6 Kesilapan Teknik Loan ASB Yang Boleh Menyebabkan Kerugian

kesilapan teknik loan asbWalaupun telah banyak penerangan berkenaan teknik-teknik loan ASB telah diberikan sama ada di blog ini, blog-blog lain atau menerusi tokoh-tokoh seperti Tuan Khairul Ezuwan, namun masih ada yang melakukan kesilapan teknik loan ASB.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesilapan teknik loan ASB?

Mesti ada yang menyangka yang kesilapan tersebut merujuk kepada kelemahan teknik-teknik loan ASB.

Silap.

Memang tidak dinafikan bahawa teknik-teknik loan ASB memang ada kelemahan masing-masing, tetapi bukan perkara itu yang nak ditekankan dalam artikel kali ini.

Sebaliknya, kesilapan teknik loan ASB lebih merujuk kepada kesalahan atau kesilapan yang biasa dilakukan oleh mereka yang cuba menjana keuntungan tambahan dengan menggunakan teknik-teknik loan ASB.

Sebenarnya, teknik-teknik loan ASB memang boleh membantu untuk menjana keuntungan yang lebih baik di ASB berbanding menyimpan secara biasa, tetapi dengan syarat mesti dilakukan dengan betul.

Tetapi, disebabkan oleh kesilapan dan kesalahan yang dilakukan, ramai yang tidak berjaya mencapai matlamat menjana keuntungan tambahan melalui teknik loan ASB.

Ada juga yang ‘menderita’ disebabkan kesilapan mereka semasa melakukan teknik loan ASB.

Malah, ada yang mengalami kerugian.

Jom kita lihat apakah kesilapan teknik loan ASB yang biasa dilakukan dan mesti dijauhi untuk elakkan kerugian.

Kesilapan teknik loan ASB #1 – Tidak faham sepenuhnya

Ramai yang buat teknik loan ASB, tetapi sebenarnya langsung tidak faham tentang teknik yang digunakan.

Mereka hanya mengikut ‘trend’; oleh kerana pernah terbaca atau ada rakan, orang terdekat atau ejen loan ASB yang bercerita tentang ‘kehebatan’ teknik loan ASB, jadi mereka dengan mudahnya terpengaruh dan ingin turut serta menggunakan teknik yang didengari tersebut.

Tetapi, malangnya, mereka kurang faham atau langsung tidak faham tentang teknik loan ASB.

Mereka hanya mengikut saranan dan kira-kira yang dibuat orang lain.

Jika disuruh buat kira-kira sendiri, mereka langsung tidak tahu cara untuk buat kira-kira tersebut.

Kesilapan sebegini sepatutnya dielakkan.

Jika nak buat teknik loan ASB, pastikan betul-betul faham dan tahu cara kira-kira untuk teknik tersebut.

Kalau faham dan tahu cara kira-kira, nanti senang untuk monitor prestasi teknik loan ASB yang sedang digunakan, dan mudah untuk buat adjustment jika berlaku sebarang situasi luar dugaan supaya matlamat keuntungan yang ingin dicapai dapat diperoleh.

Baca juga:  Agihan Pendapatan Dividen & Bonus ASB 2016

Kesilapan teknik loan ASB #2 – Tiada matlamat yang jelas

kesilapan teknik loan asbNak guna teknik loan ASB yang mana?

Berapa jumlah loan ASB yang nak diambil?

Berapa lama tempoh nak hold sebelum surrender?

Berapa sasaran jumlah keuntungan yang nak diperoleh?

Semua soalan ini mesti dijawab oleh setiap orang yang nak gunakan teknik loan ASB.

Walaubagaimanapun, masih ada yang menggunakan teknik loan ASB tetapi langsung tidak punyai jawapan untuk semua soalan di atas.

Mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas untuk teknik yang mereka sendiri lakukan.

Ini juga adalah satu kesilapan yang mesti dielakkan bagi mereka yang nak buat teknik loan ASB.

Kesilapan teknik loan ASB #3 – Tidak menilai kemampuan sendiri

Bagi mereka yang buat teknik loan ASB, mereka sebenarnya telah membuat satu bentuk force-saving dan perlu memberi sepenuh komitmen untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan.

Tetapi, ada yang terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga terlupa berkenaan perkara ini.

Ada yang sebenarnya tidak mampu untuk memberi komitmen penuh membayar ansuran bulanan yang dikenakan, tetapi tetap nak cuba buat teknik loan ASB.

Ada juga yang pada mulanya merancang untuk gunakan dividen yang diperoleh untuk membayar ansuran bulanan loan yang diambil, dengan harapan dividen yang diperoleh adalah mencukupi untuk menampung bayaran tersebut.

Tetapi, mereka lupa bahawa hari tidak selalunya indah, dividen ASB tidak selalunya tinggi.

Apabila dividen ASB yang diberikan rendah dan tidak mencukupi untuk menampung bayaran bulanan, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menampung sepenuhnya bayaran bulanan yang perlu dibuat.

Ini kerana mereka tidak membuat penilaian sepenuhnya berkenaan kemampuan sendiri memenuhi komitmen yang sepatutnya dipenuhi.

Mereka tidak bersedia berdepan situasi-situasi sebegini.

Akibatnya, mereka gagal mematuhi bayaran bulanan seperti sepatutnya dan ini boleh mendatangkan masalah lain seperti rekod buruk dalam laporan kredit dan disenaraihitamkan bank untuk pembiayaan atau pinjaman lain.

Kesilapan teknik loan ASB #4 – Tidak konsisten

Bagi mereka yang merancang dengan baik sebelum buat teknik loan ASB, itu adalah tindakan yang patut dipuji.

Buat kira-kira jangkaan keuntungan, tahu jumlah loan ASB yang hendak diambil, bayaran ansuran dikira sesuai dengan kemampuan diri membayar, pilih teknik loan ASB yang sesuai, tetapkan tempoh masa yang optimum; semua ini adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum buat teknik loan ASB.

Malangnya, ada yang dah buat perancangan dengan baik, tetapi di pertengahan jalan, tidak konsisten dengan perancangan asal yang dibuat.

Contohnya, yang paling biasa terjadi, gunakan dividen ASB yang diperoleh untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Ada juga yang memendekkan tempoh dan surrender lebih awal tidak sepertimana yang dirancang.

Kesilapan-kesilapan sebegini akan menyebabkan jangkaan keuntungan daripada teknik loan ASB tidak dapat dicapai.

Baca juga:  Cara Daftar Portal MyASNB Untuk Semak Baki & Penyata Online

Kesilapan teknik loan ASB #5 – Tidak mengambil kira perancangan lain

kesilapan teknik loan asbSaya biasa mendengar cerita ada yang gagal mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan disebabkan loan ASB yang diambil.

Puncanya, mereka telah mempunyai Debt-to-Service Ratio (DSR) yang tinggi kerana telah mengambil loan ASB, maka bank menilai mereka sebagai tidak berkemampuan untuk mengambil pembiayaan atau pinjaman lain lagi.

Sampai ada yang rasa menyesal kerana mengambil loan ASB yang mana menyebabkan mereka terlepas peluang mendapatkan rumah idaman disebabkan gagal mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan.

Sebenarnya, ini adalah kesilapan mereka sendiri.

Sepatutnya, sebelum buat teknik loan ASB, mereka perlu mengambil kira perancangan kewangan yang lain seperti membeli rumah atau aset-aset lain.

Jika perancangan yang baik dapat dilakukan, mereka boleh menetapkan tempoh masa yang sesuai bagi melakukan teknik loan ASB dan kemudiannya mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk perkara-perkara lain.

Barulah tidak menyesal di kemudian hari.

Kesilapan teknik loan ASB #6 – Salah pilih produk pembiayaan/pinjaman

Ada beberapa bank menyediakan produk khas ASB loan/financing.

Jadi, kalau nak buat teknik loan ASB, mestilah guna produk-produk dari jenis ini.

Tetapi, ada yang tersilap menggunakan personal loan/financing untuk buat teknik loan ASB.

Produk personal loan/financing adalah berbeza dengan produk ASB loan/financing.

Perbezaan paling utama, kadar faedah/keuntungan bagi personal loan/financing dikira ke atas jumlah penuh pinjaman/pembiayaan mengikut kiraan kadar efektif, manakala bagi produk ASB loan/financing, kadar faedah/keuntungan dikira ke atas baki jumlah pinjaman/pembiayaan setiap bulan yang semakin berkurangan.

Perkara ini mungkin agak teknikal untuk diterangkan atau difahami.

Senang kata, produk ASB loan/financing adalah lebih murah dan fleksibel berbanding produk personal loan/financing untuk jangka masa pendek.

Bagi yang menggunakan produk ASB loan/financing, mereka boleh tamatkan awal loan/financing yang diambil dan hanya perlu bayar baki yang masih ada.

Sebaliknya, bagi yang tersilap menggunakan personal loan/financing untuk buat teknik loan ASB, mereka perlu langsaikan keseluruhan jumlah pinjaman/pembiayaan termasuk faedah/keuntungan jika ingin tamatkan awal sebelum tempoh akhir pinjaman/pembiayaan tersebut.

Jadi, tidak dapat tidak, mereka perlu tambah lagi duit untuk tamatkan pinjaman/pembiayaan tersebut, atau teruskan sahaja sehingga ke akhir tempoh pinjaman/pembiayaan tersebut.

Jauhi kesilapan teknik loan ASB

Punca utama ramai melakukan kesilapan teknik loan ASB adalah disebabkan kurangnya ilmu dan pemahaman berkenaan teknik loan ASB.

Ramai yang buat teknik loan ASB atas dasar terpengaruh dan terikut-ikut dengan orang lain, tanpa memahami sepenuhnya tentang perkara tersebut.

Oleh itu, tiada cara lain untuk jauhi daripada kesilapan teknik loan ASB, selain daripada belajar dan tambah ilmu yang sepatutnya.

Bagaimana nak belajar?

Boleh mula dengan baca artikel-artikel berkenaan teknik loan ASB sama ada di blog ini atau blog-blog lain.

Untuk lebih advance, dapatkan Combo ASB Genius.

set combo asb geniusSet combo ini boleh dikatakan rujukan paling awal, utama dan lengkap berkenaan teknik loan ASB yang terdapat di pasaran.

Kandungan utama set combo ini adalah ebook yang mengandungi 8 teknik loan ASB yang boleh digunakan untuk jana keuntungan berganda daripada ASB berbanding menyimpan secara biasa.

Bukan itu sahaja, set combo ini turut mengandungi video-video yang menerangkan dengan terperinci berkenaan setiap teknik yang ditulis dalam ebook utama.

Lepas baca ebook dan tonton video, memang mudah nak faham berkenaan teknik loan ASB dan buat kira-kira sendiri.

Di samping ebook dan video, turut diberi ebook-ebook lain sebagai bonus untuk memantapkan pengetahuan berkenaan pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.

Sebarang kemaskini atau pertambahan ebook bonus baru turut akan diberikan percuma sepanjang hayat.

Paling menarik, semua ini boleh diperoleh pada harga RM 60 sahaja!

Berminat nak belajar dapatkan Combo ASB Genius dan belajar tentang teknik loan ASB dengan lebih mendalam?

Terus dapatkan Combo ASB Genius dengan klik di sini.

Kalau masih ragu-ragu, boleh baca review tentang set combo ini di sini: Combo ASB Genius

p/s: Jika anda berminat untuk membuat loan ASB dan ingin memilih teknik loan ASB terbaik yang sesuai dengan anda untuk mendapatkan keuntungan maksimum, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi supaya lebih faham. Boleh hubungi saya melalui Whatsapp ke 013-9798719 (https://api.whatsapp.com/send?phone=60139798719) Saya sedia membantu anda.

..

Baca juga:  3 Jenis Dana Kecemasan Untuk Situasi Luar Dugaan

Tinggalkan komen/cadangan/pandangan di sini