Tag Archive: cara menyimpan duit

10 Sebab Digalakkan Simpan Duit Dalam Tabung Haji

simpan duit tabung hajiDalam artikel Tips Simpan Duit, saya ada menyatakan bahawa antara tempat terbaik untuk simpan duit adalah dalam akaun Tabung Haji, selain daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Walaupun ada yang beranggapan kedua-dua Tabung Haji dan ASB bukanlah instrumen simpanan, sebaliknya instrumen pelaburan, namun secara peribadi saya lebih suka untuk menganggap kedua-duanya sebagai instrumen simpanan.

Maknanya, kalau nak simpan duit seperti untuk dana kecemasan, dana rizab atau simpanan perbelanjaan (duit yang disimpan untuk dibelanjakan seperti membeli barang atau pergi melancong), boleh simpan dalam Tabung Haji atau ASB.

Manakala kalau nak melabur, boleh tumpukan kepada peluang pelaburan yang lain seperti pelaburan hartanah, pelaburan unit amanah, emas perak dan pasaran saham.

Secara peribadi, saya banyak menggunakan Tabung Haji sebagai tempat simpan duit yang utama berbanding ASB.

Antara kelebihan Tabung Haji yang menyebabkan saya menganggap Tabung Haji sebagai instrumen simpanan terbaik dan memilihnya sebagai tempat simpan duit utama adalah:

Kelebihan Tabung Haji #1 – Modal awal yang rendah

Akaun simpanan Tabung Haji hanya dibuka untuk warganegara Malaysia beragama Islam, dan boleh dibuka dengan modal serendah RM 2 sahaja.

Ya, RM 2 sahaja, bukan RM 200 atau RM 2,000

Dengan modal serendah ini, tiada alasan untuk tidak membuka akaun simpanan Tabung Haji.

Kelebihan Tabung Haji #2 – Modal simpanan dijamin

Dalam Akta Tabung Haji, dinyatakan dengan jelas bahawa konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan)

Dalam konsep ini, pendeposit atau penyimpan memberi wang kepada Tabung Haji untuk disimpan manakala Tabung Haji sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut.

Pada masa yang sama, pendeposit memberi keizinan kepada Tabung Haji untuk menggunakan atau meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.

Hasil daripada kebenaran ini, kerajaan melalui Tabung Haji menjamin setiap ringgit wang yang diletakkan oleh pendeposit dalam akaun Tabung Haji.

Tabung simpan duit yang baik sememangnya harus memastikan modal simpanan asal terjamin, sepertimana akaun simpanan Tabung Haji ini.

Kelebihan Tabung Haji #3 – Kos yang rendah

Membuka akaun simpanan Tabung Haji adalah percuma, malah tiada yuran pengurusan tahunan pun yang dikenakan ke atas pendeposit.

Jika ada kos yang terlibat pun, hanya apabila menggunakan perkhidmatan agen-agen Tabung Haji, seperti mendepositkan wang melalui perbankan internet seperti Maybank2u atau mesin deposit wang seperti Bank Islam dan Bank Rakyat.

Kelebihan Tabung Haji #4 – Pemberian dividen & bonus kompetitif

simpan duit tabung hajiMelalui kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah yang dinyatakan sebelum ini, Tabung Haji diberi kebenaran oleh pendeposit untuk menggunakan atau meminjam wang pendeposit bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.

Dan itulah yang telah dilakukan oleh pihak Tabung Haji bagi memastikan dananya sentiasa berkembang dan kukuh bagi kemudahan umat Islam menunaikan haji.

Segala keuntungan yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan yang dibuat adalah menjadi hak milik mutlak Tabung Haji dan pengagihan keuntungan tersebut adalah atas budi bicara Tabung Haji sendiri.

Namun begitu, pihak Tabung Haji setiap tahun sentiasa berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan para pendeposit melalui pengagihan Hibbah (hadiah) dalam bentuk dividen dan bonus.

Berikut merupakan kadar dividen dan bonus yang diberikan oleh Tabung Haji dari tahun 2011 hingga 2015:

  • 2011: dividen = 6.00%; bonus = 0.00%
  • 2012: dividen = 6.50%; bonus = 1.50%
  • 2013: dividen = 6.00%; bonus = 2.00%
  • 2014: dividen = 6.25%; bonus = 2.00%
  • 2015: dividen = 5.00%; bonus = 3.00%

Dapat dilihat bahawa kadar dividen dan bonus yang diagihkan adalah sekitar 5-6% setahun, dan ini adalah lebih baik berbanding kadar dividen yang diberikan akaun simpanan tetap bank (sekitar 4.5% setahun)

Malah lebih baik berbanding kadar inflasi di Malaysia yang mana adalah sekitar 3% setahun.

Dengan adanya agihan dividen dan bonus ini yang melebihi kadar inflasi, maka boleh dikatakan simpanan dalam Tabung Haji adalah kalis inflasi.

Ini adalah ciri yang baik untuk dijadikan tabung simpan duit.

Kelebihan Tabung Haji #5 – Dividen & bonus dikecualikan cukai

Sebarang pengagihan dividen dan bonus yang diberikan Tabung Haji kepada para pendepositnya adalah dikecualikan cukai oleh kerajaan.

Maka, pendapatan yang diperoleh tersebut dikategorikan sebagai pendapatan dikecualikan cukai, dan tidak perlu diisytiharkan dalam borang taksiran cukai pendapatan.

Kelebihan Tabung Haji #6 – Zakat dibayar pihak Tabung Haji

Apabila seseorang Muslim mempunyai jumlah simpanan yang cukup nisab (jumlah) dan haul (tempoh), maka diwajibkan ke atasnya untuk mengeluarkan zakat simpanan sebanyak 2.5% daripada jumlah simpanan tersebut.

Contohnya, jika jumlah simpanan dalam akaun bank mencapai RM 15,000 dan telah mencapai tempoh 1 tahun, maka zakat simpanan sebanyak RM 375 (2.5% x RM 15,000) perlu dikeluarkan sebagai penyucian harta.

Tetapi, jika disimpan dalam akaun simpanan Tabung Haji, pendeposit tidak perlu mengeluarkan zakat simpanan kerana telah dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji.

Untuk keterangan lanjut, boleh baca di sini atau di sini.

Kelebihan Tabung Haji #7 – Simpanan dan pengeluaran tanpa had

Tabung Haji membenarkan pendepositnya mendepositkan seberapa banyak duit yang ingin disimpan dalam akaun Tabung Haji masing-masing.

Tiada had simpanan.

Begitu juga dengan pengeluaran, tiada had dari segi jumlah pengeluaran dan juga kekerapan.

Itulah ciri-ciri tempat simpan duit yang baik; mudah untuk dibuat simpanan, mudah juga untuk dicairkan jika memerlukan.

Kelebihan Tabung Haji #8 – Tadbir urus yang baik

simpan duit tabung hajiUntuk membuat keputusan pelaburan atau perniagaan membabitkan wang pendeposit, Tabung Haji mempunyai sistem tadbir urus yang baik.

Sebarang keputusan perlu mendapat kelulusan Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah, yang mana anggota kedua-dua entiti tersebut adalah daripada orang yang berbeza.

Keputusan akhir pula perlu mendapat kelulusan daripada menteri yang dipertanggungjawabkan.

Proses ini penting untuk memastikan setiap keputusan pelaburan dan perniagaan yang dibuat dilakukan secara telus.

Kelebihan Tabung Haji #9 – Patuh syariah

Tabung Haji memastikan setiap pelaburan dan perniagaan yang dibuat adalah patuh syariah.

Perkara ini dikawal oleh Panel Pelaburan dan juga Jawatankuasa Penasihat Syariah yang ditubuhkan Tabung Haji.

Maka, pendeposit tidak perlu bimbang berkenaan kesucian dan status patuh syariah Tabung Haji.

Kelebihan Tabung Haji #10 – Simpanan untuk menunaikan Haji

Tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah untuk mengendalikan dan memudahkan urusan haji pendepositnya.

Maka, bagi mereka yang menyimpan dengan Tabung Haji, selain memperoleh khidmat tempat simpan duit yang baik dan agihan pendapatan setiap tahun, mereka diberi khidmat untuk menunaikan ibadah haji.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menyimpan duit sehingga RM 1,300 dalam akaun Tabung Haji dan membuat pendaftaran haji.

Kemudian, tambahlah simpanan dari semasa ke semasa sehingga cukup kos haji dan tiba giliran menunaikan haji.

Penutup

Itulah sahaja beberapa kelebihan akaun simpanan Tabung Haji yang menjadikan Tabung Haji sebagai tempat simpan duit yang terbaik.

Jadi, jika anda masih belum mempunyai akaun simpanan Tabung Haji, bolehlah membukanya dengan segera.

Akaun simpanan Tabung Haji bukan sahaja boleh dibuka di kaunter-kaunter Tabung Haji, malah menerusi kaunter-kaunter di Bank Islam dan Bank Rakyat.

Sebarang urusan seperti penambahan deposit dan pengeluaran daripada akaun simpanan Tabung Haji boleh dilakukan melalui pelbagai cara, samaada menerusi kaunter (Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat), mesin ATM dan CDM (Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat) dan juga online (Tabung Haji online eTHiJARI, Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam etc)

Memang mudah untuk menggunakan akaun simpanan Tabung Haji.

5 Perkara Berkaitan Teknik Loan ASB Yang Perlu Diberi Perhatian

teknik loan ASBTidak dinafikan, teknik loan ASB ataupun teknik financing ASB, jika dilakukan dengan betul, merupakan teknik yang powerful untuk mendapatkan jumlah simpanan yang besar dalam tempoh masa yang singkat.

Berbanding dengan menyimpan secara biasa, teknik loan ASB menggunakan kuasa leveraging (guna duit orang lain, iaitu bank) dan kuasa compounding (dividen dicampurkan dengan modal asal) untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Contohnya, jika menggunakan 3 teknik loan ASB paling popular, anda akan dapat:

  • teknik 1: modal RM 14,500, hasil akhir RM 39,000
  • teknik 2: modal RM 72,264, hasil akhir RM 109,000
  • teknik 3: modal RM 86,717, hasil akhir RM 152,035

Dan oleh kerana teknik loan ASB boleh dikatakan sangat mudah dilakukan dengan syarat tahu caranya, maka teknik ini telah menjadi pilihan kebanyakan orang untuk membuat simpanan secara paksaan (force-saving)

Tambahan lagi, terdapat banyak panduan berkenaan teknik loan ASB yang dkongsikan oleh mereka yang pakar, contohnya Combo ASB Genius, dan ini memudahkan lagi orang ramai untuk belajar dan menggunakan teknik financing ASB sebagai jalan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

Jika anda pun teringin untuk menggunakan teknik financing ASB, sebaik-baiknya ambil kira beberapa perkara penting ini terlebih dahulu:

1. Komitmen bayar hutang

Apabila menggunakan teknik loan ASB, sudah semestinya perlu meminjam dengan bank.

Apabila meminjam, perlulah ingat bahawa hutang adalah hutang, dan hutang wajib dibayar.

Setiap bulan, peminjam wajib menyelesaikan bayaran ansuran yang dikenakan oleh bank.

Kalau gagal buat bayaran ansuran, mungkin akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Contohnya, bank boleh force-surrender sijil loan ASB yang dibuat, menyebabkan matlamat asal membuat teknik loan ASB tidak tercapai.

Dan peminjam boleh disenaraihitamkan dalam CCRIS, yang mana boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain selepas ini.

Oleh itu, jika ingin aplikasikan teknik loan ASB, pastikan mampu dan berdisiplin membayar ansuran bulanan yang ditetapkan bank, dan mampu beri komitmen untuk jangka masa panjang.

Jangan pula selepas apply loan ASB, tiba-tiba dibuat perkara lain yang akan menjejaskan komitmen untuk membayar ansuran loan ASB yang dimohon.

2. DSR akan meningkat

teknik loan ASBApabila bank menilai keupayaan seseorang untuk meminjam, bank akan mengira Debt-Service-Ratio (DSR) pemohon tersebut.

Contohnya, Abu berpendapatan bersih RM 3,000 dan hanya mempunyai hutang kereta sebanyak RM 450/bulan, maka DSR beliau adalah 15% (RM 450 / RM 3,000 x 100 = 15%)

Beberapa lama kemudian, Abu membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,200/bulan, maka DSR Abu sekarang adalah 55%.

Apa akan jadi jika DSR meningkat?

Kesannya, akan menjejaskan kuota atau peluang untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan yang lain, contohnya pembiayaan rumah.

Andaikan bank menghadkan DSR 60% untuk jumlah hutang seseorang, maka Abu boleh dikatakan mustahil untuk mendapatkan pembiayaan rumah jika beliau ingin membeli rumah dalam masa terdekat.

Apa yang perlu dilakukan Abu adalah menaikkan pendapatan beliau dan buktikan kepada bank, atau melupuskan baki-baki hutang yang ada.

Ramai sebenarnya yang tidak dapat memohon pinjaman/pembiayaan rumah akibat terikat komitmen dengan ASB loan, dan perkara ini biasanya terjadi kepada mereka yang tidak merancang matlamat loan ASB mereka dengan baik.

Sepatutnya, rancang dan tetapkan gap masa antara 5 tahun atau lebih antara masa mula teknik loan ASB dengan masa untuk beli rumah.

Dalam erti kata lain, kalau dah merancang nak buat teknik loan ASB, pastikan dalam masa terdekat jangan merancang untuk buat loan lain, kecuali anda berpendapatan besar dan DSR masih sangat rendah.

3. Rekod dalam CCRIS

Apabila membuat loan ASB, nama peminjam akan disenaraikan dalam rekod CCRIS.

Rekod CCRIS adalah satu rekod bersepadu yang diselenggara oleh Bank Negara dan dapat diakses oleh semua bank untuk melihat rekod hutang setiap orang yang ada hutang.

Jika bayaran ansuran dibuat cantik, maka cantiklah rekod CCRIS.

Tetapi, jika ada bayaran yang tertunggak, maka rekod CCRIS akan menjadi tidak cantik.

Ini boleh menjejaskan peluang mendapatkan pinjaman/pembiayaan lain pada masa akan datang.

Untuk loan ASB, peminjam akan direkodkan sebagai mempunyai hutang pinjaman/pembiayaan peribadi.

Maka, perlulah memastikan bayaran ansuran bulanan dilunaskan dengan baik agar dapat menjaga rekod CCRIS sendiri.

4. Kadar faedah pinjaman boleh berubah

Jika dilihat kepada produk ASB financing yang ada sekarang, semuanya dikira berdasarkan kadar faedah terapung yang bersandarkan kepada kadar asas (basal rate, BR)

Contohnya, CIMB ASB financing: BR + 1.30%, Maybank ASB financing: BR + 2.20%, BSN ASB financing: BR + 1.40%

Oleh kerana ASB financing ini berdasarkan kepada kadar faedah terapung, maka boleh sahaja bank menaikkan atau menurunkan kadar faedah mengikut kehendak mereka.

Jika kadar faedah naik, maka akan meningkatlah jumlah pinjaman dan seterusnya bertambahlah bayaran ansuran bulanan.

Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan jumlah keuntungan yang ingin dicapai melalui loan ASB.

5. Kadar dividen tahunan ASB boleh berubah

teknik loan ASBUntuk ASB, yang dijamin adalah modal pelaburan sahaja, tetapi bukan kadar keuntungan.

Maksudnya, jika anda melabur RM 100,000, maka nilai tersebut akan kekal dan tidak akan terjejas walaupun hakikatnya ASB itu sedang mengalami kerugian.

Tetapi, kadar dividen atau bonus yang diberikan setiap tahun adalah tidak dijamin jumlahnya; bergantung kepada prestasi dan keuntungan dana ASB sendiri.

Walaupun rekod menunjukkan bahawa kadar dividen ASB tidak pernah lebih rendah daripada 7%, tetapi dalam situasi ekonomi yang mencabar, tidak mustahil yang kadar dividen ASB akan lebih rendah daripada nilai tersebut.

Kenapa perkara ini penting bagi mereka yang buat teknik loan ASB?

Kerana kadar dividen ASB boleh mempengaruhi jumlah keuntungan yang ingin diperoleh melalui teknik yang dilakukan.

Malah, kebanyakan teknik financing/loan ASB yang diajar meletakkan nilai kadar dividen ASB 7.5% atau lebih dalam pengiraan yang ditunjukkan.

Untuk lebih faham, katakanlah Siti membuat loan ASB sebanyak RM 200,000 selama 25 tahun dengan bayaran ansuran sebanyak RM 1,193/bulan (RM 14,316/tahun)

Siti merancang untuk menggunakan teknik penggubahan (baca di sini: 3 Teknik Loan ASB), maka untuk bayaran ansuran bagi tahun pertama, Siti gunakan duit simpanan beliau.

Untuk tahun kedua pula, Siti merancang untuk menggunakan hasil dividen yang diperoleh daripada sijil loan ASB beliau.

Tetapi, kadar dividen yang diisytiharkan adalah 7% sahaja (sijil loan ASB Siti tidak layak untuk bonus ASB kerana belum capai usia 10 tahun); ini bermakna Siti hanya mendapat RM 14,000 sahaja.

Jumlah ini tidak mencukupi untuk membayar ansuran untuk tahun kedua, malah Siti perlu tambah daripada duit sendiri pula.

Jika ini berterusan, sudah semestinya jumlah hasil akhir yang diperoleh Siti tidak akan sama sepertimana yang ditunjukkan dalam pengiraan teknik loan ASB yang beliau belajar.

Bukan untuk menakutkan

Tujuan semua perkara di atas dijelaskan bukan untuk menakutkan datau menghalang untuk melakukan teknik loan ASB.

Malah, teknik loan ASB memang boleh menjadi satu tool yang hebat sebagai simpanan-paksaan untuk mencapai matlamat kewangan yang diingini.

Cumanya, sebelum membuat teknik loan ASB, pastikan betul-betul faham dengan teknik yang ingin digunakan, dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Dan pastikan apabila ingin melakukan teknik loan ASB, kena ada perancangan yang jelas dari segi objektif, tempoh masa dan keuntungan yang ingin dicapai.

Kalau nak belajar teknik loan ASB, boleh dapatkan di sini: Combo ASB Genius

set combo asb geniusKlik di sini untuk terus dapatkan Combo ASB Genius

p/s: Jika anda berminat untuk membuat loan ASB dan ingin memilih teknik loan ASB terbaik yang sesuai dengan anda untuk mendapatkan keuntungan maksimum, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi supaya lebih faham. Boleh hubungi saya melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://api.whatsapp.com/send?phone=60139798719) Saya sedia membantu anda.

..

[VIDEO] 5 Cara Simpan Duit Untuk Yang Sering Gagal Menyimpan

Khas untuk mereka yang sering gagal untuk menyimpan duit.

Kalau anda rasa sangat susah untuk buat simpanan secara sukarela, ini ada 5 cara simpan duit yang anda boleh lakukan:

1. Teknik tanpa sedar

2. Teknik paksa rela

3. Teknik duit ganjil

4. Teknik bantuan ceti

5. Teknik main kutu

Tonton video di atas untuk penerangan ringkas, atau klik link ini:

https://www.youtube.com/watch?v=n75omM2c57c

Untuk lebih penerangan, baca artikel ini:

http://jomurusduit.blogspot.my/2016/02/5-cara-menyimpan-duit-pasti-jadi.html

Untuk lebih banyak tips pengurusan kewangan peribadi, boleh lawati yang berikut:

Blog: http://jomurusduit.blogspot.my/

FB Page: https://www.facebook.com/jomurusduit/

Jangan lupa subscribe channel ini untuk lebih banyak video: