Cara Renew Road Tax & Insurans Kereta Online Melalui MyEG

renew road tax insurans kereta online myegBaru-baru ini, buat pertama kali, saya berpeluang untuk renew road tax dan insurans kereta secara online melalui laman web MyEG.

Kemudahan ini sebenarnya sudah lama ada, cuma saya baru berpeluang untuk menggunakannya.

Alkisahnya, road tax dan takaful kereta isteri saya sudah hampir tamat tempoh dalam masa beberapa minggu lagi, jadi sebagai suami mithali (ehem ehem), saya ditugaskan untuk memperbaharui kedua-duanya sepertimana yang saya lakukan setiap tahun.

Biasanya, saya ke kedai dan serahkan kepada agen untuk uruskan urusan ini, tetapi tidak tahu mengapa kedai yang biasa saya lawati sering tutup pula kali ini.

Oleh kerana sudah malas nak berulang kali ke kedai tersebut, jadi saya mengambil keputusan untuk renew road tax dan insurans kereta isteri secara online sahaja melalui MyEG.

Bagi yang belum pernah guna kemudahan ini, jom saya tunjukkan cara-caranya.

Untuk guna kemudahan ini, tak perlu tunggu road tax dan insurans kereta luput tarikh terlebih dahulu, sebaliknya dah boleh renew lebih kurang 2 bulan sebelum kedua-duanya tamat tempoh.

Senang kalau renew awal-awal, apabila tamat sahaja tempoh road tax dan insurans sedia ada, terus boleh gunakan dan tampai road tax yang baru.

Geran kereta pun tak diperlukan.

Oh ya, kalau anda masih belum ada akaun MyEG, perlu register dulu di sini: https://www.myeg.com.my/register

Tetapi, kalau malas nak register dan nak guna akaun MyEG orang lain pun tak ada masalah.

renew road tax insurans kereta online myeg

Baca juga:  4 Perkara Utama Perlu Dilindungi Insurans/Takaful

Renew insurans takaful kereta online melalui MyEG

Seperti biasa, sebelum renew road tax, mesti kena renew insurans takaful kereta terlebih dahulu.

Jangan bimbang, ini boleh juga dilakukan secara online menerusi MyEG.

Boleh ikuti langkah-langkah yang berikut kalau nak renew insurans takaful kereta secara online melalui MyEG:

Langkah #1: Login dulu di myeg.com.my. Masukkan username dan password, kemudian klik Login.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #2: Klik icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #3: Klik pada butang butang Auto Insurance Renewal/Baharui Auto Insuran.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #4: Skrin akan memaparkan syarikat-syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk mereka menerusi MyEG. Pada masa artikel ini ditulis, terdapat hanya 6 buah syarikat iaitu AIG, Zurich Takaful, eTiQa Takaful, RHB Insurance, Berjaya Sompo Insurance Berhad dan Takaful Malaysia.

renew road tax insurans kereta online myeg

Bagi orang Islam, digalakkan untuk ambil takaful untuk elakkan riba.

Kalau insurans atau takaful kereta yang anda gunakan sebelum ini tidak ada dalam MyEG ini, tidak ada masalah pun untuk bertukar ke syarikat lain.

Mungkin kos akan berbeza, tetapi jangan bimbang, Non Claim Discount (NCD) masih sama.

Langkah #5: Untuk teruskan, klik sahaja pada icon syarikat yang anda pilih, untuk artikel ini, saya tunjukkan Takaful Malaysia (boleh dikatakan langkah dan proses yang sama sahaja akan dilalui apabila pilih yang lain).

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas isi nombor MyKad, kelayakan NCD akan terus dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Isikan sahaja maklumat yang diminta. Anda boleh tetapkan amaun yang ingin dilindungi (biasanya mengikut harga semasa kereta) dan juga tambah maklumat pemandu tambahan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans kereta online myeg

Anda juga boleh memilih manfaat perlindungan tambahan yang dikehendaki seperti perlindungan cermin (windscreen, window & sunroof), bencana dan aksesori. Harga yang perlu dibayar turut dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas liberalisasi perlindungan insurans takaful kenderaan pada Julai 2017 yang lalu, beberapa maklumat perlu diberikan semasa memperbaharui insurans takaful kereta, contohnya:

  • tempat kereta diletakkan pada waktu malam
  • ciri-ciri keselamatan seperti bilangan airbag
  • sistem dan peralatan anti-kecurian seperti penggera (alarm), kunci dan immobilizer
  • tabiat memandu, sejarah saman

renew road tax insurans kereta online myeg

Semua maklumat ini akan diambil kira dalam pengiraan harga insurans takaful kereta dan boleh mempengaruhi harga yang perlu dibayar nanti.

Kalau nak isi maklumat yang salah atau tipu, nanti apabila nak buat tuntutan, takut tak diluluskan pula.

Jadi, isilah sahaja maklumat yang diminta sejujur dan setepat yang mungkin.

Salah satu kelebihan ambil takaful kereta daripada Takaful Malaysia adalah pelanggan akan mendapat semula pulangan tunai (cashback) atau rebat jika tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Jadi, sebab itulah pihak Takaful Malaysia meminta maklumat nombor akaun bank supaya nanti pulangan tunai dapat diberikan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #6: Selepas dah isi semua maklumat, sebutharga penuh akan ditunjukkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans kereta online myeg

Jika setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran.

Kalau nak dapatkan lagi sebutharga daripada syarikat insurans takaful lain, boleh sahaja kalau tak buat bayaran lagi.

Ulang balik semua langkah di atas dengan memilih syarikat yang lain, dan bandingkanlah harga antara semuanya.

Apabila dah berpuas hati, pilih yang terbaik dan buat bayaran.

Langkah #7: Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak buat bayaran menggunakan kad kredit atau perbankan online seperti FPX, Mayabank2u, RHB Online dan Public Bank Online.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #8: Selepas buat bayaran, boleh muat turun resit bayaran dan sijil perlindungan (cover note) yang diberikan.

renew road tax insurans kereta online myeg

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

Selesai sudah langkah-langkah renew insurans takaful kereta online melalui MyEG.

Baca juga:  7 Sebab Utama Wajib Ada Insurans/Takaful Sebagai Perlindungan

Renew road tax kereta online melalui MyEG

Selepas selesai renew insurans takaful kereta, bolehlah renew road tax pula.

Kalau anda tak renew insurans takaful kereta melalui MyEG pun, anda masih boleh gunakan MyEG untuk renew road tax.

Boleh ikut sahaja langkah-langkah yang berikut:

Langkah #1: Selepas login dan pilih Jabatan Pengangkutan Jalan, klik butang Road Tax Renewal/Baharui Cukai Jalan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #2: Isi semua maklumat yang diminta seperti nombor MyKad, nama, nombor telefon, alamat emel, nombor pendaftaran kereta dan tempoh perbaharui cukai jalan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Langkah #3: Pilih cara penghantaran road tax, sama ada anda nak ambil sendiri di pejabat MyEg di Bandar Utama, Kuala Lumpur, atau dihantar ke alamat pilihan anda sama ada di rumah atau pejabat.

renew road tax insurans kereta online myeg

Ingat, ada kos penghantaran kalau pilih nak dihantar ke alamat pilihan, boleh lihat pada gambar di atas.

Selepas isi semua maklumat, klik butang Proceed.

Langkah #4: Maklumat road tax dan kos-kos yang terlibat akan dipaparkan.

renew road tax insurans kereta online myeg

Kalau setuju dan berpuas hati, boleh teruskan untuk buat bayaran dengan klik butang Confirm & Pay.

Langkah #5: Untuk buat bayaran, boleh pilih sama ada nak gunakan kad kredit, perbankan internet atau akaun prabayar MyEG.

renew road tax insurans kereta online myeg

Selepas dah buat bayaran, boleh muat turun resit.

renew road tax insurans kereta online myeg

Sekarang, cuma perlu tunggu road tax sampai sahaja.

Macam saya baru-baru ini, dalam masa 2 hari dah dapat road tax yang dibuat untuk kereta isteri.

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

renew road tax insurans takaful kereta online myeg

Selesai sudah proses renew road tax dan insurans takaful kereta online melalui MyEG.

Bagi saya, memang lebih mudah sebab tak perlu ke kedai dan murah sebab tak perlu bayar caj servis/upah runner untuk buat road tax di pejabat JPJ.

Malah, boleh bandingkan sebutharga antara beberapa syarikat insurans takaful yang ada.

Tapi, sayangnya, buat masa sekarang boleh banding antara 6 syarikat sahaja; 3 syarikat insurans dan 3 syarikat takaful.

Diharapkan selepas ini lebih banyak syarikat dapat menawarkan produk mereka menerusi MyEG.

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini, jumpa lagi!

p/s: Kalau rasa perkongsian kali ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan ya!

..

Baca juga:  Panduan Memilih Perlindungan Insurans Takaful Terbaik

 

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini