2 Formula & Tips Beli Kereta Supaya Tak Terbeban

tips beli keretaTahun 2016 ini boleh dikatakan tahun kereta, sebab banyak pelancaran kereta-kereta baru pilihan rakyat Malaysia telah dan akan dilakukan.

Antara yang telah dilancarkan; Honda Civic, Proton Perdana dan Perodua Bezza.

Ikut perancangan, Proton pula sedang menunggu giliran untuk melancarkan tiga lagi model baru pada tahun ini iaitu Proton Persona, Proton Saga dan Proton Ertiga.

Memang ramai rasa teruja nak beli kereta baru, tambahan lagi BNM baru menurunkan OPR yang mana memungkinkan kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta akan dikurangkan.

Jadi, pembiayaan/pinjaman kereta akan menjadi lebih ‘murah’.

Ada pepatah yang menyebut,” Beli kereta sebab nak pergi kerja, pergi kerja sebab nak bela kereta”

Pernah dengar atau baca di mana-mana?

Maksudnya, membeli kereta sebenarnya adalah satu beban, sebab ada kos-kos lain yang perlu dibayar.

Jika tersilap beli kereta melebihi kemampuan, kos-kos tadi akan menjadi satu beban berat yang mungkin tak dapat dipikul lagi.

Tambahan lagi, nilai kereta dari hari ke hari semakin susut, berbeza dengan hartanah yang mana kebiasaannya semakin lama semakin naik.

Keluar sahaja dari bilik pameran kereta, harga kereta terus jatuh 20% ke 30% harga asal.

Jumlah hutang kereta tersebut pula lebih tinggi berbanding nilai jualannya sekarang.

Kiranya kalau nak jual balik kereta tersebut dalam masa terdekat, memang akan rugilah sebab hasil jualan tak mampu cover baki hutang yang masih ada.

Sayangnya, walaupun ramai tahu tentang perkara ini, tetapi masih ada lagi yang menganggap kereta adalah simbol kekayaan dan kejayaan seseorang.

Maklumlah, kereta ini benda yang mudah bergerak dan dibawa ke sana sini, jadi senanglah nak ditunjukkan kepada orang lain.

Apabila bertemu rakan-rakan lama pula, yang sering ditanya adalah “Pakai kereta apa sekarang?” dan bukannya “Dah berapa banyak aset pelaburan yang ada?”

Terpulanglah kepada anda untuk mengatakan kereta simbol kekayaan dan kejayaan ataupun tidak.

Saya secara peribadi hanya menganggap kereta sebagai alat untuk bergerak ke sana-sini.

Kadang-kadang terlintas nak memiliki kereta besar dan mewah, tetapi memikirkan kos-kos yang perlu ditanggung, terasa seperti satu pembaziran.

Baca juga:  5 Formula Urus Duit Gaji Yang Mudah Dilakukan

Kos-kos memiliki kereta

tips beli keretaIni kos-kos yang terlibat dalam memiliki sebuah kereta:

1. Bayaran ansuran bulanan

Kebanyakan orang membeli kereta melalui pembiayaan/pinjaman bank, jarang yang membeli secara tunai.

Maka, setiap bulan perlulah diperuntukkan sebahagian pendapatan untuk membayar hutang tersebut.

Kalau ikut formula pengurusan kewangan 30:10, 30% daripada gaji boleh diperuntukkan untuk bayaran hutang.

Tetapi, takkanlah nak gunakan sepenuhnya 30% untuk bayaran ansuran kereta sahaja.

Yang paling penting, ansuran bulanan itu haruslah tidak membebankan dan mampu dibayar.

Jika bayaran ansuran bulanan tertunggak, kereta boleh ditarikbalik dan nama boleh disenaraihitamkan.

Walaupun kereta dilelong pihak bank, mungkin hasil lelongan tidak mampu menampung baki hutang yang masih ada.

Akibatnya, baki hutang masih perlu dijelaskan, nama telah disenaraihitamkan, rekod kredit menjadi tidak elok dan ini akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman/pembiayaan yang lain.

2. Bayaran minyak petrol

Kereta bergerak bukan menggunakan air, tetapi minyak petrol.

Harga minyak pula bergantung kepada pasaran, ada masanya murah, ada masanya mahal.

Walaupun murah atau mahal, kos untuk minyak petrol tetap perlu dikeluarkan.

3. Cukai jalan & perlindungan insurans/takaful

Setiap tahun, cukai jalan dan perlindungan insurans/takaful perlu diperbaharui.

Semakin tinggi nilai kereta, semakin tinggi bayaran perlindungan insurans/takaful yang perlu dikeluarkan.

4. Kos penyelenggaraan

Kereta mempunyai banyak komponen yang bergerak, jadi perlu diselenggara dengan berkala supaya dapat berfungsi dengan baik.

Minima, setiap 6 bulan atau 2 kali setahun.

Semakin lasak dan kerap kereta diguna, semakin kerap penyelenggaraan yang perlu dibuat.

Dan kos pula sudah semestinya akan semakin tinggi.

Itu baru diambil kira penyelenggaraan asas seperti menukar minyak hitam, minyak gear, pencucuh api dan penapis minyak.

Belum dicampur lagi kos-kos menukar barang-barang seperti bateri, tayar dan suspension.

Belum juga dicampur lagi kos-kos membaiki kerosakan akibat kemalangan.

Membela kereta memang memerlukan kos yang tinggi.

5. Tol & parking

Bagi yang menetap dan bekerja di luar bandar atau bandar-bandar kecil, mengkin tak perlu keluarkan banyak kos untuk tol dan parking.

Tetapi, bagi yang tinggal di bandar-bandar besar dan memandu kereta, membayar tol dan parking boleh dikatakan menjadi kos wajib.

Bayaran tol dari semasa ke semasa sentiasa dinaikkan.

Begitu juga bayaran parking, sepertimana yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidakkah ini membebankan?

Baca juga:  7 Fasa Asas Pengurusan Kewangan Yang Wajib Anda Tahu

Tips membeli kereta

tips beli keretaMemang tidak dinafikan, pengangkutan adalah keperluan.

Memang terdapat sesetengah orang memerlukan kereta sebagai pengangkutan utama.

Tetapi, sebelum memiliki kereta, fahamkan falsafah ini.

“Beli kereta tidak salah, tetapi beli kereta melebihi kemampuan sehingga membebankan memang salah”

Jadi, bagaimana nak pastikan pembelian kereta tidak membebankan?

Boleh ikut formula-formula beli kereta yang berikut:

1. Formula gaji setahun

Formula yang pertama, pastikan harga kereta yang dibeli tidak melebihi jumlah gaji setahun.

Katakan seorang graduan muda yang baru mula bekerja mendapat gaji sebanyak RM 3,000 sebulan, maka jumlah gaji setahun adalah RM 36,000 (RM 3,000 x 12 bulan).

Maka kereta yang sepatutnya beliau beli adalah kereta yang berharga kurang RM 36,000.

Kenapa setahun gaji?

Baiklah, katakanlah beliau nak gunakan sepenuhnya ‘kelayakan’ beliau dan bercadang nak beli kereta Proton Saga berharga RM 36,000.

Tolak duit deposit sebanyak 10% (RM 3,600), baki RM 32,400 dibayar menggunakan pembiayaan bank.

Jika merujuk kepada anggaran bayaran pembiayaan kereta di sini, maka jumlah ansuran bulanan beliau adalah sekitar RM 480/bulan untuk tempoh 7 tahun iaitu sekitar 16% sahaja daripada gaji bulanan.

Jika dicampur dengan kos-kos lain sepertimana yang ditulis pada awal artikel, mungkin kos pemilikan kereta beliau sekitar 20% sahaja daripada gaji bulanan beliau.

Masih lagi had yang selesa.

2. Formula 20:5:15

Formula ini mungkin lebih ketat berbanding formula pertama.

20:5:15 merujuk kepada 20% deposit, 5 tahun tempoh pembiayaan/pinjaman dan 15% ansuran bulanan daripada pendapatan bulanan.

Bagaimana nak kira harga kereta yang layak dibeli?

Boleh lihat contoh kiraan mudah yang berikut bagi mereka yang bergaji RM 3,000 sebulan.

Untuk ansuran bulanan 15%, maka jumlahnya 15% x RM 3,000 = RM 450

Maka harga kereta yang layak dibeli (anggaran kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta = 3%):

(RM 450 x 60 bulan) + (RM 450 x 60 bulan)(5 tahun x 3/100) = RM 31,050

Ya, dengan gaji RM 3,000, harga kereta yang layak dibeli dengan tempoh pembiayaan/pinjaman selama 5 tahun adalah sekitar RM 31,000 sahaja.

Itupun perlu disediakan deposit 20% iaitu sebanyak RM 6,200 menjadikan jumlah pembiayaan/pinjaman yang perlu dilakukan adalah RM 24,800.00

Boleh cuba semak di sini, ansuran bulanan yang dicadangkan akan berlegar sekitar RM 450.

* Nota: Kiraan di atas adalah kiraan secara mudah sahaja untuk menentukan anggaran harga kereta yang boleh dibeli dengan formula 20:5:15, boleh digunakan untuk nilai gaji yang lain. Anggaran yang lebih tepat perlukan pengiraan lebih lanjut dan dirujuk kepada pembiaya/peminjam.

Baca juga:  8 Teknik Pembiayaan/Pinjaman ASB (Loan ASB) Supaya Untung Berganda II

12 Comments

  1. Mazlina

    Terima kasih atas tips yang diberikan. Secara peribadinya, saya rasa membeli kereta yang dibawah kemampuan kita adalah yang terbaik, Jika kita mampu beli Honda, tidak semestinya kene beli Honda, mungkin beli perodua pun dah mencukupi 🙂

    Sekadar pandangan saya 🙂

    Reply
    1. izzuddinjaaffar (Post author)

      Betul tu Cik Mazlina. Saya turut bersependapat. Objektif utama beli kereta adalah untuk bergerak dari point A ke point B, so tak perlu membazir banyak duit untuk beli kereta yang terlampau mahal, lebih-lebih lagi jika di luar kemampuan. Kereta Perodua pun ok, saya dah 6 tahun guna MyVi 🙂

      Reply
  2. Nia

    Nak tanya kalau gaji cuma 1000 kereta apa yang patut axia boleh tak

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau ikut formula setahun gaji, maka kereta berharga sekitar RM 12,000 sahaja. Mungkin boleh dapatkan sebuah kereta kecil terpakai (second hand) yang masih elok.

      Reply
    2. Suriafilem

      nia. maybe bole combine gaji sumi istri tp trpulang pd tnc.. aDe sstgh kes lepas.. nak tau labih jom wsp.. sis sales advisor perodua kl ni no 01116930576..sapa sapa nk try submit loan perodu jom borak.. sis bantu.. beli kete..

      Reply
  3. syira

    nak tanya jika sudah tersilap membuat perhitungan membeli kereta. Apa jalan solusi yang terbaik untuk mengatasinya.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau rasa masih mampu untuk menampung perbelanjaan ke atas kereta tersebut, tiada masalah untuk teruskan sahaja. Kalau nak jual pun, biasanya kereta cepat turun harga. Takut rugi pula.

      Kalau rasa terbeban, mungkin boleh fikirkan untuk mula buat sesuatu untuk tambah pendapatan atau kurangkan perbelanjaan lain. Mungkin boleh buat Grab (kalau ada masa) atau sewakan kereta.

      Reply
      1. surria

        dik syira.. klau rasa dah terbeban.. atau trsilap.. kete dh beli pun. huhu.. jd kene cari solusi utk jana income lebih.. jom wsp kak su.. maybe akak bole tolg.. akak sales advisor perodua ni no 01116930576..jgn risau pasti ade jlan trbaik.. mana yg nak beli kete perodua jom chat ya.. tq

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Betul tu. Belanja yang dah dibuat, tak guna lagi untuk disesali. Move on, cari income lebih atau kawal perbelanjaan lain. Dan ambil pengajaran jika nak beli lagi kereta pada masa depan.

          Reply
  4. Suriafilem

    salam. sesiapa yg perlukan bantuan nak beli kete perodua.. meh wsp akak. akak sales advisor di selangor.. 01116930576.kite carilah jalan nk kasi awak dpt kwte.. ikut budget anda..

    Reply
  5. Myz

    Saya pun dah tersilap buat keputusan membeli kereta. Agak2 bila masa terbaik utk jual kereta?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Susah juga nak jawab soalan ini. Banyak faktor yang perlu diambil kira kalau nak jual kereta. Kalau sekarang Cik masih mampu dan selesa menanggung bayaran bulanan dan juga kos-kos lain atas kereta tersebut, tidak salah untuk tangguhkan dulu hasrat jual kereta. Tunggu sehingga nilai kereta lebih tinggi berbanding baki loan bank, jual pada masa tersebut. Tetapi, kalau sekarang dah rasa terbeban, boleh cuba jual kepada pembeli dengan harga setinggi mungkin. Mungkin akan rugi sebab perlu top-up untuk jelaskan loan bank, tetapi sekurang-kurangnya terlepas beban kos bulanan menanggung kereta tersebut.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini