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta adir-beradik (tidak mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya adalah bahagian adik-beradik lelaki
Baca juga:  10 Langkah Merancang Pembahagian Harta Pusaka Semasa Hidup

Sekarang, mari kita lihat pula ayat 12 surah an-Nisa’:

pengiraan asas pembahagian faraid

“Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.

Dan jika si mati itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya adalah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.

Wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”

Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:

  • Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)
  • Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/6) (dibahagikan sama rata daripada 1/6 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8) (dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)
  • Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi, sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang, maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal
  • Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1 bahagian)

Itulah panduan pengiraan asas pembahagian faraid yang dinyatakan dalam al-Quran, panduan atau manual kehidupan kita semua yang sebenarnya.

Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.

Maka, ilmu pengiraan matematik yang mantap amat diperlukan dalam menentukan pembahagian harta pusaka mengikut faraid.

Sebagai rujukan mudah, boleh rujuk carta yang berikut untuk penentuan pengiraan asas pembahagian faraid:

pengiraan asas pembahagian faraid

Kredit gambar: AmAssurance

Itu sahaja untuk kali ini, mungkin di lain artikel saya akan tunjukkan pula contoh pengiraan pembahagian faraid mengikut situasi tertentu.

Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel kali ini.

Baca juga:  5 Aspek Pengurusan Harta Pusaka Sebelum Pembahagian Faraid

67 Comments

  1. Pingback: Harta Pusaka? Cara mudah menguruskannya!

    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, betul Tuan. Saya pun ada tulis tentang hierarki pengurusan harta pusaka di artikel ini: 5 Aspek Pengurusan Harta Pusaka Sebelum Pembahagian Faraid

      Reply
      1. Hussain

        Asalamualaikum
        Bapa mentua saya baru meninggal dunia bulan okt lepas. Arwah ada meninggalkan
        1. Rumah pusaka
        2. Wang Asb
        3. Tanah pertanian
        Arwah mempunyai 2org anak lelaki dan 9org perempuan dimane salah seorang anak perempuan telah diserakan pd org lain sebagai anak angkat.
        Persoalan yg timbul sekarang
        Pertama. Salah seorang anak perempuan mendakwa rumah pusaka menjadi miliknya kerana menjaga arwah semasa sakit. (arwah tiada mewasiatkan tentang hal itu), bagaimana hak anak2 lain
        Kedua. Kedudukan anak perempuan yg diserahkan kpd org lain sebagai anak angkat, adakah dia layak mendapat bahagian, walau pun dari kecil sampai dewasa tak pernah ambil tahu pasal arwah.
        Ketiga. Tanah pertanian tersebut tanpa perundingan dgn anak2 yg lain telah ditukar nama pada salah seorang anak perempuan kerana arwah meminjam wang utk membayar bil tal yg tertunggak bagi mengelakan arwah dikena tindakan mahkamah dan boleh kah adek beradek lain membuat tuntutan kapada tanah tersebut. Mohon sangat2 tuan bantu beri penjelasan, supaya masalah dpt di selesaikan dgn baik dan hubungan adek beradek tidak terputus dgn masalah ini.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Wsalam. Saya jawab sekadar yang saya faham daripada situasi yang diceritakan.

          #1 – Jika tiada wasiat dan bukti, jadi semua waris ada hak ke atas rumah tersebut.
          #2 – Ya, anak perempuan tersebut masih merupakan waris yang layak mendapat bahagian. Walaupun dijaga orang lain, pertalian darah anak-bapa masih sah.
          #3 – Jika ditukar nama sebelum arwah mati dan secara sukarela, agak sukar untuk waris-waris lain buat tuntutan semula. Kerana tanah tersebut secara undang-undangnya adalah milik nama di atas geran.

          Semoga keluarga Tuan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dengan baik dan mengekalkan keharmonian.
          Wallahu’alam.

          Reply
  2. Hj Nizam ( HNY )

    As Salam .
    Mohon :Pencerahan .

    1. Kawan saya mempunyai seorang bapa yang keuzuran tidak dapat berpuasa disebabkan punca rezeki beliau adalah berkebun dan bertani dan mengalami penyakit gasstri dan masih dan kini belia masih dikampong ?

    Persolannya ,Boleh ker anak anaknya membayarkan fidyah beras menggantika puasa ayahnya yang tidak boleh berpuasa dikhuatiri mendatangkan kemudaratan pada ksesihatan beliau .
    Berumur dalam Lingkungan 60 an ???

    Adakah dikira fidyah atau sedkah sahaja .

    Mohon pencerahan .

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Saya rasa soalan ini perlu ditanyakan kepada pegawai agama atau ustaz yang berkelayakan.

      Reply
  3. ema

    assalammualaikum tuan,
    suami saya meninggal dunia pada april 2018 pada usia kehamilan saya 7 minggu. kini usia kehamilan saya hampir 4 bulan..menurut doktor kandungan saya sepasang iaitu seorang lelaki dan seorg perempuan.suami mempunyai ibu dan seorang saudara lelaki dan dua saudara perempuan sebapa dan seibu…kini mereka mulai menghitung dan bertanya tentang harta arwah suami..apakah pandangan tuan pada situasi saya ini.berapakah bahagian yg perlu dibahagikan kepada mereka….adakah anak2 yang saya kandung ini punya bahagian? adakah pencen bulanan dan ganjaran juga termasuk dalam faraid?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wa’alaikummusalam. Takziah atas kepergian suami Puan.

      Mengikut beberapa pandangan, anak di dalam kandungan adalah dikira sebagai waris harta pusaka yang sah. Walaubagaimanapun, perlulah dipastikan dengan sebetulnya akan jantina anak tersebut. Andai betul kedua-dua anak Puan adalah seorang lelaki dan perempuan, maka waris yang sah adalah Puan, ibu dan kedua-dua anak sahaja. Tetapi, jika kedua-dua anak tersebut adalah perempuan, maka waris-waris juga akan berbeza. Oleh itu, menurut beberapa pandangan, dalam situasi seperti ini (waris masih di dalam kandungan), lebih baik ditangguhkan pembahagian harta pusaka sehingga anak tersebut dilahirkan supaya betul-betul disahkan jantinanya.

      Pencen bulanan dan ganjaran tidak termasuk dalam faraid.

      Sekadar yang saya tahu. Saya sarankan Puan untuk dapatkan nasihat daripada pihak-pihak berkelayakan untuk informasi yang lebih tepat dan berkredibiliti.

      Wallahu’alam.

      Reply
      1. ema

        assalammualaikum tua, terimakasih atas jawapan…inshaaallah saya akan ikut nasihat tuan.dan akan meminta pandangan pihak yg berkelayakan.terima kasih tuan…..

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama. Semoga urusan Puan dipermudahkan.

          Reply
  4. Shella

    Assalam…
    Tuan,
    Saya keliru mengenai bahagian isteri…. Perenggan ke 6 sebelum carta terakhir

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Sebagai seorang isteri yang kematian suami, jika ada anak, dapat 1/8 bahagian. Jika tiada anak, dapat 1/4 bahagian.

      Reply
      1. myrah

        Assalam tuan,boleh saya tau kalau semasa kematian suami dia mempunyai anak utk perkahwinan pertama.tetepi dengan saya tiada anak.pengiraan tetap sama ke.

        Reply
  5. Lukmanul Hakim Bin Dzul Rashidi

    Assalamualaikum/selamat sejahtera. Saya ingin tumpang tanya sikit tentang pembahagian harta pusaka ni.

    Senarionya begini.

    – Nenek belah mak saya dah meninggal dunia beberapa bulan lepas. jadi tanah hak miliknya hendak dijual oleh adik beradik arwah mak saya.
    – Mak saya pula dah meninggal dunia disebabkan kanser 3 tahun lepas.
    -Ayah dan mak saya dah bercerai. Jadi segala tanggungjawab adik2 saya yang uruskan.

    Persoalan saya ialah,
    -bagaimana pembahagian harta dilakukan untuk saya (anak) yang maknya telah meningal dunia?
    -adakah saya perlu hadir dalam segala bicara kuasa harta pusaka nenek saya?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau ikutkan situasi yang Tuan ceritakan, mak Tuan telah lama meninggal, manakala nenek baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas. Oleh itu, pewarisan telah pun ‘terputus’ antara si nenek dan adik-beradik Tuan. Jadi, Tuan tak terlibat dalam pembahagian harta pusaka nenek, kecuali jika nenek ada tinggalkan wasiat supaya sebahagian harta beliau diberikan kepada cucu-cucunya.

      Reply
  6. Ikin OZ

    Tuan, saya ingin bertanya….Datuk saya telah meninggal dunia. Beliau ada 4 org anak dan 2 telah pun meninggal dunia dan sekarang tinggal anak perempuan beliau (iaitu mak saya) berumur 73 tahun dan adik lelaki (pakcik saya) berumur 61 tahun dan isteri beliau (iaitu nenek saya) yang berumur 89 tahun. Baru-baru ini pakcik saya telah meninggal dunia.

    Datuk saya mempunyai dua bidang tanah di bawah nama datuk saya. Bagaimanakah pembahagian harta yang sepatutnya mak atau nenek saya terima. Selain daripada itu pakcik saya mempunyai simpanan tabung haji dan tidak meletakkan sebarang nama untuk waris. Siapakah yang berhak mewarisi simpanan tabung haji sekiranya dituntut.

    Nenek saya mempunyai adik lelaki berumur 70an.. Bolehkan beliau dikira sebagai waris yang boleh menuntut hak harta pusaka datuk dan nenek saya.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Untuk harta datuk, waris yang layak adalah mak, pakcik dan nenek. Adik lelaki nenek tiada hak ke atas harta datuk. Untuk harta dan bahagian harta pakcik, kena lihat pula siapa waris-warisnya (anak, isteri). Waris yang layak buat tuntutan. Apa-apa pun, Tuan boleh dapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkelayakan.

      Reply
  7. Nurul

    assalamualaikum…

    Mohon bantuan pendapat dan pandangan Tuan;

    1. Saya dan arwah suami tidak mempunyai anak. Tetapi arwah hanya meninggalkan seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.
    Jika arwah masih mempunyai ibu dan ayah, apakah adik beradik kandung arwah samada lelaki atau perempuan berhak menerima faraid?

    2. Mohon tuan kongsi bahagian untuk faraid di atas.

    3. Sekiranya ibu dan bapa arwah meninggal dan tidak sempat menerima pembahagian faraid, adakah pembahagian faraid akan berubah?

    4. Apakah pampasan insuran dari majikan termasuk dalam harta pusaka? (jika insuran adalah bukan dari islamik/takaful)

    .
    Ribuan terima kasih di atas bantuan dan pandangan Tuan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.

      #1 – Waris yang layak adalah isteri, anak perempuan, ibu dan ayah si mati.
      #2 – Maaf, saya tak ada kepakaran untuk menyatakan bahagian setiap waris.
      #3 – Bahagian untuk waris-waris asal yang lain masih sama. Bahagian untuk ibu dan bapa arwah, akan dibahagikan pula kepada waris-waris ibu dan bapa tersebut.
      #4 – Sebaik-baiknya, tidak.

      Apa-apa pun, Puan boleh dapatkan nasihat daripada pihak yang lebih berkelayakan seperti Amanah Raya, Majlis Agama, Pejabat Pusaka atau syarikat-syarikat trustee.

      Terima kasih.

      Reply
      1. Nurul

        Pandangan tuan amat saya hargai..terima kasih🙂

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama. Harap dapat membantu walau sedikit 🙂

          Reply
  8. TUAN HAMIZA

    Assalamualaikum
    Mohon pencerahan dari tuan
    Suami saya meninggal pada Januari 2018 saya tidak mempunyai zuriat, tapi ada ambil anak angkat dua orang lelak dan arwah ada dua orang adik lelaki seibu sebapa. Arwah suami saya ada se lot tanah(nama suami), sebuah motosikal nama suami) dan sebuah rumah flat nama bersama saya dan suami, jadi macamana untuk pembahagian harta ini. Saya belum pergi lagi urus pasal harta ini..ke mana tempat/pejabat yang perlu saya tuju.
    sekian terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Takziah atas pemergian suami Puan.

      Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.

      Anak angkat adalah bukan waris faraid. Maka, tidak layak menerima bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Kecuali, jika arwah suami Puan ada tinggalkan wasiat rasmi yang didokumenkan untuk mereka.

      Mengikut situasi sekarang, waris kepada arwah suami Puan adalah Puan (isteri), ibu dan ayah arwah (jika masih ada). Jika ibu dan ayah telah tiada, maka adik-adik lelaki arwah juga adalah waris yang layak.

      Puan boleh ke Pejabat Pusaka Kecil, biasanya di Pejabat Tanah/Daerah untuk dapatkan bantuan bagi pengurusan harta pusaka arwah.

      Reply
    2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Takziah atas pemergian suami Puan.

      Saya menjawab sekadar pengetahuan saya.

      Anak angkat adalah bukan waris faraid. Maka, tidak layak menerima bahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan. Kecuali, jika arwah suami Puan ada tinggalkan wasiat rasmi yang didokumenkan untuk mereka.

      Mengikut situasi sekarang, waris kepada arwah suami Puan adalah Puan (isteri), ibu dan ayah arwah (jika masih ada). Jika ibu dan ayah telah tiada, maka adik-adik lelaki arwah juga adalah waris yang layak.

      Puan boleh ke Pejabat Pusaka Kecil, biasanya di Pejabat Tanah/Daerah untuk dapatkan bantuan bagi pengurusan harta pusaka arwah.

      Reply
  9. ABU BAKAR BIN HANIFAH

    SATU USAHA YANG PATUT DIPUJI
    KOMPAILKAN SETMUA SOALAN SERTA JAWAPAN
    AMAT BERMANFAAT JIKA DISOKONG DENGAN HADIS

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      🙂

      Reply
  10. Yasmin mokhtar

    Salam..ayah sy dh 8 tahun meninggal dunia..baru skrg terlintas nak uruskan harta pusaka arwah ayah..sy ada 2 org adik beradik pmpuan..dan ada ayah saudara 2 org masih hidup dan 3 org mak saudara..sy xde adik beradik laki. Klu ikot al quran..mmg kne buat faraid kan.. persoalannya skrg..utk masuk permohonan faraidh di mahkamah syariah, mak saudara pun terlibat sekali atau ayah saudara sahaja? Ada yg kata kena libatkan mak sedara..ada yg kata xpayah sbb ayah saudara tu dh setuju xnk ambil bahagian dia dan nak bg pada kami adik beradik.. macam mana ye tu? Bole jelaskan tak? Sekian..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ya, kena libatkan semua waris yang masih ada, termasuk mak saudara.

      Reply
  11. Samsilawati mohamed

    Salam..
    Arwah abang kandung saya ada lagi ibu ,isteri dan anak2 ,saudara lelaki dan saudara perempuan mcm mana dgn pembahagaian wang kwsp.Tq

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Wang KWSP adalah harta pusaka, jadi wajib dibahagi kepada semua waris mengikut faraid. Dalam kes abang tersebut, ibu, isteri dan anak-anak adalah waris yang sah. Jika ada anak lelaki, saudara lelaki dan perempuan tiada hak.

      Reply
  12. Aiman Akmal

    As salam ..
    Nenek saya telah meninggal dunia dan suaminya juga telah lama meninggal,nenek saya tinggalkan 1anak lelaki,2ank perempuan.ank lelaki dia pun telah meninggal dunia dan dia juga masih ada 2 adik beradik lelaki yang masih hidup,pada siapa jatuh harta nenek saya ni…mohon pencerahan tuan..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kalau anak lelaki nenek meninggal selepas nenek meninggal, maka waris untuk harta nenek adalah waris kepada anak lelaki (anak, isteri jika ada) dan 2 anak perempuan nenek.

      Reply
  13. Sya Kirien

    Assalamulaikum..tuan
    Arwah Pakcik sy yg sulong ada mewasiatkn harta pusaka nya kpd sy (ank saudara)& seorg ank angkat belau. Adik arwah pakcik sy tdk bersutuju dgn wasiat ter sebut. Jd pembahgian mcm mana yg tdk melanggar hukum dan betul

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Dalam Islam, wasiat adalah untuk bukan waris dan 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Dan paling penting, wasiat tersebut didokumenkan supaya menjadi bukti kukuh jika dicabar sesiapa. Selebihnya, sebaik-baiknya dibahagikan mengikut pembahagian faraid kepada waris-waris yang layak.

      Reply
  14. Azizan

    Assalamualaikum tuan, saya berniat untuk membuat penamaan kwsp mengikut peratusan faraid. Waris terdekat saya adalah isteri(seorang), ayah, ibu dah saudara perempuan(seorang). Balehkan tuan bantu jelaskan siapa yg layak dan peratusannya.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wa’alaikummussalam. Dalam situasi yang dinyatakan, hanya isteri, ayah dan ibu adalah waris.

      Reply
      1. Azizan

        Terima kasih atas jawapan Tuan. Bolehkah Tuan kongsikan pecahan untuk setiap waris.

        Reply
  15. megat

    assalamualaikum tuan, mohon pencerahan drpd kekeliruan kami,
    bapa sy dh meninggal dunia, tahun 2003 dan harta telah dibahagikan 1. tanah rumah , 2. tanah pertanian, rumah teres (masih dlm hutang)

    pembahagian dulu dibuat
    tidak mengikut paraid sbb xtahu

    pada tahun ini salah seorng adik beradik nk menutut hak faraid
    jadi bgaimana cr nk buat ya

    ahli keluarga yg ada
    mak
    anak lelaki 5
    anak perempuan 2

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya tak dapat membantu. Saya sarankan Tuan dapatkan bantuan daripada pihak yang berkelayakan atau Pejabat Pusaka Kecil (biasanya di Pejabat Tanah & Daerah)

      Reply
  16. Zouca. R

    Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya mengenai carta yang tuan nyatakan di atas. Adakah tuan mengambil contoh dari salah satu bank di Malaysia? Kelihatan seperti carta itu dari AmAssurance, adakah itu benar? Mengapa tuan ‘crop’ instead giving them credit?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf Tuan, saya hanya google sahaja gambar tersebut. Gambar asal begitu, saya tidak crop. Jika benar dari AmAssurance, saya dah letakkan kredit pada gambar. Terima kasih atas teguran.

      Reply
  17. Ena

    Assalammualaikum..
    Bekas suami saya baru meninggal 2 bln, duit epf atas nama adik ipar sebagai pewaris.. Tetapi dia tidak menyerahkn bahagian anak tunggal lelaki saya yg berumur 7 tahun atas alasan dia simpan sampai umur 18tahun.. Saya nk Tanya apakah dia berhak buat sedemikian sedangkn saya adalah penjaga n ibu kepada anak saya.. Dan saya masih hidup lagi.. Dia cuma pemegang amanah atas pembahagian faraid waris2 arwah.. Saya baru bercerai 1 blan 1/2 sebelum arwah meninggal dunia.. ApA yg perlu n patut saya lakukan utk menu tut hak anak saya.. Dan bagaimana saya boleh buat..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Mengikut hukum, adik ipar tersebut adalah ‘penjaga’ kepada anak Puan dan beliau juga bertanggungjawab ke atas nafkaf dan saraan anak tersebut. Memang betul beliau bertanggungjawab menjaga bahagian anak tersebut sehingga berumur 18 tahun, tetapi sepatutnya jika beliau seorang yang bertanggungjawab, beliau boleh berikan bahagian tersebut sedikit demi sedikit secara bulanan untuk perbelanjaan si anak.

      Maaf, saya bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan nasihat untuk masalah di atas. Dari apa yang saya tahu, Puan boleh dapatkan khidmat peguam untuk dapatkan perintah mahkamah bagi bahagian si anak tersebut.

      Reply
  18. Siti

    Assalam, saya nak tanya soalan berdasarkan senario dibawah;

    Ibu mertua merupakan ibu tunggal – telah meninggal dunia, mempunyai rumah pusaka (masih dalam ansuran SPNB), tanah kelapa sawit dan duit didalam beberapa akaun (TH, insurans dan personal account). Arwah ada anak kembar lelaki (no. 1 masih bujang, dan no.2 telah berkahwin dan ada dua orang anak lelaki) dan ibu yang sudah uzur. Saya ada lah isteri si kembar yang no.2

    soalan saya,

    1. ada kah bahagian anak kembar itu adalah sama rata?
    2. adakah benar anak no. 1 mempunyai kuasa penuh utk mentadbir harta pusaka tanpa persetujuan bersama dengan adiknya?
    3. Anak no. 1 mengatakan dia telah mempunyai janji dan amanah secara lisan dengan arwah ibunya utk menguruskan harta tetapi enggan memberi tahu kepada adiknya. Adakah amanah itu sah?

    Saya kasihan dengan suami yang sering ditegah untuk mengambil tahu tentang harta pusaka ibu nya dan hanya berdiam diri demi pertalian saudara sedarah yang hanya tinggal seorang.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Saya menjawab sekadar yang saya tahu:

      1. Sepatutnya bahagian kedua-duanya adalah sama.
      2. Tanggungjawab pentadbir adalah untuk mengagihkan harta pusaka kepada semua waris yang layak mengikut bahagian masing-masing. Jika tidak, pentadbir dianggap tidak menjalankan tanggungjawab tersebut.
      3. Sama ada sah atau tidak amanah lisan tersebut, hanya boleh ditentukan oleh mahkamah/pihak yang berkuasa. Apabila dibicarakan, akan diminta bukti atau saksi-saksi lain yang mendengar/mengetahui tentang amanah lisan tersebut.

      Wallahu’alam.

      Reply
  19. koperasi keratong3

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimanakah sistem pembahagian harta sekiranya :-
    1. ayah saya telah pun meninggal dunia pada 2018, Datuk sy telah lama meninggal, manakala nenek saya baru sahaja meninggal dunia pada 2019 dan nenek saya mempunyai anak seramai 5org lelaki, 4 org perempuan. Nenek saya juga mempunyai anak bersama suami kedua(telah meninggal) seramai 3 org anak lelaki.
    adakah saya sebagai cucu perempuan mempunyai hak di atas harta pusaka nenek saya tersebut?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Oleh kerana ayah Cik telah meninggal sebelum nenek meninggal, maka ayah Cik bukan lagi pewaris kepada harta si nenek. Maka Cik juga bukan pewaris kepada harta nenek tersebut. Wallahu’alam.

      Reply
  20. hamba allah

    Hamba Allah,

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya.

    Ibu saya meninggal 2 tahun yang lepas. Arwah ada tinggalkan harta pusaka yg belum diwasiatkan. Saya maklum bahawa kami perlu mengikut undang2 faraid, Kami tiga adik beradik. Seorang lelaki dan 2 perempuan. situasi kami skarang ni adakah tuntutan faraid termasuk sekali dengan adik beradik arwah ibu saya atau hanya kami 3 beradik sahaja.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Setahu saya, oleh kerana ada waris anak lelaki, maka harta tersebut hanya untuk anak-anak (jika ibu dan bapa si ibu dah tiada). Apa-apa pun untuk pengesahan, boleh bertanya kepada pihak yang lebih arif.

      Wallahu’alam.

      Reply
  21. Forever

    Assalamualaikum…minta pandangan tuan untuk pembahagian harta jika si mati meninggalkan 3 orang anak perempuan sahaja…adakah anak saudara si mati di kira sebagai waris dan adakah dia layak untuk membuat tuntutan faraid?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Anak saudara bukan waris. Kalau adik beradik si mati boleh jadi waris.

      Reply
  22. siti faizira

    Assalamualaikum tuan. Sy ingin bertanya. Jika seorng isteri meninggal tanpa ad anak tetapi ibubapa dan adik beradik beliau masih ad. Mcm mne pembahagian pusaka?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Jika mengikut faraid, pewaris yang sah adalah suami, ibu dan bapa si mati.

      Reply
  23. Rosdi Hassan

    Assalamualaikum.. Sy nk ty, pakcik sy meninggal dunia, dan aruah meninggalkn sejumlah wang dlm simpanan.. Aruah ad anak perempuan seorg, isteri yg telah lama bercerai, dan bapa yg masih hidup.. Ikut pembahagian faraid, siape yg layak trima wang tersebut.. Adakah adik beradik pakcik sy layak jg trima harta tersebut..? Mohon penjelasan dr tuan.. Trima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Anak perempuan dan bapa si mati ada hak sebagai pewaris. Isteri yang telah lama bercerai bukan pewaris. Adik beradik pula, maaf, saya kurang pasti.

      Reply
  24. Wan Zuriana

    Assalamualaikum,

    Saya berkahwin dan mempunyai 3 orang anak tiri – semua lelaki (anak suami) yg tinggal bersama saya dan suami serta seorang anak perempuan (anak saya dan suami). Rumah yg kami tinggal sekarang adalah rumah saya (saya beli sebelum saya berkahwin). Rumah itu adalah harta saya dan saya telah namakan kepada anak perempuan saya. Saya juga ada sejumlah duit simpanan dan juga wang KWSP.

    Persoalan disini.
    1. Sekiranya saya meninggal, bagaimana pembahagian duit simpanan saya dan juga wang KWSP.
    2. Adalah salah saya meletakkan penama rumah yg kami tinggal sekarang kepada anak perempuan saya sahaja.

    Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Saya jawab berdasarkan pengetahuan saya:

      1 – Pembahagian adalah mengikut faraid. Waris Puan adalah suami, ibu bapa Puan (jika masih ada) dan juga anak Puan. Anak-anak tiri dari suami Puan bukanlah waris.

      2 – Tidak salah. Rumah tersebut adalah harta Puan. Puan berhak untuk meletakkan nama sesiapa pun.

      Wallahu’alam.

      Reply
      1. Din

        Assalamualaikum,

        Mohon pencerahan dari Tuan

        Saya ada 4 orang adik beradik yang berlainan Bapa,Abang dan kakak saya anak suami pertama (bercerai)

        dan saya bersama adik perempuan saya,suami ke dua (bercerai)

        Kedua Orang tua arwah ibu saya sudah meninggal (datuk dan nenek saya)

        Arwah ibu saya ada sebuah rumah yg di tinggalkan dan rumah itu di duduki oleh abang saya dan keluarganya

        semasa Arwah ibu minggal,Rumah itu belom habis di bayar,Dan pembayaran rumah itu di sambung bayaran

        nya oleh Abang saya sehingga habis

        Baru2 ni Abang saya ada membuat agihan bahagian adik beradik,Dia menbahagi sama rata setiap orang

        Semasa Arwah ibu saya membeli rumah itu harga nya Rm25000,Dan sekarang nilai nya dalam angaran

        Rm150000.Boleh Tuan nilaikan berapa yang sepatutnya setiap orang terima?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Wsalam. Bagi situasi saudara, maaf, saya tak boleh berikan nilai anggaran yang sepatutnya setiap seorang terima. Takut kerana anggaran yang saya beri nanti, akan menimbulkan masalah/ketidakpuasan hati di kalangan keluarga saudara nanti.

          Kalau diikutkan faraid, sememangnya yang lelaki mendapat lebih bahagian berbanding perempuan. Tetapi, jika semua sepakat, tiada masalah pun untuk membahagikan sama rata. Lagipun, si abang ada membuat sambung bayar sehingga habis, maka sepatutnya bahagian yang beliau sumbangkan tersebut perlu dipulangkan balik kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Apa-apa pun, yang penting, kesepakatan dan keharmonian dalam pembahagian yang per;u lebih diutamakan.

          Jika saudara tidak berpuas hati dengan jawapan saya, boleh berjumpa dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran berkenaan hal ini. Berjumpa secara face-to-face adalah lebih baik kerana lebih banyak maklumat boleh diberikan sebelum anggaran pembahagian dapat dilakukan.

          Reply
  25. CheZainab

    Assalamualaikum
    Datuk sy mnigal
    Ada 4ank (3L 1p)mngal blake
    Ank datuk :
    1.mnigal – ada 1ank per

    Reply
  26. CheZainab

    Assalamualikum
    Datuk sy mniggal….ada 4ank (3L1p)mnigal semua.
    1.Ank 1- L ada 9ank (2L7p)
    ***2 Ank ke2- L ada sorg ank per*(cucu datuk ) mnigal –
    Ada 5ank(2L 3P)***cicit datuk
    ***3.Ank ke3- Per…..ada 2 ank L n Per
    * (cucu datuk) mngal jg
    Cucu L datuk tigal 1*** ISTERI cucu L n 6 ank (1 L 5P)*** CICIT datuk
    Cucu Per datuk tigal 7 ank(3L n 4P)* CICIT datuk
    4.Ank ke 4-L- ada 9 ank (4L 5P)
    Soalan1
    Adakah cucu,cicit n isteri kpd cucu L datuk dpt bhgian drp harta datuk ( sebidang tanah)
    Soalan2:
    Cara pmbhagian adakah sama byk @ siapa dpt byk n siape dpt cikit.
    Harap dpt pencerahan
    T.kasih
    Che Zainab

    Reply
  27. Mohd yusof saki bin saibani

    Assalamualaikum tuan. Saya mempunyai seorang isteri dan 4 org anak..semua perempuan. Adik beradik saya 6 lelaki 5 perempuan..kedua dua IbuBapa saya masih ada..sekiranya saya meninggal bagaimana pembahagian harta saya mengikut faraid..terima kasih..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Waris yang layak adalah ibu bapa, isteri dan anak-anak perempuan.

      Reply
  28. Linda rahman

    Assalamualaikum tuan..abang saya baru meninggal dunia 22 april 2019..abg sy pernah bernikah di thailand tetapi tidak mendaftar nikah di malaysia..sebelum meninggal abg sy sakit kanser dijaga oleh ibu dan isterinya tetapi isterinya telah keluar dari rumah tanpa alasan yg kukuh dan abg sy telah menjatuhkan talak sekiranya isteri beliau tetap keluar dari rumah..adakah isterinya dianggap nusyuz? Perkahwinan mereka dikurniakan seorg anak lelaki..soalan sy adakah isteri yg nusyuz layak mendapat harta peninggalan suami seperti duit kwsp dll..Bagaimana pembahagian harta abg saya? Terimakasih tuan

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Jika benar telah bercerai, maka si isteri bukan waris. Tetapi, beliau layak menuntut harta sepencarian. Dalam kes yang dinyatakan, jika betul tidak mendaftar nikah di Malaysia, agak sukar bagi pihak isteri untuk menuntut harta sepencarian.

      Untuk mengesahkan status pernikahan dan penceraian, hanya pejabat agama/mahkamah yang boleh tentukan.

      Reply
  29. suhaimi

    seorang bapa telah meninggal dunia dengan meninggalkan 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki.
    Sebelum sempat pembahagian pusaka bapa, salah seorang anak perempuan telah meninggal dunia (meninggalkan suami & tiada anak)

    Adakah suami kepada perempuan yang meninggal dunia tadi layak mewarisi pusaka bapa mertuanya (menuntut atas hak arwah isteri)?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, layak. Si anak perempuan tersebut adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka si ayah. Si suami pula adalah waris yang berhak ke atas harta pusaka isterinya. Jadi, kena selesaikan bahagian si anak perempuan, kemudian dikira pula bahagian untuk si suami tersebut daripada bahagian si anak perempuan.

      Sebab itulah pembahagian harta pusaka sebaik-baiknya diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan perkara sebegini.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini