Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 Untuk e-Filing 2018

pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018Jika disemak di laman web Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN), nampaknya senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 untuk e-filing 2018 dah dikeluarkan.

Bagus juga apabila senarai ini dikeluarkan awal.

Boleh kenalpasti perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar nanti.

Dengan masa yang masih berbaki sebelum pengakhiran 2017 ini, masih sempat untuk buat perbelanjaan-perbelanjaan tersebut supaya dapat membuat tuntutan pelepasan cukai seoptimumnya.

Di samping itu, senang untuk pembayar-pembayar cukai mengumpul dokumen dan resit supaya dapat dirujuk semasa mengisi e-filing bermula 01 Mac 2018 nanti.

Apabila semua dokumen dah tersedia, boleh isi e-filing dengan tenang sesegera mungkin.

Isi e-filing awal, boleh selesaikan urusan pembayaran cukai pendapatan awal.

Kalau ada lebihan bayaran cukai pula, boleh dapat awal duit lebihan tersebut.

Bolehlah disimpan, dilaburkan atau dibelanjakan kepada perkara-perkara yang bermanfaat.

Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 untuk e-filing 2018 yang disiarkan di laman web LHDN:

pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018

Jika dilihat, terdapat 22 kategori pelepasan cukai pendapatan 2017 yang disenaraikan di atas.

Daripada 22 kategori ini, ada yang dikekalkan daripada tahun-tahun terdahulu, dan ada juga yang baru ditambah.

Jom kita perhalusi satu per satu senarai pelepasan cukai pendapatan di atas:

Pelepasan cukai #1 – Individu dan saudara tanggungan

Masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya, pelepasan diri sebanyak RM 9,000 untuk diri-sendiri dan saudara tanggungan diberikan secara automatik apabila mengisi e-filing nanti.

Pelepasan cukai #2 – Penjagaan ibu bapa

Pelepasan ini masih mengekalkan syarat yang sama seperti pada tahun 2016.

Bagi penjagaan ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat penjagaan khas, pelepasan yang diberikan berjumlah RM 5,000

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:

  • Keadaan kesihatan ibu bapa disahkan oleh pengamal perubatan berkelayakan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council, MMC)
  • Ibu bapa mestilah bermaustatin di Malaysia
  • Rawatan perubatan dan khidmat penjaga yang diambil disediakan di dalam Malaysia

Bagi penjagaan ibu bapa yang sihat, yang tidak memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat penjagaan khas, pelepasan yang diberikan adalah sebanyak RM 3,000 bagi kedua-dua ibu bapa atau RM 1,500 bagi ibu atau bapa.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi layak menuntuk pelepasan ini adalah:

  • Anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang sahaja layak membuat tuntutan
  • Tuntutan ke atas ibu bapa tiri adalah tidak dibenarkan
  • Tidak membuat tuntutan bagi ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas dan khidmat penjagaan
  • Jika lebih daripada seorang anak membuat tuntutan, amaun tuntutan perlu dibahagi sama rata mengikut bilangan individu yang menuntut
  • Ibu dan/atau bapa berusia 60 tahun atau ke atas dalam tahun taksiran, dan bermaustatin di Malaysia
  • Pendapatan ibu atau bapa tidak melebihi RM 24,000 setahun seorang pada tahun taksiran

Pelepasan cukai #3 – Peralatan sokongan khas

Bagi pembelian peralatan sokongan khas bagi individu kelainan upaya (OKU) sama ada untuk diri-sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa, boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 6,000

Pelepasan cukai #4 – Individu kelainan upaya (OKU)

Bagi golongan OKU, selain dapat membuat tuntutan pelepasan individu seperti yang dinyatakan di atas, mereka juga boleh menuntut pelepasan OKU sebanyak RM 6,000

Pelepasan cukai #5 – Yuran pengajian sendiri

Bagi individu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan lanjutan (Sarjana dan Doktor Falsafah), layak menuntut pelepasan cukai sehingga RM 7,000 bagi bayaran yuran penganjian tahunan

Antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi adalah:

  • Pengajian di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, atau diluluskan oleh Menteri Kewangan
  • Kursus pengajian peringkat tertiari: Bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
  • Kursus pengajian peringkat lanjutan: Sebarang bidang atau kursus pengajian
  • Tidak mendapat apa-apa tajaan daripada mana-mana pihak atau skim biasiswa
Baca juga:  5 Kesalahan Cukai Pendapatan Yang Mesti Dielakkan

Pelepasan cukai #6 – Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

Jika ada mengeluarkan perbelanjaan bagi rawatan perubatan penyakit-penyakit yang sukar diubati, sama ada bagi rawatan untuk diri-sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak, layak membuat tuntutan sehingga RM 6,000

Penyakit-penyakit yang terlibat adalah sindrom kurang daya tahan (AIDS), Parkinson, barah, penyakit buah pinggan, leukemia, sakit jantung, darah tinggi oulmonari, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepada dengan defisit neurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, serta pemotongan kaki dan/atau tangan.

Pelepasan cukai #7 – Pemeriksaan perubatan

Bagi pemeriksaan perubatan menyeluruh yang dilakukan untuk diri-sendiri, pasangan atau anak-anak, pelepasan sebanyak RM 500 adalah dibenarkan.

Namun begitu, jumlah tuntutan bagi pelepasan #6 dan #7 adalah terhad sehingga RM 6,000 sahaja.

Pelepasan cukai #8 – Perbelanjaan gaya hidup

pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018

Ini adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk tahun taksiran 2017, sepertimana yang dibentangkan dalam Bajet 2017 dahulu.

Kategori ini diperkenalkan untuk membantu orang ramai meringankan kos sara hidup masing-masing.

Antara perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan dalam kategori ini adalah:

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, pasangan (suami/isteri) atau anak-anak
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) (boleh lihat senarai lengkap aktiviti-aktiviti sukan yang dibenarkan dengan muat turun di sini www.kbs.gov.my/my/akta-pekeliling/akta.html)
  • Bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, pasangan atau anak-anak
  • Bayaran langganan internet

Jumlah pelepasan yang dibenarkan adalah sehingga RM 2,500 bagi semua perbelanjaan di atas.

Pelepasan cukai #9 – Pembelian peralatan penyusuan

Bagi menghargai jasa golongan wanita (ibu) dan menggalakkan penyusuan badan, kategori ini diperkenalkan ke dalam senarai pelepasan cukai pendapatan 2017.

Bagi pembelian peralatan penyusuan, pelepasan sehingga RM 1,000 adalah diberikan.

Pelepasan cukai #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

Ini juga adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk meringankan beban ibu bapa yang menghantar anak-anak ke Pusat Asuhan Kanak-kanak atau Pra-sekolah.

Pelepasan sehingga RM 1,000 adalah diberikan untuk kategori ini.

pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018

Pelepasan cukai #11 – Tabungan bersih dalam skim Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Bagi yang membuat tabungan dalam SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM 6,000

Pelepasan ini dikira berdasarkan jumlah tabungan bersih, iaitu jumlah simpanan sepanjang 2017 tolak jumlah pengeluaran sepanjang 2017 (tabungan bersih = jumlah simpanan – jumlah pengeluaran)

Pelepasan cukai #12 – Faedah pembelian rumah

Pelepasan cukai pendapatan bagi faedah pembelian rumah adalah terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Pelepasan ini bukan untuk semua pembeli rumah.

Untuk syarat-syarat kelayakan dan formula pengiraan, boleh rujuk dalam gambar di atas.

Pelepasan cukai #13 – Bayaran kepada pasangan / bayaran alimoni kepada bekas isteri

Jika si isteri tidak mempunyai punca pendapatan/jumlah pendapatan, maka si suami boleh menuntut pelepasan isteri sebanyak RM 4,000

Begitu juga jika si suami tidak mempunyai punca pendapatan/jumlah pendapatan, maka si isteri juga boleh menuntut pelepasan suami sebanyak RM 4,000

Pelepasan ini juga boleh dituntut oleh suami atau isteri jika memilih taksiran bersama, dengan jumlah pelepasan sebanyak RM 4,000

Jika ada membuat bayaran nafkah/alimoni kepada bekas isteri, juga layak menuntut pelepasan ini sehingga RM 4,000

Walaubagaimanapun, bayaran nafkah/alimoni secara sukarela kepada bekas isteri di bawah perjanjian bersama tanpa sebarang perjanjian rasmi tidak layak dituntut sebagai pelepasan cukai.

Pelepasan cukai #14 – Pasangan orang kelainan upaya (OKU)

Pelepasan tambahan sebanyak RM 3,500 boleh dituntut jika mempunyai pasangan (suami/isteri) OKU.

Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun

Jika mempunyai anak/anak-anak di bawah umur 18 tahun yang belum berkahwin, maka layak menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 2,000 bagi seorang anak.

Pelepasan cukai #16 & #17 – Anak berumur 18 tahun ke atas

Jika mempunyai anak/anak-anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah), maka layak menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 2,000 seorang.

Jika mempunyai anak/anak-anak berumur 18 tahun ke atas, belum berkahwin dan memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah)
  • mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

maka, layak menuntut pelepasan cukai sebanyak RM 8,000 setiap orang anak.

Pelepasan cukai # 18 – Anak orang kelainan upaya (OKU)

Jika mempunyai/menjaga anak/anak-anak OKU (sebarang umur), maka boleh menuntut pelepasan sebanyak RM 6,000 bagi setiap orang anak OKU.

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 seorang diberikan jika mempunyai/menjaga bagi anak/anak-anak OKU berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

Nota tambahan untuk pelepasan cukai #15, #16, #17 & #18

Semasa isi e-filing untuk kesemua pelepasan cukai di atas, ambil perhatian akan 3 perkara berikut:

  • Bilangan – Isikan jumlah bilangan anak yang layak dituntut pelepasan sepenuhnya (Kelayakan 100%) atau sebahagiannya (Kelayakan 50%) oleh individu.
  • Kelayakan 100% – Ruang ini untuk diisi oleh individu yang layak menuntut pelepasan anak sepenuhnya.
  • Kelayakan 50% – Ruang ini hanya berkenaan jika dua atau lebih individu (bukan suami isteri yang tinggal bersama) layak menuntut potongan berhubung bayaran yang dibuat ke atas anak yang sama, dan setiap individu tersebut layak menuntut 50% daripada pelepasan yang dibenarkan sebagai potongan. Contohnya apabila berlaku perceraian dan terdapat dua atau lebih individu yang layak menuntut potongan ke atas anak yang sama.
  • Taksiran Berasingan – Individu dan suami / isteri perlu memilih pelepasan ke atas setiap anak yang ingin dituntut masing-masing. Contohnya, Abu dan Siti mempunyai 5 orang anak, maka tuntutan yang boleh dibuat sama ada Abu 5, Siti 0; Abu 4, Siti 1; Abu 3, Siti 2; Abu 2, Siti 3; Abu 1, Siti 4 atau Abu 0, Siti 5.
Baca juga:  Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2016 Untuk e-Filing 2017

Pelepasan cukai #19 – Insurans/takaful nyawa & KWSP

Bagi yang melanggan pelan perlindungan insurans/takaful nyawa yang melindungi individu, isteri atau suami (tidak termasuk anak-anak), serta mencarum dalam skim KWSP atau kumpulan wang lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (bahagian caruman sendiri), sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sendiri, maka layak menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 6,000 maksimum.

Contohnya, anda mencarum pelan takaful nayawa RM 2,400 setahun dan KWSP RM 6,000 setahun, maka pelepasan yang layak dituntut adalah RM 6,000 sahaja.

Pelepasan cukai #20 – Skim Persaraan Swasta, SPS (Private Retirement Scheme, PRS) atau Anuiti Tertunda (Deferred Annuity)

Pelepasan ini khas untuk mereka yang menyertai atau menambah simpanan ke dalam skim PRS yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti atau mencarum dalam skim anuiti tertangguh.

Jumlah pelepasan yang layak dituntut adalah sehingga RM 3,000 maksimum.

Pelepasan cukai #21 – Insurans/takaful pendidikan dan perubatan

Pelepasan sehingga RM 3,000 diberikan jika ada mencarum atau melanggan skim insurans/takaful pendidikan dan perubatan, sama ada untuk diri-sendiri, pasangan dan juga anak-anak.

Pelepasan diberikan kepada caruman melalui potongan gaji, atau pun bayar sendiri tanpa melalui potongan gaji.

Insurans/takaful kesihatan termasuklah manfaat yang melindungi risiko akibat penyakit kritikal dan juga kad perubatan (manfaat bayaran caj rawatan dan hospital)

Pelepasan cukai #22 – Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Pelepasan tidak melebihi RM250 dibenarkan bagi sumbangan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dibuat atau ditanggung oleh individu.

Pelepasan cukai pendapatan yang digugurkan

Kita dah pun meneliti satu per satu senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 yang akan digunakan apabila mengisi e-filing bermula Mac 2018 nanti.

Sekarang, jom kita lihat pelepasan cukai pendapatan 2016 yang digugurkan daripada senarai 2017 di atas:

  • Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan – RM 1,000
  • Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) – RM 3,000
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan – RM 300

Ketiga-tiga pelepasan ini tidaklah digugurkan sepenuhnya, sebaliknya disatukan di bawah satu kategori, iaitu pelepasan cukai #8 perbelanjaan gaya hidup.

Malah, ditambah baik dengan membenarkan tuntutan pelepasan bagi langganan akhbar, pembelian telefon pintar atau tablet, bayaran keahlian gimnasium dan langganan internet.

pelepasan cukai pendapatan 2017 efiling 2018

Penutup

Selain derma, hadiah dan rebat cukai, pelepasan cukai pendapatan juga adalah penting untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang dikenakan.

Untuk layak mendapat pelepasan cukai yang disenaraikan, perlulah melakukan perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan pada tahun taksiran cukai tersebut.

Sebagai contoh, bagi tahun taksiran 2017, perbelanjaan-perbelanjaan tersebut hendaklah dilakukan pada tahun 2017.

Pengisian e-filing pula akan dilakukan pada tahun 2018, kebiasaannya bermula 01 Mac setiap tahun.

Di samping itu, dokumen-dokumen berkaitan seperti resit dan penyata hendaklah dikumpul dan disimpan dengan baik untuk memudahkan rujukan dan juga pengauditan jika diminta oleh pihak LHDN.

Itu sahaja perkongsian kali ini berkenaan senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 untuk e-filing 2018.

Semoga bermanfaat untuk semua dan dapat membantu ketika mengisi e-filing nanti.

p/s: Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini ya. Terima kasih.

..

Baca juga:  Kadar Zakat Fitrah 2017 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

220 Comments

  1. Mr Pang

    Soalan tentang pelepasan gaya hidup baru: Jika filing 2017, kita sudah buat pelepasan untuk computer boleh lagikah kita buat pelepasan untuk gaya hidup di filing 2018.

    Reply
    1. izzuddinjaaffar (Post author)

      Kalau dirujuk pada senarai yang dikeluarkan LHDN, tiada lagi syarat tuntutan pelepasan pembelian komputer sekali setiap 3 tahun. Jadi, boleh tuntut semasa efiling 2018 jika pembelian dilakukan pada 2017.

      Reply
    2. Norhamiza

      As salam..sy nk tnya..utk handphone..jika saya membeli hp pd thn 2013..bolehkah saya claim utk e-filing 2017?

      Reply
      1. Norhamiza

        Sorry..e-filing 2018..sbb sblm ni xde pelepasan utk hp..mohon pencerahan

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Jika ada buat pembelian smartphone pada 2017, maka layak untuk tuntut pelepasan cukai dalam e-filing 2018, di bawah kategori perbelanjaan gaya hidup. Ini adalah kategori baru yang diperkenalkan untuk e-filing tahun ini, jadi tahun-tahun sebelum ini memang tak ada.

          Reply
      2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Wsalam. Tak boleh. Hanya pembelian telefon pintar pada tahun 2017 layak dibuat tuntutan pelepasan cukai dalam e-filing tahun ini.

        Reply
  2. danial

    bayaran langganan internet tu blh termasuk streamyx ker? bukti langganan tu apa? bil ker? kalo langgan yang prepaid xder bil macammana? tq.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Apa-apa bukti yang menunjukkan Tuan ada membuat bayaran langganan Internet, seperti resit, penyata, bil, sama ada untuk rumah (contoh Streamyx, Unifi, Maxis Fiber) atau handphone, boleh membuat tuntutan pelepasan tersebut. Nanti apabila e-filing dibuka untuk pengisian, biasanya pihak LHDN akan sediakan nota rujukan untuk hal-hal ini. Jadi, boleh rujuk nota yang akan dikeluarkan nanti.

      Reply
      1. danial

        terima kasih banyak2

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama. Harap dapat membantu.

          Reply
      2. aku la

        langganan kira selama mana bayar 2017 ka?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Ya, untuk efiling tahun 2018, untuk bayaran/langganan pada tahun 2017 sahaja.

          Reply
          1. Ruslan

            internet utk smartphone pun bley buat tuntutan pelepasan juga ker? mcm saya ambik pakai line webe pada smartphone saya RM79 setiap bulan, jd sy bley tuntut pelepasan la eh?

          2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

            Ya, boleh.

  3. may

    “Pelepasan cukai #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”

    hi, Selamat petang.

    nak tanya anak berumur 7 tahun ke bawah baru layak buat tuntutan ini? jika anak yang masuk sekolah rendah tak dilayak kan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Hai, terima kasih kerana sudi singgah di sini.

      Apa yang diketahui buat masa sekarang, pelepasan ini layak untuk anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke Pusat Asuhan Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pra-Sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

      Apa-apa pun, nanti pihak LHDN akan keluarkan nota rujukan apabila e-filing dibuka. Mungkin akan diterangkan lagi syarat-syarat lain atau situasi-situasi lain yang boleh dibuat tuntutan pelepasan.

      Reply
  4. wan

    hi,

    E-filing utk sole proprietor bermula bila ye?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu ssaya bermula 01 Mac juga, cuma tarikh akhir lebih lama iaitu sehingga 30 Jun.

      Reply
  5. Amin

    Saya mengikuti Program Certified Estate Agency di Institut Penilaian Negara. Adakah fee untuk mengikuti kursus ini layak diberi pengecualian cukai pendapatan? Terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ini adalah apa yang dinyatakan pihak LHDN dalam NotaBE:

      Bayaran yuran tahunan terhad kepada RM7,000 dibenarkan sebagai potongan untuk kursus pembelajaran di institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Menteri Kewangan bagi maksud meningkatkan kemahiran atau kelayakan:
      (i) sehingga ke peringkat tertiari (selain Sarjana dan Doktor Falsafah) – dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi; atau
      (ii) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
      Perenggan 46(1)(f) ACP 1967.

      Jika merujuk kepada syarat-syarat di atas, Tuan layak untuk tuntut pelepasan cukai. Untuk pengesahan, saya cadangkan boleh bertanya kepada penganjur sama ada kursus/program yang Tuan sertai layak untuk pelepasan cukai atau tidak.

      Reply
  6. Shibaru11

    Saya tidak nampak di mana kita boleh menuntut pelepasan zakat…
    Boleh jelaskan x?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Zakat dikira sebagai rebat, bukan pelepasan cukai. Contohnya selepas ditolak pelepasan cukai, jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 1,000. Tetapi, oleh kerana dah bayar zakat sebanyak RM 800, maka jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 200 sahaja.

      Reply
  7. Mizi

    Terima kasih atas artikel yang serba membantu. Jika peralatan penyusuan dibeli utk isteri, layak ke suami tuntut pelepasan cukai ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Berkenaan soalan Tuan, kalau ikut pengumuman sebelum ini, pelepasan bagi pembelian peralatan menyusu hanya dikhaskan untuk wanita sahaja. Tetapi, masih belum muktamad. Apa-apa pun, kita tunggu sehingga e-filing 2017 dibuka pada 01 Mac 2018 nanti, barulah tahu sama ada si suami boleh membuat tuntutan atau tidak.

      Reply
      1. Mizi

        Noted dan terima kasih. Banyak lagi artikel yang menarik dalam blog ni tentang pengurusan wang yang ditulis dalam bahasa ringkas yang mudah difahami, inshaAllah dapat membantu rakyat kita dalam memahami struktur kewangan dgn lebih jelas.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Terima kasih atas komen Tuan πŸ™‚

          Reply
  8. Banun

    Pelepasan cukai #8 – bayaran langganan internet
    bagaimana dengan pakej langganan internet termasuk dengan talian telefon sekali, seperti yang telah ditawarkan oleh syarikat telco masa kini. Adakah pakej ini boleh dikira sebagai PELEPASAN CUKAI BAGI BAYARAN LANGGANAN INTERNET. Mohon penjelasan, terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu saya, kebanyakan yang ditawarkan syarikat-syarikat telco sekarang adalah pakej langganan internet/data dengan tawaran istimewa kadar panggilan dan SMS. Sebagai contoh, langgan pakej data unlimited dan dapat kadar panggilan serta SMS percuma.

      Untuk yang sebegini, untuk bayaran langganan pakej data/internet tersebut, bolehlah dibuat tuntutan pelepasan cukai bagi kategori perbelanjaan gaya hidup.

      Reply
      1. Banun

        Terima kasih tuan atas penjelasan

        Reply
      2. Eazffahani Ahmad

        Maknanya boleh buat tuntutan pelepasan la ya..pakej yg En ceritakan ni..

        Saya ada soalan..Kalau misalnye 2013 sampai 2016 suami yg bayar bil internet di rumah..Bil nama suami..Tp 2017 sy telah mmbyr bil tersebut selama setahun..Bukti yg saya byr pun ada melalui internet banking akaun saya.Bole tak sy membuat tuntutan?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Orang yang layak menuntut adalah yang tertera namanya pada bil. Sebab, penama bil tersebut dikira sebagai pelanggan, walaupun pembayar adalah orang lain. Saranan saya, kalau Puan yang bayar dan nak tuntut pelepasan, kena tukar akaun Internet tersebut kepada nama Puan.

          Reply
    2. JIMMY LIONG WENG HAW

      Maknanya jumlah pembayaran termasuk gst atau tidak? Atau hanya harga asal sahaja

      Reply
      1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

        Tidak termasuk GST

        Reply
  9. Shamsul

    Untuk derma yg kita buat pemotongan bulanan, (cth pemotongan derma kepada MAKNA,NKF) Adakah leyak utk peleoasan cukai ataupon rebat?
    Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, layak. Tetapi derma & hadiah bukan di bawah kategori pelepasan cukai, sebaliknya di bawah kategori potongan cukai. Nanti apabila isi e-filing, akan ada ruang khas untuk jumlah derma & hadiah yang diberikan. Jadi, bolehlah isikan jumlah yang Tuan keluarkan tersebut. Derma & hadiah juga akan membantu untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

      Reply
  10. she

    Adakah perbelanjaan penyakit kulit kronik yang memerlukan rawatan berterusan boleh dikira sebagai perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, boleh.

      Reply
  11. Suren

    Tax rebate untuk invidivu bawah RM35k masih ada ke ? Yang potong RM400

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, masih ada. Khas untuk pembayar cukai berpendapatan di bawah RM 35k sahaja. Boleh rujuk di sini: Rebat Cukai

      Reply
  12. shamb

    Bagaimana dengan anak oku yang perlukan peralatan pengurusan diri berterusan seperti ubatan dan diapers. Adakah dapat pelepasan cukai dibawah perkara 3?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ini adalah penerangan yang diberikan pihak LHDN dalam NotaBE bagi pelepasan #3:

      Pembelian alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM6,000. Alat sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu dan alat pendengaran tetapi tidak termasuk cermin dan kanta mata. Perenggan 46(1)(d) ACP 1967.

      Berdasarkan ini, ubatan dan diapers adalah tidak layak dituntut di bawah kategori #3

      Walaubagaimanapun, Tuan masih layak menuntut pelepasan di bawah kategori anak kurang upaya sebanyan RM 6000

      Reply
  13. akmelaka mari

    pelepasan cukai no 12 takde pun masa isi e filling

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Saya baru sahaja semak di alamn web LHDN, pelepasan ini telah digugurkan. Lagipun, pelepasan ini hanya layak untuk pembelian rumah yang mana perjanjian jual beli yang ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010, dan pelepasan hanya layak bagi 3 tahun taksiran berturut-turut sahaja.

      Jadi, mungkin sudah melebihi tempohnya, maka sudah tidak muncul lagi semasa isi e-filing.

      Reply
      1. clere

        Maksudnya jika perjanjian jual beli bermula 1 Jan 2011 hingga 31 Dis 2011 dan seterusnya tidak lagi dimasukkan dalam pelepasan ini?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Ya, betul.

          Reply
      2. Ellya

        Kalau tempohnya masih ada lagi ttp dlm pengisian e filing tiada. .Apa yg perlu saya lakukan? Kena isiborang manual ker?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Maaf, saya tak tahu. Perlu dirujuk kepada LHDN sendiri.

          Reply
  14. Lia

    Tuan sekiranya bil internet unifi beserta pakej hyptv macamana diambilkira keseluruhan bil atau internet sahaja.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bayaran untuk Internet sahaja.

      Reply
      1. Lia

        Tq

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama πŸ™‚

          Reply
  15. danial

    Salam,

    saya nak tanya lagi, maaf yer, kalau saya ambil satu insurans untuk saya dan satu insurans untuk anak saya (dimana orang yang dilindungi adalah anak saya dan pemilik sijil adalah saya), bolehkah saya mendapat pelepasan cukai untuk kedua-dua insurans ini? Dan apakah jenis insurans yang boleh saya tuntut pelepasannya, nyawa atau perubatan? Kalau ditengokkan dalam statement tu, jenis insurans saya adalah PruBSN TakafulLink (PruBSN) dan anak saya adalah Takaful myGenLife (Takaful Malaysia). Kalau tengok benefit bagi insurans2 ni, ada tertulis “Accidental Death & Disablement”. Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Untuk insurans/takaful nyawa, hanya boleh dituntut pelepasan bagi bayaran ke atas polisi sendiri, suami dan isteri. Polisi untuk anak tidak boleh dituntut.

      Untuk insurans/takaful perubatan dan pendidikan, boleh dituntut pelepasan bagi bayaran ke atas polisi sendiri, suami, isteri dan anak-anak.

      Untuk tahu jenis polisi yang Puan langgan untuk sendiri dan anak, Puan boleh semak melalui ejen atau penyata tahunan yang diperoleh. Biasanya memang jelas dinyatakan sama ada untuk manfaat nyawa, kemalangan, perubatan, penyakit dan pendidikan.

      Reply
  16. Ashraf

    Tuan,

    2017 merupakan tahun pertama bagi saya membayar cukai pendapatan, jadi saya mempunyai satu soalan yang basic. Minta percerahan, bolehkah saya membayar zakat pendapatan pada tahun 2018 (sebelum e-filing deadline) untuk melayakkan diri bagi mendapatkan tax rebate untuk tahun taksiran 2017? Jika tidak boleh, maka tax rebate itu layak diperolehi untuk tahun taksiran 2018 (e-filing 2019) betul?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, begitulah. Kalau nak dapat rebat untuk 2017, maka bayaran zakat mesti dibayar sebelum 31/12/2017. Kalau dibayar pada tahun 2018, maka layak untuk rebat bagi tahun 2018 (efiling 2019).

      Reply
  17. Kamal

    Tuan nak tanya..contoh sy ade buat bayaran zakat pada 2017 sebanyak 10k setahun…adakalah sy layak nk buat untuk claim balik…sebab untuk zakat macam x da je 2017…

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, boleh. Zakat adalah di bawah kategori rebat cukai, bukan pelepasan cukai. Nanti apabila isi e-filing, ada ruang khas untuk bayaran zakat. Tuan hanya perlu isi jumlah zakat yang dibayar ke dalam ruang tersebut.

      Reply
  18. Ravan

    Ibu saya menggunakan alat pendegaran..adakah itu dibawah ketegori OKU dan blh ke saya tuntun belanja beli alat tu serta battery utk alat tu?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ini adalah apa yang dinyatakan LHDN bagi pelepasan cukai ke atas perbelanjaan peralatan sokongan asas:

      Pembelian alat sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM6,000. Alat sokongan asas termasuk mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu dan alat pendengaran tetapi tidak termasuk cermin dan kanta mata. Perenggan 46(1)(d) ACP 1967.

      Berdasarkan penerangan di atas, ya, Tuan boleh tuntut pelepasan untuk pembelian alat pendengaran bagi ibu Tuan.

      Reply
  19. Azie

    Salam….
    Tuan…sya ingin bertanya tentang pelupusan aset (rumah)…
    thn lepas umah sya dilelong oleh pihak bank tetapi sya tidak inform pihak LHDN berkenaan pelupusan aset tersebut dan sya dimaklumkan oleh pihak bank segala hal berkenaan cukai telah diuruskan oleh pihak bank. Perlukah saya mengisi ruang di bahagaian pelupusan aset berkenaan

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Oleh kerana Puan ada melupuskan aset, maka perlu pilih “YA” pada ruang melupuskan aset. Oleh kerana tidak diisytiharkan kepada LHDN, maka Puan pilihlah “TIDAK” pada ruang melaporkan kepada LHDN.

      Oleh kerana pihak bank menyatakan bahawa segala hal berkaitan cukai telah diuruskan mereka, saya sarankan Puan untuk dapatkan salinan dokumen berkenaan daripada pihak bank. Manalah tahu, nanti pihak LHDN kuiri kenapa Puan tidak melaporkan pelupusan aset tersebut. Dengan adanya salinan dokumen tersebut, sekurang-kurangnya Puan ada bukti bahawa segalanya telah diselesaikan pihak bank.

      Untuk lebih kepastian, disarankan juga Puan mengunjungi mana-mana cawangan LHDN untuk maklumat lanjut.

      Reply
  20. Karim Bakri

    Pelepasan cukai #13 – Bayaran kepada pasangan / bayaran alimoni kepada bekas isteri

    Hi,

    Bolehkah saya ingin tahu,

    Tiada punca pendapatan dengan tiada jumlah pendapatan adakah ianya berbeza?

    isteri saya bekerja sambilan dan jumlah pendapatan tahunannya tak melayakkan dia dipotong pcb. Adakah ini maksud tiada jumlah pendapatan? Kerana jika tiada sumber pendapatan akan jatuh kategori tiada punca pendapatan.

    Mohon penjelasan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ini apa yang dinyatakan LHDB dalam NotaBE berkenaan pelepasan ini:

      Pelepasan isteri diberi sebanyak RM4,000 bagi isteri yang tinggal bersama dalam tahun asas, isteri tiada punca pendapatan / jumlah pendapatan; atau isteri memilih taksiran bersama. Perenggan 47(1)(a) ACP 1967.

      Tiada punca pendapatan = tidak bekerja, tidak ada gaji. Tiada jumlah pendapatan = jumlah pendapatan isteri tidak layak dikenakan cukai.

      Reply
      1. Karim Bakri

        Dalam kes saya, pendapatan saya dikenakan cukai tapi pendapatan isteri tidak dikenakan cukai.

        Bolehkah saya membuat taksiran berasingan dan menuntut pelepasan sebanyak RM4,000.

        Terima kasih diatas pencerahan.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Kalau difahami daripada kenyataan daripada LHDN di atas, Tuan boleh tuntut.

          Reply
  21. Razzali

    Selepas selesai mengisi borang..berapa lama tempoh diambil untuk lebihan bayaran dimasukan ke dalam akaun bank kita ya..terima kasih tuan haji

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sekitar 2-3 minggu jika tiada apa-apa masalah.

      Reply
  22. WOng

    Pelepasan cukai #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
    Isteri dan suami kongsi RM1000? atau RM1000 asing asing?
    Ada nota rujukan apabila e-filing dari LHDN? Macan mana download?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bagi kategori ini, pelepasan yuran bagi seorang anak, hanya layak dituntut oleh salah seorang isteri atau suami sahaja.

      Semasa isi e-filing, ada NotaBE yang boleh didownload.

      Reply
  23. Zanariah

    Salam…tuan..
    Kalo kita ada membuat caruman wakaf..adakah boleh dapatkan rebet utk kategori derma…

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kalau caruman wakaf tersebut diberi kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, maka boleh tuntut di bawah kategori derma/hadiah/sumbangan. Namun, jumlah yang boleh dituntut adalah terhad kepada 7% daripada pendapatan agregat yang diperoleh.

      Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pihak LHDN.

      Reply
  24. Zanariah

    Bolehkah kita menuntut pelepasan cukai untuk kategori gaya hidup sihat dlm jumlah maksimum rm2500 atas faktor pembelian buku ..sebab anak menuntut di ipt banyak guna duit untuk membeli buku rujukan
    Dan suratkhabar dan majalah untuk diri dan keluarga..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau jumlah pembelian semua buku, majalah dan suratkhabar tersebut melebihi/sama dengan RM 2500, maka boleh tuntut maksimum RM 2500. Yang penting, resit mesti disimpan.

      Reply
  25. Eric

    EA FROM SECTION F(JUMLAH ELAUN/PERKUSIT/PEMBERIAN/MANFAAT YANG DIKECUALIKAN CUKAI)
    Kena isi kat e-filing take? Jikalau nak, kat colum mana?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Setahu saya, pendapatan yang dikecualikan cukai tidak perlu diisi ke dalam e-filing.

      Reply
      1. Eric

        thank you

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Welcome πŸ™‚

          Reply
          1. ong

            boleh kah saya tau EA (F) jumlah elaun ada limit ?

          2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

            Maaf, saya tak tahu. Boleh rujuk dengan LHDN.

  26. Siti

    Tuan,
    Sekiranya isteri bekerja dan memilih taksiran berasingan, adakah suami layak untuk menuntut pelepasan cukai #13 – nafkah isteri?
    Terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak boleh.

      Reply
  27. Jamisahjamil

    Jika terlupa masukkan pembelian computer untuk tafsiran 2017 bolehkah dibawa untuk tafsiran 2018

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Untuk e-filing tahun 2018, hanya perbelanjaan pada tahun 2017 sahaja layak dituntut pelepasan. Jika pembelian kompiter tersebut dibuat sebelum pada tahun 2017, maka tidak layak dituntut pelepasan sekarang walaupun terlupa dibuat sebelum ini.

      Reply
  28. Gie Rahim

    Tuan,
    Saya bekerja hampir 5 tahun tetapi tahun 2017 adalah pertama kali saya buat efiling utk 2016. Boleh tak saya buat efiling utk tahun sebelum 2013 – 2015 pada tahun ini?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Jika tahun-tahun sebelum ini pendapatan Tuan memang layak dikenakan cukai, tetapi tuan tidak buat e-filing, masih boleh dibuat pada tahun ini. Tetapi, boleh dikenakan caj penalti kerana lewat isytihar. Apa-apa pun, boleh rujuk pihak LHDN untuk lebih maklumat.

      Reply
  29. Shaniza

    Salam Tuan,
    Berkenaan Pelepasan cukai #2, bayaran kepada ibu dan bapa sebanyak RM1500.00 adakah apa2 bukti (bank statement) atau resit yg diperlukan? Kebiasaan duit diberi secara tunai kepada ibu bapa.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tidak perlukan bukti seperti bank statement dan resit.

      Reply
  30. Lin

    Tuan, sekiranya suami tiada jumlah pendapatan, boleh kah saya menuntut pelepasan untuk anak tiri yg tinggal bersama? #15. Terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ini adalah apa yang ditakrifkan ke atas “Child” (anak) dalam Akta Cukai Pendapatan 1967:

      In this section β€œchild”, in relation to an individual or his wife, means a legitimate child or step-child of his or his wife, or a child proved to the satisfaction of the Director General to have been adopted by the individual or his wife in accordance with any law.

      Jadi, Puan boleh tuntut pelepasan atas anak tiri Puan.

      Reply
  31. Ruslan

    nk tanya bayaran langganan internet tu termasuk langganan internet utk smartphone spt celcom, maxis, webe dan sebagainya. dgn kata lain postpaid.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya.

      Reply
  32. Wong

    Anak yang 2 tahun tapi tidak masuk Pusat Asuhan. Boleh claim Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun?

    Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun -> umur dari tahun apa boleh claim ini?

    Kalau anak yang 4 tahun sudah claim under #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah, boleh claim lagi under cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Q: Anak yang 2 tahun tapi tidak masuk Pusat Asuhan. Boleh claim Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun?
      A: Ya, boleh

      Q: Pelepasan cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun -> umur dari tahun apa boleh claim ini?
      A: Dari umur 1 hari pada tahun taksiran.

      Q: Kalau anak yang 4 tahun sudah claim under #10 – Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah, boleh claim lagi under cukai #15 – Anak di bawah umur 18 tahun?
      A: Boleh

      Reply
  33. Mohd fazruf bin mohd afandu

    Salam, jika tersilap isi maklumat dan jumlah, apakah tindakan yanh perlu saya laku kan..borong cukai dah submit 2 minggu lalu..

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kena berhubung dengan pihak LHDN sendiri. Atau pun, boleh rujuk di sini: Pindaan Selepas Penghantaran Borang

      Reply
  34. Wan

    Nak bertanya.. sekiranya isteri telah claim 100% ke atas anak under #15. Boleh ke suami membuat pelepasan cukai utk simpanan pelajaran anak melalui insurans dan sspn #21

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh, kerana kategori berlainan.

      Reply
  35. SUZILIANA

    salam 1Malaysia
    sy dh buat tuntutan pd 1.3.2018..jangkamasa utk dpt bayaran balik tu berapa lama ye..
    tq in advance

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Sekitar 2-3 minggu jika tiada apa-apa masalah.

      Reply
  36. ruhana

    Jika ingin menuntut pelepasan cukai bagi untuk sspni -plus.. dibawah kategori mana dlm e filing
    boleh dibuat?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh dibuat di bawah kategori tabungan bersih dalam SSPN.

      Reply
  37. Izzul

    Nak tanya.. brape lama proses duit tu dikreditkan ke akau kita ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Sekitar 2-3 minggu jika tiada apa-apa masalah.

      Reply
  38. Pingback: What you need to know before you fill up your Tax Form in 2018! – Bwise Management Services

  39. Pingback: Tax Relief (budget 2017) – Bwise Management Services

  40. dzarif

    untuk bahagian gaya hidup, jika laptop dibeli january 2018 masih boleh dimasukkan ke?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak boleh, hanya perbelanjaan pada tahun 2017 sahaja. Jika dibeli pada tahun 2018, nanti masa efiling 2019, boleh tuntut pelepasan.

      Reply
  41. iskandar

    assalamualaikum tuan..jika isteri bekerja tetapi gaji di bawah had yg dikenakan cukai, apakah jenis taksiran cukai yg perlu saya pilih?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Boleh pilih taksiran berasingan.

      Reply
  42. AdamQuah Photography

    Hi, untuk bahagian pelepasan untuk ibu dan bapa, “Bagi penjagaan ibu bapa yang sihat, yang tidak memerlukan rawatan perubatan, keperluan khas atau khidmat penjagaan khas, pelepasan yang diberikan adalah sebanyak RM 3,000 bagi kedua-dua ibu bapa atau RM 1,500 bagi ibu atau bapa.”

    Maksudnya saya boleh buat pelepasan untuk yang ni sekiranya mereka sihat dan tak ada apa apa penuntutan untuk perubatan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, betul. Tapi kena penuhi syarat-syarat khas iaitu ibu atau bapa berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM 24,000 setahun.

      Reply
  43. Shima

    Assalamualaikum,..saya ingin bertanya ,sekiranya saya membelikan kerusi roda untuk ibu saya pada bulan Mac 2018 adakah saya boleh mengisi pelepasan cukaiuntuk tahun 2017

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tak boleh, hanya perbelanjaan pada 2017 sahaja boleh dituntut dalam efiling 2018. Bagi perbelanjaan 2018, nanti boleh tuntut semasa efiling 2019.

      Reply
  44. lin

    Assalam, saya dah submit e-filling dan ada kena bayaran cukai taksiran sebanyak rm226.05 tapi terlupa nak isi bayaran langganan internet di smartphone (postpaid). macam mana ye, boleh ke resubmit atau kena hubungi bahagian lhdn.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Ini adalah apa yang dinyatakan di laman web LHDN:

      Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

      Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
      Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

      Untuk lebih penerangan, boleh dibaca di sini: Pindaan Selepas Penghantaran Borang

      Reply
  45. nurul

    Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai pelepasan cukai #17 sekiranya anak saya tamat pengajian bln 9 dan mula bekerja bln 11 adakah dia dikecualikan atau termasuk dalam golongan seperti dinyatakan dalam pelepasan tersebut?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tidak dinyatakan pula syarat tempoh pengajian bagi kelayakan menuntut pelepasan ini. Pada pendapat saya, boleh sahaja dibuat tuntutan kerana majoriti dalam tempoh setahun, anak sedang dalam tempoh pengajian. Apa-apa pun, untuk pengesahan lanjut, boleh bertanya kepada pihak LHDN.

      Reply
  46. Tobyant

    Salam Tuan,

    ada tak pelepasan cukai untuk rawatan/pemeriksaan setiap bulan bagi bayi yang baru lahir.. maksud saya yang appoinment dengan doktor untuk suntikan bayi tiap bulan sejak lahir tu..

    tq

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Tak ada.

      Reply
  47. Kannan

    Salam sejahtera

    1.Saya membeli smart phone dgn maxis package plan pada april 2016 dan bayar ansuran utk tempoh 24 bulan..jadi bayaran yg sy buat pd thn 2017 dari bulan january hingga december boleh dikira sebagai pelepasan cukai..? ( beli atas nama isteri saya yg tak berkerja).

    2.Pembelian kasut sukan (Jogging) dikira sebagai peralatan sukan.?

    3.Kos rawatan ibu saya (Pembedahan usus yg critical) sebanyak RM45,000 ..saya dan adik saya tanggung kos rawatan ini..adakah kita berdua layak mendapat RM5,000 pelepasan atau cuma seorang saja yg boleh buat pelepasan..?

    Sorrry banyak soal..Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Salam sejahtera

      #1: Maaf, saya sendiri kurang pasti bagi bayaran telefon secara ansuran tersebut. Boleh rujuk kepada LHDN.

      #2: Kasut sukan tidak termasuk dalam kategori peralatan sukan. Jadi, tak boleh tuntut pelepasan.

      #3: Boleh kedua-duanya claim.

      Reply
  48. Zaiton Taib

    Assamualaikum, sy mengidap penyakit darah tinggi dn migran, sy telah membeli katil master v3 ceragem berharga rm15k. Adakah sy layak tuntut pelepasan cukai dgn lhdn

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wa’alaikummussalam. Setahu saya, katil tersebut tidak termasuk sebagai peralatan sokongan asas. Contoh peralatan sokongan asas adalah mesin hemodialisis, kerusi roda, kaki palsu dan alat pendengaran. Jadi, tak layak tuntut pelepasan cukai.

      Reply
  49. Cheng

    Tuan,
    Isteri sy bekerja dlm sektor kerajaan. EA form tidak menunjukkan potongan PCB tahun 2017. Akaun sy adalah jenis berasingan. Bolehkah sy membuat tuntutan pada #13.

    Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Jika pendapatan isteri tidak mencapai jumlah minimum dikenakan cukai, maka boleh buat tuntutan. Tetapi, jika jumlah pendapatan isteri mencapai/melebihi jumlah minimum dikenakan cukai, walaupun tiada PCB, maka tidak boleh buat tuntutan.

      Reply
  50. khalid

    Jika beli laptop resit atas nama suami boleh ke isteri tuntut pelepasan sebab isteri kena cukai

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak boleh. Hanya penama di atas resit yang boleh buat tuntutan.

      Reply
  51. SITI AISHAH

    Assalamualaikum tuan, saya telah menjalani pembedahan penyakit finger trigger pada Januari 2017. Adakah saya boleh membuat tuntutan pelepasan untuk perbelanjaan penyakit sukar diubati?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wa’alaikummussalam. Bagi penyakit sukar diubati, ini yang dinyatakan LHDN:

      Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati termasuk rawatan dibuat ke atas penyakit seperti sindrom kurang daya tahan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa yang lain. β€˜Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonari hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, pemotongan kaki dan / atau tangan.

      Jika dilihat, penyakit finger trigger tidak termasuk dalam senarai di atas. Walaubagaimana pun, saya sarankan Saudari untuk merujuk kepada LHDN untuk kepastian.

      Reply
  52. ikhram othman

    Salam Tuan, Pelepasan cukai #7 – Pemeriksaan perubatan

    Untuk pelepasan pemeriksaaan perubatan untuk kami sekeluarga, saya, isteri dan seorang anak.
    RM 500 seorang atau RM 500 untuk 3 orang?

    Dan jikalau setelah di tolak semua sekali pelepasan cukai dan baki pendapatan RM 14500, berapakah cukai yang perlu di bayar?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Apa yang saya tahu, maksimum RM 500 sama ada untuk diri-sendiri, isteri atau anak-anak. Contoh pemeriksaan ayah RM 400, pemeriksaan anak-anak RM 300, tetapi jumlah tuntutan adalah RM 500 sahaja.

      Anggaran cukai untuk RM 14,500 berdasarkan kadar cukai sekarang adalah RM 145

      Reply
  53. FAIRUZ

    1. Pembelian botol susu, plastic storage untuk menyimpan susu juga boleh dikecualikan cukai?
    2. Pembelian ubat Asthma (Inhaler) adakah dikira di bawah Pembelian Peralatan Penyakit yang sukar diubati?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bagi soalan #1 (pembelian peralatan menyusu), ini yang dinyatakan LHDN:

      Pelepasan ini diberikan khusus kepada pembayar cukai wanita:
      (i) yang mempunyai pendapatan bercukai; dan
      (ii) telah melakukan perbelanjaan membeli peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi menyusukan anaknya yang berumur 2 tahun dan ke bawah.

      Peralatan penyusuan yang layak adalah:
      (i) kit pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
      (ii) koleksi dan peralatan penyimpanan susu ibu (breast milk collection and storage equipment); serta
      (iii) set atau beg pendingin (cooler set / bag).

      Bagi soalan #2, maaf, saya tidak pasti. Perlu merujuk kepada pihak LHDN untuk kepastian.

      Reply
  54. LEL

    bolehkah rawatan pergigian (memasang braces) dimasukkan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Braces bukan peralatan sokongan asas.

      Reply
  55. Yusniza Idrus

    Minta maaf encik. Sy masih lg xfhm dan x jelas. Bila masa yang sebenarnya kena buka akaun e-filling ni? Lps tu nk tgk gaji pokok ke gaji bersih? Masih keliru. Hrp dpt beri pencerahan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Secara mudahnya, mereka yang perlu buka akaun efiling adalah yang bergaji minimum RM 34,000 setahun atau RM 2,800 sebulan (selepas potongan KWSP sahaja) pada tahun 2017.

      Reply
  56. adda

    Maaf.. tumpang tanya.. jika tahun 2017 , saya ada buat pelepasan utk pembelian komputer pada tahun 2016. Kemudian, tahun 2017, saya membeli sebuah laptop pula, bolehkah saya buat lagi pelepasan ( tahun taksiran 2017) utk pembelian komputer ?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh tuntut di bawah kategori pelepasan cukai gaya hidup. Lagi pun, syarat pembelian komputer setiap 3 tahun sudah dibatalkan.

      Reply
  57. siti aminah mohd noor

    assalamualaikum wbkt

    saya telah mengisi borang BE e-filing

    saya tidak menjumpai ruangan utk meletakkan sumbagan atau hadiah yang dibayar setiap bulan

    mohon penjelasan

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wa’alaikummussalam. Ada, pada bahagian kedua (Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan etc). Pada ruang Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan.

      Reply
  58. Jejaka Mithali

    Assalamualaikum.

    saya nak bertanya tentang pelepasan gaya hidup (bill internet)
    1. Dalam Bill UNIFI yang dibillkan ke email saya pada setiap bulan. terdapat penyata akaun ringkas yang menyatakan rekod pembayaran unifi pada bulan yang lepas.
    Adakah ia boleh dikira sebagai rekod pembayaran?

    2. Saya tidak berapa pasti jumlah yang patut dijumlahkan sebagai kadar pelepasan.
    Katakan saya melanggan unifi sebanyak RM 120.00 pada Dec 2017. Ia termasuk
    a) diskaun RM10
    b) voicecall RM10
    c) rebat RM50 from tmpoint
    d) GST cas (6%)
    **patutkah saya kekalkan jumlah pengecualian sebanyak RM120x12bulan? atau ia berdasarkan jumlah yang saya bayar tiap-tiap bulan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam.

      #1 – Saya pun turut simpan bil yang ada rekod bayaran bulan lepas juga sebagai bukti. Sebab saya bayar secara online. Boleh diguna sebagai dokumen bukti.

      #2 – Jumlah untuk pelepasan adalah bayaran untuk langganan internet sahaja (Streamyx, Unifi etc). Tidak termasuk bayaran untuk benda lain seperti voicecall, GST, sewa telefon etc.

      Reply
      1. Jejaka Mithali

        Assalamualaikum

        #1. Faham.

        #2. Maksudnya, walaupun saya bayar RM120 total, saya hanya boleh gunakan bayaran servis UNIFI(RM 110) sebagai jumlah pengecualian. Adakah pemahaman saya ini tepat?

        Terima Kasih

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Ya betul πŸ™‚

          Reply
          1. Jejaka Mithali

            Jelas. Terima kasih tuan

          2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

            Sama-sama πŸ™‚

  59. Hairi

    Salam tuan..kalau beli kerusi roda , blood pressure monitor & mesin untuk pesakit asma boleh claim under perbelanjaan rawatan ibu bapa x

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Kerusi roda boleh tuntut di bawah peralatan sokongan. Yang lain-lain, kalau memang untuk rawatan ibubapa yang disahkan pengamal perubatan berkelayakan, boleh tuntut di bawah perbelanjaan rawatan ibubapa.

      Reply
      1. Hairi

        Terima kasih tuan atas penjelasan

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama πŸ™‚

          Reply
  60. Mazuwan Ibrahim

    assalamualaikum,
    saya telah diberhentikan kerja dan mendapat pampasan dari majikan.
    Majikan telah memasukkan jumlah pampasan dalam EA form bahagian B5. Dalam kategori mana saya perlu masukkan jumlah pampasan tersebut di efiling

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Setahu saya pampasan tersebut adalah pendapatan dikecualikan cukai. Jadi, tak perlu masuk dalam efiling.

      Reply
  61. Mazuwan Ibrahim

    Maaf bukan bahagian B5 tapi bahagian B6 Compensation for loss of employment

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Setahu saya pampasan tersebut adalah pendapatan dikecualikan cukai. Jadi, tak perlu masuk dalam efiling.

      Reply
      1. Mazuwan Ibrahim

        Terimakasih atas pencerahan

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama πŸ™‚

          Reply
  62. LEL

    Bayaran wakaf pada Wakaf Selangor dan wakaf pada Matan Centre boleh diisi pada bhg mana ? boleh tak lump sum pada Zakat & Fitrah. mohon penjelasan tuan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Pada bahagian derma & hadiah.

      Reply
  63. Yong

    bolehkan saya tahu, isteri saya punya life insurance, polisi atas nama isteri boleh claim under saya yang pendapatan bercukai? jika isteri ada jumlah pendapatan tapi tidak mahu claim under my wife income tax

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau polisi isteri tersebut dicarum dan dibayar oleh suami, jadi boleh claim. Tetapi kalau memang dicarum dan dibayar oleh isteri, maka hanya isteri sahaja boleh claim.

      Reply
      1. Yong

        Terima kasih banyak banyak

        Kalau insurance dicarum dan dibayar oleh isteri, tetapi isteri tidak ada punca pendapatan atau jumlah pendapatan pada tahun taksiran

        jadi bolehkan saya claim insurance tersebut

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Tak boleh

          Reply
  64. LEL

    Bayaran wakaf pada Wakaf Selangor dan wakaf pada Matan Centre boleh diisi pada bhg mana ? boleh tak lump sum pada Zakat & Fitrah? mohon penjelasan tuan.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Pada bahagian derma & hadiah.

      Reply
  65. zali

    saya ingin bertanya berkenaan cukai yg dikenakan cp38,
    adakan majikan tidak membuat pemotongan pcb sebelum ini.
    tahun 2017 saya dikenakan 4 bulan pemotongan cp38.
    Tahun-tahun sebelum ini tidak kena. mohon pencerahan

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Maaf, saya tak dapat jawab. Tuan perlu rujuk kepada LHDN dan juga majikan.

      Reply
  66. wangi

    assalamualaikum,
    jika rumah refinance dalam tahun 2014, boleh mohon pelepasan?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Maaf, saya tak dapat bagi jawapan. Perlu rujuk pihak LHDN.

      Reply
  67. maxview

    Hi, Expert,

    I have paid my income tax amount approximately RM2k for 5 year (taxable income ard RM48K per year), and i have commitment paid every month for RM3500,

    If i bought the property RM100k by cash, is there any issue regarding this purchase?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Hi.

      I can’t say it will be no issue, cause it depends on many factors. But, as long as you purchased the property using illegal income from reliable seller, I think you should not be worry.

      Reply
  68. Princess J

    hi,
    Ppenderma darah boleh membuat pelepasan cukai. adakah itu benar?
    kalau benar dimana perlu disi dan berapa pelepasannya.

    saya sering mengikuti charity run. Adakah ia layak mendapat pelepasan cukai?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Hi. Untuk penderma darah, setahu saya tiada pelepasan cukai. Biasanya, hanya mendapat kelayakan rawatan percuma di hospital kerajaan. Charity run pun tiada untuk pelepasan cukai.

      Reply
  69. Sarina

    Hi,
    Sy telah berkahwin dan tiada tanggungan lagi. Ape pelepasan yg sy bole dpt selain Gaya Hidup dn EPF..sy lihat xbyk pelepasan pada yg tidak mempunyai anak lg….

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Bagi yang tidak punyai anak, hanya pelepasan berkaitan anak, alatan penyusuan dan taska asuhan anak sahaja yang tidak boleh dituntut. Yang lain-lain, seperti pelepasan individu, perubatan/penjagaan ibubapa, gaya hidup, insurans/takaful, KWSP, PRS, pemeriksaan kesihatan sendiri dan yuran pendidikan sendiri masih boleh dituntut.

      Reply
  70. Mart

    Assalamualaikum..jika anak saya dah berumur 18 tahun pada Januari 2018, belum berkahwin & baru lepas SPM 2017 dan sekarang sedang menunggu keputusan untuk masuk university dll. adakah saya layak menuntut =>Pelepasan cukai #16 & #17 – Anak berumur 18 tahun ke atas ? Atau adakah umurnya dikira hanya untuk 2017 ? Terima kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Umur dikira pada tahun 2017.

      Reply
  71. Mandy

    Seek you clarification for item F Jumlah Elaun/Perkuisit/ Pemberian/ Manfaat Yang Dikecualikan Cukai on the EA form…where should I input the amount in the e-filing?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Hi. Since they are Dikecualikan Cukai, thus no need to be filled in EA Form.

      Reply
  72. Pingback: CARA ISI E-FILING LHDN 2018 | Smart Hartanah

  73. maxview

    Hi Author

    Saya ada beberapa soalan berkaitan pelepaskan :
    a. Pelepasan untuk Penjagaan Ibu Bapa yang sihat @ RM1500 :
    Jika Bapa saya ada pendapatan melebihi RM24000 setahun, jadi saya boleh buat tuntutan RM1500 atas ibu saya yang bersuri rumah ?

    b. Pemeriksaan perubatan
    anak saya dan isteri saya sakit untuk membuat Pemeriksaan perubatan, tapi resit yang diterima dari hospital adalah tulis nama pesakit, iaitu nama anak atau isteri saya, walaupun saya yang bayar. (hospital tidak membenarkan tulis nama saya dalam resit (pembayar) kerana record hospital adalah pesakit anak atau isteri saya)
    Jadi, bolehkan saya membuat tuntutan Pemeriksaan perubatan ini? kerana dalam nota penjelasan adalah “Bagi pemeriksaan perubatan menyeluruh yang dilakukan untuk diri-sendiri, pasangan atau anak-anak, pelepasan sebanyak RM 500 adalah dibenarkan.”

    c. Yuran Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah
    Resit yang diterima dari sekolah yang tulis nama anak saya, jadi, macam mana mahu buat tutuntan tersebut?
    – adakah resit tulis nama anak boleh buah tuntutan?
    – Jika boleh, adakan buat pembahagian terhadap amount tersebut bagi isteri dan saya sendiri?
    – cadangan lain yang lebih baik untuk tuntutan semasa membuka resit?

    d. SSPN
    pada tahun 2017, saya hanya membuat deposit tanpa pengeluaran,
    Deposit sebayank 2000 pada tahun 2017, Jadi tuntutan sebanyak RM2000 dibenarkan?

    Sekian terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Soalan a:
      Ya, boleh jika ibu memenuhi syarat berumur melebihi 60 tahun dan tidak mempunyai pendapatan/pendapatan kurang RM 24,000 setahun.

      Soalan b:
      Ya, boleh. Walaupun resit ditulis atas nama isteri dan anak. Jika Tuan buat tuntutan, maka isteri tidak boleh buat tuntutan walaupun resit atas nama beliau.

      Soalan c:
      Ya, boleh walaupun resit atas nama anak. Hanya salah seorang boleh tuntut, sama ada si ayah atau si ibu.

      Soalan d:
      Ya, betul. Pengiraannya adalah jumlah deposit – jumlah pengeluaran.

      Reply
      1. maxview

        terima kasih banyak banyak

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama πŸ™‚

          Reply
  74. Niza

    Salam..nak tanya..kalau sy ada dua EA form sebab bertukar company…tapi saya dah tersubmit e-filing berdasarkan satu EA je…mcm mana dengan yg utk company satu lagi ye? tak bole redo kan e-filing atau saya boleh submit e-filing dua kali?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam. Sepatutnya perlu diisi maklumat daripada kedua-dua EA Form. Jika tersalah isi, boleh buat pindaan.

      Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

      Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
      Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

      Boleh rujuk di sini untuk lebih info: Pindaan Selepas Penghantaran Borang

      Lebih mudah lagi, boleh berkunjung ke cawangan LHDN di mana fail Saudari dibuka untuk mendapatkan bantuan.

      Reply
  75. Sue

    Salam Sejahtera.

    1. Saya ada simpan receipt untuk perubatan ibu di hospital/klinik swasta (jumlah >RM3k). Tapi bukan dalam rumah penjagaan. Adakah layak untuk pelepasan cukai RM5k? Atau layak untuk pelepasan RM1.5k sahaja?

    2. Kerusi roda boleh menuntut pelepasan cukai jika ibu saya bukan OKU?

    3. Blood test yang dibuat dekat lab center (Panlab, BPlab…) boleh kategori dalam Pelepasan cukai #7 – Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri? Jika tak boleh, hanya pemeriksaan dekat hospital swasta sahaja layak menuntut?

    Sekian, Terima Kasih.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Salam sejahtera.

      1. Ya, boleh dituntut di bawah pelepasan rawatan perubatan ibubapa, terhad sehingga RM 5,000
      2. Boleh tuntut.
      3. Perlu pemeriksaan perubatan penuh, bukan sekadar lab test sahaja.

      Reply
      1. Sue

        Saya agak mengelirukan tentang definisi “pemeriksaan perubatan penuh”? Boleh terangkan secara lanjut?

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Yang saya tahu, pemeriksaan perubatan penuh kena jumpa doktor perubatan dahulu, tak kisah sama ada di klinik atau hospital, kerajaan atau swasta. Doktor akan buat pemeriksaan seperti darah tinggi, kadar nadi dan sebagainya. Doktor juga akan mengambil darah untuk pemeriksaan makmal. Dan boleh juga untuk pemeriksaan x-ray.

          Reply
          1. Sue

            Terima kasih atas penjelasan anda.

          2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

            Sama-sama.

  76. asri azmi

    Boleh kah anak warganegara lain dikecualikan cukai?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Boleh.

      Reply
  77. ERMA SOFIANA

    salam tuan, sekiranya kita membayar zakat pada sekolah Mahad Tahfiz @ Pondok dimana kita patut isi, pada zakat & fitrah atau derma @ hadiah? STK.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Jika niat zakat, boleh isi pada ruangan zakat. Jika niat derma, boleh isi pada ruangan derma/hadiah, tapi kena pastikan bahawa Maahad tersebut memang mendapat kebenaran LHDN untuk penolakan cukai. Yang penting, tak kira sama ada untuk akat atau derma, pastikan ada resit/bukti.

      Reply
  78. Nandini Purushothman

    Salam Sejahtera

    Tuan
    Bolehkah saya claim gym set yang dibeli utk kegunaan rumah dibawah gaya hidup

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Kalau baca penerangan LHDN, berkaitan gym, hanya yuran keahlian gym sahaja yang boleh dibuat tuntutan. Untuk gym set, mungkin boleh claim di bawah gaya hidup juga, tetapi sebagai peralatan sukan.

      Reply
  79. Girija

    jika pasangan saya (suami) tidak berkerja, adakah saya berhak untuk pelepasan no 13?
    adakah bayaran ini utk pasangan yg bercerai?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Ya, Puan boleh tuntut pelepasan suami sebanyak RM 4,000

      Ini apa yang dinyatakan dalam NotaBE LHDN:

      Pelepasan suami diberi sebanyak RM4,000 bagi suami yang tiada punca pendapatan / tiada jumlah pendapatan; atau suami memilih taksiran bersama. Mulai Tahun Taksiran 2017, pelepasan suami TIDAK dibenarkan jika suami (bukan suami kurang upaya) menerima pendapatan kasar yang melebihi RM4,000 daripada punca luar Malaysia.

      Reply
  80. Nurulashikin

    Assalamualaikum..

    1.Saya nak tanya kalau saya ada bayar bill ubat yang beli di farmasi seperti yang disarankan oleh doctor, boleh ke saya claim bill tersebut untuk perbelanjaan untuk rawatan. Ayah saya mengidap sakit jantung. Bill tersebut sebulan RM300.00

    2. Ibubapa saya tinggal dengan saya , adakah saya layak pelepasan cukai RM3000.00

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam.

      1. Boleh

      2. Boleh, dengan syarat ibubapa berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM 24000 setahun. Juga kena bahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain.

      Reply
      1. Nurulashikin

        Kawan saya ada beli ubat di farmasi untuk anak dia tapi bill atas nama kawan saya. Boleh kah bill tersebut di claim under perbelanjaan untuk rawatan.. Anak dia sakit kencing manis.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Boleh.

          Reply
          1. Nurulashikin

            alatan durasafe flat lancets, cantour TS test strip dan pen neeedle . Ini boleh calim under mana. Ini untuk pesakit kencing manis

          2. Izzuddin Jaaffar (Post author)

            Kalau untuk ibubapa, boleh claim di bawah kategori #2 – Perbelanjaan rawatan perubatan ibubapa. Kalau untuk diri-sendiri, anak atau pasangan, boleh claim di bawah kategori #6 – Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati.

  81. MDD

    Perubatan ibi bapa, sendiri, isteri atau anak adalah dibayar oleh insurance company.
    bolehkan saya buat tuntutan terhadap invoices tersebut? kerana hospital invoices bill to Prudential Assurance Malaysia Berhad dan ada nyatakan patient nama.

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak boleh.

      Reply
  82. Shah

    Salam ,
    1. Boleh tuan buat satu topik memberi penerangan lebih lanjut berkenaan cukai pendapatan tafsiran bersama dari segi kebaikan /kekurangannya dan perkara yang berkaitan?

    2. Jika penjawat awam memilih skim pencen di mana tiada caruman kwsp dari gajinya, bolehkah dia membuat caruman KWSP sendri untuk mendapatkan pelepasan cukai.

    Terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Wsalam.

      1. InsyaAllah, akan diusahakan.

      2. Ya, boleh buat caruman sendiri.

      Reply
      1. Shah

        Terima kasih tuan. Agar dipermudahkan segalanya.

        Reply
        1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

          Sama-sama πŸ™‚

          Reply
  83. ASMAWEE

    Artikel yg sgt menarik utk diperbincangkan dan Tahniah kerana info yg byk membantu… Ada kemusykilan sikit sbb kali pertama nk buat tafsiran cukai 2017 … Bagi yg ada buat Bisnes Networking sbgi Agen Syarikat..bagaimana cara terbaik utk buat pelarasan cukai jika sepanjang tempoh 2017 kita tiada resit yg disimpan sebagai bukti … cth Petrol,Bayaran Tol,Bayaran utk Seminar,Penginapan Hotel,makan2 bersama Leader…. Mohon bantu…Terima kasih

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Agak sukar jika tidak disimpan segala bukti seperti penyata dan resit, kerana nanti apabila diaudit, tidak dapat kemukakan bukti. Bagi saya, untuk selamat, jika tiada bukti yang disimpan, maka tidak boleh buat tuntutan pelepasan cukai. Jika nak buat tuntutan juga, jika diaudit nanti dan tidak dapat kemukakan bukti, maka bersedialah untuk dikenakan penalti.

      Untuk tahun-tahun mendatang, ambil tahu tentang perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh dibuat tuntutan, rekod dan simpan bukti sebaik-baiknya. Pada peringkat awal dulu pun, saya juga tidak menyimpan resit perbelanjaan, tetapi sekarang apabila dah tahu akan kepentingannya, lebih berhati-hati.

      Reply
  84. Lena

    Rasanya kalau membayar loan pendidikan contohnya MARA dapat pengecualian cukai pendidikan tak?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tak ada pelepasan untuk bayaran pinjaman pendidikan.

      Reply
  85. DAFID

    A adalah seorang pembayar cukai pendapatan setiap tahun, katakan A memang dari toto sebanyak RM1,000,000, setahu saya toto tidak subject to declare income tax, jika A simpan duit RM1,000,000 untuk Fixed Deposit under lisensed bank, jadi adakah fixed deposit interest income want to declared income tax sebab FD tersebut menang dari toto?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Maaf, saya kurang arif dengan cukai bagi wang kemenangan daripada aktiviti TOTO, 4D atau Magnum. Mungkin dah dikenakan cukai, atau pemenang perlu declare sendiri.

      Tetapi, bagi pendapatan daripada Fixed Deposit, setahu saya, tidak perlu declare income tax.

      Reply
  86. Azrul Azizi

    maaf mahu bertanya.. jika pembelian alat tulis adakah temasuk dalam pembelin gaya hidup?

    Reply
    1. Izzuddin Jaaffar (Post author)

      Tidak.

      Reply

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini